29 Feb 2016

Sinopsis Drama Aku Bukan Bimbo (Astro)

Assalammualaikum..
Drama Aku Bukan Bimbo adalah drama terbaru yang akan disiarkan pada 29 Feb ini di Astro Ria & Astro Ria HD menggantikan drama Isteri vs Tunang yang telah tamat episodnya. Drama Aku Bukan Bimbo ini dilakonkan oleh Shaheizy Sam sebagai Dani Ikram, Nadiya Nisaa sebagai Elsuraya, Zahiril Adzim pula sebagai Azad, Afifah Nasir, Bell Ngasri, Shakilla Khoriri, Ardella Aryana, Falisha Crossley, Riezman Khuzaimi, Dottie dan ramai lagi serta mempunyai 20 episod. Seperti drama2 sebelum ini juga, drama ini merupakan adaptasi daripada Novel 'Bimbo' karya Rin Ahmad. Drama ini diarahkan oleh Riza Baharudin dan merupakan terbitan Global Station Sdn Bhd. Dengar cerita, kalau tak silap aku lah kan, drama ni sampai shooting di Korea gitu dan lagi beberapa hari Shaheizy Sam nak kahwin baru la drama ni selesai penggambarannya. Apapun jom layannn sinopsis cite ni kat bawah k..
Sinopsis Drama Aku Bukan Bimbo

Dalam hidup Elsuraya, hanya seorang lelaki yang dinantikannya. Bukan bakal kekasih, jauh sekali bakal suami. Tetapi, seorang lelaki yang menyebabkan nyawa keluarganya diragut kejam. Dia ralat kerana tidak dapat bersama dengan keluarganya dan memegang status anak yatim piatu kerana lelaki itu. Siapakah lelaki itu sebenarnya? Azad? Ya ke?

“Astalavista loozzer! With double o and double z.”

Adakah kerana kata-kata yang dilontarkan bertahun dulu membuat jiwanya sentiasa parah dan terluka? Ingin sungguh dia bertemu dengan empunya suara jelik itu agar dendamnya terlunas.

Perkenalan Elsuraya dengan Dani Ikram membuahkan bibit cinta. SMS menjadi titik awal hubungan yang indah itu.

Dah gugel douchebag. Kejamnya. Do I deserve that? – Dani Ikram.
Do I deserve bimbo?- Elsuraya.

Tanpa disangka… Azad yang dibenci ialah sahabat baik Dani Ikram. Dan Azad pula… tidak sanggup memberitahu Elsuraya perkara sebenar kerana sayangkan persahabatannya dengan Dani Ikram. Dia rela dituduh ‘pembunuh’ walaupun hakikatnya insan lain yang menyebabkan tragedi hitam itu berlaku. Sementelah, hatinya sudah jatuh sayang pada Elsuraya. Dia tidak sanggup melihat sahabat baiknya dan wanita yang mula mengetuk pintu hatinya menderita.

Keadaan semakin rumit bila keluarga cuba menjodohkan Elsuraya dengan Azad. Apatah lagi mereka sangat rapat dengan arwah ibu dan bapa Elsuraya. Serasa mereka bertanggungjawab untuk menjaga dan melindungi Elsuraya.

“Su tak nak! Su benci Azad. Apa auntie merepek ni? Su takkan bertunang dengan dia.” – Elsuraya.

“Su, cuba tengok lagi jauh. Umur Su makin meningkat. Su perlukan orang untuk jaga Su. Keluarga Azad cukup baik dan mampu jaga Su macam anak sendiri dan Azad sendiri tak kurang apa pun. Lainlah kalau Su ada calon lain. Auntie tak akan paksa.” - Puan Rosanna.

Namun, Dani Ikram lebih pantas mendahului. Elsuraya cepat-cepat diikat agar tidak terlepas ke tangan Azad. Azad pula tarik diri demi kebahagiaan Dani Ikram dan Elsuraya.

