-->

29 Ogo 2016

Trend Bercinta Zaman Moden

Read More »

Lucky Romance - Korean Drama Review

Lucky Romance - Review Drama Korea

Assalammualaikum..
Tibalah masanya untuk aku buat Review satu lagi Drama Korea yang aku dah tonton baru2 ini iaitu Lucky Romance. Drama 16 episod ini mula disiarkan pada 25 Mei hingga 14 Julai 2016 yang lalu dan dilakonkan oleh Hwang Jung Eum, Ryu Joon Yeol, Lee Chung Ah, Lee Soo Hyuk, Jung Sang Hoon, Lee Cho Hee serta ramai lagi. Setelah suksess dengan drama2 popular seperti Kill Me Heal Me dan She Was Pretty, Hwang Jung Eum kembali dengan drama bergenre Romantik Komedi iaitu Lucky Romance dan bergandingan dengan Ryu Joon Yeol yang semakin popular, terutamanya selepas die berlakon dalam dramanya sebelum ini iaitu Reply 1988. Sape boleh lupa watak Ryu Joon Yeol sebagai Jung Hwan dalam drama Reply 1988 tu, so pada yang belum tengok drama tu, aku rekomenkan korang tengok nanti k. Tak sangka lepas Drama Reply 1988 tu, Ryu Joon Yeol terus dapat watak utama dan dapat bergandingan pula dengan Hwang Jung Eum. Selain itu, drama Lucky Romance ni diserikan juga dengan pelakon comel Lee Chung Ah dan pelakon kacak Lee Soo Hyuk. Last drama Lee Soo Hyuk yang aku tonton adalah drama Neighbourhood Hero manakala Drama Lee Chung Ah pula adalah drama Wonderful Mama.
Dalam drama ni makin pendek pula rambut Hwang Jung Eum tu hahaha, kadang2 rasa teringin pula nak tengok Hwang Jung Eum berambut panjang pula. Kalau die berambut pendek memang nampak cute tapi kalau rambut panjang, nampak ayu sikit kot hehe. Manakala watak Ryu Joon Yeol ni pula gemar berseluar pendek paras lutut dalam drama ni. Rasanya hampir setiap episod memang gayanya macam tu jer hehe. Drama ni mengisahkan tentang Shim Bo Nui yang sanggup melakukan apa saja demi menyelamatkan adiknya yang sedang terlantar koma di hospital. Bo Nui sangat mempercayai segala yang dikatakan oleh seorang tukang tilik nasib dan sering meminta bantuannya. Bo Nui akan memastikan dirinya melakukan segala ritual dan tidak melanggar sebarang pantang larang. Akibat keadaan adiknya yang semakin teruk, Bo Nui terpaksa melakukan satu perkara untuk adiknya sembuh iaitu dirinya terpaksa bermalam dengan seorang lelaki yang dilahirkan pada tahun harimau (1986). Maka bermulalah misi pencarian Bo Nui untuk mencari seorang lelaki yang dilahirkan pada tahun Harimau dan akhirnya die berjumpa dengan Soo Hoo yang merupakan majikan di tempat kerjanya. Soo Hoo enggan membantunya namun berasa kesian dan terganggu dengan tingkah laku Bo Nui yang sangat taksub dengan apa yang dikatakan oleh tukang tilik nasib berkenaan.
Dalam tak sedar Soo Hoo mula jatuh cinta pada Bo Nui. Namun semuanya menjadi semakin sukar apabila pemain tennis terkenal merangkap jiran lama Bo Nui iaitu Choi Gun Wook / Garry juga menaruh hati pada Bo Nui. Tak sangka juga Ryu Joon Yeol tu secara realitinya memang benar2 lahir tahun 1986 (tahun harimau), kiranya memang sangat sesuai dengan wataknya sebagai Je Soo Ho. Selain itu aku juga kagum dengan kasih sayang Bo Nui kat adiknya tu iaitu Bo Ra, sampai die sanggup lakukan apa saja asalkan adik die sembuh seperti sediakala, bertuah Bo Ra dapat kakak yang sangat sayangkan die. Kadang - kadang rimas gak tengok perangai Bo Nui yang terlampau taksub dengan ramalan tukang tilik nasib tu dan mempercayai dirinya bernasib malang dan turut membawa malang kepada insan yang die sayang, sebab tu lah die cuba mengelak dan tak nak terima cinta Soo Ho padanya tu tapi nasib last2 die terima gak. Apapun memang sweet gak drama ni bila tengok percintaan Soo Ho dan Bo Nui tu terutamanya bila diorang dah start dating semua. Percintaan kawan baik Soo Ho dan Bo Nui iaitu Ryang Ha dan Dal Nim tu pun lawak habis hahaha. Agak kesian juga dengan Seol Hee dan Gary Choi tu bila diorang tu sebenarnya bertepuk sebelah tangan sebab Soo Ho dan Bo Nui tidak mencintai mereka dan akhirnya diorang memfokuskan pada kerjaya dan karier masing2 jer.
Selain itu aku suka tengok sikap tidak mudah putus asa yang ada pada Soo Ho, walaupun game yang diorang cipta tu di sabotaj sebanyak dua kali, tapi Soo Ho tak putus asa dan cuba mencari jalan untuk membaikinya, malah cuba mencipta game yang baru selepas itu. Ryang Ha dan Dal Nim adalah sahabat baik kepada Soo Ho dan Bo Nui, aku suka tengok persahabatan diorang yang sangat akrab dan setia gitu. Contohnya Dal Nim pernah menaruh perasaan pada Soo Ho yang merupakan Boss nya di tempat kerja, Dal Nim ni kira syok sendiri laa sebab Soo Ho tak pernah tahu yang Dal Nim ni ada hati kat die. Namun bila Dal Nim dapat tahu yang Bo Nui dan Soo Ho dah start bercinta, Dal Nim terus cuba melupakan Soo Ho dan gembira bila melihat Bo Nui mula bahagia bersama Soo Ho. Paling best, sampai ke sudah Bo Nui langsung tak tahu tentang Dal Nim yang pernah jatuh hati pada Soo Ho tu. Begitu juga dengan Ryang Ha yang sentiasa bersama dengan So Hoo dalam susah dan senangnya. Dapat dilihat juga yang Soo Ho juga tidak mempunyai hubungan yang rapat dengan ibu bapanya. Ibunya cuba juga mengambil berat dan sering melawatnya namun Soo Ho berasa rimas dengan sikap ibunya itu. Manakala bapa Soo Ho pula nampak macam tidak begitu ambil berat pada So Hoo dan sentiasa marah-marah, malah sentiasa bercakap perkara yang menyakitkan hati Soo Ho dan membuatkan hubungan mereka menjadi semakin renggang.
Walaubagaimanapun semua tu hanya luaran jer, ego gitu, tapi dalam hati bapanya itu, die sebenarnya sayang pada Soo Ho tu, namun tidak tahu cara untuk menunjukkan kasih sayangnya tu. Atas desakan dan juga nasihat daripada Bo Nui membuatkan Soo Ho mula terbuka hatinya untuk mengalah dan cuba rapat dengan ibu bapanya semula. Lagu Tema / OST drama ni boleh tahan sedap gak laa, tapi takde sedap sampai buat aku gi download ker ape ker kan hehe. Tertunggu - tunggu gak bila agaknya Lee Soo Hyuk tu akan jadi hero atau watak utama dalam drama kan, selalunya die mesti dapat jadi hero kedua nyer (second male lead). Manakala pelakon comel Lee Chung Ah tu dah pernah jadi heroin drama pun dan drama yang die jadi heroin tu memang aku suka, sebab lawak habis iaitu drama Flower Boy Ramyun Shop. Tak silap aku masa last episode drama ni, ada tunjuk scene2 yang tak berapa jadi, lawak plak bila tonton scene2 tersebut sampai aku pun tergelak sekali hehe. 
Ending drama ni mestilah happy ending walaupun sebelum tu diorang ada berpisah sekejap tapi nanti di episod akhir diorang bersama kembali. Apapun bagi aku drama ni menghiburkan juga, jalan cerita yang unik, menarik dan seronok ditonton. Bagi sesape yang sukakan drama yang bergenre romantik komedi, bolehlaa tonton drama ni nanti k. Aku bagi 7.7 Bintang dari 10 bintang untuk drama Lucky Romance ni.
Read More »

