-->

30 Nov 2012

Raptai Minggu ke-3 Maharaja Lawak MeGa 2012

Assalammualaikum..
xde masa nk update blog tp ku gagahkan juga mengupdate walaupun simple n ringkas hehehe..rasanya rmai x sabar nk tgk MLM2012 malam ni kan yg bertemakan parody..so apa kata layan video ketika sesi raptai yg diadakan pada petang khamis yang lalu kalau x silap..meh layan video kt bawah ni jap..ada JOZAN,JAMBU,SHIRO dan BALAS dlm video tuh..jom tengok apa yg diorang buat dan perkatakan..

Read More »

BEST ON SCREEN CHEMISTRY AWARD~JOZAN YANG PUNYA


Assalammualaikum
Sape tengok Shout Awards hari tuh??
aku tengok gak tapi tengok pun sebab JOZAN jer sbb JOZAN trcalon kan jadi haruslah tengok kan..
so pukul 8.30 dh bukak tv..ingatkan dh start rupenyer baru tunjuk baju artis la apalah mak aiii lambat tul start..mengantuk dh aku tggu..rupanya pukul 9 mlm baru start..actually aku x berapa gemar sbenarnya Shout Award ni sbb die urban sgt..den plak org kampung gitu hahaha..tapi sebab JOZAN tercalon n aku pun ada mengundi so mestilaa nk tahu keputusannya kan so paksa gak diri tengok kt tv tu..nasiblah untuk award for Best Screen Chemistry Award tuh diumumkan awal..so puas la hati den yeayyyyy JOZAN menang..x sia2 undi tau, paling suka masa Amy Search nak umumkan nama pemenang utk kategori Best On Screen Chemistry Award tuh, penonton yg gi tengok live tuh semua dah sorak nama JOZAN JOZAN JOZAN JOZAN, aku kt umah yg excited hahaha..sygnyer JOZAN x dpt amik award sama2 sbb masa tu diorang ada kt Shah Alam untuk Maharaja Lawak Mega 2012 so wakil diorang jerla yg amik hadiah tuh..
Nasiblah masa MLM start AC Mizal ada umumkan kemenangan JOZAN ni...dapat gak la tgk reaksi JOZAN kt tv kan..walaupun award tuh xde kat tangan diorang lagi...rasanya ni award kedua diorang as a JOZAN award pertama diorang masa jadi naib juara MaHaraja Lawak dulu..suke tgk diorang menang sama2 as a JOZAN..mmg xde org lain yg layak menang untuk award ni..keserasian diorang sape leh lawan kan..sweet sgt diorang ni hehe..
 
Selain itu..Zizan juga turut menang dan menerima satu lagi award untuk kategori Favourite Tv Personality Award di Shout Awards 2012..tahniah JOZAN n ZIZAN..sebab tuh selepas selesainya giliran JOZAN utk Maharaja Lawak MeGA 2012 Zizan terus bergegas ke tempat Shout Award tuh..JoHaN plak maybe mewakili JOZAN n stay di MLM..Zizan sampai masa anugerah Shout Award dh tamat kot tapi sempat la die bergambar dgn award die serta bertemu wartawan..apapun hasil undian semua peminat JOZAN akhirnya diorang menang gak kan..
gambar kat bawah ni credit to twitter JoHaN N ZizaN..

Apapun pasni hope diorang menang di MLM2012 Plak..mesti lebih touching n sweet..
Credit untuk semua pemilik gambar diatas..







Read More »

RevieW MaHaRaJa LaWaK MeGa 2012 Minggu ke-2~JOZAN Tetap UnGGuL

Assalammualaikum..
Macam biasa nak buat review minggu ke-2 MLM2012 ni..Minggu kedua dah ada tema yang perlu para peserta mengikutnya iaitu watak2 dalam filem dll..kebanyakan peserta memilih watak2 dari filem2 P.Ramlee..apapun jom tengok review pesembahan para peserta dari pandangan aku..

