30 Mei 2011

BiLa Hati dah SaYaNg!!....


Okey lagu dan lirik lagu nih sangat sesuai untuk menggambarkan seseorang yg pernah,yang sedang dan yang akan mengangankan seseorang, mengangaukan seseorang,merindukan seseorang dan seangkatan dengannya ehehe =) lagu nih bertajuk BiLa Hati dah SaYaNg nyanyian daripada kumpuLan Scorr..lalalalala

BiLa Hati dah SayaNg seMua menjadi indah,

Marah bagaikan guRauan, beNcimu tak ku denDami,
apaLagi seNyumanMu ku terBayaNg kaLa Rindu,
tidak perLu ku jeLaskan apa yang aku iNginkan,
BerkasiH biaRLah satU, berciNta setia diHati,
Hanya itu yang ku Harap, moGa Hati kan beRsatu

SepeNuh Rindu Hati meRindu,

deBunga cinta penuh dijiwa,
terLalu payah nak Ku meLupakan
Bila hati sudah sayang, aku jadi giLa bayang,
Memuja buLan biNtang yang memBisu,

Entah apa lagi kuLuahkan,

RiNdu menyatakan ciNta,
seteNgah nyawa ku menaHan..
maBuk cinta, sakit cinta, Rindu makin menyesaL,
namun oraNg yang disaYang, diaM bersaHaja..

UsaH Bermain Rasa, jika hanya menduga,

Nanti tersentuh hati,
Pedih menyiksa diri, denGarkanLah rayuaNku,
beriKanLah Kasih SayaNg.

29 Mei 2011

MaHaRaJa LaWak MinGgu ke-9 (teRbaIk n Best)

Kump BaLas tersingkir...

AssaLamuaLaikum..tiba masanya untuk aku berceloteh ttg ML Mgu ke-9 nih..haha..mang best..ML mggu nih berjaya buat aku gelak yeay hehehe..idea para peserta bergabung membuat persembahan bersama selebriti jemputan memang menjadi dan terbaik..Semua selebriti yg dijemput dilihat berjaya membantu persembahan para peserta menjadi lebih terbaik dan lebih kelakar..Berbanding minggu sebelumnya..minggu ke-9 nih mang best!!!..Walaubagaimanapun penyingkiran tetap berlaku dan menyaksikan KumpuLan BaLas akhirnya terkeluar daripada saingan M.Lwk..dan yang paling best MahaRaja Lawak akan disambung selama 3 minggu lagi sebelum ke FiNaL..dimana akan ada MaHaRaja Lawak tour di beberapa lokasi..iaitu bermula jumaat nih di PiSA (Penang Internasional Sport Arena)haha di tempat aku la plak..mesti best..PiSA tu besar juga..Shah Rukh Khan pun pernah uat persembahan kat situ..but however..aku tgk kat tv jer laa..haaha senang cite..x pyh nak bersesak kat sana sume..pastu minggu seterusnya bergerak ke Kuantan n pastu ke J.B pula n akhirnya FinaLLLL…OKEY jom tgk kedudukan peserta mengikut pilihan hati aku hehe ;)

1- JoZaN+Kenchana Dewi-Memang best persembahan diorang minggu nih..x larat beb nak ketawa..hehe..Zizan dgn karakter MaeL Lambungnya yg ganas tapi nak berlakon hehe..manakala JoHan pula menjadi Mamat Khalid haha mang menjadi betul lakonan diorang nih..mereka nih kononnya di set penggambaran..manakala Kenchana pula menjadi pelakon kat situ..Mael lambung datang mengacau la kononnya..sampai la diberi peluang utk berlakon hehe..rasanya tanpa K.Dewi sekalipun JoZan mmg berjaya dh buat org gelak terbahak-bahak..wbgmnpun K.Dewi berjaya la memeriahkan lagi persembahan diorang nih..

2- SEpaH+A.R BaduL-Diorang pun x kurang kelakarnya dengan adegan pergi merisik hehehe..mang lawak..ditambah pula dengan mesej2 g brguna..lawak kemeLayuan gitu..mang terbaek beb..
3- JaMBu+ACoNg(sweetchiLd)-hehe diorang pun Best juga dengan gelagat yus dan Acong..haha lawak psikologi kononnya..kalau suka kena buat muka sedih..kalau marah kena buat muka suka n ketawa..mang lawak hehe


4- NaBiL+ShaRiFah ShaHiRa-not bad juga lak diorang nih..masih kelakar..namun masih x dpt nk lawan ngan Jozan,Sepah mahupun Jambu..walaubgmnpun ttp menghiburkan..dengan lawak diorang kononnya di keLas taEkwando..diorang nih lebih banyak buat lawak spontan hehe..seronok juga tengok gelagat diorang nih
5- R2+SatHiya-diorang nih uat persembahan pembukaan..kire boleh tahan juga la..nampak la sathiya cuba membantu kump R2 seboleh yg mungkin..lawak juga..hehehe
6- BaLas+BeLL NgasRi-diorang satu-satunya peserta yg kurang menyerlah minggu nih.walaupun ada idea..namun nampak kump Balas ngan Bell kurang serasi..Bell gagal membantu kump Balas..nmpk mcm die trlupa dialog.dsbnya begitu juga sebaliknya.Nmpk diorang nih kelam kabut,x tentu arah,trlupa sana sini dan mcm2 lagi..diorang masih meneruskan idea Makcik Karipap tuh..namun kali nih Mkcik Karipap kurang menyerlah berbanding yg lain..dan akhirnya mereka tersingkir..



