30 Sep 2011

FoLLower dah mencEcah 200+


Setelah sekian Lama mempunyai BLoG..akhirnya follower BLoG nih dah mencecah ke 200 lebih..thanx to all kerana sudi memollow/mengikuti BLog ni secara public dan juga private..ada beberapa dan mungkin puluhan yg mengikuti blog ni secara private sbb aku ada mengira jumlah follower dan mencatat nama2 dan address Blog yang mengikuti BLog aku..hehe bukan apa saja seronok mngumpul nama dan Adress blog para follower aku..rasa terharu gitu..n aku tengok mmg ada perbezaan jumlah follower yg ikut secara public dgn jumlah keseluruhan para follower..

Aku x kisah pun nak ikut secara private..Cuma x best la sbb aku x dpt kenal korang2 yg ikut blog aku scra private..sbb x tau sapa kan..huhu..anyway thanks sbb sudi follow okey.


Orang lain ada yg dh cecah ribuan follower tau..fuhh dasyat tul kan…aku banyak nih pun dh rasa sgt berterima kasih pada para follower..thanks sbb sudi follow my blog..pernah juga aku trpikir nak tutup blog ni..sbb amat sakit hati bila kenyataan aku dlm bLog nih dah buat ada yg x puas hati..sedangkan niat aku baik nak kongsi apa yg aku rasa jer..tapi mungkin ayat yg aku guna buat orang lain salah faham..sedangkan xde mende pun..aku maksudkan lain..org lain salah faham dan ingatkan lain..masa tuh mmg sgt sakit hati..dan sampai sekarang aku ingat..x mungkin akan lupa..rasa nak tutup blog nih sbb aku x suke ada org tertentu yg memerhati jerrr apa yg aku tulis..tension tul..hingga akhirnya aku membuka 1 blog baru yg mmg private..dan aku teruskan menulis dlm BLoG nih kerana BLoG nih adalah keutamaan aku..dan aku x perlu tunduk pada ugutan sesiapa..
Akhir2 ni juga..aku kerap menjoinkan diri menyertai segmen2 yang dianjurkan oleh para Blogger lain..n mmg memberi kesan laaa..follower aku bertambah dengan cepat berbanding sebelum nih..so rajin2kan diri join byk segmen k..hehehe..


Okey nih adalah follower bertuah aku yg ke 200-iaitu Wardah Alisya (http://wardahalisya.blogspot.com)
 beliau nih adalah salah satu penganjur segmen yg aku join..n die pun follow aku..mekasih ye sbb follow..Follower yg ke 201 pun adalah penganjur segmen yg aku join..n die pun follow aku gak iaitu Cik Leen_Dewi Syifa (http://dewisyifaindehouse.blogspot.com)
So korang yg lain pun leh join segmen2 diorang nih..gi lah melawat Blog diorang k.. =)
Kepada follower lain sorry ye x dpt mention sorang2 dlm entry nih sbb byk sgt..hehe..anda semua dihargai..thanks you so much =)

25 Sep 2011

~tHe Best woRds toDay~


huhuhu..mendalam kan maknanya kan!renung-renungkan..

24 Sep 2011

MeNaNg 1st Giveaway by SJB-hadiah dah saMpai!



Alhamdulilah..ada juga rezeki kali ini..setelah lama x menang hehe..actually masa dekat2 nak sambut raya hari tuh..aku ada join beberapa GA..n ni adalah salah satunya laa..masa ternampak GA yg dianjurkan oleh BLog SJB nih..aku mang excited sgt nak join..n rupe2 rupenye x sangka aku antara orang yang bertuah..yg mendapat cenderahati dri luar Negara laa..Fist time menang hadiah dri luar Negara..hehe so menjadi agak teruja dan sedikit jakun jugak hehe..hadiah die smpai semalam..n dikirimkan dari Canada…first time dapat mmg agak jakun laa tgk pelekat2 yg mcm2 atas sampul surat tuh..hehe..



So mmg rasa happy semalam hehe..


