-->

30 Sep 2012

Review 6 FiLeM BaRu BoLLyWood

Assalammualaikum..
Holaa..kalau sebelum2 ni dok cerita pasal Korean Drama kan..kali ni kita tukar sikit..haha
okey kali ni nak cerita pasal Bollywood Movies yang baru aku tengok haha..ada yg terbaik dan lawak giler ada gak yg x berapa nk best..jom layan..

1-HoUSeFuLL 2
Filem ni mmg sangat ramai pelakon okey..mmg meriah giler..antara pelakonnya Akshay Kumar,John Abraham,Ritesh Deshmukh,Asin yang lain2 tuh x ingat nama dah haha..Jalan cerita filem ni mmg best..kelakar giler..sinopsis die panjang sgt susah nak cerita haha kalau korang nak tahu leh tgk kat wikipedia..tapi mmg aku gelak jer tengok cerita ni suke tengok Akshay kumar ngan John Abraham diorang ni boleh diibaratkan mcm "jozan" versi bollywood sbb diorang ni nmpk sweet bila berlakon sekali haha..
2-DanGeRouS IshQ
Filem ni dilakonkan oleh Karisma Kapoor, hero filem ni aku x ingat namanya sbb pelakon baru n ada gak Jimmy Shergil dlm cerita nih..permulaan cerita mmg nmpk best sebab nmpk mcm suspen jer kan..bila pertengahan cerita dh mcm kurang best sebab cerita ni pasal Kelahiran semula..so ada la mengimbas zaman2 silam so lama-kelamaan cite nih jadi boring terutama bila die imbas zaman2 silam tuh..
3-JOKER
Filem ni bertajuk JoKer dan sekali lagi dilakonkan oleh Akshay Kumar,heroin cite ni aku x ingat nama die haahaha..sape2 nak tgk ALiEN boleh la tengok filem ni sbb diorang ada tjuk Alien keluar dari kapal angkasa muahahaha..mmg lawak..Akshay Kumar ni bekerja kt luar negara pastu die balik kampung die kt India sbb die dapat berita yg bapa die sakit..kampung die terpencil mcm pedalaman tuh..die balik2 rupanya bapa die tipu die..bapa die nak die tolong majukan kampung mereka..sbb akshay ni belajar tinggi..so akhirnya Akshay pun ikut la cakap bapa die..dan akhirnya die mendapat idea buat cerita yg kononnya di kpg mereka ada makhluk asing mendarat bagi menarik perhatian media massa membuat liputan sekaligus membuatkan nama kampung mereka jadi terkenal di dunia.die pun suruh org2 kampung tuh menyamar jadi aliens/makhluk asing dan akhirnya betul2 makhluk asing tuh datang kt kpg diorang hahaha..seriusly filem ni pun kelakar..walaupun x logik tapi mmg best untuk ditonton haha..
 
