-->

31 Jul 2014

Risiko Mengupload Gambar Sendiri Di Media Sosial


Read More »

29 Jul 2014

Koleksi Kad Raya Tahun Ini

Assalammualaikum..
Tahun ini tetap dapat kad raya juga yang kebanyakkannya dari para blogger. Syabas pada blogger2 yang rajin mengamalkan tradisi menghantar kad raya ni. Gambar yang diatas ini adalah Kad Raya pertama yang aku dapat untuk tahun ini yeayy hehe. Ingat senang ker nk dapat kad raya zaman ni susah kot lainlah masa sekolah dulu memang byk dapat kad raya kan.
Terima Kasih pada blogger2 yang rajin & sudi menghantar kad raya pada aku. Sorry tak sempat nak review Kad Raya ni satu persatu. Apapun Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua.
Read More »

28 Jul 2014

Salam Aidilfitri Buat Semua

Assalammualaikum..
Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua pembaca/pengunjung blog ini. Semoga bergembira di Hari Raya ini yer..
Read More »

27 Jul 2014

Lagu & Lirik Jaga Dia Untukku Nyanyian Siti Nurhaliza (OST Rindu Awak 200%)

Assalammualaikum..
Lagu Jaga Dia Untukku memang tengah popular sekarang ni tambahan lagi lagu ni juga turut dijadikan OST untuk drama Rindu Awak 200%. Lagu ini merupakan single terbaru Dato Siti Nurhaliza yang turut dimuatkan dalam album terbaru beliau yg berjudul Fragmen. Memang layan lagu ni.. Jom tengok lirik lagunya serta dengar lagu Jaga Dia Untukku dibawah ini k.

Lirik Lagu Jaga Dia Untukku- Dato Siti Nurhaliza

Mahu ku bersama
Mahuku kesana diri ku tetap disini lagi
Waktu tak bicara
Lama terasa seakan terhenti mengiringiku
Tenanglah duhai Jiwa, tebarkan tulus doa
Ku kepadanya, saat ku tiada
C/O Oh Tuhan, jaga dia untukku
Kalaku masih jauh
Bagai menghitung resah
Berkepingan berderaian
Oh Tuhan, jaga dia untukku
Selamanya ku ada, mencipta syurga bersama
Menyayangi mendampingi dia
Terbangkan diriku,
Bersayap seribu biar detik menjadi laju
Langit pun mendengar
Jadi penawar mengusir debar jatuh ke dasar
Tenanglah duhai Jiwa, tebarlah tulus doa
Ku kepada padanya, saat ku tiada
Oh Tuhan, jaga dia untukku
Kalaku masih jauh
Bagai menghitung resah
Berkepingan berderaian
Oh Tuhan, jaga dia untukku
Selamanya ku ada, mencipta syurga bersama
Menyayangi mendampingi dia
Mungkinkah ini menguatkan kita
Lambang cinta
Ku dan dia
Ulang C/O



Read More »

26 Jul 2014

Benefits While Fasting

Read More »

25 Jul 2014

Sinopsis Drama Dosa Seorang Suami Slot Azalea TV3

Assalammualaikum..
Slot Azalea di Tv3 ada menayangkan drama baru iaitu Drama Dosa Seorang Suami yang menggantikan Drama Menantu Sepuluh Ribu. Drama ini dibarisi pelakon2 berpengalaman seperti Rusdi Ramli, Amyza Adnan, Leez Rosli, Beego, Cat Farish, Afzan dan ramai lagi. Jom layan sinopsis drama ini..

Sinopsis Dosa Seorang Suami..

mengisahkan Rafiq seorang usahawan yang berjaya telah ditakdirkan lumpuh sebelah badan akibat penyakit strok. Segala kekayaan dan kejayaan yang dikecapinya musnah. Rafiq hidup bertemankan kerusi roda. Setelah disahkan menghidap penyakit strok, Rafiq sering dijauhi oleh ahli keluarganya termasuk anak-anak dan isterinya. Anak-anak Rafiq antaranya Arisa (Keena), Arisz (Dazrin Kamarudin) dan Ramli (Afzan) juga tidak mempedulikannya. Malah mereka sering mencipta alasan untuk tidak berada di sisi ayahnya. 