Anyway thanks to SJB…so korang semua lau senang leh la gi melawat BLog nya di http://www.sjb-myphotopage.com
Kat blog beliau,korang leh tengok banyak gambar2 percutian dirinya n family ke luar Negara..cantik2..nice pic..so harap2 lepas nih menang lebih byk GA ^_^

22 Sep 2011

~HaNtU BoNcEng & KoNtroVerSinya~



Assalammualaikum semuaaaa..Aku dah tengok dah fiLem Hantu Bonceng!!!..tapi sebelum tengok cite nih..mmg aku dh dengar pasal kontroversi yg berlaku..haha..so selepas aku tengok babak yg diperkatakan tuh..mmg agak menakutkan juga laa..sebab mmg boleh menimbulkan salah faham..aku pun heran..x kan diorang x sedar akan kontroversi yg bakal melanda..namun mungkin pihak produksi dh serahkan bulat2 pada LPF (Lembaga Penapisan Filam)so bila diluluskan..diorang ingat xde benda serius la kot..tapi pihak LPF pun dah memberikan penjelasan mereka kenapa mereka meluluskan dan berjanji untuk menilai semula filem nih..n anyway Filem Hantu BonceNg nih mmg menghiburkan laaa..relax dan tenang jer..antara adegan yg paling aku suka masa part Zizan berubat tuh dengan Cat Farish haha..siap si zizan menari-nari pastu pi ambik pasu bunga dan buang bunga tuh..hahaha..and satu lg part masa last sekali time semua kat hospital tuh..tiba2 ada mesin berbunyi kan..mmg kecoh hehehe..kelakar time tuh..part2 lain tu kire okey laa..haha..
however agak kureng suka dgn kenyataan Ahmad idham yg menjawab kritikan terhadap filemnya itu..huhu..ayat agak kasar dn kurang sopan.



Pasni nak tengok Filem Raya Tak Jadi pulak lakonan Apek dan JoHaN…dengar kata ramai yg cakap filem tuh pon best n kelakar x hengat..


p/s~Bila si JoZaN Nih nak berlakon dalam 1 filem yang sama???~asyik asing2 jer..

21 Sep 2011

Its All About FriEndShip n LoVe

Sempat bersms dengan teman lama..dh lama kami tidak berbual dan bertemu..jadi bertanyakan khabar menjadi soalan wajib dariku padanya..

Dulu kami mmg rapat..bukan hanya dengan dia,seluruh keluarga dia mengenali ku..hahaha lantaran namaku sering disebutnya.
X lama lagi dia akan mendirikan rumahtangga..banyak kali die berpesan padaku agar menghadiri hari bahagianya kelak..
Aku juga begitu teruja hendak datang ke majlisnya..bak kata orang tanpa ku mana lengkap kenduri kahwinnya nanti ;)
Pastinya ramai yg akan bertanya dan berteka-teki jika aku tidak hadir..
Apabila member rapat nak kahwin kita plak yg teruja/over terlebih tau..hehe
Warna tema sudah ku ketahui..walau yakin ada warna tuh..tapi masih x pasti hehe.
Dan di kendurinya nanti pastilah kelibat2 teman lama juga akan ku jumpa..
Kalau setakat senyum je dan berbahasa basi tidak apa juga..
Yg x best bila mereka mengaju soalan2 maut pada ku..arghhhh nih yg paling menyampah aku nak jawab grrrrrrr..tambah2 soalan2 tuh datangnya drp org yg sudah berpengalaman..pendek katanya diorang nih sume dh kawin la..ada la anak seorang dua tiga dan byk lg.
Sesape yg bujang tuh kire xpela kan nak sembang havoc mcmmna pun kan..