4-TeRi Meri KaHaaNi

Filem ini dilakonkan oleh Shahid Kapoor dan Priyanka Chopra..dalam cerita nih ada 3 kisah cinta yg dilakonkan oleh mereka berdua tapi dalam 3 zaman/tahun yang berbeza..iaitu kisah cinta pada tahun 1960an, 2012 dan 1931. Bagi aku kisah cinta pada tahun 1960an tuh nampak sweet dan okey la sikit dari dua tahun yg lain tuh..Kisah cinta tahun 2012 tuh mmg x best ntah apa2 yg tahun 1931 tuh membosankan..haha  bagi aku jalan cerita filem ni x best laaa..walaupun pengarah filem ni pernah menghasilkan filem Box Office yg meletup mcm filem Hum Tum..tapi filem ni bagi aku mmg kurenggg sikit.
5- RaaZ 3
Filem ini dilakonkan oleh Emran Hashmi ngan Bipasha Basu..ni filem Bollywood seram..bagi aku jalan cerita die mmg best..seram gak tengok..cite bomoh2 kan orang haha..ingat orang melayu je main bomoh2 kat India pun ada tau. Filem ni cerita pasal dunia artis,Bipasha Basu ni harap sangat die menang anugerah tau tapi last2 orang lain yg menang yg merupakan adik tirinya yg paling die benci.So sebab die sakit hati sangat die jumpa bomoh pendek kata die amalkan ilmu hitam laa..kemudian Bipasha ni suruh Boyfren die ni baik2 ngan adik tiri die kemudian masukkan sesuatu dlm minuman adik tirinya supaya adik tirinya terkena ilmu hitam tuh mcm santau la gak..lama-kelamaan adik tirinya mula diganggu benda2 pelik mcm hantu semua..boyfren Bipasha mula kesian tengok adik tiri Bipasha ni..dari kesian terus jadi cinta lak dan akhirnya putus dgn bipasha. So hal ni buat Bipasha bertambah sakit hati..haha seriusly best cerita ni..serammm jalan cerita die boleh tahan.so mmg berbaloi tengok cerita seram ni.
6- JoDi Breakers
Filem ni ala2 filem Komedi gitu dilakonkan oleh Madhavan dan Bipasha Basu. Aku mmg x berkenan dgn hero filem ni haha..kalau tukar hero lain mungkin best sikit kot filem ni..Filem ni berkisarkan dua org partner iaitu Bipasha dan Madhavan yg kerja mereka adalah menjadi penasihat penceraian..diorang berdua akan lakukan apa saja untuk membuatkan satu2 pasangan yg telah berkahwin bercerai..Mereka sanggup berlakon dan menipu asalkan pasangan tuh berjaya bercerai dengan jayanya dan mereka akan mendapat komisen..satu hari mereka telah tersilap dengan membuatkan satu pasangan yang bahagia bercerai akibat fitnah dari mereka..setelah sedar kesilapan mereka..mereka akhirnya cuba membuatkan pasangan berkenaan berbaik kembali..Bagi aku jalan cerita okey la tapi pelakon jer yg x best hahaha..
 
hehehe itu jela review aku secara ringkas mengenai filem2 diatas..ada lagi yg aku tak tengok ni,filem kat atas ni semuanya filem Baru tahun 2012..
Read More »

29 Sep 2012

ShiLa Amzah JuaRa Asian Wave 2012 di ChiNa


Assalammualaikum..
rasanya dh ramai blogger buat entry mengenai kemenangan Shila Amzah di China tuh..rasanya ramai yg bangga dengan kejayaan Shila nih kan..kat dalam negara ni Shila sendiri pernah menyertai One In A Milion dan Mania tapi x berjaya bergelar juara..rezeki belum sampai..Sekarang ni bila Shila dh bertudung rezeki pun makin banyak..Alhamdulilah juara Asian Wave tuh dah la bertanding kat tempat orang menang plak tuh..memang bangga la kan..korang dh tengok video Shila menyanyi masa kat pertandingan itu?..kat You Tube mmg banyak orang upload..ternyata Shila memberikan persembahan yg memukau..aku suka tengok Juri2 pertandingan ni..dh la ramai sporting pulak tuh siap menari sekali tepuk tangan semua..syok tengok..walaupun kebanyakan juri mengkritik dalam bahasa Cina yg mmg aku x faham..tapi rasanya semuanya memberi pujian pada Shila..
Aku suka dengar Shila nyanyi lagu Gemilang, Grenade n lagu berbahasa Cina  tuh..sedap jer dengar..penonton kat sana pun sporting siap menyanyi sekali n bersorak untuk Shila how sweet..

Paling sweet sekali masa Shila diumumkan sebagai Juara..ada pemuzik yg melompat kegembiraan bila Shila menang..alololo sweetnya..semua suka Shila kat sana..Kat Youtube aku dapat tengok komen2 peminat dari China yg memuji-muji persembahan dan vokal Shila ni..selain tuh orang-orang Cina di Malaysia  juga rasa bangga dengan Shila ramai yg memberi komen positif..semua bangga dengan Shila..tambah2 Shila satu-satunya artis bertudung masa kat sana tuh..pastu menang pula..ternyata lah juri2 kt sana x pilih kasih kan..baca paper Metro tadi baru aku tau Shila ni dulu pergi Sekolah Cina jadi die faham juga bahasa Cina patutlah dia macam faham jer masa juri komen kat die tuh..masa die nyanyi lagu berbahasa Cina tuh pun nmpk mcm lancar je sebutan die...sedap lagu berbahasa Cina tuh..korang dh tengok video Shila tuh..korang patut tengok mmg best dan bangga giler hehe..

