30 Jun 2010

iNiLaH kEpUtuSaNkUuu yg SuKaR..SeLaMiLaah Hati iNi..



Keputusan telah dibuat..

Nekad atau tidak keputusan aku ini aku tidak tahu

Entahlah sejujurnya aku masih keliru.


50% hati aku kata jangan sia-siakan peluang ni..50% lgi kata x pyh pergi..menyusahkan je nanti..ko akan terseksa dri fizikal dn emosi kt sna t..tggu dh sembuh t cuba lagi..


Arghhhh begitula perasaan aku..


Utk pengetahuan sume, Aku telah menolak…dh pun ku sahkan dgn alasan

Masalah kesihatan..


Walaupun x teruk mana pun.tp dh cukup utk menyukarkan aku utk survive disana..

Andainya tawaran ni dtg lebih awal disaat semuanya masih terkawal..

Sudah tentula sekarang ni aku insan paling gembira yg pastinya kini sdg sibuk buat persiapan utk ke sana menjadi warga MuLia..

tp sebaliknya terjadi..tiada persiapan mahupun apa2 dilakukan..

Aku hanya memandang sepi serta membaca buku panduan yg telah aku save dri internet tnpa berperasaan..



Amat kecewa kerana ketika inilah baru la mcm2 yg dtg..

Kenapa bukan dahulu..

Ketika aku mengesahkan menolak tawaran dgn mengklik butang tersebut di laman web berkenaan sempat juga la beberapa titis airmata ini jatuh..

Ada ketikanya aku begitu yakin dgn keputusan aku..adakalanya berubah..namun rasanya itu yg terbaik..

Bila melihat keseronokan kawan2 lain membuat persiapan utk kesana..timbul perasaan cemburu..huhu..alangkah bagusnya aku menjadi seperti mereka..


Benarkah, betulkah, wajarkah??



Aku tidak membuat keputusan ini sendirian..aku turut berbincang dgn ibu ku..

Ibu ku juga seperti aku..tidak mampu membuat keputusan bagi pihak aku..die risaukan aku seandainya aku pergi ke sana..jika menolak pula terasa amat ruginya..dan akhirnya die juga bersetuju dgn keputusan aku..walaupun hati kami amat berat nak melepaskan tawaran ini..


Ramai kawan2 yg bertanya dapat ke tidak twran tuh..aku merasakan ingin melarikan diri, tidak mahu menjawab soalan berkenaan..ada yg aku berterus terang mengatakan aku dapat..dan ada juga yg aku berselindung mengatakan yg aku x dpt twrn tuh..

Kerana pastinya ramai yg membebel bila tau aku dpt tawaran tuh tp menolak pula..alangkah ruginya..sedangkan beribu yg inginkan tempat aku tuh namun x terpilih..sedangkan aku yg terpilih ni yg bertuah ni x nk pula pergi..rugi tul..bukan senang nk dpt..kalau cuba balik pun belum tentu ada rezeki..lagipun selepas ini kerja sudah pun terjamin..apa lagi yg aku nak dan tggu..ramai yg kecewa tidak terpilih walaupun hanya utk ujian bertulis..sedangkan aku..aku dh berjaya lepasi peringkt temuduga..kerja dh dijanjikan dn ada dlm genggaman dh..ni adalah antara ayat2 wajib yg terpaksa aku dgr bila aku memberitahu akan keputusan aku tuh..mang betul aku x nafikan..mmg rugi kalau menolak peluang ni..




Tpii berat mata memandang berat lgi bahu memikul..aku bukannya gila nak tolak tawaran ni saja 2 je..ikut suka hati tnpa ada sebab dan alasan yg kukuh..sudah pasti aku dh pertimbangkan baik buruk..Orang MemaNg boLeh cakaP apa saja, ckp Mcm2..rugila apa la..tpi yg menanggungnya aku..MEREKA X TAHU APA YG AKU ALAMI, APA YG TERJADI PADA AKU, APA YG AKU RASA..jadi semuanya sedap mulut cakap yg aku ni menolak peluang, menolak rezeki..MEREKA X BERADA DI TEMPAT AKU..sape2 leh cakap apa saja..tpi diorang x letakkan diri diorng di tempat aku..sebaliknya melihat dri perspektif mereka sahaja.


MEREKA X TAHU BETAPA SUKARNYA AKU UTK MEMBUAT KEPUTUSAN INI..aku bukannya bodoh mahupun giler utk sewenang-wenangnya MENOLAK..pasti ada sebab..


“HenDak seriBu daya, x nak seribu Dalih” dan aku mang x brdaya..walupun hati ni meronta-ronta ingin mencari pengalaman menempuh perkara2 baru..dsbnya..

Aku sememangnya menyesal menolak twrn ni tp apa kan daya keadaan tidak mengizinkan..

Kenapa la ketika ini terjadinya bermacam-mcm,kenapa la twrn ni sampai pada waktu yg x tepat.



Pasti ada yg bertanya..setelah menolak peluang/twrn keemasan ni apa yg akan aku buat selepas ini??

Jangan ditanya pada aku..aku sendiri tidak mempunyai jawapan yg pasti untukknya..kerana keadaan sekarang amat rumit dan sukar!!

Aku x tahu nasib aku di kemudian hari…

moga apa yg trjadi lebih baik sebelumnya..



bagi yg memahami apa yg aku tulis ni diharapkan

semoga entry ni akan menjawab semua persoalan korang..

bagi yg suka melihat aku menjadi begini..emm terpulang..rezeki Allah kat mana2..

berusaha dan berdoa je yg boleh aku buat..

beratnya hati ini huhuhu…


bagi yg x mengerti apa yg aku tulis..cuba la teka2 sikit..kot2 betul ke kan hehe..



ramai yg msg aku tnya..ada yg aku balas..ada juga yg tidak..entahla bergantung pada mood aku time tuhh..aku tgk perangai kwn2 aku kalau die ni jenis yg kuat berceramah dan susah nk paham org aku ckp aku x dpt jer sng cite..malas nk dgr ceramah free..


entahlaa..harap2 ni keputusan terbaik..andainya aku dh tersalah buat keputusan aku redha..