Emmm rindu plak masa bersama-sama dulu..kami berdua jarang bergaduh..sebab sekepala..namun mungkin die lebih sopan, feminine, up to date, cakap lemah lembut…tpi bila naik angin hahaha lebih kurang mcm aku gak la jadinya hehehe..bak kata orang dimana ada dia disitulah ada aku.. kalau salah seorang xde mesti ada je yg akan bertanya ke mana gerangan sorang lg pergi…kalau nak ponteng sekolah ke ape ke mesti dirancang sama2 hehehe..rindu masa kami sama2 tunggu bas berjam-jam..berjalan kaki dari sini ke sinun..sebelum sempat sampai ke rumah..kedua-dua kami akan serbu kedai air dulu..untuk beli Milo Ais..hehe..sampai la kakak yg buat air tu cam muka kami dua orang..kuat betul daya ingatan kakak tuh..walau dh berapa tahun berlalu..kakak tuh masih cam kami berdua lagi..
Tu belum masuk bab kejar bus sbb dh terlewat hehe..begitu juga mengutuk sapa2 g cari pasal dgn kami dua org masa kiteorg berjalan-jalan untuk pulang ke rumah..x lupa sempat juga bukak payung tau untuk berjalan meredah kepanasan bahang matahari..begitulah rutin kehidupan aku dgnnya dulu
Musuh dia adalah musuh aku juga..begitulah sebaliknya..dia ni juga susah nak naik marah dgn sesape pun dan sering berbaik sangka pada kwn2nya..di hujung minggu selalunya kami kuar berdua mahupun ramai2 menyerang Komtar dan Prangin hehehe…makan2 di restoran favourite kami berdua..berjalan-jalan..

Ternyata hobi,minat dan pilihan kami agak sedikit berbeza..namun ianya x membawa perubahan besar..masing2 saling menerima kelebihan dan kekurangan..walaubgmnpun masa dan jarak sering menjadi penghalang pda sesuatu prhubungan prsahabatan..ketika aku ke KL..kami berpisah sbb dia x dpt bersamaku ke kl..mungkin tiada rezekinya waktu tu..
Maka aku ke KL dan mendapat teman2 baru yg juga baik giler dan mcm2 ragam..namun dia tetap diingatan..namun sekali sekala bejauh hati juga padanya kerana sukar untuk mengajaknya keluar sama seperti dulu2..sehinggala kini jarang bersua muka..tambahan lagi sudah mahu bergelar isteri org x lama lgi maka makin sukar jadinya kerana kesibukan membataskan waktu..namun semua tu aku anggap lumrah kehidupan..walau jarang bersua..memori itu segar diingatan..kenangan itu abadi selamanya.
Siapa gerangan kawan yg aku ceritakan..sesiapa yg mengenali aku pastinya mengenali kawan aku nih..hehehe..tapi kwn2ku masa kat KL pastinya x kenal la kan, walaupun kadangkala aku ada menyebut nama dan menunjuk gambar kawan aku nih kt diorang..pastinya diorang pun x ingat dh hehe..


JawaPaN yAng SesUai biLa ditanYa teNtang PerKaHwiNan..


~KeNapa LamBat KahwiN?~
-:Kerana Allah tahu maSa yang teRBaik untukkU.


~SudaH BeRpuNya?~
-:Ya…Kerana setiap oraNg teLah ditetapkAN JodoH maSing-Masing.


~SiaPa oRaNgnya?~
-:Nanti akaN dipeRkenaLkan.


~BiLa nak diperKenalkan?~
-:BiLa kaMi daH diijaBkabuLkan oLehNya*Insyaallah…JemPut DataNg ke WaLimatUL uRusKu nanti.


~JaNgan SeLaLu berTaNya BiLa oRang tu Nak Kahwen keRana SemuaNya terLetak di taNgan ALLAH,kita hanya mampu merancang tetapi Dia sahaJa yang MenenTukan~..