kini hanya tinggal top 5 jer…pihak juri juga masih enggan menggunakan immuniti yg mereka ada utk menyelamatkan para peserta yg tersingkir hingga ke minggu nih..manakala kedudukan bottom three menyaksikan kump SepaH dan Kump R2 naik ke atas pentas..minggu sudah Nabil..nmpknya hanya JoZaN dan JaMbu saja yg belum menghuni kedudukan bottom three..mrk masih lgi kebal..aku rasa minggu depan mungkin kump R2 akan tersingkir kalau diorang x buat yg terbest dan terbaik dari mereka..dan mungkin ada kejutan minggu depan ttg sape yg trssingkir..haha..

k.la sekian laporan saya utk mggu ke-9 nih hehehe =)

27 Mei 2011

MaHaRaJa LaWaK-Mggu ke-8(kureengg skit)


Hiii..akhirnya setelah sekian lama..baru sempat nak coret ttg ML mggu ke-8 nyer yg bertemakan bebas dan menyaksikan MaN akhirnya tersingkir..
baru uat entry ni hari nih..sedangkan M.Lwk mggu ke-9 akan bermula malam ni dh..hehhehe nampak sungguh terlewat heee...
ikutkan malas nak uat entry pasal nih..tapi alang2 dah mula habiskan je terus kan..
so malas nak cite pjg sbb persembahan peserta malam tuh rata2nya agak kureng memuaskan hati aku..persembahan statik,mendatar..jadi bowink laa..dan pengumuman kedudukan 3 terendah menyaksikan Nabil, kump Balas dan Man 3 tangga terbawah berkenaan..sekaligus mengundang kejutan kerana tiba2 kedudukan Nabil agak goyah..
so ni kedudukan mereka bagi pandangan aku

1-JoZaN-Persembahan diiorang agak lain tapi xde lawak mana pun..lebih pada aksi fizikal jer..tpi disebabkan dh minat ngan diorang nih aku bagi num 1 jela hehehe..
2-Nabil-die uat stand up komedi..hanya bercakap semata-mata tanpa ada bantuan sebarang props..membuatkan aku sedikit bosan..kerana gaya persembahan sebegitu sudah terlalu biasa ditonton
3-SePaH-berlakon ala2 makcik tgh bergosip semasa bergotong royong utk mjlis knduri
4-R2-Lawak juga diorang =)
5-JaMBu-melakonkan aksi robot dgn professor..bosannnnnnn
6-BaLas-bowinkk sgt..masih x berubah2 dgn lawak double meaning..
7-MaN-Berlakon jadi orang tua (atuk) x berapa kelakar..bowinkkkkk juga

tgk pula mLm nih mcmmana kerana ada pelawak jemputan dipanggil utk beraksi bersama peserta..

15 Mei 2011

MaHaRaJa LaWak-Minggu ke-7 (SiLent Comedy yg MaNtaaphhhh)



Assalammualaikum..seperti biasa rutin aku untuk setiap minggu untuk mencorat-coret ttg MaHaraja Lawak dan kini telah sampai ke minggu ke-7..dan akhirnya Amir tersingkir ..namun boleh plak adanya undi masuk..grrrrr sgguh x setuju..x yah laa undi2 masuk..yg trkuar tuh pun bukannya terbaik sangat pun..buang karan je lau masuk balik..tapi lau aku diberi pilihan untuk mengundi masuk..aku mungkin akan pilih kumpulan R2 dan Jihan..dan tema minggu nih adalah silent comedy..pada mulanya aku merasakan tema nih agak susah..n mungkin show akan jadi x best kalau dapat tema sbegini..namun sangkaan aku meleset..mang meletupp laaa..nampaknya semua peserta berusaha semaksimum mungkin..disebabkan tidak boleh bercakap..maka mimik muka dan pergerakan badan terpaksa dimaksimumkan..dan dapat disaksikan selepas jer persembahan peserta dan Ac Mizal masuk..ketara para peserta kelihatan penat, semput  tercungap-cungap dan batuk2 hehehe..mmg silent comedy nih memberi cabaran yg hebat untuk peserta..well pujian untuk semua peserta..nampak semua berusaha keras dan memberikan yang terbaik..susah nak buat pilihan mana yg paling terbaik..kerana masing2 ada kelebihan..well selepas undian ditutup..ternyata kumpulan JamBu berada di kedudukan pertama dan terselamat dari penyingkiran..wow peningkatan mendadak..Cuma aku x suka setiap persembahan diorang mesti pakai baju warna pink..weiii stereotype sangat laaaa…jemu tengok..pakai la baju warna merah ker,apa ke…namun x dapat dinafikan diorang nih hebat dan berbakat..