28 Ogo 2016

Sinopsis Drama Kahwin Muda TV3

Sinopsis Drama Kahwin Muda Slot Iris Tv3

Assalammualaikum..
Drama Kahwin Muda adalah drama terbaru untuk Slot Iris Tv3 yang mula disiarkan pada 22 Ogos yang lalu, setiap Isnin hingga Khamis, jam 6.30 petang. Drama Kahwin Muda ini dilakonkan oleh Fadlan Hazim, Chacha Maembong, Aziza Kazan, Jasmine Ashraff, Sharonizam, Esma Daniel, Fazlina Ahmad Daud dan ramai lagi. Drama 12 episod ini diarahkan oleh Pali Yahya dan merupakan terbitan Rumah Karya Citra. Apapun jom layannn sinopsis cite ni kat bawah k..

Sinopsis Drama Kahwin Muda

Rizal dan Nilam berkawan sejak sekolah rendah lagi dan digelar Romeo & Juliet. Selepas SPM mereka mengambil keputusan untuk berkahwin. Perkara tersebut mengejutkan ibu bapa mereka. Ibu bapa membenarkan perkahwinan mereka dengan syarat mereka perlu hidup berdikari.

Kedua-dua mereka lulus dengan cemerlang dalam SPM. Sementara itu Kasih sedang mengandung. Amrin mula bimbang jika dia gagal menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami dan bapa. Adakah mereka berdua dapat mengharungi melalui cabaran hidup dilalui?