Kita doakan yang terbaik..aminnn.. ^_^

WoRdLeSs WedNeSdAy

JuLiana Evans n Zizan

hehehe..sesuai tak?sepadan tak?serasi x?sweet tak?
ke ada yang jealous(cmburu)tgk gambar diatas hikhikhikhik ^_^
sape yg jeles sila angkat kening =)

20 Sep 2011

NovEL BiSik-BiSik GeLoRa~FaUziaH AshaRi~


AssaLammualaikum..
beberapa hari lepas telah berjaya menghabiskan membaca novel kedua untuk bulan nih hehehe..novel pertama ialah Yang Dicari (spt dlm entri lepas2)so ni adalah novel kedua yg aku baca..karya dari novelis popular iaitu Fauziah Ashari..sape yg minat baca novel..pastinya mengenali penulis novel ini..ala yg pernah menghasilkan novel meletup Ombak Rindu sampai sudah difilemkan..tggu tayangan jer..so Novel ni adalah buah tangan terbaru beliau lah yg bertajuk Bisik-bisik Gelora..okey jom tengok sinopsis novel ni k..

~SiNoPsiS~
Banin Arumi atau Umi adalah gadis nakal dan lincah. Bapanya, Tuan Akalil menghantar dia ke kampung agar anaknya itu akan berubah tingkah laku kerana kampung mentuanya jauh daripada kota.

Di kampung, Arumi telah bertemu dengan Jad Izzuddin, seorang pemuda yang alim di hadapan keluarga namun am...at nakal di belakang mereka. Suatu hari tanpa diduga, Arumi dan Jad telah bertemu. Pertemuan itu telah menyatukan mereka ke alam perkahwinan.
Namun di hari pernikahan mereka, Arumi mendapat berita yang kedua-dua ibu bapanya menemui ajal dalam satu kemalangan jalan raya. Arumi mula benci pada Jad yang dianggapnya punca semua malapetaka ini berlaku.
Takdir ALLAH, pada hari yang sama, suami yang baru dinikahi ditangkap oleh pihak berkuasa dan disumbat ke dalam penjara. Apakah yang terjadi pada Arumi? Bagaimana pula dengan Jad?


Bagi aku jalan cite Novel nih.mmg best..dan rasanya mempunyai potensi untuk didramakan mahupun difilemkan dikemudian hari..penuh konflik,drama,aksi dan emosi..x jemu or bosan membacanya..n x rugi juga membelinya..
so to Uolls SeLaMat MeMBaCa......

18 Sep 2011

BarU pas tgk SRK,RaNi,PrEity,AbhisHek dlm satu FiLeM.


Haha baru pas tgk Movie nih kat chanel B4u tdi..actually cite nih dh lama release pun..dlm beberapa tahun lepas..tapi termasuk td aku baru tgk movie nih 2 kali..hehe..tgk tv lgi best dri tgk dvd kt laptop tuh.
Cite nih bukan kisah cinta remaja tu semua..tpi cite cinta yg lebih matang.pendek kata yg boleh disimpulkan disini adalan Cinta,KecuraNgan/Skandal,Penipuan..gitu laaa...
apa maksud Kabhi Alvida Naa Kehna tuu?maksudnya lebih kurang Never say Goodbye laaa heheehe
dlm cite nih aku paling suka part2 yg kelakar tuh..haha..mmg kelakar giler..bile part sedih aku rasa biase2 je..x berperasaan apa pun ..
gitulaaa..boleh layaan cite nih lagipun filem nih menggabungkan 5 nama besar Bollywood iaitu Shah Rukh Khan,RaNi Mukerji,PrEity ZiNta,AbHishek BacHan dan AmitabH BachaN.

15 Sep 2011

Pendidikan SejaRah Pengukuh Patriotisme~Slmt HaRi Malaysia~

Assalammualaikum..semua..
esok kita semua akan menyambut Hari Malaysia (16 September 1963)yg mana menyaksikan penggabungan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan akhirnya membentuk Malaysia seperti hari ini..Singapura juga termasuk dalam penggabungan Malaysia pada tahun 1963 namun akhirnya Singapura keluar dari Malaysia pada tahun 1965..so kat sini saya nak ucapkan Selamat menyamBut Hari Malaysia pada seluruh pembaca Blog saya yang x seberapa ini..so entry untuk kali ni mestilah berkaitan dgn Sejarah kan dan patriotik sikit hehehe..
jom baca artikel dibawah ni k..n hayati sebaik-baiknya ^_^

JIKA diteliti dan difahami pendidikan sejarah bertujuan memupuk dan memperkukuh semangat setia negara dan jati diri sebagai warga negara Malaysia dan warga dunia. Melalui pengetahuan dan pengajaran sejarah serta penghayatan sejarah tanah air dan sejarah luar yang berkaitan, pelajar dapat memahami keadaan masyarakat dan negara serta hubungannya dengan sejarah dunia.

