-->

31 Mei 2012

MakNa PeRsaHaBataN DaLaM 3 IDIOTS

Assalammualaikum..
semalam sempat layan cite Bollywood kat tv2..ada cite 3 IDIOTS Lakonan Amir Khan tuh..actually dh beberapa kali dh tengok cerita ni..tapi setiap kali tengok cerita ni mesti touching sangat..huhuhu...bagaimana cerita ni mengupas makna persahabatan tuh sendiri..so sweet..susah senang bersama..mmg touching la cerita nih..setiap dari kita pasti mengharapkan mempnyai kawan sebaik dan sebagus Amir Khan tuh kan..bagaimana die menyedarkan kawan2 nya tentang impian mereka masing2 serta memberi semangat untuk berjaya..part kelakar pun banyak..

Aku suka part masa diorang amik result exam tuh..diorang ada cakap "Bila kawan kita dapat markah lebih rendah dari kita..kita akan rasa sedih untuknya..tapi Bila kawan kita dapat markah lebih tinggi dari kita..kita akan rasa jauh lebih sedih"haha...terbaiklah...All iz Well ^_^
n masa kawan die koma selepas terjun dari bangunan tuh..mcm2 benda yg Amir Khan buat untuk bagi kawan die sedar dari koma tuh kan..so Sweet...touching kot masa nih..x lupa juga scene masa Amir Khan tolong bawa ayah kawan die yg sakit naik skuter kareena sebab Ambulans lambat sgt datang..OMG mmg terbaik...pendek kata aku suke cite nih..

Read More »

"Segmen : Up followers blog dan twitter"


Assalammualaikum...
Hari ni saya nak join segmen plak...
Due date-6 JuN 2012
So Jom Join Ramai2...
Jumlah Follower Blog:mulan-sahbanu.blogspot.com->(1077 FoLLowers)
TwitteR: https://twitter.com/#!/Miss_SyahBaNu (73 Followers)

tag:
Mangsa Bertuah =)


Read More »

30 Mei 2012

JaWaPaN & Peserta Teka-Teki =)

Assalammualaikum...
baiklah tibalah masanya untuk mengumumkan jawapan kepada teka teki yg saya bagi pada korang untuk dijawab..Ada 8 blogger yg berani sahut cabaran menjawab teka teki berkenaan..terima kasih kerana sudi menjawab yer..mari kita tengok jawapannya...

TeKA-TEki

1- Bila kau nak guna, kau baling. Bila dah tak guna kau tarik?
    JawaPan- SauH
2-Kenapa superman pakai baju ada huruf 'S'?
   JawaPan-Kerana kalau pakai 'M' atau 'XL' nanti longgar.
3-Binatang apa yang sertai olimpik?
   JawaPan- Kijang (lompat kijang)
4- Di mana terdapatnya mentega paling bernilai?
    JawaPan-Butterworth.
5-Seni mempertahankan diri yang paling manis?
   JawaPan-Silat pulut.
6-Banyak-banyak kampung, kampung apa yang paling banyak hantu di Malaysia?
   JawaPan-Kampung Pisang. Banyak zombie.
7- Banyak-banyak kawasan, kawasan paling banyak air?
    JawaPan-Airport

Okey Ini pula Senarai Peserta yg menjawab Teka-Teki diatas....jom terjah blog diorang k..
1- http://kekapasberceloteh.blogspot.com
2- http://joel-leslie.blogspot.com/
3- http://mymatatajam.blogspot.com/
4- http://mamaqhayra.blogspot.com/
5- http://winkwinkwinky.blogspot.com/
6- http://wwwdyamembebel.blogspot.com/
7- http://wardahilmu.blogspot.com/
8- http://cintaitumisteri.blogspot.com/