Saat hubungan sedang memekar, sebuah kebenaran terbongkar! Ayat ‘astalavista loozzer…with double o and double z’ yang diungkapkan oleh Dani Ikram ketika mereka outstation di Seoul, Korea membuka mata hati Elsuraya. Ayat itu! Ayat yang membuatkan kedua-dua orang tuanya maut dalam kemalangan jalan raya.

“All along. It is you. All along. It is a lie.” – Elsuraya.
“Listen.” – Dani Ikram.
“Truth... that night, it was you! You were the one.” – Elsuraya.

Hati Elsuraya mula berbelah bahagi. Cintanya pada Dani Ikram dan dendamnya pada Dani Ikram. Dapatkah dia memaafkan lelaki itu sedangkan dendamnya masih membara? Dapatkah dia reda dengan ketentuan Ilahi sekiranya lelaki itulah jodoh untuknya yang telah tertulis di lohmahfuz? Kuatkah dia berperang dengan perasaannya sendiri? Semuanya bakal terjawab dalam BIMBO.

“Miss Bimbo versus Mister Douchebag.”
“Fantasi versus Realiti.”


Johan & Ayda Jebat Menang Besar Di #AME2016

Assalammualaikum..
Nampaknya Anugerah Meletop Era 2016 (AME2016) menjadi milik Johan dan Ayda Jebat sebab diorang menang besar gitu, malah mereka berdua turut mengekalkan kemenangan dalam kategori utama iaitu Anugerah Top Top Meletop, dah dua tahun berturut-turut diorang menang anugerah utama ni. Tahniah diucapkan buat Johan n Ayda Jebat. Personally aku rasa AME2016 agak boring sikit, Best lagi Anugerah Meletop Era 2015, untuk AME2016 ni hos macam takde idea n kurang kelakar, banyak teknikal problem, penyampai anugerah pun ada gak yg macam blur hehe. Persembahan dari artis okey gak, semua best2, Di media sosial, ramai yang tak puas hati dengan kemenangan Ayda Jebat, apapun dah rezeki masing2 kan. Apapun jom tengok Senarai Pemenang Anugerah MeleTOP Era kat bawah ni k..
Keputusan Anugerah Meletop Era 2016

Drama Meletop - M.A.I.D
Artis Lawak Meletop - Johan

Hos Meletop - Dato Ac-Mizal

Pelakon Meletop - Ayda Jebat

Rancangan Meletop - Gegar Vaganza 2015

Lagu Meletop - Siapa Diriku -Ayda Jebat

Penyanyi Meletop - Ayda Jebat

Dua/Kumpulan Meletop - Akim & The Majistret
Penyampai Radio Meletop - Johan
Rancangan Radio Meletop - Johara Pagi Era
Filem Meletop - Polis Evo
Bintang Filem Meletop - Zizan Razak
Fesyen Meletop - Dato Ac Mizal
Artis Baru Meletop - Mira Filzah
Bintang Online Meletop - Siti Nurhaliza
Couple Meletop - Johan dan Ozylyn
ARTIS TOP-TOP MELETOP Lelaki - Johan
Artis TOP-TOP MELETOP Wanita - Ayda jebat
Anugerah Khas Meletop - Zulkarnain Hassan (bekas pengulas sukan)



28 Feb 2016

Sinopsis Telemovie Dendam Manisa Cerekarama TV3

Assalammualaikum..
Telemovie Dendam Manisa akan disiarkan pada 27 Feb ini untuk Slot Cerekarama Tv3. Antara pelakon yang membintangi telemovie Dendam Manisa ni terdiri daripada Fattah Amin, Siti Elizad, Balqis, Norlia Ghani, Nisha Dirr, Jalaluddin Hassan, Jasmin Hamid dan ramai lagi. Diarahkan oleh Jamal Khan dan merupakan terbitan Asia Era Film Production Sdn Bhd. Tengok dari sinopsis dan iklan cite ni kat Tv memang nampak macam best jer telemovie ni. Apapun jom layann sinopsis ringkas cite ni kat bawah k.
Sinopsis Telemovie Dendam Manisa

Manisa bekerja sebagai pembantu rumah untuk Omar dan Maria. Omar melayan Manisa dengan baik hingga Maria berasa cemburu. Anak sulung Omar, Rosman yang baru pulang dari luar negara merasakan kerja itu tidak sesuai untuk Manisa. Dalam diam dia jatuh cinta dengan Manisa. Tanpa pengetahuan sesiapa, Rosman dan Manisa berkahwin. Setelah Manisa mengandung, Rosman mula tidak senang duduk dan mula berubah perangai. Apa yang bakal terjadi seterusnya?..