Selanjutnya, usaha ini untuk mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan bangsa dan negara Malaysia. Jika selama ini semangat itu telah disemai, dipupuk dan dibaja ia seharusnya diperkukuhkan lagi bagi menghadapi era globalisasi yang semakin mencabar.
Sejarah juga dapat mewujudkan ingatan bersama terhadap peristiwa sejarah sebagai rangka rujukan kesedaran kebangsaan dan persefahaman.
Sejarah mengajar kita supaya tidak mengulangi kesalahan dan kelemahan yang menjadikan sesebuah negara itu mudah dijajah pemikiran, budaya dan negaranya.


Oleh itu, sewajarnya langkah kerajaan memperkenalkan semula mata pelajaran di peringkat sekolah rendah dan mewajibkan mata pelajaran Sejarah sebagai syarat penting dalam kelulusan peperiksaan Sijil pelajaran Malaysia (SPM). Langkah ini bukan saja menjadikan mata pelajaran Sejarah akan dipelajari dengan bersungguh-sungguh malah akan difahami dan dihayati secara mendalam.
Sebenarnya, mata pelajaran Sejarah dapat memupuk jati diri, akal budi, semangat cintakan tanah air yang mendalam kepada setiap pelajar. Ia juga mempunyai kaitan dengan prinsip kedua dan ketiga dalam Rukun Negara iaitu melalui pelajaran Sejarah akan dapat memupuk kesetiaan kepada raja dan negara serta memahami keluhuran perlembagaan.
Kesetiaan kepada negara adalah jiwa kebangsaan kita. Melalui semangat kesetiaan dari sanubari seseorang itu akan lahir rasa setia kepada raja dan tanah airnya yang sekali gus mampu menyatukan kita semua daripada pelbagai rumpun menjadi satu bangsa bersatu padu.

Melalui pelajaran Sejarah juga seseorang itu akan memahami keluhuran perlembagaan negara yang memberi perlindungan kepada setiap anggota masyarakat di negara ini dari segi melindungi hak dan keistimewaan mereka sebagai warga negara. Selain itu, dapat memahami bagaimana negara ini mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Perlembagaan juga meletakkan rasa tanggungjawab dan kewajipan warga negara yang mendukungnya. Sejajar dengan itu, setiap warga negara harus menghormati, menghargai serta memahami maksud dan kandungan serta latar belakang penggubalannya bagi memastikan Malaysia terus aman, makmur dan maju dalam segenap bidang.
Oleh sebab perlembagaan negara digubal berasaskan kesepakatan semua kaum di negara ini, maka ia merupakan kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat mana-mana pihak.
Perlembagaan negara juga adalah sumber rujukan kepada semua perkara berkaitan dengan sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak sosio ekonomi rakyat Malaysia. Mereka yang tidak memahami sejarah saja akan mempertikaikannya.
Begitulah pentingnya mata pelajaran Sejarah di sekolah dapat mendidik, memberi kefahaman dan pengetahuan kepada rakyatnya apabila dewasa.
Sehubungan itu, semangat patriotik dapat membentuk rakyat Malaysia yang bersatu padu dan harmoni. Melalui pendidikan, berdasarkan pengetahuan dan pemahaman aspek-aspek sejarah negara, pelajar dibimbing untuk menganalisis peristiwa dan menilai fakta sejarah secara rasional.

