-->

31 Dis 2015

Sinopsis Drama Cinta Si Wedding Planner Slot Akasia TV3

Assalammualaikum..
Drama Cinta Si Wedding Planner akan mula bersiaran mula 30 Disember ini menggantikan drama Akulah Balqis yang telah tamat episodnya. Drama ini merupakan adaptasi daripada novel yang tajuknya juga sama dan dilakonkan oleh Adi Putra, Mira Filzah, Shima Anuar, Fadlan Hazim serta ramai lagi. First time aku tengok Mira Filzah ni berlakon masa dalam drama Eksperimen Cinta, die jadi kawan baik kepada watak Izreen Azminda tu. Tak sangka plak dah jadi heroin untuk drama Slot Akasia gitu, ni mesti akan popular macam Mia Ahmad tak lama lagi nanti tambah2 bergandingan dengan Adi Putra gitu. Drama ni mempunyai 28 episod, Apapun jom layan sinopsis drama Cinta Si Wedding Planner kat bawah ni k.
Sinopsis Drama Cinta Si Wedding Planner

Izara Batrisya (Zara), si wedding planner, tidak menduga cinta yang disulam bersama sepupunya, Bazli selama 4 tahun musnah kerana sebuah hakikat. Dalam hati Zara ketika itu, hanya ada Bazli, sepupunya sendiri. Namun Zara dan Bazli tidak pernah menyangka bahawa jodoh sebenarnya bukan milik mereka berdua. Kasih mereka yang selama ini dirahsiakan daripada pengetahuan Mak lang dan Pak Lang hancur si tengah jalan. Fariz Adryan (Fariz), pula bekas tentera laut pernah dicurangi Shirah, kekasih yang hampir menjadi tunangannya, sehingga tertutup pintu hati untuk sebarang wanita. 

Keperibadian Zara memikat hati Puan Marina, salah seorang pelanggannya. Memandangkan Zara sebatang kara di KL, lantas Zara dijadikan anak angkat oleh Puan Marina yang telah mempunyai 4 orang anak. Pertemuan Fariz dan Zara kerana berebutkan tempat parkir telah mendatangkan satu perasaan kepada Fariz. Lebih menarik lagi, Fariz adalah anak kedua Puan Marina. Maka pertemuan demi pertemuan berlangsung antara mereka tanpa disedari mengukuhkan lagi perasaan Fariz terhadap Zara.

Mengetahui Zara cuba bangkit dari luluh kecewa cinta terhalangnya dan demi melindungi Zara dari terus-terusan diganggu Bazli, Fariz nekad menghulur tangan bagi memimpin Zara ke masa hadapan dalam sebuah ikatan perkahwinan. Puan Marina, mama Fariz yang berkenan akan keperibadian Zara terus menghantar pinangan hingga terjalinnya ikatan suci antara Zara dan Fariz. Zara rela menerima walau hatinya belum wujud getaran cinta buat Fariz. Fariz yang tidak pernah putus asa untuk mencuba, akhirnya berjaya. Hati Zara kini miliknya.

Fariz dan Zara hidup bahagia selepas berjaya melepasi tempoh penyesuaian mereka. Fariz yang baran, moody dan beku berubah menjadi romantik dan penyayang. Sementara itu, Zara pula mencuba menjadi isteri terbaik buat suaminya yang tercinta. Pada saat bahagia mula bersemi, cinta pertama Fariz kembali muncul menagih kasih. Zara menerima ugutan meminta dia meninggalkan Fariz. Sementara Shirah pula datang merayu untuk kembali kepada Fariz. Fariz menjadi tertekan sehingga mengabaikan Zara dan kembali menjadi mudah baran. Fariz silap percaturan dalam usaha menyelamatkan rumahtangganya hingga akhirnya tercetus perbalahan antara mereka hinggakan Zara menuntut perceraian dan membawa diri ke bumi Auckland.