Jom Baca ni jugak --> Budak Kampung VS Budak Bandar..

27 Feb 2016

Shake Tersingkir - Maharaja Lawak Mega 2016

Assalammualaikum..
Di minggu ke-5 Maharaja Lawak Mega 2016 (MLM2016) menyaksikan kumpulan Shake yang dianggotai oleh Mie, Bell Ngasri dan Amir tersingkir. Kumpulan Saywho dan kumpulan Bos turut berada dalam kedudukan bottom three. Tema untuk minggu ke-5 ini adalah peribahasa, ternyata tema ini agak senang juga sebab ramai peserta berjaya memberikan persembahan yang agak baik juga. Kebanyakan peserta mendapat 4Ha atau 3 Ha daripada Juri. Bunga Citra Lestari kembali menjadi juri di minggu kelima ini selepas 2 minggu tidak ada di MLM2016 ini. Antara peribahasa yang menjadi pilihan peserta adalah seperti indah khabar dari rupa (Rayza), masuk kandang kambing mengembek masuk kandang harimau mengaum (Bocey), dimana bumi dipijak, disitu langit dijunjung (Bora), Air dicincang tidak akan putus (Joras) dan banyak lagi.

Abam Bocey sekali lagi menjadi pilihan untuk memenangi Man Of The Match. Unik betul baju Dato Ac Mizal haahaha, baju die memang paling win hehehe siap ada jerung kat sebelah baju muahaha. Sketsa kumpulan Bora masa dekat2 nak last baru okey yang masa awalnyer agak bosan, rasanya aku paling suka dengan sketsa kumpulan Bocey kot hehehe. 

Sinopsis Filem Munafik

Assalammualaikum..
Filem Munafik telah pun ditayangkan di pawagam bermula 25 Februari 2016 yang lalu. Filem Munafik ini diarahkan oleh Syamsul Yusof dan diterbitkan oleh Skop Production serta merupakan sebuah filem seram. Antara pelakon yang membintangi filem Munafik ini terdiri daripada Syamsul Yusof, Nabila Huda, Sabrina Ali, Pekin Ibrahim, Fizz Fairuz, Dato Rahim Razali, A.Galak dan ramai lagi. Kalau tak silap aku, ini merupakan filem seram kedua arahan Syamsul Yusof selepas kejayaan filem Khurafat. Dengarnya filem Munafik ni lebih seram dan lebih best lagi berbanding filem seram yang terdahulu, tengok dari poster cite ni pun dah seriau gitu hehehe. Apapun jom layannn Sinopsis cite ni kat bawah k.

Sinopsis Filem Munafik
Adam (Syamsul Yusof) dikenali sebagai seorang ustaz yang dikurniakan ‘kelebihan’ kerana setiap pesakit yang mengalami ‘gangguan’ sering berjaya diubatinya mengikut cara perubatan Islam. Sikap merendah diri terhadap kelebihan yang ada pada dirinya itu amat disenangi oleh semua yang mengenali, terutamanya penduduk kampung di kawasan yang dia diami. Kebahagiaan yang dikecapi Adam bersama isteri dan anaknya tidak bertahan lama selepas dia dan isterinya terlibat dalam kemalangan jalan raya yang ngeri. Isterinya meninggal dunia di tempat tragedi. Kematian isterinya, Zulaikha itu telah membunuh semua rasa dan mematahkan semangatnya untuk meneruskan tanggungjawab sebagai pengamal perubatan Islam yang sering mengubati orang-orang kampung.

