-->

30 Sep 2014

Muna Tersingkir Di Konsert Ke-4 AF2014

Assalammualaikum..
Nampaknya nasib tidak menyebelahi Muna apabila diumumkan sbg pelajar yang mendapat undian terendah sekaligus tersingkir di konsert ke-4 AF2014. Walaupun Muna mendapat pujian ramai apabila berjaya membawa lagu Kekal dengan baik sekali, namun dia tetap tersingkir. Lagu Kekal merupakan lagu Ziana Zain dan Ziana turut hadir dan menjadi pengkritik jemputan. Seperti biasa Ewal, Nuha, Adel dan Firman memberikan persembahan mantap. Suara Nina sangat tak sesuai dengan lagu Dondang Dendang nyanyian Noraniza Idris itu. Pelik jer suara die bila nyanyi lagu tu. Ziha pula nampak sukar utk menyanyikan lagu Dayang Nurfaizah tu. Zarif pun macam x sesuai dgn lagu tu.
Bagi aku konsert ke-4 AF2014 boringgg, disebabkan pemilihan lagu2 kitar semula untuk para pelajar tu. Hampir semua lagu yang dipilih telah pun dinyanyikan oleh bekas2 pelajar AF musim terdahulu. Macam takde lagu lain lak, balik2 lagu sama, adoiiyaiii dah macam kekurangan lagu lak. Boringg. Apapun Good Luck untuk Muna. Ziha tu awal2 lagi David Teoh dah nak lamar jadi pelakon syarikat die hehe mentang2 lah muka Ziha tu iras dengan Yana Samsudin hihihi.
Read More »

29 Sep 2014

JOZAN Buat Show Di Event Proton Shah Alam

Assalammualaikum..
Pada hari Sabtu yg lalu, 27 September 2014, JOZAN buat show sama2 di Event Proton di Shah Alam. Lama tak nampak diorang sama2 n buat show sekali kan sebab masing2 busy. Sape yang pergi event ni mmg seronoklah dapat tengok show Jozan kan. Selain Jozan, Rahim R2 pun ade gak, diorang bertiga ada buat sketsa semua. Lawak gak bila aku tengok video2 yg dipost oleh peminat2 yg pergi event ini. Kat bawah ni aku sertakan sekali gambar2 n satu video Jozan buat show. Semua gambar credit to Instagram Johan, Zizan dan ZTF, Video credit to ZTF_Official..




Read More »

27 Sep 2014

Medley Lagu Wanita Popular By Dato Siti Nurhaliza (Minggu Setiausaha 2014)

Assalammualaikum..
Masa dok tengok2 video kat Youtube tu terjumpa lak video ni, video Dato Siti Nurhaliza masa minggu setiausaha April 2014. Dalam video ni, Siti menyanyi lagu2 popular dari Fransisca Peter, Fauziah Latiff, Ziana Zain, Ning Baizura, Nora dan Ella. Memang syok tengok Siti menyanyi lagu-lagu ni semua. Suara dan vokal Siti memang x payah cakaplah kan, sangat sedap n powerful. Masa nak nyanyi lagu Ziana Zain tu sempat lagi Siti try angkat2 kening hehehe siap pegang kening lagi tu comeyyy jer. Apapun memang layannn video ni, suka dengar Dato Siti nyanyi. Video ni credit to LiahErc..Korang boleh tengok video tersebut dibawah ni.



Read More »

26 Sep 2014

Senarai Lagu-Lagu Di Konsert Minggu Ke-4 AF2014

Assalammualaikum..
Dah masuk minggu ke-4 AF2014 ni, para pelajar sudah pun mendapat lagu2 tugasan masing2 untuk minggu ke 4. Mereka akan menyanyikan lagu2 tersebut di konsert ke-4 AF2014 ahad ini. Apapun jom kita tengok Senarai lagu-lagu tersebut dibawah ini.

