9 Jun 2016

Review Blog Anabiha - Pemenang GA Mei By Ann


Assalammualaikum..
Sebelum ni aku ada jadi salah sorang sponsor untuk Giveaway Mei By Ann, so sekarang ni haruslah tunaikan tanggungjawab seorang sponsor hehehe untuk mengreview blog pemenang bertuah. Nama pemilik blog Anabiha ni bernama Asiah Nabihah dan dari entrynyer aku dapat tahu die akan ke tingkatan 6 amik STPM, Wow best pe masuk form 6 tu all the best and good luck k. Blog Asiah Nabihah ni simple and sweet, sidebar die padat dan takde widget2 lain yang boleh memberatkan blog, loading pun okey. Bila dok godek2 entry2 adik Asiah Nabihah ni, aku dapat tahu yang die sendiri design blog die ni dan rajin tukar2 design / background blognyer. Bagusnyer sebab rajin main coding dan kreatif gitu. Aku sendiri pun pening dan tak berapa reti nak design blog jadi lawa, kadang2 jeles gak tengok blogger2 yang pandai dalam bab2 ni semua hehe.

Adik Asiah Nabihah ni juga rajin join segmen dan giveaway yang dianjurkan oleh blogger2 lain, so nanti boleh laa korang jemput die untuk join segmen/ giveaway yang korang buat nanti. Selain itu beliau juga sering juga update tentang entry2 mengenai dirinya, so serba sedikit boleh laa kita tahu tentang diri adik ni. Kalau tengok dari segi jumlah entry yang diupdate di blognyer, adik asiah nabihah ni dah pun berblogging sejak tahun 2012, 2013, cuma tak berapa aktif masa ni. Tahun 2016 baru nampak banyak entry2 yang diupdate di blog Anabiha ni. So kalau korang nak berkenalan dengan adik Asiah Nabihah ni bolehla ke blog die di sini --> http://anabiha.blogspot.my/ Kat blog die juga ada alamat Twitter, IG, email Asiah Nabihah ni, so bolehlaa korang add die nanti kan. So jangan lupa singgah2 ke blog Anabiha ni dan sorry juga kalau review yang dibuat oleh akak ni tak berapa best yer. Selamat Berpuasa & Salam Ramadan :)

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

1 ulasan:

nabihah ishak berkata...

tq sis for the review

Related Posts with Thumbnails