Shila bukan sahaja mengharumkan nama negara malah dia juga mendapat dana berjumlah lebih dari RM1 Juta. Wang dana berkenaan merangkumi mcm2 termasuklah rakaman album,konsert,promosi dan lain-lain yang berkaitan kerjayanya sebagai penyanyi di China. Apapun ia masih dalam perbincangan dengan pihak penganjur. Shila selepas ini akan kerap berulang alik ke China. Apapun bagi sesape yg x tengok video persembahan Shila di Asean Wave tuh bolehla tengok kat bawah ni..yg mana video tersebut merangkumi semua persembahan Shila di Separuh Akhir dan Akhir..rugi tak tengok mmg best..sedap suaranya..

Read More »

27 Sep 2012

SaHaBat


setuju x ngan kata2 tuh?heheehe
credit to FB
Read More »

26 Sep 2012

WoRdLess WedNesDay~TeMaNmu...

Read More »

FiLeM BaRu JoHaN & ZizaN (JOZAN)

Assalammualaikum..
Disebabkan ramai yg suka baca pasal JOZAN dalam BLoG ni..maka aku teruskan update cerita2 diorang k..kali ni nak cakap pasal filem terbaru JOZAN. Mereka masing2 akan keluar dengan filem baru kali ni bermula dengan Zizan dengan filem Hantu Kapchai pada 27 September ini dan juga Johan dengan filem Orang Minyak vs Pontianak yg merupakan arahan Afdlin Shauki yg bakal menjengah pawagam pada 22 November nanti..Jom kita tengok Sinopsis dan filem2 ni..oh yeah! ^_^
Start dengan Johan dulu..dalam filem ni Johan bergandingan dengan Nabil..Johan jadi Orang Minyak Nabil plak jadi Pontianak..x boleh blah poster nya hahaha seram kelakar gitu muahaha dari sinopsisnya nampak mcm best n kelakar je cerita ni..jom tengok sinopsisnya..
SiNopsis

Filem Ponti VS Omi mengisahkan pergolakan dua hantu, Pontianak dan Orang Minyak yang baru berkecimpung dalam dunia hantu, namun bagi menguji kepintaran hantu terbabit supaya diterima dalam kelompok hantu, kedua-duanya diuji untuk menakutkan penduduk Kampung Puaka yang turut di diami lima orang bomoh atau pawang. Ponti merupakan seekor pontianak lelaki yang amat dibenci oleh pontianak-pontianak lain kerana sepatutnya semua pontianak datang dari golongan wanita. Omi pula seekor orang minyak lembut yang amat memeningkan kepala orang-orang minyak lain yang ditugaskan untuk menunjuk selok belok menjadi seekor orang minyak kepada beliau.

 Walaubagaimanapun, ujian terakhir mereka merupakan cabaran yang sangat hebat apabila mereka dihantar untuk mencari mangsa di sebuah kampung yang dipanggil Kampung Puaka. Malangnya Kampung Puaka ini dipenuhi oleh orang-orang yang tidak takut akan hantu. Mereka ini tergolong daripada golongan pawang, bomoh dan juga hantu-hantu yang telah bertaubat. Kampung Puaka juga telah dipasang “pendinding sakti” dimana semua hantu tidak dapat masuk ke dalam kawasan kampung itu. Kampung Puaka menerima penduduk kampung yang baru iaitu Saodah dan dua orang anak perempuannya, iaitu Bunga Cinta Kasturi dan Bunga Cinta Melur. Ponti dan Omi merancang untuk menyerang kedua – dua anak perempuan Saodah, tetapi, sebaliknya, mereka telah jatuh cinta kepada mereka. Ponti jatuh cinta dengan Bunga Cinta Kasturi, manakala, Omi pula jatuh cinta dengan Bunga Cinta Melur. Ini membuatkan mereka mengambil keputasan untuk menukar rancangan mereka.