Senarai lagu Konsert Akademi Fantasia 2014 Minggu 4

Azwan  – Aduh (Ajai)
Ewal – Lena Diulit Intan (Wings)
Firman  – Samrah Mentari (Jamal Abdillah)
Aman  – Tak Pernah Berjumpa (Forteen)
Zarif  – Gerimis Mengundang (Slam)
Adel  – Kesetiaan (Siti Sarah)
Muna  – Kekal (Ziana Zain)
Nina   – Dondang Dendang (Noraniza Idris)
Ziha  – Seandainya Masih Ada Cinta (Dayang Nurfaizah)
Nuha  – Sebelah Jiwaku (Jaclyn Victor)
Kalau perhatikan dari senarai diatas, Ada beberapa lagu yang sudah pernah dinyanyikan oleh bekas2 pelajar AF musim2 terdahulu misalnya seperti lagu Gerimis Mengundang yang telah pernah dinyanyikan oleh Faizul AF2013, Lagu Dondang Dendang pernah dinyanyikan oleh Mila AF5, lagu Kekal telah pun dinyanyikan oleh Lena AF9, Lagu Kesetiaan, dan Seandainya Masih ada Cinta juga mcm dah pernah dinyanyikan juga cuma aku x ingat sape. Bagi aku banyak lagu lain lagi, tak perlulah nak asyik kitar semula lagu tuuu jer kan. Apapun tu pandangan aku jerr k..

Baca Jugak Yang Ini k.



Read More »

24 Sep 2014

Liebster Award Dari Aksara Biru


Assalammualaikum..
Thanks pada Aksara Biru.. kerana tag saya untuk Liebster Award ni. Ni dah kali kedua orang tag hehehe, kali pertama x sempat nak buat entry so kali ni dah x busy jadi bolehlah buat entry dan menjawab soalan2 yg diberikan. 

1. Suka pakai perfume apa? Dan kenapa?.
X kisah sebenarnya, asalnya wangiii sudah hehehe

2. Pandai tak masak siput sedut masak lemak batang keladi *sebenarnya AB tengah mengidam ni*
errr x pernah makan pun jadi masak siput sedut tu lagilah x tahu sebab x pernah makan hehe tapi bunyi mcm sedap jer hihi.

3. Pelakon perempuan kesukaan. Fasha Sandha ke, Erra Fazira ke, Ellie Suriati ke or sesape je la.
Nur Fazura dan Lisa Surihani.

4. Ada tempayan tak kat rumah?
Takde..

5. Memori zaman sekolah paling tak boleh lupa?
Main duit kutu kat sekolah hihi, start dari form 5, masa ni member yg jadi tukang kutip duit n kumpul duit dari semua org. So kira senang lah pakai bayar jer, n tunggu jer giliran untuk dapat duit jer. Bila masuk Form 6 saya pulak yg jadi tukang kutip duit dan kumpul duit tu semua hahaha, hari2 kerja minta duit dan kira duit, siap ada buku khas lagi n setiap mereka yg bayar duit tu hari-hari kena tandatangan dalam buku tu, dah macam profesional pulak hahaha. Bila masuk Universiti dah malas nak main hehe lgipun risau gak kalau2 duit yg dikumpul tu hilang ker apa ker di sana.

6. Korang selalu update blog kat komputer/laptop/handphone? Kenapa?
Selalu update blog kat laptop jer sebab lagi senang nak menaip nak blogwalking, tapi kalau busy sgt saya akan update guna handphone jer laa.

7. Korang rasa betul ke Aiman tak kisah ? Ermmmm
Dalam TV pura2 x kisah kot tapi sebenarnya kisah hehehe.

8. Movie yang korang baru tengok? 
Maleficient, lakonan Angelina Jolie tuu, baru sempat tengok di internet hehe sebelum ni dah puas cari movie ni di internet tapi tak berapa clear kualiti gambarnya. Sekarang ni baru jumpa yg clearnyer n puas tengok dan mmg best movie tu.

9. Korang ni sambil jenjalan blog AB ni, korang tekan tak iklan Nuffnang tu ? *Hamboii soalann* hehehehhe
Insyaallah tekannn kalau iklan tu keluar, tolong menolong sesama blogger ye tak.

10. Ok tak blog AB? Ada yang terkurang ke, terlebih ke? Cer bagitau sikitt.
Okey dah ni, simple and nice gitu, tak serabut, semua tersusun jer.

11. J.P Rodger ni Residen negeri mana?
Residen negeri Pahang, saya memang suka subjek sejarah hihihi

Saya sebenarnya suka nak jawab2 soalan ni semua, tapi agak malas nak tag orang hehehe. Jadi xde sesiapa yg akan ditag yer. Apapun thanks AB sbb tag saya.