1)JOZAN
JoZaN Berjaya mendapat undian tertinggi sekali lagi selepas undian ditutup..tahniah diucapkan tahniah juga untuk mereka sebab berjaya memenangi anugerah Shout Awards untuk kategori Best On Screen Chemistry Award dan satu lagi award untuk Zizan..nanti aku buat entry lain pasal kemenangan mereka Di Shout Awards ni..Berbalik pada persembahan mereka di MLM2012, mereka mengambil watak2 dari filem Anakku Sazali dan Bawang Putih Bawang Merah..Zizan jadi bapak Johan jadi anak..lawak juga bila johan salah sebut begitu jadi beritu hahaha comel je sebutan die ;p ada singapura,singa laut, singer menawan keluarga bahagia hehe qiut masa diorang nyanyi lagu hazami tuh haha..masa jadi Bwg Putih ngan Bawang Goreng tu okey gak part last masa johan ckp ada ikan JOSH tuh aku x paham sbnarnya last2 baru dpt tngkap yg ikan JOSH tu rupenyer hidung Zizan hahaha patutla Zizan turun kt bawah tuh smbil dongak atas baru aku faham..rasanya persembahan diorang minggu pertama lebih Best tapi Minggu ke-2 ni boleh laa tahankan..lgipun diorang terutamanya Zizan terkejar-kejar untuk ke Shout Awards yg berlangsung pada masa yang sama..
2) JAMBU
JamBu juga memilih watak dari filem P.Ramlee iaitu filem 3 ABDUL..kreatif gak diorang ni memilih scene yang best dari filem tu untuk dijadikan lawak..Yus jadi macam2 hahaha kesian kepenatan gitu haha..okla best gak JamBu..konsisten..
3)SHIRO
Bagi aku kump SHiRo Best minggu ni dari minggu sebelumnya..Sharol jadi Nasir Bilal Khan penggali kubur haha manakala Ajak jadi mcm rockers kot lau x silap..kononnye mereka ditanah perkuburan..sempat juga diorang memerli kump Balas pasal lawak lucah tuh haha..kemudian dua2 duduk di kerusi dan terus beralih ke filem OmBak Rindu plak semasa scene Maya Karin dan Lisan Surihani tuh part redha dan pasrah..Shahrol siap buat pelat2 R lagi sengaja nk usik Lisa laa tuh hehehe..
4)BOBOI
Diorang memilih watak dri filem James Bond..lawak tuh ada tapi mcm kurang menyengat laa..Nabil pun muncul agak lambat dengan berpakaian ala2 Pontianak..haha kesian kena make up teruk2 ni mesti kes nak promosikan filem Afdlin Shauki iaitu Pontianak Vs Orang Minyak lakonan Nabil dan JoHaN yang tengah ditayangkan dipawagam sekarang..walaubagaimanapun undian mereka masih dalam kelompok ketiga tertinggi.
5)SAYWHO
haha aku memang tak sangka diorang akan ambik watak2 dari filem P.Ramlee jugak iaitu dari filem Seniman Bujang Lapok n kemudian filem AzuRa..ternyata rajin gak diorang ni buat kajian semua..n menghiburkan..
6)BALAS
Minggu kedua nampak perubahan pada kump Balas ni setelah dikritik pelbagai pihak disebabkan lawak double meaning yg dilakukan mereka pada minggu pertama.Untuk minggu kedua memang tiada lawak double meaning dari balas..untuk Minggu ke-3 tak tahula kan kot2 diorang selitkan sikit ke kan..hope tiada lagi lawak double meaning dari balas..Minggu ke-2 Kump Balas tampil dgn pelbagai watak..ada yg jadi Batman,watak dari filem Nur Kasih pun ada dan mcm2 lgi serta ada juga cermin sakti ala2 cerita Snow White..lawak gak masa part cermin sakti pecah tuh haha..
7)R2
R2 menjadi peserta pertama yg membuat persembahan bagi minggu ke-2..mereka mengambil watak2 dari filem KL Gangster dan mendapat pujian juri namun begitu undian mereka masih berada dalam 3 yang terendah..rasanya untuk minggu seterusnya Persembahan R2 kena lebih lawak lgi..
8)SABON
Kump SABON mengambil watak Pak Pandir manakala Sathiya jadi isteri pak pandir..aku tak tahu kenapa aku lebih suka gandingan ABon ngan Mr OS berbanding gandingan Abon ngan Sathiya..sathiya tuh over sgt laa x brp sesuai ngan Abon..n persembahan diorang kurang lawak..hope minggu depan lebih best..
9)The BANDUNG JOKER
Persembahan kump ini juga kurang lawaknya..rasanya mmg x kelakar pun..namun pujian gak utk diorang sebab mengambil watak2 dari filem P.Ramlee juga walaupun diorang x begitu kenal ngan filem2 P.Ramlee sebelum ini..diorang mengambil watak2 dari filem Pendekar Bujang Lapok pastu x silap aku lepas tuh diorang ambik watak dari filem Puteri Gunung Ledang plak..apapun memang kurang lawak..
10)PIMAI
Kumpulan ini mendapat undian terendah sekali selepas undian ditutup..mereka mengambil watak dari filem P.Ramlee juga iaitu dari filem Laksamana DoReMi..rasanya mereka ni lebih kepada bercerita daripada berlawak..memang x lawak sgt..hope minggu depan ada perubahan..n lebih lawak...
11)DaDiDu
Patutnya kalau bertiga lebih senang untuk buat lawak tapi berbeza dgn kumpulan ni..kerana tetap sama spt minggu sebelumnya masih kurang lawak..ada yang jadi Superman, Hulk dan Tok Bomoh lengkap dgn costume..sayangnya masih kurang lawak juga..

