-->

21 Mac 2017

Lazada Birthday Blogger Contest

Lazada Birthday Blogger Contest, Birthday Lazada Ke - 5 Tahun, Happy Birthday Lazada
Lazada Birthday Blogger Contest Menawarkan Hadiah Lumayan

Assalammualaikum..
Ramai betul blogger yang join Lazada Birthday Blogger Contest ini, majoriti blogger memang up entry pasal ini, jadi aku pun tak nak ketinggalan unutk join Lazada Birthday Blogger Contest yang Awsome ini. Lagi ramai blogger yang join contest ini maka lagi banyaklah hadiah yang boleh dimenangi, so bagi yang belum join apa tunggu lagi, jom join ramai - ramai ye, just klik je gambar diatas itu. Selain itu korang jangan lupa untuk shopping sakan di LAZADA pada 22 - 24 March ini kerana ada Lazada Birthday Sale sempena ulangtahun Lazada yang ke -5 gitu, ada special diskaun sehingga 90% tau. Jadi memang harus shoppinglah nanti kan, apa pun untuk join Lazada Birthday Blogger Contest ini kenalah jawab soalan - soalan dibawah ini dulu, so inilah jawapan aku, jom baca sampai habis ye..

a) Apa yang saya suka tentang Lazada Malaysia?
Lazada menyediakan pelbagai pilihan barangan yang menarik dari barangan dapur sampailah ke gadget terkini, buku dan bermacam - macam lagi sesuai dengan peringkat umur, jantina dan keperluan. Selain itu Lazada juga kerap membuat sale secara besar - besaran dengan potongan harga / diskaun yang menarik dan membuatkan barang - barang yang dijual menjadi murah giler2. Di samping cara pembayaran yang mudah membuatkan saya suka shopping di Lazada.

b) Tiga produk pilihan utama dari Lazada Malaysia (Produk Kegemaran)

Pilihan 1 - Wireless Bluetooth Headphone
Wireless Bluetooth Headphone From Lazada, My Wish, Music, Songs, Lazada Birthday Blogger Contest
Disebabkan aku ni suka mendengar muzik / lagu - lagu, jadi aku memang teringin ingin memiliki Headphone yang best seperti dalam gambar diatas tu, Aku juga suka mendengar lagu / muzik ketika sedang mengadap blog mahupun tengah menaip entry, rasa best je boleh buat dua benda dalam satu masa hehehe.

Pilihan 2 - Sharp 40 Full HD LED TV
Sharp 40 Full HD LED TV, My Wish, New TV, TV Baru, TV From Lazada, Lazada Birthday Blogger Contest,
Aku juga teringin nak memiliki TV baru yang Full HD LED TV tu, sebab TV kat rumah aku sekarang ni memang fesyen / jenis lamanyer, memang takde HD bagai tu, kiranya macam TV biasa yang gemuk tu hehehe, jadi teringinlah juga nak memiliki TV jenis baru tu kan.

Pilihan 3 - 3 Level Cat Cage Wrought Iron
3 Level Cat Cage Wrought Iron From Lazada, Sangkar Kucing Tiga Tingkat, My Wish, My Cat, Lazada Birthday Blogger Contest,
Bagi pencinta kucing seperti aku ni, cat cage memang diperlukan, dekat rumah ni aku ada cat cage tapi agak kecil, jadi untuk keselesaan kucing kesayangan aku tu, mestilah aku nak ada cat cage yang besar pastu ada tiga tingkat pula tu, makin seronoklah kucing - kucing aku bermain - main dalam Cage diorang tu nanti kan.

C) Macam mana nak tingkatkan perkhidmatan Lazada?

Sepanjang saya menggunakan perkhidmatan Lazada, semuanya okey, barang - barang pun sampai pada waktu yang ditetapkan, tapi satu jerla kalau kita nak buat pembayaran secara cash on delivery, tidak begitu banyak pilihan barangan yang ada, hanya barang - barang tertentu saja yang boleh dibeli secara cash on delivery, hal ini mungkin menyukarkan pada mereka yang gemar membeli barang secara COD. Saya harap pihak Lazada boleh memperbanyakkan lagi pilihan barangan yang boleh dibeli secara Cash On Delivery, lebih baik kalau semua barang - barang yang dijual di Lazada boleh dibeli secara COD. Saya juga berharap agar lebih banyak kerjasama yang boleh dilakukan antara pihak Lazada dan juga Blogger.

D) Ucapan Hari Lahir Untuk Lazada Malaysia 
Selamat Ulang Tahun Ke-5 Buat Lazada Malaysia, moga terus suksess, berjaya dan terus menyediakan perkhidmatan beli - belah online yang terbaik di Malaysia ini. Happy 5th Birthday Lazada..
Birthday Wish To Lazada Malaysia, Happy 5th Birthday Lazada, Selamat Ulang Tahun Ke - 5 Lazada,

5 ulasan:

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017