Read More »

27 Ogo 2016

Amyza & Julia Ziegler Tersingkir - Super Spontan Superstar

Amyza Aznan & Julia Ziegler Tersingkir Di Minggu Ke-4 Super Spontan Superstar

Assalammualaikum..
Nampaknya di minggu ke-4 ni kumpulan Monyet Mafia telah tewas dan menyaksikan Amyza Aznan dan Julia Ziegler tersingkir. Di awal rancangan Amyza dah diberi kad kuning atas kesalahannya mengganggu team Harimau Hipster dalam game Demonstrasi pada minggu ketiga yang lalu. Memang dah boleh agak yang Amyza akan tersingkir di minggu ni tambahan lagi die juga macam tak main game pada minggu ni. Cuma tak sangka gak ada 2 penyingkiran untuk minggu keempat ni, Setakat ni dah ada 4 penyingkiran bermula dengan penyingkiran Waris diikuti Zulin dan kini Amyza dan Julia Ziegler pula. Di minggu seterusnya entah siapa yang akan tersingkir, tak silap aku Ozlyn masih ada kuasa imuniti yang die dapat pada minggu ketiga dan belum digunakannya lagi. 

Afdlin Shauki dan Adibah Nor menjadi pengulas pada minggu ini. Antara game yang diorang main pada minggu ini adalah seperti Pantun 2 Kerat, Jurujual Langsung, Direktor Tak Siuman, Cerita Atas Lantai dan Lagu Spontan.
Read More »

26 Ogo 2016

Sinopsis Drama Rintihan Nek Mis TV9

Sinopsis Drama Rintihan Nek Mis Slot Azalea TV9 / TV3

Assalammualaikum...
Drama Rintihan Nek Mis adalah drama terbaru di Slot Azalea TV9 menggantikan drama Bagaikan Kelip - Kelip yang telah tamat episodnya. Drama ini mempunyai 20 episod dan mula disiarkan pada 23 Ogos yang lalu. Antara pelakon yang membintangi drama ni adalah seperti Normah Damanhuri, Hanna Aqeela, Faye Kusairi, Duerra Mitilda, Idzham Ismail, Sharifah Shahora, Ryzal Jaafar, Rahim Jailani, Faeiz Affandi dan ramai lagi. Drama Rintihan Nek Mis ini diarahkan oleh Amie Maziah dan merupakan terbitan Primeworks Studios Sdn Bhd. Macam sedih jer jalan cerita drama ni kan, apapun jom layannn sinopsis cite ni kat bawah k..

Sinopsis Drama Rintihan Nek Mis

Mengisahkan tentang hubungan dan kasih sayang seorang nenek terhadap cucu kesayangannya. Oleh kerana kesibukan bekerja, Helmi dan Shida menyerahkan anaknya, Karmila kepada Nek Mis untuk dijaga. Hubungan Nek Mis dan Karmila sangat rapat, tetapi pada suatu hari, Helmi didapati mati lemas semasa memancing. Manakala isterinya, Shida telah berpindah ke rumah bapanya, Encik Ismail dan membawa Karmila dengannya. Permintaan Nek Mis untuk berjumpa dengan cucunya dilarang oleh Encik Ismail. Encik Ismail tidak suka kepada Nek Mis, kerana perkahwinan Shida dan Helmi dulu tidak direstui olehnya. Dia juga menuduh Nek Mis kerana Shida menjadi janda pada usia yang muda. Nek Mis melakukan pelbagai cara untuk berjumpa dengan cucunya malah dia juga menuntut hak penjagaan ke atas Karmila, sehingga membawa perkara tersebut ke mahkamah. 
Walau bagaimanapun, ada sahaja cabaran yang harus diharungi oleh Nek Mis tetapi Nek Mis tidak pernah berputus asa berusaha untuk bertemu kembali dengan cucu kesayangannya. Tidak lama selepas pemergian suaminya, Shida menjalinkan hubungan cinta bersama Haikal, yang merupakan Penyelia Tapak di syarikat pembinaan bapanya. Perhubungan ini direstui oleh Encik Ismail kerana En Ismail amat mempercayakan Haikal. Lama kelamaan, Shida mula mengabaikan tanggung jawabnya terhadap Karmila. Nek Mis tidak berputus asa untuk menuntut hak penjagaan dan mengambil Karmila untuk tinggal bersamanya. Pada suatu hari, Karmila pergi menghilangkan diri dan apakah tindakan Nek Mis dalam menangani kes kehilangan Karmila ini?
Read More »

25 Ogo 2016

Sinopsis Filem Temuan Takdir

Sinopsis Filem Temuan Takdir

Assalammualaikum..
Filem Temuan Takdir ni dah ditayangkan di pawagam pada 11 Ogos 2016 yang lalu dan dilakonkan oleh Zahim Albakri, Vanidah Imran, Ery Zukhairi, Azura Zainal, Amai Kamarudin, Thanuja serta ramai lagi. Filem Temuan Takdir ni bergenre Aksi / Jenayah dan diarahkan oleh Dhyan Vimal, filem ini berkisarkan tentang penyiasatan dan pengorbanan dua anggota polis dalam membanteras jenayah. Filem ini diterbitkan oleh Zazen Design & Production, apapun jom layann sinopsis cite ni kat bawah k..