~credit pada semua pemilik gambar diatas..jom tgk video JOZAN N SHIRO kt bawah ni..enjoy...


Read More »

PAGE/TAB KHAS JOZAN IN MY BLOG

Assalammualaikum..
rasanya sekarang mmg semua tgh memperkatakan pasal JOZAN dan juga Maharaja Lawak Mega 2012 yg tgh hangat berlangsung..dan sekarang makin banyak blog2 baru yg menumpukan perhatian menulis hanya mengenai Zizan dan juga JOZAN..baguslah lebih byk lebih meriah gitu..ada gak yg bertanya kenapa my blog tidak hanya menumpukan dan menulis hanya pasal JOZAN???aku sebenarnya lebih suka menulis mengenai semua perkara dan aku tidak mahu mengkhususkan kepada satu perkara/benda sahaja..orang kata lebih banyak entry yang kita buat dalam pelbagai isu lebih banyak pembaca blog yg boleh kita tarik betul x?lagi pun pembaca blog pun ada kegemaran dan minat masing2..jadi lebih elok kita mempelbagaikan isi entry kita..tapi aku memang x leh lari dari tulis pasal JOZAN ni hehehe..rasanya dah banyak entry yang aku buat pasal JOZAN ni..sejak2 dri zaman Maharaja Lawak yang dulu sampai sekarang..

Ada gak yg bertanya kenapa jarang menulis pasal JOZAN sejak dua menjak ni?ye ke?haha mana ade kalau ada cerita diorang konform den update nyer..sejak start MLM2012 ni makin meriahlaa dgn cerita JOZAN nanti di blog ini..sebenarnya mmg dh jadi tradisi blog ini akan membuat review setiap benda yg ada kaitan dgn JOZAN..contohnya masa Maharaja Lawak, Super Spontan dan lain2..sila lah search di blog ini..insyaallah jumpanyer..maklumlah aku ni peminat tegar JOZAN sejak dari 2007 sampai sekarang..sejak dri awal kemunculan diorang di Raja Lawak 1 smpai jadi JOZAN skrg..kadang2 rasa dh mcm jadi wartawan lak semua benda pasal JOZAN den leh jawab hehehe..oh ye aku rajin gak mention link blog ni kat twitter JOZAN tapi aku x pasti la diorang pernah singgah ke tidak kan..hahaha so sekarang ni bagi memudahkan peminat2 JOZAN yg baru kenal blog ni aku dh buat satu page/TaB khas kt bhgian atas blog ni yg ada link2 entry mengenai JOZAN yg terdahulu..tu pun separuh je yg aku dpt letak ikutkan byk lagi tapi x larat aku nak cari dah..hehe kalau korang rajin leh cari sendiri dlm blog ni..