Ponti akan menyerang Bunga Cinta Melur dan Omi akan menyerang Bunga Cinta Kasturi. Tetapi, mereka berdua telah dihalang sesama sendiri dan menyebabkan mereka berdua bertelingkah.
Dalam pada masa yang sama, terdapat perebutan kuasa untuk menjadi ketua Kampung Puaka antara ketua Kampung Puaka dan adik iparnya sendiri, Sudiro. Tetapi, oleh kerana Pak Rejab adalah seorang yang lebih berpengalaman, Sudiro terpaksa mengikut cakap Pak Rejab. Ini membuatkan Sudiro tidak puas hati dengan Pak Rejab, dan telah membelot kampungnya sendiri dengan membuat perjanjian dengan ketua Orang Minyak, dan Ratu Pontianak.
Apa akan terjadi kepada nasib penduduk Kampung Puaka dan apa pula akan terjadi kepada Ponti dan Omi? Saksikan filem Ponti Vs Omi (Pontianak Vs Orang Minyak) di pawagam!

SuMBer

Tadi Johan sekarang ni Zizan pula..kalau Johan bergandingan dengan Nabil, Zizan pula bergandingan dengan Remy Ishak..jom tengok Sinopsis nyer pula..

SiNopsis
Mengisahkan Ajib, Seorang Mat Rempit yang terbunuh dalam perlumbaan motor haram. Ajib tinggal bersama ibunya, Mak Ros dan adik lelakinya, Akim. Semasa hayatnya, dia telah meminjam wang dari Ah Long untuk menampung kos perubatan ibunya. Pada suatu malam, dalam keadaan terdesak, Ajib bersetuju untuk berlumba haram dan membuat pertaruhan dengan Tiger. Ajib terbunuh dalam perlumbaan itu apabila Tiger menggunakan taktik kotor untuk menang. Apabila dia bangun, dia terlihat jenazah yang menyerupai dirinya di tengah ruang tamu sambil diperhatikan dan dibacakan Yasin oleh Mak Ros, Akim dan orang kampung.

Konflik terjadi apabila Ah long dan Tiger datang ke rumah dan mengugut Mak Ros dan Akim untuk membayar hutang Ajib. Ajib menyedari bahawa keluarganya dalam bahaya, lalu berjumpa dan meminta pertolongan daripada Ibrahim, setelah mendapat tahu hanya dia yang dapat melihat Ajib. Akim akhirnya membuat keputusan untuk menyertai perlumbaan halal yang dianjurkan oleh YB Mansur dengan harapan untuk membayar segala hutang Ajib.
Berjayakah Akim dalam perlumbaan itu dalam membantu abangnya untuk melangsaikan hutang-hutangnya..
SuMbeR 

 Gitulah sinopsisnya..mesti ada yg akan kata kalau JOZAN bergandingan dalam satu filem mesti lebih meletup kan..aku pun rasa mcam tuh hehe..nk uat cmne xde rezeki nk tgk JOZAN dalam satu filem selepas filem Uncle Usin tuh..huhu apa pun walaupun lain2 filem diorang tetap JOZAN kan..bak kata org jauh dimata dekat dihati gitu ceewahh..so sape2 yg rajin tengok wayang tuh leh la tengok filem2 diatas kedua-duanya bergenre komedi..hehehe..

~ Cupcake mana yang paling "1Malaysia"? jom tengok..
~ Spend a lot of time talking on the phone and need a better plan? You should consider this..
~ Siapa ada terserempak benda ni masa Hari Malaysia?..
Read More »

23 Sep 2012

JeJaK JePuN BerSaMa ZiZaN


Assalammualaikum
Korang tengok dh Jejak Jepun Bersama Zizan??best kan..
kalau x tngok lgi boleh tengok video yg aku letak kt bwh ni..
fuhh pergi Jepun tuh..cayalah Zizan..aku yg tengok kt tv tuh pun rasa mcm melancong sekali plak hahahah..banyak tempat2 yg menarik di Jepun ditunjukkan dalam rancangan ni..
cantik giler tempat2 yg Zizan pergi tuh..n yg bestnya setiap tempat tuh ada sejarahnya yg tersendiri..
aku seorang penggemar Sejarah jadi mmg suka menonton program2 gini..tmbh2 ada Zizan plak bertambahla sukanya haha..dulu aku pernah belajar Sejarah Jepun pasal Shogun Samurai tuh semua haha mmg best n pening juga..apa pun banyak pengalaman yg Zizan dpt bila die gi sana..siap makan unagi semua..sedap ke Unagi tuh??haha amboii Zizan siap nak awek Korea sorang tuh..bila tengok rancangan ni secara x langsung korang boleh tengok fesyen2 orang Jepun hehehe..
gelagat Zizan dlm program Jejak Jepun ni mmg ceria habis..kadang2 nak tergelak tengok..konform la rating tinggi ni pastu x lama lagi ada sambungan kat negara lain pula..haha meletup habis..

