29 Nov 2011

JoHaN Raja Lawak bakaL Disaman oleh OGy sbb mengHina di FFM24!


Assalammualaikum..sape tengok Festival Filem Malaysia hari tuh??
semua tahu pengacaranya adalah Ogy Ahmad Daud dan JoHan Raja Lawak..
memang nmpk juga la Johan banyak buat lawak menggunakan Ogy mcm ckp dia tua laa dan mcm2 lgi..pedas juga laa..bila diri kita dijadikan subjek lawak dan ditertawakan oleh orang lain..
of course la sape pun sakit hati kan..namun aku kagum gak la kak Ogy tuh sbb dia pandai cover malu dan aku sendiri pun ingat die ok je time tuh n x ambik hati pun dgn lawak si Johan tuh..
rupanya dalam hati ada bara Laa beb..siap nak saman Johan yg didakwa menghinanya..
aku sebenarnya mmg mengakui Johan nih bersalah juga..sbb dia datang lewat reheasal..pukul 3 kena dtg..pukul 6ptg bru sampai..3 jam kak ogy tuh nak menunggu..masak laa..nak berbincang dan merancang dh x sempat sgt..namun terkejut juga sampai nk saman kan..n sekiranya johan tuh dtg mintak maaf pun kak Ogy tetap nk saman utk dijadikan pengajaran haha walaweiii Kak Ogy tuh pun bermulut laser tapi bila die dilaserkan meletup terus die hehe..
actually kalau tgk balik Si Aznil dulu pun pernah berkecil hati dengan Zizan dan pernah meluahkan kekecewaannya di twitter namun setelah si Zizan meminta maaf terus Aznil dgn besar hati memaafkannya..tapi Ogy nih keras hati sikit..well kite tggu dan lihat jela apa jadi..tgk galaksi or melodi kot2 ada cite pasal ni nanti..

inilah petikan kata2 kak OGY-
Dia memang kurang ajar. Bukan setakat bakat saya, malah arwah ibu dan bapa saya turut dipersenda sesuka hati. Namun yang paling saya terkilan, dia boleh mempersendakan Tahun Gajah, tahun kelahiran Nabi Muhammad junjungan kita.
“Ini satu penghinaan dan saya tak boleh bertoleransi dengan orang yang biadap seperti itu,” katanya yang dipetik dari laman blog terkenal, Beautifulnara.com, semalam.
“Saya tahu dia berbakat untuk buat lawak tetapi cara dia melampau. Sudahlah masa latihan sebelum majlis berlangsung dia datang lewat.
“Kami diminta datang pukul 3 petang, dia sampai pukul 6 petang. Macam mana tu? Tiga jam saya menunggu, tetapi dia langsung tidak minta maaf pada saya.
“Pembantu peribadi dia yang malu dan berkali-kali minta maaf dari saya. Mana budi bahasa? Tetapi saya sedikit pun tidak bising pada dia,” katanya lagi
cerita penuh baca kat sini..

p/s-Filem Mael Lambong the Movie pun xde Johan..why why n why??
    baRu pinjam dvd City Hunter..yess boleh tgk nanti =)

Allahamdulilah Follower dah mencecah 400+..


Assalammualaikum..
Alhamdulilah Follower BLog Miss BaNu StoRy ^_^ nih dah mencecah ke 4oo+..
memang x pernah impi pun leh capai ke angka 400 nih..
kalau ikutkan kewujudan blog nih dah lama..cuma pada peringkat awal,aku mmg x join sebarang segmen..jadi follower mmg susah n payah nak bertambah laa..naik mendadak tuh mmg mimpi la masa tuh..hehe..namun sejak akhir2 ni bila rajin join segmen n blogwalking..maka follower brtambah..walau ikutkan ade je blogger baru yg sudah pun mencecah ribu berbanding aku..tapi aku x kisah..aku bersyukur apa yang ada..
anywaY harap leh capai ke angka 500 org nanti..insyaallah..
kepada follower blog nih..terima kasih diucapkan yer..
Sape yg follow blog saya nih insyaallah saya akan sedaya upaya menfollow blog anda kembali..Jangan Lupa tinggalkan link blog korang okey..
Ader gak blog2 yg saya x dpt follow sbb x jumpa link blog diorang..huhuhu..apa pun berbanyak terima kasih krn sudi follow blog yg x seberapa ini yer =)jom kita tengok siapa follower yg ke 400 tuh...& 401.
401)arj-insyaz
so mai la semua singgah ke blog2 bertuah diatas yer ^_^