Sinopsis Filem Temuan Takdir 

Mengisahkan tentang dua adik-beradik polis yang berdedikasi iaitu ACP Tuan Roslan dan Inspektor Shariff. Misi mereka adalah memburu ‘Mastermind’ di sebalik rompakan sebuah van sekuriti. Penyiasatan mereka membawa ke arah terbongkar kegiatan kumpulan ‘geng’ yang terdiri daripada tiga orang perompak iaitu Omar, Faisal dan Vikram di mana setiap daripada mereka mempunyai agenda tersembunyi yang menyebabkan rancangan mereka tergendala akibat situasi yang tidak diduga.

Pencarian pihak polis yang semakin intensif berdasarkan petunjuk membawa mereka menghampiri penyelesaian jenayah yang penuh ketamakan ini. Akhirnya, panggilan ‘Takdir’ yang tidak dapat dielak, datang menyeru jua dan setiap manusia perlu menghadapi suratannya. Tuan Roslan harus mengejar masa dalam menyelesaikan misteri kes ini, mencari ‘Mastermind’ yang merancang segala-galanya. Filem ini mengalas takdir yang tersurat buat pasangan adik-beradik ini dan tanggungjawab seorang anggota polis terhadap tugasnya.
Read More »

24 Ogo 2016

Giveaway Amsterdam by SpendaLusuh


Jom Join Ramai2
Due Date- 24 September 2016
Nak Join boleh Klik Banner k..

Read More »

Book Giveaway by Abam Kie and Friends


Jom Join Ramai2
Due Date- 9 September 2016
Nak Join boleh Klik Banner k..

Read More »

21 Ogo 2016

Lee Chong Wei Malaysian Hero - Olympic Rio 2016

Dato Lee Chong Wei Our Hero Raih Pingat Perak di Olimpik Rio 2016

Assalammualaikum..
Nampaknya Emas pertama yang diidam-idam oleh semua rakyat Malaysia tidak tercapai, namun bukan emas yang kita kisahkan tapi rasanya semua pun sedih bila Dato Lee Chong Wei kalah dengan Chen Long dari China tu, memandangkan ini adalah Olimpik terakhirnya tapi gagal meraih emas dalam 3 percubaannya di Olimpik. Tak dapat aku bayangkan perasaan Dato Lee Chong Wei bila dah lama buat persediaan untuk Olimpik ini tapi terpaksa berpuas hati dengan pingat Perak. Sedih plak tengok wartawan Astro Arena interview die, sebak betul suara die n minta maaf semua dan die tahu rakyat Msia kecewa tapi die dah buat yang terbaik. Namun satu Malaysia tetap bangga dengan Dato Lee Chong wei, sape boleh lupa perlawanan epik beliau yang berjaya mengalahkan Lin Dan ketika di Separuh Akhir tu kan. Rasanya semi final tu dah macam perlawanan final gitu. 
Memang sangat wowww okey, sweet plak aku tengok Lin Dan yang menerima kekalahannya dengan tenang serta mengucapkan tahniah dan mengatakan Chong Wei sememangnya layak untuk menang, pastu diorang tukar2 baju n berpelukan. Sweet gak tengok bromance Lin Dan n Chong Wei ni namun dalam masa yang sama sedih plak bila Olimpik Rio 2016 ni adalah Olimpik terakhir buat Chong Wei dan Lin Dan. Bila lagi nak tengok diorang bertemu lagi, diorang memang legend laa, dulu aku tak suka Lin Dan, tapi bila Chong Wei dah kalahkan die aku okey laa balik, tapi sekarang ni benci kat Chen Long plak hahaha. Hope lepas ni dapat tengok Dato Lee Chong Wei lawan Lin Dan lagi kat mana2 game lain kecuali Olimpik. Buat Dato Lee Chong Wei, kita menang sama- sama, kita kalah sama-sama :) 
Ikutkan Beregu Lelaki iaitu Goh V Shem dan Tan Wee Kiong hampir - hampir boleh menang emas, tapi memang takde luck laa masa tu sebab diorang kalah tipis jer di set ketiga. Sayang betul, mesti diorang juga kecewa giler sebab hanya selangkah lagi untuk emas tapi takde rezeki pula. Apapun respek laa untuk diorang semua sebab berjaya sampai ke Final pun dah merupakan satu kejayaan besar. Bangga dengan diorang semua, dengan semua Atlet Malaysia yang telah berjaya menyumbangkan pingat buat negara macam Pandelela Rinong n partner die serta Azizul Hasni Awang. Olimpik 2020 akan berlangsung di Tokyo pula dan Malaysia Boleh!.
Read More »

19 Ogo 2016

Sinopsis Filem Kampung Drift

Sinopsis Filem Kampung Drift 

Assalammualaikum..
Filem Kampung Drift telah pun ditayangkan di pawagam pada 4 Ogos 2016 yang lalu dan bergenre Aksi, Komedi dan Sains Fiksyen. Filem ini dilakonkan oleh Pekin Ibrahim, Shafie Naswip, Pablo Amirul, Fatin Afeefa, Chen Sin Foo, Zalfa Zin, Fazli Razali, Kamarol Haji Yusof, Yasmin Md Isa, Esma Daniel, Eida Moin serta ramai lagi dan diarahkan oleh Nevin Hiong. Apapun jom layan sinopsis filem Kampung Drift ni kat bawah k..