Read More »

23 Sep 2014

Quote Of The Day - Never Forget

Read More »

22 Sep 2014

Farez Tersingkir Dan Senarai Lagu-Lagu Di Konsert Minggu Ke-3 AF2014

Assalammualaikum..
Konsert ketiga AF2014 sudah pun melabuhkan tirainya dan menyaksikan Farez tersingkir selepas mendapat undian terendah. Farez yg agak kurang menyukai lagu Awan Nano cuba menyanyikan lagu tersebut sehabis baik namun nasib tidak menyebelahinya. Farez menjadi pelajar lelaki pertama yg tersingkir di minggu ketiga ini mengikut jejak langkah Wawa yg tersingkir pada konsert minggu kedua. Pembukaan konsert ketiga AF2014 ini diserikan dgn kehadiran juara2 AF musim yg terdahulu seperti Zahid, Mawi, Mila, Faizul dan Hazama. Izzue Islam turut muncul untuk persembahan Ziha.

Jom kita tengok Senarai Lagu2 di Konsert Minggu Ke-3 AF2014

Azwan  – Izinkan Ku Pergi (Kaer)
Ewal  – Kebahagiaan Dalam Perpisahan (Shahir)
Firman  – Relakan Jiwa (Hazama)
Aman  – Hanya Kau Yang Mampu (Aizat)
Zarif  – Aduh Saleha (Mawi)
Farez  – Awan Nano (Hafiz)
Adel  – Jahat (Stacy)
Muna  – Percayalah (Indah)
Nina  – Ilusi (Adira)
Ziha  – Hatiku Milikmu (Nera)
Nuha  – Aku Lebih Tahu (Mila)
Read More »

21 Sep 2014

Fated To Love You - Korean Drama Review

Assalammualaikum..
Hari ni nak buat Review Drama Korea yang bertajuk Fated To Love You, lakonan Jang Hyuk, Jang Nara, Choi Jin Hyuk, Wang Ji Won dan lain-lain. Drama ni adalah remake dari drama popular Taiwan (2008) yang judulnya juga sama. Drama ini baru habis ditayangkan di Korea baru2 ini dan mempunyai 20 episod. Jang Nara dan Jang Hyuk kembali bergandingan semula dalam drama ini selepas 12 tahun dan drama terakhir mereka bergandingan berdua sebelum ini adalah Successful Story Of A Bright Girl (2002). Reunion kembali gitu kan dan drama ini bergenre Romantik Komedi. Walaupun dah lama x bergandingan, tapi keserasian Jang Nara n Jang Hyuk mmg awsome.
Jang Hyuk yg memegang watak Lee Gun berjaya membawa watak die dengan baik. Sape yang boleh lupa dengan cara die ketawa dalam drama ni betul tak? bila tengok die ketawa dengan kuat mcm tu, kite pun turut sekali nak ketawa tengok gelagat die n cara die ketawa tu hehehe. Cuma agak rimas tengok rambut Jang Hyuk yang panjang sgt masa permulaan cerita hingga ke pertengahan. Tapi masuk episod berapa ntah watak die dah di make over gitu, rambut dah dipotong pendek, hensem giler masa ni hehehe. Jang Hyuk ni mmg versatile, die boleh bawa watak komedi dengan baik sekali watak serius apatah lagi kan.
Jang Nara pula kelihatan lebih natural beauty dlm drama ni, make up nya nipis jer maybe untuk sesuaikan dengan karakter wataknya yang sopan, lemah lembut dan baik hati tu. Tapi kadang2 aku harapkan wajah Jang Nara dimake upkan dgn lebih terang sebab nampak pucat jer, n x nampak apa2 perbezaan pun dari awal hingga hbis episod berbanding karakter Jang Hyuk yang make overnyer lebih ketara. Choi Ji Hyuk jadi hero kedua dlm drama ni, Die dalam drama ni sentiasa colourful gitu dengan baju yg warna warni begitu juga dgn rambut die hehehe, tapi watak die mmg baik hati n cool gitu. 
OST Drama ni juga superb, aku paling suka lagu Goodbye My Love nyanyian Ailee. Lagu tu selalu keluar dlm drama ni especially masa scene2 sedih mmg akan ada lagu ni lah. Cuma agak kesian jugalah dgn watak Choi Jin Hyuk sbg Daniel yang takde Girlfriend dah sebab die lepaskan Jang Nara untuk kembali kpd Ex-husband die iaitu Jang Hyuk tapi nanti die akan bertemu semula dengan adik kandungnya yang terpisah sejak kecil. Apapun drama ni memang best, tak rugi layann drama ni..pada sesape nak layann drama yg kelakar tapi dlm masa yg sama ada sweetnyer n sedihnyer bolehlaa layan drama ni.
Sinopsis
Lee Gun (Jang Hyuk) is the president of a family company that produces shampoos and soaps. He is deeply in love with a ballerina. Meanwhile, Kim Mi Young (Jang Na Ra) works as a secretary in a law firm. Her nickname is “Post-it” (sticky note). She earned this nickname because she is so complaisant that her colleagues dump trivial chores on her.
Lee Gun and Kim Mi Young’s paths cross. Fate and a pair of misfit conspirators cause them to pass a befuddled night together, unintentionally. She becomes pregnant….