Jadi setelah diamati..jawapan para peserta kat atas nih..2 blogger telah menjawab dengan betul kesemua teka teki itu..orangnya adalah Nur Dhia (http://wwwdyamembebel.blogspot.com/) dan Akak Dieyna (http://wardahilmu.blogspot.com/) jadi seperti yg diberitahu mmg tiada hadiah pun tapi 2 blog ini iaitu blog Dhia dan blog akak Dieyna akan dipromosikan dalam entry khas yg saya buat untuk mereka hehehe..so stay tune k..tahniah..kepada yg lain terima kasih yer sudi menjawab teka teki ni..yg x jawab pun terima kasih juga sbb meninggalkan komen2 anda di blog ini..jadilah tuh sebab sudi gak komen kan..thank you yer ^_^
Read More »

29 Mei 2012

Kisah Menyayat Hati Seorang Pelakon Ahmad Nisfu


Assalammualaikum..
Mari kita membaca kisah hidup Ahmad Nisfu ni yg diambil dari satu artikel di internet...
Sy sempat menonton rancangan Tiga Abdul yang disiarkan menerusi TV2. Siapa tidak kenal gelagat mereka antaranya Tan Sri P Ramlee. Namun apa yang ingin dikongsikan di sini adalah pelakon Ahmad Nisfu. Siapa yang tidak kenal dengan beliau merupakan seorang pelakon dan pelawak yang berbakat. Banyak sahaja tagline yang digunapakai sehingga hari ini..
Dalam kita mengenang ramai artis-artis veteran terutamanya, mungkin tak semua yang tahu. Dalam kita mengangkat dan mengagungkan yang sudah pun berada dipuncak,namun kita terlupa dengan sekian insan-insan seni yang dahulunya membuat kita ketawa terbahak-bahak tapi masa memamah nama insan seni ini dan terus tenggelam ditelan oleh arus berzaman.
Mengikut arwah Norizan bekas isteri kepada P. Ramlee (dalam satu rancangan tv), Ahmad Nisfu merupakan antara teman rapat kepada P.Ramlee. Buktinya cukup nyata apabila sewaktu kemeriahan studio Jalan Ampas dahulu, setiap filem arahan P.Ramlee, Ahmad Nisfu boleh dikatakan kerap terlibat sama dan memegang watak agak besar. Gelaran Paq Besaq (Pak Besar) juga telah diberikan kepada Ahmad Nisfu oleh P. Ramlee kerana lubang hidung Ahmad Nisfu yang besar.

Pelakon yang berasal dari Tanjong Takong, Pulau Pinang ini pada awalnya ialah seorang pelakon bangsawan dan telah dilamar oleh Shaw Brothers untuk terlibat sama dalam produksi sebagai pelakon filem. Di sini bermulalah kerjaya Ahmad Nisfu sebagai pelakon filem. Walaupun memegang watak-watak yang kecil, Ahmad Nisfu dikatakan adalah seorang yang sentiasa bersyukur walaupun upah yang diterimanya adalah terlalu kecil. Hakikatnya, wang saku yang diperoleh digunakan untuk menyara dirinya sahaja kerana Ahmad Nisfu adalah seorang yang sebatang kara, tiada saudara mara, keluarga dan juga isteri.
Aktiviti sosial Ahmad Nisfu ini hanyalah dengan beramal di masjid di kawasan beliau tinggal dan juga di sekitar studio Jalan Ampas. Ahmad Nisfu dikhabarkan seorang yang pandai mengaji Al-Quran. Beliau juga merupakan seorang bilal di masjid di tempat beliau menetap dahulu.

Hinggalah penutupan studio Jalan Ampas, Ahmad Nisfu telah menghambakan dirinya dalam dunia lakonan. Selepas penutupan studio Jalan Ampas, Ahmad Nisfu telah hilang punca pencarian hidup. Filem Puaka dikatakan filem terakhir lakonan beliau.
                         Di sinilah Ahmad Nisfu tinggal semasa hayatnya di Kubu Jepun (pillbox)
Disebabkan tiada punca rezeki, Ahmad Nisfu hidup dengan bantuan ehsan dari orang ramai. Kerana tiada punca rezeki, Ahmad Nisfu hanyalah menetap di Kubu Jepun (pillbox) di Jalan Labu. Di situlah juga tempat Ahmad Nisfu telah menghembuskan nafas terakhirnya di dalam keadaan yang sungguh daif tanpa saudara mara, ahli keluarga dan isteri. Hanyalah teman rapat.- Balbo
Berikut pula, sedutan dari artikel yang dikongsi oleh penulis yang lain.

