-->

31 Jan 2015

Virus Tersingkir Di Separuh Akhir Maharaja Lawak Mega 2014

Assalammualaikum..
Separuh Akhir MLM2014 menyaksikan Kumpulan Virus tersingkir dan Zero, Sepahtu, Nabil, Shiro dan Bocey mara ke Final Maharaja Lawak Mega 2014. Nampaknya bukan rezeki Virus untuk ke Final musim ini. Rasanya next season better Zizan kekal bersama Jozan jer dan jangan join group lain dah. Jambu pula memang dah serasi berdua, bila bertiga ni nampak macam kurang serasi sikit walaupun semua dah lama kenal sejak Raja Lawak 1 lagi. Apapun All The Best untuk Zizan, Pak Yus dan Tauke. Berbalik pada saingan Separuh Akhir MLM2014 jumaat lalu, tema Props dan Loghat agak susah juga, ternyata untuk tema Loghat hanya Nabil saja yang mampu dapat 5 bintang.

Apapun Nabil cemerlang di minggu Separuh Akhir ini dan melayakkannya untuk ke Final. Zero pecah rekod kerana berjaya menjejakkan kaki buat pertama kalinya ke Final MLM2014 ini, tahniah buat Zero dan semua peserta lain. Tema untuk Final Maharaja Lawak Mega 2014 ni nanti pastinya Muzikal Komedi dan Bebas. Agak2 korang Sape yang bakal menang MLM2014 ni yer???
Read More »

Segmen Berkenalan by: Dr. Shikin


Jom Join Ramai2
Nak Join boleh klik banner diatas yer..


Read More »

30 Jan 2015

Sinopsis Drama Anak Ke-5 Slot Kelakarama TV9

Assalammualaikum..
Di Tv9 dah ada slot baru yang dinamakan Slot Kelakarama dan di slot ni akan menampilkan drama sitkom Anak ke-5. Drama ini akan dilakonkan oleh Chacha Maembong, Janna Nick, Liza Abdullah, Linda Hashim, Riz Aman dan ramai lagi. Kalau tengok dari Sinopsis drama ni memang nampak best dan kelakar, jadi bolehla tengok nanti pada setiap Sabtu, 8.30 malam. Apapun Jom layann Sinopsis Drama ni kat bawah k..

Sinopsis Drama Anak ke-5
Drama ini mengisahkan Tini, seorang gadis yang membesar di Indonesia terkejut apabila mengetahui yang dirinya merupakan anak angkat yang diculik dari sebuah keluarga di Malaysia 22 tahun dahulu. Ingin merubah nasibnya, Tini nekad meninggalkan Indonesia dan terbang ke Malaysia untuk mencari keluarga kandungnyaNamun kedatangan Tini telah merubah keadaan keluarga kandungnya. Dibesarkan dengan latarbelakang yang berbeza, Tini bukan sahaja sukar untuk menyesuaikan diri malah menjadikan keluarga kandungnya porak-peranda. Pelbagai aksi lucu terjadi ketika Tini cuba menyesuaikan diri dengan kehidupan dan juga keluarga barunya itu.
Read More »