Baca Ini Jugak..

*Review Drama Lakonan Choi Jin Hyuk Yang Terdahulu..

Read More »

20 Sep 2014

CPUV NUFFNANG - RMK Autumn/Winter 2014

Assalammualaikum..
Hari tu check Nuffnang, x muncul lagi CPUV RMK Autumn/Winter 2014 ni. Dah lama2 baru muncul. So sekarang ada 4 Cpuv yg masih on going Alhamdulilah..Terima kasih untuk Nuffnang dan pihak advertiser kerana memilih blog ini. Thanks pada yg rajin klik2 iklan di blog ini..
Read More »

19 Sep 2014

CPUV NUFFNANG : RWG - Ice Age Adventure


Assalammualaikum..
Alhamdulilah dapat CPUV yg terbaru iaitu RWG - Ice Age Adventure, terima kasih kpd pihak nuffnang dan semestinya pihak Advertiser kerana memilih blog ini. Thanks juga pada korang2 yang sudi klik2 iklan di blog ini. Kalau ada nampak iklan ini atau iklan2 lain2 juga silalah klik yer hehehe..Sekarang ni ada 3 Cpuv yg masih on going.
Read More »

18 Sep 2014

Marriage, Not Dating - Korean Drama Review

Assalammualaikum..
Hari ni nak buat Review Drama Korea yang bertajuk Marriage Not Dating/ Marriage Without Love lakonan Han Groo, Yeon Woo Jin, Jeong Jinwoon (2AM), Han Sunhwa dan ramai lagi. Drama ini mempunyai 16 episod dan bergenrekan Romantik Komedi. Dah namapun romantik komedi konform2lah kelakar kan n sweet gitu. Hero drama ni pernah berlakon jadi watak jahat dalam drama Arang And The Magistrate sebelum ini. Tak sangka pula die versatile gitu sebab selain watak negatif die juga berjaya membawa watak komedi dengan baik sekali. Manakala heroin drama ni iaitu Han Groo pernah berlakon dalam drama One Sweet/Warm Words. Aku tak suka watak die dalam drama tersebut tapi watak die dalam Marriage Not Dating ni memang perfect untuk die. Watak yang ceria dan giler2 mmg sesuai sangat dengan Han Groo ni.
Manakala Han Sunhwa pula ada berlakon dlm drama God's Gift - 14 Days sebelum ini. Ahli kump Kpop popular Jinwoon 2AM juga turut memegang watak penting dlm M.N.Dating ni iaitu sbg Han Yeo Reum. Aku kadang2 menyampah gak dgn watak die sbb die suka menyelit dan jadi orang ke-3 antara hubungan hero n heroin drama ni tapi kadang2 suka pulak dengan watak die sbb die cool, sweet n rileks jer n paling penting die sentiasa senyum sokmo dalam drama ini hehe. Aku juga suka watak emak Gong Gi Tae iaitu mak kpd hero dalam drama ini sbb mmg versatile giler, die sentiasa pentingkan kesempurnaan n tak suka langsung dgn bakal menantunya, tapi nanti die akan sehati sejiwa dgn bkl menantunya itu. Mak kpd hero drama ni turut berlakon dlm drama Hotel King.
Dalam drama Marriage Not Dating ni diorang banyak masukkan sound effect. Macam2 Sound Effect ada, cute giler kena dengan jalan cerita dan buatkan sesuatu babak tu menjadi lebih lucu. Aku mmg suka dengan sound effect yg ada dlm drama ni mmg lawak habis. OST (Soundtrack) dlm drama ni juga meletop, semua lagu2 dlm drama ni best2 belaka. Aku siap gi download OST2 drama ni sebab happening jer bila dengar especially yang lagu2 rancak tu. Kalau sesape yang nak tengok cite kelakar n sweet, aku sarankan tengok drama ini, memang berbaloi gitu sebab komform kelakar. Drama ni baru je habis ditayangkan di Korea bulan Ogos yang lalu.
Apapun Jom layan Sinopsis drama ini..