Adam seakan-akan tidak boleh menerima Qada & Qadar Tuhan. Keimanannya mula rapuh, tergugat dan tidak sekuat dahulu. Adam mula murung, mengasingkan diri dari jemaah masjid dan lebih senang beribadat di rumah, ditemani anaknya Amir. Dalam masa yang sama, Maria (Nabila Huda), salah seorang penduduk di kampung Adam mengalami gangguan jin/syaitan yang teruk sehingga ke tahap dia didiagnos oleh pakar perubatan moden dengan penyakit mental-kronik depresi (tekanan perasaan yang serius). Kemewahan hidup keluarganya tidak membawa makna apa-apa bila gangguan yang dialaminya semakin lama semakin menggila kerana hanya bergantung pada ubat penenang yang kesannya hanya sementara. Ayahnya pula terlantar sakit dan dijaga oleh ibu tirinya, Zati. Zati meminta bantuan daripada Imam kampung untuk memujuk Adam mengubati Maria selepas kejadian Maria dirasuk teruk dan rumah mereka semakin banyak gangguan, penampakan jin/syaitan. 

Sementara itu, Adam semakin tertekan kerana anaknya juga bersedih merindui arwah ibunya. Walau dalam keadaan tertekan, Adam terpaksa akur dan bersetuju untuk mengubati Maria selepas dipujuk dengan bersungguh-sungguh oleh Imam kampungnya. Bapa Adam, Rahim pula secara tiba-tiba datang melawat Adam dan cucunya. Dia juga menasihatkan Adam untuk membantu Maria. Gelagat Rahim yang agak pelik dicurigai Adam dan anaknya. Dari saat pertama Adam bertemu Maria, misteri sebenar bermula dan persoalan demi persoalan timbul dalam pemikiran mereka. Ada kesinambungan cerita yang cuba diungkai tetapi masih tak jumpa. Episod demi episod gangguan telah menyentak kesedaran Adam. Dia zahirkan satu persatu petanda. Apa yang sebenarnya melanda dalam kehidupan mereka berdua? Segala jawapan yang bakal terungkai semestinya mengubah seluruh kehidupan dan kekuatan iman Adam buat selama-lamanya.



Jom Baca ni jugak --> Sikap Sebenar Chacha Maembong!...

26 Feb 2016

Episod Akhir Drama Isteri vs Tunang

Assalammualaikum..
Berakhir sudah Drama Isteri vs Tunang yang telah tamat episodnya. Drama 16 episod ini dilakonkan oleh Scha Alyahya, Hisham Hamid, Sharifah Sakinah dan ramai lagi. Di episod akhir drama ini, Alana tinggalkan Zaim di Bangkok sebab die tak tahan lihat Amira juga berada disana. Kemudian bila di Malaysia Alana menyembunyikan diri dan lari dari Zaim. Manakala Amira pula merancang agar dirinya dan Zaim ditangkap khalwat namun gagal kerana Alana juga berada disitu cuma mereka tak sedar Alana ada dirumah tersebut. Amira dimarah teruk oleh ayahnya atas kelakuannya cuba memerangkap Zaim. Seterusnya Amira meminta maaf pada Alana dan menerangkan segalanya pada Alana agar Alana tidak salah faham pada Zaim lagi. 
Irfan Fakrul (Kawan Alana) memberi amaran pada Zaim agar menjaga Alana sebaik mungkin. Alana kemudiannya mengandung dan berhenti kerja, seterusnya Alana melahirkan baby boy gitu n hidup bahagia dengan Zaim dan anaknya. Di penghujung episod cite ni kelihatan Amira masih tidak berputus asa untuk mendapatkan Zaim dan last sekali cite pun tamat. Aku pun kadang2 jer tengok cite ni hehehe, Pasni drama Aku Bukan Bimbo lakonan Shaheizy Sam, Nadiya Nisa, Zahiril Adzim akan disiarkan menggantikan drama Isteri vs Tunang ni.