28 Nov 2011

KeLayaKan OLiMpik musnah~MaLaysia teWas dengan BahRain 2-3~


Assalammualaikum,
Pastinya ramai yang kecewa dengan keputusan malam tadi yang menyaksikan Malaysia(Harimau Muda)tewas ditangan pasukan Bahrain 2-3 walaupun pada awalnya Malaysia mendahului dengan selesa 2-0 sebelum dikejar oleh Bahrain disaat-saat akhir, sekaligus menyaksikan keputusan yg tidak diduga dengan tewas mengejut dengan keputusan 2-3 dan sekaligus meranapkan peluang dan impian Malaysia untuk beraksi di Sukan Olimpik untuk acara Bola Sepak...
Malaysia bermain dengan baik pada awalnya..dan gol pertama Malaysia tentunya dijaringkan oleh pemain paling muda iaitu Nazmi Faiz(17tahun) dengan rembatan jarak jauhnya itu..Malaysia akhirnya berjaya memperoleh dua gol berbalas kosong..aku pun suka lah dan merasakan Malaysia ada peluang besar untuk menang..namun pasukan Bahrain nyata cekal dan tidak mudah putus asa,dan ternyata setelah memperoleh dua gol malaysia sudah sedikit leka dan alpa dan akhirnya dihukum dengan 3 jaringan gol oleh pasukan Bahrain..dan akhirnya kalah lagi ditempat sendiri..
walaubagaimanapun aku tetap pujilah juga pasukan Malaysia kerana memaparkan permainan yang menarik walaupun akhirnya mendapat kesudahan yg tidak diharapkan..so sad...nasiblah aku nih bukan fanatik bola sangat..sbb pasukan Malaysia aku tgk gak bola..
inilah Nazmi faiz yg berjaya menyumbat gol pertama Malaysia..

p/s-Khairul fahmi che mat dilanda kontroversi lagi..lepas putus tunang dgn elia,muncul dahlia teck,terbaru dikatakan ada skandal dgn shida harmi..aiii parah juga bila dh femes nih tmbh2 single n muda lagi mcm2 gosip..terbongkar satu persatu?????..wallahu alam..

26 Nov 2011

PerSaHabataN ini memBuatkanku Serba SaLah..



Selama kita berkenalan,
Banyak benda dan pengalaman kita lalui dan tempuhi bersama,
Kau cukup beerti dan bermakna sebagai sahabatku,
Segalanya dan kemana saja kita bersama harungi bersama-sama
walau persahabatan kini mungkin tidak seperti,sekuat dan segah dulu
namun kenangan manis dan pahit itu tetap bersemadi indah dihati ini..

Tanpa Sedar masa berLalu pantas,
Kini Kau bakal meraikan hari istimewamu,
sebagai kawan aku gembira untukmu,
walau diakhirnya ku tahu masamu akan lebih bertumpu pada arjunamu
itulah lumrah kerana ramai orang begitu,

jemputan diterima
aku teruja
namun alasan dan masalah negatif serta halangan yang datang
menyulitkan segalanya
membuatkan ku sedikit keliru,bingung dan serba salah,
persahabatan kita yang kukuh suatu ketika dulu
bagai mengunci segala alasan yang mendatang,

aku buntu,
tak tahu apakah kesudahannya,
kadang2 aku cemburu melihat kau melewati fasa hidupmu dengan tenang dan bahagia
doa aku sentiasa mengiringi langkahmu di hari istimewamu
aku berharap
segalanya akan berubah menjadi positif dengan izin Nya
Dengan IzinNya juga aku harap dapat bersamamu nanti
untuk melihatmu dihias bagai permaisuri terindah yang meniti hari bahagia
diharapkan tiada halangan yg mendatang
moga2 semuanya berjalan lancar

aminn...

24 Nov 2011

Kelayakan OLimPik~Malaysia kaLah dengan SyRia 0-2~


Assalammualaikum..
Sejak dua menjak nih..asyik cerita bola je plak hehe..
Setelah cemerlang menewaskan Indonesia dan bergelar raja Bola Sepak Asia Tenggara..
maka kecemerlangan itu gagal diteruskan ketika bertemu Syria di Stadium Bukit Jalil untuk kelayakan Olimpik..nampak Harimau Muda gagal menyekat kemaraan dan kehebatan Syria sehingga akur dan mengalah dengan keputusan Malaysia 0 dan Syria 2..Malaysia gagal menyumbat gol..
Kini sudah dua kali Malaysia kalah dalam peringkat kumpulan,pada perlawanan pertama dengan Jepun Malaysia juga tewas dengan 2-0 dan begitu juga kini..Beberapa hari selepas ini Malaysia akan bertemu pula dengan Pasukan Bahrain..
mungkin atas faktor keletihan dan juga kehebatan Syria yang mmg hebat..mereka sentiasa melancarkan serangan sehingga Malaysia tidak ada peluang dan ruang untuk melancarkan serangan yg berbahaya dan mengancam gol mereka..asakan Malaysia sentiasas dapat dipatahkan..Malaysia hanya mampu mengamalkan corak bertahan saja..
Khairul Fahmi juga ada menyelamatkan beberapa gol berbahaya.Kalau K.fahmi xde maka pesta gol Syria tu..
however..walaupun kalah,semua rakyat Malaysia memahami dan tidak la begitu kecewa apabila mengenangkan kemenangan Malaysia sebelum ini dalam Sukan Sea itu..
namun aku tetap mengharapkan Malaysia dapat menjaringkan sekurang-kurangnya 1 gol untuk kelayakan olimpik ini..asyik kena belasah je oleh gergasi Asia x syok la kan,at least dapat jaring 1gol tuh barulah okey sikit kn hehe..


22 Nov 2011

SyaBas HariMau Muda!Sang GaruDa terus Menangis!