Daripada pemahaman dan penghayatan sejarah negara, pelajar dapat membina kekuatan dalam diri dengan semangat cintakan negara.


Pendidikan Sejarah juga sebagai satu disiplin ilmu yang dinamik, dilakukan melalui pendekatan pembelajaran yang melibatkan pelajar secara aktif dan berterusan. Sehubungan itu, sejarah sebagai satu cabang ilmu perlu ditekankan sebagai ilmu yang praktikal dalam kehidupan seharian bagi memupuk dan membentuk rakyat Malaysia berjiwa patriotik.

Melalui pendidikan Sejarah, kita bukan saja mempelajari riwayat hidup mereka yang berjaya dan agung. Malah, kita juga belajar bagaimana sesebuah negara itu terbentuk dan merdeka seterusnya menjadikan rakyatnya hidup dalam aman dan sejahtera.

Sumber-http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Minda_Pendidikansejarahpengukuhpatriotisme/Article/index_html

SEpAh beRpecah sbb Mamat!?

jep meluahkan konflik sebenar yang berlaku dalam kumpulannya selama ini. Jom kita baca apa kata Jep apabila ditanya betulkah perpecahan kumpulan sepah ada kena mengena dengan Mamat :



“Saya tidak menafikan kenyataan itu. Sebelum ini, orang tak tahu apa masalah kami hingga saya putuskan untuk bergerak sendiri. Terus terang saya katakan, masalah disiplin dan tiada komitmen adalah faktor mengapa kumpulan ini tidak boleh bertahan lagi.
“Saya sudah pendam terlalu lama perkara ini dan tidak mampu bertahan lagi. Saya dapat rasakan kami boleh berjaya dalam industri seni ini apatah lagi kami bertiga sekampung. Masing-masing sudah mengenali keluarga serta tahu kelemahan dan kelebihan diri.
“Tapi, apa yang boleh saya katakan, saya sudah penat dengan ahli yang tiada disiplin dan komitmen dalam bekerja. Ada yang buat sambil lewa dan menganggap semua perkara itu remeh-temeh. Saya mula bosan dan takut untuk bersatu lagi,”


Mengakui ada ahli yang sukar memberi kerjasama lebih-lebih lagi memberi idea untuk setiap persembahan mereka, Jep lelah dengan perkara sedemikian.
“Bayangkan dari minggu pertama hingga minggu ke enam Maharaja Lawak, idea dan jalan cerita datangnya daripada saya seorang. Shuib juga ada membantu memberi idea dan selalu berbincang. Tapi, hanya kami berdua sahaja.
“Saya penat kerana saya juga sibuk seperti yang lain. Kerana itu saya ambil keputusan untuk kuburkan sahaja Sepah. Apatah lagi, semakin banyak masalah peribadi yang timbul,” katanya yang nekad berpecah selepas menjuarai Maharaja Lawak.
Lanjutan daripada perpecahan itu, Jep turut terkena tempias lantaran pelbagai cerita kurang enak yang melanda salah seorang ahli yang bermasalah.

“Macam-macam yang saya dengar. Kaki perempuan, masalah disiplin, tak datang fotografi dan ada lagi yang membabitkan individu ini. Bukan hanya dia, malah ahli yang lain terkena juga. Hanya seorang buat hal, dua lagi akan menerima padahnya. Sepah tak ada disiplin, berlagak dan tak tepati masa.
“Sebagai kumpulan, sudah pasti saya mengambil sikap menegur di mana kurang dan silap. Tapi apa kesudahannya jika segala teguran dan nasihat tidak diendahkan?

13 Sep 2011

Angola's Leila Lopes crowned Miss Universe 2011

Sao Paolo: Miss Angola Leila Lopes on Tuesday was crowned Miss Universe 2011 in a star-studded ceremony in Brazil's Sao Paolo.The 25-year-old Lopes is Angola's first winner. She beat out 88 other competitors to win the title during the 60th anniversary of the world's biggest beauty pageant. She replaces last year's winner, Ximena Navarrete of Mexico.