Dalam episod pertama mcm2 kita boleh tengok..setiap episod Zizan ada misi2 tertentu yang perlu die selesaikan..tuh yg buatkan rancangan ni lebih menarik sbab lari dari kebiasaan yg selalunya just jalan2 melancong makan angin gitu2 jer hehe..selain tu ada gak orang2 Jepun yg jadi pelakon tambahan dalam program ni mcm awek2 jepun tuh dan lain2 hehehe...episod kedua x tahu mcmmana pula..mesti lagi best ni..kena tengok nanti kan..apapun jom layan episod pertama Jejak Jepun bersama Zizan...

KLIK DIBAWAH NI K...
Wow! Samsung Galaxy Note 10.1 for only RM699! How to get it?klik here.
Get the best prepaid plan with lowest calls & sms rates!.
Guess what guys?! Asia's BIGGEST dance competition is BACK!.
Read More »

NoVeL vs FiLeM Untuk TiGa HaRi



Assalammualaikum
Hari ni saja nak cite pasal Filem & Novel "Untuk Tiga HaRi" ni..
Jalan cerita filem ni aku mmg tahu dh..maklumlah filem ni adaptasi dari Novel Ahadiat Akashah yg bertajuk Untuk tiga Hari..dan kalau dari segi Novel cite nyer memang ada sambungan lagi iaitu yang bertajuk "Tiga Hari Kemudian"..Kedua-dua Novel tuh aku ada n dh baca pun..lama dh beli novel tuh.
Sebab aku beli novel ni dulu tuh krn aku tertarik dgn sinopsis cerita ni..macam best je bunyinya pastu beli jer la haha..yela Kahwin untuk 3 hari pastu nak cerai..pastu bayangkanlah masalah2 yg bakal timbul kan..

Ceritanya bermula bila dua pasangan kekasih ni memutuskan untuk berkahwin dengan orang lain hanya untuk tiga hari..selepas 3 hari masing2 akan mintak cerai dari pasangan masing2..namun adakah semuanya akan jadi seperti yang dirancang?semestinya la tidak kan..meh aku gtau jalan ceritanya sikit yer haha..Yg si lelaki tuh mmg benar2 menceraikan isterinya tuh pas die ceraikan tuh die berterus terangla yg die dh ada kekasih dan diorang mmg kahwin hanya utk 3 hari jer..manakala kekasihnya yg bernama Uji tuh nampaknya x berjaya apabila die akhirnya dh tersuka plak dengan suaminya sendiri hehe..maka pastu Uji hantar email kat kekasihnya cakap sorry sgt2 die dh suka ngan suaminya..haha pastu yg si lelaki tuh pun rasa menyesal sangat2 sebab menceraikan isterinya yg sangat baik tuh..konflik bermula bila si lelaki ni tadi x sampai hati nak bagitau kt family diorang yg mereka dh bercerai..jadi diorang berpakat untuk berlakon mcm suami isteri depan family.Bekas isterinya tuh kecewa sangat..kemudian si lelaki ni rasa bersalah dan menyesal maka die ajak la bekas isterinya rujuk semula..namun bekas isterinya x mahu jual mahal habis hehe..

