-->

30 Jun 2016

Sinopsis Drama Ketupat Palas Mr Handsome TV3

Sinopsis Drama Ketupat Palas Mr. Handsome Slot Lestary TV3

Assalammualaikum..
Drama Ketupat Palas Mr. Handsome adalah drama terbaru di Slot Lestary TV3 menggantikan drama Mak Cun yang telah tamat episodnya. Drama ni dilakonkan oleh Mira Filzah, Fattah Amin, Aisya Hasnaa, Shah Sulaiman, Eyka Farhana, Marisa Yasmin dan ramai lagi. Drama Ketupat Palas Mr. Handsome ni dah disiarkan di Tv3 mulai 23 Jun yang lalu dan mempunyai 13 episod. Gandingan pertama Fattah Amin dengan Mira Filzah yang qiut tu nampak okey gak, jalan ceritanyer pun agak menarik juga. Apapun jom layann sinopsis cite ni kat bawah k..
Sinopsis Drama Ketupat Palas Mr. Handsome

Kruz berasal dari keluarga berada. Dia telah memenangi pertandingan Mr. Handsome yang dianjurkan oleh satu majalah ternama. Namun apa yang tidak diketahuinya adalah sebagai pemenang, dia perlu melaksanakan kerja-kerja kemasyarakatan di sebuah kampung yang terpencil sepanjang bulan Ramadan. Di hadapan kamera, dia akan berlakon mengerjakan tugasannya, namun di belakang kamera dia menyuruh pembantunya, Jintan Manis lakukan tugasannya. Kemudian dia bertemu dengan Ayu dan jatuh hati kepadanya. Ayu tidak seperti bekas kekasihnya kerana Ayu pintar, sopan dan cantik luar dan dalam. Secara perlahan-lahan, Kruz berubah menjadi lebih baik. Namun, kerana Salah faham, Ayu memikirkan yang Kruz hanyalah ingin memainkan perasaaanya sahaja.

Lagu Tema / OST Ketupat Palas Mr Handsome
--> Bagai Hidup Semula Nyanyian Aizat Amdan

Read More »

29 Jun 2016

Duit Raya Giveaway by SpendaLusuh


Jom Join Ramai2
Due Date- 13/7/2016
Nak join boleh Klik Banner yer..

Read More »

28 Jun 2016

Sinopsis Drama Terlarang Sudah Rinduku Slot Azalea TV9

Sinopsis Drama Terlarang Sudah Rinduku Slot Azalea TV9 & TV3

Assalammualaikum..
Drama Terlarang Sudah Rinduku adalah drama terbaru yang disiarkan di Slot Azalea TV9 dan kemudian akan disiarkan pula di Tv3. Drama ini dilakonkan oleh Atikah Suhaime, Amar Asyraf, Nina Iskandar, Afzan Rahman dan ramai lagi. Drama Terlarang Sudah Rinduku ni mempunyai 20 episod dan sudah disiarkan di Tv9 mulai 16 Jun yang lalu. Diarahkan oleh Ismail Yaacob dan diterbitkan oleh Wiranusa Corporation Sdn Bhd. Nampak macam menarik juga jalan cerita drama ni, apapun jom layannn sinopsis cite ni kat bawah k..

Sinopsis Drama Terlarang Sudah Rinduku

Mengisahkan dua sahabat, Nina dan Erin yang mempunyai dua perwatakan yang sangat berbeza. Nina dicintai oleh Irshad, yang sanggup berhabis apa sahaja sehingga sanggup untuk Nina. Nina mula hanyut dan lupa diri bersama Idham.  Segala kebaikan Irshad tidak lagi berkesan dihatinya, lantaran itu dia sanggup memutuskan tali pertunangannya bersama Irshad. Kecewa dengan Nina, Irshad mula mendekati Erin dan akhirnya jatuh cinta. Membuatkan Nina menyimpan dendam untuk menghancurkan perhubungan Irshad dan Erin.

Sinopsis Lagu Tema / OST Terlarang Sudah Rinduku
---> Lagu Mengapa Nyanyian Anis Al Idrus..