Sinopsis Filem Kampung Drift

Mengisahkan pengembaraan hidup seorang remaja bernama Johan (Syafie Naswip) dalam mencari erti kejayaan dan kehidupan menerusi sukan drift yang berkait rapat dengan sejarah hidupnya. Walaupun ditentang keras oleh ayahnya untuk menyertai sukan drift, minat Johan terhadap sukan itu tidak pernah pudar. Bersama-sama kawan baiknya, Bojeng (Jazli Hassan), pakciknya, Ajoi (Puovin Sandera), dan saintis ‘gila’, Pak Idon (Chen Sin Foo), dia akan menggunakan apa sahaja cara untuk melibatkan diri secara aktif dalam sukan pemotoran drift itu. Minat Johan mula bertukar menjadi sebuah impian besar apabila dia mendapat tahu sejarah hitam ayahnya yang berkait rapat dengan sukan drift.               

Namun, penglibatan Johan dalam sukan drift ini menghadapi jalan sukar apabila dia terlibat dalam pelbagai konflik diri, masalah cinta dan persaingan di antara Julia (Fatin Afeera), Shiela (Zalfa Zin) dan Ray (Pablo Amirul), drifter ternama dari Kuala Lumpur. Semua ini pula bakal membawa kepada kematian orang yang disayanginya. Johan cuba mengubah sejarah dengan menggunakan mesin merentas masa untuk kembali ke masa silam. Berjayakah dia? Apa yang bakal berlaku seterusnya?.
Read More »

Giveaway Dan Pencarian Bloglist by Jepun Mari

giveaway dan pencarian bloglist

Jom Join Ramai2
Due Date- 23 September 2016
Nak Join boleh Klik Banner k..

Read More »

18 Ogo 2016

Pingat Perak Dari Badminton Beregu Campuran Olimpik Rio

Pingat Perak Dari Badminton Beregu Campuran Olimpik Rio 2016

Assalammualaikum..
Sejak dua menjak ni banyak betul entry pasal sukan Badminton Olimpik yang aku buat hahaha, nampak benar minggu ni demam Badminton heehe. Malam tadi berlangsungnya perlawanan Badminton Suku Akhir untuk perseorangan Lelaki dan menyaksikan Dato Lee Chong Wei mara ke Separuh Akhir. Nampaknya di Separuh Akhir nanti Dato Lee Chong Wei akan bertemu musuh tradisinya iaitu Lin Dan dari China. Woww pastinya mendebarkan, perlawanan yang paling ditunggu-tunggu tu n paling menakutkan hahaha. Alangkah lebih baik, jika Pemain dari India berjaya mengalahkan Lin Dan terlebih dahulu. Aku harap DLCW berjaya menebus kekalahannya kepada Lin Dan pada Olimpik yang terdahulu dan menang sekaligus mara ke Final. Malaysia Boleh!..
Tahniah juga untuk Beregu Campuran Malaysia iaitu Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying yang meraih pingat Perak untuk negara. Mereka menentang Beregu Campuran Indonesia dan memang jelas kelihatan beregu Indonesia tersebut bermain dengan amat baik sekali serta corak permainan mereka sangat laju sehingga menyukarkan beregu Malaysia untuk mendapatkan mata. Apapun Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying dah buat yang terbaik, dapat mara ke final ni pun dah merupakan satu kejayaan yang besar gitu. Harapan emas pertama negara kini disandarkan kepada Beregu Lelaki negara pula iaitu Goh V Shem dan Tan Wee Kiong. Moga mereka menang di Final nanti.
Read More »

17 Ogo 2016

Pingat Gangsa Dari Sukan Berbasikal & Beregu Ke Final Badminton Olimpik Rio


Pingat Gangsa Dari Azizul Hasni Awang & Beregu Lelaki Badminton Ke Final Olimpik Rio 2016

