30 Nov 2016

Sinopsis Drama Lara Cinta Ameena

Sinopsis Drama Lara Cinta Ameena Slot Samarinda TV3

Assalammualaikum..
Drama Lara Cinta Ameena adalah drama terbaru di Slot Samarinda TV3 menggantikan Drama Umairah yang telah tamat episodnya. Drama Lara Cinta Ameena akan mula bersiaran pada 30 November ini dan dilakonkan oleh Tiz Zaqyah, Raja Afiq, Zarina Zainoordin, Fazlina Ahmad Daud, Lia Natalia, Fazren Rafi, Danish Hazriq serta ramai lagi. Drama 15 episod ini diarahkan oleh Shuhaimi Lua dan diterbitkan oleh Tanah Beris Film Production Sdn Bhd. Tajuk drama ni hampir sama dengan Drama Lara Ameena yang disiarkan di RTM dulu tapi jalan ceritanyer berbeza lah kan hehehe tapi yang bestnyer Zarina Zainoordin menjadi pelakon untuk kedua-dua drama ni hehehe. Apapun jom layann sinopsis cite ni kat bawah k..
Sinopsis Drama Lara Cinta Ameena

Mengisahkan pahit getir kehidupan Ameena, seorang yatim piatu yang sentiasa diuji dengan ujian - ujian yang semakin berat. Kehidupan Ameena mula senang apabila berkahwin dengan seorang hartawan yang bernama Ridhuan. Namun kebahagiaan perkahwinan mereka tidak kekal apabila ditentang oleh Ibu Radhuan, Puan Kirana. Hasutan demi hasutan, fitnah demi fitnah dilemparkan kepada Ameena oleh Puan Kirana sehingga Radhuan termakan hasutan ibunya dan akhirnya menceraikan Ameena. Walaubagaimanapun Ridhuan tidak tahu yang Ameena sedang hamil akan anaknya dan diceraikannya pula. Selepas itu Ameena hidup sendirian di Sabah kerana ingin mententeramkan fikiran walaupun sering dihujani dengan segala kepayahan. Dapatkah Ameena menggapai kebahagiaan hidup seperti wanita lain?

Sinopsis Filem Rock Bro

Sinopsis Filem Rock Bro

Assalammualaikum..
Filem Rock Bro telah mula disiarkan di pawagam pada 27 Oktober 2016 yang lalu dan mendapat sambutan hangat daripada penonton. Filem Rock Bro ini dilakonkan oleh Khir Rahman, Pekin Ibrahim, Soffi Jikan, Azmi Bahron, Kamarool Hj Yusof, Amy Jueliet, Hasnul Rahmat, Shuib Sepahtu, Juliana Iskandar dan ramai lagi. Filem ini diarahkan oleh Mamat Khalid dan diterbitkan oleh Grand Brilliance Sdn Bhd. Filem trilogi ini merupakan filem terakhir yang mengisahkan tentang perjalanan kumpulan Rock Rimba Bara. Apapun jom layann sinopsis filem ni kat bawah k..

Sinopsis Filem Rock Bro

Filem Rock Bro! mengangkat kisah perjuangan rockers tanah air sekitar era 80-an serta 90-an, melalui penceritaan yang disulami dengan lawak jenaka dan drama kehidupan. Dalam trilogi terakhir ini, diceritakan dari sudut pandangan ketua Rimba Bara, Jijoe (Khir Rahman), di mana pada zaman itu era rock telah berada di kemuncaknya dan seakan menanti fasa kejatuhan dengan kemasukan aliran muzik baharu seperti rap dan hip hop pada awal 90-an. Kumpulan Rimba Bara sudah lama tidak membuat persembahan, menyara hidup dengan melakukan kerja sambilan dan menjayakan gig di tapak ekspo tani. Mereka dibayar dengan durian dan sayur-sayuran termasuklah petai dan terung daripada penganjur. Mereka hilang taring apabila Zul Kapan menyertai kumpulan rap 4URU.

Rimba Bara gigih meneruskan perjuangan mereka dalam industri muzik yang penuh dengan permainan politik. Pada masa yang sama, Jijoe telah jatuh cinta pandang pertama dengan Ratu Rock Ella (Amy Jueliet) semasa terserempak di studio rakaman King’s Studio. Jijoe terlalu menyayangi Ella hingga sanggup meninggalkan kehidupannya sebagai rockers untuk menjadi seorang kontraktor kelas F sebagai bukti yang dia benar-benar sayangkan Ella dan mahukan hidup yang lebih terjamin. Keputusan Jijoe membuatkan Rimba Bara semakin goyah hingga tercetus konflik antara anggota. Apa kesudahan kisah cinta Ella dan Jijoe? Dan ke mana arah Rimba Bara selepas ini? Mampukah Rimba Bara menuju ke puncak demi mempertahankan kewujudan mereka di persada muzik tanah air?