Mujur ada pembantu selaku pekerja Rafiq iaitu Khamis (Cat Farish Ramli). Khamis sentiasa mengambil berat akan perihal tuannya. Khamis membantu Rafiq membersihkan diri, memandikannya, menukar pakaian, menghidang makanan minuman. Sesekala Khamis memberi sedikit tazkirah pada Rafiq dengan harapan agar tuannya terbuka hati untuk berubah. Rafiq orangnya keras hati, mudah marah. Sesekala ajakan baik oleh Khamis sering disalah tafsir oleh dirinya. Namun, Khamis cekal untuk membantu tuannya.
Rafiq sering terimbau kenangan silam. Kenangan ketika dia pernah mengecap kejayaan. Memiliki keluarga yang bahagia. Dek kesilapannya dalam mendidik anak dan isteri, akhirnya perbuatannya memakan dirinya. Isterinya tidak menghormatinya. Anak-anaknya menjauhkan diri. Segalanya bermula selepas dia jatuh sakitSaksikan segalanya dalam drama TV3 Dosa Seorang Suami. Adakah akan terbuka hati Rafiq untuk berubah? 

Bagaimana hubungan Rafiq dengan anak-anak dan isterinya nanti? Adakah mereka akan bersatu semula? Apa hubungan Maya (Watie Sadali) dengan rumah agam yang tersergam indah itu? Adakah Maya juga mengenali Rafiq? Sama-sama kita nantikan.
Read More »

24 Jul 2014

Lagu & Lirik Hujung Dunia Nyanyian Hanie Soraya

Assalammualaikum..
Layan gak lagu ni, best hehe, jom layan video lagu ini serta lirik lagu ni sekali..k..Oh yer mmg suara Hanie Soraya ni ada iras2 suara Amy Mastura sikit..

Lirik Hujung Dunia- Hanie Soraya..

Pikir sebelum bicara
Susah sebelum senang
Jatuh sebelum berjaya
Sedar sebelum terus hanyut
Menyanyi biar dari hati
Berjanji biar pasti
[chorus]
Hingga ke hujung dunia ini
Pasti adanya suka dan duka
Kamu dan aku
Hingga ke hujung dunia ini
Pasti ada menangis ketawa
Bersama-sama
(hingga ke hujung dunia) Hingga ke hujung dunia
Kurang kamu sesuatu
Pantas waktu berlalu
Terimalah seadanya
Tiada apa yang sempurna
Menyanyi biar dari hati
Berjanji ditepati
[ulang chorus]
Walau apa pun yang telah terjadi
Perlu tabah kau hadapi
Segala yang pernah kita lalui
Menjadikan kita yang hari ini
Lalalala lalalalala
[ulang chorus]
Lagu/Muzik Video Hujung Dunia




Read More »

23 Jul 2014

Expectation VS Reality Song Ji Hyo & Lee Kwang Soo (Running Man)




Hehehe Love them..Running Man Daebak!!.
Read More »

22 Jul 2014

Episod Akhir Drama Temptation Of Wife Versi Filipina Di TV3

Assalammualaikum..
Diam tak diam drama Temptation Of Wife (versi Filipina) telah pun sampai ke penghujungnya. Dah masuk 56 episod dah. Drama ni memang fenomena betul, rata2nya semua memang suka tengok drama ni. Pukul 3 petang semua dah bersiap sedia depan tv betul tak?hehehe dan drama ni memang hari2 Trending di Twitter okey. Sape x kenal dengan watak2 Marcel, Angeline, Heidi, Nigel, Chantal dan ramai lagi yang berjaya membuatkan para penonton beremosi menonton drama ni. Lepas ni mesti rindu dengan Angeline, Nigel dan lain2 hehe. Episod Akhir dimulai dengan babak Marcel kena tembak dengan Heidi. Sedih gak part Marcel mati tu.

Heidi yang ingin menembak Angeline tapi akhirnya tertembak Marcel n Marcel mati dan kesudahannya Heidi ditangkap lalu  dipenjarakan dan menghabiskan sisa sisa terakhir hidupnya di penjara lalu mati akibat penyakit kanser yg dihadapinya. Apapun sayu jer babak Angeline melawat Heidi di penjara tu huhu. Setelah menempuh pelbagai dugaan dalam hidupnya akhirnya Angeline bahagia bersama lelaki yang dicintainya iaitu Nigel. Mereka berdua akhirnya berkahwin dan bahagia. Pada yang terlepas menonton episod akhir Temptation Of Wife ni bolehla tengok di Tonton.com.my yer.
Read More »