Joo Jang Mi sentiasa mengimpikan perkahwinan, namun dirinya sentiasa dikecewakan lelaki. Die baru saja ditinggalkan oleh kekasihnya yg merupakan kawan baik kpd Gong Gi Tae. Suatu hari Gong Gi Tae telah merayu agar Jang Mi menolong dirinya dengan menyamar sebagai kekasihnya lalu pergi berjumpa dengan ibunya. Awalnya Jang Mi enggan, tapi setelah dipujuk akhirnya die bersetuju. Gong Gi Tae memilih Jang Mi kerana die tahu ibunya tidak akan menyukai Jang Mi kerana perwatakkan Jang Mi yang gila2 itu. Gong Gi Tae dan Joo Jang Mi terus berpura-pura sbg pasangan kekasih dihadapan semua org. Wbgmnapn Jang Mi telah jatuh cinta pada Han Yeo Reum, seorang lelaki kacak yang baik serta pandai memasak.
Namun semakin lama Jang Mi berpura-pura menjadi kekasih G.Gi Tae semakin die suka pula pada Gi Tae dan Gi Tae juga begitu. Namun keadaan dirumitkan dgn kehadiran bekas kekasih Gi Tae yg cuba menagih kembali cinta Gong Gi Tae. Jang Mi akhirnya ingin menjauhkan diri dari Gi Tae dan menamatkan segala pembohongan. Akhirnya pembohongan mereka terbongkar dan menyebabkan keluarga mereka menjadi malu dan kecewa. Jang Mi juga memutuskan hubungan cintanya dengan Han Yeo Reum dan mereka kekal jadi kawan baik. Satu Insiden berlaku dan menemukan semula Jang Mi dengan Gi Tae dan akhirnya mereka bercinta. Apabila kini mereka benar-benar bercinta, keluarga mereka pula marah kerana menyangka mereka berbohong lagi.
Dapatkah Jo Jang Mi dan Gong Gi Tae menyakinkan keluarga masing2? Adakah percintaan mereka akan berakhir dengan perkahwinan? Berjayakah Gong Gi Tae dan Jo Jang Mi melepasi dugaan dan ujian dalam perhubungan mereka? Nak tahu kenalah tengok drama ni k hehee.

Baca Ini Jugak-

-Review Drama Lakonan Yeon Woo Jin Yang Terdahulu..

-Review Drama Lakonan Han Sunhwa Yang Terdahulu

-Review Drama Lakonan Kim Hae Sook Yang Terdahulu

Read More »

16 Sep 2014

Quote For Today ~ STRONG


P/s- Selamat Hari Malaysia semua..(16 September 1963)
Read More »

15 Sep 2014

Wawa Tersingkir Dan Senarai Lagu-Lagu Di Konsert Minggu Ke-2 AF2014


Konsert Akademi Fantasia Minggu Kedua telah pun berlangsung dan menyaksikan Wawa menjadi pelajar pertama tersingkir dari AF untuk musim ini. Selain Wawa, Muna dan Farez turut mendapat undian terendah. Wawa menyanyikan lagu Dato Siti Nurhaliza yang berjudul Wajah Kekasih. Amy Mastura menjadi pengkritik jemputan. Aku senaraikan semua lagu2 yang dinyanyikan oleh semua pelajar AF2014 di Konsert kedua AF ahad lalu.

Senarai Lagu.