Assalammualaikum..
maybe agak sedikit terlewat entry nih tapi aku tetap nk buat hahaha..
sangat seronok bila Pasukan Malaysia(Harimau Muda)berjaya mengalahkan Pasukan Indonesia(Sang Garuda)dalam final Bola Sepak Sukan Sea isnin lalu..fuhhh mmg mendebarkan..aku antara jutaan rakyat Malaysia yg menonton siaran langsung perlawanan tersebut di kaca tv..
actually pas menang je pasukan Msia aku mmg nak terus buat entry..tapi laptop lak uat hal..grrrrrrr..trpaksa la post entry nih lewat sedikit..
aku menonton siaran langsung terlewat jugak haha..bila bukak je tv aku tgk Indonesia dah 1 tapi Malaysia 0 lgi..takpelaa sbb masa perlawanan lama lagi kan..dlm minit ke-30 or 36 something Malaysia sumbat gollllll!!!seri dah..aku pun dengan semangat jerit golllll haha.. 
lepas tuh banyak la aksi2 yg hampir menjaringkan gol tapi xde rezeki lgi masa nih..
perlawanan berlanjutan ke masa tambahan..ishhhh ishhh aku yg gabra..bila Indonesia dh masuk kawasan Msia utk mencari gol aku dh tutup mata..dan berharap janganlah gol50x hehehe
masuk pula ke separuh masa ke-2 utk masa tambahan..indonesia makin mengasak dan mengganas..dh terdesak sgt nak menang
Pasukan Malaysia nampak mengambil keputusan untuk bertahan,hampir kesemua pemain Msia berkampung kat kawasan sendiri dan sama2 mempertahankan pintu gol Msia dari dibolosi

Akhirnya,masuk la babak penentuan Sepakan Penalti..yg ni lagi la mendebarkan dan menggabrakan..tentunya Khairul Fahmi Che Mat antara yg perlu diberi pujian sbb berjaya menyelamatkan banyak gol2 yg berbahaya..terutamanya dlm Sepakan Penalti..walaupun dia banyak kontroversi tapi rentetan kecemerlangan nya dlm final sukan sea,maybe ramai akan melupakan segala kontroversi tu semua..akhirnya Badrul bakhtiar menjadi wira apabila sepakan penalti yg sgguh dramatik yg dilakukannya menjadi penentu kpd kemenangan pasukan Malaysia..
dramatik giler kot tendangan badrul nih..suspennn jer hehehe..bola tuh aku ingat dh x masuk kot..aku dh cuak giler kot time nih..terpaku mata aku kt bola tuh walaupun berjaya ditepis sedikit oleh penjaga gol Indonesia tapi bola tuh tetap juga bergolek perlahan masuk ke dlm gol..dan akhirnya GolllllllLLLLL!!!
kAwasan sekitar rumah aku terus kecoh..semua menjerit kegembiraan..x lama pastu terus bunyi mercun berdentum-dentam..meriah giler..budak2 kecik berlari-lari bawak bendera Malaysia kt keliling kwsn perumahan aku..hehe so sweet kan..sgt happy dowh..

So even Indonesia juara keseluruhan Sukan Sea..namun mereka tetap berduka dengan kekalahan mereka..maklumlah bola sepak nih lah yg paling diutamakan oleh semua negara kan.
aku sebenarnya bukan fanatik bola pun..tapi kalau hal2 yg membabitkan pasukan Malaysia,terus fanatik tuh datang..patriotik tak aku?hehehehe...apapun bangga lah dengan Harimau Muda berjaya membaham Sang Garuda syabas dan tahniah!!..proud to be Malaysian ^_^

21 Nov 2011

FiNaL BoLa SepaK SuKaN Sea-MaLaYsia vs IndoneSia



Assalammualaikum,
Malam ini sekali lgi Malaysia akan bertemu dengan Indonesia untuk Final Bola Sepak Sukan Sea..
khabarnya Indonesia ingin membalas dendam kpd Msia dan x ingin kalah untuk kali kedua di tangan pasukan Malaysia..mereka x mahu malu dan kalah ditempat sendiri..Indonesia dikatakan sudah bersedia ingin mengganyang Malaysia..Amboiii sedap sungguh mulut depa nih kan..senang2 hati nak ganyang negara orang..x sedar diri tul diorang nih dah banyak rakyat negara diorang cari rezeki kt Msia nih tpi cakap sombong bagai nak rak..banyak kan isu timbul antaranya rakyat indonesia x respek dgn org2 Malaysia nih..kata serumpun..tapi sentiasa je x puas hati dan sengaja cari pasal..
apa pun cerita pasal malam nih..aku pun suspen jer..x pasti samaada Malaysia boleh pertahankan emas bola sepak sukan sea nih ke tak..
tentangan pasti sengit..dengan kehadiran ramai penyokong fanatik Indonesia yg bakal turun..
aku harap sangat menang..biar padan muka diorang..tersengap kat situ..
hoPe MALAYSIA MENANG...AMiNnnnnnn.......

19 Nov 2011

RevieW FiLeM KLiP 3GP~ReaLiti MasyaRakat HaRi ini~

AssaLammuaLaikum...
Sape yg dh tgk filem KLiP 3GP??Aku pun baru tengok nih..
not bad juga sbb ianya sebuah kisah yg mmg berlaku pada masyarakat kita hari ini..terutamanya di kalangan orang Melayu..filem ini bergenre psycho thriller.
Ada 3 cerita yg sebenarnya pada akhirnya ada sangkut pautnya..cerita yg juga merupakan tagline filem nih iaitu GaNas,Gerun&Ghairah.
ramai pelakon yg membintangi filem nih..mcm Zahiril Adzim,Sabhi sadhi,fikhree bakar dan merupakan filem sulung lakonan Mimie One Nation Emcee..
aku suka bila mimie jadi psiko tuh yg datang nk bunuh Zahiril Adzim tuh..memang menjadi,nmpk mimie mmg dh mental giler time nih dgn rambut mengerbang,pakai gaun merah,siap mekap walau kelaut hehe.. 
filem ini diarah oleh pengarah baru, iaitu Aidilfitri Mohd Yunos,filem ini dikatakan mampu membuka mata dan minda penonton untuk memahami lebih mengenai format video yang sinonim dengan rakyat Malaysia.