21 Jul 2014

Big Man- Korean Drama Review

Assalammualaikum..
Hari ni nak buat Review Drama Korea yang bertajuk Big Man yang dibintangi oleh Kang Ji Hwan, Choi Daniel, Lee Da Hee dan ramai lagi. Drama ni ditayangkan di saluran KBS dan mempunyai 16 episod. Drama ini juga baru habis ditayangkan di Korea pada awal bulan lalu (Jun). Memang best layan drama ni, banyak pengajaran dan member inspirasi gitu. Seronok tengok persaingan antara 2 watak utama dalam cerita ni iaitu Kim Ji Hyuk dan Kang Dong Suk. Apapun memang sangat kesian bila tengok semua orang dalam cerita tu menipu Kim Ji Hyuk hidup2 dan Kim Ji Hyuk ni pula walaupun agak brutal tapi mempunyai hati yang baik dan lurus serta suka membantu orang lain.
Awalnya agak tidak suka dengan watak So Mira tu sebab die tak tahu apa yang die nak dan sape yang die nak pilih. Watak die cam lemah sikit n mengikut jer kata orang atasan namun dipertengahan episode barulah Nampak perkembangan watak So Mira ni, bila die cuba melawan dalam senyap. Aku perasan juga ramai yg suka kalau Kim Ji Hyuk tu bercinta dengan Kang Ji Ah yang merupakan adik Kang Dong Suk tu sebab Ji Ah lebih brutal gak n sesuai dgn Ji Hyuk hehe tapi Ji Hyuk memang dah sukakan So Mira dari awal lagi. Dalam drama ni ada gak cinta tiga segi yang mana Kim Ji Hyuk ngan Kang Dong Suk sama2 mahukan cinta So Mira.
Lakonan Choi Daniel sebagai Kang Dong Suk memang superb, memang geram jer tengok die berlakon jadi jahat pastu sentiasa tersenyum sinis gitu. Nampak die baik jer tapi sebenarnya die jahat. Die sntiasa memandang rendah pada K.Ji Hyuk dan sentiasa ingin mengalahkannya. Banyak kali die cuba untuk memusnahkan hidup K.Ji Hyuk dan juga org2 yg disayangi oleh KJH. Selain itu watak mak dan ayah Kang Dong Suk tu juga memang mengjengkelkan, sama2 jahat tu. Hanya Kang Ji Ah jer yang jujur dengan K.Ji Hyuk sebab tu KJH melayan K.Ji Ah dengan baik. Suka juga tengok karakter orang tua yang samseng tu yang menolong K.Ji Hyuk untuk bangkit semula dan Berjaya.

Pendek kata memang layan drama ni, brilliant gitu, suka tengok karakter Kim Ji Hyuk yang sayangkan orang disekelilingnya. Tak rugi layan drama ni, setiap episod penuh suspen dan buatkan kita tertunggu-tunggu apa yang akan jadi seterusnya?, bagaimanakah nasib K.Ji Hyuk? Adakah die mampu Berjaya dan mengalahkan Kang Dong Suk yang ego dan angkuh itu? Adakah So Mira akan memilih K.Ji Hyuk?
SiNopSis
Kang Dong Suk mengalami kemalangan dan memerlukan penderma hati secepat mungkin. Ibu dan Ayahnya menjadi terdesak untuk mencari hati baru untuk anaknya lalu menggunakan jalan yg salah dengan mengupah org utk mencederakan Kim Ji Hyuk lalu mengambil hatinya secara paksa. Semasa pembedahan Kim Ji Hyuk tiba2 sedar dan pembedahan terpaksa dihentikan. Untuk menutup kesalahan mereka, Ayah K.D.Suk menipu Kim Ji Hyuk yang K.Ji Hyuk adalah anak sulungnya yang hilang. Lalu mereka semua berpura-pura berlakon sebagai keluarga Kim Ji Hyuk dan KJ Hyuk yg naïf tu benar2 percaya akan pembohongan mereka lalu mula menyayangi mereka. Kang Dong Suk Berjaya mendapat hati yg baru dan mulai sembuh. So Mira merupakan pekerja syarikat Hyung Sung ditugaskan untuk menyediakan keperluan Kim Ji Hyuk termasuk menipu K.J.Hjuk. So Mira berasa sgt bersalah tapi terpaksa mengikut arahan org atasan. Dlm masa yg sama So Mira sememangnya bercinta dgn Kang Dong Suk. Wbgmanapun dirinya mula menyukai sikap KJ.Hyuk yg baik hati itu. 
Kang Dong Suk dan ayahnya mencuba pelbagai cara untuk menyingkirkan K.Ji Hyuk dari hidup mereka. Kang Ji Ah yg merupakan adik K.D.Suk telah lama jatuh hati pada Kim Ji Hyuk dan tidak percaya yg KJH adalah abang sulungnya. Dalam senyap2 K.J.Ah telah membuat ujian DNA ke atas KJH untuk mengetahui kebenaran dan dirinya telah membongkarkan kebenaran yg sebenar pada Kim Ji Hyuk. Kim Ji Hyuk tidak percaya yang dirinya ditipu hidup2 oleh keluarga K.D.Suk sehingga dirinya dimasukkan dlm penjara serta cuba dibunuh oleh mereka. Dia hilang arah namun cuba bangun semula demi membela nasib orang2 disekelilingnya yang tertindas atas tindakan syarikat Hyung Sung yg dimiliki oleh ayah K.D.Suk. Serta membalas dendam atas segalanya.