29 Jun 2010

joM tEnGok The TwiLigHt SaGa-EcLiPse ;)



X lama lgi siri ke-3 TwiLigh Saga: Eclipse akan ditayangkan..x silap aku 8 Julai ni..mesti ramai yg x sabar nak tonton sekuel ketiga filem ni..


Mesti semua trtnya-tnya adakah Bella akan berkahwin dgn Edward?adakah Bella akan bertukar menjadi Pontianak dlm siri ni?


Dan bagaimana pula dgn persahabatan Bella dgn Jacobs selepas ini..terutamanya ketika Bella sudah pun menjadi Pontianak..



Bagaimana pula dgn musuh Bella yg masih memburunya..


Kadang2 aku terfikir gak sanggupkah dan tegakah bella meninggalkan family dan brtukar dri manusia kpd pontianak semata-mata utk bersama Edward? Berbaloikah??


Demi cinta keluarga tidak dihiraukan..emmm…



Apa pun aku pun teringin nak tonton sekuel ke3 twilight ni..harap2 makin best la..tp aku x sure laa..pi menonton di pawagam atau tidak..or mungkin tggu dvd je kot..huhu…rasa2 tgk dvd je kot..huhu..nak kuar dgn member2 pun aku lak yg x brp sihat..entahlaa…semoga cepat sembuh la hendaknya..


Winduuu nak tgk wyg ngan member2..kalau dpt tgk ramai2 mesti lg syok..oooyehh..


Apa pun jom tgk twilight ramai2…


Lalalalala



Bila aku tgk poster filem ni rasa cm x sabar nak tonton ceritanya..poster die menarik perhatian aku hehehe..

25 Jun 2010

JoM ReNuNgKaN BeRsaMa....


KENAPA AKU DIUJI?


Firman Allah SWT: "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan: "Kami telah beriman", sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang2 yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang2 yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang2 yang dusta." (QS Al-Ankabut: 2~3)



KENAPA AKU TAK MENDAPAT APA YANG AKU INGINKAN?


Firman Allah SWT: "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (QS Al-Baqarah: 216)



KENAPA SANGAT BERAT UJIAN INI?


Firman Allah SWT: "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (QS Al-Baqarah: 286)



AKU RASA KECEWA!



Firman Allah SWT: "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang2 yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang2 yang beriman." (QS Al-Imran: 139)


BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?



Firman Allah SWT: "Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran dan perteguhkanlah kekuatanmu serta patuhlah kamu kepada Allah supaya, kamu beruntung (mencapai kemenangan)." (QS Al-Imran: 200)



Firman Allah SWT lagi: "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepadaorang-orang yang khusyuk" (QS Al-Baqarah: 45)



APA YANG AKU DAPAT DARI SEMUA INI?



Firman Allah SWT: "Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang2 mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka..." (QS At-Taubah: 111)




KEPADA SIAPA AKU MENYANDARKAN HARAPAN?



Firman Allah SWT: "...Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal dan Dia memiliki Arasy yang agung." (QS At-Taubah: 129)




AKU TAK MAMPU BERTAHAN LAGI!!!!!



Firman Allah SWT: "... ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (QS Yusuf: 12)



Semoga Allah SWT tetapkan keimanan dan kesabaran di dalam diri kita dalam menghadapi dugaan2 hidup sebelum nyawa terpisah dari jasad, amin.


Saja nak kongsi..ayat2 diatas aku dapat diblog rakan bloggers aku di http://ainshahajar.blogspot.com...



Tgk mcm menarik jer..jadi aku post plak diblog aku..semoga kita semua mendapat manfaat drinya.. =)

SuSaHNyaa AdA KaWaN EmO Cmnii...



Dh nama pun manusia..pastinya ada mcm2 ragam..emm bagi aku susah la ada kawan yg cpt Emo (emosional) nih.sikit2 nak merajuk..sikit2 nak trasa hati..


Semua yg berlaku mestila ada alasan nyer..x kan sengaja2 je kot..


Bile disini baru la nak cari member nih (merujuk pd aku)


Die sakitkan hati kite die x nampak lak..die x pkir pun perasaan kite..


Time die uikss siap buat luahan hati khas gitu di lmn sosial..




Setiap org pasti ada masalah dan alasan tersendiri..so patutnya tnya ler kenapa, mengapa..


Setakat kalau kuar x ajak tu pun nak amik hati..apa kes..


Rasanya kdg2 die kuar pun x ajak aku gak..ada ke aku trasa hti..


Aku lebih terasa hati kalau org mungkir janji..


Yg terbaru die ada buat sesuatu..pun die x ajak aku, siap x terpikir nak ajak aku pun


Dh la x gtau..kalu gtau leh gak aku join..x la bowink sgt t..tup2 dgr dh start dh pun..




Tp nasib aku dh tau awal2..sbb kwan aku sorang lg dh gtau aku…kawan aku siap tnya lgi aku ada gaduh ke ngan minah nih..sbb die x ajak aku pun..aku ckp la x gduh mende pun..


Mula2 dengar cite dri kawan aku ni..angin gak aku..rasa marah sume ada..tp last2 biarlah..org dh ada duit sndiri..mcm tulaaa…




Baru2 ni aku gi tgk wyg sume..saja lepas tension..aku lani susah nak kuar ngan kwn2 sbb aku x berapa sihat..nk jln jauh pun pyh..aku kuar ritu pun ngan jiran aku serta ngan mak aku skali..kami pi balik naik teksi..huhu..aku x nak susahkan kwn aku..coz aku sakit..nanti lau kuar sorang gi ngan kwn aku..aku takut apa2 jdi lak..jd skrg aku lgi selesa kuar ngan family aku..