29 Nov 2016

Sinopsis Drama Love You Mr Arang

Sinopsis Drama Love You Mr Arang Slot Iris TV3

Assalammualaikum..
Drama Love You Mr Arang adalah drama terbaru di Slot Iris Tv3 menggantikan Drama Tak Beli Tak Cinta yang telah tamat episodnya. Drama ini dilakonkan oleh Amirul Faqeem, Hanna Aqeela, Maria Farida, Ryzal Jaafar, Dazrin Kamaruddin, Ieda Moin, Zalif Sidek, Ani Maiyuni, Mustapha Kamal, Zarina Zainuddin, Ikhlas Jalil dan ramai lagi. Drama Love You Mr Arang ni dah disiarkan sejak 23 November yang lalu dan mempunyai 20 episod serta diarahkan oleh Along Kamaludin dan diterbitkan oleh Promeworks Studios Sdn Bhd. Agak kelakar bila tengok tajuk drama ni hehe, apapun jom layann sinopsis cite ni kat bawah k..

Sinopsis Drama Love You Mr Arang

 Mengisahkan Irma (Hanna Aqeela) yang didesak oleh ibunya untuk kahwin secepat mungkin. Irma sangat tertekan kerana perlu mencari pasangan hidup dalam masa yang singkat untuk mengelakkan berkahwin dengan pilihan ibunya. Hanna berkata bahawa dia sudah ada pilihan hatinya sendiri. Selepas berjumpa, pilihan hatinya langsung tidak menepati ciri-ciri ibunya. Ibu Irma, Datuk Sherry (Maria Farida) yang berangan untuk mempunyai menantu yang kulitnya cerah dan putih melepak itu terus hanyut apabila Irma memperkenalkan bakal suaminya, Fariz (Amirul Faqeem). Tidak puas hati dengan pilihan Irma, Datuk Sherry terus menggelar Fariz yang berkulit gelap sebagai Mr. ArangFariz pula berasal dari kampung dan merupakan sumber pendapatan bagi keluarganya. Satu hari, Fariz terlanggar kereta Irma. Irma terus mengamuk dan meminta ganti rugi sebanyak RM 5 ribu. Fariz terkejut dimarahi oleh Irma walaupun dia yang bersalah. Bagi Fariz, maruahnya seperti tercalar dan egonya tercabar. Selepas insiden kemalangan itu, Irma tidak menerima apa-apa berita daripada Fariz. Irma didesak oleh ibunya lagi dan mahu dikahwinkan dengan sepupunya, Imran. 

Mengetahui niat Imran sebenarnya mempunyai agenda untuk mengambil alih syarikat ibunya, Irma tolak serta-merta. Tidak mempunyai pilihan lain, Irma hanya boleh memikirkan Fariz seorang sahaja lagi yang boleh menyelamatkannya daripada paksaan Datuk Sherry. Fariz dijadikan mangsa buat Irma dengan perjanjian hutang Fariz dapat dilangsaikan jika Fariz bersetuju untuk menjadi teman lelakinya. Irma juga berjanji dia tidak akan mengganggu Fariz lagi selepas itu. Fariz terpaksa bersetuju. Datuk Sherry yang langsung tidak menyukai Fariz mengesyaki hubungan sebenar anaknya dengan Fariz lalu mendesak Irma untuk berkahwin kerana dia ingin menguji. Namun, Encik Azman, ayah Irma sangat sukakan cara Fariz kerana Fariz menyerupai hidupnya masa muda dulu. Akhirnya Irma mahu mengupah Fariz sebagai suami kontrak untuk tiga bulan. Manakala, Fariz pula mendapat idea untuk mengenakan Irma. Fariz meletakkan syarat bahawa Irma perlu ikut dia balik ke kampung. Fariz membuat beberapa permintaan yang melampau dengan harapan Irma akan insaf dan membatalkan niatnya. Irma hanya menuruti semua permintaan Fariz. Di kampung, Irma terharu dengan layanan baik oleh Mak Tom, ibu Fariz. Bagaimanakah hidup rumah tangga mereka? Adakah cinta bakal hadir di antara Fariz dan Irma? 

Senarai Lagu Final Gegar Vaganza 2016

Senarai Lagu Final Gegar Vaganza 2016

Assalammualaikum..
6 Finalis akan berentap di Konsert Akhir Gegar Vaganza 2016 dan agak2 korang sape yang akan jadi juara?. Lagipun saingan memang sengit habis, konform semua pun all out di final nanti. Final GV kali nampaknya peserta kan menyanyikan 2 lagu berbanding musim2 sebelumnya yang perlu menyanyikan satu lagu dan satu lagu lagi dinyanyikan secara Battle. Musim ni nampaknyer takde Battle Round la pulak. Kan best kalau ada pusingan Battle tu, baru betul2 menguji kebolehan peserta gitu. Apapun jom tengok senarai lagu yang akan dinyanyikan oleh peserta untuk Konsert Akhir Gegar Vaganza 2016 kat bawah ni k..