Read More »

27 Jun 2016

Jangan Bagi Harapan Pada Wanita

Read More »

26 Jun 2016

Pied Piper - Korean Drama Review

Review Drama Korea - Pied Piper

Assalammualaikum..
Drama Korea Pied Piper adalah antara drama Korea yang dah habis aku tonton, ianya mula disiarkan di Korea pada 7 Mac hingga 26 April 2016. Mempunyai 16 episod dan dilakonkan oleh Shin Ha Kyun, Jo Yoon Hee, Yu Jun Sang, Jeon Kuk Hwan, Jo Jae Yun, Yoo Seong Mok dan ramai lagi. Penulis skrip serta pengarah drama ini adalah orang yang sama menulis dan mengarah untuk drama Liar Game (2014). Awalnya aku teragak-agak jugak sama ada nak tengok atau pun tidak drama Pied Piper ni dan nasib baiklah aku tengok drama ni, sebab jalan ceritanya memang best dan suspen gitu. Memang tak rugi tengok cite ni, berbaloi-baloi gitu hehehe. Walaupun hero dan heroin cite ni x popular macam pelakon Korea yang lain tapi jalan ceritanya memang best dan seronok ditonton. Cho Seung Woo yang pernah berlakon drama God's Gift - 14 Days menjadi pilihan pertama untuk memegang watak hero sebagai Joo Sung Chan dalam cite ni namun die tolak, dan seterusnya Shin Ha Kyun menerima watak ini dan ternyata mmg best jer lakonan die ni.
Mengisahkan tentang pasukan polis bahagian Crisis Negotiation Team yang cuba menyelesaikan kes jenayah tanpa menggunakan kekerasan. Antara kes jenayah yang diorang berjaya selesaikan seperti kes penculikan, rompakan bank, cubaan untuk membunuh diri dan banyak lagi. Walaubagaimanapun Crisis Negotiation Team ni tak begitu popular dalam pasukan polis, diorang sentiasa dipandang rendah, pastu bilik untuk team diorang pun bawah tanah plak tu berbanding team polis yang lain. Sehinggalah Joo Sung Chan join team perundingan krisis ni barulah team diorang mula jadi perhatian dan dapat melibatkan diri dalam banyak kes. Walaubagaimanapun Joo Sung Chan join team ni kerana ingin mengetahui identiti sebenar Pied Piper yang telah menyebabkan banyak perkara buruk terjadi. Selain itu hero dan heroin drama ini juga tak kan bercinta yer hehe, ingatkan bila semua dah selesai, diorang akan bercinta tapi tak, sebabnya diorang akan ikut haluan masing2 nanti. Walaupun nampak kedua-duanya macam ambil berat antara satu sama lain tapi setakat tu jerla lagipun drama ni lebih memfokuskan tentang Pied Piper tu sendiri.
Jo Sung Chan dan Yeo Myung Ha saling bekerjasama dalam Team Perundingan Krisis disamping cuba mengetahui tentang Misteri dan Identiti Pied Piper yang telah mengorbankan tunang Jo Sung Chan dan juga ketua merangkap pakcik kepada Yeo Myung Ha dalam satu kejadian yang sama. Satu-satunya klue yang diorang tahu tentang Pied Piper ni adalah bunyi siulannya ketika bercakap di telefon. Maknanya bunyi siulan tu adalah trademark Pied Piper tu. Walaubagaimanapun sukar untuk diorang mengetahui tentang identiti Pied Piper tu kerana Pied Piper tidak melakukan sendiri semua kerja2 jenayahnyer tu sebaliknya die ada orang suruhan yang mengikut segala arahannya. Orang Suruhan Pied Piper ni pun agak psiko bila die akhirnya buat kerja ikut suka hati die sendiri dan tidak mengikut arahan sekaligus menyebabkan Pied Piper terpaksa membunuhnya. Dari awal memang dah boleh syak, ada benda tak kena dengan wartawan / pembaca berita yang bernama Yoon Hee Sung tu. Part paling best bila Pied Piper tu dah kantoi dan takut benar jika Jo Sung Chan dapat mengagak siapa dirinya sebenar.  Disebabkan satu insiden kecil telah membuatkan Jo Sung Chan dapat mengagak yang Y.Hee Sung adalah Pied Piper namun die masih ragu2 dan takde bukti kukuh lagi.
Sehinggalah kematian ketua team mereka iaitu Kong Ji Man membuatkan Jo Sung Chan pasti tentang identiti sebenar Pied Piper tu. Sedih juga bila ketua team diorang dah mati, sedangkan ketika itu diorang semua dah macam family. OST dan lagu latar dalam drama ni best gak especially lagu2 background untuk scene2 suspen memang menjadi betul hehe. Dua Episod terakhir drama ini iaitu episod 15 dan episod 16 memang Woww dan grand habislah. Di dua episod terakhir ni menunjukkan trick dan cubaan2 terakhir Pied Piper untuk menghuru-harakan polis dan semua orang, tambahan lagi Pied Piper tu dah tak mampu untuk menyembunyikan diri lagi dan ditangkap oleh polis untuk disoal siasat mengenai kapal terbang yang dihijack tu, namun Pied Piper atau Yoon Hee Sung tu hanya mengunci mulut. Y. Myung Ha dan Jo Sung Chan berusaha sedaya mungkin untuk menyoal siasat dan mencari jalan keluar untuk masalah besar tu, namun Pied Piper tu hanya memberikan klue2 yang sukar difahami. Aku paling suka part yang Jo Sung Chan marah giler dengan semua polis di peringkat atasan yang buat keputusan untuk menembak kapal terbang yang dihijack tu, sedangkan ada banyak nyawa dalam kapal terbang berkenaan.
Paling best bila Jo Sung Chan kecewa giler, lalu mengugut serta memberikan amaran pada semua polis tersebut iaitu jika mereka meneruskan untuk menembak kapal terbang berkenaan, maka die akan mengikut jejak langkah Pied Piper dan menjadi Pied Piper kedua dan akan membalas dendam nanti. Lepas dengar amaran Jo Sung Chan tu barulah semua jadi macam takut dan berfikir semula, tambahan lagi pihak media juga dah mengetahui tentang insiden ini. Dengan kebijaksanaan J.Sung Chan serta bantuan pihak media, kapal terbang tersebut berjaya mendarat di satu kawasan yang telah dipilih oleh orang ramai dan semuanya selamat. Pied Piper pula ditembak lalu koma dan jika die sedar dari koma pun, die tidak dapat menjadi sihat seperti sedia kala. Manakala bagi Jo Sung Chan pula, die membawa haluannya sendiri dan tidak lagi bekerjasama mahupun menjadi sebahagian daripada Crisis Negotiation Team lagi selepas semua insiden ini selesai. Jo Sung Chan bertindak sendirian dalam menyelesaikan masalah orang ramai. Y.Myung Ha pula dah dinaikkan pangkat menjadi ketua dalam Crisis Negotiation Team atau Team Perundingan Krisis ni dan kesemua team nyer tertanya-tanya tentang keadaan Jo Sung Chan dan apa yang dilakukannya sekarang.
Apapun, aku memang suka drama ni, memang tak rugi menonton cite ni, setiap episod penuh dengan kejutan dan suspen serta membuatkan kita tertunggu-tunggu setiap episod. Aku bagi 8.6 Bintang dari 10 bintang untuk drama Pied Piper ni. Drama Another Oh Hae Young yang akan menggantikan drama ni.
Read More »