Lagipun aku x nak dikasihani or org simpati ngan aku..


Huhuhu..sbb tu aku jarang kuar ngan kawan2 aku skrg..huhu




Walaupun sbnrnya aku teringin nak lepak ngan diorang sume mcm waktu dulu..


So pda kawan2 aku plz jgn emo..kerana apa saja tindakan aku pastinya ada sebab dan alasan tersendiri..aku bukan sengaja nak buat sesuatu utk menyakitkan hati org..




Aku mcm org lain byk masalah..smpai tpksa tolak tawaran yg terbesar dlm hdup aku.. setelah berhempas pulas mendapatkannya, bila dh dapat terpaksa tolak pula..betapa susahnya aku membuat keputusan ini..dgn perasaan sedih dan mata yg bergenang aku terpaksa menolak…Ya ALLAH..tabahkanlah hati aku..moga keputusan yg aku buat ni adalah yg tepat dan terbaik…kau bukakanlah pintu rezeki pada ku..


22 Jun 2010

SeMeRah CiNta StiLLeto vs 2 Hati 1 JiwA..

Ni antara 2 filem Melayu yg aku dh tonton dvdnyer..iaitu Semerah Cinta Stilleto lakonan Lisa Surihani dan Farid Kamil..dan juga filem 2 Hati 1 Jiwa lakonan Yasmin hani dan Fouziah ghous..bagi aku kedua-dua filem ni ada tarikan masing2 ..pape pun jom tgk synopsis filem Semerah Cinta Stilleto ni terlebih dahulu..




SiNopsis..



Semerah Cinta Stilleto mengisahkan kehidupan bahagia Siti Laila atau Stila (Lisa Surihani). Stila dilahirkan dan dibesarkan dalam kemewahan dan segala yang dihajati akan ditunaikan oleh kedua-dua ibu bapanya. Dia juga seorang remaja perempuan yang cantik, masih menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi terkemuka di ibu kota.



Leto (Farid Kamil) pula seorang pemuda yang hidup dalam keadaan serba sederhana.


Bekerja sebagai penjual ikan di pasar borong dan tinggal di flat murah berhadapan kawasan banglo mewah keluarga Stila. Pertemuan Stila dan Leto bermula apabila ibu Stila iaitu Datin Fairuz ke pasar membeli ikan untuk dimasak bagi menyambut kedatangan teman lelaki Stila iaitu Raymond ke rumah.



Kejadian tidak disangka berlaku. Pergaduhan besar tercetus antara penjual ikan di pasar sehingga memaksa Datin Fairuz membatalkan niat untuk membeli ikan.


Di situlah, Leto terpandang dan tertawan dengan keayuan Stila. Dalam kejadian itu juga, Leto dibuang kerja.Pada malam pertemuan Stila dan Raymond, Stila telah cuba digoda dan dinodai Raymond. Stila lari dan berjalan seorang diri sehingga bertemu Leto dan kawannya Yani (Cat Farish).



Yani sebelum ini setiap hari mengganggu Stila untuk membalas dendam, tetapi mangsanya adalah Leto.


Stila menendang punggung Leto sehingga berdarah dengan menggunakan stilletonya.


Yani yang terkenal dengan sikap nakalnya telah membawa Leto mencuri kasut untuk dijual. Kebetulan semula, rumah yang dicuri itu adalah rumah banglo keluarga Stila.



Kehilangan stiletto telah mengundang rasa sedih Datin Fairuz dan membuatkan Stila berasa bersalah dan berusaha untuk mendapatkan sepasang lagi stiletto.


Pertemuan semula dengan Leto telah membantu Stila untuk mendapatkan semula kasutnya.Dalam tempoh pencarian stilletto itu, Stila terserempak ibunya bermesra bersama dengan lelaki lain tanpa rasa malu.



Melihat sikap acuh tak acuh bapanya, Datuk Azahar akan tinggah laku isterinya, Stila mengikut Leto pulang. Stila tidak tinggal di rumah kerana berasa kecewa dan sedih.


Di rumah Leto, Stila telah bertemu dengan erti kesempurnaan hidup.


Namun, hubungan Stila dan Leto mendapat tentangan dari keluarga Stila dan keraguan kedua ibu bapa Leto.



Dapatkah Stila mendapatkan stilettonya semula?



Apakah reaksi Stila terhadap segala tindakan keluarganya? Dan bagaimanakah kesudahan perhubungan antara Stila dan Leto?


Segalanya terjawab dalam filem "Semerah Cinta Stiletto" terbitan ke-37 MIG production arahan Ahmad Idham.




Aku rasa tarikan utama filem ni adalah sebab adanya Lisa Surihani yg quit tuh.hehe disamping filem ni diarahkan oleh pengarah yg sering menghasilkan filem box office iaitu Ahmad Idham..pape pun aku rase filem ni antara filem yg paling x best sekali yg diarahkan oleh Ahmad Idham.Jalan cerita die terlampau biasa sgt..stereotype..cite anak org kaya jatuh cinta ngan anak org Miskin..berlaku konflik lari dr umah jap..bla bla blab la blab la….cmne la diorang leh buat jalan cerita cmni pastu dijadikan filem la plak..adoiiii..nasib la lisa surihani ada n sgt comel die dlm cite ni..aku rase jalan cite cmni lau dijadikan drama pun org cm malas je nk tgk..huhuu..rasenye Filem Syurga Cinta lakonan HeLiza AF5 ngan Awal Ashaari lebih best dri filem Semerah Cinta Stilleto nih..jalan cite die lgi mantap, penuh pengajaran dan seronok utk ditonton berbanding cite ni S.C.T nih..



