13 Okt 2009

UM UNivERsiTi TeRBaek di Msia-(180 di DuNia)

Kejayaan program pengantarabangsaan bantu UM duduki tempat 180, UTM ke-320 PERANCANGAN dan usaha bersungguh-sungguh meningkatkan kecemerlangan antara faktor dua universiti tempatan mencapai kedudukan lebih baik dalam penarafan universiti terbaik dunia, tahun ini. Berdasarkan penarafan Times Higher Education - Quacquarelli Symonds (THE-QS) itu, Universiti Malaya (UM) sekali lagi tersenarai dalam kelompok 200 universiti terbaik apabila menduduki tempat 180 selepas kali terakhir 192 tiga tahun lalu, melonjak 50 tangga berbanding kedudukan 230 tahun lalu.

Manakala Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pula turut berbangga kerana berjaya melonjakkan 36 anak tangga apabila menduduki tempat 320 berbanding ke-356 tahun lalu. Dalam pada itu, tiga lagi universiti tersenarai dalam penarafan itu mencatat penurunan kedudukan, iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kepada 291 berbanding tangga 250 tahun lalu, Universiti Sains Malaysia (314/313), Universiti Putra Malaysia (345/320). Naib Canselor UM, Prof Datuk Dr Ghauth Jasmon, menyifatkan peningkatan itu adalah hasil usaha warga universiti itu yang bersungguh-sungguh untuk meningkatkan kecemerlangan.
“Dengan penyertaan institusi makin bertambah dalam penarafan THE-QS saban tahun, peningkatan kedudukan ini dilihat lebih berkualiti berbanding tahun sebelumnya kerana persaingannya bertambah sengit. “Antara usaha drastik yang kami lakukan sejak setahun lalu termasuk pengambilan 300 kakitangan dan kira-kira 1,000 pelajar antarabangsa untuk meningkatkan tahap pengantarabangsaan UM. “Fokus UM kini lebih tertumpu kepada pelajar pascaijazah, penyelidikan dan penerbitan berkualiti, selain memastikan tiada kakitangan akademik terkecuali menulis serta menerbitkan jurnal kerana ia kriteria menyebabkan universiti tempatan kurang mendapat markah dalam penilaian THE-QS,” katanya. Berdasarkan penarafan organisasi berpangkalan di London itu, enam kriteria menjadi ukuran iaitu penilaian rakan sejawatan (kalangan ahli akademik), pendapat majikan (industri), nisbah pensyarah dengan pelajar, rujukan dibuat penyelidik lain terhadap penerbitan kakitangan universiti dinilai, bilangan pelajar dan kakitangan antarabangsa.
Naib Canselor UTM, Prof Datuk Dr Zaini Ujang, pula berkata kejayaan itu hasil perancangan dan usaha bersungguh-sungguh universiti itu meningkatkan kerjasama dalam pelbagai program pengantarabangsaan. Beliau berkata, antaranya menjalin hubungan dan mewujudkan usaha sama dengan universiti, pusat penyelidikan dan badan profesional terkemuka di luar negara. “UTM mengadakan kerjasama dengan banyak universiti di seluruh dunia, termasuk penyelidikan dan pembangunan, pertukaran akademik dan penerbitan serta mengambil bahagian dalam seminar peringkat antarabangsa. “Kerjasama turut diadakan dengan universiti ternama seperti Harvard, Massachusetts Institute of Technology, Cambridge, Imperial College dan Oxford menerusi program penghantaran mahasiswa dan kakitangan. “Pertambahan jumlah penuntut antarabangsa dari lebih 48 negara, terutama bagi program ijazah dan pascaijazah kini kira-kira 3,000 orang turut menyumbang kepada peningkatan kedudukan UTM,” katanya. Zaini berkata, peningkatan itu juga menunjukkan program akademik universiti itu mendapat pengiktirafan antarabangsa dari segi kualiti dan kredibilitinya setanding universiti terkemuka luar negara. Beliau berkata, UTM berusaha menjadi pemangkin utama di peringkat antarabangsa dalam bidang akademik bagi mencapai sasaran sekurang-kurangnya 50 peratus pelajar pascaijazah dan lima peratus ijazah pertama di kalangan pelajar luar negara menjelang 2013. “Ini selari dengan usaha berterusan memperbaiki kualiti akademik program pascaijazah dan ijazah pertama dengan membentuk kerjasama dengan industri utama dalam pelbagai sektor. “UTM juga disenarai dalam 300 universiti terbaik dunia dalam bidang kejuruteraan, teknologi maklumat dan sains hayat, di samping mempunyai bilangan fakulti bidang kejuruteraan paling banyak di negara ini,” katanya. Selain itu, beliau menjelaskan, 70 peratus daripada 1,800 kakitangan akademiknya dalam bidang kejuruteraan dan teknologi maklumat, juga terbanyak di negara ini. Zaini berkata, universiti itu turut mengadakan trransformasi penyelidikan dan inovasi dengan menstruktur semula pusat penyelidikan supaya lebih efektif dan dinamik. Usaha itu, katanya, untuk menggalakkan penyelidik aktif dalam pelbagai disiplin penyelidikan berimpak tinggi, strategi penyelidikan terkini dan penggerak dalam menghasilkan penulisan yang boleh dijadikan rujukan. Sementara itu, Naib Canselor UPM, Prof Datuk Dr Nik Mustapha R Abdullah, berkata, dari segi kriteria menggunakan data kuantitatif markah universiti berasaskan pertanian meningkat, tetapi penilaian membabitkan persepsi seperti penilaian rakan sejawatan dan pendapat majikan menurun. Beliau berkata, faktor penurunan itu mungkin disebabkan dua kriteria berdasarkan persepsi itu kerana ia menyumbang 40 peratus daripada jumlah markah keseluruhan.