1) Siti Sarah -- I Will Always Love You dan Matahariku. 

2) Zarul - Gerhana dan Dendangan laguku
3) Azharina - Mama Aku Ingin Pulang dan Izinkanlah
4) Ameng - Bougenvilla dan Romantis
5) Intan Sarafina -Sedetik Lebih dan Kemelut Di Muara Kekasih
6) Gmie - Bila Bulan berwarna Biru dan Salam Terakhir.

28 Nov 2016

Nora Tersingkir Di Separuh Akhir GV2016

Nora Tersingkir Di Separuh Akhir Gegar Vaganza 2016 (GV3)

Assalammualaikum..
Diam tak diam, minggu depan dah final pun, tak sangka juga yang Nora tersingkir di Separuh Akhir Gegar Vaganza 2016 ni. Ingatkan die dapat sampai ke final, apapun rezeki masing2 kan. GV3 kali ni memang banyak betul kontroversi kan, yang terbaru mestilah kontroversi tentang Nora, kesian jugak bila tengok die menangis. Apapun semua peserta dah bagi yang terbaik, vokal semua pun mantap2. Nora menyanyikan Lagu Untukmu berduet dengan Aizat, aku rasa konsep persembahan macam tak berapa kena manakala lagu kedua pula, Nora menyanyikan sedikit je lagu Sandiwara sebelum menyambung ke lagu lain iaitu lagu English, x silap aku lagu Adele kot hehe. Datin Seri Tiara Jacquelina menjadi juri jemputan untuk minggu separuh akhir ni. Aku suka dengar lagu Sejarah Mungkin Berulang dalam version baru tu. Azharina mendapat markah tertinggi untuk minggu ini diikuti Zarul, Siti Sarah, Intan Sarafina dan Ameng. Gmie dan Nora berada dalam kedudukan bottom two. Apapun nasib menyebelahi Gmie apabila berjaya ke final. Good Luck buat semua finalis.
Antara artis yang turut berduet dengan peserta GV3 untuk semi final ini terdiri daripada Black, Marsha, Misha Omar, Ezad Lazim, Aris Ariwatan, Tomok dan Aizat.
Finalis Gegar Vaganza 2016 (GV3)
👏 Azharina
👏 Zarul
👏 Siti Sarah
👏 Intan Sarafina
👏 Ameng
👏 Gmie

27 Nov 2016

Sinopsis Drama Cinta Roller Coaster

Sinopsis Drama Cinta Roller Coaster Slot Dahlia TV3

Assalammualaikum..
Drama Cinta Roller Coaster adalah drama terbaru Slot Dahlia Tv3 yang akan mula disiarkan pada 26 November ini. Drama ini disiarkan bagi menggantikan Drama Nasi Minyak Kuah Cinta yang telah tamat episodnya. Antara pelakon yang membintangi drama ini terdiri daripada Syazwan Zulkifly, Puteri Aishah, Arissa Afrina, Nadzmi Adhwa, Nas T, Natasha Elyzza, Eyra Hazali dan ramai lagi. Drama 20 episod ini diarahkan oleh Amor Rizan dan diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading Sdn Bhd. Tengok dari iklan, nampak macam menarik gak drama ni, apapun jom layann sinopsis cite ni kat bawah k..
Sinopsis Drama Cinta Roller Coaster

Mengisahkan Syakir dan Ziany yang berkahwin pada usia muda. Mereka melalui pelbagai suka duka hidup berumah tangga selepas berkahwin sejurus tamatnya SPM. Pelbagai masalah dan isu timbul sehingga mereka menyambung pengajian ke universiti dan akhirnya bercerai. Bagaimanapun mereka merahsiakan perceraian mereka daripada pengetahuan ibu bapa masing-masing selama lima tahunDalam perjalanan kisah hidup Syakir dan Ziany. Mereka bertemu dengan ramai sahabat antaranya Izat (Nas-T), Muzammil (Nadzmi Adhwa), Athirah (Natasya Eliza), Nana (Eyra Hazali) dan ramai lagi yang masing masing mempunyai kisah dan impian tersendiri. 