Bagi aku S.C.T adalah sebuah filem cinta (romantic komedi) yg gagal di mata sanubari aku..jalan cite sume hampeh dan terlampau biasa..dah boleh diteka apa akan jadi seterusnya dlm filem nih..



Dri segi lakonan pula. Lakonan Lisa mcm biasa jer..xde apa2 yg istimewa or menarik sgt pun..lgipun watak die watak gadis kaya yg berperwatakan budak baik..so mmg kena ngan personality die yg lembut dan comey tuh..


Manakala farid kamil plak..lakonan die pun bagi aku x best laa..die berlakon ala2 anak emak gitu.budak baik..lurus bendul gitu..watak ni x begitu menguji lakonan die..aku rse aku x suke tgk farid kamil dlm filem ni..dgn rmbut die yg pjg dn serabut…huh..pastu melakonkan watak sedemikian..x berkenan den..pendek kata filem ni x sesuwei ngan jiwa aku.. aku bagi filem ni 2.5 bintang dr 10 bintang.



Ok..untuk filem 2 hati 1 jiwa nih yg dilakonkan oleh Yasmin Hani ngan Fouziah Ghous..bagi aku kire ok sikit la dr sudut jalan cerita die..yg mengisahkan ttg kembar siam..




‘Dua Hati Satu Jiwa’ merupakan filem ke-29 arahan Razak. Ianya mengisahkan bagaimana kehidupan dua pasangan kembar, Lana dan Lina, yang pada mulanya saling sayang-menyayangi berubah apabila meningkat dewasa. Mereka semenjak kecil sentiasa di bawah jagaan ayah dan ibu, sehingga tidak bersekolah di sekolah awam. Namun suatu hari, ibu bapa mereka menyedari sejauh mana anak-anak kesayangan mereka perlu dilindungi. Ketika itu juga, Lana dan Lina diterima masuk ke universiti…Maka bila di Universiti mereka mula sedar dan merasa payahnya menjadi kembar siam..perbalahan dan perasaan x puas hati mula muncul sehingga akhirnya mereka mangambil keputusan utk dipisahkan..




Jalan cite die mang lain dri yg lain..wajar dipuji..sbb xde lagi filem2 di Msia yg mengetengahkan isu kembar siam ni..filem ni kire okla gak utk ditonton..Cuma ada beberapa babak yg aku rasa x relevan cthnya babak yg Irma Hasmie kena rogol dan pukul tuh..tiba2 jer ada..pastu dtunjukkan Irma msuk hospital x lama pastu die leh ke Universiti dgn suka hatinya mcm xda apa2 yg blaku..ish2 penin..

lakonan Yasmin hani kire ok laa..tp aku meluat ngan lakonan Fouziah Ghous..sakit telinga aku dgr suara die..menjerit-jerit..mmg la watak die ala-ala keanakan sikit..tp lakonan die agak over..smpai menyampah jadinya aku tgk die berlakon..pastu aku rase ending cite ni pun kurang umpph la..entah mcm x best jer..walaupun ada eleman kejutan yg tjukkan rupa2 nya fahrin ahmad ada kembar..namun ending cite ni x best laa..aku bagi filem ni 4.5 bintang dr 10 bintang..

17 Jun 2010

REviEw FiLeM LaGeNDa BuDak SEtaN..(FroM My PerSpecTiVe..)





Sejak akhir2 ni ramai yg memperkatakan ttg Filem Lagenda Budak Setan (LBS)..ramai juga para bloggers membuat review filem ni..ada yg mengkritik bagai nak rak..ada gak yg menyanjung filem ni..Hampir pasti filem ni mengaut keuntungan berlipat ganda setelah sekian lama xde filem romantik cinta di panggung wyg..sebelum ni kalau kita lihat byk filem yg bercorak seram mahupun komedi..paling kurang pun romantic komedi laa..susah nak jumpe filem yg brtemakan cinta tragis mcm LBS ni..Ianya diadaptasi dri Novel tulisan Ahadiat Akashah..aku merupakan salah seorang penggemar novel2 tulisan beliau..aku ada masuk beberapa laman blog dn membaca pandangan mereka ttg filem ni..emmm bagi yg suka akan filem ni mang xde masalah la..kebanyakannya menitiskan airmata terutama bgi yg jiwa2 lembut yg jiwang ni hehe..namun bagi yg mengkritik byk benda yg dipersoalkan..antaranya kenapa jalan cite berbeza dr novel?kenapa xde adegan tu adegan ni mcm dlm novel?dan mcm2 lgi..


Jom tgk pendapat aku…



Kenapa Aku Nak tgk Filem LBS Nii…?



1) sebab aku dah baca Novel nyer..malah bukan setakat novel LBS ni jer..aku dh pun baca sambungannya dlm novel Katerina dan juga novel terakhir siri LBS ni iaitu Kasyah:Lagenda berakhir kot tjuk buku die..x ingt dh aku..bukan setakat baca sekali..malah ada la khatam balik sekali dua kali hehe..semua novel2 diatas tu aku punye..aku x pinjam dr sesape..



2) Sebab barisan pelakon filem ni yg mantap dan aku rasa amat sesuai dgn watak2 dlm cite ni.. yg mana watak Kasyah dipegang oleh farid kamil,

watak Ayu-Lisa surihani,

watak Katerina-Fazura..

watak Azmi-Que Haidar..