Dengan bantuan Bazli, Zara dan Fariz kembali bersatu tetapi ancaman yang lebih hebat datang mengancam rumahtangga mereka. Kegilaan dan obsesi Shirah makin tidak terkawal sehingga nyawa Zara dan kandungannya menjadi taruhan. Apakah tindakan Fariz? Adakah bahagia menjadi milik Zara? 

Read More »

Senarai Pemenang Bloglist Segmen Blogwalking & Tambah Follower Hujung Tahun Part 2

Assalammualaikum..
Berakhir sudah segmen yang aku buat iaitu Segmen Blogwalking & Tambah Follower Hujung Tahun Part 2 Seperti yang dijanjikan, aku akan masukkan 5 blog peserta bertuah yang dipilih oleh Random.org ke dalam Bloglist aku. Maklumlah dah masuk 2016 ni aku nak update balik bloglist aku, Blog2 yang dah tak aktif sebegitu lama akan aku remove manakala blog2 yang terus aktif akan stay dalam bloglist aku. So kat sini juga aku nak buka peluang pada mana2 blog yang nak exchange link/bloglist dengan aku bolehla komen dekat entry ini yer n pastikan korang dah masukkan blog aku dalam bloglist korang k. Tahniah buat 5 pemenang bloglist yang terpilih boleh check nombor dan senarai peserta kat link dibawah ni. Selamat Tahun Baru 2016! Happy New Year uolls..


5 Pemenang Bloglist 2016 





Read More »

Segmen Bloglist & Blogwalking By Beautiful Of Iman


Jom Join Ramai2
Due Date- 15 Januari 2016
Nak Join boleh klik banner diatas yer...




Read More »

Pencarian Top 5 Blogger 2016

Assalamualaikum

*tekan banner untuk join

Tag rakan : MuLaN..
Nama panggilan dalam blog : Miss BaNu
Tempoh pengalaman berblogging : 6 tahun (start dari tahun 2009 camtu)

Read More »

30 Dis 2015

Segmen Blogwalking & Tambah Follower Hujung Tahun Part 2

Entry Melekat Hingga 30 Disember 2015- Untuk entry terbaru sila skrol ke bawah yer..
Assalammualaikum..
Agak lama juga tak buat segmen, so dah hujung2 tahun ni aku nak buatla Segmen Blogwalking & Tambah Follower Hujung Tahun Part 2. Sebenarnya pada penghujung tahun 2014 yang lalu aku dah pernah buat segmen ni so kali ni aku buat lagi untuk tahun 2015 supaya kita dapat blogwalking ramai2 sekaligus tambah follower serta tingkatkan trafik blog masing2.

Syarat-Syarat Penyertaan

1- Follow Blog Ini
2- Like Page Facebook Blog Ini jika sudi --> https://www.facebook.com/Miss-BaNu-StoRy-220198411384672/
3- Follow Instagram den kalau korang pun ada instagram gak, aku akan follow back korang nanti --> https://www.instagram.com/miss_syahbanu/
* Jika korang takde Facebook atau Instagram pun boleh join segmen ni yer, jangan risau k.
4- Tulis Tajuk -> Segmen Blogwalking & Tambah Follower Hujung Tahun Part 2 di entry korang nanti k.
5- Copy Banner diatas dan link kan ke blog ini yer..
6- Tarikh Tutup - 30 Disember 2015, jam 11.59 malam.
* Senarai Peserta akan diupdate dari masa ke semasa, 5 Blog Peserta Bertuah yang dipilih secara random.org akan dimasukkan ke dalam bloglist blog ini untuk tahun 2016 Selamat Berblogwalking yer. 