Okey pilihan aku untuk minggu nih adalah:-

1. KumPuLaN SePaH-Bagi aku persembahan diorang nih mang best n kelakar..diorang yg first beraksi untuk persembahan minggu ke-7 ni…mang kelakar..sukeee…=)
2. KumpuLan JoZaN-Minggu sudah aku mang kecewa ngan Jozan tapi minggu nih diorang bangkit kembali..dengan persembahan silap mata yang x menjadi tuh..hehehe..mang sweet n lawak gitu..habis satu pentas diorang sepahkan hehehe..bagus2 ada idea yg kreatif..
3. KumPuLan JaMBu-Minggu nih diorang uat acara sukan di dalam Air..hehe..mcam biasa diorang tetap kelakar..dan mantaoppp..
4. NaBiL ditempat ke-4-kesian Nabil,banyak gimik die buat tapi x berapa nak menjadi..kesalahan teknikal..ditambah die kurang sihat sikit..namun bagi aku persembahan die tetap kelakar.. =)
5. Kumpulan BaLas pun not bad minggu nih..hehehe..salah seorang make-up jadi perempuan..haha mmg cun muka die lau jadi perempuan hehehe..okeylaa..diorang pun best jugak minggu nih

6. MaN ditangga ke-6-emm die beraksi jadi perempuan Melayu di zaman pemerintahan Jepun..bagi aku agak kureng sikit Man pada minggu nih..namun die berusaha semaksima mungkin..
7. Amir ditangga terakhir-mang x lawak langsung..dh la silent comedy..semua pun senyap jer hehe..lau ade yg gelak pun sbb x ikhlass..huuuuu Cuma aku rasa kurang sopan sikit bila lepas Ahmad idham bagi komen kat die..boleh plak die nak tukar suh mamat khalid yg bagi komen kat die..nampak cam biadap laa..aku gerenti ahmad idham tuh sentap la jugak..tapi die control air muka die dengan tersenyum je bagi xde org perasan dan jadikan itu sebagai gurauan..namun sentap ttp ada hehehe..


*Ni adalah kedudukan undian..setelah undian ditutup utk mggu ke-7
JaMbU-24%
JoZaN-23%
SePaH-18%
NaBiL-18%
BaLaS-6%
MaN-6%


p/s-aku harap akan ada segmen spontan yg mana diorang akan dapat barang2 tuh dan spontan kena uat lawak..menarik gak tuh heee


So tu jela laporan saya untuk minggu nih heeeeeeee ;)

14 Mei 2011

AntaRa ARtis yaNg pErnaH AkU jUmpE!??



hOLaaaa…okey spt kita semua tahu yg pada awal bulan Mei yang lalu tuh Zed Zaidi dan Fazreen rAfi A.K.A Dafi (SPA-Q)telah pun selamat melangsungkan pernikahan…kalau korang nak tahu kawan aku yg baru bertunang tuh (Linda) yg baru2 nih aku ada uat entry ttg dia..Linda mmg minat giler kat si Zed Zaidi nih masa kiteorg form 6 dulu..mmg asyik2 Zed Zaidi jelaa..hehehe…aku lak biasa2 jer..xde la fanatik pun. Wah x sangka Linda akan berkahwin (Nov nanti) sama tahun dengan idola pujaan die tu Zed Zaidi heheee..pandai Linda rancang heeeee….cuma pasangan lain2 laa..x kisahlaa..dpat kahwin sama tahun pun jadilaaa ye tak..hehehe…tapi sekarang aku x tau la sma ada Linda masih minat giler ngan Zed Zaidi nih or dah kurang minat dh sekarang??x dapat aku pastikan..kerana aku pun lama x jumpa Linda..so cmne lah nak bersembang mcm dulu2 kan..die mesti sibuk nak urus majlis kahwin die kan..heeee

masuk pulak bab fAZreeN Rafi A.K.A Dafi (SPA Q)

haaa mcam Zed Zaidi tuh mmg aku x pernah jumpa la or terserempak kan..tapi dengan si Fazreen nih aku pernah la nampak n jumpa secara dekat dalam 3-4 kali cmtu..sebabnya kami satu Universiti laaa..Universiti MaLaya..tapi dia fakulti lain laaa..Cuma nak dijadikan cite dia amik subjek luar fakulti kat fakulti aku..so die pernah la tanya jalan nak gi bilik tutorial kat aku dan geng aku..aku tengok die nih mmg slumber je orangnya..walaupun die tgh top masa tuh sbb drama die tgh tayang kat tv so kehadiran die kat fakulti aku jadi perhatian laa..sume orang asyik usha die jer hehehe..tapi die slumber dan sentiasa tersenyum jer..heeee..tapi aku tengok sume org just usha jer la..xde pulak yg dtg mintak autograph ke tangkap gambar ke..sume org busy dgn urusan masing2 tpi mata x lepas memandang la..hehe..or mungkin juga malu nak datang dekat nanti kena usik plak ngan kawan2..dengar cite die nih mmg aktif kat kolej sume..die nih jadi pengarah teater sume..dan nak dijadikan cite lagiii..rupanya-rupanya sorang kawan aku merangkap geng aku la mmg kenal die laaa sebelum die start popular lagi..diorang nih 1 kolej kediaman dulu..so pernah la sama2 terlibat dalam aktiviti kolej sume..so pernah la bersembang sume..siap ada num fon sume..tapi diorang just kawan2 jela..xde rapat sgt..kawan aku pun terkejut gak bila tgk muka die ada dlm drama SPA-Q tuh..mula2 kawan aku ingat pelanduk dua serupa..bila die check nama mmg si Fazreen rupenyer..