Pencarian Bloglist Bulan Julai


Jom Join Ramai2
Due Date- 30 Jun 2016
Nak join boleh Klik Banner yer..

Read More »

25 Jun 2016

Sinopsis Telemovie Tetamu Ramadan (Cerekarama TV3)

Sinopsis Telefilem Tetamu Ramadan Slot Cerekarama Tv3

Assalammualaikum..
Sempena bulan Ramadan ni, ada banyak telemovie yang best2 akan disiarkan di Tv3, salah satunya drama Tetamu Ramadan. Telemovie Tetamu Ramadan ni dilakonkan oleh Aeril Zafrel, Namron, Wawa Zainal, Fazlina Ahmad Daud, Hakim Zahar dan ramai lagi. Drama ini merupakan terbitan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd. Tengok dari sinopsis cite ni memang nampak macam best jer dan banyak pengajaran gitu. Apapun jom layann sinopsis telemovie ni kat bawah k..

Sinopsis Telemovie Tetamu Ramadan

Hazim trauma kerana tidak sempat bertemu ibunya. Dia menyalahkan dirinya kerana menghampakan Halimah. Ketika menghadap jenazah Halimah, tiba-tiba Hazim ditarik Khaidir ketika Hazim mahu mencium ibunya. Ketika itu Khaidir memberitahu yang Halimah bukan ibu kandungnya. Mempunyai wajah yang tampan membuatkan Hazim didampingi ramai gadis. Namun semuanya berubah apabila suatu pagi, Hazim bangun dari tidur dan menyedari mukanya ditumbuhi bintik merah dan gatal. 