Cuma watak Emilia tu jer guna pelakon bru..so kureng skit tang sini..tp aku rase mggunakan pelakon baru utk watak Emilia ni mang pilihan bijak krn penonton x kan membandingkan lakonan Lisa dgn pelakon baru ni..berbanding kalau diletakkan pelakon yg sudah ada nama, mesti pembandingan akan dibuat oleh peminat..jd langkah selamat baik letak pelakon baru jer..


aku rasa utk watak Kasyah mang sesuai kot dipegang oleh Farid kamil..sbb kalau bukan F.kamil sape yg layak ek..Aqasha?Zulhuzaimy? emm rasanya dri segi gambaran fizikal Farid kamil lebih sesuai pegang watak kasyah dgn ketinggiannya, putih lg, suara pun ok..mungkin die kena lgi feel lg utk bawa watak kasyah ni..



Lisa surihani mang amat sesuai sesangat bawa watak Ayu..amat kena dgn wajah die sume..Fazura lak mmg comey..aku mang suke die..cntik sgt..sesuwei jd katerina..harap kalau ade smbungan cite ni aku harap watak katerina ttp diberi pda fazura..Que haidar xde masalah nak lakonkan watak azmi..mang mantap lakonan die..



Apa yg aku tahu, sebelum berlakon filem ni, kebanyakan para pelakon telah pun membaca Novel Lagenda Budak Setan terlebih dahulu bagi memahami watak masing2 dan jln cerita..so bile diorang berlakon diorng mang dh faham watak masing2 disamping telah pun diajar oleh Ogy Ahmad Daud selama 2 mggu sbelum penggambaran filem ni dimulakan.



3) Lagu tema yg best serta promosi yg brterusan membuatkan aku sedikit teruja nak menonton filem ni..Lagu Bila Cinta mang best utk didengar..mendayu-dayu je..menusuk kalbu gitu hehe..


4) aku antara penggemar novel2 Ahadiat Akashah..banyak gak koleksi novel beliau yg aku ada..sebelum ni mmg sudah ada beberapa karya beliau telah diadaptasi menjadi drama di tv. So bile salah satu novel beliau diadaptasi ke bentuk filem so membuatkan sedikit sebanyak aku menjadi teruja ingin melihat bagaimnakah hasilnya bila ianya difilemkan.


5) aku juga ingin melihat bagaimanakah agaknya sentuhan pengarah Sharad Sharan yg mana beliau bukannya berasal dr Malaysia sebaliknya dr India (kalau aku x silap la) jiwanya mmg sudah sebati dgn cara pembikinan filem ala-ala bollywood..so aku terpikir bagaimanakah die nak mengarah filem yg mana jalan ceritanya agak kemelayuan dan bagaimanakah die nak mengambil isi2 penting dlm novel tanpa mencacatkan sedikit pun jalan ceritanya..sebelum ni beliau sudah pun menghasilkan dua filem iaitu Filem DiVA (aku x sure betul ke x tjuk die tu) yg mana filem ni Adam, Awal, Ning Baizura berlakon tu..kemudian filem TIPU KIRI TIPU KANAN..yg ada pelakon Indon tuh..n ada Hans Isaac, Natasha Hudson dll yg berlakon..n kedua-dua filem ni mang gagal di Pawagam..so bagi aku die mang bijak bile memilih utk mengadaptasi Lagenda budak Setan ke filem..


Disamping cuba memperbaiki imej nya sbagai pengarah yg berjaya hasilkan filem box office yg mana sebelum ni 2 filem nya telah gagal..pastinya die x nak gagal buat kali ketiga secara brturut-turut..malu la beb hehe..jadi pastinya untuk filem ketiga beliau..beliau akan melakukan yg terbaik utk mendaptkan keuntungan..disamping meraih kembali kepercayaan para penerbit..

telah aku menonton filem ni..dpt aku simpulkan

1. Ada sedikit PERBEZAAN dlm FILEM DAN NOVEL
Dimana dlm novel digambarkan Kasyah mempunyai seorang abang kandung yg brnama Iskandar serta masih mempunyai ibu..Kasyah juga mempunyai ayah tiri dan juga adik beradik tiri yg lain. Tapi Dlm Versi filem Kasyah digambarkan sebagai anak Yatim Piatu.


2. Dlm Novel latar tempat diambil masa Kasyah masih bersekolah..di Library, di bilik
Darjah, guru2, dimana ditunjukkan Kasyah, Ayu dan Azmi berada dlm 1 sekolah..ketika sedang bergelut dlm exam SPM yg bakal menjelma..manakala versi filem menunjukkan Kasyah dan Ayu sudah pun berada di Kolej.. manakala Azmi x ditunjukkan belajar dimana. Tup2 muncul jer.


3. Dlm novel menerangkan Kasyah melanjutkan pelajarannya di Luar Negara. X ingt lak nama tempat tuh..sebelum Ayu pula turut menyusul belajar disana..mereka bercinta bagai nak rak disana hehe..sebelum Ayu mendapat berita yg ibunya sakit dan terpaksa pulang ke Malaysia sekaligus dipaksa berkahwin ngan Azmi. Berbeza ngan versi filem Ayu dan Kasyah belajar di Kolej tempatan..kemudian Kasyah terpaksa pergi menyiapkan penyelidikannya di kwsn pdlmn selama setahun dan Ayu berjanji utk menunggunya..namun akhirnya Ayu terpaksa berkahwin dgn Azmi atas permintaan Ibunya yg berpura-pura sakit.