So kalau korang nak baca pasal JOZAN leh la klib Tab tersebut yg terletak kt atas sebelah Tab Review Korean DraMa tuh hehe..so selamat membaca k..jangan lupa singgah juga ke blog JOZAN FC Official yg turut diupdatekan oleh saya..jemput follow disana yer..--> jozanrajalawakfc.blogspot.com ~antara kandungan Tab mengenai JOZAN kt blog ni tuh leh tgk kt bawah ni..tapi ni sebahagian jer..nak tahu lebih lanjut klik je tab paling atas tuh yg tertulis JOZAN(JoHaN&ZizaN)

~Dan banyak lagi....~selamat membaca...gmbr kt atas sekali tu credit to Ameer Picture.

Jemput juga singgah ke Channel Youtube den..kt sana den ada upload video2 JOZAN Juga..meh singgah klik SINI
Read More »

28 Nov 2012

"Eleven Hints for Life"

1. It hurts to love someone and not be loved in return.
But what is more painful is to love someone and never
find the courage to let that person know how you feel.


2. A sad thing in life is when you meet someone who
means a lot to you, only to find out in the end that it was
never meant to be and you just have to let go.


3. The best kind of friend is the kind you can sit on a
porch swing with, never say a word, and then walk away
feeling like it was the best conversation you've ever had.


4. It's true that we don't know what we've got until we lose
it, but it's also true that we don't know what we've been
missing until it arrives.


5. It takes only a minute to get a crush on someone, an
hour to like someone, and a day to love someone-but it
takes a lifetime to forget someone.


6. Don't go for looks, they can deceive. Don't go for wealth,
even that fades away. Go for someone who makes you
smile because it takes only a smile to make a dark day
seem bright.


7. Dream what you want to dream, go where you want to go,
be what you want to be. Because you have only one life and
one chance to do all the things you want to do.


8. Always put yourself in the other's shoes. If you feel that it
hurts you, it probably hurts the person too.


9. A careless word may kindle strife. A cruel word may wreck
a life. A timely word may level stress. But a loving word may
heal and bless.


10. The happiest of people don't necessarily have the best
of everything they just make the most of everything that comes
along their way.


11. Love begins with a smile, grows with a kiss, ends with
a tear. When you were born, you were crying and everyone
around you was smiling. Live your life so that when you die,
you're the one smiling and everyone around you is crying.

Read More »

26 Nov 2012

FIGHT...

Read More »

25 Nov 2012

"Segmen Follow Dan Blogwalking Oleh Mialiana.com"

 
Assalammualaikum..
Hari ni nak join segmen yg dianjurkan oleh Kak Mia..
Due Date~8 Disember 2012
So Jom Join Ramai2 yer..
Salam Perkenalan untuk semua..
Jumlah Follower Setakat ini: 1574
Apa yang saya suka dalam blog kak Mia ni adalah tips dan tutorial yang kak mia buat..sebab membolehkan saya memperbaiki blog saya supaya lebih baik lagi..
so pada semua jom singgah blog Kak Mia ni ramai2 konform ceria n tersenyum je masuk blog beliau sebabnya tagline blog beliau adalah Smile...Smile...Smile...  =)
Read More »