"Thank God I'm very satisfied with the way God created me and I wouldn't change a thing," Lopes said when asked her interview question. "I consider myself a woman endowed with inner beauty. I have acquired many wonderful principles from my family and I intend to follow these for the rest of my life."
In the top 10 were Australia, Costa Rica, France, Ukraine, Portugal, Panama, Philippines, Angola, China and Brazil.

ingatkan adalah wakil Msia dlm top ten..tp hampeh la plak..sedangkan Msia pun not bad pe..top ten pun xdpt masuk..aku ingatkan mungkin tersangkut ke top 5..tpi hampeh..hehehe

MiSS UNivERSE 2011:Msia Ada Harapan kew?


Esok dlm Pukul 9pagi waktu Msia..di chanel Star World..akan adanya siaran langsung Miss Universe 2011..1 dunia membuat ramalan siapa yg bakal dimahkotakan sbg Miss Universe 2011..banyak juga laman web seperti Missology,Globalbeuties dll meramalkan ratu cantik dari Malaysia iaitu Deborah priya Henry (26) berpeluang cerah untuk meraih gelaran tersebut..ini berikutan penampilan cemerlang beliau dlm bbrp acara yg dianjurkan mrk spt mndpt tmpt ke-3 utk pakaian tradisional dll..
aku rase Deborah nih mungkin peluang cerah layak ke top 5 kot..nasib baik top 3..tapi untuk menang tuh x tahulaaa..sbb juri mesti ada pilihan msing2..kalau betul menang x tahu la apa jadi..!!kecoh 1 Msia t pe..hahaha..rasanya mungkin sukar kot tuk menang..sbb apa2 je leh jadi kan!..
so tggu jela keputusannya nanti..
umah aku pun xde chanel star world..so mmg x leh tgk pun hehe..

11 Sep 2011

ULaSaN:NovEL YaNg Ku CaRi-Mimie Afinie

Hari Jumaat yang sudah,aku baru je habiskan membaca NoveL yang bertajuk Yang Ku Cari karya Mimie Afinie..aku suka membaca hasil tulisan Mimie Afinie nih..sebelum2 nih pun aku dah baca novel die seperti Bila dah Suka, Kalau dah Jodoh dll..n mmg enjoy sgt membacanya..kadang2 leh tersenyum sendiri membacanya..so ulasan aku untuk novel terbarunya ni adalah jeng jeng jeng..hehe..mcm biasalah aku suke laa..jalan cite kali ni mungkin lebih dramatik sikit..n byk kejutan jugak..haha..walaubagaimanapun jalan cite novel ini berakhir dgn Happy Ending =)novel2nya terdahulu mungkin lebih kelakar skit..tpi kali ni lebih dramatik n byk melibatkan ikatan kekeluargaan Cina+Melayu,konflik cinta dan sebagainya..so tak rugi laa kalau nak membelinya dan membacanya..

SiNopSis NoVeL~Yang Ku CaRi~
ARYANA, gadis kacukan Melayu Cina. Sejak hatinya diserah pada ‘si dia’, dia sudah tidak punya hati lagi untuk lelaki lain. Hanya ‘si dia’ yang mampu beri apa yang dia cari selama ini. Benarkah begitu?

ZAHIM, lelaki yang terbuka dan berterus terang. Belum apa-apa sudah berani meminta macam-macam. Nampak seperti bukan jenis yang penyabar. Pilihan abah dan Kak Bed, tetapi adakah pilihan dia juga?
BENJAMIN. Kawan baik Zahim ini betul-betul menambah masalah. Jenis kawan makan kawan pun ya juga. Punyalah ramai gadis berketurunan Cina yang cantik-cantik belaka, kenapa harus dia?
HATTA, sahabat sejak kecil. Baik hati, mengambil berat dan penyayang. Malah dia turut disayangi ibu bapa lelaki itu. Kalaulah kasih sayang seorang ibu yang dicari, Hattalah pilihan yang paling tepat. Betulkah?
SEMUANYA tidak semudah yang disangka. Sangat sukar rupanya untuk menggapai bahagia. Ada sahaja halangan, ada sahaja rintangan. Yang pasti, dia tidak akan mudah mengalah. Dia tidak akan cepat melatah. Dia percaya, dia pasti ketemu apa yang dicari selama ini.
YANG KU CARI, bukan sekadar cerita cinta biasa, tapi lebih daripada itu. Bacalah dan hayatilah.