Klip 3GP memaparkan kisah-kisah tentang realiti kehidupan sebenar remaja zaman sekarang yang mudah terpedaya.Filem ini juga banyak memaparkan aksi-aksi yang keterlaluan namun masih boleh diterima pakai dan memberikan satu tafsiran baru kepada rakyat Malaysia yang masih tidak tahu mengenai kenapa filem Klip 3GP harus ditonton.

SiNoPsiS KLiP 3GP
Eddie pada usia hanya sekitar 20-an sudah merasa kejayaan urusan perniagaannya di Internet. Dia seorang jejaka yang memiliki segalanya – tampan, menikmati kehidupan mewah dan juga teman wanita sekeliling pinggang. Tanpa diketahui sesiapa, Eddie sebenarnya meraih keuntungan daripada perniagaan yang membeli dan menjual klip-klip pornografi dan sensasi di Internet. Maya Akhtar pula adalah seorang jurnalis yang komited terhadap kerjayanya. Malangnya, dia telah jatuh mangsa kepada ugutan Sunny yang memiliki rakaman video hubungan sulit mereka.


Lebih mengejutkan lagi, perbuatan Sunny ini disokong oleh isterinya sendiri Rita, kerana inilah cara mereka membuat duit, dengan memperdaya wanita untuk tidur dengan Sunny dan memeras ugut mangsa kemudian. Suria, Mina dan Zakiah adalah tiga gadis remaja yang dalam perjalanan untuk mencari hiburan hujung minggu di Kuala Lumpur. Tanpa disangka, malam itu berubah menjadi suatu peristiwa yang menyeramkan apabila mendapati diri mereka diburu oleh satu makhluk yang mengerikan. Sandra adalah seorang gadis sekolah yang menjadi mangsa deraan seksual oleh Jefri.

Lebih dari itu, Sandra satu hari telah diperkosa beramai-ramai oleh satu geng motosikal yang dianggotai Jefri dan abang kandung Sandra sendiri iaitu Burn. Acara perkosaan ini telah dirakamkan oleh geng ini melalui kamera telefon bimbit Jefri. Dalam filem 3GP, kehidupan watak-watak berbeza ini akhirnya bersulaman dan berkait melalui pembocoran klip-klip 3gp mereka kepada masyarakat Internet –dan dunia mereka bertembung dalam satu kemuncak yang dramatik.

P/S-Apsal lagu kisah Dongeng dari Stacy x dpt masuk top 5 separuh akhir muzik2 ek huhuhu..
suke tgk persembahan Saehu,Osbon&Boboi utk Maharaja lawak Mega mggu ke-4 hahaha.. 

17 Nov 2011

New Look oF My BLoG...

Assalammualaikum..
background blog aku dah bertukar heehe..
kalau dulu warna Merah sekarang sudah kehijauan gitu..
Saja tukar sbb dah jemu dan bosan tgk blog sendiri..nak post entry rasa malas berbenor..
so dengan itu pembaharuan dan perubahan prlu dilakukan untuk naikkn semangat kembali hehe..
dah berwajah baru,rasa excited sikit..
nih kali kedua aku tukar background blog aku..
kali pertama pada 10/10/2010 aku tukar ke warna merah..dan kini pada 17/11/2011 aku tukar kpd warna hijau+kuning sikit...hehe..
pening kepala juga nk pilih background coz byk sgt pilihan..
dah pilih background kena tukar warna2 perkataan plak..untuk sesuaikan dgn warna tema background..fenin aku haaha..so akhirnyer inila hasilnya..hehehe..
untuk lagu kt blog plak..aku bru jumpa instrumental song ..mknanya just music xde org nyanyi..
kalau rasa memekak jer lagu tuh korang klik jer butang stop tuh yer...lalala..

~AisHwaRya Rai daPat Baby GiRL ^_^ ~


Salam sume..
haha baru dpt tau Pelakon Bollywood popular/Miss World 1994 iaitu Aishwarya Rai Bachan dah bergelar Ibu sekarang..hot mama gitu..dia dapat baby girl..
aishwarya rai ni menantu Amitab Bachan dan merupakan isteri Abhishek Bachan..baby girl aishwarya ni aku x tau la nama apa lak..yg penting belakang nama die mesti ada bachan hehee...
wow nampaknya baby girl tuh berkongsi bulan lahir yang sama dengan ibunya iaitu bulan November..
mesti comey dan cun macam ibunya bila besar nanti..
amitabh bachan membuat pengumuman dapat cucu pertamanya di Blognya tapi apa adress blog die aku pun x tau hahaha..manakala abhishek bachan membuat pengumuman menerusi twitter nya..
kehamilan Aishwarya Rai menjadi perhatian dunia..namun kelahiran anaknya tidak begitu diperbesarkan kerana di india diorang ni mcm ada adat2 tertentu sikit mengenai kelahiran baby ni..