So bila kami sume terserempak ngan si Fazreen nih si Fazreen nih pun menegur la kawan aku nih sbb mmg die kenal kan..lau x tegur sure kami label die sombong dh heehe..kawan aku pun layan cam biasa la..sembang dua tiga patah pastu blah hehehe..rasanya si Fazren nih amik subjek luar fakulti under jabatan Antropologi dan Sosiologi maybe subjek Psikologi kot..tapi x tau Psikologi ape…tapi camne aku tau ek?hahaha sebab aku nampak la die masuk dewan kuliah tuh..n nak dijadikan cite lagi kebanyakn budak2 under jabatan Antro&Sosio nih mmg aku kenal..sbb diorang nih kebanyakkannya amik subjek minor sama ngan aku dan kawan aku yg lain..iaitu subjek GeNdeR..so mmg aku kenal sgt dan cam la muka budak2 tuh sume..so bila aku tgk si Fazreen masuk dewan kuliah tuh mmg dh tau sgt la die amik jabatan mana n subjek apa..hehehe…dan bila kami sume masuk bilik tutorial Gender..terdengar la suara2 budak perempuan yg x sabar nak jumpa Dafi/fazreen sbb diorang 1 kelas yg sama lepas tutor gender kami nih..

itulah fenomena yg berlaku bila ada artis yg belajar sama2 ngan kite nih..hehehe..tmbh2 artis lelaki pulak..maklumlah perempuan kan ramai kat Universiti kan..

Selain tuh aku dan kawan2 aku masa makan tengahari kat KPS selalu la ternampk pelakon perempuan yg sekarang jarang2 nampak die berlakon iaitu JuhaRa Ayob..tapi sekarang nmpk die berlakon dlm drama “Keranamu Laila” setiap jumaat kat tv3 tuh..tapi aku tak tengok langsung pun drama nih sbb masa nih dah bukak Astro warna tggu MaHaraJa Lawak start..hehehe..mmg kerap juga nmpk die makan2 kat situ..kawan aku yg perasan..pastu die bagitau kami..n bila kami tgk die..mmg kami tau die pelakon la..die smbung blajar kat situ..tapi kami x pernah tegur pun laa. selain tuh masa aku form 4 aku dan kwn2 pernah lihat dan bergambar secara dekat dgn Elyana dan Zack (Budak Kacamata) kat sekolah Rendah aku..sbb masa tuh diorang datang untuk Hari Terbuka RTM Pulau Pinang..Siti Nordiana pun ada gak..tapi x sempat nak tngkp gmbr dgn dia sbb kawan2 aku nak balik..letih menunggu dari pagi hehe..tapi sempatla amik gambar candid Siti Nordiana,Elyana masa diorang baru sampaii n baru turun dari kereta..Elyana mmg sporting siap tgk kamera aku n buat piece lagi =) sama gak mcm Zack pun sporting..siap die leh gi Surau sembahyang dulu sume.baguih tul artis cmni kan..Cuma Siti Nordiana jer yg buat slumber..terus jalan..mungkin penat baru sampai kot..lepas tuh diorang kena gi Kompleks Bukit Jambul lak..ada show kat sana..so dapat la tgk dgn dekat si Nana dan Elyana nih..

Selain tuh aku gak dapat tgk ramai gak artis masa aku dan kawan2 aku menghadiri tayangan perdana filem indon kat Msia iaitu “Berbahagi Suami”(cite tuh dh byk kali main kat astro dh)kami gi sbb pensyarah kami yg jual tiket filem tuh siap ada diskaun lagi..sbb cite tuh ada kena mengena dgn subjek kami belajar iaitu Gender..so die sarankan di tonton..cite nih ada kene mengena dgn wanita sikit..mungkin pensyarah aku ada kena mengena dgn pihak penganjur kot yela die kan under NGO gitu..aku malas nak pi mulanya..tapi disebabkan kawan aku dh beli tiket sume..so aku pun gi laa..best gak gi rmai2..masa nih kami duduk kat kolej kediaman lagi..dh la filem nih start lambat..pukul 12.00 baru sampai kolej tau..nasib gi ngan kawan2 best gak..kat sana aku ada nampak Rafidah 3R, Sharifah Amani, Sharifah Aleya, Allahyarham Yasmin Ahmad, aku juga ada nampak Siti Shahrizah (Eja)..laju die jalan..lawaa dan die amat slim tau..masa nak balik n turun eskelator tuh aku perasan kat sebelah or belakang aku ada Jeslina Hashim dgn suami die kot ke ngan Mat Salleh aku x ingat sgt laaa..mungkin laa..tapi mmg conform la Jeslina Hashim..die pakai perfume apa ntah..wangi gilerrr beb..die dok belakang aku..tapi perfume die sangat wangi..harumm mesti perfume yg mahal nih hehehe..

Selain tuh masa kat Mid valley pernah lah nmpk Naz, si Rizal (ala yg pernah berlakon jd kekasih Elyana tu dlm Dunia Baru)pastu ada gak nmpk Nurkhiriah..tapi die macam cuba selindung identity gitu heee…tapi kami just tgk jer..x tegur pun..uat derk jer..tu je kot artis2 yg pernah aku jumpa hahaha..sungguh x ramai kan hehe…

13 Mei 2011

KeMaLaSan & KerajiNan yg MeLaNda..


