-->

31 Okt 2014

Episod Akhir Drama Selamat Pengantin Madu Tv3

Assalammualaikum..
Akhirnya tamat sudah drama ni..mesti ramai tak suka n menyampah dgn watak Masmira tuh kan. Last2 kena cerai gak hahaha bagus2. Mula2 rasa yang Zul tu akan rujuk balik dgn Mas tu, tambah2 isteri pertama iaitu Hana pun macam x kisah n suruh Zul rujuk balik dengan Mas tu kalau die rindu dgn Mas tu. Siap Zul tu dah pergi rumah Mas dah, ingatkan die nak rujuk rupanya tak, die datang untuk minta maaf jer dgn Bekas Mak Mertua die. Akhirnya happy ending Zul dan Hana jer dan tiada lagi orang ketiga. Best cerita ni. Sape yang suka tengok drama ni sila angkat tangan skrg hehe.
Read More »

30 Okt 2014

Segmen Pencarian Bloglist November & Disember 2014

Assalamualaikum


29 Oktober 2014 sehingga 30 Oktober 2014

Jom Support Kisahsidairy.com


Read More »

Johan Dan Zizan (Jozan) Di Program MeleTOP

Assalammualaikum..
Sape tgk program MeleTOP selasa yang lalu??aku memang dah agak akan ada Johan sebab die kan baru jadi juara Super Spontan 2014, tapi aku mmg x jangka yang Zizan pun akan ada gak. Bila Johan jadi dah jadi guest mestilah soalan ttg JOZAN, dan juga pasal MLM2014 akan ditanya padanya kan. So bila Johan dah jawab, tetiba Nabil n Neelofa nak tanya Zizan jugak. Ingatkan diorang akan telefon Zizan tup tup Zizan berjalan dari belakang kamera tu, siap menyamar bagai, dengan rambut palsu, spek mata, dan mcm2 lagi hehehe. Wahh ada JOZAN di MeleTOP uollss. Susah nak tengok JOZAN bersama-sama dalam satu program TV
Suka tengok diorang sama2 gini, sweet jer, bila berdua ni, bukan main jadi hyperaktif gitu hehehe..nampak diorang happy jer n Zizan juga menjelaskan yang sebelum die join Jambu untuk MLM2014, die dah mintak kebenaran Johan dulu. Bila Johan bersetuju n bagi kebenaran baru Zizan join Jambu dan membentuk kumpulan Virus. Johan juga ada mention disini yang JOZAN akan join MLM2015 nanti. Gelagat JOZAN yg hyperaktif tu mmg sakan mengacau Jaclyn Victor yg jadi guest terakhir dlm program Meletop tu hehe. Sempat gak Jac cubit Johan yg jadi hyperaktif tu hehe.
Sebelum Zizan muncul, Diorang sempat juga interview Isteri Johan yg tgh pregnant sekarang iaitu Ozlyn. Diorng tanya pasal jantina baby yg bakal lahir semua. Masa last sekali Jac akan menyanyi, JOZAN pula apa lagi punya sakan berjoget dua2 tu hehe bukan main seronok diorang menari. Apapun lepas gak rinduu tgk JOZAN di MeleTOP selasa lalu.
Setelah selesai Program Meletop tu, kelihatan, Johan dan Zizan mengupdate Instagram masing2 dengan gambar mereka berdua, tertarik dengan caption yg diorang letakkan dalam gambar JOZAN tu iaitu dari Instagram Zizan -> 
Sentiasa doakan awak sukses sentiasa #jozan #johan #zizanrazak #zizanrazak869 #zizan #meletop #juarasuperspontan2014. 

Manakala dari instagram Johan pula -> Dia yg slalu buat saya marah..dia berjaya buat saya menangis..dia pandai buat saya senyum..die je lelaki yg selalu suka cium saya (gatal!!!) Dia sentiasa dlm hati saya..ya!! zizanrazak869 aku sayang ko!! walaupun ko mcm2!!! #sahabatselamanya #jozantetapjozan

Baca Ini Jugak-

Read More »

29 Okt 2014

Phewit! Nak Join Bloglist arepnakbebel.com (2015) - Season 2

Jom Join Ramai2..