Lagu Tema / OST Cinta Roller Coaster
⇰Polaroid Nyanyian Sakura Band
⇰Kamulah Wanita Nyanyian Nadzmi Adhwa
⇰Stay Nyanyian Ir Radzi

26 Nov 2016

Sinopsis Drama Ainur Mardhiyah TV9 & TV3

Sinopsis Drama Ainur Mardhiyah Slot Azalea TV9 & TV3

Assalammualaikum..
Drama Ainur Mardhiyah adalah drama terbaru di Slot Azalea TV9 & TV3 menggantikan drama Amsyar yang telah tamat episodnya. Drama ini mula disiarkan pada 22 November yang lalu, setiap Selasa hingga Ahad. Antara pelakon yang membintangi drama ini terdiri daripada Sura Sojangi sebagai watak Dhiya, Zahiril Adzim sebagai Saiful, Khaty Azean, Niezam Zaidi sbg Kiflie, Fara Mendoza, Neera Azizi, Rahim Kidol, Delimawati, Bella Nazari, Ahya Rosli, Zaryn Zaryn, Ramli Salleh dan ramai lagi. Drama 20 episod ini diarahkan oleh Zamri Zakaria dan diterbitkan oleh Creative Skill Solution Sdn Bhd. Apapun nampak menarik gak drama ni, jom tengok sinopsis cite ni kat bawah k..

Sinopsis Drama Ainur Mardhiyah

Mengisahkah Ainur Mardhiyah (Dhiya), seorang anak luar nikah yang lahir selepas ibunya diperkosa. Selepas dilahirkan ibunya Mar meninggalkan Dhiya kepada orang tuanya dan dia tidak diakui sebagai anaknya sendiri. Mar merantau ke Kuala Lumpur bagi memulakan kehidupan baru dan membuka perniagaan butik. Sejak itu, dia tidak lagi pulang ke kampung. Dhiya yang dibesarkan oleh datuk dan neneknya mempunyai dua sahabat baik iaitu Saiful dan Kiflie yang masing-masing menunggu keputusan masuk ke universiti. Dalam diam, Saiful menaruh hati terhadap Dhiya. Namun hubungan mereka tidak disenangi Maya yang turut menaruh hati pada Saiful. Maya kemudian menghasut ketua kampung dan isterinya Che Yam untuk membenci Dhiya. Maya dan ayahnya Malim, punya agenda tersendiri terhadap keluarga Saiful yang banyak harta dan tanah itu.


Keadaan menjadi lebih rumit apabila datuk dan nenek Dhiya meninggal dunia akibat kemalangan. Segala harta diwariskan kepada Dhiya dibolot Mar. Sedikit pun tidak dipedulikan akan nasib Dhiya. Hidup Dhiya sehelai sepinggan sehingga dia terpaksa melarikan diri akibat difitnah. Saiful dan Kiflie cuba mencari Dhiya namun tidak ketemu. Setelah empat tahun, barulah Dhiya meneruskan pelajaran selepas bekerja dahulu untuk mengumpul wang. Dia berkenalan dengan Aina, anak kandung Mar dari suami barunya. Aina tertarik untuk membantu walaupun Dhiya berat untuk menerimanya. Mereka belajar di tempat sama dan mulai rapat tanpa menyedari mereka adik-beradik. Aina juga tawarkan Dhiya kerja di butik ibunya ketika ibunya ke luar negara untuk satu projek jangka panjang. Sejak itu, butik tersebut maju. Ketika itulah, Dhiya bertemu Saiful dan Kiflie semula. Saiful cuba yakinkan Dhiya akan perasaannya. Aina pula menaruh hati pada Kiflie dalam diam. Namun, dia rasa cemburu akan hubungan rapat Kiflie dan Dhiya. Akhirnya, dia malu sendiri bila tahu hakikat sebenarnya. Mulai saat itu, mereka berempat jadi rapat dan bekerjasama dalam beberapa projek.



Lagu Tema / OST Ainur Mardhiyah

💗 Menatap Dalam Mimpi Nyanyian Dato Siti Nurhaliza
💗 Biar Nyanyian Najwa Latiff
💗 Andai Ku Bisa Nyanyian Iskandar
💗 Luar Biasa Nyanyian Diana Danielle