Read More »

Jom Join My Segmen


Assalammualaikum..
Just nak mengingatkan pada korang2yang belum join my segmen iaitu Segmen Blogwalking & Tambah Follower Hujung Tahun Part 2 boleh la join sebab tarikh tamat segmen adalah pada malam ini iaitu pada 11.59 malam, 30 Disember. So masih ada masa untuk join lagi, so meh cepat2 join k.. Pada yang nak join my segmen tu bolehla klik --> SiNi.. ataupun klik jer kt gambar atas ni atau kat bawah ni. Selamat Menjoinkan diri k dan Selamat Tahun Baru 2016 :)

Read More »

29 Dis 2015

Orang Jatuh VS Handphone Mahal Jatuh

Read More »

28 Dis 2015

Splash Splash Love - Korean Drama Review

Assalammualaikum..
Dah lama x buat review Drama Korea terbaru ni hehehe n baru-baru ni aku ada tonton online drama Korea yang bertajuk Splash Splash Love yang dilakonkan oleh Kim Seul Gi, Yoon Doo Joon dan ramai lagi. Uniknya drama ni sebab ianya hanya 2 episod jer, kiranya macam mini drama ataupun Drama Special gitu. Rasanyer ni adalah kali pertama Kim Seul Gi jadi heroin utama sebelum ni die selalu dapat watak pelakon pembantu jer. Ini juga kali pertama aku melihat Y.Doo Joon ni berlakon, patutla muka die cam familiar jer rupanya die salah sorang ahli kumpulan K-Pop (Beast). Aku ni memang tak berapa minat lagu2 kpop ni just minat drama jer sebab tu kadang2 tak kenal hehe. First time aku tengok lakonan Kim Seul Gi ni adalah menerusi drama Flower Boy Next Door, kemudian nampak die berlakon dalam Surpluss Princess, Kill Me Heal Me, Oh My Ghost dan kini Splash Splash Love. Die ni memang berbakat besar n boleh pelbagai watak, ramai juga yang komen cakap tak puas bila drama ni just 2 episod jer.
Tapi kadangkala bagus juga kalau 2 episod sebab kalau drama ni jadi panjang sampai 16 episod atau lebih maybe jalan cerita akan jadi meleret ker apa ker n seterusnya jadi bosan. So bila ada 2 episod jer, ianya akan membuatkan jalan cerita jadi padat, ringkas dan menarik. Banyak adegan2 lawak dalam drama Splash2 Love ni antaranya macam scene Oppa Gangnam Style masa tenggah tunggang kuda hahaha dan macam2 scene lain yang menarik. Bayangkan jerla bila seorang pelajar sekolah di zaman moden ini kembali ke zaman lampau iaitu di Zaman Joseon dan membuatkan hidupnya jadi kucar kacir dan juga jatuh cinta pada raja yang memerintah ketika itu. Keserasian watak Kim Seul Gi dan watak Do Joon memang menjadi, nampak sweet jer diorang berdua ni. OST drama Splash2 Love ni juga sedap didengar
Selain banyak scene2 kelakar dalam cite ni, ade jer scene2 sedih dalam cite ni especially bila watak Kim Seul Gi sebagai Dan Bi ingin pulang semula ke zaman moden, disamping die juga terlalu rindukan ibunya. Walaupun dia mencintai raja dan raja tu juga cuba mengahalangnya dari kembali namun Dan Bi tetap berkeras ingin pulang. Part diorang berpisah tu memang sedih juga tapi ending cite ni still happy ending gitu. Bila tengok cite ni teringat plak drama Rooftop Prince, jalan cerita die nak sama sikit tapi terbalik hehehe. Aku sarankan korang tengok cite ni sebab lawak n episod pun tak banyak, memang best layann cite ni, aku bagi 5/5 bintang untuk cite Splash Splash Love ni.
Sinopsis Splash Splash Love

Mengisahkan Jang Dan Bi yang sangat tidak suka pada mata pelajaran Matematik. Ketika die dalam perjalanan untuk menduduki peperiksaan penting, hari tiba2 hujan. Dan Bi berasa tidak bersedia serta takut untuk pergi menduduki peperiksaan tersebut, die berharap agar dirinya dapat bersembunyi dan pergi jauh2. Hujan masih lebat dan die kemudian duduk di suatu tempat sebelum ternampak lopak air. Dan Bi berasa hairan kerana lopak air tu agak dalam dan tanpa berfikir panjang Dan Bi terus terjun kedalamnya dan tiba2 die berada di dalam air sebelum mucul di zaman Joseon. Dan Bi akhirnya jatuh cinta dengan raja Lee Do yang merupakan seorang raja yang bijak serta suka dengan ilmu pengetahuan terutamanya matematik. Dan Bi menggunakan segala pengetahuan Matematiknya untuk mengajar raja tersebut dalam pelbagai aspek dan Raja Lee Do juga kagum dan jatuh cinta padanya. Apa yang bakal berlaku seterusnya?
Read More »