9 Okt 2009

JOM BeLajAR GEnDER-(BIAS GENDER)

Bias gender atau pandangan dan sikap yang lebih mengutamakan salah satu jantina, sering kita lihat berlaku daripada berpuluh tahun dahulu. Hal-hal yang menyebabkan bias gender adalah dari kepercayaan masyarakat, budaya, peranan yang dimainkan dan faktor-faktor lain. Keadaan ini semakin hari semakin berkurangan dimana kebangkitan golongan wanita untuk menuntut keadilan mereka semakin bertambah. Berikut adalah beberapa contoh-contoh dimana daripada keadaan bias gender telah menuju ke arah keadilan gender.

(a) Satu masa dahulu, keadaan bias gender berlaku di sekolah-sekolah di mana pelajar perempuan diberi kurikulum tambahan yang bersifat kewanitaan contohnya seperti ekonomi rumahtangga, menjahit atau memasak dan lelaki pula diberi kurikulum seperti bertukang atau silat. Perubahan sekarang lebih mengarah kepada keadilan gender apabila pelajar perempuan dibenarkan memilih kurikulum seperti silat atau bertukang. Manakala lelaki sudah perlu sama-sama belajar tentang ekonomi rumahtangga.
(b) Keadaan bias gender juga digambarkan pada buku matapelajaran di mana buku ilustrasi seorang yang menyapu atau mencuci pastinya seorang wanita, gambaran di pejabat pastinya seorang ayah. Perubahan sedikit sebanyak telah berlaku dimana jika gambar memasak atau menyapu seorang lelaki dan gambar seorang wanita yang berada di pejabat sudah tidak lagi menghairankan.


(c) Bias gender juga berlaku di rumah tanpa kita sedari dimana seorang ibu selalunya akan memberi tugas seperti memasak, mengemas, menyapu, atau membasuh kepada anak perempuan, manakala seorang ayah mengajar anak lelakinya berkebun, bertukang, menjala ikan dan sebagainya. Keadaan sekarang adalah lebih adil dimana ramai pasangan ibubapa telah sedar tentang keadilan gender dan menjadikan tindakan mereka menerapkan keadilan gender. Seorang ayah mula membenarkan anak perempuannya menyertai teakuando, atau belajar memancing. Seorang ibu pula mula memberi tugas menyapu halaman rumah atau membasuh pinggan kepda anak lelaki mereka.

(d) Pada dunia bias gender dahulu, masyarakat menyanjung tinggi wanita yang dapat menjalankan kerja-kerja rumahtangga dengan sepenuhnya dan memandang rendah jika lelaki atau suami yang membuat kerja-kerja rumahtangga tersebut dan begitu juga sebaliknya, masyarakat akan melihat kononnya wanita yang bekerjaya, keluarganya akan kucar-kacir. Pada waktu sekarang, keadilan gender tidak dapat mengubah mentaliti masyarakat sepenuhnya, tetapi keadaan semakin bertambah baik di mana wanita yang bekerjaya semakin di terima umum, tetapi fenomena lelaki yang membantu isteri membuat kerja rumah masih tidak dapat diterima.

