-->

18 Jan 2017

GIVEAWAY: JOM BACA BUKU - NOVEL PERCUMA!!!


Jom Join Ramai2
Due Date- 28/2/2017
Nak Join boleh Klik Banner k..

Aku nak kongsi satu Novel yang bertajuk Hikayat Cinderella karya Ahadiat Akashah. Boleh dikatakan ini adalah novel terawal yang aku baca hehe, kononnya novel tu macam hadiah untuk diri sendiri sebab dapat nombor satu dalam kelas hahaha. Kat bawah ni sinopsis novelnyer.
Sinopsis Novel Hikayat Cinderella

Joey tak pernah kenal siapa ibu yang melahirkannya, atau bapa yang dia sandarkan binnya. Dia dibesarkan di rumah anak yatim, diasuh seorang nyonya Melaka yang dianggapnya bagaikan ibu sendiri. Sehinggalah dia pergi melanjutkan pelajaran ke luar negara dan hiduplah dia di rantauan untuk mengubah nasibnya sendiri. Manakala Zaza dibesarkan nenek, setelah dia melarikan diri daripada ibu kandung dan bapa tirinya. menjadikan pelajaran sebagai prinsip hidup, juga untuk mengubah nasibnya yang serba kekurangan. Hikayat ini adalah sorotan sebuah kehidupan yang memilukan! Kisah menyayat yang menyentuh jiwa. Sebuah kisah pilu bagaimana dua insan ini bertemu di dalam satu kancah yang tidak pernah diduga. Walaupun masing-masing telah mempunyai pilihan hati sendiri. . . tetapi takdir menemukan mereka di dalam lautan kasih sayang yang penuh gelora. 

Di sini. . . selamilah sebuah erti cinta yang suci, yang mereka ciptakan dari dua keping hati yang lara, yang bukan dilandasi nafsu, atau kecurangan. Namun, siapa yang mampu percaya kalau masing-masing sudah punyai pasangan sendiri. Tidakkah itu kecurangan namanya? Sampai bilakah kemelut ini akan berakhir? Lalu menyatukan dua insan ini? Ataupun, mereka terpaksa berpisah, di atas nama takdir kehidupan?
Layari hikayat ini. . . di dalam kisah seribu seratus halaman. . . yang pastinya akan membawa sesiapa saja yang membacanya ke satu titik kesedaran, bahawa hidup ini tiada jawapannya. . . yang indah bisa jadi gundah, yang lar mungkin jadi ceria


4 ulasan:

  1. Terima kasih join GA, sinopsis yang menarik.

    BalasPadam
  2. πŸŒΈπŸ’“πŸŒΌHi ... Singgah dari segmen yang sama ... Jangan lupa join contest kat Jom Bercontest dan singgah jenjalan kat Kisah Hidup Ku ... Semoga sentiasa sihat dan dimurahkan rezeki ... Maaf lambat blog walking ...πŸŒΈπŸ’“πŸŒΌ

    #jombercontest
    #kisahhidupku

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017