4. Dlm novel menerangkan watak Suzana yakni kawan Baik kpd Ayu yg byk menolong
dlm percintaan Ayu dan Kasyah sehinggalah mereka berkahwin..Namun dlm diam Suzana turut menyimpan perasaan pada Kasyah..yakni Suzanna juga mencintai Kasyah dlm diam tanpa diketahui sesiapa termsuklah Ayu sendiri..ketika Kasyah mendapat berita yg Ayu dh pun berkahwin..Kasyah amat kcewa..keadaannya tidak terurus..dan Suzanna la yg sentiasa memberi semangat dn menemani Kasyah setiap masa..Namun bila Kasyah dpt menerima dan berbaik semula dgn emilia (Ayu yg telah berubah wajahnya) Suzanna amat kecewa dan membawa diri pergi sambung belajar di suatu tmpat.sehingga la bertemu pengganti Kasyah disana..
Kasyah berasa pelik dgn perubahan Suzanna yg mendadak..namun akhirnya kasyah tidak memikirkan sgt ttg Suzanna dan perhatian kasyah beralih pada Emilia/Ayu..Ayu juga tidak berasa syak apa2 ttg kelakuan Suzanna..kirenyer Suzanna syok sendirilaa,cintai dlm diam..tapi dlm filem x ditunjukkan ttg perasaan suka Suzanna tuh..sebaliknya hnya menunjukkan suzanna ni hanya menjadi org tgh pada Kasyah dan Ayu.
5. Dlm novel menunjukkan ketika Ayu hilang ingatan..Kasyah dh pun mula menjalin
Cinta ngan Katerina..namun akhirnya Kasyah memilih untuk berkahwin dgn Ayu dan mengecewakan Katerina..Kate amat sedih dan berkurung berhari-hari dlm bilik dan rasanya die x dtg kot kenduri kahwin Kasyah (lau aku x silap) tp beza ngan filem yg tjukkan yg Kate mmg suka Kasyah tp mcm suka dlm diam..kasyah x tau pun kate suke kt die..n diorng x bercinta pun..kemudian kate slumber je dtg knduri khwin Kasyah..
Aku rase ada lgi perbezaan die tp x ingt dh..hehe..yg ni je yg aku ingt tu pun x tau la salah fakta ke x..maklumlah dh lama x tgk balik novel tu..hehehe..
Perbezaan2 yg aku sebutkan diatas mmg x dpt dielakkan sbb mungkin atas factor durasi masa tayangan filem ni yg pendek yakni sekitar dlm 2 jam je..kalau masanya dipanjangkan menjadi 2 stgh jam or 3 jam mungkin byk elemen dlm novel boleh dimasukkan dlm filem..jadi mahu x mahu banyakla benda terpaksa ditukar dan dipotong utk mencukupkan masa manjadi 2 jam jer..lagipun pengarah filem ni telah pun duduk berbincang dgn Ahadiat Akashah sendiri iaitu merangkap penulis novel cite ni..mencari dan mengedit jln cerita filem ni dr novel ke filem..jadi ini bermakna Ahadiat Akashah sendiri turut berpuas hati dgn cara filem ni digambarkan la sbb die pun mang terlibat sama dlm membuat dan mengedit versi novel ke filem..jadi x boleh kata la yg karya nya telah dirosakkan or whatever kerana beliau sendiri turut terlibat dlm proses membuat filem ni secara x lngsung mahupun lgsung..
Disamping itu, secara x lngsung filem ni dapat membantu Ahadiat Akashah dri sudut kewangan beliau sendiri yg kini dilaporkan di akhbar yg beliau sedang mengalami masalah kewangan yg agak serius..pejabat tutup, masalah kesihatan, masalah rumahtangga, masalah nafkah anak2 yg dh dibicarakan di mahkamah dsbnya..so kewujudan filem ni yg kini dh pun box office sedikit sebanyak mungkin dpt membantu beliau utk terus berkarya dgn lebih baik pada masa akan dtg..seingat aku novel terakhir karya die yg aku beli bertajuk UNTUK TIGA HARI dan sambungannya cite tu tajuk pe ntah..x ingt dh hehe..
SeBeLum dan SeLepAS menonton Filem ni
Sebelum menonton filem LBS ni aku sering meninjau pendapat2 bloggers mahupun di akhbar2 tempatan yg membuat review filem ni..byk gak kritikan..begitu juga pujian..ada yg suke sgt smpai menangis bagai nak rak.x kurang juga yg menyesal krn menonton filem ni..jadi aku pun penin nak gi tonton ke x..sedangkan mmg dh ada niat kalau gi sana mang nk tonton cite tu la..
Jadi dah ada rezeki aku pun uat keputusan nak tgk cite tuh..aku gi tonton tanpa ada sebarang jangkaan mahupun expectation yg tggi..aku pergi menonton sekadar inginkan hiburan semata-mata tanpa terlalu mencari kesalahan dan kekurangan dlm filem ni..aku just memandang sudut positif..jadi bagi pandangan aku..filem Lagenda Budak Setan ni berjaya menghiburkan aku..Alhamdulilah x sia2 aku gi tgk hehe.nasib tiket murah time tu..n org pun x ramai time tu..boleh dikatakan dpt menonton dgn amannya tnpa ada gngguan suara2 org lain kt situ..khusyuk sikit aku tgk..hehehe…alang2 nama pun review filem ni mestila kena kritik sikit ye x..hehehe..so ni antara kritikan aku yg x berapa pedas nyer la..sbb aku suke cite ni hehe..