P/S-petang tadi sempat menonton P.Ramlee The Musical kat tv.first time aku tgk..boleh tahan la.

8 Sep 2011

Dua KeGeMbiRaaN di MinGGu iNi

Apa yang gembira sangat tu kan??hehe..actually bukan perkara besar pun..hanya perkara yg simple yg cukup buat aku happy! ^_^

Perkara pertama ialah aku dapat berdamping semula dengan NoveL hahaha..setelah lama meninggalkan hobi membaca Novel atas sebab2 tertentu akhirnya aku dah ada 3 Novel untuk dibaca..semuanya tebal2 belaka..suke2..hehe…nanti2 aku update entry novel tu ye…
Kedua..aku baru dapat tau semalam yg aku ada menang giveaway yeay!!hehe..akhirnya..actually dlm beberapa hari sebelum raya aku ada join 2 GA..dua ni je yang aku termampu nak join..sekarang nih makin malas nak join GA sbb asyik kalah je..entah cmne ritu terdetik nak join GA nih..last2 menang hehe..nanti2 aku update la pasal kemenangan tuh k..wlaubgmnpun 1 lg GA yg aku join tuh mmg hampeh..penganjur tuh boleh plak terlepas pandang penyertaan blog aku..last2 nama blog mmg xde la dlm cabutan..xpe laa…satu dah menang kan..hehe..

7 Sep 2011

SEPAH BeRpEcaH Jua akHiRnya


Rasanya ramai dah tahu mengenai perpecahan kumpulan Sepah baru2 ini..Gelaran juara Maharaja Lawak yang diraih baru2 ini juga gagal menyelamatkan kumpulan ini dari berpecah..
Sayang seribu sayang..ramai yg cakap kalau Sepah berpecah mmg bersepah la jadinya..akan hilang sengat..masa raya ni banyak gak la program2 raya yg melibatkan kump Sepah..antara yg sempat aku tengok masa malam raya kat RTM..jepp jadi pengacara bersama dgn artis2 lain..masa ni siaran langsung lgi..shuib dan mamat pun ada..apek pun ada..siap semua berduet lagu isabella lgi..hehehe..pastu raya ke-4 ada macam program nyanyian la gitu kat RtM gak..kali ni ada Kump Sepah,Apek dan Siti Nurhaliza..pastu x lupa juga Maharaja Lawak Raya..hahaha best!mcm2 tul..
mmg rugi la sepah berpecah..aku suke lawak2 spontan diorang nih hehe..apa nak buat org ckp jodoh sampai takat tu jer..huhuhu...

Berikut ialah kata-kata Jepp Sepah selaku ketua kumpulan:-

Selepas kemenangan itu (Raja Lawak 2009), semua displin dibentuk oleh anggota Sepah semakin berkurangan dan ia terus tenggelam apabila kami berjaya mencipta nama. Kemudian Tuhan memberi peluang kedua di dalam Maharaja Lawak, kami bina semula nama Sepah itu, tetapi hari ini saya nekad berpecah selepas sekian lama memendam perasaan.
Namun ternyata keputusan Jepp ini sangat-sangat mengejutkan Shuib. Kata Shuib:-
Saya sayang kumpulan Sepah tetapi jika Jep sudah berkata begitu, saya ikutkan saja. Perkara ini memang ada kami bincangkan sebelum ini. Saya tidak ada apa yang ingin dicakapkan kerana perkara ini baru hari ini diputuskan dan kami akan berpecah, apa yang saya boleh buat saya akan menjaga diri sendiri selepas ini.