Read More »

CPUV Nuffnang - Win a 3 Days 2 Night Trip To Macau


Assalammualaikum..
Alhamdulilah dapat CPUV dari Nuffnang.. Terima Kasih Nuffnang dan pihak Advertiser..Thanks pada mereka2 yang sudi klik2 iklan di blog ini. Kalau korang nampak iklan ni menari-nari di blog ni, jangan lupa klik yer..terima kasih semua.
Read More »

28 Okt 2014

Sinopsis Drama Suamiku Encik Sotong Astro Ria

Assalammualaikum..
Bermula 27 Oktober ini, setiap isnin drama Suamiku Encik Sotong akan bersiaran di Astro Ria dan di Astro Maya HD. Drama ini akan menggantikan drama Misiku Kuza 2 yang telah habis pada minggu lalu. Drama Suamiku Sotong ini dibintangi oleh Sharnaaz Ahmad, Amyra Rosli, Amar Baharin dan ramai lagi. Drama ini diadaptasi daripada Novel yang tajuknya juga sama yang merupakan karya Shikin Zainal. Tak sabar nak tengok Sharnaaz jadi lelaki lembut ni hehehe, rasanya semua pun tahu Sharnaaz selalu pegang watak2 yg agak kasar gitu, brutal, ganas. So ini adalah satu percubaan darinya untuk mempelbagaikan watak dan membuat satu kelainan untuk penonton. Apapun jom layan sinopsis drama ini dibawah yer..
Sinopsis Drama Suamiku Encik Sotong

Suamiku Encik Sotong mengisahkan pasangan suami isteri yang berlainan sikap dan gaya. Suami lebih kepada jiwa kelembutan manakala si isteri agak rock sedikit jiwanya. Erica Soffea melonjak kegembiraan. Mana tidaknya, dialah bakal peneraju Khaleeda Holding.

Walaupun hubungannya dengan arwah nenda bukanlah baik sangat pun. Terasa macam hendak buat aksi akrobatik ketika namanya diumumkan. Naik senak kepala Erica bila dia terpaksa dijodohkan dengan sotong peliharaan nendanya, Farish. Dah lah tak macho, pakai baju warna pink. Kalau bercakap tangan bukan main lentik lagi macam orang nak main mak yong.

Farish terpaksa menerima Erica kerana dua sebab. Pertama, sebab wasiat arwah Tengku Khaleeda. Kedua, kerana tidak tahan dengan perangai berlagak Erica. Lagipun bukan lama sangat dia perlu bergelar suami pada diva berlagak itu, tiga tahun sahaja.
Dalam tempoh perkahwinan mereka jatuh cinta. Tapi cinta itu bukan milik mereka berdua. Milik siapa ya? Peninglah, kalau dah dapat suami sotong. Bukan hanya lembut fizikal tapi lembut juga hatinya. Erica pula terpaksa terus bersama dengan Encik Sotongnya kerana cinta. Encik sotong bukan lelaki biasa, tetapi lelaki yang sanggup berkorban segala-galanya demi tidak mahu melihat Erica merana. Walaupun jiwa lelakinya menderita, tapi sampai bila?

“Amboi sedap aje mulut kau mengata kat aku. Aku pun tak ingin nak ambil perempuan macam kau ni jadi isteri aku tau. Mulut macam puaka.” - Farish

“Bukanlah Kak Ain, bukan Rica nak sembunyikan suami Rica. Tapi dia sibuk maklumlah nak jahit baju pertunangan Izhan dengan Qarina. Faham-faham ajelah golongan tengku-tengku ni bertunang pun kena buat yang grand. Baju tu kalau boleh bukan setakat labuci, lampu lip-lap tu pun kalau boleh suruh dipasang kat baju. Itu yang suami saya sakit kepala. Nak fikir macam mana nak letak lampu lip-lap kat pergelangan tangan.” - Erica

Read More »

27 Okt 2014

Punca-Punca Dan Sebab Johan Tidak Sertai MLM2014

Pelawak dan Penyampai Radio ERA fm, Johan yang begitu sinonim dengan program-program ‘reality show’ di saluran Astro Warna kali ini membuat keputusan untuk tidak menyertai Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM2014). Mungkin ramai peminat yang kecewa kerana tahun ini tiada lagi gelagat pasangan serasi, Johan dan Zizan Razak atau Jozan dalam menyemarakkan saingan pelawak yang lain di MLM 2014.