  • Nuha - Setelah Aku Kau Miliki (Shima)



  • Wawa - Wajah Kekasih (Siti Nurhaliza)
  • Azwan - Bernafas dalam Lumpur (Wings)
  • Adel - Kalau Mencari Teman (Ziana Zain)
  • Farez - Langkah Seiringan (Exists)
  • Ewal - Ada (M. Nasir)
  • Nina - Zombie (The Cranberries)
  • Zarif - Disana Menanti disini Menunggu (Ukays)
  • Muna - Diam diam jatuh Cinta (Ramlah Ram)
  • Firman - Gerhana Cinta Luka (Iklim)
  • Ziha - Kau yang Teristimewa (Aishah)
  • Aman - More Than Words (Gary Cherone)


  • Read More »

    Review Super Spontan 2014 Minggu Ketiga

    Assalammualaikum..
    Dah masuk minggu ketiga Super Spontan ini. Setelah 2 peserta wanita tersingkir di minggu pertama dan kedua, kini tibalah giliran peserta lelaki iaitu Syuk Balas tersingkir. Kumpulan Mawas Berduri telah kalah 2 minggu berturut-turut. Apakah denda yg terpilih untuk Mawas Berduri akibat kalah di minggu ketiga ini tidak pula diberitahu. Apapun kelihatan Ray n Haniff masih takut2 untuk bagi kad kuning or kad merah untuk peserta yg buat kacau di pentas. Diorang takut kena kecam kot hehehe. Sebagai kejutan di minggu ketiga Afdlin telah memberikan kad merah pula pada Hanif n Ray sebab mereka gagal mengawal pemain. Maka dengan itu di minggu seterusnya, Amir yg akan jadi Hos/juri di dua Game yang pertama. Selepas itu barulah Hanif n Ray dibenarkan menjalankan tugas mereka untuk game ke-3 dan seterusnya.

    Amir turut bertanyakan soalan kepada Jihan dan menyatakan Jihan agak tenggelam di Super Spontan. Namun kelihatan juga Amir agak marah kepada Rahim kerana telah menuang air di atas kepalanya, ketika die sedang bertanyakan soalan kepada Jihan. Antara Game yang diorang main di minggu ketiga ini adalah game Duduk Bongkok dan berdiri yg mana peserta harus berlakon mengikut situasi yang diberikan secara spontan dan berbual dan berbual dalam keadaan duduk, bongkok dan berdiri secara turutan. Game seterusnya adalah Kesan Bunyi diikuti Game Keluar Masuk, Jurujual Langsung dan Pemandu Pelancong.
    Dalam Game Duduk Bongkok dan Berdiri, kump Mawas diwakili oleh Syuk, Yus dan Jihan. Nampak huru hara jugaklah masa diorang main game ni sbb kadang2 nampak semua nk buat benda yg sama hehe tpi lawak gak tgk diorang mcm konpius sama ada nak duduk ker bongkok atau berdiri. Kump Biawak Laser pula diwakili oleh Shuib, Abam dan Shahrol. Diorang pula nampak lebih berhati-hati masa main game ni. Game Kesan Bunyi pula nampak menarik n dimainkan oleh Tauke dan Fad dan dua peserta lain buat kesan bunyi mengikut lakonan diorang. Manakala untuk Game Keluar Masuk, dua2 team boleh tahan tapi aku rasa tajuk utk team Mawas Berduri lebih susah tapi kelakar iaitu Sambutan Hari Lahir Hang Jebat. Tak leh blah dgn dialog Johan yang Dayang Istana masuk mengadap tu hehehe.

    Game Jurujual Langsung ni nampak senang tapi sebenarnya susah sebab peserta kena pikir dengan pantas. Nampak ada gak yg gelabah atas pentas tu masa main game ni. Shuib sempat suruh penonton sama2 nyanyikan lagu Happy Birthday untuknya sebelum main game ni hehe. Johan dan Tauke nampak xde masalah main game ni lawak sokmo jer hehe peserta lain pun okey juga. Last game yg diorang main adalah Pemandu Pelancong. Di awalnya nampak Michael Ang mcm x dpt nk teka tempat mana yg cuba disampaikan oleh kumpulnnya. Tapi bila masa nak teka tu, jawapan die dekat2 nak tepat juga. Berbanding dengan Rahim yang agak confident, bgitu juga dengan kumpulannya yg happy bila Rahim mcm dapat meneka apa jawapannya.

    Namun diakhir rancangan, kumpulan Mawas Berduri yang mendapat undian terendah. Wbgmnpun proses pengundian untuk menyingkirkan ahli kumpulan tu agak kelam kabut n nmpk mcm x real jer. Mungkin boleh dibaiki lg di minggu2 akan dtg. Apapun tu pandangan aku jer hehehe. 

    Baca Yang Ini Jugak..

