-->

30 Jun 2013

OST Gu Family Book- Korean Drama



Assalammualaikum..
Akhirnya habis gak tengok drama Korea yang terbaru ni yang bertajuk Gu Family Book lakonan Lee Seung Gi ngan Suzy. 24 episod kesemuanya. Drama ni antara drama terbaru yg popular di Korea serta mendapat rating yang tinggi. Kalau dulu Lee Seung Gi berlakon dlm cite My GF is a Gumiho yg mana Shin Min Ah yang jadi GumiHo kali ni die lak yang jadi Gumiho versi lelaki punya lak. Gumiho tu boleh diibaratkan ala2 serigala jadian gitu..heehe..nanti aku buat review drama ni..kali ni just nak share lagu yang ada dalam drama ni..sedap gak lagunyer, tambah2 dinyanyikan sendiri oleh hero da heroin cite ni..lagipun Lee Seung Gi ngan Suzy memang asalnya penyanyi and kemudian diorang jadi pelakon. Jom layann

Lagu-Last Word nyanyian Hero cite ni-Lee Seung Gi


Lagu-Dont Forget Me nyanyian heroin cite ni-SuZy


Read More »

29 Jun 2013

WaLa JuaRa RaJa LaWak MuSim Ke-7

Assalammualaikum..
Setelah berhempas pulas selama 12 minggu, akhirnya kemenangan berpihak kepada kumpulan WaLa..Memang dari awal dah agak Wala berpotensi untuk menang sebab diorang sentiasa konsisten n x pernah berada di bottom three pun..Berbalik pada Final RL7 semalam. Wala yang dibantu oleh Rahim R2 untuk segmen pertama terus menggegar stadium MBSA Shah Alam dengan aksi kelakar mereka. Walaubagaimanapun Wala diberi saingan sengit oleh Kumpulan SakaN. Namun Kumpulan SaKaN terpaksa berpuas hati di tempat kedua.
Tempat Ketiga jatuh kepada Kumpulan BoRa dan tempat keempat pula milik kumpulan GaMat.apapun tahniah kepada kumpulan WaLa kerana diorang memang layak menang. JOZAN juga kembali menjadi Hos RL7 dan berjaya membuat final RL7 Meriah habiss..
Read More »

26 Jun 2013

Beauty


Read More »

25 Jun 2013

JuaRa MasterChef SeleBRiti Msia MuSim Ke-2 SyuRa Atau CeliNa?


Assalammualaikum..
Akhirnya Masterchef Selebriti Malaysia bakal melabuhkan tirainya malam ni..Semalam menyaksikan Rozita Che Wan tersingkir dan memberi laluan kepada Syura dan Celina untuk ke Final MasterChef. Kalau kita imbas balik Final Masterchef Selebriti Msia Musim pertama menyaksikan kaum lelaki yang mendominasi final. Berbeza untuk musim ini yang menyaksikan wanita yang ke Final. Seimbang gitu hehe..Berbalik pada sape yang akan menang malam ni?? kalau tengok Syura memang teror bab2 masakan melayu manakala Celina pula mmg cekap memasak masakan barat.
Dari segi konsistensi mungkin Celina ada peluang nak menang sebab cabaran2 sebelum ni die yang selalu menang..Tapi Syura pun ada gak menang..n ada gak dengar khabar angin yg mengatakan Syura yang bakal menang sebab Masterchef ni bukan siaran langsung sebaliknya rakaman. Jadi pemenangnya memang sudah diketahui cuma dirahsiakan jer..

Jadi betul ke Syura yg menang? tunggu jerla malam ni..hehe sebab Celina juga bukan calang2 peserta untuk dikalahkan..

Read More »

24 Jun 2013

SupRise ZiZaN For JoHaN Part 2

Assalammualaikum..
Hari ni nak cite pasal JOZAN..Sebelum tu semua dah baca tak entry ni -> (SupRise ZizaN For JoHaN).. hehe..ni ada jumpa gambar lagi masa majlis JoHaN tu..credit untuk blog JoZaN Fc gambar ni ada JoHaN,Zizan & Ozlyn sweet jer..ramai gak yang mintak nak tgk gambar Zizan Kiss pipi JoHaN tu termasuklah aku hehe tapi masa adegan tu memang xde sape yang sempat tangkap gambar sebab tak silap aku masa tu diorang semua tengah makan. Jadi semua berlaku sekelip mata jer xde sape yg ambik gambar..maybe semua terkejut tengok Zizan datang pastu semua terus terpaku tengok kesweetkan JOZAN hehe..untunglah sape yang gi bukan senang nak tengok JOZAN dalam satu event tau sebab masing2 busy..
Gmbar atas ni credit to Jozannerz Dsyg