25 Feb 2016

Sinopsis Drama Uda Dan Dara (Astro)

Assalammualaikum..
Drama Uda & Dara akan disiarkan mulai 24 Februari ini menggantikan drama Memori Cinta Suraya..yang telah tamat episodnya. Drama ini adalah adaptasi daripada Novel Uda Dan Dara karya Aisya Sofea. Drama ini dilakonkan oleh Zul Ariffin sebagai Izzat Hilman, Siti Saleha sebagai watak Siti Mariam, Idris Khan, Dilla Ahmad, Anis Al-Idrus, Dynaz Mokhtar sebagai (Kak Yah), Zuhairah Zahir, Ezzaty Abdullah, Arash Mohd, Sherry Merlis dan ramai lagi. Drama Uda dan Dara ini mempunyai 60 episod dan merupakan terbitan Global Station Sdn Bhd. Rasanya ni kali pertama aku tengok Zul Ariffin digandingkan bersama Siti Saleha, hope drama ni best macam drama2 sebelum ini. Apapun jom layann sinopsis cite ni kat bawah k..

Sinopsis Drama Uda Dan Dara
Kasih sayang yang terbina antara Siti Mariam dan Izzat Hilman musnah sekelip mata angkara perselisihan faham dan kehendak keluarga Izzat Hilman. Ibu Izzat Hilman, Mak Cik Zainab mahukan Izzat Hilman dijodohkan dengan anak saudaranya, Khalidah. Siti Mariam kecewa. Di tambah dengan penghinaan dari orang yang paling disayanginya, Izzat Hilman. Walaupun itu cinta zaman kanak-kanak, Siti Mariam membawa sengsaranya hingga ke dewasa. Dirinya membenci lelaki yang bernama Izzat Hilman. Sekian lama terpisah kerana masing-masing mengejar cita-cita, tidak mungkin Siti Mariam menerima cinta Izzat Hilman. Kenangan lalu yang sangat menghiris hatinya sentiasa bergentayangan di hadapan mata. Namun, si uda tidak putus asa. Si dara harus dimiliki walau apa pun yang terjadi.

Izzat Hilman mahukan hubungan mereka kembali terjalin tetapi tidak pada Siti Mariam. Kenangan silam masih membayangi setiap langkahnya. Dia sedar, dahulunya dia adalah seorang gadis gemuk yang tidak cantik yang menjadi bahan ejekan lelaki itu. Tetapi kini apabila dia sudah menjadi seorang gadis yang cantik, yang langsing, lelaki itu mulai mendekatinya dan memuji-muji dirinya. Ya, mungkin ada rasa rindu di sebalik rasa bencinya terhadap lelaki itu. Namun, dalam diam, Siti Mariam masih tidak mampu membuang perasaan sayang pada Izzat Hilman. Ah, bila memikirkan wasiat arwah ibu lelaki itu, dia jadi nanar. Apatah lagi, kemunculan Khalidah bagai dirancang untuk memisahkan mereka. Hubungan boleh diteruskan, tetapi Siti Mariam meletakkan syarat. Mereka boleh bersama tetapi bersedia untuk berpisah. Tempoh yang diberi hanya tujuh bulan. Muktamad. Berat sungguh syarat itu! Namun, si uda tidak peduli. Si dara perlu akur cinta sejati mereka. Bagi Izzat Hilman, jodohnya bersama Siti Mariam sangat kuat.

Lagu Tema / OST Uda Dan Dara
Terima Aku Seadanya Nyanyian Misha Omar & Hafiz Suip