 Atas bantuan orang2 tertentu, Kim Ji Hyuk mula bangkit dan cuba berusaha memajukan syarikat namun segala tindakannya sentiasa dihalang dengan tipu helah Kang Dong Suk. Bermulalah persaingan antara mereka, Kang Dong Suk mula terpukul dengan kebangkitan dan kejayaan Kim Ji Hyuk dan dirinya akan melakukan apa saja untuk memusnahkan Kim Ji Hyuk.

Watak-Perwatakkan
1~
2~
3~
4~
Baca entry dibawah ni juga yer-

Review Drama Lakonan Kang Ji Hwan Yang Terdahulu

Review Drama Lakonan Jung Soo Min Yang Terdahulu

Review Drama Lakonan Lee Da Hee Yang Terdahulu
Read More »

20 Jul 2014

OST Drama Ramadan Jangan Pergi - Ketika Hati Mati Nyanyian Sahrul Gunawan

Assalammualaikum..
Mesti ramai layan drama Ramadan Jangan Pergi yg ditayangkan di Slot Samarinda Tv3 tu kan. Lagu2 dalam drama ni juga best2. Lagu tema drama ni dinyanyikan oleh Lufya yg memegang watak sebagai Nadia dlm drama ni. Ramai yg tertanya-tanya satu lagi lagu yang sedap didengar dlm drama ni. Apa tajuk lagu tu, sape penyanyi nyer. Lagu ni kerap muncul masa Johan kat masjid kan. Meh aku bgitau lagu tersebut bertajuk Ketika Hati Mati nyanyian Sahrul Gunawan. Memang sedap lagu ni, lirik die juga best. Jom layan lirik lagu ni beserta lagunya dibwh ini.
Lirik Lagu Ketika Hati Mati - Sahrul Gunawan.

Ketika hati mati, mulut terkunci
Mata pun buta, telinga pun tuli
Tak satu kebenaran bisa diterima
Nikmat Tuhan yang mana harus didustai
 

Mengakui Allah tak menyembah-Nya
Mengakui Rasul tak mengikuti sunahnya
Mengakui Qur’an tak jadi pedoman
Mengakui akhirat tak mempersiapkan bekal untuk mati


Mengakui Allah tak menyembah-Nya
Mengakui Rasul tak mengikuti sunahnya
Mengakui Qur’an tak jadi pedoman
Mengakui akhirat tak mempersiapkan bekal untuk mati


Mengakui Allah tak menyembah-Nya
Mengakui Rasul tak mengikuti sunahnya
Mengakui Qur’an tak jadi pedoman
Mengakui akhirat tak mempersiapkan bekal untuk mati


Ketika hati mati, mulut terkunci..


Baca Jugak -> Sinopsis Drama Ramadan Jangan Pergi Slot Samarinda TV3..


Read More »

19 Jul 2014

Segmen Jom Blogwalk ! by Mellya

Assalammualaikum.

KLIK BANNER UNTUK JOIN

Dengan sukacitanya Mellya merasmikan Segmen Blogwalk kecil-kecilan anjuran Mellya sendiri. Hihi harap ramailah yang sudi join. Tambah kenalan, tambah page views sekali ye.