24 Nov 2016

Program Mudah Kurus Bersama Dr. Malinda

Program Mudah Kurus Bersama Dr. Malinda

Assalammualaikum..
Kalau tanya pada semua wanita mahupun lelaki pastinya semua nak kurus dan kelihatan cantik, handsome, sedap mata memandang. Pendek katanya sape tak nak kuruskan, kalau tanya pada mereka yang sememangnya sudah langsing pun pasti akan rasa diri masih lagi tidak kurus. Namun untuk kurus bukanlah sesuatu yang mudah kerana perlukan disiplin yang tinggi serta kekuatan mental dan fizikal. Ada sesetengahnya sudah pun menyerah kalah dan berputus asa untuk kurus. Walaubagaimanapun korang semua tak perlu risau lagi kerana Dr Malinda telah menjalankan satu Program yang dinamakan Program Mudah Kurus. Dengan menyertai program ini korang akan dibantu oleh Dr Malinda dan teamnya untuk menurunkan berat badan korang dalam masa 23 hari. Wowww best tu kan, rugi kalau tak join program ini, lepas tu barulah boleh keluar dari tergolong dalam kategori mereka yang menghidap Obesiti. Jom Kenali apa itu Obesiti? OBESITI adalah sejenis ‘penyakit’.Obesiti adalah masalah dunia moden. Ia hampir tidak wujud 50 tahun dahulu. Antara penyebab yang menyebabkan fenomena ‘Obesogenic’ adalah – Pemakanan yang tinggi karbohidrat terproses, makanan tinggi gula, nutrisi yang rendah dan kurang aktiviti fizikalMetabolisme kacau. Hormon tak seimbang. All haywire. Pengurangkan kalori sahaja pun kadang-kadang tidak dapat membantu menurunkan berat badan yang terus meningkat naik. Peperangan Alaf Baru!
ANDA BERISIKO TINGGI JIKA :
BMI > 23

Ukuran Lilitan Pinggang Melebihi

> 102 cm (40 inch) – Lelaki
>  80 cm (35 inch) - Wanita

Obesiti adalah peratusan lemak badan yang berlebihan dalam badan seseorang individu.

Anda dikatakan obese apabila :
Wanita : Peratusan lemak badan >32%
Lelaki : Peratusan lemak badan >25%

Bahayanya Obesiti

OBESITI berkait rapat dengan pelbagai jenis penyakit seperti :-
  • Diabetes (Kencing Manis)
  • Hipertensi (Darah Tinggi)
  • Kolestrol Tinggi
  • Penyakit Jantung Koronari
  • Stroke (Angin Ahmar)
  • Batu Hempedu
  • Kanser Payudara
  • Kanser Prostat
  • Kanser Kolon (Usus Besar)
  • Masalah Pernafasan (Respiratori)
  • Masalah Muskuloskeletal
  • Vena Varikos
  • Masalah Kulit
  • Osteoarthritis
  • Penyakit Alzheimer's
  • Gout
  • Sleep Apnea
  • Infertility (Ketidaksuburan)
  • Masalah Psikologi (Kurang keyakinan diri)
  • Depressi
Jenis - Jenis Lemak Yang Korang Kena Tahu