Akhirnya penceraian mereka diketahui oleh family masing2 semuanya kecewa...dan bekas isterinya x mahu rujuk semula..pastu x silap aku si lelaki ni pastu gi bercuti sorang2 di luar negara utk tenangkan diri dan secara x sengaja die terjumpa ngan bekas kekasihnya masa sekolah dulu..diorang berpisah dulu sebab mak lelaki ni x suka dengan kekasihnya sebab kekasihnya ni anak org miskin x setaraf sume..kalau dlm filem watak kekasih pada hero ni masa sekolah dilakonkan oleh Dira Abu Zahar..kemudian x lama pastu diorang akan bercinta semula..kemudian bekas isterinya tuh telah dipujuk oleh emak si lelaki ni tadi supaya rujuk semula..maka akhirnya bekas isterinya pun setuju nak rujuk semula..namun semuanya dh terlambat bila si lelaki ni tadi dah pun bercinta dengan kekasih lamanya pastu disebabkan maknya menghalang diorang akan kahwin senyap2 Manakala bekas isterinya tuh pun makan hati jer laa jawabnya sebab awalnya die yg x nak rujuk..kemudian berbalik pada cerita Uji tuh..die juga x bahagia..die menyesal kerana telah melukakan hati kekasihnya tuh..kemudian nak dijadikan cerita suaminya tuh pun terjumpa kekasih lama dan nak kahwin lagi tapi Uji x sanggup dimadukan lalu minta dirinya dilepaskan saja...

begitulah ceritanya..aku pun ingat2 lupa jalan cerita novelnyer..versi filem aku x tau la sebab x tengok lagi..sorry la lau jalan ceritanya tersalah ke apa ke sebab aku pun ingat2 lupa jer..aku gabung sinopsis 2 novel kt atas ni hehe..bagi aku jalan cerita die unik rsanya x rugi lau tengok filemnyer..tambah2 ramai pelakon berpengalaman dlm filem ni..filem ni kalau pasni buat drama bersiri pun okey gak kot..sekali sekala layan cerita melodrama gini pun best pe..asyik2 cerita komedi,seram jer hehe..Aku ada tengok filem ni kat tv hari tuh masa raya..ada tayangan perdana eksklusif setengah Jam kat Astro Citra dan Prima n best gak aku tengok..lagi best ada ZiZaN Raja LaWAk la dlm filem ni..haha tapi die pelakon pembantu jer..die pegang watak Remy iaitu Kawan UJI masa remaja..Remy ni ada hati dgn Uji tapi Uji macam dok mengelak jer last2 Remy kahwin dgn orang lain menangis si Uji tuh bila dpt tau Remy dh kahwin hehehehe..Scene Zizan mmg lawak sikit awalnya..tpi last2 jeles plak aku tengok diorang dok bergurau senda dalam air kat pantai tuh pastu berlari berkejaran muahahaha...

Byk novel Ahadiat Akashah dibuat filem, selepas ni x tau la novel mana plak aku rasa Novel yg tebal tuh tajuknya "Hikayat Cinderella" tuh pun best juga kalau diadaptasi ke Filem or drama..Apapun tak tahula cmne sambutan filem Untuk Tiga HaRi ni..harap2 okey..tmbh2 ada Zizan dlm filem tuh haha..pasni filem Zizan yg terbaru Hantu Kapchai..

Silalah Menderma sambil beramal yer dgn klik kt bwh ni =)
Read More »

My KoReaN DraMa Review LiSt.


Assalammualaikum..
hari ni saje nak listkan drama2 Korea yg telah aku review sebelum2 ni dlm blog ni..maybe ada yg x perasan ke sebelum ni kan..ikutkan kat tab atas ni pun ada dh listnya..

1~ QueeN In HyuN's MaN.
2~ ARaNG and The MaGisTRate.
3~ RooFtoP PRiNce.
4~ BiG~FiNaL Episode.
5~ BiG

6~ GReateSt LoVe..
7~ City HuNteR..
8~ Lie to Me..
9~ 49 DaYs..
10~ FLoWeR Boy RaMyuN SHoP..

11~ HeaRtstRings..
12~ DReaM HigH..
13~ SeCRet GaRDeN..
14~ PRoteCt tHe BoSS..
15~ YoU aRe My Pet..

16~ PLayFuLL KiSS..
17~ You'Re BeaUtiFuL..
18~ My GiRLFrieNd iS GuMiHo 2!?..
My KoReaN DRaMa LiSt..
ToP 23 KoReaN DRaMa..