AssaLammuaLaikum..dh berapa hari x mengupdate blog nih..sbb kemalasan melanda…

Idea nak bercerita ttg memori dulu2 kini dan selamanya tuh banyak..x pernah kering idea..tapi amat malas rasanya nak menaip..bila ada mood barulaaa aku menaip cam sekarang nih…heeee…
Semasa kemalasan melanda untuk mengupdate blog tuh,timbul pula kerajinan untuk mengdownload lagu2…antara lagu baru yg best yg dapat aku download seperti lagu BiaR (OST Kum Kum) nyanyian Marsha, Ganas-KRU, SegaLaNya Pasti-Aida Agil, JaNji-Akim, Lagu AhmaD-nyanyian Arrora Salwa(sweet lagu nih heee),Banyak Bunyi-Boonyi,Rindu Bukan teman,Ernie Zakri,OST CuN-Maya Karin&Remy Ishak, SeriNg-NieyL, KapsuL-Stacy, Aishiteru-Zhifilia(best giler lagu nih yg juga merupakan lagu tema sinetron Cinta MeLody)..so sape2 rasa rajin nak mendonlod sekarang..aku sarankan leh le cari dan download lagu2 diatas tuh..best dan layannn jugaaa..lalalalalalala

Selain tuh timbul juga kerajinan menonton Movie/Filem…tapi aku x uat review utk setiap satu yer..haaa malassss heeeee haaa antara filem yg aku dah tengok:

1) FiLem CUN-emmm sangat sweet la cite nih..kire boleh layan la…
2) Filem DiLaRaNg MasuK-kesimpulan x best langsung laa..bosannnnn…aku hanya suka pada permulaan cite die je..masa diorang jumpa sebuah rumah lama..lepas tuh dah x best dah…hampeh
3) HikaYat MeRoNg MahawaNgsa-not bad filem nih..setaraf mcm cite Hollywood..bestt..unik dan sejarah tuh beb..walaupun x semuanya sejarah..ada tokok tambah gak.tapi wajar ditonton
4) SeNjaKaLa-Jalan cite filem nih okey..tapi x seram langsung pun..x sesuai dijadikan filem..patutnya dijadikan telemovie jerr..
5) RooMmate-filem orang putih..cite die best laaa..seronok tengok..bahaya gak dapat roommate yg psiko nih..yg ala2 gila nih..pendek kata ada penyakit mental..pastuh x makan ubat lak tuh..adoiiii..nasib la roommate aku sebelum2 nih kire okey, x peningkan kepala..Alhamdulilah..paling kesian sekali bila si saiko nih leh letak kucing dlm mesin basuh..arghhhh kejammmm..x sanggup aku tengok part nih…

7 Mei 2011

MaHaRaJa LaWaK-Mggu ke-6


Hari nih tiba masanya untuk bercakap mengenai Maharaja Lawak Minggu ke-6…minggu nih kump BaLas, Man dan Amir berada di kedudukan 3 terbawah..terkejut gak mula2 ingatkan Man yg kuar..namun diumumkan tiada penyingkiran..well mggu depan ahmad idham suh sume peserta buat silent komedi..emmm x tahu la cmne nanti jadinyer?adakah best or makin x best jadinya haha..n aku agak pening juga dgn cara undian yg baru iaitu dimana para peserta kena memilih satu peserta untuk disingkirkan..dan aku x berapa faham dgn penerangan yg diberikan Ac Mizal semalam hehehe..para peserta pun mcm endah x endah jer hehehe..apa2 pun tgk jela apa jadi dgn M.Lwk mggu depan..mungkin penuh dgn kejutan juga kot..oklah jom kita tgk kedudukan peserta mengikut penilaian aku huahuahuahuahauaaaa…



1. Kump JaMbu di tempat pertama..penuh dengan aksi lucu..gamat studio tuh..haha..mrk kurang berdialog tapi melebihkan aksi kelakar dan mendapat pujian pengkritik..
2. SePaH juga cemerlang minggu ini..mang enjoy tgk mereka nih..dgn dialog mrk “Barang yg Lepas jgn dikenang” heehehe
3. NabiL ditempat ke-3..spt biasa, dia muncul dgn idea yg kreatif..mengenai GPS..aku mmg salute la..Nabil nih mmg amat kreatif…heeeeee
4. Kump BaLas ditempat ke-4..kelakar gak mengenai pesakit dan doktornya..mulanya mmg kelakar..tp bila diorang start nak buat double meaning aku dh mula mnymph..adoiiiyaiii


5. Kump JoZaN ditangga ke-5..aku rasa persembahan jozan mggu nih mang kurang best la..kalau nak dibandingkan dgn mggu lepas..mggu nih diorang banyak bersembang dari berlawak..rasa mcm x cukup persediaan jer..maklumlah dua2 kan sibuk sgt..tmbh2 mggu nih xde mamat khalid plak..seronok sgt diorang nih bila mamat khalid xde..hehe..apek pun bagi kritikan mcm berbelah bahagi jer..die rasa diorang mcm x best tp penonton suka..so apek puji jela..hehehe
6. MaN cuba bangkit mggu nih..dgn menjadi tukang masak yg byk berceloteh ala-ala Chef Wan gitu..okla..not bad juga
7. AmIR mggu nih x best langsung..dengan anak patung kucingnyer..mang x kelakar..bila la kau nak trkuar Amir oiiii..selalu terselamat tau…hahaha