27 Dis 2015

Sinopsis Telemovie Along Slot Cerekarama TV3

Assalammualaikum..
Menerusi Slot Cerekarama yang bersiaran pada 26 Disember ini, sebuah Telemovie yang bertajuk Along akan disiarkan. Telemovie Along ini diarahkan oleh Khalid Nadzri dan dilakonkan oleh Daniel El Arash, Habiel Lutfillah, Edora Mitilda, Fizz Fairuz, Norkhiriah, Zulkifli Salleh, Nureen dan lain2 lagi. Kalau tengok dari Iklan dan sinopsis Telemovie Along ni ianya memfokuskan tentang kehidupan 3 adik- beradik yang saling menyayangi dan tak sanggup berpisah. Rasanya cite ni memang agak sedih ni especially endingnyer nanti. Apapun sama2 lah kita tonton nanti k. Sebelum tu jom tengok Sinopsis cite ni kat bawah k.
Sinopsis Telemovie Along

Mengisahkan  tentang tiga beradik yatim piatu, Faiz (Daniel El Arash), Imran (Habiel Lutfillah) dan Mira (Edora Mitilda) dalam menghadapi dugaan kehidupan yang semakin berat. Kerana Faiz selaku Along kepada Imran dan Mira tidak bekerja, Faiz merasakan ada baiknya sekiranya adik-adiknya diambil menjadi anak angkat daripada terus hidup dalam keadaan papa kedana bersamanya.

Setelah mendaftarkan adik-adiknya di sebuah pusat kebajikan kanak-kanak, Imran diambil sebagai anak angkat oleh sepasang suami isteri yang tiada anak, Taufiq dan Gayah (Fizz Fairuz dan Norkhiriah). Kehidupan Imran cumalah sederhana jika dibandingkan dengan adiknya, Mira.

Pada waktu yang sama Imran diambil daripada Faiz, Mira juga diambil sebagai anak angkat oleh sepasang suami isteri yang berada, Datuk Haris dan Datin Farida (Zulkifli Salleh dan Nureen).

Ibarat air dicincang tidak akan putus, sungguhpun Imran dan Mira menjalani kehidupan senang, mereka tetap mahu tinggal bersama Faiz. Sehinggakan satu tahap di mana mereka terlalu merindui antara satu sama lain, Faiz nekad membawa adik-adiknya lari dan merancang untuk hidup bertiga.
Pelbagai dugaan dilalui mereka, berlapar, berpanas dan berhujan. Namun ketabahan dan kekuatan Faiz benar-benar teruji apabila mendapati suhu badan Mira meningkat dan Mira tidak sedarkan diri.

“Along, mana adik? Mana adik Long? . . . Adik dah pergi . . .”Apakah nasib tiga beradik yatim piatu ini? Dapatkah mereka teruskan hidup bergelandangan? Apa yang terjadi pada Mira?

Read More »

26 Dis 2015

Senarai Peserta Segmen Blogwalking & Tambah Follower Hujung Tahun Part 2

Assalammualaikum..
Segmen yang aku buat ni masih berjalan sehingga 30 Disember 2015, 11.59 malam. So bagi yang belum join tu masih ada banyak masa lagi untuk join, sape2 nak join Segmen Blogwalking & Tambah Follower Hujung Tahun Part 2 boleh klik banner diatas tu, atau pun Klik --> SiNi.. So kat bawah ni aku Senaraikan blogger2 yang join segmen aku ni, terima kasih kerana sudi menyertai segmen yang aku buat ni. Pasni bolehla kita gi blogwalking ramai2 kan, sekaligus follow blog2 yang belum kita follow lagi n tingkatkan trafik blog masing2. Selamat berblogwalking yer..