Read More »

23 Jun 2016

Sinopsis Drama Filipina Kailangan Ko'y Ikaw Telenovela TV3

Telenovela Tv3 Kailangan Ko'y Ikaw Drama Filipina

Assalammualaikum..
Drama Filipina Kailangan Ko'y Ikaw adalah drama terbaru yang disiarkan di Slot Telenovela Tv3 menggantikan drama The Borrowed Wife yang telah tamat episodnya. Drama ini sudah pun disiarkan di Filipina pada Januari - April 2013 yang lalu dan dibintangi oleh Kris Aquino, Anne Curtis, Robin Padilla dan ramai lagi. Kalau tengok dari sinopsis drama ni, nampak macam best jer, tapi agak klisye gak laa bila adik kakak jatuh cinta pada lelaki yang sama semua, dan mereka ni juga ada kaitan dengan jenayah yang melibatkan bapa kepada hero cite ni. Mesti penuh konflik ni hehehehe, apapun jom layannn sinopsis cite ni kat bawah ni k..
Sinopsis Drama Filipina Kailangan Ko'y Ikaw

Mengisahkan tentang Inspektor Polis Gregorio Dagohoy yang secara tidak sengaja bertemu dengan 2 adik beradik iaitu Ruth dan Roxanne disebabkan insiden penculikan yang berlaku. Rupa-rupanya Ruth yang merancang penculikan diri sendiri untuk cuba mendapatkan wang dari keluarganya. Walaupun Ruth sering membawa masalah dalam keluarga, namun kakaknya Roxanne tetap setia disisinya. Selepas kebenaran terbongkar, yang mana semua insiden penculikan ini dirancang oleh Ruth, maka ayahnya memberi pengajaran padanya dengan membiarkannya bermalam di penjara. 
Ayahnya sangat sayang dan bangga dengan Roxanne berbanding Ruth yang sering tidak mengikut kata2 nya. Ruth sanggup buat apa saja demi mencapai impiannya berbanding Roxanne yang terpaksa melupakan impiannya demi menunaikan hasrat ayahnya. Gregario kemudiannya menjadi semakin rapat dengan Ruth dan Roxanne, apa yang bakal berlaku seterusnya, bila kedua-dua beradik itu jatuh cinta pada Gregario? Siapa yang akan Gregario pilih? dan bagaimana pula hubungan Ruth dan kakaknya selepas itu? Apa kaitan Ruth dan Roxanne dengan jenayah yang dilakukan oleh bapa Gregario walaupun bapanya tidak bersalah?.
Read More »

SEGMEN: REVIEW WITH BAJUWARNACOKLAT


Jom Join Ramai2
Due Date- 3 Julai 2016
Nak join boleh Klik Banner k..

Read More »

21 Jun 2016

Episod Akhir The Borrowed Wife (Telenovela TV3)

Episod Akhir Drama Filipina The Borrowed Wife

Assalammualaikum..
Drama Filipina The Borrowed Wife yang disiarkan di Tv3, telah pun tamat episodnya pada 20Jun yang lalu. Di episod akhir drama The Borrowed Wife ni menceritakan tentang Maricar / Sophia yang dapat melepaskan diri daripada Earl dan kembali hidup bersama dengan suaminya Rico, anaknya Joanna dan juga kakaknya. Manakala Earl pula telah mengalami kemalangan dan mati, Tessa pula sudah insaf dan menjalani hidupnya sendiri. Namun ketika Maricar bahagia dengan hidupnya bersama keluarganya yang tercinta, Earl tiba2 kembali, rupa-rupanya die tak mati, kemalangan itu semua sudah dirancang oleh Earl untuk mengelirukan polis. Ketika Maricar menjalani pembedahan di hospital bagi mendapatkan wajah asalnya semula, Earl datang ke hospital dan menculiknya. Earl kemudiannya membawa Maricar ke rumah kawan Tessa. Manakala Tessa dan juga kawannya diikat, namun kawan Tessa dapat melepaskan diri lalu pergi mendapatkan bantuan.
Rico akhirnya mengetahui lokasi Maricar lalu bergegas ke sana bersama dengan polis. Rancangan Earl yang merancang untuk membawa Maricar ke luar negara tidak berjaya kerana polis sudah pun mengepung rumahnya. Earl kemudian mengacu pistol di kepala Maricar, namun polis berjaya menembak Earl yang ketika itu agak leka bercakap dengan Maricar. Selepas ditembak, Earl cuba melarikan diri namun gagal dan akhirnya Earl membunuh dirinya sendiri lalu jatuh ke dalam kolam renang. Selepas kematian Earl, Maricar dapat kembali hidup dengan tenangnya malah die juga sudah menukar kembali wajahnya ke asal dan hidup bahagia. Selepas ini drama filipina yang bertajuk All For Love (Kailangan Ko'y Ikaw) akan menggantikan drama The Borrowed Wife di Slot Telenovela Tv3.
Read More »

20 Jun 2016

Tempat Duduk Paling Popular Dalam Kelas

Kalau aku dulu, aku suka pilih tempat duduk di tengah, barisan kedua dan yang paling penting mesti bawah kipas hahaha, tapi bukan untuk tido lah, untuk cepat hilangkan panas jer hihi.
Read More »

19 Jun 2016

Kad Raya GA by Nina


Jom Join Ramai2
Due Date - 21 Jun 2016
Nak Join boleh Klik banner yer..