24 Feb 2016

Episod Akhir Drama Memori Cinta Suraya

Assalammualaikum..
Habis sudah drama Memori Cinta Suraya ni, panjang juga drama ni sebab ditayangkan dari tahun 2015 lagi dan 23 Feb baru laa Episod Akhir drama Memori Cinta Suraya disiarkan. Para pelakon drama ni juga shooting cite ni hampir setahun juga sebab cite ni kalau tak silap aku ada 148 episod. Di episod akhir cite ni, watak jahat si Irina tu dikepung polis dan die menggunakan mummynyer sebagai tebusan sebelum Rayyan datang dan bercakap sekejap dengan Irina n lepas tu Irina pun ditembak polis dan mati disitu, Manakala Naufal dan Mikael dah dipenjarakan. Makcik Suraya iaitu Samsiah jadi giler dan berada di hospital mental manakala Suraya pula gembira sebab dah jumpa dengan anaknya Razif. Mak Irina pula cuba nak bunuh diri dengan menelan pil namun tindakannya berjaya dihalang oleh Salleh yang merupakan bossnya di tempat kerja sebelum ni, then Salleh tu ajak mak irina untuk hidup susah dan senang dengannya
Vanida pula bahagia dengan Shuie dan telah pun berbaik baik dengan Haikal dan kelihatan Haikal juga bakal ada girlfren baru nanti hehehe. Adik Darwis iaitu Ika pula akan kembali ke Singapura dan mulakan hidup barunya disana bersama Razali. Cici pula akan kahwin dengan kekasihnya iaitu Ahmad dan ending Memori Cinta Suraya mestilah happy ending bila diakhiri dengan perkahwinan semula antara Suraya dan Megat Rayyan. Dari komen2 yang aku baca, ramai yang suka tonton drama ni dan ramai juga yang tak suka drama ni sebab jalan ceritanya tak logiklah, jahat sangatlah dan macam2 lagi. Bagi aku jalan cerita drama ni memang agak dramatik sikit berlainan dari dari tipikal drama Melayu yang biasa sebab drama ni adaptasi dari Telenovela Mexico kan so jalan ceritanya memang macam tulah, watak jahat pun memang jahat betul lah, takde jahat main2, pastu dari waras senang2 jer jadi giler semua, kira memang dramatik habis hahaha.

Lepas ni drama Uda dan Dara lakonan Zul Ariffin dan Siti Saleha akan mengambil tempat bagi menggantikan drama Memori Cinta Suraya ni.

22 Feb 2016

Baca Online Novel Tundukkan Playboy Itu


Assalammualaikum..
Sekarang Drama Tundukkan Playboy Itu..tengah hangat ditayangkan di Slot Akasia Tv3. Drama tersebut merupakan adaptasi daripada Novel Tundukkan Playboy Itu..yang merupakan karya dari Novelis Anjell. Antara pelakon yang membintangi drama Tundukkan Playboy Itu terdiri daripada Hafidz Roshdi, Uqasha Senrose, Alif Satar, Mawar Rashid, Ridzuan Hashim, Maria Farida, Marisa Yasmin, Ziha AF dan ramai lagi. Drama 30 episod ini telah pun mula ditayangkan di TV mulai 17 Feb yang lalu. Sape yang layan drama ni?? so sambil2 layan drama ni, jom baca novel Tundukkan Playboy Itu secara Online. Just Klik jer link kat bawah ni k untuk baca Bab 1 hingga Bab 25 okey. Selamat Membaca yer..
Baca Online Novel Tundukkan Playboy Itu



20 Feb 2016

Sinopsis Reza, Arman dan Bill (Cerekarama TV3)


Assalammualaikum..
Telemovie Reza, Arman dan Bill akan disiarkan di Tv3 pada 20 Feb ini dan dilakonkan oleh Fimie Don, Shafie Naswip, Aedy Ashraf, Mawar Rashid serta ramai lagi. Diarahkan oleh Yeop Hitler dan merupakan terbitan Country & Universal Sdn Bhd. Dari sinopsis Telemovie Reza Arman & Bill ni nampak macam ianya berkisarkan tentang bola sepak / Futsal gitu. Menarik juga jalan cerita telemovie ni, apapun jom layannn sinopsis cite ni kat bawah k..