Ikutkan ada 2 drama korea yg aku dh tengok tpi belum buat review lagi hehehe..iaitu drama I Do I Do dan drama Spy Myeong-Wol. Sekarang ni dok tunggu episod demi episod drama Arang And Magistrate dan juga drama The Innocent Man.

* cantiknya tempat ni...jom tengok...
* JoM TeNGok cupcake 1Malaysia tercantik!.
* Trak Biar Betul Hijau.Apa benda tu?..




Read More »

21 Sep 2012

KisaH Miowww


Assalammualaikum.
suke plak aku tengok gelagat kucing2 kat atas tuh haha..aku amik gambar tuh kt FB kredit utk rienrose.com comel nyee kucing kat atas ni terutamanya kucing yg x reti duduk senyap2 tuh..haha meroyan ke ape tuh haha..nk tergelak aku tengok..kang x pasal2 kucing sebelah die tuh mengamuk lak hahaha..aku x leh tengok gambar kucing2 yg comel ni gerammm rasa nak peluk jer kucing2 tuh..hehe..kat rumah aku ada kucing gak lolen namanya hari2 aku kacau die hehe..
Read More »

20 Sep 2012

My BLoG KeNa ProMote =)


Assalammualaikum
tadi pagi baru perasan kat blog ZoN PeRMaiSuRi CHoMeL Ada promote my BLoG.. Thanks yer..hehe Sebelum ni ada join segmen beliau so sekarang dh pun dipromote gitu...Jom tengok entry beliau tentang My BLoG hehehehe
Assalamualaikum.. Hai3! Kembali lagi kita dalam sesi promot blog. Yeay! So, blog siapa pulak yang bakal dipromot hari ni?
Ye, blog Miss Banu! Hai Miss Banu..! Apa khabar? Btw, terima kasih sangat2 sebab sudi meluangkan masa join segmen pertama dari blog ZPC ni tempoh hari. ^_^

Actually kan uolls, Miss Banu ni pun antara blogger yang rajin datang singgah & tinggalkan komen kat blog ni tau. Terima kasih lagi sekali Miss Banu..! ^^,
Jom kita baca sedikit penerangan berkenaan blog yang diberi nama'Miss Banu Story' ni..
Miss Banu Story merupakan sebuah blog peribadi yang dihasilkan secara individu pada September 2009. Segala isi kandungan blog ini adalah pendapat dari pemilik blog semata2 tanpa ada penglibatan dari pihak ketiga.
Maklumat di dalam laman ini mungkin mengandungi bahan yang boleh dijadikan rujukan. Akan tetapi pemilik blog tidak menjamin 100% ketepatan maklumat yang terdapat dalam mana2 entri.. READ MORE.. 

Okay, penerangan kat atas ni aku copy dari blog Miss Banu.. Untuk pengetahuan korang juga, Miss Banu ni antara peminat setia pelakon, pelawak, & penyampai radio JOZAN.. So, kalau korang nak baca cerita2 pasal JOZAN boleh la terjah blog Miss Banu ni.. Aku memang selalu terjah sana semata2 nak tau update pasal JOZAN.. I'm a big fan too okay..! Hehehhe.. ^^,
So, jangan lupa melawat ke blog Miss Banu k! Korang takkan menyesal bila dah masuk blog beliau.. Percayalah.. ^_^

 *wahhh so sweet terutamanya ayat last sekali tuh thank you yer..





Read More »

19 Sep 2012

PeNaNGaN JOZAN DAN TwitteR

Assalammualaikum..
baru hari ni nak cite pasal benda ni hehehehe...aku nak cite pasal Zizan,Johan dan Twitter..
amboi kat Twitter skrg mmg meriah sebab ramai2 geng2 Jozannerz, Zizannerz yg rajin dok bertweet dan bermention dengan aku thanks to you all..haha korang semua mmg sweet n peramah2 belaka hehe..Kemeriahan lebih terasa pada petang Khamis yang lalu..pada masa tuh aku hampir2 je nak offline tetiba nampak la seseorang ni yg mmg tersangat la famous nya di Malaysia ni tgh online Twitter n masa tuh die tengah rajin reply tweet para peminatnya..aku yg baru nak offline twitter terus x jadi offline muahahaha..terus cuba nasib tweet beliau ni..sape beliau?sape lagi kalau bukan ZiZaN RaZak haha..n masa yg sama ada member sorang di twitter yg juga turut online iaitu Needa so we all pun secara usahasama pun try la tweet Zizan mana tau nasib we all baik die reply ker kan..kalau die reply bolehla we all pengsan dgn beronok-ronok muahahaha.