Setelah tidak bermain wayang lagi, Ahmad Nisfu sering berada dikedai kopi dipersimpangan Joo Chiat, Geylang Road dan Changi Road. Kedai kopi itu juga dulunya tempat ‘extras’ Shaw dan Cathay berkumpul. Sering juga mereka diambil sebagai ‘pak pacak’ dengan gaji $5.00 ringgit sehari!
Selain meluangkan masa disitu, dia sering keseberang jalan untuk menikmati ‘sop kambing’ kegemarannya. Kedai mamak sop itu terletak dilorong masuk ke restoran Osman Ghani yang terkenal di Geylang Serai dengan ‘kari ikan’ dan ‘dalca rusuk kambing’nya.
Ahmad Nisfu juga pernah menjadi imam di Masjid Onan Road (sudah tiada lagi – tapaknya diambil oleh Muslim Convert Association). Pernah satu kali, kami anak anak nakal, waktu sembahyang berimamkan Ahmad Nisfu, sedang dalam rukun, kami menyanyi perlahan lahan sesama sendiri “ura Cendana! Pura Cendana!” sambil menggigil gigil menahan ketawa. Habis sembahyang, tak sempat cium tangannya, kami diperambat hingga keluar masjid! “Korang usik aku ya!!! setan!!!”Itulah pengalaman nakal saya bersama ‘Raja Alam Syahbana, raja negeri Pura Cendana’.

Mungkin kerana keuzuran dia tidak lama menjadi imam disitu. Saperti sudah berputus asa, dia hidup berteduh dikubu Jepon diJalan Labu tidak jauh dari Masjid Aminah diJalan Nanas off Geylang Serai. Lama juga dia tinggal bersendirian disitu dibawah ikhsan orang kampung sekeliling. Tidak lama kemudian dia meninggal, setelah beberapa lama hidup sebatang kara dalam penuh kedaifan.
Melayukini.net - Rasa sedih pula apabila mengenangkan nasib allahyarham Ahmad Nisfu yang pengakhiran hidupnya amat menyayat hati. Seorang pelakon dan pelawak berbakat hidup dalam kedaifan. Admin percaya, rata-rata semua baru tahu mengenai riwayat hidupnya. Apa yang menyedihkan lagi, beliau dahulunya adalah hidup sebatang kara. Apa-apapun, marilah kita sama-sama mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah ~
~SUMBER~

Huhuhu sedih kan Kisah hidup Ahmad Nisfu..rasa sebak pula..nak menangis pn ada...ternyata pelakon2 zaman dulu x mcam sekarang..penuh liku..Selain Ahmad Nisfu, P.Ramlee sendiri juga mempunyai kisahnya yg sedih ketika di hujung2 usianya...Mereka amat berbakat..kita sering terhibur bila menonton mereka di tv tapi x sangka pengakhiran kerjaya mereka ckup sadis dan sedih..Al-Fatihah...moga roh mereka dicucuri rahmat....-
Read More »

28 Mei 2012

JoM JaWaB TeKa TeKi iNi..

Assalammualaikum...
Saja nak bagi teka teki..tapi xde hadiah laaa...
teka-teki die simple jer n agak merapu juga haha..dan mungkin korang2 dh pernah dengar dh pun hehe...sape yg jawab semuanya betul or yg paling byk betulnya saya akan promosikan blog die dgn uat entry khas untuk die k...tapi tu pun kalau ada yg nak jawab la kan...

TeKA-TEki
1- Bila kau nak guna, kau baling. Bila dah tak guna kau tarik?

2-Kenapa superman pakai baju ada huruf 'S'?

3-Binatang apa yang sertai olimpik?

4- Di mana terdapatnya mentega paling bernilai?