Sinopsis Telemovie Reza, Arman dan Bill

Mengisahkan Reza seorang pemuda yang gilakan bola sepak. Sehariannya tidak lengkap tanpa membincangkan tentang bola sepak. Dia juga seorang pemain amatur yang hebat, terutama bermain futsal. Namun setelah dia cedera, yang mana kecederaan itu telah disengajakan oleh musuhnya, Arman, dia tidak mampu untuk bermain lagi. Perasaan untuk terus bermain bola juga lenyap, apatah lagi selalu diganggu oleh Arman dan rakan-rakan yang mengatakan dia seorang kaki bangku. Satu hari Reza dibuli teruk sehinggakan seorang pemain bola sepak yang menyedari kejadian tersebut datang menyelamatkannya dan menghadiahkan sepasang kasut bola kepada Reza. Kasut itu dikatakan mampu membantu Reza bermain kembali namun dengan syarat, kasut itu harus dijaga dengan baik dan tidak boleh hilang kerana ia akan menentukan nasib Reza.

Xola Tersingkir Di Maharaja Lawak Mega 2016 Minggu Ke-4

Assalammualaikum..
Nampaknya di Minggu ke-4 Maharaja Lawak Mega 2016 (MLM2016) menyaksikan kumpulan XOLA tersingkir. Xola dianggotai oleh Wan Wala bersama dengan One dan Chot (xoxo). Selain Xola, kumpulan Puteh dan Cham turut berada dalam kedudukan bottom three manakala tema untuk minggu ke 4 ini adalah Komedi Bermoral yang mana peserta perlu buat sketsa yang mengaitkan tentang aspek kebersihan. Tema untuk minggu ini agak susah juga sebab sketsa semua peserta akan memfokuskan tentang kebersihan sekaligus membuatkan lawak mereka agak sama antara satu sama lain, begitu juga dengan kostum dan props. Secara tak langsung menjadi sedikit bosan, manakala kategori Man Of The Match turut diwujudkan semula dan Abam Bocey menjadi pemenang pertama untuk Man of the match untuk minggu ke-4.

Nora Danish menjadi Juri Jemputan untuk minggu ini, manakala Johan dan Sharnaaz Ahmad pula menjadi Chief Lawak, dimana diorang berdua akan memberikan komen pada persembahan peserta menerusi Twitter. Tak leh blah gimik Astro kononnya Johan bergabung dengan Sharnaaz jadi Jonas untuk join MLM hehehe. Kumpulan Xola, Shake dan Cham mendapat 2Ha dari Juri dan Kump Bocey mendapat 5 Ha dari juri Nora Danish, rasanya 4 Ha pun dah okey kot, cuma aku x faham sangat moral yang disampaikan kump Bocey tu? Binatang tak boleh ada dalam troli? kebersihan ker tu? Vegetarian ker hehehe. Kump Cham pula gagal menyerlah, sketsa diorang kurang lawak, banyak menjerit pastu pukul2 sana sini. Hope minggu depan Kump Cham akan bangkit sbb dah bbrp minggu sketsa diorang kurang lawak. Apapun Good Luck untuk semua peserta.

18 Feb 2016

Sinopsis Drama Tundukkan Playboy Itu Slot Akasia TV3

Assalammualaikum..
Drama Tundukkan Playboy Itu merupakan drama terbaru untuk Slot Akasia Tv3 menggantikan drama Cinta Si Wedding Planner..yang telah tamat episodnya. Drama Tundukkan Playboy Itu dilakonkan oleh Hafidz Roshdi sebagai Harraz Naufal, Uqasha Senrose sebagai Nurin Arissa, Alif Satar, Mawar Rashid, Ridzuan Hashim, Maria Farida, Marisa Yasmin dan ramai lagi. Drama ini mempunyai 30 episod dan akan mula disiarkan mulai 17 Febuari ini. Rasanya semua pun tahu drama ini merupakan adaptasi daripada Novel Tundukkan Playboy Itu..karya Anjell. Ni first time aku tengok Uqasha Senrose berlakon jadi watak utama untuk Slot Akasia. Tak sangka juga Tv3 pilih Uqasha jadi heroin sebab die kan banyak kontroversi sebelum ini. Maybe watak Nurin tu sesuai kot dengan Uqasha, apa2 pun sama2 laa kita tengok nanti. Apapun jom baca Sinopsis cite ni kat bawah k..