23 Nov 2012

Betul Ke Bohong yang Kelakar Habis


Assalammualaikum..
Sape layan rancangan Betul Ke Bohong..dah dua musim sekarang..mmg lawak dgn aksi spontan diorang..aku sarankan korang tengok episod ke-9 ,musim ke-2 haha mmg giler laa..Jepp SepahTu Yg hyper aktif..suka plak die kena karan,dh kena karan sekali pastu siap cakap nak lagi nak lagi smbil letak tangan balik n Ac pun karan jer haha..tulaa nak sangat kan hehehe x leh blah part pipi tuh slumber je si jepp letak pipi die kt tmpat karan tuh kan betul kena karan haha menjerit die..x pernah lagi org kena karan kat pipi die la org terawal adoii..x larat nak gelak tgk..kesian sakit tuhh..giler laa rancangan ni tapi best..salute dgn artis wanita yg berani join untuk kena karan..haha..sape yg stress layan program ni mesti hilang stress kejap..hehe

P/s~Thanks to DeQLa hadiahnyer..suke sangat thanks yer...
Read More »

21 Nov 2012

WoRdLess WedNesDay~RaGaM


Read More »

19 Nov 2012

Happy BirtHDay Mrs VeLentiNe~GSF

Assalammualaikum..
Nak ucapkan Happy Belated Besday untuk Mrs Velentine atau turut dikenali dgn nama beliau Suzyanna Yap iaitu yang merupakan pemilik blog All About Love dan juga salah seorang ahli GSF(Group Segar Follower)..Semoga panjang umur murah rezeki,bahagia selalu disamping keluarga tercinta dan ceria-ceria selalu yer..jom ramai2 ke blog beliau k..
KLik SiNi untuk ke Blog beliau..

Read More »

18 Nov 2012

RevieW MaHaRaJa LaWaK MeGa 2012 First Week~JOZAN TerBaik


Assalammualaikum..
rasanya semua dh tahu pasal Maharaja Lawak Mega 2012 telah pun bermula semalam..n pastinya ramai yg menunggu-nunggu akan kemunculan Duo popular terhebat ni JOZAN..ternyata untuk minggu pertama ini mereka telah pun membuat dan memberikan prsembahan yang terbaik yg telah menggegar MLM2012 semalam..lebih menarik mereka juga mendapat undian yang tertinggi setelah undian ditutup dan undian mereka jauh meninggalkan peserta lain..syabas untuk JOZAN..pengalaman mereka di Maharaja Lawak 2011 yang lalu telah banyak mengajar mereka dan kini mereka kembali dengan semangat yang baru untuk menggapai kejayaan semoga terus sukses hendaknya untuk JOZAN..Apapun jom tengok review aku untuk Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu Pertama..
Pembukaan MLM2012 nampak gah dgn muziknya serta cara peserta diperkenalkan..Juri MLM2012 juga diperkenalkan iaitu Awie, WuLan, Najieb Ali dan Lisa Surihani..aku agak trkejut juga Lisa jadi juri hehehe Awie dan Najieb tuh aku okey jer..Wulan tuh aku x brp kenal apapun Lisa dan Wulan mmg comel jer hehehe..peserta Hot Seat yang trpilih adalah Kumpulan Balas,secara jujurnya aku lbih suka seandainya Kumpulan MaMu terpilih, x suka r kump BaLas x habis2 buat lawak Double meaning..x lawak pun..huhuhu berikut adalah kedudukan peserta mengikut pilihan aku..cewaahh aku jadi juri jap oh yeahh muahaha..
1)Pilihan Pertama Aku semestinya JOZAN..Sangat menarik okey..promo diorang masa sblum buat persembahan pun dh sweet..haha JOZAN buat muka sweet tau haha..
JoHaN muncul dulu di atas stage,,selepas itu dia pun menyanyi lagu Awie dan cuba tiru gaya Awie..part paling best bila Johan hayun2 kan rambut die gitu..Awie masa ni dh gelak2 dah tgk gelagat JoHaN. Selepas itu ZiZaN masuk dgn gaya ala2 budak2 gitu yg agak skema dan x berapa betul hahaha ada gak kadangkala nampak JOZAN tergelak juga tengok aksi masing2..Zizan mmg hyper habis..antara part kelakar pasal protoge n mentor tu haha diorang tukar jadi promtege n mental pastu lagu tunjuk ajar ku sifu jadi tunjuk ajarku siput sedut hahaha..aduhai mmg tersengih jer tgk gelagat diorang..idea trbaik..part diorang nyanyi tuh pun lawak..lagi satu part maksud nama A.W.I.E tuh..Aku Warrior Idaman Erra/Ehem Ehem..haha adeh, dah la ada Awie n Lisa kt situ kahkah aku x pasti part yg Zizan sebut nama Erra tuh dh dirancang or spontan..tpi nmpk cam spontan jer..apapun mmg terbaik laa..part yg Lisa suruh Awie komen tuh pun best JOZAN dah menyorok takut dikomen oleh Awie..comel jer...Awie pun dh gelak2 sampai kuar airmata sebab JOZAN dan die sendiri pun puji persembahan JOZAN beSt.