15 Nov 2011

BiaRLaH LiRik Ini BerBiCaRa~2~


BanGuN SeMuLa-Alif Af8

Tersentak sejenak dentakan jantung

Mendapat khabar kurang senang
Impianku kecundang
Oh entah di mana salah silapnya
Sedangkan semua dah dicuba
Hati asyik memikir
Dunia dah berakhir


Chorus
Begitulah perasaannya
Kecewa dalam usaha
Manis dah hilang nikmatnya
Pahit yang jelas ketara
Tapi bila direnungkan
Makin kaya pengalaman
Memberikan kekuatan
Untuk bangun semula


Kadangkala kita pantas berlari
Mengejar apa di hadapan
Tersandung pula halangan
Biar luka hanyalah sementara
Tinggalkan parut kau dah usaha
Jangan jadi alasan
Berhenti separuh jalan
Ulang Chorus


Saja nak kongsikan lirik lagu diatas..lirik yg bermakna dan memberi semangat kepada semua..lagu die pun best..rancak je..sedap didengar..biasalah edry KRU yg cipta kan mesti bestnyer..lirik pun mantap..

13 Nov 2011

BiaRLaH LiRik Ini BerBiCaRa..

MaSiH AdaKaH??~WaLi BaNd~

Mengapa mengapa oh oh mengapa

Aku harus rasakan ini semua
Di saat yang lain tertawa bahagia
Aku hanya bisa menangis berduka


c/o-Masih adakah, adakah yang bisa
Bisa menerima aku oh apa adanya
Masih adakah, adakah di sana
Bisa menerima aku setulus hatinya


Ku akui aku tidak sempurna
Aku sadari aku orang biasa
Tapi apakah salah bila ku juga
Ingin dan ingin merasakan bahagia


Masih adakah, adakah yang bisa
Bisa menerima aku oh apa adanya
Masih adakah, adakah di sana
Bisa menerima aku setulus hatinya-ulang c/o 4x

11 Nov 2011

Review Bollywood Film-SiNgHaM-

AssaLammualaikum
Sape kat sini suke tgk cite lawan2..action2 gitu..nih adaa satu cite hindi yg bertajuk Singham yg bermaksud Singa..mula2 aku tgk poster cite nih aku dah tau cite polis2 nih..ada lawan2 tuh..penjenayah n polis gitu main kejar2 gitu..so rasa malas nk tgk cite nih pada awalnya..tapi last2 tengok la jugak..mana tau best kan..pastu tgk punye tgk..mmg best gak cite nih..kalau x best x kn aku uat entry pasal cite nih kan..hehe
aku nih mmg liat la sikit nak tgk cite yg ada lawan2 nih..tpi cite nih boleh tahan la sbb die berjaya membuatkan aku terpaku depan laptop dengan background musicnya yg mmg semangat gitu haha..
pendek kata filem nih mmg ada Gaya,stailo gitu..jalan cerita die pun leh tahan..nanti korang baca sinopsis die kt bwh nanti..filem nih meniru filem tamil..yg tajuknya juga sama,tpi pelakon lain laa..aku tau pun sbb tgk kt wikipedia hehhe..Pelakon utamanya ialah Ajay Devgan korang kenal x??ala die nih suami kpd Kajol tuh..
mutu lakonannya x perlu dipertikaikan lah..tapi personally aku suka Ajay Devgan bawa watak jahat..mmg menjadi laa kalau die jadi watak jahat..contohnya macam dlm filem Deewangge lakonan Urmila Matondkar,Akshaye khanna yg berlakon jd peguam dan Ajay yg jadi jahat dlm cite nih..mmg berkesan giler la ajay jd jahat..suspen jer aku tgk cite nih..cite nih dh lama tpi mmg best giler..


Berbalik pada cite Singham nih..heroin die pelakon baru kot sbb aku x kenal hehehe..
aku bagi 3 bintang stgh la utk cite nih dri 5 bintang..
SiNopSis
The film starts with an honest police officer, Rakesh Kadam (Sudhanshu Pandey), who is forced to commit suicide because he was falsely accused of corruption by Jaikant Shikre, a criminal don and politician (Prakash Raj). Kadam's wife (Sonali Kulkarni) swears for revenge.

Now they introduce Inspector Bajirao Singham (Ajay Devgn), who is an honest police officer like Kadam. Singham is stationed in and is in charge of his hometown Shivgarh. He resolves every problem in his town and uses force when the situation demands it. Kavya Bhosle (Kajal Agrawal) comes to Shivgarh with her father Gautam Bhosle or Gotya (Sachin Khedekar) and falls in love with Singham. Everything seems to be smooth-running until Jaikant, who was given a conditional bail for a murder is required to travel to Shivgarh to sign the bail. He insteaad sends one of his allies to get it signed. Singham is angry and demands that Jaikant Shikre should come and sign in person. Jaikant is humiliated by Singham and decides to teach him a lesson by transferring him to Goa, where he rules.


Singham comes to Goa and is given charge of Colva Police Station. The co-workers there, Sub-Inspector Phadnis, Sub-Inspector Abbas and Head Constable Savalkar (Ashok Saraf, only a comedic relief for the film) hate Jaikant as well. DSP. Patkar, Singham's Senior Officer is on pay-roll of Jaikant and Singham has no choice other than losing and getting mentally tortured. Other Minisers like Narvekar, try to take Singham off Jaikant's case in order to save him. Matters become worse when Jaikant wins the election to become a politician. There is a Police Function for officers with their family. Singham goes there and confronts the officers for being on Jaikant's pay-roll. The officers feel bad and help Singham to fight Jaikant, so they start killing Jaikant's allies and reach his home to kill him. He attempts to run away but no police officer is with him. Everyone is supporting Singham and he finally arrests Jaikant, brings him to Police Station and shoots him. Singham then clears Kadam of corruption charges and the film ends with other police officers and Singham saluting Mrs Kadam.