29 Jan 2015

Birth Of A Beauty - Korean Drama Review



Assalammualaikum..
Hari ni nak buat Review Drama Korea yang bertajuk Birth of a Beauty lakonan Han Ye Seul, Jo Sang Wook, Jung Gyu Woon, Wang Ji Hye dan ramai lagi. Drama ini baru habis ditayangkan di Korea pada 11 Januari 2015 dan mempunyai 21 episod. Drama ini bergenre Romantik Komedi. Semua pelakon utama Birth of a Beauty ni ada muncul jadi guest untuk episod 219 Running Man. Seronok tengok diorang dalam RM tu sebab semuanya sporting habis n kelakar, berbeza dengan karakter watak diorang dlm drama Birth of a Beauty ni hehehe. Han Ye Seul kembali berlakon setelah kontroversi yang berlaku dalam dramanya sebelum ini. Wang Ji Hye memang selalu diberikan watak jahat dalam kebanyakkan drama hehe. 
Aku suka tengok Jung Gyu Woon berlakon walaupun die pegang watak jahat dalam drama ni hehehe manakala Jo Sang Wook pula memang cemerlang dengan drama2 yang bergenrekan Romantik Komedi ni. Agak kurang gemar melihat diskriminasi yang berlaku terhadap orang yang berbadan besar dalam drama ni. Ini jelas kelihatan dalam watak Sa Geum Ran ketika masih gemuk, x leh blah tengok die jatuh tergolek dalam bas pun xde sape yang tolong, kejam giler kann. Pastu dengan layanan keluarga mertua die yang buat die macam orang gaji dan layan die mcm sampah. Tu belum masuk lagi dengan suaminya yang kahwin dengan die sebab harta pastu curang lagi n then cuba bunuh die lak tu. Kadang2 geram gak dengan Sikap Sa Geum Ran yang terlalu baik hati tu sampai kena tindas sedangkan die ada jer ilmu pertahankan diri macam Judo tapi still terlampau baik sesangat.
Aku sangat suka melihat reaksi watak Jo Sang Wook sebagai Han Tae Hee, reaksi dan perwatakkan die dlm drama ni sangat cute dan kelakar. Reaksi die yang cuba menidakkan yang die sudah jatuh cinta pada Sara tu sangat lawak okey hehe. Die mmg sesuai sangat dengan watak2 komedi macam ni mahupun watak serius. Seronok tengok misi2 balas dendam yang dilakukan oleh Sara dan H.Tae Hee untuk membalas dendam pada Lee Kang Joon dan Gyo Chae Yeon. Jalan cerita drama ni menghiburkan, cuma bila masuk episod 16 camtu, jalan cerita drama ni mula jadi serius dan sedikit meleret-leret. Mulai episod tu jalan cerita mulai jadi sedikit boring bila Sara dipaksa untuk tinggalkan H.Tae Hee untuk menyelamatkannya dari sebarang ancaman. So mulalah part Sara jauhkan diri tapi still ambil berat pada H.T.Hee. Apapun memang part ni boring terus aku skip2 jer hehehe.
Ending drama ni still happy ending gitu, yang jahat semua dapat balasan yang setimpal. Apapun aku bagi 3 bintang dari 5 bintang untuk drama ni. Apapun Jom Layan Sinopsis drama ni kat bawah k.
Sa Geum Ran seorang yang baik hati, namun kebaikannya itu dipergunakan oleh keluarga mertuanya, dirinya dilayan seperti sampah. Suatu hari Geum Ran mendapat tahu yang suaminya Lee Kang Joon curang dan mempunyai affair dengan announcer terkenal yg bernama Gyo Chae Yeon. Sa Geum Ran tidak dapat menerima hakikat yang suaminya ingin bercerai dengannya lalu mengugut suaminya untuk mendedahkan skandal suaminya dengan Gyo Chae Yeon pada semua. Lee Kang Joon mengekori kereta yang dipandu Sa Geum Ran dan cuba membunuhnya. Akhirnya kereta yang dipandu S.G.Ram terbabas dan jatuh ke dlm laut. Lee Kang Joon dan Gyo Chae Yeon berpakat dan merahsiakan perkara sebenar. Semua menyangka Sa Geum Ran membunuh diri namun Sa Geum Ran tidak mati sebaliknya dirinya pergi berjumpa dan merayu dengan Han Tae Hee yang disangkanya seorang Pakar Bedah Plastik.
Disebabkan Han Tae Hee juga mempunyai motif tertentu, dia bersetuju untuk membenarkan Sa Geum Ran menjalani pembedahan plastik seluruh badan. Akhirnya Sa Geum Ran menjadi orang baru, dirinya menjadi sangat cantik, kurus dan menukar namanya kepada Sara. Sejak itu Sara tinggal dengan Han Tae Hee dan mengikut segala arahan Han Tae Hee padanya. Akhirnya Sara dan Hae Tae Hee berpakat untuk menggagalkan perkahwinan Lee Kang Joon dan Gyo Chae Yeon. Dengan wajahnya yang baru dan cantik, Sara mula menggoda suaminya Lee Kang Joon dan L.K.Joon tidak tahu yang Sara adalah isterinya lalu mula terpikat sedikit demi sedikit pada Sara. Manakala Han Tae Hee pula ingin mendapatkan cinta Gyo Chae Yeon. Namun atas desakan dan ugutan Gyo Chae Yeon, die dan Lee Kang Joon tetap berkahwin. Maka Sara dan H.T.Hee mengubah plan untuk membuatkan mereka bercerai pula.
Akhirnya Sara mendapat tahu yang Lee Kang Joon memang ada niat untuk membunuh dirinya ketika die masih menjadi Sa Gem Ran dulu, dan ini menyebabkan Sara berasa sangat sedih dan akhirnya membuat keputusan untuk membuatkan L.K.Joon ditangkap atas tuduhan membunuh Sa Geum Ran. Han Tae Hee pula mula berasakan yang dirinya kini jatuh cinta pada Sara. Ketika cinta Sara dan H.T.Hee bersemi, Gyo Chae Yoon mendapat tahu identiti sebenar Sara. Keadaan mula menjadi rumit apabila musuh Han Tae Hee iaitu Han Min Hyuk yang juga Boss pada Lee Kang Joon turut suka pada Sara. Setelah sekian lama, akhirnya Lee Kang Joon juga turut mendapat tahu yang Sara sebenarnya adalah Sa Geum Ran dan mereka masih lagi suami isteri kerana belum bercerai. Apa yang bakal seterusnya kenalah tengok drama ni hehehe.
Baca Jugak yer Entry kat bawah ni k..