Nombor ke-2 pilihan aku adalah Kumpulan JaMBu..Diorang muncul peserta paling akhir buat persembahan..Ternyata sorakan dan sokongan yg diorang terima juga sama hebat mcm JOZAN..Persembahan diorang juga best..tahniah untuk JamBu kerana mendapat undian kedua tertinggi..
Nombor ke-3 pilihan aku adalah~BoBoi suke tengok Afdlin ckp pelat tuh hehehe tati die tene taca hahaha..terharu dengan Afdlin die cakap x undi Boboi pun xpe tapi sumbangkan untuk Gaza..
Nombor 4-ShiRo~diorang ni kelakar dlm cara yang tersendiri..kadang2 punch line yg diorang buat org x gelak, terus diorang tegur n kritik diri sendiri n pastu jadi kelakar lak benda tuh..haha
Num 5~ Saywho~agak kagum dgn diorang sebab diorang buat research benda apa paling hot di Malaysia skrg ni apa lagi kalau bukan drama Adam dan Hawa terus diorang ambik2 watak2 drama tuh Adam,Ain Hawani hehehe..n diorang juga cuba cakap KL gitu..usaha diorang ni wajar dipuji..
Num 6~ Kump BaLas..emm bagi aku diorang ni kelakar la jugak cuma bila masuk jer part double meaning aku terus jadi x berapa gemar..diorang ni masih x boleh nak lari dari lawak double meaning..walaupun dh ditegur byk kali still macam tuh lagi. Perserta lain mcm JOZAN boleh jer buat lawak terbaik tanpa perlu ada double meaning..
Num 7~The Bandung JoKer..kumpulan ni unik juga sebab ada dua kembar..mula2 masa diorang keluar berdua aku tercari jugak mana sorang lagi xkan berdua jer..rupanya sorang lagi brsembunyi dibahagian belakang..haha diorang buat lawak silap mata la kononnya.. tpi okey Laa gak
Num 8~Kump SaBoN~Nampak mcm kurang menyengat la gandingan sathiya dgn Abon..kurang lawak walaupun ada la sikit2..tapi ni baru minggu pertama kan tmbh2 xde penyingkiran la plak kan..
Num 9~Kumpulan R2 pun kurang best..mcm byk bercakap dari berlawak...
Num 10~Kump PiMai~diorang pun sama mcm bercakap jer banyak..penonton x berapa nak gelak pon..huhuhu
Num 11~Kump DaDiDu~emm diorang ni plak buat lawak yg aku dh biasa baca kat internet hahaha..pasal lif rosak naik tangga n lupa nk ambik kunci rumah..rasanya mcm xde org gelak lngsung..mungkin sbb xde penyingkiran diorang pun jadi x kisah sgt..Kump R2, PiMai dan DaDiDu mendapat undian paling rendah..
Gambar JOZAN sehari sebelum MLM2012 minggu pertama,diorang sempat main bola sama2 uolls kredit untuk instagram Zizan..apa pun gambar2 kat atas ni kredit untuk kak Nurul,Farahin,Buah Mulut.com dan lain2..terima kasih..