10 Nov 2011

What HaPpen to My BLog!!!????

Assalammualaikum..
nk tanya korang sume..harap ada yg sudi bantu yer...
Bila aku nak view Blog aku nih..tiba2 sidebar hilang lak..yg ada hanya sidebar iklan nuffnang tuh jer..yang bawah pada tuh semua hilang x dpt nak view..tapi yg pelik bila check kt design ade je sume widget dan segala bagai kt sidebar tuh..tapi bila aku try view mmg xde..entah ke mana dia hilang..
n mungkin hanya aku yg x leh view..korang semua boleh nmpk kan??Blog kedua aku yg khas untuk Contest dan Giveaway pun sama tpi nih lgi dasyat sbb hanya nampak header jer..yg lain mcm entry terdahulu dan sidebar mmg x dpt view langsung...tpi bila tengok kt design dan dashboard semua ok..nak view je x boleh huhu..
wah huhuuhu ade sesape x yg pernah alami mcm aku nih?????
ada sesape x tahu cara penyelesaiannya???help!huhuhu
aku dh try tgk kt help blogger,googgle..tpi x paham laa..pening tengok...
 waa apa sudah jadi to my blog???
sesape yg tahu tolong gtau aku yer..tulis kt komen...jgn tulis kt shoutbox sbb mmg aku x dpt tgk semua komen kt shoubox tuh huhuhu..

7 Nov 2011

NovEL 7 HaRi MeNciNtaiKu-Siti RosMizaH.

SiNopSis
Khuzairi, dalam diam mencintai gadis bernama Mia Adriana. Cinta pandang pertama menjadikan dia seorang perindu yang setia. Namun sifat angkuh dan sombong gadis ini menyebabkan Khuzairi tidak pernah walau sebesar hama jua menyimpan impian untuk memilikinya.
Berbagai kata nista dan makian yang di lemparkan pada lelaki ini. Bungkam Khuzairi mendengarnya, namun demi satu amanah Khuzairi terpaksa menelannya, demi satu amanah Khuzairi hanya mampu bersabar.
Amanah? Amanah siapa yang di genggam oleh Khuzairi itu, sehingga dia sanggup mengheret dirinya ke kancah derita?
Mia Adriana bagaikan lupa, hidup ini ibarat putaran roda, satu waktu keangkuhan dan kesombongan itu akan memamah dirinya sendiri. Berdoalah, di kala keinsafan menjelma
nanti, cinta lelaki bernama Khuzairi ini belum terpadam lagi buat dirinya.


itulah dia Novel yg paling latest aku baca,Agak ketinggalan juga aku ni sbb baru baca novel ni skrg hehe..
actually dh lama gak beli..cuma masa utk membacanya terhad,jadi baca pun sikit2..tapi lama2 habiss juga..
best juga novel nih..best seller tuh hehe..
cuma terpikir gak wujud lagi ke lelaki sebaik,sesabar khuzairi nih??ada ke?mcm xde je?
kalau ada konform jadi rebutan hahaha.
mcm imposible jer ada lelaki yg leh sabar mcm khuzairi nih heeee..
however untungnya Mia Adriana tuh kan dpt husband sebaik khuzairi tuh .

5 Nov 2011

SaNgguL BeRacUN MeNaNg BeSaR DLm AnuGeRah SkRiN 2011.


Assalammualaikum..
Sape tengok Anugerah Skrin mlm tadi?
Drama Sanggul Beracun yg dibintangi Erra Fazira dan Namron yg pernah ditayangkn di Astro Citra
menang besar..
Antara Anugerah yg berjaya dirangkul ialah..
Drama Terbaik: Sanggul Beracun
Pengarah Terbaik Drama: Sabri Yunus – Sanggul Beracun
Lakon TV Terbaik: Sabri Yunus – Sanggul Beracun
Videografi Terbaik: - Sanggul Beracun
Walaubagaimanapun Erra dan Namron tewas kpd Umie aida dan Eman Manan utk kategori Pelakon
lelaki/wanita terbaik drama.
Mungkin ramai yg belum tgk cite nih sbb ianya ditgkn kt Astro Citra..x langgan Pakej Mustika x dpt
la nk tgk..
anway bgi aku..mmg jalan cite Sanggul Beracun ni menarik laa..tmbh2 dibintangi pelakon2 hebat spt Erra dan Namron kan..kirenyer mmg layak la dpt drama terbaik..
dasyatlaa Sabri Yunus..first time mengarah terus dpt anugerah pengarah terbaik..mmg terbaekklahh..