Emmm tuh jela laporan saya untuk mggu ke-6 M.Lwk hehehe…

4 Mei 2011

SeLaMat BerTuNaNG LiNdA n KisaH Aku & LiNda





ASSaLammUaLaikum..okey pada 1 Mei yang lalu..kawan baik aku masa sekoLah2 dulu telah selamat mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihan hatinya yg bernama Azri..Majlis berlangsung dirumah makciknya di FarLim..Kawan aku ni namanya Linda..kelihatan amat cantik dengan solekan serta tema majlisnya yg brwarna biru..orangnya putih melepak mcm Chinese so pakai warna apa pun mmg cantik kan..so aku nak ucap SeLamat BertuNang Linda..mga kekal abadi dan bahagia sentiasa…diorang bertunang beberapa bulan saja dan majlis perkahwinan akan berlangsung dalam tahun nih juga iaitu dalam bulan November..akad nikah 25 Nov kot..lau x silap n kenduri 27 Nov kot..sayangnya kenduri uat jauh la plak kat gelugor nun..kalau die uat kt dewan kat umah aku kan senang..dekat gilerr..dgn selamba je aku jalan kaki berapa langkah dh sampai hahaha..namun die cakap dewan banyak org dh tempah awal2..tu yg terpaksa buat kat tempat yg jauh…emmmmm…

Aku kenal Linda sejak dari Form 1..rupanya masa sekolah rendah..die masuk sekolah di Sek Air Itam yakni disebelah sekolah aku iaitu Sek Sri Aman..so walaupun sekolah sebelah2 aku x kenal die hehe..aku kenal abang die dulu sbb pernah satu tempat mengaji, Abang die sama umur dgn die n muka diorang agak seiras juga la..Abg die lahir bulan Januari, manakala Linda lahir bulan Disember..kirenyer Linda dilahirkan x cukup bulan masa tuh..so masa form 1 kami satu kelas n duduk dekat2 dlm kelas tuh..so first sekali aku tanya nama die n tnya sama ada die ada abang kan?n die mangaku..n aku cakap la muka die ngan abang die nak sama..tu yg aku tnya tuh hehe..so lepas dari tuh kami jadi kawan baik laa..walaupun masa form 1 die lebih rapat ngan orang lain tapi semakin lama kami makin rapat la..masuk form 2..kami kelas dh x sama..die masuk kelas 2sm 4 manakala aku masuk kelas 2sm2..masa tuh kami sekolah waktu petang..kelas dh x sama..n masa form 1 aku dh start naik bus sekolah..n Linda plak naik bus awam..so disebabkan susah nak naik bus awam nih sume..linda pun datang umah aku n cakap bapa die suh naik bus sekolah senang kit..n tnya kat aku sama ada die leh x naik sekali bus sekolah yg aku naik tuh..aku ingat lagi bus sekolah tuh bernmbor C18 kot lau x silap..dh x  brp ingat n apek cina yg bawa bus tu..so aku pun seronok la ada geng leh naik sama2 bus sekolah tuh

So walaupun kelas x sama..kami tetap gak rapat la..sebab kami naik bus sekolah yg sama..kadang2 kuar sama2 gi komtar..Masuk Form 3..kami dh sekolah pagi..n aku masih x sama kelas ngan Linda..die masuk 3SM4 kot.manakala aku masuk 3SM1..mmg tension aku masuk kelas nih..geng aku sume byk masuk kelas 3sm2..Aku termasuk dlm kelas budak2 pandai..tensionn dlm kelas tuh..byk budak Cina..budak melayu berapa kerat jer..masa nih hubungan aku dan Linda dah renggang sikit, sbb kelas dh x sama n die dh berhenti naik bus sekolah..manakala aku plak aku hanya naik bus sekolah pada awal bulan saja..lepas tuh aku pun dh berhenti naik bus sekolah tuh..sebaliknya beralih pada 1 bus sekolah yg lain nmbor bus tuh B90 kot..Bile kita naik bus nih kite bayar dlm 60 sen ke seringgit aku pun x ingat dh..kirenyer kita bayar ikut hari yg kita naik la..kalau x naik bus tuh hari tuh so x pyh bayar laa..so kadang2 bus nih x mai amik terutamanya masa balik..kdg2 mai..kdg tak..so pandai2 la naik bus awam pastuh..Masa form 3 nih aku dan Linda ada mengikuti 1 kelas tusyen..untuk PMR laa..tapi disebabkan kami balik Sek lambat n kelas tusyen start awal jd mmg selalu terpaksa berkejar-kejar ke kelas tusyen kerana dh terlewat..n kami juga kena berjalan kaki agak jauh krn kelas tusyen tu terletak kat simpang masuk kawasan umah kami so kena la jalan dan jalan..akhirnya Linda x tahan nak terkejar-kejar sume..die pun berhenti..manakala aku plak..aku teruskan sampai ke akhirnya

kemudian masuk la Form 4..keputusan PMR aku cemerlang la jugak..tapi aku x minat matematik & Sains n aku x rasa aku boleh bawa subjek tuh kalau aku amik aliran sains..so aku pilih aliran Sastera dan pilih kelas 4SS3 utk subjek Perdagangan & Geografi..well Linda pulak masa nih die dapat kelas 4ss4 aliran sastera juga tapi subjek Sastera..so aku pujuk Linda suh merayu kat cikgu supaya dia dimasukkan dlm kelas aku..so die dgn sorang lgi kawan die iaitu Izatul pun tryla..n akhirnya die berjaya masuk kelas yg sama dgn aku untuk 2 tahun iaitu 4ss3 dan 5ss3..n kelas nih xde budak cina yg paling ramai dlm kelas nih adalah budak Melayu n Budak India..well tension gak masuk kelas nih sebab kebanyakkn budak melayu dlm kelas aku nih ada masalah disiplin..cikgu2 byk pandang serong kelas aku nih..tension gak..kite yg xde kena mengena pun kena tempias jugak..so masa nih aku dan Linda pun makin rapat la jugak..walaupun dlm kelas die sering sama2 ngan Izatul..tpi aku x kisah sbb aku ramai kawan masa nih..aku baik ngan ketua Ting iaitu MasNi,Fadilah,Suraya dan ramai lagi laa..mmg besttt…