5-Seni mempertahankan diri yang paling manis?

6-Banyak-banyak kampung, kampung apa yang paling banyak hantu di Malaysia?

7- Banyak-banyak kawasan, kawasan paling banyak air?

Sila jawab teka-teki diatas...
tarikh tutup:bila2 masa jer...sila jawb solan diatas di ruangan komen entry ni k.. =) terima kasih pada yg sudi join ^_^

Read More »

AiShWaRya Rai yg DuLuNya JeLita KiNi CoMeL ^_^

Assalammualaikum....
Rasanya satu dunia tahu yg Aishawarya Rai ni memang cantik orgnya..kalau x cantik x menanglah Miss WoRLd tuh kan..n rasanya satu dunia tahu yg Aishwarya Rai baru sahaja melahirkan anaknya yg pertama..dan biasalah perempuan baru lepas bersalin mmg la bentuk badannya x serupa asal lagi kan..ianya perlukan masa untuk kembali ke normal..namun satu dunia dh kecoh bila melihat berat badan AisH ni naik dgn mendadak..Aishwarya sekarang dh jadi Chubby/tembam/berisi x slim mcm dulu2..banyak komen negatif dari peminatnya dan juga para wartawan yg mahukan Aish cepat2 menurunkan berat badannya..dengan melakukan diet yg ketat...Aku suka ngan Aish ni dari dulu lagi..aku suka tengok die berlakon dengan Shah Rukh Khan dalam filem Mohabbatein dan Devdas..sangat sepadan dgn SRK hehe..berbalik pada isu berat badan Aish yg hangat diperkatakan ramai,Aishwarya Rai sedar dengan komen2 negatif yg diterimanya namun dia tidak mempedulikan segala kritikan sebaliknya menumpukan perhatiannya untuk membesarkan anaknya yg masih kecil..

Aku suka dgn sikap Aishwarya Rai ni dia tahu apa yg dia mahu..n die x cepat melatah..die releks jer cool n slumber...walaupun die dh berisi tapi die tidak mahu terlalu cepat menurunkan berat badannya melalui diet yg ketat..die dgn slumber je datang ke majlis Anugerah walaupun tahu die akan dikritik pasal berat badannya tapi dia x malu langsung sangat releks..terbaiklah..kalau sesetengah selebriti tuh..selagi x kurus selagi tuh la x keluar rumah hehehe..Aish mmg sentiasa ikut suka hati die..haha n die x heran apa org cakap pasal die..baginya anaknya adalah keutamaannya kini.. terbaiklah ^_^
Aishwarya Rai DuLu2
___________________________________________
                                                      AishwaRya Rai KiNi

P/s-Aish dh berisi pun tetap comel n sweet...hehehe...
wokey...korang2 semua jom join teka teki saya...baru 4 org join..n jawapan diorang semuanya terbaik..jangan lupa join k..senang je bantai je jawapnnya...k..sape join teka teki ni mmg akan jdi blogger yg i sayang laa..muahahaha
nak join teka teki tu klik sini k->
http://mulan-sahbanu.blogspot.com/2012/05/jom-jawab-teka-teki-ini.html
Read More »

26 Mei 2012

Review SuPer SpoNtaN Minggu ke-9 yg SusPen ^_^

Assalammualaikum..HoLaaa..
wah minggu depan dh finalx sangka..kejap jer kan dh nak final...
Minggu ke-9 ni menyaksikan Bell terpaksa meninggalkan Super Spontan..bagi aku rasanya yg patut meninggalkan SS mggu nih adalah Ropie bukan Bell..x pasal2 sampai ke Final plak si Ropie tuh..adoii x kelakar pun..xpe2 kita teruskan dgn review kita wokey..
Permainan dimulakan dengan Game Ayat Penyata..aku suka game ni hehe semua peserta kena buat statement jer..nampaknya semua bersungguh-sungguh main game ni..antara yg kelakar masa ni adalah Tauke..dh elok dh die cakap ayat penyata siap buat gaya lagi tiba2 leh pi tanya soalan plak haha apa lagi pastu terus die kena bantai dgn si Zizan siap zizan tarik rambut palsu die wakakaka..slumber giler je diorang ni kan haha..Seterusnya diorang main Game Sketsa Berabjad terBaLik,Mak aiii game ni mmg susah..aku sendiri pun pening bila nak ingat abjad secara terbalik kan..tapi kump AG yg diwakili Suhaimi,Nana dan Tauke berjaya buat yg terbaik..diorang pandai main dengan lancar sekali..terbaiklah...