Apapun jumaat ni dah Final Raja Lawak Musim Ke-7 n JOZAN is back hehe..
Read More »

22 Jun 2013

CheongDamdong ALice-Korean Drama Review

Assalammualaikum..
Okey hari ni nak buat review drama Korea yg aku dah tengok baru2 ni iaitu Cheongdamdong Alice, actually dalam drama ni xde pun nama watak Alice hihi cuma nama Alice tu diorang amik sempena nama filem Alice In Wonderland sebab dalam drama Korea ni ada perlambangan sikit dengan filem tu..sape yang dah tengok drama ni mesti faham apa maksud aku..bagi aku drama ni banyak pengajaran, n ada 16 episod kesemuanya. Para pelakon drama ni famous2 jugak seperti Moon Geun Young, Park Si Hoo, So Yi Hyun dll. 2 Heroin drama ni iaitu Moon Geun Young ngan So Yi Hyun pernah jadi guest dalam Running Man.
Basic cerita ni lebih kurang pasal jurang antara Kaya dan Miskin. Aku suka tengok lakonan hero dan heroin drama ni best sangat. Contohnya Moon Geun Young lakonan die nampak tegas dan menyakinkan berbeza masa die jadi guest kat RM dulu cam budak2 qiut jer tpi bila die start berlakon mmg terbaiklah. Hero drama ni pun best suka dengan wataknya yang gila2 tu depan orang die memang nampak perfect tapi sebenarnya die ada masalah tekanan perasaan hihi bila takde orang die mula jadi tak betul sikit lawak dan comel hehe..
SiNoPsis
Han Se Kyung seorang yang rajin dan berusaha keras untuk mencapai impiannya sebagai Fashion Designer. Namun disebabkan keluarganya hidup susah die x dapat sambung belajar di luar negara. Tapi die percaya dengan usaha keras die mampu mencapai impiannya. Akhirnya setelah susah payah die berjaya mendapat kerja sbg Designer di Syk GN Fashion. Namun begitu Han Se Kyung tidak tahu yang dirinya mendapat kerja atas pertolongan musuh ketatnya di sekolah menengah dulu iaitu Seo Yoon Jo yang kini menjadi isteri kepada Presiden Syarikat berkenaan. Seo Yoon Jo sengaja melantik Han Se Kyung sebagai Personal Assistantnya dan ingin menunjuk-nunjuk yang dirinya lebih berjaya dan kaya dari Han Se Kyung. 
Han Se Kyung ternyata sgt terkejut bila melihat Seo Yoon Jo kini menjadi majikannya. Akhirnya die terpaksa bersabar dan akur kerana tidak sanggup menganggur lagi. Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, Boyfriend Han Se Kyung ingin berpisah dengannya atas alasan tidak mampu membahagiakan Han Se Kyung krn dirinya hidup susah serta perlu menguruskan maknya yg sakit sebelum akhirnya berhijrah ke luar negara. Dalam masa ini juga Han Se Kyung bertemu dengan Jean Thierry Cha/Cha Seung Jo ,yang juga seorang presiden syarikat dan anak orang kaya. Namun begitu Cha Seung Jo menyembunyikan identiti dirinya pada Han Se Kyung. Cha Seung Jo juga adalah bekas teman lelaki pada Seo Yoon Joo.
Dugaan datang menimpa apabila kedai ayahnya juga nak ditutup. Han Se Kyung mula hilang semangat dan tidak mampu bersabar, die berasa apa yang berlaku padanya tidak adil. Akhirnya die memutuskan ingin mengikut jejak langkah Seo Yoon Joo iaitu mencari jalan pantas untuk hidup senang iaitu dengan memikat anak orang kaya. Han Se Kyung meminta Seo Yoon Jo membantunya dalam misinya itu kalau tidak Han Se Kyung akan membocorkan rahsia Seo Yoon Jo. Akhirnya Seo Yoon Jo terpaksa membantu Han Se Kyung dengan memberikan diarinya. Dalam diari berkenaan Seo Yoon Jo telah menulis dengan lengkap apa yang dilakukannya dulu.
Misi pertama Han Se Kyung bermula dengan memikat Tommy Hong namun tidak berjaya akhirnya die beralih kepada Presiden Jean Thierry Cha yang mana die tidak tahu bahawa Jean Thierry Cha dan Cha Seung Jo adalah orang yang sama. Cha Seung Jo menyamar sebagai Setiausa kpd Jean Thierry Cha. Cha Seung Jo tidak tahu motif sebenar Han Se Kyung tapi akhirnya die telah jatuh cinta padanya. Begitu juga Han Se Kyung juga jatuh cinta pada Cha Seung Jo. Walaubagaimanapun Han Se Kyung mengetepikan perasaannya dan meneruskan motifnya untuk mendekati Presiden Jean Thierry Cha. Manakala Seo Yoon Jo pula tidak tahu siapa lelaki yang ingin Han Se Kyung pergunakan untuk jadi kaya.
Akhirnya Han Se Kyung mengetahui yang Cha Seung Jo sebenarnya adalah presiden Jean Thierry Cha. Han Se Kyung berasa bersalah atas perbuatannya tapi masih meneruskan misinya. Perbuatan Jahat Han Se Kyung telah diketahui oleh Tommy Hong dan die mengugut Han Se Kyung untuk meninggalkan Cha Seung Jo. Akhirnya Han Se Kyung memutuskan untuk membuat pengakuan kepada Cha Seung Jo atas segala perbuatannya namun dihalang oleh Seo Yoon Jo yang akhirnya mengetahi Han Se Kyung bercinta dengan Ex-Boyfriendnyer dulu. Akhirnya Han Se Kyung, Seo Yoon Joo,Tommy Hong telah bersepakat untuk merahsiakan dan membuat perjanjian antara mereka. Namun pakatan dan rahsia mereka telah diketahui oleh adik ipar Seo Yoon Joo iaitu Shin In Hwa. Maka apa yang akan terjadi kepada mereka semua???kenalah tengok drama ni hehehe..best ending die..rugi tak tengok..
Selain watak2 diatas aku suka gak dengan watak bapa kepada Cha Seung Jo ni ego giler hehehe tapi tetap sayang dgn anak die..Han Se Kyung ni lah yang cuba merapatkan hubungan bapa dengan anak yang renggang tu..Selain itu, Han Se Kyung dan Seo Yoon Joo yang bermusuh masa Zaman sekolah mula berubah menjadi kawan bila diorang sering berjumpa. Tommy Hong masa mula2 memang agak x best watak die tapi bila die start jadi baik n sering tolong Han Se Kyung seronok plak tengok die hihihi..