Masa Form 5 aku mmg x ambik kelas tusyen pun..malasss hehe..walaupun kat sekolah ada sediakan kelas tusyen tambahan selepas waktu sekolah..aku tak amik juga..bunyi je loceng aku pun terus gi kejar bus nak balik umah hehehe..masa nih Linda n lain2 kawan aku kebanyakannnya amik la kelas tambahan yg dianjurkan oleh pihak sekolah..percuma rasanya..aku x ingat sgt..aku rasa malas nak duduk kat sekolah lama2..aku selesa belajar sendiri..belajar dengan cara aku sendiri..n ResuLt SPM aku pun not Bad juga la..n lepas SPM nih aku langsung x mohon nak masuk Universiti..entah rasa mcm x bersedia lagi masa nih nak masuk U..aku lebih prefer untuk masuk ke tingkatan Enam (Form 6) walaupun ramai yg kata Form 6 tuh susah..aku x kisah nih yg aku nak..aku teruskan juga apa yg aku nak..n paling best Linda pun dapat masuk form 6 juga..ada geng lagi..n seklah baru nih x jauh ngan sekolah lama aku dulu..Cuma kena jalan sikit jela..apa yg bezanya Sekolah kali nih adalah sekolah campur..manakala sebelum nih aku dan Linda bersekolah di sekolah perempuan..so mula2 bila bersekolah campur laki perempuan nih memang kekok sikit la..dh lama2 tuh siap leh gaduh, bertekak sume..hehehehe..

So bermula lah perjalanan aku dan Linda di tingkatan 6..cabaran paling besar sekali untuk aku adalah subjek wajib iaitu pengajian Am..hahaha..aku paling lemah sekali bab2 nak melukis Graf 2 nih sume..aku x suke nak kire2..tapi akhirnya xde masalah..manakala Linda pula bergelut dengan subjek SejaRah..die selalu tulis jawapan keluar tajuk..tapi kami semua berusaha untuk atasi masalah masing2..hubungan kami pun rapat..bile bunyi loceng kami x kan balik lagi..kami akan tunggu dalam sejam or sejam lebih dulu..dlm kelas..bukan pe saje bagi budak2 lain balik dulu..jadi nanti stesen bus tuh xde la penuh sgt kan bila kami sampai nanti kan..lebih selesa x berebut-rebut..n masa nak berjalan ke stesen bus tuh mmg agak jauh la n panas giler maklumlah waktu petang kan..so aku dan Linda akan bukak payung masing2..sorang satu payung okey hehe..sorang payung warna Pink sorang lagi payung warna Biru..lepas tuh tggu la bus..kalau nasib baik dapat la naik bus yg berhenti kat depan kawasan umah..tapi selalunya mmg kena naik bus FarLim..pastu kena turun n jalan lagi..huhu..tapi aku paling x gemar bila naik bus Farlim tuh die akan berhenti kat depan sek Cina dulu..n masa tuh mmg time diorang balik..huhu..sume berebut-rebut naik..n dgn badan bau peluh sume..grrrr diorang berhimpit kt depan pintu bus…so mmg susah la aku ngan Linda nk turun..tensionnn sgguh time nih..

Bila dapat turun bermulalah sesi berjalan ditgh panas..so masing2 mula bukak payung balik n jalannnn...jln punye jalan sampai la ke Sunshine Farlim..bile dh sampai kami pun masuk ke dlm tuh untuk nikmati udara sejuk (ECON/AC/Penghawa dingin)dlm Sunshine tuh..kadang2 singgah beli belah..kadang2 lalu jer..pas dah lalu..sampai la kat kawasan belakang sunshine..so kami bukak payung balik..n jalan lagi...pastu ada tempat makan (astaka) kat situ..mmg kami akan singgah tiap2 kali lepas balik sekoleh..bukan untuk makan tapi untuk beli Air ..air minuman kegemaran kami yg selalu kami pesan adalah MiLo Ais..mmg haus gilerr time nih..maklumlah berjalan jauh kan..tengah panas pulak tuh..
Disebabkan hampir tiap-tiap hari balik sekolah kami akan singgah ke 1 gerai untuk beli MiLo Ais..kakak yg tukang buat Air tuh sampai cam n kenal kami..dasyat tak kami..nmpk sgt muka milo ais dah hehehee..bile baru2 nih aku dan Linda singgah..kakak tuh masih lagi cam n kenal kami..haha kuat sgguh daya ingatan kakak tuh yer..so bila dah beli Air tuh kena jalan lagi untuk sampai ke rumah..jadi milo ais yg dibeli tuh mmg akan habis sebelum sampai ke rumah ehehehe..nmpk sgt kehausan kan hehe..begitula cerita perjalanan pulang kami dari sekolah..so x lama lepas tuh STPM laaa..so aku dan Linda pun sepakat share duit dan tempah teksi sapu untuk kesekolah tiap2 kali ada peperiksaan..dan akhirnya keluarla result StPm dan alhamdulilah Result aku cemerlang juga.. =) ..result Linda pun okey.

