-->

28 Feb 2014

Ubat Sakit Hati

Read More »

27 Feb 2014

Shila Amzah Masuk Pertandingan I Am A Singer 2 Di China

Assalammualaikum
Memang terbaiklah nyanyian Shila dalam pertandingan nyanyian di China iaitu I Am A Singer. Shila berjaya memukau seluruh penonton disana sekaligus mendapat tempat kedua di minggu tersebut. Satu pencapaian yang membanggakan, disamping video nyanyian Shila turut mendapat view yang tertinggi setakat ini di Youtube. Perasan juga Shila juga turut dibandingkan dengan penyanyi GEM yang turut join pertandingan yg sama. Moga di minggu akan datang Shila akan terus bagi yang terbaik lagi, tahniah untuk Shila Amzah. Jom tengok nyanyian Shila yg superb di dalam video dibawah ini.


Read More »

26 Feb 2014

Review Running Man Episode 186 With CN Blue

Assalammualaikum..
Baru lepas menonton Ep 186 Running Man yang mana guestnya adalah kump CN BLUE & Shim Eun Kyung. Baru perasan yg Shim Eun Kyung ni adalah pelakon utama filem Sunny, patutla muka die familiar gitu hehe. Ada 3 team iaitu Team Kuning yang diwakili oleh Jaesuk, Suk Jin, HaHa & Gary, Team Merah pula diwakili oleh Jong Kook, Kwang Soo, Ji Hyo dan Eun Kyung. CN Blue pula mewakili team Biru. Di permulaan episod ketiga-tiga team telah diperkenalkan secara ala2 Boy Band gitu siap menyanyi dan bermain muzik hihi. Game pertama yg diorang main adalah game makan2.
Lawak bila semua team nak kan kad yg tertulis Fail untuk diorang meneruskan makan makanan yg sedap2 lagi. Game seterusnya antara game favourite aku sebab diorang semua ke Nansan Tower dan main game dengan pengunjung dan pelancong kat situ. Game yg paling aku suka masa diorang semua kena cari huruf2 tu untuk membentuk satu perkataan, part ni lah banyak perebutan berlaku, rampas merampas dan lari sekuat hati untuk menyelamatkan sebanyak mana huruf yang mereka dapat sebelum dirampas oleh team lain. Lawak habis game ni.

Game Seterusnya pun best yang mana kali ni diorang boleh pilih game mana yg diorang nak main lepas cari 2 kotak hadiah yg berisi tajuk setiap game. Game kali ini x perlukan stamina tinggi atau kena berlari laju sebaliknya bergantung pada tuah/nasib masing2 ketika main game tersebut. Nama game tu aku x ingat sangat antaranya Game Mr cylinder, Game Titanic, Game duit syiling. Lebih kurang gitulah namanya hehehe, memang suspen jer game tu walaupun game tu agak senang nak main. Last game diorang main adalah game yg kena lekatkan warna team masing2 kt roda besar tu kemudian pusingkan. Diwarna mana yang roda tu berhenti, itulah pemenangnya dan pemenangnya digelar sebagai The Face Of Seoul.
Semestinya pemenangnya adalah team biru CN BLUE. hehe anggota CN Blue ni pun turut bergelar sebagai pelakon juga macam Jong Hwa dan lain2.

Review2 Drama Lakonan ahli2 CN Blue, klik tajuk dibawah untuk membaca review drama tersebut-

P/s-Tak sabar tunggu episod Running Man In Australia with Rain & Won Bin hehe..
Read More »

25 Feb 2014

Segmen : Pencarian Bloglist March dan Review Blog by HJ

Assalamualaikum. Peace Upon You


Klik banner untuk join
Tamat 28 Feb 2014


Read More »

24 Feb 2014

Pemikiran Fanatik K-Drama

HEHEHE lawak betul gambar diatas hihi..maybe utk yg terlampau fanatik mungkin fikir camtulaa hahaha
Gambar yg 2009 tu adalah pelakon Jang Geun Seuk dari Drama Your Beautiful.
2011- Lee Min Ho dari drama City Hunter
2012- Joo Woon dri drama ape ntah
2014- Kegilaan sekarang iaitu Kim Soo Hyun dari drama My Love From The Star dan ramai suka dgn drama ni..
Read More »