Assalammualaikum..
Meriah betul malam dan awal pagi tadi dengan kejayaan atlet2 negara yang berjaya menyumbangkan pingat serta melangkah ke Final Olympic Rio 2016 dalam acara masing2. Aku sebagai rakyat Malaysia juga tumpang berbangga dengan kejayaan Azizul Hasni Awang yang berjaya mendapatkan pingat Gangsa untuk sukan Berbasikal (Keirin) awal pagi tadi. Sengit betul lah sampai 2 kali perlumbaan diorang dibatalkan sebab ada yang memecut terlebih awal. Perlumbaan kali ketiga barulah okey, aku rasa Azizul ni mampu dapat pingat Perak cuma sayangnya die macam terhimpit sikit dengan perlumba lain yang masing2 nya nak ke depan, tapi nasiblah die dapat gak memecut di saat-saat akhir dan meraih Gangsa. Tambahan lagi die satu - satunya wakil Asia yang bertanding dalam acara tersebut. Tahniah buat Azizul Hasni Awang.
Masuk plak ke acara Badminton Beregu Lelaki iaitu Goh V Shem dan Tan Wee Kiong yang berjaya melangkah ke Final Badminton selepas menewaskan beregu dari China tu. Di final nanti, mereka akan bertemu semula dengan beregu China yang pernah diorang tewaskan di peringkat kumpulan. Aku harap diorang mampu mengalahkan beregu China tu sekali lagi dan sekaligus membawa pulang pingat Emas yang dinanti-nantikan. Good Luck to Goh V Shem & Tan Wee Kiong, Malaysia Boleh!. Malam nanti pukul 7.30 malam Dato Lee Chong Wei juga akan turun untuk Suku Akhir Perseorangan Lelaki dan Final Badminton Beregu Campuran pula akan berlangsung pada 11.30 malam waktu Msia.
Final Badminton untuk Acara Beregu Campuran akan menyaksikan wakil negara iaitu Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying akan bertemu dengan Beregu Campuran Indonesia. Mengikut rekod pertemuan diorang, pasangan negara pernah menewaskan pasangan Indonesia ni sekali jer dan tewas sebanyak 9 kali kalau aku tak silap lah. Jadi kalau di atas kertas memang nampak macam pasangan beregu Indonesia ni kira macam juara pilihanlah, namun dalam sukan Badminton ni apa apa pun boleh jadi kan, tambah2 ni peringkat Olimpik pastinya semua pemain akan bagi yang terbaik. Aku harapkan Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying akan buat kejutan dan menang Emas nanti. Moga2 ada rezeki nanti. Diharapkan juga Pandalela Rinong mampu menyumbang pingat lagi untuk acara Terjun :) Good Luck untuk semua Atlet Malaysia. #TeamMalaysia 
Read More »

Sinopsis Drama Si Kolot Suamiku (Astro)

Sinopsis Drama Si Kolot Suamiku

Assalammualaikum..
Drama Si Kolot Suamiku telah mula disiarkan di Astro Ria bermula 15 Ogos yang lalu menggantikan drama Lelaki Macam Dia yang dah tamat episodnya. Drama 16 episod ini dilakonkan oleh Amar Baharin sebagai Kudin, Siti Elizad sebagai Tengku Edrina, Faizal Hussein sebagai Tengku Ehsan, Atikah Suhaime sebagai Lisa, Kuza, Sheila Mambo, Waris, Fahmy Reza, Zila Bakarin, Aizat Hassan, Vicha Saywho, Epy Kodiang dan ramai lagi. Drama Romantik Komedi ini diarahkan oleh Eyra Rahman serta diterbitkan oleh MIG dan drama ni jugak merupakan adaptasi daripada Novel Si Kolot Suamiku karya Novelis Fazlyn Ridz. Manakala Lagu Tema / OST Si Kolot Suamiku ni bertajuk Dua Dunia dan dinyanyikan oleh Waris. Apapun jom layannn sinopsis drama ni kat bawah k..

Sinopsis Drama Si Kolot Suamiku

Tengku Nur Edrina seorang anak yang degil dan mempunyai ego yang tinggi kerana ayahnya berketurunan raja dan emaknya dilahirkan di kalangan bangsawan. Angkuh dan bangga dirinya membawa hidupnya jauh dari nilai murni seorang wanita Melayu. Disebabkan dia dibesarkan di Kuala Lumpur, maka suasana kampung memang tidak kena dengan jiwa bandarnya. Kepada lelaki seorang itu dia memandang rendah dan jelak! Kudin seorang lelaki kampung yang hidup membanting tulang kepada tanah untuk mencari rezeki. Kudin suka hidup berdikari dan lebih gemar hidup sederhana dari segala segi. Hidup di kota besar tidak pernah menjadi impiannya, bahkan wanita seperti Edrina tidak pernah tersenarai sebagai calon bakal surinya.

Mereka dipertemukan apabila Tengku Ehsan mengunjungi Mak Kunah, emak Kudin untuk melunaskan janji lama yang pernah tersimpul kukuh antara moyang mereka dahulu. Kedatangan lelaki itu untuk membuka cerita yang terperuk lebih berpuluh tahun lalu, agar segala amanah dan wasiat dapat diselesaikan tanpa ada hutang piutang yang tidak dilunaskan sebelum dia menutup mata. Perkahwinan atas rancangan keluarga membuatkan hidup mereka berdua kian sesak. Konflik bertambah meruncing apabila Edrina tidak mahu terus tinggal di kampung, dan Kudin pula enggan berpindah dan bernafas di kota besar. Jadi bagaimana? Siapa yang akan mengalah akhirnya? Benarkah Kudin itu seorang lelaki kolot yang menjengkelkan? Dan selama mana Edrina mampu mempertahankan ego dan mengelak hatinya jatuh kepada lelaki seperti Kudin?