Ketika dihubungi Astro AWANI, Johan atau nama sebenarnya Mohamad Yazid Lim Mohamad Aziz, 31, memberitahu bahawa keputusan tersebut diambil atas faktor kesihatan dan komitmennya kepada kerja dan keluarga.



“Julai lalu saya ada membuat pembedahan pada ligamen lutut dan memang doktor ada menasihatkan supaya saya tidak banyak bergerak. Alhamdulillah, saya dapat menghabiskan Super Spontan musim kali ini,” kata Johan yang baru sahaja dinobatkan Juara Super Spontan 2014.. Johan turut memberitahu pada masa yang sama isterinya, Ozlyn Wati kini sedang menunggu masa melahirkan anak keempat mereka.



“Ozlyn pun sekarang hanya menunggu masa bersalin, jadi sebab itu saya ambil keputusan untuk tidak menyertai MLM tahun ini kerana mahu berehat selepas Super Spontan dan membantu isteri bersama anak yang baru lahir nanti,” jelas Johan yang telah dikurniakan tiga anak lelaki hasil perkahwinannya dengan Ozlyn.

Namun Johan menafikan timbul rasa cemburu melihat Zizan bergabung dengan Yus dan Tauke menjadi ‘Virus’ dalam MLM kali ini. “Tak ada istilah cemburu bagi saya,  tidak menyertai MLM kali ini bukan bermakna Jozan berpecah. Kalau ada show yang memerlukan Jozan, saya akan turut serta.

"Walaupun tidak menjadi peserta, saya akan tetap menjadi penonton setia dan menyokong semua rakan-rakan di pentas MLM nanti,” kata Johan.

MLM 2014 akan mula menemui peminat lawak negara November nanti dan masih mengekalkan pengacara berkalibernya, Datuk AC Mizal. Selain kumpulan Virus, peserta lain yang menyertai MLM 2014 ialah Sepahtu, Shiro, SYJ, Nabil dan ramai lagi.



Read More »

26 Okt 2014

Senarai Lagu-Lagu Di Konsert Minggu Ke-8 (Suku Akhir) AF2014


Assalammualaikum..
Diam tak diam dah masuk minggu ke 8 dah Akademi Fantasia 2014 ni. Dah kira pusingan suku akhir dah, selepas Adel tersingkir minggu lepas, sape lak yg bakal tersingkir nanti, mungkinkah kejutan bakal berlaku lagi. Pelajar wanita tinggal 2 orang jer iaitu Nuha dan Nina. Pelajar lelaki masih ramai dan undian Azwan tetap maintain di tangga teratas. Apapun jom tengok Senarai lagu2 yang diorang akan nyanyikan di Konsert ke-8 AF2014 ni.


Update!!!
- NINA dan ZARIF tersingkir di Konsert ke-8 ini.
Read More »

My Secret Hotel - Sesi Review Drama Korea

Assalammualaikum..
Hari ini nak buat Review Drama Korea yang bertajuk My Secret Hotel, lakonan Yoo In Na, Jin Yi Han, Namgoong Min, Lee Young Eun dan ramai lagi. Drama ini bergenre Romantik Komedi dan Misteri dan mempunyai 16 episod. Drama ini baru habis ditayangkan di Korea pada 14 Oktober yang lalu. Unsur2 sweet, kelakar dan misteri menjadi tarikan drama ini. Drama ini berkisarkan tentang kehidupan, kerjaya dan cinta Nam Sang Hyo yang merupakan ketua kepada Unit Perancang Perkahwinan Hotel Secret. Dia akhirnya bertemu dengan bekas suaminya dan ditugaskan pula menjadi pengurus kepada perkahwinan bekas suaminya sendiri iaitu Gu Hae Young. Keadaan menjadi lebih rumit apabila berlaku pembunuhan di hotel berkenaan ketika perkahwinan Gu Hae Young sedang berlangsung.
Selain itu dlm drama ini juga ada cinta tiga segi gitu diantara Manager Hotel Secret iaitu Jo Sung Gyeom dan juga Gu Hae Young (bekas suami) yang mahu merebut cinta Nam Sang Hyo. Manakala rakan sekerja Nam Sang Hyo iaitu Yeo Eun Joo pula bersaing dengan Nam Sang Hyo untuk cinta Manager Hotel berkenaan iaitu Jo Sung Gyeom. Jadi macam2 perkara lucu yang akan berlaku kerana masing2 tak mahu kalah dan mahu mendapatkan cinta yang dicari. Kisah Misteri pembunuhan yang berlaku di Hotel berkenaan juga akan membuatkan kita tertanya-tanya, apa yang jadi sebenarnya? dan siapakah dalang dan pembunuh yang sebenar?. Pekerja2 Hotel Secret ini masing2 mempunyai rahsia tersembunyi yang berkaitan dengan pembunuhan di hotel ini.
Suka gak tengok Manager Hotel iaitu Jo Sung Gyeom yang kelihatan sangat sayangkan Nam Sang Hyo tapi kadang2 die jadi agak menakutkan bila dia turut menjadi suspek kepada misteri pembunuhan di hotel tersebut disamping General Manager. Manakala watak Gu Hae Young ni agak keanak-anakan sikit bila die dengan Nam Sang Hyo. Manakala aku agak kurang gemar dengan perwatakan Nam Sang Hyo yang sentiasa keliru dan tak tahu apa yang die nak? dan siapa lelaki yang die nak pilih?. Watak Yeo Eun Joo ni pula agak giler2, berani, bijak dan die tahu apa yang die nak dalam hidup die. OST drama ni juga menarik dan sedap didengar mmg sesuai dengan drama ni.