Read More »

25 Dis 2015

Sinopsis Filem Isteri Untuk Dijual Lakonan Nora Danish & Kamal Adli

Assalammualaikum..
Filem terbaru lakonan Nora Danish, Kamal Adli, Azwan Kombos, Abam yang bertajuk Isteri Untuk Dijual telah mula ditayangkan di pawagam bermula 24 Disember ini. Tajuk Filem ni mungkin nampak macam serius n agak kontroversi sikit tapi filem Isteri Untuk Dijual ni sebenarnya bergenre romantik komedi, kiranya jalan ceritanya tak berat or serius lebih kepada lawak n romantik gitu. Diarahkan oleh Eyra Rahman dan diterbitkan oleh Metrowealth. Poster filem ni nampak qiut hehe n Jalan cerita Isteri untuk Dijual ni nampak macam menarik juga, so jom tengok Sinopsis cite ni kat bawah k.
Sinopsis Filem Isteri Untuk Dijual

Kisah bermula apabila Reza telah jatuh cinta dengan Bella. Bagi Reza, Bella seorang wanita yang cantik, comel dan jujur, pendek kata segalanya sempurna. Selepas Bella berjaya menjadi model di bawah syarikat Reza, mereka telah berkahwin. Namun impian untuk mempunyai rumah tangga yang indah dan bahagia tidak kesampaian apabila Bella mula menunjukkan sikap sebenarnya sehinggakan Reza tidak dapat bertahan dengan sikap dan kerenah Bella dan dia mula merancang untuk meminta rakan baiknya Adi untuk menggoda Bella agar isterinya itu meninggalkannya. Apa yang bakal terjadi seterusnya.

Read More »

24 Dis 2015

Segmen Bloglist #1 by Fieyqa Adelova


Jom Join Ramai2
Due Date- sebelum masuk tahun 2016
Nak Join Boleh Klik Banner k..

Tag

Read More »

OST Dilwale - Lagu Dan Lirik Janam Janam (Lagu Best)

Assalammualaikum..
Mesti dah ramai yang gi tengok Filem Dilwale lakonan Shah Rukh Khan dan Kajol kat pawagam kan? Rata-rata yang aku tengok dan baca, ramai yang suka giler dengan lagu Janam Janam ni. Setelah aku dengar lagu tersebut, memang aku suka dan rasanya lagu Janam Janam ni lah yang paling best sekali dalam filem Dilwale tu hehehe. Aku siap download dah lagu tersebut yeahhh hehehe..Jom layan lagu ni kat bawah beserta liriknya sekali, bolehlaa menyanyi sekali dengan lirik lagunyer. Memang pecah rekodlah filem Dilwale ni, n pasni bila lagilah agaknyer SRK n Kajol akan bergandingan lagi.
Janam janam janam sath chalna yunhi
Kasam tumhe kasam aake milna yahi
Ek jaan hai bhale do badan ho juda
Meri hoke hamesha hi rehna
Kabhi na kehna alvida
Meri subah ho tumhi
Aur tumhi sham ho
Tum dard ho tum hi aaram ho
Meri duaon se aati hai bas yeh sada
Meri ho ke hamesha hi rehna
Kabhi na kehna alvida
Meri hoke hamesha hi rehna
Kabhi na kehna alvida
Teri bahon mein hai mere dono jahan
Tu rahein jidhar meri jannat wahi
Jal rahi aggan hain jo yeh do tarfaa
Na bujhe kabhi meri mannat yahi
Tu meri arzoo, main teri aashiqui
Tu meri shayari, main teri mausiqi
Talab talab talab bas teri hai mujhe
Nashon mein tu nasha bann ke ghulna yoonhi
Meri mohabbat ka karna tu hak ye adda
Meri ho ke hamesha hi rehna
Kabhi na kehna alvida
Meri subah ho tumhi
Aur tumhi shaam ho
Tum dard ho tum hi aaram ho
Meri duaon se aati hai bas yeh sada
Meri hoke hamesha hi rehna
Kabhi na kehna alvida
Aa. alvida.
O… na na
Read More »