Kumpulan BC pulak mmg agak huru hara masa ni JoHan nampak okey masa main game ni cuma Rahim dan Ropie jer yg bermasalah main game ni..aku rasa si Rahim dh tulis dh semua abjad kat tangan die..manakala si Ropie paling teruk sekali..tergagap-gagap..Game ketiga yg diorang main adalah Ciptaan..Kumpulan AG diwakili Zizan dan Suhaimi manakala Kump BC diwakili oleh JoHaN dan RaHim..keempat-empat peserta berada atas pentas dan main game ni secara berselang seli..
Ternyata Kumpulan BC mmg byk idea dan kreatif..berbanding kump AG yg agak kurang idea maybe sbb barang yg diorang dpt tu susah kan..diorang dapat barang yg namanya aku x tau nk sebut alaa yg mcm tempat penyidai tuh..hahaha..Paling mengejutkan bila Suhaimi secara x sengajanya telah terbaling tempat penyidai tuh tepat ke pipi Zizan..fuyooo terkejut den kat umah..sakit tu..kuat giler die baling..kebetulan pula masa tuh kamera mmg tgh fokus kat Zizan jadi mmg nampak jelas bila penyidai tuh hinggap ke pipi Zizan dengan kuatnya sampai die akhirnya terjatuh..kemudian bangun dan berlalu dengan pantasnya ke belakang...adoiii kesian zizan masa nih..semua masa ni terkejut dengan adegan ini..Waktu ni Suhaimi dh rasa bersalah dan dia dtg kat zizan dan ckp sorry sambil peluk2 semua hehe..