Apapun jalan cerita drama ni mungkin sedikit slow, peringkat permulaan drama ni agak menarik namun lama kelamaan jalan ceritanyer menjadi sloww ini mungkin kerana penulis skrip yang berbeza. Sebab ada 2 penulis skrip untuk drama ini, penulis skrip yang pertama hanya sempat menulis skrip drama ini untuk episod 1-4 sebelum disambung oleh penulis skrip lain. Pendek katanya aku suka drama ni tapi takdelah sampai suka giler2 kan, suka gitu2 jer. Lagi satu aku tak berapa berkenan dengan rambut hero drama ni yang agak sedikit kerinting tu. Apapun drama ni happy ending okey. Tak sangka pembunuh sebenar adalah di kalangan pekerja Hotel tu juga. 
Apapun layannn jugak drama ni, tambah2 hero dan heroin drama ni juga mmg terkenal kan. Aku bagi 3 bintang dari 5 bintang untuk drama My Secret Hotel ini.

Baca Yang Ini Jugak~

Review Drama Lakonan Yoo In Na Yang Terdahulu:-


Read More »

25 Okt 2014

Tahniah Untuk Johan - Juara Super Spontan 2014

Assalammualaikum..
Berakhir sudah Super Spontan 2014 dan seperti diramal Johan menjadi Juara setelah dua tahun berturut-turut menjadi Naib Juara. Tahniah diucapkan. Final Super Spontan musim ini sedikit boring kerana para pemenang sudah mampu dijangka dari awal. Undian juga tidak begitu sengit kecuali untuk di tempat kedua dan ketiga iaitu antara Shuib dan Shahrol. Walaubagaimanapun agak kesian juga dengan Tauke sebab die tidak sepatutnya dapat nombor 6. Tauke selayaknya di nombor 2 tapi apa nak buat, dah rezeki masing2 kan. Pada yang tak menang boleh cuba lagi ditahun hadapan.
Ketika pengumuman semua pemenang dan penyampaian hadiah, masing2 sudah dapat mengagak nombor berapa yg diorang dapat, tanpa dipanggil dan diumumkan, diorang sudah datang ke depan dan ambik hadiah hehehe. Beza dengan Super Spontan di musim pertama dan kedua kerana kedudukan undian juara dan naib juara sangat sengit. Apapun memang rezeki baby agaknya, Johan muncul juara. Tahun depan tiada lagi laa Johan di Super Spontan. Maybe Johan boleh join pula Liga Lawak Superstar di tv3 tu hehehe. Pas dah habis Super Spontan ni, MLM2014 pula bakal menyusul dan hampir semua pelawak popular join kecuali Johan jer.
Apapun tahniah untuk semua finalis Super Spontan iaitu Johan (Juara), Shahrol (naib juara), Shuib (tempat ketiga), Achey (tempat ke-4), Yus (tempat ke-5) dan Tauke (tempat ke-6).

