-->

25 Apr 2012

Johan, Zizan Diserang Demam Teruk dlm SuPer SpoNtaN..


Kejayaan akan berpihak kepada orang yang betul-betul berusaha tanpa mengenal ertis putus asa.
Inilah pemahaman Murai Batu selepas mendengar ucapan Johan tatkala dia dinobatkan sebagai artis komedi lelaki popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-25.
Sungguhpun ramai melihat Johan sering saja menghiasi kaca TV, radio dan majalah serta akhbar, mungkin ramai tidak tahu kesulitan sebenar yang dialami Johan bersama isterinya Ozlyn yang juga bergelar pelakon.

Hakikatnya, ketika Johan menyertai Super Spontan pada minggu yang ketiga, dia telah diserang demam selesema yang teruk. Bagaimanapun, Murai Batu diberitahu, Johan tetap memberikan persembahan mantap pada minggu berkenaan.
Malah, dia sempat hadir ke sesi raptai walaupun disaat itu badannya sangat lemah.

Menurut sumber Murai Batu, Johan jenis orang yang tidak ingkar pada janji.
Katanya, Johan tetap akan berikan komitmen lebih seratus peratus walaupun dia sedang sakit.
Jadi, tidak hairanlah Murai Batu merasakan Johan memang layak merangkul gelaran berkenaan.
Walaupun Murai Batu mendapat tahu demam Johan masih belum kebah pada minggu ke empat Super Spontan, beliau tetap hadir dan bekerja seperti tidak sakit.
Selain daripada Johan, kawan baik Johan iaitu Zizan Razak turut mengalami demam yang teruk pada minggu ke empat Super Spontan.
Dengarnya, Zizan terpaksa diberikan ubat tahan demam sejam sebelum Super Spontan bersiaran pada minggu lalu.

Walaupun penyandang pengacara TV lelaki popular itu demam, aksi Zizan pada minggu itu sangat mengagumkan dan mereka berdua tetap menampilkan persembahan spontan yang luar biasa.
Apapun, Murai Batu nasihatkan agar Johan dan Zizan atau lebih senang dengan panggilan Jozan perlu menjaga kesihatan.
Peminat lebih memerlukan diri anda yang sihat.
Untuk pihak yang menawarkan Jozan kerja pula, janganlah sewenang-wenangnya menggunakan mereka walaupun tahu mereka alami sakit teruk.
Murai Batu sebenarnya ngeri apabila teringat insiden yang berlaku terhadap arwah pelakon Faizal Yusof yang meninggal akibat terlalu banyak kerja.



SUMBER-MURAI.COM.MY

~wahh bila tengok SuPer Spontan minggu sudah mmg x nampak JoZan ni demam..nmpk mcm sihat je kan..pandai tul diorang sorokkan sakit diorang..Minggu ke-3 mmg dh tau Zizan x sihat x sangka masa tuh pun Johan x sihat juga..haha diorang nih mmg serasi tul dah mcm kembar lak..sorang sakit sorang lagi pun akan merasa juga last2 dua-dua pun demam..hehehe.ni semua mesti sebab banyak kerja la nih..kerja x henti..maklumlah dua2 tgh laku n jadual diorang mmg penuh sampai akhir tahun..
cayalah ngan diorang ni sakit2 pun..komitmen tetap tinggi..tetap bermain games dgn semangat sekali..pendek kata jozan mmg serasi...~

p/s-korang rasa blog aku je ke yg suke cite pasal JozaN nih haha??ada juga blog lain tau yg lagi best bila cite pasal JoZAn Nih x caya ker meh terjah sini-> http://wwwdyawanavochelle.blogspot.com/
ha cmne dh tengok ker?semua cite pasal Jozan je kan sweeetttt....

10 ulasan:

  1. laaa..kesian la pula ye..harap2 meke cepat sembuh la ye..

    BalasPadam
  2. hebatlah miss banu ni..mesti hari2 terjah page jozan kan..

    BalasPadam
  3. blog miss banu x sah kalo xde citer psl mereka berdua ni...hihi..peminat yg setia betol...

    BalasPadam
  4. Nyue-saya pon suke jozannnnn

    sweety-harap2 caMtu laaa kan..

    cik nur-hehehe dh suke gitulah caranyer hehe

    BalasPadam
  5. nik ira kes berjangkit ni..sempat kawan rapat kot.hehe

    BalasPadam
  6. memang sehati sejiwa la diorang ni. juga artis yg berdisiplin. :)

    BalasPadam
  7. komited betul. tapi tulah kesihatan ni kene jage. bile sakit teruk, lgsung tak boleh buat pape kan haru.

    BalasPadam
  8. cik banu,thanx taw promote blog dya..dya pown ade wat entry jozan demam ney^^

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017