SINOPSIS SANGGUL BERACUN
Sanggul Beracun digarap berdasarkan mitos Siti Aminah yang popular di kalangan orang Johor.
“Ini bukan cerita seram atau apa, tapi cerita ini berdasarkan penderitaan Siti Aminah yang ditinggalkan oleh ibunya yang malu untuk mengaku mempunyai anak.
“Siti Aminah dibesarkan oleh bapa yang akhirnya meninggal dunia. Sejak itulah dia hidup sendirian dan menempuh semua cabaran.
“Apabila menjadi cantik, dia tidak takbur cuma dia tidak sabar untuk menamatkan syarat yang ditetapkan
Nak tengok cite ni x?leh la Download kt sini yer
http://www.perekacerita.com/2011/05/sanggul-beracun.html

Selain itu Drama Rantaian terbaik jatuh kpd drama JuvaNa..manakala Rancangan Hiburan Terbaik jatuh kpd Maharaja Lawak Akhir..suke2 mmg patut dram dan program ni menang hehehe..anugerah lain aku x brp ingat..
persembahan artis masa Anugerah Skrin tuh..x brp best la..membosankan,hampeh ntah pape jer..
gandingan Rozita ngan Ally bolehlaa tahan..seronok gak tgk Ally buat kelakar tuh hehe..

p/s-asyik tukar chanel smlm,skjp tgk Anugerah Skrin kt tv3,skjp tgk Maharaja lawak Mega kt Astro Warna..  

3 Nov 2011

koRanG Suke TenGok DraMa KoRea kah??

AssaLammualaikum...
ikutkan aku bukannya fanatik sgt drama2 korea nih..
sehingga saat ini cite Winter Sonata tuh pun aku x pernah tgk pun hehehe..
First cite yg aku tgk ialah cite AutuMn In My HeaRt..tu pun pinjam vcd original cite tuh
dari memberku linda hehe..die mmg suke sgt cite nih..aku pinjam CD die sikit demi sikit..
mklumlah byk episod kan..tapi bagi aku cite die boleh la tahan..xdela best sgt..
kemudian aku tgk cite Full House kt 8tv..pun sama gak..boleh tahan la..cuma lagu2 dlm cite nih mmg best laa..
pastu dh lama tu,dgn x sengajanya aku tertengok cite My GiRL kt YouTube tu pun sbb senior kolej
aku yg bukak dulu..tgk punya tgk terus sukeeeee..pastu dh lamaa tu terus aku beli DVD My Girl nih..
puas hati den..tgk puas2..kt youtube x brp clear..lepas dri cite My Girl nih aku dh x tgk mana2 cite Korea...
Sampai la aku guna streamyx baru la aku berjinak-jinak kembali tgk drama korea nih..
first aku tgk ialah cite Princess Hours..kemudian cite My GirlFriend is a Gumiho..mmg terbaek cite nih.

Kemudian try tgk cite Boys Over Flowers(2009) kt maadu.com sbb ramai yg ckp cite tuh best..so aku pn try la usha2 cite nih..nk tgk apa sgt yg best tuh..tgk punye tgk..haha mmg best cite nih..F4 tuh heee i likee..lawak mmg lawak..sedih pun ada..

hahaha x leh lupa ngan karakter dlm drama ni iaitu Geum JaN Di & Gu Sun Pyo yg dilakonkan oleh Lee Min Ho nih ..ego giler..n sgt nakal terutama time die buli orang tuh..sampai die jumpa Jan Di nih baru lah die berubah hehehe..baru buku bertemu ruas..heeeee..
kelakar sgt time diorang bergadu tuh..
ada gak part sedih terutama setiap kali diorang terpaksa berpisah tuh..
time Gu Sun Pyo hilang ingatan tu pun sedih..kesian kt Jan Di sbb dirinya dh x diingati..
suke gak tgk ahli F4 yg lain sweet..diorang ni la sering bantu dan beri sokongan kt Geum Jan di nih setiap
kali dia ada masalah ngan Gu Sun Pyo nih..
pendek kata best la cite nih..sape suke cite nih???angkat tangan cepat!!!
so bila dh hbis tgk cite nih sbyk 25 episod..rasa x puas lak coz rasa nk tgk lgi lee min ho berlakon hahahaha..
maka aku search la drama lakonan die yg seterusnya..so jumpalah drama yg die berlakon lepas cite Boys Over Flower nih iaitu Personal Taste(2010)
Cite nih sebanyak 16 episod..karakter Lee MinHo nih pun dah berubah la..rambut dh x kerinting..n perangai pun lebih matang dlm cite nih maklumlah die jadi seorang Arkitek yg berbakat besar..
dlm cite nih die kena bersaing untuk dapatkan projek besar untuk syarikatnya..maka untuk sediakan pelan yg terbaik die kena pindah dan menyewa di sebuah rumah yg cantik kepunyaan seorang perempuan..Disebabkan salah faham perempuan nih menyangka lee min ho nih seorang gay dan menerima dia menjadi housematenya..so mcm2 perkara lucu yg berlaku..sehinggalah perempuan tuh jatuh cinta kt lee min ho nih..
hahha best jugak cite nih..
seterusnya lee min ho ada berlakon dlm cite City Hunter (2011)tapi aku x berkesempatan nk tgk lgi..

Now tgh gigih utk menghabiskan tgk cite Scent Of Woman..baru habis tgk episod 9 dari 16 episod..cite nih heronyer adalah Lee Dong Wook alaa die la yg berlakon sbg hero dlm cite My Girl tuh..hehe..best gak..siap ada tarian tanggo lagi hehe..
P/S-Fanatikkah aku??haha xdelah..saje tgk sbb ada mAsa terluang kan..

2 Nov 2011

BuBuN..Kau PeRgi Jua............

Assalammualaikum..