P/s- Korang semua kalau ada masa, silalah isi poll Nuffnang di bahagian kanan blog ini dibawah sekali, klik jer ikon Nuffnang tu n jawab soalan yg disediakan. TQ
Read More »

Johan Tidak Sertai MLM2014 & Zizan Bergabung Dengan Jambu Menjadi Kumpulan Virus

Assalammualaikum..
Masa mula-mula dengar pasal tiada JOZAN di Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM2014) agak mengejutkan, kemudian dapat tahu pula Johan tidak menyertai MLM2014 manakala Zizan akan bergabung dengan Jambu membentuk kumpulan baru iaitu Virus. Agak trauma jugalah bila dengar pasal berita ni hahaha mcm2 perasaan ada, yang pasti memang penuh dengan tanda tanya dan 1001 persoalan. Kenapa Johan tak sertai MLM2014? Kenapa Zizan join Jambu? Apa dah jadi sebenarnya?. Mulanya aku ingatkan ni gimik Astro jer, maybe ada kejutan gitu di saat2 akhir, Tapi kini aku yakin mmg tiada JOZAN di MLM2014. Aku ingatkan Nabil yang akan bergabung dengan Jambu sebab macam tak percaya yang Nabil akan join secara solo lagi, dasyat Nabil masih maintain n x putus asa walaupun die agak terseksa dgn kontroversi dan sedih juga ketika di MLM2013.

Lagipun ketika di Final AF2013, Satu Malaysia tengok kot, yang Johan ada mention pasal nak masuk MLM2014 ni pastu tetiba bila tiba masanya tak jadi ler pulak huhu maybe sebab ada komitmen lain dsbnya. Zizan plak walaupun tanpa Johan die still join MLM2014. Jenuh gak den berdiscuss dgn member, mcm2 teori keluar hahaha, malas nak citer kat sini, nanti jadi sesi luahan perasaan dan emosi pula n then kontroversi pulak. Pendek kata semua fans JOZAN semestinya kecewa dengan berita ni, tanya lah sesape pun yg merupakan peminat JOZAN, semuanya berkongsi rasa yang sama. Dah lama tunggu ni plak jadinyer. 
Dari segi negatifnya mmg kecewa tiada JOZAN n Zizan join group lain. Tapi kalau tengok secara positifnya, gabungan Zizan dan Jambu akan menjadikan kump Virus unik sbb cara lawak mereka berbeza sekaligus menjadi kekuatan kump ini. Selain itu Yus, Tauke dan Zizan memang dah lama kenal, diorang bertiga adalah antara Finalis Raja Lawak musim pertama, so mmg menarik gabungan diorang ni. Rasanya Kump Virus akan beri saingan sengit untuk kump Sepahtu gitu, 3 lawan 3 baru adil hihi. Bila semua group bertanding di MLM2014, Tapi tiada JOZAN disitu mmg rasa kekuranganlah. Malas nk tulis pjg2 sbb sedih tiada JOZAN lagi. Walaupun akan ada Jozan The Musical di Istana Budaya tu, rasanya tetap tak sama macam di MLM2014 ni sbb MLM adalah pertandingan yg sememangnya sengit.

Good Luck untuk semua peserta yang bertanding di MLM2014 ni. Semua diatas ini hanyalah pendapat dan pandangan aku jer, sorry byk2 kalau ada yang terasa dan marah2 dengan entry ini.
Read More »

Video Seks Ustaz Azhar Idrus (UAI) Adalah Fitnah & Niat Jahat Pihak Tertentu


Assalammualaikum..


Penyebaran video lucah di laman sosial yang kononnya mengaitkan pendakwah dan penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus hanyalah niat jahat pihak tertentu untuk menjatuhkan golongan ulama di negara ini.
Sambil menafikan pelaku dalam video lucah yang sudah tersebar luas itu, pembantunya Zulkifli Wahab berkata, ia adalah usaha terancang pihak tertentu untuk menjatuhkan golongan ulama selain cuba menggagalkan usaha penyebaran dakwah di kalangan umat Islam di negara ini.

"Bukan... jangan percaya.. itu adalah usaha terancang pihak tertentu untuk menjatuhkan bukan saja Ustaz Azhar tetapi juga golongan ulama di negara ini.
"Kebelakangan ini seperti sudah wujud trend untuk menjatuhkan golongan ustaz dan ulama ini. "Ini kerana pihak yang berkenaan seperti tidak senang duduk apabila melihat masyarakat Islam di Malaysia sekarang semakin suka dan rajin ke majlis ilmu hingga program ceramah agama dan dakwah sudah menjadi fenomena sekarang.