Pada ketika itu memang ramai la para peminat berpusu-pusu tweet Zizan ni..pada yang die reply or retweet mmg diorang seronok x terkata laaa..aku yg masa tuh mmg hampir2 nak offline trus x jadi, dlm kelam kabut tuh aku dan Needa teruslah try Tweet Zizan..n masa ni aku tak rasa yg Zizan perasan akan tweet kiteorg tuh so aku pun tweet laa kat Needa yg cakap maybe Zizan x perasan tweet kite tuh sebab ramai sangat serbu twitter die..n tetiba Supriseeee OMG! ZiZaN Reply hahaha mmg pecah rekod, hari ini dalam Sejarah tuh Zizan reply die cakap die Ingat laa..hahaha die ingat kat kiteorg ker??sebab mmg kiteorg rajin mention die kat Twitter tuh muahahaha eksited kiteorg..kalau x ingat pun xpe janji die reply tuh yg penting hahaha..ingat senang ke Zizan nak reply or retweet sebab die ni sentiasa busy..mmg bertuah la hari tuh kan..dah la masa tuh pun die online sekejap sangat, tak silap aku dalam 10 minit macam tuh je die online..n reply mana yang sempat tweet2 peminat2 nya semua..hehe merasa gak la Zizan reply tweet kan..tuh baru reply tweet..kalau die follow twitter we all tak tahu laa apa jadi hahaha..Setahu aku Zizan mmg ada follow juga Twitter para peminatnya tapi x semua laa ikut mana yg die suka die follow laa..untungnya pada sape2 yg die follow tuh..
Hari ni dalam Sejarah tuh..hehehe Needa pun ada buat entry juga pasal Zizan reply tweet ni dengan bertajuk Sesi Pengsan Bersama Cik BaNu haha suke dengan tajuk entry tuh..terbaiklah..
hehe aku print screen entry needa kat sini apa pun kredit untuk beliau senang2 singgah la ke blog nya..DISINI
Tu cerita petang Khamis..pada pagi Jumaat pula mmg Twitter jadi happening semuanya sebab penangan si Zizan ni..kiteorg dan geng2 yg lain sakan bertweet pasal peristiwa kat atas ni..meriah giler..muahaha apa pun sorry juga pada geng2 lain sebab x mention nama korang kat atas ni bukan apa masa tuh agak kelam kabut x sempat nak mention nama2 yg lain juga..xpe lain kali lau ada peluang lagi kita mention nama semua org biar semua pun dapat merasa juga direply oleh Zizan kan pastu boleh la kita pengsan beronok-ronok hahaha..ternyata ada juga yg rasa Jealous kt kiteorg sebab Zizan reply tweet..ala jgn la jeles2 k..nasib baik jer tuh..lain kali giliran korang pula kan..n by the way entry ni bukannya nak menunjuk-nunjuk nak berlagak ke apa ke..entry ni aku buat hanya untuk berkongsi kegembiraan saja dgn yang lain takde maksud lain yer..takut gak lau ada yg salah faham ke apa ke kan..

Bercakap pasal ZizaN,mmg x sah kalau x bercakap pasal JoHaN juga barulah JoZaN namanya..sebelum ni aku juga pernah buat entry mengenai JoHaN Raja LawaK yang juga turut pernah reply Tweet aku..masa bulan Mei hari tuh lama dah..JoHaN pun kadang2 jer die online Twitter die..n kalau die online pun selalunya masa waktu pagi..kalau nak baca entry pasal JoHan reply tweet aku tuh leh klik SINI selain Twitter Johan pernah juga reply aku kat Facebook.Apa pun merasa jugak la aku JOZAN reply Tweet kan..hehehe. yeah JoZaN Forever..x sabar nak tengok Lawak Ke Der 2 dan Maharaja Lawak Mega 2012 ^_^

P/s~ToLoNg KLiK diBawah ini yer..
Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017