Ketika Zizan kena baling tuh..Johan x nampak..bila Zizan dah terbaring kat atas lantai n Suhaimi meluru kat Zizan baru la JoHan terpandang n kemudian dia datang dekat sikit ngan Zizan dan tengok keadaan Zizan..tapi masa ni JoHan nmpk biasa je..mungkin sebab die x nmpk kot apa yg terjadi..kemudian tibalah giliran Afdlin dan Harun mengulas game tadi dan Afdlin sendiri cakap yg die pun tergamam tengok adegan Zizan kena baling dgn penyidai tuh..n masa Afdlin dok mengulas tuh mmg nampak kat pentas tuh xde sorang peserta pun ada disitu..semuanya ada di belakang pentas..maybe diorang semua ke belakang pentas tengok keadaan Zizan kot..x lama kemudian Zizan pun kuar dari belakang pentas..nasib die okey xde apa2 haha tapi masa die kuar tuh die ada bawak sekali kayu besbol die muahaha..kesian x pasal2 sakit kat pipi,dah la siaran langsung lak tuh haha...kemudian diorang main Game Baru iaitu Game Alih Suara atau Dubbing..Kump AG diwakili Tauke,Suhaimi dan Zizan diorang kena alih suara untuk filem Hantu Kak Limah Balik Rumah..best juga..lawak2...Zizan siap nyanyi lagu Terukir di Bintang lagi haha..Manakala KumpuLan BC alih suara untuk filem Ombak Rindu..Ternyata Kump AG lebih menyerlah utk Game ini..
Game terakhir yg diorang main adalah Game Jamuan Teh Cik Kiah dan Cik EtoN..Kump BC Start dulu n Johan dapat watak Ramli Sarip jual MLM manakala Ropie dapat watak Harry Potter jadi Duta melawat Perak dan si Rahim kena teka watak2 yg dibwa oleh mereka...Mcam Biasa Johan xde masalah nak bawak watak Ramli Sarip tuh..cuma Ropie yg bermasalah sekarang..die x dpt bawa watak Harry Potter..x bercakap langsung..masa ni mmg nampak dh si JoHan mcm dh benggang dh ngan si Ropie siap cakap "kau ni x membantu langsung"Johan dh naik angin ahahaha...si Ropie masih mcm tuh...adoiii..mmg teruk la si Ropie kena marah ngan si Johan haha biasalah Johan ni mmg kasar sikit..berbanding Zizan yg manja..sebab tuh diorang serasi ^_^ ..ternyata si Rahim x dpt naK meneka watak yg si Ropie ni bawa..apapun bila BC dh selesai main game ni ternyata JohaN dh okey dh siap senyum dan salam ngan Ropie semua..apa pun mmg Ropie x best..kalau Bell tempat Ropie mesti die boleh bawak watak Harry Potter tuh kan..yela Bell tuh kan pelakon..sejak kecil die dh berlakon jadi mestilah die boleh bawak watak tuh kan..cuma ada game2 yg mmg Bell x brp terror main..patutnya biar Ropie pun terkeluar sama..ni dpt ke final lak tuh,tpi takpe dh mmg rezeki die masuk final kan..
Kumpulan AG pula diwakili oleh Zizan,Tauke dan NaNa..Zizan dpt watak jadi Iron Man yg kena kencing manis manakala Tauke jadi Anita Sarawak yg jadi juri pertandingan kucing hahaha...ternyata kump AG lebih menyerlah untuk game yg terakhir ni..Aku ingatkan Kump BC akan kalah lagi..tapi salah sangkaan aku..kali ni kump BC menang...dan AG terpaksa singkirkan seorang pemain..ingatkan diorang akan umum mggu depan..tapi x diorang umum masa dekat2 nak last tu sape yg tersingkir..NaNa yg tersingkir..maknanya xde wakil wanita di final nanti..Jadi yg masuk FinaL Super Spontan adalah JoHaN,Zizan,Tauke,Suhaimi,Rahim dan Ropie...JuaRA SuPER sPONtan akan mendapat RM100,000 beserta dengan sebuah kereta...lumayan juga kan hadiahnyer..jadi ketika ini semua orang mula membuat ramalan siapa yg bakal jadi juara SS..kebanyakannya menyebut nama JOZAN...
Aku sendiri x tau nak pilih yg mana JoHaN kE ZiZaN...dua2 pun best...ni yg payah ni bila bertanding sesama sendiri sebab peminat pun x tau nak pilih yg mana satu...dua2 terbaik..dua2 ada peluang..dua2 pun hebat..Selain JoZaN aku juga suka ngan Tauke..dia pun best n kelakar..tapi rasanya tauke x dpt nak tandingi JoZaN dari sudut populariti..emmm Zizan mmg tgh popular skrg n mungkin ada peluang cerah..tpi Johan juga mang terbaik..alahai sudah..aku pun x tau nak buat perbandingan dah..sebab aku suka dua2 haha..kite tengok jela sape yg kena huhuhu aku nak sokong sape ni??haha

P/s-hehe pada yg x sabar menunggu review SS mggu 9 ni diharapkan berpuas hati yer hehe... ^_^ tggu final plak yer hehehe...
Read More »

SmiLe =)

Read More »

"SEGMEN 2:6 Perkara Tentang Saya"


Assalammualaikum...
HoLaaa mcm biasa nak join segmen..
Jom Join Ramai2 yer...
Salam Perkenalan untuk semua ^_^
#6 Perkara tentang Saya...