22 Feb 2014

Johan & Jep Di Skool Of Lawak

Assalammualaikum..
Lepas selesainya MLM2013, munculnya satu program baru yang mencari pelapis pelawak yang dikenali dengan nama Skool Of Lawak. Minggu ini masuk minggu kedua dan Skool Of Lawak ini akan menggantikan program Raja Lawak yang sudah bersiaran sebanyak 7 musim. Untuk kelainan hos nya juga ditukar sikit dari JOZAN (Johan dan Zizan) kepada JJ (Johan dan Jep) selain terdapat tenaga pengajar yang terdiri daripada Fauziah Nawi, Sabri Yunus, Khir Rahman dan Pengetuanya iaitu Hafsham. Juri2 untuk Skool Of Lawak ni juga best2 iaitu Datuk Rosyam Nor, Mamat Khalid dan Prof Razak Mohaideen.
Tarikan utama untuk orang tengok program ni mestilah sebab pengacaranya iaitu JoJep/ JJ. Walaupun memang rindu dengan gandingan Jozan, dengan aksi2 sweet diorang semua tu. Tapi gandingan Johan n Jep juga kelakar tambahan lagi Jep pun tengah popular sekarang ni dan Zizan pula tengah busy shooting filem kan dan mungkin gak nanti2 busy buat persiapan kahwin ker hihihi. Tak tahulaa kalau gandingan JJ ni boleh ada aksi sweet2 gak sebab rasanya Jep memang x biasa nak bersweet-sweet ni hehe. Tapi bila tengok minggu pertama diorang jadi hos ni okey gak, cuma peserta jer yang kurenggg sikit. 
Komen juri2 untuk peserta Skool Of Lawak ni boleh tahan pedas gak laa..cuma bila tengok para peserta SOL ni banyak muka familiar kot hahaha kebanyakan mereka dah pernah join Raja Lawak dan program realiti lain. Ada yang pernah join MLM gak serta ada gak yg tersenarai dlm top 5 ABPBH pun masuk Skool Of Lawak gak. Ada gak adik beradik pelawak lain yg turut masuk SOL. Tak kisahlaa kan familiar ke tak, Good Luck untuk mereka semua..
Read More »

21 Feb 2014

Latest Part- Borak-borak JOZAN

Assalammualaikum..
Baru2 ni ramai yg perasan Zizan komen di Instagram Jozlynn..Tapi yang balas komen tu Ozlyn lah hihi comel jer diorang borak2. Topik yang diorang borak adalah pasal berkhatan hahaha sebab anak Johan yang sulung baru berkhatan tetiba Zizan bagi komen kt gambar di insta diorang. Apapun sweet jer, walaupun diorang lama tak jumpa tapi still sweet. Apapun untuk peminat JOZAN kena tunggu Jozan The Musical yang akan dipentaskan di Istana Budaya nanti. Hope gak diorang join MLM2014 sebab baru senang nak tengok diorang tiap2 minggu di tv dan semua org boleh tgk diorang di TV berbanding tak semua yang dapat ke Istana Budaya tu.

P/s- Pelik gak kenapa ABPBH x amik JOZAN jadi Hos/Penyampai Anugerah/Perform di ABPBH..Macam boringgg jer ABPBH tu nanti.
Read More »

20 Feb 2014

Kawan Kita Semua

Read More »

19 Feb 2014

Erra Fazira Sah Bercerai Talak Satu Dengan Engku Imran


Shah Alam: Spekulasi rumahtangga membabitkan pelakon popular, Erra Fazira akhirnya terlerai apabila dia sah bercerai talak satu dengan suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini.
Perceraian itu direkodkan dihadapan Hakim Syarie Mohammad Adib Husain selepas pasangan itu bersetuju untuk bercerai secara baik.
Bekas Ratu Cantik Malaysia 1992 itu memfailkan permohonan cerai secara baik dan permohonan hak penjagaan anak itu semalam masing-masing mengikut Seksyen 47 dan Seksyen 82 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003.

Pasangan berkenaan bersetuju untuk menyerahkan hak penjagaan anak perempuan mereka, Engku Aleesya, 5, kepada Engku Emran.
Bagaimanapun, Erra Fazira mendapat hak lawatan bermalam, cuti sekolah dan cuti perayaan yang diberikan secara bergilir-gilir. Pada prosiding itu Erra Fazira, 40, diwakili peguam Ahmad Nazib Johari manakala Engku Emran, 39, diwakili peguam Roshdan Sujak Rafie.
Erra Fazira berkahwin dengan Engku Emran pada 25 Oktober 2007 di Restoran Puteri, Taman Tun Dr Ismail. 
Sebelum ini Erra Fazira pernah mendirikan rumahtangga dengan anggota kumpulan KRU, Yusry Abdul Halim pada Jun 2003, namun perkahwinan mereka hanya mampu bertahan selama tiga tahun.    (SumBer..)
Gambar2 credit to Google
P/s- Dah takde jodoh, Moga Erra tabah menghadapi dugaan ini.

Read More »

18 Feb 2014

Sinopsis Drama Jika Itu Takdirku Slot Akasia

Assalammualaikum..
Seperti semua tahu drama Ariana Rose.. telah pun berakhir pada minggu lalu. Maka drama yang bertajuk Jika Itu Takdirku lakonan Shah Iskandar dan Intan Ladyana akan menggantikan drama Ariana Rose untuk Slot Akasia bermula pada isnin 17 Feb ini. Drama Jika Itu Takdirku bukanlah dari adaptasi novel seperti drama2 sebelum ini. Apapun jom layan sinopsis drama ini..