1)Lemak Untuk Struktur  ( Structural Fat ) --'Lemak baik' ini penting untuk protect organ-organ dalaman, sendi dan membentuk rupa bentuk muka. Lemak ini biasanya tidak digunakan sebagai sumber tenaga.
2) Lemak Normal (Normal Fat Reserve) --'Lemak baik' ini ada di sekitar tubuh kita dan akan digunakan dan dibakar sebagai sumber tenaga bila diperlukan. Fungsi seperti 'Tangki Tenaga'
3) Lemak Abnormal ( Abnormal Stored Fat) --'Lemak tak berapa nak baik' ni di kenali sebagai 'tisu adipose'. Ia adalah lemak yang tidak diperlukan oleh tubuh dan akan disimpan di bawah kulit, sekitar organ dalaman yang berfungsi sebagai 'Tangki Spare'. Lemak ini akan kelihatan 'membuncit' dan 'berlipat-lipat' di tubuh anda!. Ia sangat AKTIF mengeluarkan toksik chemical dan hormon 'estrone' yang akan menggangu sistem tubuh anda. Lemak ini TIDAK digunakan sebagai sumber tenaga utama. Hanya dalam keadaan tubuh yang hampir 'kebuluran' sahaja, lemak ini akan dibakar & mula digunakan sebagai tenaga! Jadi, anda nampakkan di sini - Bila anda ber'diet' 1-2 bulan pertama, lemak Jenis 2 yang mula dibakar tetapi Lemak Jenis 3 akan kekal di situ! Ia hanya dibakar dalam keadaan ‘kebuluran’ sahaja.
Tak sangka Lemak Abnormal tu degil sangat kan, Jadi macam mana nak menggerakkan Lemak jenis 3 yang degil tu?? HCG adalah transformasi perubatan terbaru untuk 'menggerakkan' Lemak Abnormal yang DEGIL itu. 
APA ITU hCG?
hCG adalah Human Chorionic Gonadothrophin, sejenis hormon yang dihasilkan di dalam badan manusia (lelaki dan wanita) dan ia dihasilkan dalam kadar yang tinggi ketika wanita hamil, ia memastikan perkembangan bayi yang sihat dimana ia membantu hypothalamus memberi ransangan untuk mengeluarkan lemak-lemak tersimpan digunakan sebagai sumber tenaga. hCG juga akan berfungsi sekiranya tubuh berada di dalam keadaan ‘kebuluran’ dimana hCG akan menggunakan lemak tersimpan dalam badan sebagai sumber pembakaran tenaga dan ia memberikan 1,500 – 4,000 kalori sehari sebagai tenaga. Ia bukanlah ‘sex hormon’. Ia mempunyai tindakan yang sama pada lelaki dan wanita. Ia bertindak sebagai ‘Kunci’ untuk menggerakkan lemak yang  tersimpan dalam badan.
BAGAIMANA hCG BERFUNGSI UNTUK RAWATAN OBESITI?
Rawatan hCG untuk Obesiti ini telah dimulakan oleh Dr. Simeons, seorang doktor perubatan British. HCG memainkan peranan penting  dalam mengurangkan lemak badan melalui tindakannya kepada satu bahagian otak yang dipanggil Hipothalamus. Hipothalamus berfungsi untuk keseimbangan badan (homeostasis). Ia bolah mengawal semua kelenjar endokrin dalam badan dan ia juga akan membantu untuk mengawal tekanan darah, suhu badan, keseimbangan cecair badan, selera makan dan berat badan. Obesiti berlaku apabila berlaku hypothalamus gagal  berfungsi dengan baik dan menyebabkan gangguan metabolism, ketidakseimbangan hormon, nafsu makan yang tidak terkawal, pembakaran lemak yang tidak effektif dan pengumpulan lemak yang berlebihan di bahagian perut, peha, punggung dan lengan. Kerosakan hypothalamus biasanya berlaku disebabkan oleh stress, trauma, toksin, electromagnetic field dan tabiat buruk pemakanan yg mengandungi banyak lemak trans, gula dan bahan pengawet. hCG akan memberi signal kepada hypothalamus untuk mengerakkan lemak-lemak degil yang tersimpan lama di dalam badan – lemak yang berkumpul di perut, punggung, peha dan lengan. Lemak jenis ini sangat susah untuk dibuang kerana badan akan menyimpannya sebagai ‘survival stratergy’. Apabila kita berdiet biasa, apa yang pertama akan hilang dari badan adalah air, otot dan ‘subcutanoeus fats’ iaitu lemak yg memberi bentuk muka dan payudara. Kerana itu kebanyakkan diet boleh menyebabkan kulit menjadi kendur.
APAKAH KEBAIKAN LAIN PROGRAM INI?
Selain dari penurunan lemak badan, anda juga akan dapat memperbaiki tahap kesihatan keseluruhan :
- Tahap gula dan tekanan darah lebih stabil
- Penurunan tahap kolestrol
- Tiada lagi masalah sakit sendi dan lutut
- Tidur lebih baik
- Tenaga meningkat
- Complexion dan tone kulit yang lebih cantik 
- Tiada lagi ‘food craving’ terhadap karbohidrat dan gula atau nafsu makan yang hodoh. 
hCG akan membantu untuk seimbangkan sistem endokrin, menghasilkan endorphin yang akan membantu untuk emosi yang lebih baik, fokus dan bertenaga. Apabila lemak ditukarkan kepada tenaga – ini akan mengurangkan radang didalam badan. Obesiti dan penyakit kronik sangat berkait rapat dengan tahap radang yang tinggi dan pengurangan lemak badan akan memperbaiki tahap radang dan banyak masalah metabolisma lain. Tidak hairan jika ramai yang dapat menurunkan tekanan darah, kolestrol, gula dalam darah, sakit sendi, jerawat, tiada lagi masalah sakit kepala, allergic, dan banyak masalah sistem imun yang lain. Rawatan hCG adalah transformasi baru dalam dunia pelangsingan!

Testimoni Mereka Yang Berjaya

Jom tengok testimoni mereka yang telah berjaya menurunkan berat badan dengan menyertai program ini.
Cikgu Azlizah
Pn Amy
Puan Salwa
Puan Ruslina

Untuk lihat lebih banyak lagi Testimoni mereka yang berjaya bolehla klik link dibawah k..

Bagaimana nak join Program Mudah Kurus Bersama Dr.Malinda???
Untuk Keterangan dan Maklumat Lanjut bolehla Rujuk dibawah ni k:-