P/s~JOZAN gak yg best kan..apa lagi jom singgah n follow BLOG RasMi JOZANFC--> http://jozanrajalawakfc.blogspot.com

Read More »

16 Nov 2012

JOZAN BakaL Beraksi Esok dlm Maharaja Lawak MeGa

Assalammualaikum..
esok berlangsungnya Maharaja Lawak Minggu yg pertama..setelah sekian lama menunggu..akhirnya kini pasti..x sabar plak rasanya..mesti yang lain pun rasa mcm tuh gak kan..kesian para peserta mesti tgh sibuk practice dan reheasal serta berdebar-debar gitu..apa pun jgn lupa vote JOZAN..hehe tgk je cara undian kat gambar kt atas ni..gmbar tuh credit utk Nur Hazwani Ghazali hehe..aku sempat tgk prelude Maharaja Lawak Mega semalam yang menyaksikan Kump Balas,Kechik dan Mamu merebut satu tempat untuk ke Maharaja Lawak Mega 2012..suka dengan persembahan kumpulan MaMu kreatif sangat,lawak pun lawak,hope diorang terpilih join MLM2012 tuh..berbalik pada JOZAN x sabar nk tgk persembahan diorang mesti best..apapun aku sempat buat satu video mengenai JOZAN hehe awalnya dh janji dgn Fariha nak buat video JOZAN ala2 Bollywood sikit..tapi asyik tertangguh jer..so akhirnya jadi gak walaupun xde bollywood sgt,sekadar guna lagu bollywood versi rojak sbb liriknya byk bahasa inggeris..hehe..

Meh2..jemput2 tengok video den yg x seberapa ni..edit biasa2 jer..simple sgt..


Read More »

WoRdLess WedNesDay~SaHaBat

Read More »