Dunia Pada Masa Depan

Pada masa hadapan,keadilan gender haruslah bergantung kepada sifat-sifat dan nilai-nilai Androgyny. Androgyny merupakan sifat dimana setiap manusia haruslah mempunyai sifat-sifat kewanitaan dan sifat-sifat kelelakian dalam diri masing-masing. Sifat-sifat positif dalam diri lelaki perlulah dimiliki wanita. Manakala sifat-sifat atau nilai-nilai positif wanita perlu juga dimiliki lelaki. Sebagai contoh sifat “berani” iaitu sifat seorang lelaki, perlu ada dalam diri wanita apabila berhadapan dengan situasi yang genting contohnya seperti menyelamatkan kanak-kanak yang terperangkap dalam kebakaran. Contoh seterusnya, seseorang lelaki seharusnya memiliki sifat-sifat positif wanita iaitu belas kasihan, apabila mereka terjumpa kanak-kanak yang meminta sedekah, mereka seharusnya menghulurkan bantuan dan dan cuba membantu kanak-kanak tersebut sedaya yang mungkin.
Walaubagaimanapun, wanita dan lelaki banyak dibezakan daripada amalan-amalan sosialisasi. Perbezaan ini adalah akibat daripada faktor-faktor seperti faktor budaya, faktor biologikal dan juga akibat interaksi antara kedua-duanya. Hal ini menyebabkan sifat-sifat androgyny tidak digunakan dengan sepenuhnya dan kesannya lelaki dan wanita terus dilihat sebagai individu yang mempunyai sifat yang berasingan.


kEnaNgAn PaDa LaGuu ??

Setiap pada kita semua pasti ada lagu yg kita minati..kalau tak minat pada lagunya mungkin pada lirik lagunya..kat sini aku nk kongsi lirik2 lagu yg bagi aku agak best kalau kita betul-betul hayatinya ditambah lagi dengan susunan muziknya..aku rasa lagu2 dibawah ni antara kegemaran ramai orang..antara lagunya adalah yg bertajuk PerMata Yang DicaRi drp kumpulan DeHearty dan juga lagu KasiHku AbAdi drp kumpulan In-TeaM..kedua-duanya lagu Nasyid..kemudian 2 lagi lirik lagu adalah dari Kris DayAnti..yang bertajuk Im sOrry..GooDbYe dan AkU wanita Biasa..bagi aku 2 lirik lagu Kris Dayanti ni x la puitis or best macam lagu permata yg dcari ngan kasihku abadi tu..tapi melodi lagu ni best..ditmbh liriknya yg senang difahami..lagu2 ni adalah antara kegemaran aku..so sama2 hayatinya..n jgn upe pergi download lagu ni kat mana2 yg patut hehehe…

PERMATA YANG DICARI- DEHEARTY

Hadirnya tanpa ku sedari,
menggamit kasih cinta bersemi
hadir cinta insan pada ku ini
Anugerah kurniaan illahi.

Lembut tutur bicaranya,
menarik hatiku utk mdekatinya
kesopanannya memikat di hati
mendamaikan jiwaku yg resah ini

c/0 Ya ALLah jika dia benar utkku
dekatkanlah hatinya dgn hatiku
jika dia bukan milikku
tabahkanlah hatiku dgn ketentuanmu

Dialah permata yg dicari
selama ini baru ku temui
tapi ku x pasti acara illahi
apakah dia kan ku miliki

tidak sekali dinodai nafsu
akan ku batasi dgn syariatmu
jika dirinya bukan utkku
redha hatiku dgn ketentuanmu..

Ya Allah engkaulah tmpt
ku brgntung harapanku
ku harap diriku sentiasa dibawah rahmatmu
.