Review Drama Lakonan Jo Sang Wook yang terdahulu:

Review Drama Lakonan Jung Gyu Woon  yang terdahulu:

Review Drama Lakonan Wang Ji Hye yang terdahulu:


Read More »

28 Jan 2015

CPUV Nuffnang : Lactacyd - Malay Millennium

Assalammualaikum..
Alhamdulilah dapat Cpuv terbaru dari Nuffnang..untuk tahun 2015 ni iaitu Lactacyd - Malay MillenniumTerima Kasih kepada Nuffnang..dan juga pihak Advertiser kerana memilih blog ini. Setakat ini ada 17 Cpuv yang still on going.Thanks pada semua yang sudi klik-klik iklan di blog ini yer. Jika korang nampak iklan ni menari-nari di blog ini, sudi-sudikanlah untuk klik2 yer. Thanks semua, moga kita semua dimurahkan rezeki amin.
Read More »

27 Jan 2015

Inspire

Read More »

26 Jan 2015

Pinocchio - Korean Drama Review

Assalammualaikum..
Hari ni nak buat Review Drama Korea yang bertajuk Pinocchio yang dibintangi oleh Lee Jong Suk, Park Shin Hye dan ramai lagi. Drama ni baru saja habis ditayangkan di Korea pada 15 Januari 2015 yang lalu dan mempunyai 20 episod. Drama ini menggabungkan semula pengarah, penulis skrip dengan pelakon Lee Jong Suk dan Kim Hae Sook yang pernah terlibat dalam drama Popular I Hear Your Voice (2013) reunion gitu kann. Drama ni antara drama yang popular dan mempunyai rating yg baik ditambah lagi dengan jalan ceritanya yang unik dan suspen. Subjek utama cite ni adalah wartawan dan kebenaran, selain itu dalam drama ni terdapat juga elemen kekeluargaan yang menarik disamping elemen percintaan.
Dari komen2 yang aku baca ramai juga yang memuji lakonan Park Shin Hye yang dikataan lebih baik dalam drama ni termasuklah keserasiannya dengan hero drama ini iaitu Lee Jong Suk. Wataknya sebagai Choi In Ha yang mempunyai Sindrom Pinocchio iaitu tidak boleh menipu juga sangat unik dan menarik bagi aku kerana setiap kali Choi In Ha menipu die akan tersedu, dan penipuannya akan menjadi tidak berjaya. Lakonan Lee Jong Suk sebagai Choi Dal Po/Kim Ha Myung juga cemerlang, banyak secene2 yang menyayat hati yang membabitkan wataknya. Antara scene yang best tentulah scene yang memabitkan dirinya dan abang kandungnya tu. Pertemuan dua beradik yang telah lama terpisah namun ianya tidak lama kerana perbuatan jenayah abangnya perlu didedahkan. Aku suka tengok Scene CDP/Kim Ha Myung dengan abang die tu, sweet, tragis dan sedih.
Drama ni memang banyak scene sedih okey, scene misi balas dendam untuk Mak In Ha iaitu Song Cha Ok tu pun best, CDP/K.Ha Myung berusaha untuk mencari dalang sebenar serta membongkar kebenaran disebalik kematian ayahnya dulu. Ingatkan Mak Seo Beom Joo tu baik sebab nampak peramah jer rupanya sebaliknya, die ada sisi gelapnya yang sengaja disembunyikan. Selain banyak scene2 yang sedih dan suspen, terselit gak scene2 kelakar dalam drama ni antaranya aku suka tengok reaksi CDP/K.H.Myung yang terkejut dan marah2 manja kat ayahnya yang selalu suka curi2 duit dalam tabung die tu hehehe, adoii lawak betul. Seterusnya aku suka gak tengok perwatakkan ayah In Ha yang suka marah2 In Ha tu hehe, seronok tengok kerenah family Choi In Ha ni. Part Dal Po/Ha Myung nak tinggalkan rumah untuk berpindah ke rumah abang die tu sedih jer, sebab semua pun sedih n nangis.
Kerenah para wartawan yang bekerja di YGN dan MSC tu juga menarik dan lawak. Lee Bo Young dan Yoon Sang Hyun yang memegang watak sebagai peguam bela dalam drama I Hear Your Voice turut membuat special appearance dalam drama Pinocchio ni, namun Lee Bo Young hanya meminjamkan suaranya saja hehehe. Ending drama ni semestinyalah Happy Ending, tapi kesian gak kat watak Seo Beom Joo sebab mak die jahat, Apapun memang berbaloi tengok drama ni, tambahan lagi penulis skripnya juga adalah orang yang sama yang menulis skrip I Hear Your Voice. Bagi yang belum tengok bolehlaa tengok cite ni nanti tak pun tengok je kat Tv di Channel One tu dan aku bagi 4 bintang dari 5 bintang untuk drama ni.
Baca Gak Entry di bawah ni yer..