Watak Perwatakkan..


Read More »

SupRise ZizaN For JoHaN

Assalammualaikum..
Hari ni nak cite pasal JOZAN hihi ada something sweet yang berlaku ahad lalu..kalau Jozannerz konform semua dh tahu pasal ni. Sebenarnya 13 Jun yg lalu adalah Birthday JoHaN. Zizan punya besday dah lepas dah April lalu, so 16 Jun 2013 JoHaN ada buat Majlis Sambutan Hari Lahirnya sekali dengan Kenduri Kesyukuran serta Kenduri Menyambut Ramadhan di Hotel Flaminggo kalau x silap hehe..So ramai peminat yang hadir antaranya dari Johan FC, JOZAN FC, Johan FC SG, JTF, Anak2 Yatim pun ada sekali. Macam aku memang x gi sbb biasalah dok jauh, aku dengar cerita2 dari mereka2 yang pergi ke Majlis tu..nampaknya semuanya memang enjoy kat sana..paling tak dijangka adalah kehadiran Zizan.
Memang ramai yang tak sangka Zizan akan datang sebab dengar cerita Zizan x berapa sihat, pastu ahad ritu die busy dgn Melodi pastu die nak gi Paris lagi tapi die tetap muncul di Majlis JoHaN. Sweet kan..Paling sweet bila Zizan datang je, die terus cari JoHaN and masa tu pulak JoHan tengah makan, Bila Zizan nampak Johan terus die peluk Johan dari belakang n Kiss Pipi JoHaN hehe jeng jeng jeng..so sweet..kali kedua Zizan kiss pipi Johan hihi..tapi sayangnyer xde gambar or video sebab majlis JoHan tu private party, jadi Fans yang datang x dibenarkan ambik gambar, jurukamera disediakan disana. Aku sendiri pun x jumpa banyak gambar pun, jumpa sikit2 jer..video pun sama x de..jadi sweet moment JOZAN tu memang x dapat dirakamkan atau divideokan hanya individu yang melihat adegan tersebut jer yg menceritakan so korang bayangkan sendiri lah ek hihihi..
Selain tu JOZAN ada main games jugak kat sana..maybe games dalam Super Spontan dulu tu kot..hihi jadi sape yang gi memang bertuah kot..sebab JOZAN in The house..kiteorg yang duduk jauh dapat dengar cerita jerlaa dari diorang yang gi tu hehe..nak buat camne redhooo..hehehe Dulu masa Sambutan Besday Zizan tahun 2011 kot JoHaN ada datang (Tgk gmbar atas ni) kali ni Sambutan Besday JoHaN, Zizan lak yg datang..seri gitu hehe..Selain Zizan, Afdlin Shauki pun ade datang Majlis Johan tu.
Lastly ada jumpa Picture peminat bertuah yang dpt bergambar dgn JOZAN ahad hari tu..credit to owner picture diatas..
Read More »