KRITIKAN

1. Bagi aku tempoh durasi masa filem ni patutnya dipanjangkan lagi..selama 2 jam stgh ke, 3 jam pun xpe hehe..yela kalau filem Hindustan kite leh tgk sampai hbis kenapa lak filem Melayu kite x leh trima kalau ianya pun 3 jam gak..lgi best..berbaloi ngan tiket yg dibeli hehe..xde la kejap sgt..pastu byk lak kena potong sbb x cukup masa..rasanya tempoh tygn filem LBS Ni hanya 1 jam 55 minit cmtu kot lau x silap aku..mungkin ada yg kata x snggup nk duduk dl pnggung lama2 so jd x pyg dtg panggung habis cite kn..tgk cite lain, x pun tggu dvd die kuar..
2. Kesetanan Kasyah x cukup digambarkan dlm filem ni..hanya berapa babak yg tjukkn
Kenalan Kasyah dn kwn2 die..patutnya lebih banyak barula sesuai dgn gelaran Budak Setan tuh..aku rase Kasyah mang x cukup setan dlm filem ni berbanding dlm novel..
3. Aku paling suka babak yg membabitkan Azmi ngan Ayu..penuh emosi, penuh warna,
mmg mata aku x berganjak mana2 pun bile tgk babak diorng ni..Lakonan Que Haidar mang best..die ni mcm psiko skit..die amat cintakan Ayu tp dlm masa yg sama die snggup mengasari Ayu..die mcm ada knflik jiwa, panas baran terlampau..
4. Dlm filem ni x menemukan watak Azmi dan Kasyah..sebaliknya Azmi hanya melihat
Kasyah dr jauh jer..so agak x best la coz kalau Kasyah dan Azmi saling bertemu mcm terserempak ke apa ke..bru la akan ada impak yg kuat dlm filem ni..
5. Watak Fazura sbg Kate (Katerina) hanya beberapa babak jer..huhu aku rase kalau di
Banyakkan lgi babak Fazura mesti lg best..die muncul mcm biskut kejap ada kejap xde..selain itu watak Hisyam ex-boy kate x diterangkan secara jelas..mungkin dlm filem bahagian seterusnya kot..
6. Babak ketika Ayu cedera teruk di muka akibat accident..ditunjukkan muka Ayu dibalut
Keseluruhannya..rasa kelakar lak time ni sbb rmai yg ckp nmpk rupa ayu time ni mcm
rupa Hantu Bungkus Hehehehe..
7. Watak Ayu yg telah berubah menjadi wajah menjadi Emilia yg dilakonkan oleh plakon bru brnama Shikin yg gntikan Lisa tu agak kaku lakonan die mungkin ni first Filem die..so tu yg agak kaku sume tu..tmbh2 bukan suara die yg tuturkan dialog sebaliknya mggunakan suara Lisa Surihani..ni mungkin kehendak skrip sbb Ayu hanya berubah wajah bukan berubah suara..jadi suara Lisa mang harus digunakan.

HaRAPan unTUk SeKuEL filem LBS yg akan dtg..
-x silap aku sekuel seterusnya utk LBS adalah bertajuk Katerina kalau dri segi novel die la..n aku harap sgt Fazura akan terus menjadi Katerina utk filem sekuel ni..utk watak Kashah pun aku rase better kekalkan Farid Kamil sbb baru la ada feel nak menonton sekuelnyer kalau pelakon asal dikekalkan..kalau diubah pelakonnyer tentu mood lari sikit..huhu..
-aku pasti banyak rombakan kena dibuat sbb kalau nk ikut sebijik cm dlm novel Katerina agak mustahil aku rase kerana jalan cite dia agak daring sikit..kerana memaparkan isu Gay, kecurangan, Seks bebas dsbnya..jadi byk ketelitian dn pemilihan babak2 yg sesuai perlu dilakukan..apa yg aku harapkan jalan cite die x terlampau berubah sgt laa..
-Seterusnya aku harapkan pelakon2 yg akan membarisi filem sekuel LBS ni hendaklah pelakon2 hebat yg dh ada nama besar..baru gerenti meletup box office nyer..aku rasa watak Hisyam (watak negative) yg mana merupakan ex-bf Katerina agak sesuai dipegang oleh ZulhuzaimY..Aku rase die mang sesuai sgt ngan karakter sbg Hisyam…x pun Remy Ishak pun boleh laa..hehe
-Runut bunyi or Lagu tema utk filem ni seboleh mungkin biarlah penyanyi Malaysia yg menyanyikannya..baru la nampak Filem kita wajah kita hehe..sebab lagu tema filem LBS ni versi wanita or Lelaki dinyanyikan oleh penyanyi Indonesia..
Emm apa lgi harapan aku ek..emmm yg ni je kot setakat ni..dh x tau nk tulis pe dh hehehe..
So ni just my opinions jer..so kalau yg x suke ngan my opinions tu terpulanglah..masing2 ada pandangan masing..jd sama2 kita menghormati setiap pandangan yg diutarakan =)
Teringin nak tgk sekuel ke-3 TwiLight – Eclipse bulan depan.. (Insyaallah lau ada kesempatan dan rezeki)…

SeSi BeLi-BELah NoVEL... =)






Setelah beberapa bulan aku tidak meninjau mahupun membeli Novel..akhirnya pada minggu ni selepas aku gi menonton filem Lagenda Budak Setan aku pun singgah la kat PopuLar Book hehe..dan mengusha novel2 terbaru di pasaran..Kad popular aku pun akan tamat bulan 11 ni..rugi lau x guna kalau asyik simpan lam dompet jer..jadi lau beli novel tu dpt la diskaun sikit hehe..



So pi la merayau usha sanaa usha sinii..akhirnya aku berkenan byk novel..tp gilerr la nk beli sumee..mana nk cri duet..akhirnya aku memborong 3 novel..seperti yg korang tgk gmbr diatas..dan disebabkan ada promosi aku dpt 1 novel percuma hehe yessss!!yess..tebal lak tu..sukeee..hehe..jadi 3+1 laa nii..beli 3 percuma 1..so 4 novel sume yg aku ada..berat gak nak bawa balik..nasib time balik aku naik teksi balik umah..mang hari tu hari bertuah gak la..teksi yg aku naik x caj mahal2..murah2 gak la..lega semua urusan selesai..