Kasihku Abadi
Album : In-Team'04


Kamar hatiku,
sekian lama Suram dan sepi,
kekosongan Aku mencari insan sejati
Untuk menemani hidupku

Adam dan Hawa diciptakanNya
Disemai rasa kasih sayang
Agar bersemi ketenangan
Dan kedamaian di hati

Ku harap hanya keikhlasan
Dan ku rindukan keramahan
Aku inginkan kemesraan Berkekalan berpanjangan
Mengasihimu, dikasihi Menyayangimu,
disayangi Merindui dan dirindui
Saling mengerti di hati

Biar hilang kabus di wajahku
Biar tenang resah di dadaku
Terimalah serta kabulkan harapan ini
Oh Tuhan

Ku melafazkan kata penuh makna
Bersaksi Tuhan yang Maha Pemurah
Hidup mati jodoh pertemuan Ditentu Allah yang Esa
Perkenankan hasrat di hatiku
Moga impian kan dirahmati
Dipertemukan serikandi
Susah dan senang sama
harungi Demi cinta yang hakiki
Oh...

Kris Dayanti - I’m Sorry Goodbye

Sebelum bertemu denganmu, Diriku bahagia
Semenjak bertemu denganmu Ku makin bahagia..
Semakin lama aku Semakin tau tentang engkau
Sedikit kecewa Ternyata engkau tak baik

Pertama tama semua manis Yang engkau berikan
Membuat aku merasakan Cinta sebenarnya…
Semakin hari Semakin terungkap
Yang sesungguhnya
Kumakin kecewa Ternyata kau penuh dusta

Maafkan ku harus pergi Ku tak suka dengan ini
Aku tak bodoh Seperti kekasihmu yang lain….
Terima kasih oh Tuhan Tunjukkan siapa dia

Maaf kita putus So thank you so much
I’m sorry good bye

Seribu cara kau membuatKu dengan puitis
Tapi kau lupa bahwa Ku juga manusia
Yang punya mata Perihnya hati dan perasaan……
Maaf aku pergi Dan takkan untukmu lagi

(i’m sorry good bye)

Ku tak suka dengan ini
Aku tak bodoh Maafkan ku harus pergi
Tak seperti kekasihmu yang lain
Terimakasih oh Tuhan

Tunjukkan siapa dia
Maaf kita putus
So thank you so much
I’m sorry good bye...


AKU WANITA BIASA-KRIS DAYANTI

Aku ini wanita biasa
Bisa sakit luka karena cinta
Dingin sepi kerap menyapa
Air mata jatuh lukisan raga

Kadang ku kuat setegar karang
Kadang ku rapuh lemah liar merana

Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih

Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih hatiku

Kekasih hatiku maafkan aku
Aku wanita biasa

Dingin sepi kerap menyapa
Air mata jatuh lukisan raga

Kadang ku kuat setegar karang
Kadang ku rapuh lemah liar merana

Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamuKu yang dosakan cinta kekasih
Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta
kekasih Hatiku…
maafkan aku..





6 Okt 2009

KEnAnGan Di UM

KetEraNgAN:-(Jamuan Hari RaYa AidiLfitri anJuran JabaTan penGajian GenDer)BerGamBaR BERsama-sama,antara pensyAraH,kaKiTAngan dan studeNt peNgAjIAN gEnDER UM 09-
best dpt kmpul ramai2 time ni..budak2 minor gender tahun 1,2 dan 3 walaupun sbnrnya ramai yg x dtg time ni..separuh je yg dtg ni..namun budak2 final year paling rmai dtg hehe..mklumlah nama pun final year la katakan..jd kenala dtg bukan selalu pun..


keTerANgan-gambar budak2 major seJaraH(UM) yg mengIkuti ProJek KeuSaHaWanan di MeLaKa..sekitar Mac 09 yg lalu

:-PenGalaman yg best kt Melaka.sambil buat kerja sambil makan angin hehe..walaupun pada masa tu tgh bergelut siapkan tesis masing2 hehe..rindu kt korang sume..kalau xde projek ni..msti msing2 buat hal sendiri dan x kenal antara satu sama lain..projek ni dh merapatkan kite sume..walaupun x la rapat mana pun hehe..sekurang-kurangnya kenal la juga dr xkenal lgsng kan..




5 Okt 2009

KASUT TUMIT TINGGI JEJAS KESIHATAN..

mcm semua tau kan permpuan zmn skrg suka pakai ksut tumit tggi..kalau tgi sikit je xpe la gak..ni tggi yg amat..bukan nye diorng x tahu yg ia boleh memudaratkan kesihatan tp tetap gak degil..apa pun baca jela kt bwh ni..