Sinopsis Drama Tundukkan Playboy Itu
Mengisahkan Harraz Naufal (Hafidz Roshdi) seorang jejaka kaya yang suka bermain cinta dan membuang masa dengan hiburan. Perangainya pula sukar difahami sama ada sebagai seorang majikan mahupun sebagai seorang anak. Adakalanya dia manja, adakalanya juga dia seorang yang panas baran. Sikapnya berubah-ubah dan sukar untuk difahami. Walaubagaimanapun dia seorang yang bertanggungjawab apabila menerajui syarikat selaku Ketua Pegawai Eksekutif Harraz Holding. Dia sentiasa tepat pada masa dan berusaha menjayakan syarikatnya. Tan Sri Mukhriz (Ridzuan Hashim) dan Puan Sri Rosell (Maria Farida) sebagai ibu bapa Harraz yakin bahawa sudah tiba masanya untuk seseorang yang istimewa hadir dalam hidup Harraz bagi menundukkan sikap playboy anak lelakinya itu.

Tan Sri Mukhriz bertemu Suffian (Mahmud Ali Bashah) rakan lamanya. Di dalam pertemuan itu, Tan Sri Mukhriz bertemu Nurin Arissa (Uqasha Senrose), anak Suffian yang dirasakannya mempunyai sesuatu yang istimewa. Nurin yang baru tamat pengajian sarjana dalam bidang arkitek ditawarkan untuk bekerja di syarikat Harraz. Nurin yang memang menunggu peluang kerja bersedia untuk ditemuduga Harraz namun kecewa apabila Harraz meletakkan syarat untuk dia membuka tudung sebelum diterima bekerja atas alasan syarikatnya bertaraf antarabangsa. Nurin tetap dengan pendiriannya dan walau berat hati dia menolak syarat Harraz. Tan Sri Mukhriz yang cuba membela Nurin memaksa Harraz untuk menerima Nurin sebagai arkitek baru di syarikat mereka. Harraz terpaksa akur dan dalam masa yang sama makin marah pada ayahnya dan semakin membenci Nurin. Ada saja cubaan Harraz untuk menyusahkan Nurin di tempat kerja. Berbeza pula dengan Farhan (Alif Satar), sepupu Harraz. Dia bagaikan jatuh cinta pandang pertama apabila melihat Nurin. Hanya Farhan sahaja yang membantu Nurin dalam pekerjaannya sambil merahsiakan hubungan persaudaraannya bersama Harraz.

Semakin lama Nurin berkhidmat di syarikat itu, Harraz mula menyedari bahawa Nurin sememangnya pekerja yang cekap dan berkebolehan. Hati Harraz mula berubah namun dia tidak faham akan apa yang dialaminya kerana gadis bertudung sememangnya bukan citarasa Harraz. Pada suatu hari, Nurin terpaksa membantu rakannya, Nashrain Lee (Ben Asri) seorang pereka fesyen yang kekurangan seorang model. Nurin memakai persalinan muslimah beserta niqab yang menutup sebahagian wajahnya. Majlis pertunjukkan fesyen itu turut dihadiri Harraz. Bagaikan magis, seiring Nurin melangkah ke pentas peragaan, Harraz terpaut dengan panahan mata Nurin tanpa menyedari bahawa itu sememangnya Nurin. Sejak dari itu, Harraz berusaha mengenali dan menjejaki model tersebut. Dalam waktu yang sama hubungan Nurin dan Harraz semakin akrab dan berita itu tidak disenangi Elfira (Mawar Rashid) yang memburu cinta Harraz. Mampukah Nurin menundukkan sikap playboy ‘Harraz’? Adakah Harraz bakal memahami erti sebenar cinta? Dan apakah yang bakal Elfira lakukan bagi memusnahkan kerjaya Nurin? 
OST / LAGU TEMA TUNDUKKAN PLAYBOY ITU

Lagu : Tak Ada Cinta Sepertimu

Artis : Siti Nordiana & Aliff Aziz