1-Suka dan sayang ngan Kucing...
2-MiNat JoZaN
3-Suka menyanyi muahaha...tpi nyanyi sendiri2 jela..
4-Minat Bollywood and also KoRean Drama
5-Peramah dan Mesra Alam haha betul x???hehehe
6-x boleh berenggang dengan internet hehehe ;)

saya tag semua pembaca blog ni hehehe



Read More »

25 Mei 2012

Review SuPer SpoNtaN Minggu ke-8 ^_^

Assalammualaikum..
atas permintaan ramai..My review kembali lagi Muahahaha...perasan sudah..org lain dh lama dh uat review..but me macam biasa always trlmbt haha..actually zaman review mengreview mmg dh lama aku buat sejak waktu zaman Maharaja Lawak dulu muahaha..setiap minggu ada review..x caya cuba godek2 entry bermula pada tarikh April 2011..cuma untuk SUper Spontan ni ikut mood ada minggu yg buat ada minggu yg tak..Minggu ke-8 adalah antara minggu yg best..Akhirnya Sathiya tersingkir juga..menyebabkan Kump BC tggl 3 org dan terpaksa menerima seorang drp ahli kump AG..menerusi sistem Stabilizer(sorry lau salah eja)Kump AG sepakat mengeluarkan Rahim utk diserap ke Kump BC..Bagi aku bagus juga si Rahim masuk kump BC nmpk mmg sgt membantu kump BC..Permainan dimulakan dgn game Soal Menyoal..nmpk Rahim mmg menyerlah mcm balas dendam kt kump AG siap sempat tnya lgi kenapa korang singkir aku hehe...Kemudian diorang bermain Game Sketsa Dua Ayat..yg mana untuk game ini kump BC diwakili oleh Johan,Rahim dan Bell manakala AG pula diwakili oleh Zizan,Suhaimi dan Tauke..rasanya Kump BC lebih menyerlah untuk Game ni sbb kump AG nampak mcm xde idea..
Game ketiga pula adalah Game Keluar masuk..rasanya untuk game ni dua2 pun best hehehe..Seterusnya pula diorang bermain Game Muzik Video Karaoke..aku suke game ni..mmg best haha...kump AG diwAkili Suhaimi dan Tauke..manakala pengajar tarian dari Kump BC adalah Rahim dan Bell..best juga step yg diberikan oleh BC..diorang kena menari diiringi dengan Lagu MiLik Siapakah Gadis ini (betul ke tajuk lagu ni lupa dh hehe)nyanyian Sudirman..Muka tauke mmg x boleh blah lawak...nampak sgt Suhaimi dan Tauke lupa step heehhe...tpi mmg kelakar la..Seterusnya giliran Kump BC plak yg diwakili oleh Johan dan Ropie manakala pengajar tarian pula adalah Zizan dan Nana..ehehehe wah JOZAN bertemu okey..sweet..terus je Johan pergi kat Zizan..dan Zizan pun mula bagi step..Rasanya Step yg Zizan bagi mmg simple giler,x byk bergerak pun..step simple n sweet gitu..mungkin Zizan kesian kot ngan Johan ataupun die x nak bagi step byk takut kump BC lebih best hehe..Zizan punye step nak layan xnak layan3x hehehe bila dh habis bagi step siap pesan lagi buat elok2 kat Johan haha sweet jer..ternyata walaupun simple je stepnyer..tapi mmg sgt sesuai ngan lagu Hoorey-Horey nyanyian Sudirman..ternyata Ropie dan Johan bergerak dan menari mengikut Beat/tempo lagu..hehe terbaeklah ^_^   
Permainan terakhir adalah Game Laguku Untukmu yg mana untuk game ni semua ahli terlibat dan diorang kena menyanyi secara spontan mengikut tajuk yg diberi heheh..ada band jemputan yg akan mengiringi peserta..sebelum tu band tuh adalah membuat persembahan sekejap adoiii cmnelah x over run kan..n pastu johan dtg bagi besday present kat zizan semua kemudian kump AG pun menyanyi..diikuti Kump BC selepas tuh...ternyata kemenangan berpihak kpd AG..buat kali keempat berturut-turut..kesian pula aku kt kump BC ni..asyik kalah memanjang..walaubagaimanapun mereka kalah tipis dlm 2 peratus je pun 51/49 mggu ni x tahulaaa apa jADikan..hope makin best la kan sbb dh separuh akhir kan..