Kasut tumit tinggi dikatakan memberi tekanan pada lutut dan mengikut kajian yg dilakukan oleh Persatuan Ortopedik Kaki Amerika Syarikat menyatakan bahawa seorang wanita yg mengenakan sepatu bertumit tinggi sekurang-kurangnya tiga sentimeter (sm) akan meningkatkan tekanan pada lutut sehingga 26 %.

Keadaan ini akan mengundang penyakit osteoporosis dan penyakit sendi. Malah, ia juga boleh mengakibatkan rasa sakit pada kuku, bengkak jari kaki sehingga menjadi radang kulit, menyebabkan kesakitan pada punggung dan inflamasi pada tendon sehingga mengundang kesakitan pada bahu, lutut, siku, pergelangan kaki juga tangan.

Menurut satu kajian yg dijalankan di London, tindakan memakai kasut tumit tinggi membolehkan seseorang wanita nampak bergaya tetapi ia juga menjejaskan peluang si pemakai utk menimang anak. Gaya berdiri yg tidak seimbang setiap kali memakai kasut bertumit setinggi 12.7 sentimeter memberi kesan kepada organ dalaman dan kesuburan wanita.

Lebih mengejutkan apabila sesetengah reka bentuk terbaru kasut tumit tinggi boleh membuatkan rambut gugur. Ini berlaku kerana kedudukan pinggul cuba ditolak kedepan oleh pemakai membolehkan isi perut bergerak ke depan, menimbulkan keadaan yg ramai wanita menyangka ia adalah perut buncit. Keadaan ini memampatkan organ dalaman dalam keadaan yg dikenali sebagai visceroptosis dan ia turut memberi kesan pada leher belakang, sakit bahu, sakit kepala malah keguguran rambut.

Visceroptosis ialah keadaan yang biasanya menyerang wanita memakai korset atau barut tetapi kini ia menemui mangsa baru dengan menjadikan kaki sebagai sasaran. Menurut kajian sama, pemakaian kasut tumit tinggi juga boleh menyebabkan masalah kesuburan dan kitaran haid serta fungsi bahagian atas tubuh badan.

Selain kasut tumit tinggi, pemakaian tas tangan juga boleh menjejaskan kesihatan terutama yg besar dan berat kerana ia boleh menyebabkan tekanan pada tulang. Kajian pakar tulang mendapati barangan yg banyak dalam tas tangan akan memberikan tekanan kepada tulang bahu sekaligus menyakitkan otot pada satu sisi badan. Lebih serius, tekanan itu akan mendatangkan kesan kepada punggung dan bahu. (SumBer: Harian Metro)

Jadi telah kita ketahui bahawa kasut tumit tinggi memberikan implikasi negatif kepada wanita. Kasut tumit tinggi dikaitkan dengan imej ‘feminin’ wanita..Jadi untuk menjadi seorang yg feminine wanita perlu memakai kasut tumit tinggi,barulah dilihat sebagai bergaya, ayu lagi anggun walaupun pada hakikatnya memakai kasut tumit tinggi pada masa yg lama akan menyakitkan kaki wanita itu sendiri serta melambatkan atau membataskan pergerakan wanita kerana terpaksa berjalan perlahan-lahan dan berhati-hati bagi mengelakkan jatuh dsbnya, disamping implikasi negatif yg lain seperti yg dibincangkn di atas.
Sebenarnya daripada apa yg aku tahu, kasut tumit tinggi ini diperkenalkan oleh barat. Kasut tumit tinggi ini dikatakan dicipta oleh lelaki sebagai suatu cara halus utk mengekang wanita daripada aktif dlm sesuatu bidang supaya tidak menyaingi kaum lelaki, disamping cuba mengekalkan wanita dalam arena urusan rumah tangga semata-mata. Pergerakan yg lambat dan terbatas menyebabkan wanita terus terasing dan dikatakan lemah. Para wanita harus membuka mata mengenai perkara sebegini yg terselindung di sebalik design2 kasut tumit tinggi yg serba cantik teratur di pusat2 membeli belah..