Sinopsis Jika Itu Takdirku..

Jika Itu Takdirku menceritakan tentang Hakimi (Shah Iskandar) yang menghidap amnesia selepas kemalangan jalan raya enam tahun yang lepas. Hakimi rapat dengan Dr. Hamza (Arash Mohd) yang merawatnya. Suatu hari, apabila Dr Hamza menjemput Hakimi makan malam di rumahnya, Hakimi tertarik dengan gambar anak Dr Hamza iaitu Umairah (Intan Ladyana) yang juga seorang doktor. Walaupun Hakimi tidak mempunyai sebarang ingatan tentang Umairah, namun dia telah jatuh cinta dan bertindak untuk melamarnya sebagai isteri. Dr Hamza dan isterinya, Puan Zainah menerima baik lamaran Hakimi. Umairah bingung dengan tindakan Hakimi kerana hakikatnya mereka berdua mempunyai kisah silam yang telah meninggalkan sejarah hitam dalam hidup Umairah. Umairah tidak pasti jika Hakimi hanya mahu mempermainkannya atau mempunyai muslihat lain. Kisah silam itu juga telah menyebabkan Umairah menjadi seorang yang pendiam dan pintu hatinya sukar terbuka untuk mempercayai cinta lagi. 

Akhirnya, Umairah setuju sebab dia masih lagi menyayangi Hakimi dan mereka telah ditakdirkan bersama selepas musibah yang terjadi pada 7 tahun lepas. Umairah sering terganggu dengan kenangan pahit dan menjauhkan diri daripada Hakimi. Hakimi tidak pernah berputus asa untuk memikat hati Umairah dan memberi ruang kepada Umairah untuk menyesuaikan diri dan mencintainya seperti pasangan suami isterinya. Hakimi terserempak dengan Azri (Shukri Yahaya), seorang kawan lama yang cuba memberitahu hubungan Hakimi dan Umairah pada masa lalu. Hakimi bertanya kepada Umairah. Umairah enggan memberikan sebarang jawapan sehingga Hakimi mula menggeledah barang-barang lama Umairah. Umairah bengang dengan tindakan Hakimi dan dia telah bertindak keluar dari rumah apabila Hakimi memaksanya menceritakan hal yang sebenar.

Hakimi rayu Umairah memaafkannya dan memberikan peluang untuk menebus kembali penderitaan yang dialami oleh Umairah. Hakimi juga meminta bantuan Umairah supaya mengingatkan kisah silam mereka dan memulakan hidup baharu dengannya. Umairah terlalu takut untuk berterus terang kerana bimbang Hakimi akan berubah fikiran selepas mengetahui hal yang sebenar. Selepas melihat kesungguhan Hakimi, akhirnya Umairah mengalah dan bersetuju untuk memulakan hidup baharu bersama-sama Hakimi. Selepas 2 bulan, Hakimi gembira apabila Umairah telah mengandung. Bekas teman wanita Hakimi, Qistina (Nina Iskandar) kembali menagih cinta dan berusaha untuk memerangkap Hakimi. Kali ini, hati Umairah dilukai lagi dan dia menjadi pasrah dengan Hakimi yang kembali dengan perangai lama yang suka berpoya-poya. Masih ada peluang buat Hakimi dan Umairah?

Klik pada tajuk entry dibawah untuk membaca artikel nya
Read More »

17 Feb 2014

Berdoalah..

Read More »

16 Feb 2014

Jep Sepahtu Perang Dingin Dengan Shahrol Shiro


Statement Shahrol

Statement Jep
Assalammualaikum..
Sape2 yang dah baca akhbar Harian Metro pasti tahu pasal isu gaduh/perang dingin antara 2 pelawak popular ini iaitu Jep Sepahtu dan Shahrol Shiro. Sebelum ini diorang memang rapat tapi ketika minggu2 terakhir MLM2013 dah start dengar pasal gosip kumpulan diorang yang bergaduh tapi masing2 menafikan. Ketika di Final MLM2013 waktu penyampaian hadiah dan semua peserta diatas pentas, memang nampaklahlah gaya Jep dan Shahrol yg seakan-akan cuba mengelak dari bertembung atau bersalam. Masa Sidang Media lepas Final MLM tu pun Jep dan Shahrol duduk bukan main jauh lagi, sorang utara, sorang kt selatan. Tak lama pastu para peminat dikejutkan pula dengan kes Jep unfollow Shahrol dari Instagram. Segala yang berlaku mengundang tanda tanya.
Akhirnya Shahrol telah memberitahu wartawan apa yang terjadi dan perasaannya. Kemudian Jep pula membuat kenyataan balas dan mengatakan tidak ada apa2 yg berlaku. Rasanya pasni mungkin Team Melodi ker Propaganza or Galaksi akan mencari diorang untuk mendapatkan statement di tv pula nanti. Apapun hope diorang akan berbaik-baiklah hendaknyer, sebab dalam dunia hiburan ni pusing-pusing diorang akan jumpa balik semula so buang yg keruh ambil yg jernih. Peace2 