Read More »

24 Mei 2012

'Segmen Follower by Eesya Lavigne'


Due-28 May 2012
Jom Join Ramai2..
SaLam Perkenalan untuk Semua yer..

mangsa tag hehe
http://wwwdyawanavochelle.blogspot.com/
http://coratcoretkuini.blogspot.com
http://norumara.blogspot.com

Read More »

"SEGMEN NASZ : BLOGLIST NASZ JUN 2012"


Due-26 Mei 2012
Jom Join Ramai2...
x rugi berada dlm bloglist Nasz ni..
Read More »

23 Mei 2012

BiLa NaMa JOZAN Masuk daLam Kertas SoaLan ExaM!!


Assalammualaikum...
tadi terbaca kt FB...Wahh..nama JoHaN dan ZizaN sampai masuk dalam kertas soalan Exam Perdagangan & Keusahawanan di Sekolah..haha terus bersemangat budak2 tuh semua menjawab exam walaupun dikatakan exam tu susah haha siap ada yg tersengih-sengih dan tersenyum-senyum bila tengok nama JoZaN masuk dalam soalan Exam...Pandai cikgu tuh main psikologi haha..x pun masa cikgu tuh dok siapkan soalan exam die tengah menonton Super Spontan kot kt tv tuh..haha last2 termasuk sekali nama diorang haha...Famous tau JoZan sekarang...meletup gitu..terbaru 23 juN ni JoZan,BoBoi semua akan buat show di Singapore..x sabar nak tggu Maharaja Lawak Mania start haha rasa2nya kemungkinan besar JoZaN akan bertanding sekali lagi..dan menebus kekecewaan yg lalu bila kalah ngan Sepah..berbalik pada tajuk entry nih jom tengok sikit kertas soalan exam yg ada nama JoZaN tuh hehehe ^_^

haha terbaiklah....

Read More »

Skuad PiaLa ThoMas bertemu ChiNa hari ini..


Assalammualaikum...
MALAM tadi, segala-galanya tidak memihak kepada skuad negara.
Ia bermula dengan kehilangan kapten, Lee Chong Wei yang terpaksa menarik diri gara-gara kaki kanannya terkehel sebelum pasukan negara kecundang kepada Denmark 3-2 dalam saingan Kumpulan C di Pusat Gimnasium Sukan Wuhan.

Awal pagi tadi, dalam undian menentukan lawan di suku akhir, kita dijodohkan bertemu juara bertahan, China yang dianggap halangan paling liat.
Ketua jurulatih beregu, Tan Kim Her berkata: “Kami akan berbincang semula siapa yang akan diturunkan dalam perlawanan suku akhir esok (hari ini).”
Ketua jurulatih perseorangan, Rashid Sidek akur semangat pasukan terjejas kerana kehilangan khidmat Chong Wei tetapi menegaskan pasukan tidak harus cepat mengalah dan terus berjuang.
“Peluang sama ada kita mampu mencapai sasaran separuh akhir yang ditetapkan bergantung kepada perlawanan esok (hari ini),” katanya.
Kekalahan kepada Denmark itu menyebabkan skuad negara sekadar muncul naib juara kumpulan.
huhuhu kesian Chong Wei..x pasal2 cedera..dan x pasal2 terpaksa menarik diri dan x pasal2 Malaysia kalah ngan Denmark..xde rezeki..Hari ni Malaysia akan bertemu China..memang dh nmpk dh kemungkinan besar Malaysia akan kalah kpd China..walaupun begitu diharapkan skuad negara akan memberikan tentangan yg sengit kepada China..biar Kalah bermaruah gitu..x mudah menyerah kalah walaupun L.Chong Wei xde kan..
 
Read More »

WoRdLess WedNesday #1- ^_^ SiaPa Dia?

Read More »

SEGMEN : TINGKATKAN VISITOR DAN FOLLOWERS


Due-30 May 2012

Jom Join Ramai2 yer..
SaLam Perkenalan untuk Semua yer..
Rajin2 lah singgah ke blog ni yer ^_^

Read More »
Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017