Eyes That See The Best

Read More »

Stand By My Side

Setuju 100% 
Read More »

JOZAN Di Minggu Kesembilan RaJa Lawak Musim Ke-7

Assalammualaikum...
Lagi 2 minggu baru Final aku ingatkan minggu ni yang final, x sangka pula musim kali ni panjang pula sampai 12 minggu semuanya.Apa pun jom tengok apa yang menarik di minggu Ke-9 yang lalu..

Antara Yang Menarik Di Minggu Ke-9 RL7

-Tema Minggu ke-9 adalah Jurujual dan Radio.
-Masa nak perkenalkan juri iaitu isma jer biasalah die ada menyanyi-nyanyi sampai Johan kena cakap perkataan "sudah" banyak kali, hehe bila Isma dh stop Zizan pulak bergurau dgn cakap cara2 nak mengundi Isma dalam Raja Lawak.
-Johan pun sampai tersasul, die nk cakap "Baiklah" tercakap "Baliklah" hihihi.
-Sebelum iklan, Johan sempat cakap Cina sebelum Zizan pun ikut cakap Cina gak hihi..
-Waktu JOZAN Perkenalkan rakan artis yang hadir, diorang sempat mengusik Mamat Sepah dgn memanggilnya "Mamat Sepu" hihi, dan masa nak perkenalkan Saleem Iklim sempat lagi diorang menyanyi sekejap lagu Saleem.
-JoHaN nak tiru gaya dan suara Saleem Iklim tapi x berapa menjadi sebab jadi suara Awie pulak, Zizan pun tegur macam suara Awie terus semua pun gelak2.
-Selepas Kumpulan Sakan selesai buat persembahan, JOZAN pun masuk lalu Zizan ada tanya kat salah sorang dari kump sakan tu "ni juliana evans ker" hehehe..
-Ketika Zizan baca komen2 di Twitter, die ada tambah sikit cakap "Zizan dan Johan comelnyer" pastu Johan cakap "Jangan bacalah tu biar orang bacalah" hihi Zizan pun jawab "Okey" pastu tiba2 Johan cakap gini "Johan more cute than Zizan" terus Zizan dan penonton ketawa hihi..
-JOZAN ada mengusik Ac pasal kereta hehe comel jer masa ni hihihi..
-Lepas Kumpulan Okay selesai buat persembahan, Johan pun bercakap-cakap dengan salah sorang dari Kump Okay manakala Zizan lak gi duduk atas kerusi yang ada kat situ, kemudian tak lama pastu Johan tanya kat Kump Okay "eh sape uolss, Sape ni beb?" sambil tunjuk ke arah Zizan, Pastu Johan berjalan ke arah Zizan sambil cakap "Hensemnyerr abang ni" dgn gaya manja gitu heehe pastu Johan cuba usik Zizan konon2 nak kiss die haha Cuak Zizan sebab die duduk atas kerusi x dpt nk elak kalau Johan nk kacau2 die, pastu Zizan cakap "Jangan Johan2x janganlah" pastu Zizan berdiri n angkat jari die & buat adegan Dont Say Any words gitu terus Johan gelak2 dah. Sweet JOZAN masa ni.
-Masa Juri beri komen pada persembahan kedua Boy, Isma bagi komen dengan lancar, bernas n tanpa menyanyi langsung straigt to the point, pastu terus JoHaN puji Isma sebab die x menyanyi masa bagi komen hihi.