Ini adalah entry sedih bagi aku huhuhuhu..sob..sob..sob
Aku sekarang tengah dengar laGu OmBak Rindu..nyanyian Adira & Hafiz sambil tengok gambar Kucing Kesayanganku iaitu BuBuN..Sebaknyer……………………………..
Actually Bubun sudah tiada….
Tanggal 29 Oktober 2011 Bubun telah pergi selamanya..tinggallah Lolen seorang diri..
Rasanya kalau aku x silap sudah 8 tahun aku memeliharanya..
Aku melihat dan menjaganya sejak dia dilahirkan lagi sehinggalah dia membesar..
Setiap saat,masa dan ketika,waktu pahit dan manis dia sentiasa disisi..
Ketika aku marah,geram,sedih mahupun gembira,dia sentiasa didepan mata..
Tempat kegemaran bubun adalah ditepi laptop aku..
Dia sentiasa suka lepak dan tidur ditepi laptop aku…
Maka aku rindu kehadirannya…


Antara makanan kegemarannya adalah Snek ikan Dahfa..pantang betul kalau dia nmpk..
Mesti dia terkamnyer..
Sape yg pernah memelihara kucing dan kehilangannya pastinya memahami perasaan aku sekarang ini..tambah2 selama 8 tahun..bukan satu jangka masa yg pendek..
Mcm2 terjadi dlm tempoh 8 tahun namun bubun tetap setia disisi..
Namun kini dia sudah tiada..
Aku rasa aku seorang yg kuat,tabah…
Aku mmg bukan jenis yg cpt mengalirkan air mata atas sesuatu hal..mungkin juga aku seorang yg keras hati..
Namun ketika aku melihat gambar2 Bubun yg ada dlm laptop aku..
Aku sebak..aku cuba tahan namun air mata tetap mengalir walau cuba aku hentikan
Namun gagal..lantas ku biarkan saja ia mengalir………


Masih ada parut bekas cakaran bubun pada tangan aku..aku terlalu mengusik bubun dgn membuat bunyi pelik2 mcm tgh berlatih bubbling dan dia terus takut..dan tiba2 aku pula memegang dia..apa lgi sbb dia takut trus tangan aku la yg kena cakar..hehe..huhuhu..semua tuh dah jadi kenangan…
Bubun Sakit..dia tiba2 x lalu makan..hanya minum air jer..dh bawa gi klinik..namun x berkesan…dia makin lemah..jalan pun x larat..Bubun selalu bawak diri..dia dah x tunjuk diri dia sangat kat aku..dia tidur tempat2 tersorok..kadang2 je dia kuar minum air..
Namun malam terakhir…..
dia tiba2 kuar dan datang kat depan.aku sebelum tiba2 duduk seperti dulu2 di tepi laptop aku dengan tangannya berada atas laptop..dia nampak lemah sangat..aku terkejut juga dgn tindakannya..x sangka dia akan datang dan duduk di tepi laptop seperti waktu dulu2
aku memandangnya..tiba2 aku jadi sebak melihatnya..terus aku menangis didepannya (aku dah sebak sekarang nih ketika menaip entry nih huhu)
Namun x lama dia berada di tepi laptop..dalam 3 hingga 4 minit jer..pastu terus dia bawak diri ke dapur..itulah kali terakhir aku melihatnya..selepas tu aku dah x melihatnya…dia datang kedepan aku buat kali terakhirnya..huhuhuh


Aku merasakan kemungkinan yg dia mungkin x dpt bertahan lama..dan aku rasa aku dapat menerima kenyataan itu..aku rasa aku tabah..
Namun petang keesokannya..bila emak aku mencari bubun dan mendapati Bubun sudah tiada..dia beritahu aku..
Dan aku menabahkan hati menerima kenyataan..namun rasa sebak tetap hadir..dan akhirnya perasaan sedih x dpt ditahan lagi..air mata terus mengalir x nak henti..x dpt nak disorok lagi rasa sebak dan air mata tuh..lalu aku menangis dgn kuatnya..dh lama x menangis mcm tuh..huhuhu bubun dah tiada lagi didunia ini…
Mmglaa ramai akan kata Patah tumbuh hilang berganti…cari je kucing baru…namun mana nak sama dgn bubun ku seorang..8 tahun beb!!!byk kenangan..aku ada waktu dia baru dilahirkan..oleh ibunya yg brnama Tampung tuh..huhuuhu…
Kini hanya lolen yg tggl..kesian tgk die…mcm mncari-cari bubun je lagaknya..dia sentiasa buat bising..dulu dia sering bersama-sama ngan bubun..kat mana ada bubun kat situlah ada dia…


Terpikir jugak nak cari kucing baru utk lolen buat kawan..
Namun bukan senang nak cari…
Nak kena carik kucing yg kecik sikit..kalau besar sgt nanti lolen pukul..bergaduh besar lak nti..
Tahula cmne keadaannya kalau kucing bergaduh..aku pun x berani nak dekat mahupun masuk campur huhuhu..
Nak suruh aku beli kucing??x mampu aku..mahal2 sume..
Kucing2 terbiar banyak..
Pilih mana yg berkenan dihati…
Namunnn………………………………….
Mana nak sama ngan bubun…
I luv u bubun very2 much………………………….


Bubun……………………….
Sedih nyer…………………………….
Bubun………………………………………………………..huhuhu……
Bubun..kau tetap dihati sampai bila2................