    Read More »

    13 Sep 2014

    Rezeki ALLAH Itu Luas

    Read More »

    12 Sep 2014

    Sinopsis Filem Lagenda Budak Setan 3 : Kasyah

    Assalammualaikum..
    Filem Lagenda Budak Setan 3 'Kasyah' telah mula ditayangkan dipawagam bermula 11 September (Khamis). Filem adaptasi dari Novel Popular Ahadiat Akashah ini adalah Filem ketiga dan terakhir dalam siri Lagenda Budak Setan. Pelakon2 dalam Lagenda Budak Setan 2 dikekalkan untuk siri ketiga ini seperti Maya Karin, Farid Kamil dan Bront Palarae disamping pelakon2 lain seperti Ayu Raudhah, Iqram Dinzly dan ramai lagi. Lisa Surihani juga membuat penampilan khas untuk filem ini

    Aku ada tengok trailer Filem LBS3 ni, nampak macam best jer hehe. Kontroversi turut berlaku baru2 ini yg mana suami Ayu Raudhah x sanggup menonton babak dimana watak Ayu Raudhah sbg Zahirah dipukul oleh Iqram Dinzly. Kalau dlm novel mmg watak Zahirah tu akan kena pukul dgn watak suaminya yg dipegang oleh Iqram.
    Aku sememangnya mempunyai ketiga-tiga novel LBS ni iaitu, LBS, Katerina dan Kasyah. So sedikit sebanyak dah tahulaa jln ceritanya camne kan cuma ingat2 lupa jer lah hehe sebab novel tu pun dah lama aku baca. Masa filem LBS2 tu aku memang mengharapkan Fazura yang pegang watak Katerina tu sebab sebelum ni mmg die yg pegang pun tapi ditukar dgn Maya Karin. Bila dah masuk LBS3 ni penonton mungkin dah boleh terima Maya Karin sbg Katerina tu kan. Apa pun Jom layan Sinopis LBS3 dibawah ini.

    Sinopsis  LB3..

    Mengisahkan Kasyah yang ingin memulakan hidup baru di samping Katerina. Mereka telah mengambil anak saudaranya sebagai anak angkat dan hidup berumah tangga. Namun, segala impian untuk hidup bahagia mula diduga apabila bekas suami kepada Katerina dan bekas rakan sekerja Kasyah mempunyai niat jahat terhadap mereka sekaligus menyebabkan rumahtangga Kasyah dan Kate mula retak. Setelah menempuh pelbagai ujian dan dugaan, mampukah Kasyah dan Kate bahagia diakhirnya? Selamat Menonton LBS3..

    P/s- Agak2 Novel Ahadiat Akashah Hikayat Cinderella akan difilemkan juga tak?? sebab novel tu pun best gak hehe.
    Read More »

    11 Sep 2014

    Sinopsis Drama Cinta Ibadah Astro Prima



    Assalammualaikum..
    Drama Baru Cinta Ibadah telah pun bersiaran di Astro Prima bermula 8 September yang lalu.
    Cinta Ibadah ialah telenovela tempatan pertama yang dihasilkan dalam siri terpanjang dan akan disambung jika mendapat sambutan penonton. Ia menampilkan lakonan pelakon popular seperti Hisyam Hamid, Aishah Ilias, Raja Ilya, Fattah Amin, Sherry Ibrahim dan ramai lagi. Diarahkan oleh Ayie Mustafa dan Sridhar Jetty.


    Sinopsis Cinta Ibadah

    Mengisahkan pasangan suami isteri yang bahagia iaitu Siti (Aishah) dan suaminya Hafiz (Fattah) yang mula goyah apabila Siti disahkan menghidap penyakit barah. Siti mengambil keputusan untuk merahsiakan penyakit yang dihidapinya daripada pengetahuan Hafiz. Tidak mahu Hafiz mengesyaki perkara sebenar mengenai kesihatannya, Siti meminta pertolongan Rina yang secara kebetulan mempunyai raut wajah seiras dengannya untuk menggantikan tempat Siti sementara dia menjalani rawatan di hospital. 

    Rina diperkenalkan oleh Dr Irma yang merawat Siti yang kebetulan mengenali Rina di hospital. Pada awalnya Rina agak keberatan namun akhirnya bersetuju apabila Siti menyatakan yang dia akan menanggung segala perbelanjaan rawatan ibu Rina yang sedang sakit. Keadaan diburukkan lagi apabila kakak kandung Siti ingin merampas Hafiz daripada Siti.


    Read More »

    My Random Post

    Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017