P/s-Layan tengok Skool Of Lawak sbb nak tengok Johan dan Jep jadi hos, tapi peserta kurang best sgt maybe sbb baru minggu pertama. Apapun suka dgn juri2 nyer sbb masing2 profesional dan memberi komen ikhlas gitu kan berbanding juri2 MLM tu.
Read More »

Konsert Shah Rukh Khan Temptation Reloaded Live In Malaysia


Assalammualaikum..
Hari ni (Sabtu) bakal berlangsungnya konsert Temptation Reloaded Featuring Shah Rukh Khan (SRK), Madhuri Dixit, Rani Mukerji, Jacqualine Fernandez dan ramai lagi. SRK turut mengupdate status Twitternyer berkaitan dengan konsert ini. Beliau telah sampai di Malaysia pada pagi Jumaat yang lalu manakala di waktu petang pihaknya telah mengadakan Sidang Media. Ketika SRK tiba di KLIA Malaysia kelihatan die bertongkat akibat mengalami kecederaan ketika penggambaran filem Happy New Year. Walaubagaimanapun SRK telah pun menjelaskan keadaannya di Sidang Media yang dibuat.
Shah Rukh Khan berkata, keadaannya sudah beransur pulih dan yakin akan beraksi dengan baik di konsertnya nanti. "Saya boleh kata saya sudah beransur pulih dan yakin dapat menari dengan baik. Saya akan lakukan apa sahaja demi peminat Malaysia kerana terus terang ini negara yang paling saya sayangi. Saya akan menjanjikan persembahan yg paling menghiburkan dengan tarian-tarian yg akan dipersembahkan nanti". Ada yang pergi tak tengok konsert ni?? selamat menonton lah yer, dengar cerita harga tiket boleh tahan mahal gak..
Apapun mmg suka dgn SRK ni, dulu suka sgt tgk die bergandingan dengan Aishwarya Rai, pasangan ideal gitu. Madhuri ni pun aku suka gak masa dulu2 sebelum bertukar ke Aishwarya Rai plak lepas tu hehe. Rani pun den suka cuma filem die kebelakangan ni tak meletop sangat dah. Manakala Jacqualine Fernandez ni aku suka gak, lawa orgnyer aku suka tgk die dalam filem Aladdin tapi x brp suka tgk die dlm filem Race 2.

Gambar2 dan petikan kata credit untuk murai.com.my..
Read More »

14 Feb 2014

Episod Akhir Drama Ariana Rose

Assalammualaikum..
Hari ini merupakan episod terakhir (28) Drama Ariana Rose yang sedang hangat ditayangkan di tv3 menerusi slot Akasia. Drama yang dilakonkan oleh Fathia, Keith Foo, Hisham Hamid, Nabila Huda, Arja Lee dan ramai lagi sememangnya sangat popular. Di Twitter drama Ariana Rose ni hari2 trending okey. Rasanya semua dah tahu drama Ariana Rose ni adalah adaptasi daripada Novel popular yang bertajuk The Wedding Breaker. Aku pernah cari novel ni di kedai buku dulu2 tu tapi time tu novel tu dah habis plak so sampai sekarang aku x baca novelnyer cuma pernah baca sikit dalam blog penulis novel The Wedding Breaker tu.
Aku suka gak gandingan Fathia dengan Keith Foo ni..ni kali kedua diorang digandingkan dlm drama kalau aku x silaplah..Apapun happy bila Adam dan Ariana dah bernikah kan, cuma mmg x leh blah dgn mak dan adik tiri Ariana tu yg ada niat tak baik. Padan muka Liyana tu sebab abang die Ramzul masih hidup kan, pastu abang die yang bunuh die balik. Suke part majlis resepsi Ariana dan Adam, tema winter wedding gitu, grand uolls dah macam real plak majlis kahwin diorang ni hehe. Part Honeymoon kat London tu ada gak adegan Ariana merajuk pastu bila Ariana dah okey, Adam lak yg merajuk hihi sweet. Apapun memang layan  drama Ariana Rose ni.
'
Akhirnya drama Ariana Rose ni happy ending. Pas habis drama Ariana Rose ni, akan diganti dgn drama lakonan Intan Ladyana dan Shah Iskandar tajuknyer Jika Itu Takdirku..

Read More »

13 Feb 2014

Pesanan Imam Al-Ghazali

Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017