Disebabkan kami kenal dh lama n rapat..so secara x lansung kami kenal la keluarga masing2..family Linda sume kenal aku..termasukla dgn bapanya sume..makcik die pun kenal gak ngan aku..begitu juga sebaliknya..Linda nih sememangnya pandai bergaya..sentiasa ada stail lah n ikut fesyen terkini..die juga x segan2 nak bergya..berbanding aku yg mmg kot situ jer..xde yg berubah..anyway kire okey laa..walaupun die sentiasa bergaya..die x segan or malu kuar ngan aku..maklumlah kalau nak dibandingkan dengan penampilan..mmg mcm langit dgn bumi jer..hehe mcm org kampung ngan org Bandar jer..tapi aku releks jer..aku jadi diri aku hehe..aku nih jenis yg x control2 ayu nih sume..aku redahh jerrr hehehe..
Kemudian ALhamdulilah..berkat usaha aku sendiri dan juga rezeki aku..aku dapat tawaran masuk universiti di UM..n aku pun pergilah KL..n belajar disana..



Manakala Linda pula x berjaya masuk ke Universiti..tapi pastu die bekerja sekejap di Giant((P.Mall) kot lau x silap..pastu die bekerja di 7 Eleven pula..n kini die dapat kerja Kerajaan dah sbg kerani kaunter kat Hspital..(lebih kurang mcm tuh la keja die)n bile dh ada kerja tetap die pun dh bertunang..tggu masa nak kahwin pulak la..Alhamdulilah kehidupan peribadi dan kerjaya Linda berjalan seiring..dulu masa sekolah dulu..linda selalu sebut nak kahwin tahun 2012..x sangka awal setahun lak hehe..dah jodoh kan..antara kami berenam..wani kahwin dulu pada Jan 2009..diikuti Sariaz Feb 2011 dan Linda pada Nov 2011..wah x sangka sariaz dan linda akan kahwin dalam tahun yg sama hehe..yg lagi tiga tuh x tahu laa hehehe..klah..setakat ini sahaja karangan aku hehehe..sorry pada yg membaca entry nih..entry nih agak panjang sikit hehe..maklumlah tiba2 mood nak menaip tuh datang panjang la jawabnyer ;)

My BesDay kEk PictuRe ;)




Assalammualaikum..banyak benda aku nak cerita..tapi rasa malas pula nak menaip..tu yg lambat sikit update blog nih..okey seperti yang dijanjikan dalam entry sebelum nih yg aku nak tunjuk picture kek besday aku hehehe..yg mana besday aku baru je lepas iaitu pada 23 ApRiL yg Lalu..

Taraaaa…………siap ada lilin tuh..haha bukan pe..saje je letak nak bagi cantik sikit bila tangkap gambar nanti..

1 Mei 2011

MaHaRaJa LaWak-Mggu ke-5 JoZaN Besttt!


Assalammualaikum..seLamat Hari Ahad yer untuk semua..well hari nih baru berkesempatan nak mencoret mengenai M.Lwk mggu ke-5..mggu nih menyaksikan peserta tunggal wanita iaitu JiHaN terkeluar..MaN dan Amir pula berada di kedudukan 3 terendah dan masih selamat untuk minggu ini..so nih adalah kedudukan peserta mengikut pandangan dan pilihan aku untuk minggu ini..



1) JoZaN menjadi pilihan aku untuk minggu nih..persembahan berkarakter diorang minggu nih agak menjadi hehhe..zizan jdi penarik kereta yg ganas pada awalnya manakala johan pula menjadi pemilik kereta yg ingin ditarik tuh..hehe mang lawak..
2) JaMBu dikedudukan kedua..mereka masih konsisten..dan tetap lawak dgn gelagat Yus dan tAuke yg mmg mencuit hati
3) SePaH pun tetap konsisten..tapi mereka di kedudukan ke-3 untuk mggu nih bagi pandangan aku..
4) NaBiL juga konsisten dan minggu nih tampil dgn idea yg kreatif dimana die menjadi ala2 detektif connan hehehe..penyiasat kes pembunuhan..mmg kreatif..namun kali nih lawak die agak panjang..dan punch line die juga agak lambat..x seperti selalu yg sentiasa cepat dan pantas..
5) Kump BaLas dikedudukan ke-5 dimana mereka cuba bangkit kembali dan menyambung cerita makcik Karipap di lebuHraya KaRak..kononnya Makcik Karipap menganggu pemandu2 di Lebuhraya pulak hehehe..ok la kali nih not bad jugak,,

6) Man cuba tampilkan kelainan mggu nih dengan menjadi bomoh yg konon-kononnya boleh bertukar menjadi eric leong, datuk fadzillah kamsah dll..unik dan bolehla tahan..Cuma ianya mcm kita semua dh pernah tengok..n mcm persembahan ulangan dalam sketsa yg berbeza..
7) AmiR pun bolehla tahan..bak kata pengkritik iaitu Amir makin berani dan sudah mampu berlawak berbanding sebelum2 nih..Amir pelan2 kayuh..tapi aku rasa mggu depan sure kuar kot..x pun mnggu satu lagi hehehe..kalau die x kuar mungkin Man yg kuar..
8) JiHaN ditangga terakhir..emm kali nih mmg lawak die x menjadi langsung..aku sendiri langsung x gelak/ketawa..xde yg lawak la..kesian adalaaa…die cuba berlagak menjadi minah brutal gitu..menjadi tukang perbaiki kasut..emmm mmg x kelakar langsung..namun Jihan tetap berusaha..dan untuk minggu nih nasib tidak menyebelahinya..


p/s-untuk AF(konsert ke-4)suke ngan persembahan Hazama n Fina =)