30 Jun 2015

Segmen "ALL ABOUT THE SONGS" by BAJUWARNACOKLAT


Assalammualaikum..
Hari ni rasa macam nak join segmen yang perlukan kita jawab2 soalan ni hehehe, so aku x pandai nak bagi jawapan panjang2 so aku jawab ringkas2 jerlaa k hehe. Sebelum tu pada yang belum join segmen ni, Jom join ramai2 sebab due datenya adalah pada 10 Julai nanti. Sape nak join segmen ni bolehlaa klik banner diatas k..

1. Lagu yang membuatkan uollss teringat masa zaman-zaman sekolah duluuu. Yang ada memori bila mana uollss dengar jee mesti ada teringat kawan-kawan masa sekolah tu dan semua benda nakal benda baik yang uollss buat masa tu. Kalau uollss tengah sekolah skrg ni, apa lagu yang paling uollss akan kenang bila dah tamat persekolahan nanti?
Jawapan - Lagu Salju Di Danau Rindu - Mamat Exists. Lagu ni memang layannn sebab masa kat sekolah dulu selalu melalak lagu ni dengan kawan2 yang lain hehehe.

2. Lagu yang bila uollss dengar mesti teringat masa patah hati duluuu. Dan betapa suweyyynyaa pada ketika itu. Kalau tak pernah patah hati, sakit hati. Hahaaa. Pernah tak? Mana tahu kecewa sbb Mak taknak belikan jajan ke.
Jawapan- Lagu Ombak Rindu - Hafiz & Adira, masa lagu ni tengah hot dulu, kucing aku yang nama Bubun tu mati, so setiap kali terkenang kat Bubun tu mesti aku teringat kat lagu Ombak Rindu ni, walaupun lirik lagu Ombak Rindu ni x de kena mengena dengan kucing pun hahaha. Tapi ntahlaa masa tu memang sangat sedih bila kucing mati so lagu Ombak Rindu ni lah yang aku akan nyanyi uwaaa..

3. Lagu yang boleh buat uollss bangkit dan move on!
Jawapan- I Will Survive- Gloria Geynor & Lagu Do I Make You Proud- Taylor Hicks, suka kedua-dua lagu ni, sebab lirik lagu ni sangat best dan bermakna gitu.

4. Lagu yang buat uollss teringat kat mak/ayah kalau dengar ni. Boleh meleleh-leleh air mata lagi-lagi kalau duduk asramaa tu.
Jawapan- lagu Ayah dan Ibu- Sudirman, lagu ni memang evergreen kot n lirik lagu ni pun touching kan, satu lagi lagu raya nyanyian Sudirman yang bertajuk Dari Jauh Ku Pohon Maaf, lagu ni pun best n lirik die pun sayu jer..

5. Lagu yang mengisahkan pasal kehidupan uollss sekarang, apa yg uollss rasa dan alami.
Jawapan- Soalan ni susah sikit laa x tahu nak letak lagu apa, tapi sekarang ni aku sangat suka dengan lagu Untuk Cinta nyanyian Hafiz dan Adira (Ost Pilot Cafe) memang syokk jer dengar..

6. Lagu yang uollss nak sangat nyanyi kat someone. Macam laki sendiri ke, kawan baik ke or sesapa lah. Crush pon bisaa dong. Hahahh
Jawapan- lagu Takkan Pisah - Eren, lagu ni memang sedap giler, lirik pun best, mmg syok tujukan lagu ni kat sape2 yang kita sayang lalalala.

7. Lagu yang kau nak nyanyi kat aku. Hehewww. Ada tak? 
Jawapan- den nak nyanyikan lagu Teman Sejati dari kump Brothers, okey tak, suka tak hehehe, dengar x kite tengah nyanyi ni lalalala..

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

6 ulasan:

Farah Waheda Wahid berkata...

selamat bersegmen yer...

Nur Raihanah berkata...

terima kasih sudi join :) hehehe

ezyra daniel berkata...

good luck ok

Ade Arif berkata...

Ade singgah melawat
Best Song...Semoga berjaya

http://bimbinganbelajar29.blogspot.com/2015/07/segmen-all-about-songs-by.html

Diyana Zdin berkata...

Singgah dr segmen yg sma ^.^

ena berkata...

result dh keluar kan

Related Posts with Thumbnails