23 Dis 2015

Segmen Bloglist Azhafizah.com Jan & Feb 2016

Bermula tahun depan, azhafizah.com akan update bloglist 2 bulan sekali. So dengan itu, 2 bulan sekali akan ada segmen bloglist untuk mencari bloglist baru. Jika berminat untuk masuk dalam bloglist , bolehlah sertai segmen ni ye. Kelebihannya sertai segmen dapat blogwalking dan tambah traffik blog. Kalau dapat masuk bloglist, mungkin akan tambahkan traffik juga. Mudah mudahan.

Klik banner untuk sertai  Segmen Bloglist Azhafizah.com Jan & Feb 2016
http://www.azhafizah.com/
Segmen simple sangat. Cuma perlu buat entry dan copy & paste je. Pemilihan blog melalui random.org.

TAMAT : 30 DISEMBER 2015

Read More »

22 Dis 2015

Dwi Dara Collagen Complex Terbaik Untuk Kecantikan dan Kesihatan Anda

Assalammualaikum..
Hari ni aku nak buat Review mengenai satu produk yang baik untuk kesihatan dan juga kecantikan iaitu DwiDara Collagen Complex. Aku dapat produk ni secara percuma dan aku cuba menggunakannya terlebih dahulu dan kemudian aku membuat review mengenai produk ini disini. Secara ringkasnya Dw iDara Collagen Complex ni ialah health and beauty liquid supplement yang mengandungi 20 sachets/paket seunit. Apa yang bestnya supplement ini sangat mudah, just koyak dan minum jer terus dari sachets berkenaan, tak perlu nak susah payah gi bancuh, tambah air semua ataupun goncang2 bagai, just koyak n terus minum camtu jer. 
Memang menjimatkan masa sebab yela kadang2 kita ni sibuk sangat pastu rasa malas jer nak buat kerja remeh-temeh ni macam nak kena gi bancuh pastu campur dengan air, pastu nak shake2 lagi hehe. Produk ni dah la baik untuk kesihatan dan kecantikan pastu penggunaannya juga amat senang dan boleh dibawa kemana-mana pun contohnya bawa ke tempat kerja ker, pergi travel ker kan.
Dwi Dara Collagen Complex kaya dengan khasiat buah-buahan premium, makanan sunnah dan stem cell buah-buahan terpilih seperti Oren, Apple, Anggur, Lemon, Madu, Kurma, dan lain2 lagi. Produk ini sesuai untuk mereka yang berumur 16 tahun ke atas. Wanita hamil atau wanita yang menyusukan bayi serta lelaki yang mementingkan kesihatan dan kecantikan juga boleh mengambil produk ini. Satu sachet setiap hari sebelum sarapan/makan atau sebelum tidur. Bila dah menggunakan produk ini, korang digalakkan minum banyak air yer. 
Aku pun baru mengambil produk ini dalam dua minggu lebih camtu, n sejak guna produk ini memang rasa perbezaannya, makin bertenaga lepas consume produk ni kalau tak rasa letih jer, kulit pun makin glowing jer, ni baru seminggu dah rasa perbezaannya, kalau sebulan mesti lagi terasa perbezaannya kan. Antara kelebihan dan kebaikan yang kita dapat bila kita menggunakan Dwi Dara Collagen Complex ni boleh rujuk gambar dibawah ni yer:-
Kat bawah ni juga aku akan sertakan details mengenai Dwi Dara Collagen Complex ni, so untuk keterangan lebih lanjut dan sebarang pertanyaan korang bolehla gi kat Facebook atau Instagram Dwi Dara Collagen ni. Tak rugi membeli produk ini sebab ianya banyak khasiat untuk kesihatan dan kecantikan diri kita semua. 

Facebook -->  Dwi Dara Authorized..
Instagram --> @dwidaraauthorized..
Whatsapp --> 018-2195350
Email --> dwidaraauthorized@gmail.com

Testimoni Pengguna
Read More »
Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017