➔ Nombor Telefon : +60 17 508 4430
➔ Email : drmalinda@gmail.com

#DrMalinda #MudahKurus20 #JomKurusCepat

Ruam Bayi Powder / Bedak Ruam Bayi Penawar Penyakit Kulit

Bedak Ruam Bayi -> Penawar Psoriasis, Eczema & Semua Jenis Penyakit Kulit

Assalammualaikum..
Korang ada masalah kulit? mahupun bayi atau anak - anak korang mengalami gatal2 kulit, ruam, dan pelbagai jenis penyakit kulit yang lain?. Jangan risau Bedak Ruam Bayi ataupun Ruam Bayi Powder boleh menyelesaikan segala masalah kulit yang korang mahupun anak - anak korang alami. Bayi misalnya selalu mengalami masalah Ruam Lampin, Ruam Panas, Ruam Susu dan sebagainya jadi hal ini menyebabkan ibu bapa menjadi risau, tambahan lagi ubat- ubatan di luar sana banyak mengandungi Steroid mahupun bahan kimia yang tidak elok untuk kulit dan mempunyai kesan sampingan seperti menipiskan kulit bayi dan sebagainya. Bedak Ruam Bayi ini menjadi penyelesaian kepada segala masalah kulit, tambahan lagi ianya sesuai digunakan untuk semua peringkat umur dan semua jenis masalah kulit. Selain itu Bedak Ruam Bayi ini dibuat secara homemade warisan semulajadi turun - temurun diiktiraf oleh SIRIM QAS INTERNATIONAL yang mana selamat digunakan oleh bayi sehinggalah dewasa. Ia juga dijamin HALAL dan SUCI.
Bedak Ruam Bayi adalah Bedak Sejuk warisan tradisi yang mendapat jolokan nama sebagai Bedak Ajaib, kerana fungsinya boleh digunakan untuk semua masalah luaran berkaitan kulit dan berkesan. Ianya diproses dengan tanah liat putih yang mengandungi mineral semulajadi bersama campuran Air Galian semulajadi yang telah ditapis secara khusus serta terbukti sangat - sangat selamat, suci serta bersih untuk digunakan dan tidak mengandungi sebarang bahan kimia. Selain itu Bedak Ruam Bayi ini 100 % semulajadi serta mengikut sunnah Nabi S.A.W, ini kerana ia salah satu cara Nabi S.A.W mengubati penyakit kulit seperti yang terdapat di dalam Hadith Sohih yang membuktikan Nabi S.A.W menggunakan tanah liat untuk mengubati penyakit kulit dan lain - lain penyakit. Mengikut kata Ibn Qayyim: "Manusia diciptakan dari Nabi Allah Adam a.s dan Adam pula dijadikan oleh Allah S.W.T dari tanah, Maka sebaik - baik penawar untuk segala jenis penyakit kulit juga Insya Allah daripada tanah juga".
Keistimewaan Bedak Ruam Bayi / Ruam Bayi Powder

➽ Bedak ini dihasilkan daripada 100% tanah liat yang mengandungi mineral semulajadi.
➽ Ia mengandungi Mineral Semulajadi yang bertindak menyerap segala kotoran dan toksik yang terdapat pada kulit.
➽ Cepat meresap dalam kulit. Kulit terasa sejuk dan lembut.
➽ Satu bekas tahan agak lama, selalunya boleh digunakan hingga ke beberapa bulan.
➽ Walaupun ianya tidak semahal produk - produk lain, Alhamdulilah setiap kali sapu ruam atau penyakit kulit akan semakin berkurangan.
➽ Bebas Paraben dan juga bahan - bahan kimia berbahaya.
➽ Selamat pada anak - anak anda terutamanya yang masih bayi, sebab kandungannya dari 100% bahan semulajadi seperti tanah liat putih dan air galian yang telah ditapis secara khusus. Jika bayi anda secara tidak sengaja termakan bedak ruam bayi ni juga tidak mengapa kerana ianya selamat.
➽ Ruam Bayi Powder ini sememangnya menjadi pilihan ibu bapa untuk bayi mereka terutama masalah berkaitan ruam. Ramai yang cakap berbaloi, murah dan berkesan! Banyak Testimoni pelanggan yang sangat berpuas hati. Alhamdulilah!.
Cara Penggunaan Bedak Ruam Bayi

👉 Sapu pada kulit sensitif setiap hari terutamanya pada waktu malam sebelum tidur.
👉 Jika air di dalam bekas sudah kering, campur dengan air yang boleh diminum atau bertapis contohnya seperti Air Zam Zam. Jangan guna air paip kerana ia mengandungi Klorin yang tidak baik untuk kulit.
👉 Jika Keracunan Makanan, Gout dan Gastrik, ambil secubit bedak ruam bayi ini, kemudian bancuh dalam setengah gelas dengan air kosong biasa, lepas tu minum.
👉 Penjagaan pemakanan juga penting dan perbanyakkan minum air kosong untuk mengelakkan kekeringan
Testimoni Pengguna