Read More »

16 Ogo 2016

Olimpik Rio 2016 - Beregu Malaysia Ke Semi Final Badminton

Olimpik Rio 2016 - Beregu Lelaki Malaysia Layak Ke Semi Final Badminton

Assalammualaikum..
Alang-alang tengok Olimpik Rio 2016 untuk sukan Badminton tu, sempat gak aku karang entry ni hehehe. Rasanya acara Badminton adalah acara sukan yang paling ditunggu- tunggu oleh rakyat Malaysia, kerana dikatakan antara sukan yang boleh menghadirkan pingat Olimpik untuk negara, tak kiralah Gangsa, Perak atau pun Emas sekalipun. Awalnya aku sempat gak menonton sedikit perlawanan Badminton Beregu Wanita Malaysia menentang Beregu No 1 Dunia dari Jepun dan beregu wanita negara berjaya memberikan tentangan sengit hingga membawa ke game ketiga. Namun sayang apabila Beregu Wanita Malaysia tewas. Manakala Beregu Campuran pula dah layak ke Separuh Akhir dah, hope diorang berjaya melangkah ke Final ataupun setidak-tidaknya berjaya membawa pulang pingat Gangsa nanti.

Tahniah buat pasangan Beregu Lelaki Msia iaitu Goh V Shem dan Tan Wee Kiong yang berjaya mengalahkan beregu China terlebih dahulu sebelum menentang pula beregu nombor 1 dunia dari Korea di peringkat Suku Akhir semalam. Memang mendebarkan betul perlawanan diorang ni, markah / mata pun dekat2 jer, sangat sengit okey. Beregu Malaysia kalah di Set pertama sebelum bangkit dengan cemerlang di set kedua dan meneruskan kemaraan di set ketiga. Bagi aku set ketiga masa akhir-akhir tu memang suspen habis sebab beregu Korea mengejar dengan rapat dan hampir2 menyamakan kedudukan dan nasiblah beregu Malaysia berjaya mendapatkan mata ke 21 tu dan yeayyy Menang. Di Semi Final nanti, Beregu Lelaki Malaysia akan menentang beregu dari China juga dan aku harapkan Goh V Shem dan Tan Wee Kiong berjaya ke Final nanti. Begitu juga dengan Dato Lee Chong Weoi yang akan turun berlawan pada hari rabu nanti. 

Update!!!
Tahniah buat Beregu Campuran Malaysia iaitu Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying kerana berjaya mara ke Final Badminton Olimpik Rio 2016. Sejarah tercipta gitu, pingat perak dah ada dalam genggaman moga dapat bertukar menjadi emas nanti.
Read More »

Giveaway Diagnosis Apokalips Part 2 by stnrsyfh


Jom Join Ramai2
Due Date- 5 Oktober 2016
Nak Join boleh Klik Banner k..
"SAYA NAK DIAGNOSIS APOKALIPS. SEMOGA DIAGNOSIS APOKALIPS MENJADI MILIK SAYA"

Read More »