Sebagai mahasiswa jurusan pengajian Gender di UM, sememamgnya kami telah didedahkan kepada perkara sebegini oleh pensyarah. Akibat kesedaran yg aku dapat telah membuka mata dan kepala otak aku. Aku telah menasihatkan perkara ini pada kawan baik ku di Penang. Namun nasihat aku ni boleh diibaratkan sebagai “mencurah air ke daun keladi” xde tnda2 nk berubah pun, makin menjadi-jadi lagi adalah,aku akui dirinya yg sedikit rendah itu menyebabkan dia memilih utk memakai kasut tumit tinggi yg sememangnya tinggi..bila aku berjalan dgn die pun aku yg kelihatan rendah sedikit dr die disebabkan kasut tumit tinggi yg die pakai tu. Akibat memakai kasut tumit tinggi tu,die berjalan slow2..dan menyuruh aku jgn jalan laju sgt dan aku plak selesa memakai sandals atau kasut biasa yg tapaknya nipis berjalan dgn releks jerr.sedangkan kalau die tidak memakai kasut T.tinggi tu die berjln lg laju dr aku hehe. Die terpaksa berjalan lmbt dan kasimpulannya everything pun lmbt la..hehe

Nak buat cmne org x nk dgr..lantaklaa..n suke hati die..aku pun lama x jumpe die dh lani..entah sibuk apa pn x tau.moga bahagia dengan bf die yg suke mengonkong tu hehehe jahatnya aku ni..emm biarlah org dh x ingt kawan nk uat cmne,bf die lg penting drp kwn2.huhuhu.

Berbalik pada isu pemakaian kasut tumit tinggi, seorang mahasiswa UM lelaki pernah berkongsi pandangannya dgn aku, Dia berpendapat wanita yg memakai kasut tumit tinggi mendera diri sendiri kerana tidak berbaloi berbuat demikian kerana wanita tidak mendapat apa2 manfaat drp pemakaian kasut berkenaan. Baginya wanita yg gemar memakai kasut T.tinggi semata-mata ingin menarik perhatian lelaki kerana lelaki sememangnya suka dan gemar mendengar derap tapak kasut tumit tinggi kepunyaan wanita disamping gemar melihat punggung dan dada wanita yg sedikit kedepan apabila memakai kasut tumit tinggi. Hal ini bermaksud wanita dilihat sebagai tarikan seksual pada lelaki. Jadi tidak hairanlah timbulnya isu gangguan seksual mahupun rogol. Pada pndngannya lagi, pemakaian kasut tumit tinggi juga membahayakan wanita juga, dimana jika wanita berdepan dengan ancaman seperti rogol misalnya mereka sukar melepaskan diri dengan berlari kerana berjalan juga susah apatah lagi jika berlari utk menyelamatkan diri, kerana apabila berlari dengan kasut tumit tinggi kemungkinan utk jatuh, terpelecok, kaki terluka dan sebagainya amat tinggi, hal ini secara tidak langsung menyebabkan wanita yg memakai kasut tumit tinggi lebih berisiko utk cedera atau dicederakan.

Jadi kepada semua wanita, semoga mendapat serba sedikit pengetahuan serta iktibar daripada artikel ini serta mendapat manfaat daripada cerita mahupun pandangan saya dan rakan saya.


ELAKKAN DIRIMU DIEKSPLOITASI DRP PHK YG X BERTGGJWB!!

2 Okt 2009

KAtA2 hIkMaT PiLiHaNkU..jom rENunGkAN bErSaMa..

*Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri.

*Kegagalan adalah permulaan kepada kejayaan.

* Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana.


*Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya, akal mengatatakan wanita cantik atas dasar ilmu dan kepandaiannya, dan hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya.

*Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang
mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah

*SAHABAT YANG BAIK ADALAH ORANG YANG BERCAKAP BENAR, DAN
BUKANNYA HANYA MEMBENARKAN KATA-KATA.

*"Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yg telah dicari"
( Saidina Ali)

*"Orang yang paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya sendiri"

*"Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang
orang lain ada.

*Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan
memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan
kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

*Berubah itu mungkin mudah, tapi kekal dengan perubahan yang dibuat itu mungkin payah

*Apa yang anda fikirkan mengenai diri anda, akan mempengaruhi diri anda sendiri.

*“Usah mimpi menakluk bintang kalau bulan pun tak kelihatan.”

*“Paling indah hidup apabila kita mendapat semua yang kita inginkan, tapi paling tak indah bila dah dapat itulah punca masalah hidup kita.”

*“Tak semua yang indah tu membahagiakan, kadang-kadang ia hanya indah di anak mata, bila ditangan sendiri ia berubah warna.”