So sekarang ni aku dlm proses membaca novel..baru baca first novel tjuk iLLusi hati karya Haiza Najwa..bru baca sikit..setengah novel pun x sampai lg..maklumla aku ni jenis yg baca sikit2..aku x suke baca sampai hbs dlm 1 hari..rasa cm x dpt nk hayati sepenuhnya kalau baca dlm kadar cepat cmtu..aku pilih novel ni sbb jalan cerita die amat berbeza dgn novel2 lain..rsanya xde lgi kot novel lain yg pernah buat jalan cerita cmni..kalau nk tau synopsis die..pergila kat laman web Alaf 21..hehe.. .

13 Jun 2010

MaRi ciNtai iLMu SeJaRaH..

eNtry rini ala2 berilmu sikit hehe..bagi sesape yg x minat sejarah tu.cuba2 la baca gak ye..supaya tau gak la info2 sejarah ni..actually artikel ni pun aku amik kat tenet je pun hehe..so saja kongsi kat sini.

bagi aku..aku rase TuNku Abd Rahman buat keputusan yg betul dgn memisahkan atau melepaskan singapura dri menjadi sebahagian Msia..walaupun secara kasarnya Malaysia mungkin mengalami kerugian dri sudut ekonomi..namun dri sudut politik dan sosial ianya adalah keputusan yg tepat bagi pandangan aku laa..kerana jika Singapura masih berada dgn Msia pastinya berlakunya pertikaian, ketidakpuasan hati antara kaum dsbnya..sekaligus menyebabkan perpaduan sukar diwujudkan..

bygkan setelah singapura kuar dri Msia pun, kita masih menghadapi masalah nak mewujudkan perpaduan antara kaum di Malaysia sehingga tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969..bygkan kalau Singapura masih dgn Msia dgn majoriti penduduknya kaum Cina yg sentiasa cuba mncari jalan utk cmpurtgn sepenuhnya dlm politik Msia ketika itu..Pastinya saban tahun ada saja perbalahan kaum gamaknya..disamping sikap Lee Kuan Yew yg agak agresif yg suka mencari pasal dgn pemerintah msia..pastinya akan mewujudkan ketegangan kaum..sama ada lambat atau cepat..

apa pun yg berlaku pasti ada hikmahnya..syukur Alhamdulilah..negara kita sekarang dlm keadaan aman dan harmoni.

sama2 kekalkan dan pelihara keamanannya..aminn

Jom baca kisah dibwh

PeMisAhaN SiNgaPuRa daRIpAda MaLaYsiA

Keputusan pemisahan Singapura dari Malaysia diambil secara perseorangan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ketika beliau di London pada tahun 1965. Ketika itu Tunku Abdul Rahman bercuti selama 53 hari bagi mendapatkan rawatan di sebuah klinik di London. Lee Kuan Yew dan parti PAP pimpinannya enggan bertolak ansur dengan kerajaan Malaysia pimpinan Tunku Abdul Rahman.

Lee Kuan Yew sering mendakwa orang Melayu hanya berjumlah 39 % sementara bukan Melayu 51 % dan melayakkan Lee Kuan Yew menjadi Perdana Menteri Malaysia sebagaimana saranan Ramanathan. Lee Kuan Yew mempersoalkan orang Melayu sebagai penduduk jati Malaysia, mereka sebenarnya adalah juga pendatang sebagaimana Cina dan India. Contoh yang diberikan ialah Syed Jaafar Albar, ahli politik Johor yang mempunyai darah campuran keturunan Arab.

Lee Kuan Yew menyalahkan Tunku dalam kegagalan konsep "Malaysian Malay". Tunku dikatakan telah terpengaruh dengan ketuanan Melayu yang diperjuangkan oleh beberapa pelampau Melayu dari 'ultra Malay' dan 'Young Turk.

Sebaliknya, Lee Kuan Yew mewar-warkan konsep "Malaysian Malay" dan mendapat sambutan banyak parti di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, kecuali MCA.

Gagasan Lee Kuan Yew meliputi Singapura, Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak. Sebelum 1963, PAP hanya bertanding di Singapura sahaja dan Perikatan bertanding di Semenanjung Malaysia sahaja. Tapi pada 1963, Tan Siew Sin mendesak Perikatan bertanding di Singapura, namun UMNO kalah teruk. Tan Siew Sin merupakan Presiden MCA dan Menteri Kewangan Malaysia ketika itu. Pada 1964, Lee Kuan Yew mengarahkan PAP bertanding dalam pilihan raya kebangsaan di Semenanjung Malaysia bagi menentang MCA.

UMNO mahu Perlembagaan Singapura diubah bagi menjamin masa depan orang Melayu. Sedangkan Lee Kuan Yew sebagai pemimpin Singapura yang ada autoriti dalam pentadbiran negeri Singapura enggan berbuat demikian. Sebaliknya Lee Kuan Yew berjanji akan memperbaiki kehidupan orang Melayu melalui peluang pekerjaan, pendidikan dan skim perumahan. Dalam projek perumahan, perkampungan Melayu di Singapura telah dihapuskan. Akibatnya, beberapa pergaduhan berlaku. Julai 1964, kira-kira 114 persatuan orang Melayu bertemu dengan Othman Wok iaitu Menteri Hal Ehwal Sosial Singapura bagi membincangkan kepincangan orang Melayu Singapura.

Tatkala itu, 12,000 orang Melayu mengadakan perarakan di jalan raya Singapura. Akhirnya tercetus rusuhan kaum antara Melayu dengan Cina di Singapura . Lebih 22 orang terbunuh, 200 cedera dan 1130 ditangkap. Bulan Ogos pula, sekali lagi pergaduhan berlaku. 8 terbunuh dan 60 cedera. Kejadian ini meyakinkan Tunku bahawa dengan mengekalkan Singapura dalam Malaysia bakal mengundang rusuhan perkauman yang lebih dashyat lagi..