15 Ogo 2016

Mirror Of The Witch - Korean Drama Review

Review Drama Korea - Mirror Oh The Witch

Assalammualaikum..
Macam biasa hari ni nak buat Review Drama Korea yang bertajuk Mirror Of The Witch, yang mula disiarkan pada 13 Mei yang lalu sehingga 16 Julai 2016 dan mempunyai 20 episod. Drama Mirror Of The Witch ini dilakonkan oleh Yoon Si Yoon, Kim Sae Ron, Kwak Si Yang, Yum Jung Ah, Lee Sung Jae, Jang Hee Jin, Lee Yi Kyung, Lee Ji Hoon, Min Do Hee dan ramai lagi. Dah lama tak nampak Yoon Si Yoon ni berlakon, sekarang ni baru nampak die aktif semula, siap join rancangan 2 Days 1 Night dan jadi ahli tetap gitu. Heroin drama ni iaitu Kim Sae Ron dah beberapa kali dapat watak utama gitu walaupun umur die masih muda, baru 16 tahun jer. Bagi aku drama ni unik dan best untuk ditonton walaupun berlatarbelakangkan zaman dulu2. Drama ni bergenre fantasi gitu, kisah pasal puteri raja yang terkena sumpahan akibat ilmu hitam yang diamalkan oleh bomoh Hong Joo. Jalan cerita bermula apabila Queen Shim tidak dapat mengandung kerana mandul lalu Queen Dowager menggunakan khidmat Bomoh Hong Joo untuk membolehkan Queen Shim mendapatkan pewaris takhta kerajaan. Dengan menggunakan ilmu hitam bomoh Hong Joo itu, Queen Shim dapat melahirkan anak kembar, sorang anak lelaki yang bernama Hoi Hyeon dan sorang lagi anak perempuan Yeon Hee.
Walaubagaimanapun Yeon Hee terkena sumpahan dan perlu dibakar hidup2, Namun Choi Hyun Seo yang ditugaskan untuk membakar baby tersebut tidak sampai hati lalu menyembunyikan Yeon Hee di dalam di sebuah rumah di dalam hutan dan menganggap Yeon Hui seperti anaknya sendiri. Bomoh Hong Joo tidak tahu yang Yeon Hee masih hidup kerana yakin yang Yeon Hee dah mati. Yeon Hee terpaksa hidup seorang diri didalam hutan itu dan kadangkala dirinya dilawati oleh Choi Hyun Seo serta anak lelakinya iaitu Poong Yeon. Suatu hari secara tidak sengaja Heo Jun (Yoon Si Yoon) bertemu dengan Yeon Hee di dalam hutan tersebut dan mereka mula menjadi kawan. Sekali dengan sinopsis awal cite ni aku karang hehehe, part2 awal drama ni memang best, nampak menarik dengan permainan ilmu hitam tu semua plus dengan rambut Yeon Hee tu boleh bertukar warna gitu dari hitam ke putih. Aku paling suka sekali bila Yeon Hee tu marah dengan bomoh Hong Joo tu, so die boleh gunakan kuasa ajaib die untuk sakitkan Hong Joo, namun die tak dapat nak bunuh Hong Joo kerana dirinya tak nak melanggar peraturan untuk menghapuskan sumpahannya itu. Aku juga tak faham kenapa abang angkatnya iaitu Poong Yeon tu rasa takut bila tengok rambut Yeon Hee bertukar dari hitam jadi putih, comel jer aku tengok hehehe.
Agak menyampah gak bila Hong Joo sentiasa menang dalam setiap agenda jahatnya tu, siap ada askar perempuan bagai yang sentiasa berpakaian merah yang akan menjalankan kerja jahatnya. Ditambah lagi dengan Raja yang lemah dan sentiasa termakan hasutan Hong Joo tu. Kesian gak kat Yeon Hee dan Heo Jun yang terpaksa hadapi pelbagai cabaran dan bahaya akibat dari Raja yang tidak berguna. Watak seterusnya yang aku menyampah adalah watak Heo Ok yang merupakan abang tiri kepada Heo Jun. Heo Ok juga adalah penyebab kepada kematian ibu Heo Jun. Mak Heo Ok pun dua kali lima jer, Heo Ok tu akhirnya akan dipenjarakan cuma mak Heo Ok tu jer yang macam terlepas, Die tu pun patutnya dapat balasan akibat kekejamannya pada Heo Jun dan maknya dulu. Aku suka part Yeon Hui dan Heo Jun membuat ubat2 / potion ajaib tu bersama-sama, comel jer. Entah kenapa aku rasa bomoh Hong Joo tu macam ada hati jer dengan Choi Hyun Seo tu, tengok dari gaya diorang macam pasangan bercinta jer especially masa babak akhir tu, ketika C.Hyun Seo memujuk Hong Joo untuk menyerah kalah jer dan mati bersama-sama dengannya.
Scene paling mendebarkan sekali mestilah scene Heo Jun terpaksa mengorbankan dirinya demi Yeon Hee agar sumpahan ke atas Yeon Hee akan terhapus. Kiranya salah sorang dari diorang kena mati untuk yang lain, Heo Jun tu sanggup mengorbankan dirinya tapi Yeon Hee terlebih dahulu meminum potion berkenaan lalu Heo Jun terpaksa meneruskan hidupnya seorang diri. Heo Jun kemudiannya memutuskan untuk menggunakan segala ilmu pengetahuannya dan berkhidmat untuk raja sambil meneruskan cita-citanya untuk menulis sebuah buku. Tak sangka juga Yo Gwang yang selama ini menjaga Yeon Hee boleh plak bercinta dan berkahwin dengan salah sorang kawan Heo Jun iaitu Soon Deuk. Yo Gwang dan Soon Deuk ni awalnya selalu bergaduh dan tidak menyukai antara satu sama lain, Soon Deuk ni jugalah yang kerap membantu Heo Jun. Lagu tema / OST drama ni sedap2 gak, aku paling suka lagu2 masa scene2 suspen dan mendebarkan tu. Ending drama ni agak konfius gak bagi aku n memang happy ending gak laa bila Yeon Hee tu tak mati pun dan Heo Jun dapat berjumpa gak dengannya lepas 40 tahun kemudian. Masa ni Heo Jun tu pun dah tua hehehe, cuma aku konfius sikit pasal Yeon Hee tu, kenapa die tak cari Heo Jun kalau die tak mati masa tu. Boleh plak dua2 hidup sendirian, berjumpa pun masa dah tua, tapi yang lawaknya diorang tak tunjuk Yeon Hee jadi tua pun cuma tunjuk Heo Jun jer.
Tapi ada gak yang cakap yang Heo Jun ketika tua tu dah mati dalam perjalanannya n berjumpa Yeon Hee selepas mati, lebih kurang gitulah, wahh memang konfius, kiranya kena buat ending sendiri lah ni. Selain itu ada satu watak misteri dalam drama tu yang tiba2 muncul dan tidak dijelaskan siapakah die, benda ni buat penonton macam tertanya-tanya jugak laa di episod akhir tu. Apapun memang seronok gak la layan drama Mirror Of The Witch ni, jalan cerita die unik dan suspen, cuma di pertengahan jalan cerita, drama ni jadi bosan sikit sebab meleret-leret dan asyik pi mai pi mai tang tu gak hahaha, diorang asik ulang benda yang sama jer dan bomoh Hong Joo tu selalu jer menang dengan agenda jahatnya tu. Secara keseluruhannya aku masih terhibur menonton drama ni, apapun aku bagi 8 Bintang dari 10 bintang untuk drama Mirror Of The Witch ni.
Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017