*“Usah direnung ke langit hingga terlupakan bumi, sedangkan langit tak mungkin dicapai, bumi setia di bawah telapak kaki.”

*“Sesuatu yang berharga tak mudah mendapatkannya, ibarat memetik bintang di hujung dunia.”

*“Jodoh memberatkan kepala, setelah mendapat jodoh boleh jadi semakin memberatkan kepala.”

*“Negara yang maju bukan negara yang merdeka tapi bagaimana mereka menafsirkan erti
kemerdekaan itu.”

*“Musuh kita yang paling jahat adalah hati kita, tapi kawan kita yang baik pun adalah hati kita.”

*Kegagalan adalah asas kemenangan
- Lao Tze

*Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda
tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan. (Peribahasa Arab)

MaNusIa yG mULa BeRFiKiR..

MEMANG MANUSIA ITU SENTIASA BUTA ,
TIDAK SEDAR DIRIKAH MANUSIA ITU,
MASIH INGIN MENEMPELKAN MUKA DISITU,
WALAUPUN TIADA FAEDAH BAGINYAHANYA.
MUNGKIN MALU SAHAJA YG LAYAK DIDAPATINYA?
KENAPA MANUSIA HARUS ADA PERASAAN BEGITU?
KERANA 100% BAHAGIAN ITU MEMBAWA KEKECEWAAN UTKNYA
KATA2 PUJANGGA SERING BERMADAH
KALAU X DICARI MANAKAN DAPAT UNTUNGNYA
NAMUN BILA DICARI HASILNYA KEMUNGKINAN BESAR TIADA
ADAKAH INI DUGAAN UTK MANUSIA ITU
ADAKAH SINAR BAHAGIA UTKNYA DI KEMUDIAN HARI?
SUKAR DIRAMAL BUKAN
MANUSIA ITU BERHATI WALANG
NAMUN DIA TAHU DIA PATUT BERSYUKURKERANA DIA MASIH BERUNTUNG
ALHAMDULILAH..'GUNDAH MENJADI TEMANNYA
KETIDAKPASTIAN MEMENUHI RUANGAN FIKIRANNYA
APA YG BAKAL TERJADI
BAKAL BAHAGIAKAH MANUSIA ITU????????????????????????????
SERINGKALI MANUSIA ITU,MEMBANDINGKAN DIRINYA DENGAN MANUSIA LAIN
APA YG DIDAPATINYA MANUSIA LAIN JAUH BERTUAH DARINYA
DIA MENGAMBIL CONTOH KAWANNYA SENDIRI
WALAUPUN ADA MASANYA MEMPUNYAI MASALAH SENDIRI
DIA TETAP DIKELILINGI INSAN YG MENYAYANGINYA
KENAPA MANUSIA INI PULA SUKAR UTK MEMPEROLEHNYA
ADAKAH KERNA MANUSIA ITU YG BUTA?
ATAU MANUSIA LAIN TIDAK NAMPAK AKAN KEBAIKAN DIRINYA
KENAPA MANUSIA LAIN SENTIASA LEBIH BAIK DARINYAKENAPA TIDAK DIA...
NAMUN SETELAH PUAS MENCARI JAWAPAN
DIA MEMUTUSKAN UTK BERFIKIR POSITIF
BAHAWA APA YG TERJAD YI PADANYA ADALAH YG PALING TERBAIK UTKNYA
ITULAH REZEKI YG DITETAPKAN UTKNYA
ADA MANUSIA LAIN LEBIH MALANG DARINYA
DIA HARUS BERSYUKUR
KERANA DIA TAHU DIRINYA ADALAH YG TERBAEK DR YG LAIN
MUNGKIN MANUSIA ITU YG BELUM DAPAT MENCARI KEKUATANNYA
ATAU MUNGKINKAH MANUSIA ITU YG BELUM NAMPAK SINAR UTKNYA..
sETIAP MANUSIA ADA REZEKINYA MASING2..
MUNGKIN BELUM SAMPAI JODOH DAN REZEKI BUAT MANUSIA ITU
APA YG PASTI
MANUSIA ITU REDHA,PASRAH DAN TAWAKAL KPD ALLAH SWT..
KERANA ITULAH YG TERBAIK
UTK DIRINYA BUAT MASA INI.