Review Drama Lakonan Lee Jong Juk Suk yang Terdahulu:

Review Drama Lakonan Park Shin Hye yang terdahulu:



Read More »

PENCARIAN BLOGLIST FI HIFZILLAH


Jom Join Ramai2
Nak Join boleh klik banner diatas yer..


Read More »

Segmen Bloglist Februari - Jun by Cik Manis

Jom Join Ramai2
Nak Join boleh Klik Banner diatas yer..

Read More »

25 Jan 2015

Zero, Nabil, Sepahtu, Shiro, Virus dan Bocey Ke Separuh Akhir MLM2014

Assalammualaikum..
Di minggu ke 11 Maharaja Lawak Mega 2014 menyaksikan tiada penyingkiran, manakala kump Sepahtu, Virus dan Shiro berada pada kedudukan bottom three. Ini bermaksud semua peserta iaitu Zero, Nabil, Sepahtu, Shiro, Virus, Bocey akan ke peringkat Separuh Akhir MLM2014 iaitu minggu ke-12. Mengimbas semula persembahan peserta di minggu ke-11, ternyata Zero kembali bangkit dan beraksi dengan baik dalam kedua-dua tema iaitu, Silent Komedi dan Karoot Komedia. Hope Zero terus konsisten dan masuk ke final nanti. 

Apapun di minggu Separuh Akhir nanti, pastinya lebih sengit kerana di minggu tersebut pastinya akan ada satu penyingkiran. Sayanglah kalau tersingkir sebab hanya selangkah lagi untuk ke Final kan. Tak dapat nak jangka peserta mana yang bakal tersingkir nanti kerana masing2 ada kelebihan. Apapun kita tunggu dan lihat di minggu ke 12 Maharaja Lawak Mega 2014 nanti..
Read More »

24 Jan 2015

CPUV Nuffnang - Digi Year End Sale

Assalammualaikum..
Alhamdulilah dapat Cpuv terbaru dari Nuffnang..untuk tahun 2015 ni iaitu Digi Year End SaleTerima Kasih kepada Nuffnang..dan juga pihak Advertiser kerana memilih blog ini. Setakat ini ada 17 Cpuv yang still on going. Thanks pada semua yang sudi klik-klik iklan di blog ini yer. Jika korang nampak iklan ni menari-nari di blog ini, sudi-sudikanlah untuk klik2 yer. Thanks semua, moga kita semua dimurahkan rezeki amin.
Read More »

23 Jan 2015

Sinopsis Filem Suamiku Encik Perfect 10!