-Waktu Kumpulan Sakan selesai dengan persembahan kedua mereka, JOZAN pun macam biasa dtg ke depan pentas pastu Johan Mintak Muzik Happy satu kemudian terus keluar lagu Tamil, apa lagi memang sakan lah JOZAN menari comel jer, Johan menari pastu jatuh n kemudian Zizan cakap kt Johan "bangun, dik, abang dah cakap jangan main" comel jer Zizan cakap gitu kat Johan, pastu tak habis cakap lagi lagu Tamil tu keluar lagi hahaha terus JOZAN sambung menari balik, lawak masa ni kemudian Johan lari ke belakang pentas, n bila muzik dah berhenti Zizan cakap "Mana Makhluk tadi" hehehe...
-Selesai juri beri komen pada kump Sakan tu, lagu tamil tu keluar balik terus JOZAN dan Kump Sakan menari-nari atas pentas.
-Lepas Zizan umumkan undian telah ditutup, tiba2 Kump JaMBu (Tauke & Yus) naik ke atas pentas, rupa-rupanya kump JamBu akan ambil alih jadi Hos Raja Lawak untuk 2 minggu iaitu minggu ke 10 dan minggu ke 11, dan konon-kononnya JOZAN tersingkir gitu siap JOZAN buat muka sedih jer. Rupa-rupanya JOZAN ada kerja dalam tempoh 2 minggu tu sebab tu Kump Jambu ambil alih, n di Final JOZAN akan jadi Hos balik.
Mula2 memang ingat Gimik jer rupanya memang betul JOZAN xde dua minggu, kecoh gak la kat twitter pastu sebab ramai x puas hati JOZAN xde tapi nak buat camne JOZAN ada kerja. Ramai yg mengagak JOZAN terlibat dalam Anugerah Blokbuster sabtu ini sebab tu diorang xde kat RL7, Kemudian dgr cite juga Zizan nak ke Paris Shooting jadi sbb tu JOZAN xde.
-Lepas selesai pengumuman Kump Jambu akan jadi Hos selama 2 Minggu tu terus keluar lagu tamil tu balik hehehe apa lagi diorang semua start menari balik hihi.
-Waktu Penyingkiran, JOZAN baru cakap sikit terus keluar lagu tamil tu hehe apa lagi memang menari laa jawabnyer hihi pastu Johan cakap "cukup kurang ajar apabila bermain lagu-lagu yang dirasuk" kemudian Zizan lak cakap "Tolong jangan lakukan ini kepada kami krn keadaan ini sgt serius dan sgt genting apabila kami." tak habis cakap terus lagu Tamil tu keluar hihi dah menari balik semuanyer comel jer. Bila lagu tamil tu dah berhenti Johan sambung cakap "Ini membuatkan kami penat" pastu Zizan lak cakap "Ini membuatkan kami rasa perlu Jambu ganti kami jadi tolonglah.." pastu lagu tamil tu keluar sekali lagi hihi terus JOZAN pun menari hehe. Lepas menari Zizan terus gelak2 kemudian JoHan cakap "kurang ajar sape yang jaga sound" hihi kemudian Zizan plak tanya "Sape budak sound ni?memang nak kena sound ni"
-Boy tersingkir di minggu ke-9 RL7.
Read More »

20 Jun 2013

Kesetiaan

Read More »

19 Jun 2013

WordLess WedNesday- LeLaKi

hehehe setuju ke tidak???cer komen2x
Read More »

16 Jun 2013

Nantikan Reviewnyer

Assalammualaikum..
Semalam baru habis tgk drama kt atas ni hihi..nanti aku buat review, sekarang ni malas lagi nk buat review semua..tajuk drama ni Cheongdamdong Alice, pernah ditayangkan di chanel One HD kt astro..tapi aku xde chanel tu jd lyn kt tenet jer..last episod drama ni ditayangkn di Korea pada Januari 2013 yg lalu..Jalan cerita die best gak..
Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017