Read More »

17 Jun 2016

Wajah Anak - Anak Shah Rukh Khan

Wajah Anak - Anak Shah Rukh Khan (SRK)

Assalammualaikum...
Gambar kat atas ni credit to Twitter SRK, tak silap aku, anak2 SRK ada 3 orang iaitu Aryan, Suhana dan AbRam. Dengar cerita jugak yang anak sulung Shah Rukh Khan iaitu Aryan akan berlakon filem jugak, tunggu masa jer nak debut tu hehehe. 
Read More »

GIVEAWAY BY SYAZWANI MAZLAN 2016



Pemenang bertuah akan menerima tudung/selendang beserta mask sheet setiap seorang!! Jadi.... tunggu apa lagi, jom baca syarat-syarat penyertaan. Mudah je...
Buat satu entri bertajuk  GIVEAWAY BY SYAZWANI MAZLAN 2016 (letak gambar di atas tu beserta syarat-syarat penyertaan.
Follow Blog Wani
Like Page Wani
Selesai buat entri, komen entri ini dan beri link entri tersebut
Terbuka untuk Bloggers seluruh Malaysia
Tarikh Tutup Penyertaan 13 Julai 2016
Giveaway akan terbatal jika penyertaan kurang daripada 30 orang.
Read More »

Ramadhan/Syawal Giveaway by Nadia Reza".

Ramadhan/Syawal Giveaway by Nadia Reza
Jom Join Ramai2
Due Date- 15 Julai 2016
Nak Join boleh Klik Banner k..



Read More »

15 Jun 2016

Novel Jejaka Edisi Terhad Karya Rin Ahmad

Novel Jejaka Edisi Terhad Karya Rin Ahmad 

Assalammualaikum..
Baru-baru ni ada menang Giveaway Novel By Kathy R'bain & Cik Akak, alhamdulilah aku jadi salah sorang pemenang bertuah dan mendapat Novel dari Cik Akak yang bertajuk Jejaka Edisi Terhad karya Novelis Rin Ahmad. Dah lama tak beli novel tup tup menang novel plak tu, Alhamdulilah, aku belum habis baca lagi novel ni, masih dalam proses pembacaan lagi hehehe. Setakat yang aku baca memang jalan cerita novel ni unik sikit, so sambil2 aku baca novel tu terfikir gak, adakah novel ni juga akan diadaptasikan menjadi drama nanti? hehehe. 
Read More »

Segmen 12 Jam Bloglist #21 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan Julai dan Ogos 2016 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 15 Jun 2016, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #21 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 Jun 2016.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...
Read More »

iniblogke Ramadhan16 bloglist


Jom Join Ramai2
Due Date- 5 Julai 2016
Nak Join boleh klik banner yer..

Read More »

14 Jun 2016

aku join segmen blog urang Brunei


Jom Join Ramai2
Due Date - 18 Jun 2016
Nak Join boleh klik banner k..

Read More »

13 Jun 2016

Baca Online Novel Imam Mudaku Romantik

Baca Online Novel Imam Mudaku Romantik

Assalammualaikum..
Novel Imam Mudaku Romantik Karya Novelis Izzah Haneefa telah pun diadaptasikan menjadi drama bersiri di saluran Astro Oasis yang akan disiarkan sepanjang bulan Ramadan ini. Dilakonkan oleh Hisyam Hamid sebagai Ustaz Faqih dan Syatilla Melvin sebagai Laila Khalisa serta ramai lagi. Aku juga ada jumpa blog penulis novel ini dan di blog beliau ada beberapa bab Novel Imam Mudaku Romantik yang ditulis oleh beliau. So kat sini aku sertakan link untuk korang baca online beberapa bab dari Novel tersebut, credit untuk blog Izzah Haneefa ni, kalau korang nak baca, just klik jer link kat bawah ni k..Selamat Membaca yer..
Baca Online Novel Imam Mudaku Romantik

Read More »
Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017