Produk Tiruan Bedak Ruam Bayi / Ruam Bayi Powder

Ruam Bayi Powder sememangnya sangat berkesan dan mendapat permintaan yang tinggi di pasaran. Bila dah terkenal dan terbukti berkesan pastilah ada pihak yang tidak bertanggungjawab cuba menipu pelanggan dengan menjual produk tiruan yang kononnya lebih baik dari Ruam Bayi Original. Bedak Ruam Bayi ini sudah mempunyai ratusan testimoni dan masih menggunakan bahan - bahan tradisional yang diwarisi oleh turun - temurun. Ruam Bayi Powder ini tidak diproses di kilang kerana pihak pemilik Ruam Bayi Powder Original ingin menjaga kualiti dan sifat kesucian tanah yang ditapis khusus. Fungsi tanah liat terbaik di dunia ini perlu dijaga keasliannya oleh tradisi turun - temurun. PENTING untuk korang ketahui yang Ruam Bayi Powder ini tak pernah menukar nama ataupun packaging dari dulu hinggalah sekarang. Ini bermaksud ianya masih kekal dengan nama Ruam Bayi Powder dan packagingnyer juga masih sama dengan gambar2 dalam entry ini. Jadi pastikan korang beli Ruam Bayi Powder yang ORIGINAL okey :) Harga Ruam Bayi Powder ini hanyalah RM 38.90 setiap satu, jangan lupa dapatkan yer. Untuk Maklumat lanjut boleh rujuk info kat bawah ni k..
Website

Facebook

Hubungi
HQ En Hafis : 013 480 6787 (Bahagian Pemasaran)
Puan Nurul : 017 623 9935 (Produk Owner)

19 Nov 2016

Senarai Pemenang Anugerah Skrin 2016

Keputusan Pemenang Anugerah Skrin 2016 (ASK2016)

Assalammualaikum..
Secara keseluruhan nampak ASK2016 kali ni sedikit bosan, penonton pun kurang sporting nak tepuk tangan bagai hahaha. Bagi segmen persembahan pun nampak biasa2 jer kecuali persembahan yg ada Faizal Tahir tu jer laa yang nampak okey. Hos sampingan Anugerah Skrin terlalu ramai sangat laa, macam semak sikit. Patut biar Alif Satar dan Sarimah Ibrahim jer yang jadi hos utama ASK tu baru nampak meriah dan best. Penyampai Anugerah banyak yang best hehe antaranya Fattah Amin dan Sherry Al Hadad, pastu adegan bromance n sweet antara Zul Ariffin dan Farid Kamil tu dan last sekali mestilah masa Dato Rosyam Nor kacau2 dan usik2 Erra Fazira tu. Baju Tiz Zaqyah dan Maya Karin tu sama kan hahaha cuma warna jer beza hehehe. Baju Beto Kushairy memang paling winnnn malam ASK tu. Tahniah untuk semua pemenag, jom tengok senarai pemenang kat bawah ni k..
Senarai Pemenang Anugerah Skrin 2016

1. Pelakon pembantu wanita terbaik drama: 
Fazlina Ahmad Daud (Cermin Kasih)
2. Pelakon pembantu lelaki terbaik drama:
Jalil Hamid (Calon Syurga)
3. Dokumentari & majalah terbaik:
Majalah 3 (Wira Beret & Semerah Hati)
4. Rancangan hiburan terbaik:
Burkestra
5. Videografi terbaik drama:
Idham Mad Din (Fatin)
6. Bual bicara terbaik:
Halaqah 2016 (Terlepasnya ikatan dajal)
7. Laporan khas berita terbaik:
Berita TV9 (Pertemuan Semula Mangsa Highland Tower)
8. Rancangan realiti terbaik:
Lets Cycle 2
9. Pelakon pembantu wanita terbaik filem:
Fauziah Ahmad Daud (Langit Cinta)
10. Pelakon pembantu lelaki terbaik filem:
Hushairi Husain (Polis Evo)
11. Lakon layar terbaik filem:
Wan Hasliza (Love Supermoon)
12. Lakon tv terbaik drama:
Siti Jasmina Ibrahim (Rekah)
13. Drama rantaian popular media sosial:
Kau, Aku, Kita
14. Penyunting terbaik drama:
Izhar Mahsuri (Rekah)
15. Pelakon wanita terbaik filem:
Maya Karin (Nota)
16. Pelakon lelaki terbaik filem:
Namron (Redha)
17. Rancangan Anugerah terbaik:
AJL30
18. Pelakon wanita terbaik drama:
Tiz Zaqyah (Cermin Kasih)
19. Pelakon lelaki terbaik drama:
Beto Kusyairi (Ramadan Berteduh Syawal)
20. Drama rantaian terbaik:
Wadi
21. Drama komedi terbaik:
Mak Cun 2
22. Pelakon komedi terbaik drama:
Eirma Fatima (Mak Cun 2)
23. Pengarah terbaik filem:
Syamsul Yusof (Munafik)
24. Pengarah terbaik drama:
Razaisyam Rashid (Fatin)
25. Filem terbaik:
Redha
26. Drama terbaik:
Fatin