16 Jun 2015

Review 3 Blog Pemenang Contest Saya Nak Hadiah by Syahirah Valiant

Assalammualaikum..
Dalam entry semalam iaitu entry Sponsor Contest By Me.. aku ada gtau akan buat review 3 blog pemenang Contest Saya Nak Hadiah by Syahirah Valiant. So jom kita tengok blog2 pemenang bertuah ni, blog diorang semua cantik2. Kat sini aku akan buat simple review, diharapkan review aku kat bawah ni akan memuaskan hati pemilik2 blog berkenaan. Jangan lupa singgah ke blog2 mereka ni semua okey.

Pemilik blog purple kat atas ni bernama Nor Syasya Bt Shari, berusia 16 tahun dan telah mula berblogging sejak tahun 2012. Aku suka sangat header blog syasya ni simple, qiut and nice gitu. Warna unggu menjadi tema blog ini, suka tengok warna unggu/purple lembut ni, sejuk jer mata memandang. Pendek katanya aku suka design blog syasya ni, simple, kemas, loading pun laju jer sebab dalam blog syasya ni xde banyak widget so blog die memang ringan. Jadi senang la nak berblogwalking ke blog syasya ni kan, tambahan lagi syasya ni agak rajin join Giveaway yang dianjurkan oleh blogger2 lain. Aku sempat terjah entry2 dalam blog syasya ni dan syasya ni rupanya peminat kumpulan k-pop iaitu BTS. So jom ramai2 gi terjah blog syasya ni k..


Pemilik blog CikSiti.com ini bernama Siti Fatimah Idris. Cik siti ni orang Penang rupanya tapi dibesarkan di Kedah dan mula melibatkan diri dalam dunia blog ni bermula pada tahun 2010. Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai Cik Siti ni boleh laa ke ruangan About Me di blog Cik siti ni. Kalau tengok design blog Cik Siti ni memang simple and nice, Header blognya pun camtu gak, sangat simple tapi still just nice jer tengok kan. Cik Siti ni jugak rajin join segmen dan giveaway2, disamping itu, cik siti juga ada berkongsi Tips-tips berguna di blognya, selain tutorial dan resepi2 yang best di blognya itu. Pendek kata memang rugi kalau tak singgah ke blog Cik Siti ni, so jom blogwalking ke blog Cik Siti ni k.

Pemilik blog Diari Hati ni bernama Nabilah Mhr dan berusia 20 tahun. Design blognya yang berbunga-bunga dan berwarna hitam serta putih membuatkan blog ni kelihatan elegan gitu, disamping kemas dan ringan kerana tidak banyak widget di blognya. Selain itu dalam blog ni ada lagu gitu, macam aku memang takde masalah dengan blog yang mempunyai lagu kerana blog aku sendiri pun ada lagu gak hehe. Macam blog yang lain, Nabilah ni juga rajin join Giveaway yang dianjurkan oleh para blogger. Di samping entry2 berkaitan Giveaway, Nabilah turut berkongsi entry2 berunsurkan personal gak contohnya pasal ragam anak buahnya dan sebagainya. So jom ramai2 gi terjah blog Diari Hati ni k..

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

1 ulasan:

sha purplegirl berkata...

Thanks. . hehehe :D header tu rse sgt kebudak budakkan. hiii.

Related Posts with Thumbnails