TAMAT 24 JULY 2014.
Syarat penyertaan :

**SYARAT WAJIB**
Create post bertajuk "Segmen Jom Blogwalk ! by Mellya"

Tinggalkan link penyertaan di entry ini sahaja 

**SYARAT TAK WAJIB** 
Follow Blog dan tekan iklan yang ada

P/S : Terima Kasih daun keladi bagi yang menjayakan Giveaway Mellya dan Iola serta Simple Giveaway Projek Dress Bajet. Tahniah juga buat pemenang :)
Read More »

18 Jul 2014

Pesawat MAS MH17 Terhempas Di Ukraine

Assalammualaikum
 Satu lagi tragedi mengejutkan negara apabila Malaysia Airlines (MAS) mengalami satu lagi kemalangan pesawat selepas MH17 dilaporkan terhempas di Ukraine. 
Berita terkini oleh media asing melaporkan MH17 "ditembak jatuh" ketika ia berada pada ketinggian 30,000 kaki dan terhempas di Ukraine berhampiran sempadan Rusia. Pesawat MH17 itu dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal. 

AFP turut melaporkan beberapa mayat telah ditemui di sekitar lokasi pesawat terhempas dan serpihan dikatakan bersepah sejauh beberapa kilometer.
Ekor pesawat malang itu dijumpai di sebuah ladang jagung berhampiran manakala pasukan mencari dan menyelamat kelihatan di lokasi. Pesawat Boeing 777 itu berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengahari (waktu tempatan) dan sepatutnya tiba di Kuala Lumpur pada pukul 6.10 pagi Jumaat. Terdahulu, pesawat Malaysia Airlines MH17 dikatakan terhempas di Ukraine, lapor Reuter.


P/s- Malaysia diuji lagi, Takziah untuk semua keluarga mangsa..
Read More »

17 Jul 2014

CPUV Nuffnang - Woku Doki Campaign

Assalammualaikum..
Dua tiga hari lepas ada dapat satu lagi CPUV iaitu Woku Doki Campaign. CPUV Oldtown True White Coffee masih On Going. Alhamdulilah setakat ni ada 2 CPUV yang masih berjalan. Thanks to pihak Advertiser iaitu Woku Doki Campaign yg memilih blog ini dan tak lupa juga utk Nuffnang. Kalau x silap aku Woku Doki Campaign ni adalah dance contest dan tarian Woku Doki ni mmg happening gitu. Suka tengok video tarian Woku Doki ni. Sape yg terror menari bolehla try join dance contest Woku Doki ni. Untung2 boleh gi Jepun gitu.
Kalau korang nampak iklan kt atas ni di blog aku bolehlaa sudi2 sudikan untuk Klik yer. Terima Kasih pada mereka yg rajin klik2 iklan kt blog ini.

Baca ini Jugak..
Read More »

16 Jul 2014

Sinopsis Drama Rindu Awak 200% Slot Akasia TV3

Assalammualaikum..
Mulai hari ini di Slot Akasia Tv3, akan muncul satu drama baru yg diadaptasi dari novel yang bertajuk Rindu Awak 200%. Drama ini akan menggantikan drama Kerana Terpaksa Aku Relakan yang melabuhkan tirainya semalam. Drama Rindu Awak 200% ini dilakonkan oleh Zul Ariffin dan Ayda Jebat dan mempunyai 28 episod. Sape yang pernah tengok AF9 pasti kenal dengan Ayda Jebat ni. Ramai yang cakap novel Rindu Awak 200% karya Liyana Zahim ni best so diharapkan versi dramanya juga best lah kan. Apapun jom layan Sinopsis drama ni dibawah k.
Sinopsis Drama Rindu Awak 200%

Zill Faezrul terpaksa berkahwin dengan Armel Aisya kerana atas pilihan kedua ibu bapanya. Zill Faezrul pada mulanya enggan untuk berkahwin dengan Armel Aisya kerana masih lagi terkenang akan kekasihnya yang sudah meninggal dunia sejak 5 tahun lalu. 

Manakala, Armel Aisya juga tidak bersetuju pada mulanya untuk berkahwin dengan Zill Faezrul. Namun untuk membuatkan bekas teman lelaki Armel Aisya cemburu dan membuktikan bahawa dia juga boleh bahagia, Armel akhirnya bersetuju untuk berkahwin dengan Zill Faezrul. Selepas berkahwin, masing-masing membuat haluan sendiri. 
Mereka juga tidak bersefahaman dan saling tidak melengkapi antara satu sama yang lain. Armel juga langsung tidak mengenali Zill Faezrul iaitu suaminya sendiri. Zill Faezrul yang sentiasa menghilangkan diri juga menimbulkan tanda tanya kepada Armel. Ada kalanya, Armel juga pernah berfikir siapakah gerangan Zill Faerul seorang jejaka kampung yang mampu memiliki sebuah kereta Range Rover Evoque.

Read More »
Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017