To The Beautiful You~KoreaN DraMa Review


Assalammualaikum..
Semalam baru habis menonton Korean Drama To The Beautiful You..n hari ni terus buat review hehe bukan pe kalau biar lama2 nanti jadi malas plak nk buat dah so sementara ada mood ni tuh yg terus buat review..Drama ni memang best..walaupun ianya cerita remaja gitu tapi memang sangat menghiburkan..sangat berbaloi menontonnya..kelakar,sweet,qiut semua ada dalam cerita ni..Drama ni banyak muka budak2 hensem k..haha n ada 16 episod semuanya..drama ni mengajar erti persahabatan,cita-cita,harapan dan Impian,kasih syg dan mcm2 lagi so x rugi menonton..konform terhiburnya =)
Drama ini mengisahkan Goo Jae Hee yg merupakan gadis Korea tetapi tinggal di USA..Satu hari die ni tgk tv dan telah terinspirasi dengan atlet Lompat Tinggi Korea iaitu Kang Tae Joon yg berjaya memenangi Emas dlm Olimpik. Sejak Hari itu Jae Hee mula meminati dan menjadikan Kang Tae Joon sebagai idolanya. Wbgmnpun selepas itu K.Tae Joon bergelut dengan kecederaannya yg memungkinnya terpaksa bersara dlm acara Lompat tinggi. Untuk melihat K.Tae Joon pulih semula dan kembali aktif dalam acara sukan lompat tinggi,G.Jae Hee sanggup datang ke Korea dan mengubah penampilannya dari seorang perempuan kepada lelaki dan memasuki sekolah yang sama dengan Kang Tae Joon. Maka selepas itu bermulalah hari2 yg penuh cabaran untuk G.Jae Hee..G.Jae Hee akhirnya menjadi rakan sekelas K.Tae Joon namun lebih memeranjatkan lagi bukan saja rakan sekelas tapi secara kebetulan G.Jae Hee juga menjadi rakan sebilik kepada K.Tae Joon..Namun diawalnya K.Tae Joon sangat dingin dengan G.Jae Hee dan die juga x suka berkongsi bilik dgnnya sempat juga la die menghalau G.Jae Hee tuh dari biliknya sebelum akhirnya terpaksa menerima G.Jae Hee menjadi roomate nyer & akhirnya menjadi rapat.
Apapun memang suka tengok Kang Tae Joon ni yg dilakonkan oleh Choi Min Ho ni ni hehe penuh gaya n mmg sangat popular kt sekolah die..awalnya die digambarkan agak dingin dengan semua org n die suka buat hal die sendiri x bercampur dgn org pendek kata nampak sombong sikit sedangkan die sebenarnya seorang yang baik hati, suka tengok dorm n bilik2 dlm asrama diorang dlm drama ni sangat cantik lorrr..akhirnya K.Tae Joon mendapat tahu yang G.Jae Hee ni seorang perempuan tapi die berpura-pura seperti x tahu yg G.Jae Hee ni prmpuan..byk kali jugak la die tolong G.Jae Hee sembunyikan rahsia G.Jae Hee dari terbongkar kpd kwn2 yg lain. haha dan paling best die akhirnya jatuh cinta pada G.Jae Hee =) suka tengok die ambik berat pada roomates die tu haha kalau G.Jae Hee x balik bilik selepas pukul 10 mlm mulalah die risau n akan keluar pegi mencari G.Jae Hee..so sweet..pastu sangat seronok bila tgk K.Tae Joon ni mula rasa cemburu melihat keakraban G.Jae Hee dgn kwn baiknya iaitu Cha Eun Gyeol..
Sememangya sangat seronok melihat telatah Cha Eun Gyeol ni die ni pemain bola Sepak posisi Striker n mmg die ni jenis happy go lucky,ceria sokmo die ni org pertama sekali yg baik ngan Goo Jae Hee selepas G.J.Hee masuk sekolah lelaki tuh..akhirnya lama kelamaan die juga merasakan die telah jatuh hati kepada Goo Jae Hee namun die sentiasa menafikan perasaannya kerana baginya G.Jae Hee adalah seorang lelaki bukan perempuan..jadi die sentiasa keliru dgn perasaannya dan kadang2 die merasakan dirinya adalah Gay sbb suka dgn G.Jae Hee yg disangkannya benar2 lelaki.haha sgt seronok tgk die jadi x tentu arah haha paling best bila die memberitahu perasaannya pada G.Jae Hee walupun die x tahu G.Jae.Hee adalah perempuan. AKhirnya bila die tahu G.J.Hee adalah perempuan die mmg rasa marah sbb rasa dipermainkan..

Watak lain yang aku suka adalah Seol Han Na, awalnya agak menyampah gak ngan die ni..die ni kira baik ngan K.Tae Joon sejak kecil lagi..K.Tae Joon anggap die dh mcm adik sendiri tapi die plak anggap K.Tae Joon lebih dari itu..Die Juga antara org yg awal dapat tahu yg Goo Jae Hee ni perempuan dan menjadi penghalang antara hbungan G.J.Hee dan K.Tae Joon..Namun aku suka part die mula berubah sikit pas die kaki die cedera tuh die akhirnya melepas K.Tae Joon dari sisi die..walaupun sbnrnya die x rela..
Okeylaa setakat nih jela bebelan aku pasal drama ni..rasa mcm pjg sgt dh ni hehe..kalau nk tgk cite korea yg best2 utk tahun 2012 bolehla tengok cerita ni nanti yer...
Jom tengok video lagu tema drama ni yg bertajuk Stand Up serta klip2 video dari drama ni..best lagunyer suke2..

P/s-Jangan lupa UNDI JOZAN For Shout Awards k..undi secara sms/online jumaat ni dah ada Maharaja Lawak MeGa 2012,akhirnya tiba juga..x sabar nk tgk =)
Read More »
Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017