Assalammualaikum..
Bermula 22 Januari ini, filem Suamiku Encik Perfect 10! yang dibintangi oleh Aaron Aziz, Lisa Surihani akan ditayangkan di Pawagam. Filem Suamiku Encik Perfect 10! ini adalah adaptasi daripada Novel popular yang tajuknya juga sama, hasil nukilan novelis Syamnuriezmil. Wahh mesti best ni kan. Peminat Lisa dan Aaron mesti tak sabar nak tengok filem ni kat pawagam kan, Agak2 boleh box office tak cite ni kat pawagam nanti? sama2 kita tunggu, sebelum tu jom layan Sinopsis filem ni kat bawah k..

Sinopsis Filem Suamiku Encik Perfect 10!
Read More »

22 Jan 2015

Perbezaan Antara British dan American English

Read More »

21 Jan 2015

Lagu & Lirik Apa Khabar – Joe Flizzow Feat SonaOne (AJL29)

Assalammualaikum..
Rasanya semua pun tahu lagu Apa Khabar ni menang besar di Anugerah Juara Lagu ke-29 AJL29 ahad lalu. Pastinya ada yang tertanya-tanya apa kelebihan lagu ni sampai boleh jadi juara gitu. Rasanya kekuatan lagu ni terletak pada liriknya yang mendalam mengenai kerinduan kepada seorang sahabat. Kalau tengok pada liriknya memang ketara maksudnya, Tak nak cite panjang jom layannn lirik lagu Apa Khabar dan muzik video lagu ni kat bawah k..

Lirik Lagu Apa Khabar

Merenung ke luar jendela
Bayu pagi meniup lembut

Lihat bintang di angkasa

Purnama menerangi gelapku

Dan bila fajar menjelma
Itu permulaan hari baru
Dunia gamat bunyinya
Sunyiku hanya Tuhan tahu

Dalam perjalanan banyak persimpangan
Di mana kita bertukar arah

Kau lurus ke kiri aku tegak ke kanan

Di mana kita tersilap langkah

Kadang-kala waktu berhenti
Ku toleh ke sisi

Engkau tiada di sampingku

Tapi lebih seringkali

Bertemu dalam mimpi
Semuka dengan sahabatku
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar semua

Mereka kata masa depan kami sungguh cerah
Lirik dan rap kami bak anugerah

Ini semua sebelum semua anugerah

Masa bila lapar semua makan mee segera

Show pertama luar KL di Pulau Pinang
Lapan orang naik dua Kancil tapi semua senang
Dua bilik empat katil jadi empat di lantai
Kalau tidak silap ada yang sampai di tepi pantai
Dan kali pertama kita diserbu peminat
Di Kuching, Sarawak seperti semalam aku ingat
Setiap langkah bersama seakan tidak percaya
Kita berjaya jadikan rap sebagai kerjaya
Permulaan pengembaraan yang berliku
Dan ini mungkin sinopsis hidupku dalam lagu
Kau kembarku hari ini dan semalam
Jadi hari esok itu sendiri boleh faham

Kadang-kala waktu berhenti
Ku toleh ke sisi

Engkau tiada di sampingku

Tapi lebih seringkali

Bertemu dalam mimpi
Semuka dengan sahabatku
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar semua

Pada mulanya kita menjajah
Lagu-lagu bahasa penjajah

Dan kita berdua budak belasan

Kau pandai buat percaturan

Industri penuh dengan peraturan
Semua kita bahas dan pidatokan
Sebab ini dua budak bijak
Kita kata ya mereka tidak
Kalau gagal merancang itu merancang untuk gagal
Ku masih ingat pesanmu
Ingat Zal kita Z paling handal Zal
Suntikan semangat untukku
Setiap persembahan phenomenal
Beribu lagi fans luar stadium
Lepas pusing satu Malaysia, Singapore, Brunei, Indonesia
Angan-angan jadi impian impian jadi cita-cita
Kata-kata jadi lagu puisi jalanan tercipta
Siapa kata jangan bermimpi doaku pada Yang Esa
Mungkin permulaan baru di ketika berbeza

Kadang-kala waktu berhenti
Ku toleh ke sisi

Engkau tiada di sampingku

Tapi lebih seringkali

Bertemu dalam mimpi
Semuka dengan sahabatku
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar semua


Read More »

20 Jan 2015

Senarai Pemenang Anugerah Juara Lagu Ke-29 (AJL29)