"Justeru, pihak tertentu sengaja merancang usaha kotor ini untuk menjatuhkan ulama dan memesongkan akidah umat Islam di negara ini.
"Ia termasuklah program 'I Want To Touch A Dog' di ibu kota baru-baru ini.
"Mereka akan buat apa saja untuk merosakkan umat Islam," katanya pada Khamis.
Ditanya penerimaan Uztaz Azhar mengenai penyebaran video lucah mirip dirinya itu, Zulkifli berkata, beliau masih meneruskan program ceramah seperti biasa dan tidak terjejas dengan penyebaran video palsu itu.
Read More »

1st Segmen Blogwalking by Budak Kilabret

KLIK BANNER UNTUK JOIN!!

Tamat 16.11.2014

Join cepat sebelum terlambat ;)


Read More »

Giveaway Contest RM700 Jualan Hebat Lazada Malaysia 11/11 by Emas Putih

As-salam

Berita baik untuk semua kaki shopping online kerana Lazada Malaysia akan menganjurkan 1 jualan besar-besaran selama 1 hari pada 11th November 2014 dengan potongan harga sehingga 94%. 


Terdapat Flash Sale selama 1 jam untuk setiap satu kategori (12 Kategori) bermula 11 pagi hingga 11 malam! Harga rendah ditawarkan untuk semua kategori di Lazada Malaysia sepanjang Flash Sale. 

Mark your calendar and Jom Gegarkan Jualan Hebat ini dengan klik link ni : Jualan Hebat 

Any update tentang jualan besar-besaran ini sila ke Lazada Malaysia !! 

Ini adalah Blogger Giveaway Contest anjuran Lazada Malaysia dengan kerjasama Kisah Emas Putih. 11 Pemenang bertuah akan dipilih untuk memenangi hadiah berjumlah RM 700! Untuk sertai contest ini, sila ke blog Kisah Emas Putih dengan ke link ini : LINK CONTEST .

Read More »

Segmen: Anda Berasal Daripada Mana?.


Assalamualaikum W.B.T

Yeah!!.. Hari ini Cik Yana dengan sukacitanya melancar satu segmen yang bertajuk Segmen : Anda Berasal Daripada Mana?. Segmen ini bertujuan untuk merapatkan lagi ukhwah antara blogger di seluruh Malaysia.. Segmen ini blogger baru ke blogger lama ke boleh join jangan malu-malu.. 

Syarat-syaratnya:
  • Pertama follow blog Cik Yana, Twitter Cik Yana, fanpage Cik Yana dan Instagram Cik Yana
  • Kedua, letak tajuk Segmen: Anda Berasal Daripada Mana?
  • Letakkan bendera asal negeri anda dan letakkan ayat Saya Orang........ 
  • Copy code dibawah dan paste kan dalam entri anda dan publish.

  • Segmen ini akan bermula pada hari ini 22 Oktober 2014 hingga 31 Disember 2014 pukul (11.59 PM).


  •  So apa lagi jom join ramai-ramai.. Ajak kawan-kawan korang.. 

    Senang kan


    Saya Orang Pulau Pinang

    Read More »

    Segmen Awesome Blogger Bloglist


    Segmen Awesome Blogger Bloglist bakal berlangsung dari 24 Oktober 2014 hingga 30 Oktober 2014. Tujuannya untuk mengumpul para blogger untuk disenaraikan dalam bloglist blog ini sambil berblogwalking ke blog para blogger. Semua yang join akan disenaraikan dalam bloglist 'AWESOME BLOGGER'.


    Syarat-syarat

    • Follow blog Invisible Note
    • Like facebook Invisible Note
    • Buat entri bertajuk Segmen Awesome Blogger Bloglist
    • Copy coding dalam entri INI dan publishkan
    • Copy URL entry dan pastekan di ruangan komen entry INI
    • Siap

    Tambahan (optional)
    • IM baru buat instagram, kepada yang sudi boleh follow instagram invisiblenote

    Semua blogger akan disenaraikan dalam bloglist dari bulan November hingga Disember 2014. Senarai peserta segmen juga akan disenaraikan dalam entry selepas tamat tarikh segmen. Berharap mendapat sambutan. Terima kasih semua :)

    credit to mialiana.com

    Read More »
    Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017