Assalammualaikum..
Anugerah Juara Lagu ke-29 berlangsung dengan meriahnyer dan menobatkan lagu Apa Khabar sebagai Juara AJL29. Ikutkan aku tak menjangka lagu tersebut boleh jadi Juara kerana aku lebih suka lagu lain, apapun semua lagu ada kelebihan masing2. Aku memang dah agak lagu Di Pintu Syurga nyanyian Dayang Nurfaizah akan menang juga, x kisahlaa tempat ke berapa pun. Apapun performance Mojo memang menjadi Juara di hati gitu. Agak muak jugak tengok Iklan Qu Puteh tuu, x cukup masa AJL berehat ada iklan tu, masa acara tengah berlangsung pun sempat gak diorang promote produk Qu Puteh ni adoii, sikit2 cukup ler kann. 
Jom tengok Senarai Pemenang AJL29

Juara: Apa Khabar - Joe Flizzow
Tempat Ke-2: Masih Aku Cinta - Shila Amzah
Tempat Ke-3: Di Pintu Syurga - Dayang Nurfaizah
Vokal Terbaik: Dayang Nurfaizah (Di Pintu Syurga)
Persembahan Terbaik : Mojo (Roman Cinta)
Read More »

19 Jan 2015

Video Lagu Roman Cinta By Mojo & Caliph Buskers - #AJL29

Assalammualaikum..
Sape tengok Anugerah Juara Lagu (AJL29) ahad lalu, rasa-rasanya semua pun suka dengan Lagu Roman Cinta dari Mojo dan Caliph Buskers tuh kan..Wow suara penyanyi nyer memang mantap giler. Penonton kat Stadium tu pun bersorak giler kan, meriah, memang sangat patut menang Persembahan Terbaik tu. Penyanyi Caliph Buskers tu bernama Azmi Saat dan berasal dari Johor. Walaupun OKU memang die sangat berbakat besar begitu jugar dgn groupnyer yg dinamakan Caliph Buskers. Memang bagus diorang ni, pandai Edry KRU ni pilih diorang untuk menyanyi dan bersama-sama dengan kump Mojo untuk mendendangkan lagu Roman Cinta. 

Jom tengok sekali lagi perfomance diorang di AJL29 dalam video kat bawah ini. 

Read More »

CPUV Nuffnang - Nestle Kitkat Launch

Assalammualaikum..
Alhamdulilah dapat Cpuv terbaru dari Nuffnang..untuk tahun 2015 ni iaitu Nestle Kitkat LaunchTerima Kasih kepada Nuffnang..dan juga pihak Advertiser kerana memilih blog ini. Thanks pada semua yang sudi klik-klik iklan di blog ini yer. Jika korang nampak iklan ni menari-nari di blog ini, sudi-sudikanlah untuk klik2 yer. Thanks semua, moga kita semua dimurahkan rezeki amin.
Read More »

18 Jan 2015

Sinopsis Drama Asam Pedas Untuk Dia Slot Dahlia TV3

Assalammualaikum..
Drama terbaru Tv3 yang merupakan adaptasi Novel yang bertajuk Asam Pedas Untuk Dia, telah mula menemui penonton pada setiap sabtu dan ahad, pukul 7 malam. Drama 28 episod ini dilakonkan oleh Shukri Yahaya, Dayana Roza dan ramai lagi. Sape dah baca novel Asam Pedas Untuk Dia, novel tu antara yang terlaris juga, so kalau versi drama mesti best gak. apapun jom layan sinopsis drama ini kat bawah k..

Sinopsis Drama Asam Pedas Untuk Dia..
Ainin Sofiya hanya pembantu rumah separuh masa. Tugasnya bukan setakat mengemas rumah malah urusan dapur juga. Buat pertama kalinya, asam pedasnya mendapat pujian. Dalam diam,dia diperhatikan anak majikan Ahmad Ziyad. Asam pedas Ainin menjadi kegemarannya. Tanpa diduga, Ainin dilamar, hanya ingin membantu dari segi kewangan. Ainin berkata pada dirinya, Aku bukan mata duitan! Aku hanya bekerja dengan hasil usahaku sendiri.

Setelah berfikir panjang, aku menerima lamarannya tetapi dia meletakkan syarat. Perkahwinan ini adalah rahsia,ia tidak boleh diketahui oleh keluarganya mahupun girlfriend dia. Aku juga tak boleh hamil! Sampai bila harus aku sorrokkan statusku? jiwaku terseksa! Ziyad tidak memahami perasaanku. Takdir menentukan aku hamil anaknya!

Read More »
Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017