-->

28 Feb 2017

Nabil Interview Artis Hollywood Di Oscars 2017

Nabil Ahmad, Nabil Raja Lawak inteview Artis Hollywood Di Anugerah Akademi Ke 89 (Oscars 2017)
Nabil Interview Artis Hollywood Di Oscars 2017

Pelawak Nabil Ahmad kini berada di Los Angeles sebagai hos karpet merah untuk Anugerah Akademi ke-89 (Oscars). Hasrat Nabil untuk menemubual beberapa bintang ternama Hollywood tercapai selepas menunggu beberapa jam di karpet merah tersebut. Antara selebriti yang berjaya ditemui Nabil antaranya Jackie Chan, Mario Lopez, Nicole Kidman dan Salma HayekNabil yang dihubungi oleh HBO secara langsung menerusi panggilan video berkata misi mendapatkan selebriti untuk ditemubual bukanlah satu perkara yang mudah.



"Suasana di karpet merah sangat meriah dan saya berpeluang untuk melihat sendiri artis antarabangsa lalu dihadapan saya."Memang tak mudah nak menemubual mereka tetapi saya bersyukur kerana berjaya mendapatkan Nicole Kidman dan Salma Hayek."Saya cuba juga untuk dapatkan Emma Stone dan Ryan Gosling namun tidak berjaya."Apa yang saya boleh katakan ini merupakan pengalaman pertama yang hebat dan saya takkan lupakan sampai bila-bila," katanya. Sumber -> Astro Gempak


- Sebelum ini Paknil yang jadi hos karpet merah Oscars tu, kali ni giliran Nabil pula, tahniah Nabil, sampai ke Hollywood gitu. Filem La La Land Lakonan Emma Stone dan Ryan Gosling turut menang banyak anugerah dalam Oscars 2017. Boleh baca Review dan Sinopsis Filem La La Land Disini --> Klik SiNi..

Read More »

27 Feb 2017

Baca Online Novel Meh Sandar Pada Aku

Baca Online Novel Meh Sandar Pada Aku Karya Novelis Aifa Batrisya, Drama Adaptasi Novel, Drama Meh Sandar Pada Aku Lakonan Aliff Aziz dan Mira Filzah
Baca Online Novel Meh Sandar Pada Aku 

Assalammualaikum..
Nampaknya kali ini giliran Novel Meh Sandar Pada Aku Karya Novelis Aifa Batrisya yang akan didramakan, dan akan disiarkan menerusi Slot Dahlia TV3. Aliff Aziz dan Mira Filzah akan menjadi hero dan heroin Drama Meh Sandar Pada Aku ini. Mira Filzah akan melakonkan watak Afnan Tasneem manakala Aliff Aziz akan melakonkan watak Syed Nadzhan. Jadi sambil - sambil tengok drama ini di TV , boleh juga Baca Novel Meh Sandar Pada Aku secara online, caranya cuma klik saja link kat bawah ini ye. Link tersebut credit untuk blog penulis novel ini, Selamat Membaca.


Sinopsis Novel Meh Sandar Pada Aku

Aku perlukan kau, sebagaimana kau perlukan aku. Tapi kenapa kita tak sedar semua itu? Kata orang, tak kenal… maka tak cinta. Tapi kalau dah kenal, asyik nak menyakitkan hati sahaja… buat apa? -Afnan TasneemDia, gadis yang ceria, jujur cuma kadangkala lurus bendul tak bertempat. Kehadirannya di institusi penyelidikan itu hanya sekadar memenuhi syarat kredit yang diperlukan untuk menyempurnakan pengajian peringkat ijazah pertamanya. Sangkanya, praktikal hanya sekadar bekerja sambil menimba pengalaman awal sebelum tempoh alam pekerjaan yang sebenar. Rupa-rupanya tidak. Berdepan dengan spesies lelaki terancam yang macam bagus seperti penyelianya itu membuatkan hatinya sentiasa berasa panas. Buat itu tak kena, buat ini tak kena. 

Mira Filzah sebagai Afnan Tasneem dan Aliff Aziz sebagai Syed Nadzhan Dalam Drama Adaptasi Novel Meh Sandar Pada Aku, Slot Dahlia, TV3.

Langsung tak ada gaya sedang menjalani praktikal. Asyik kena buli, adalah! Lelaki itu cuma pandai bagi arahan, tapi tunjuk ajar memang tak pernah ada. Matanya pula langsung tak beralih dari skrin komputer setiap kali berkata-kata. Macam bagus sangat!

“Kau letak otak kau kat mana ha? Kat lutut?”




“Kenapa Doktor Syed tanya saya macam tu?”
“Sebab kau buat kerja tak guna otak. Tapi guna lutut!”
Dalam marah, dalam herdik… tanpa sedar nama gadis itu sudah mula ada ruang dalam hati dan akal seorang lelaki bernama Syed Nadzhan yang selama ini dunianya kosong untuk kaum perempuan. Kehadiran Adam Naufal, anak didiknya yang selalu menjadi penyelamat gadis itu dengan senyuman dan bicara tenangnya membuatkan hati Syed Nadzhan yang mula terisi, rasa tergugat.

“Aku apa?”
“Tak ada apa-apa, Doktor Syed...”
“Aku tanya sekali lagi. Aku apa?”
“Errr… Doktor Syed kan handsome! Tentulah Doktor Syed tak suka perempuan macam saya yang biasa-biasa ni. Betul tak?” Tapi rasa itu terhenti apabila mereka akhirnya ditakdirkan untuk duduk serumah. Apakah pengakhiran kisah Afnan Tasneem? Berjayakah dia mengharungi tempoh praktikal di bawah seliaan lelaki itu dengan jayanya? Apakah hubungan sebenar di antara mereka berdua hingga memungkinkan mereka duduk bersama?

Read More »

26 Feb 2017

Review Filem Room & Dont Breathe (English Movie)

English Movie Room (2015) & Dont Breathe (2016)
Review Filem Room & Dont Breathe (English Movie)

Baru - Baru ini, aku ada menonton filem Room dan Dont Breathe, filem Room release tahun 2015 manakala Dont Breathe release tahun 2016. Aku tertarik nak tengok filem Room ini sebab filem ini menang banyak anugerah manakala filem Breathe pula bergenre seram / thriller dan mendapat banyak respon positif dari penonton. Jadi aku nak share serba sedikit pendapat dan review aku tentang kedua - dua filem ini. 

Filem Room (2015)

Filem Room ini dilakonkan oleh Brie Larson, Jacob Tremblay, Joan Allen, William H. Marcy, Sean Bridgers dan ramai lagi. Ianya mengisahkan tentang seorang wanita bernama Joy yang dikurung selama 7 tahun di dalam sebuah bilik kecil. Joy juga mempunyai seorang anak lelaki yang bernama Jack yang berusia 5 tahun yang dilahirkannya ketika berada dalam kurungan. Awalnya aku ingat Jack itu budak perempuan sebab nampak lembut dan berambut panjang hahaha, kemudian baru aku tahu yang sebenarnya Jack tu budak lelaki. Jalan cerita filem Room ini berjalan dengan amat perlahan sekali, terutamanya di babak permulaan. Sampai mengantuk aku, bila tonton filem ini masa awal - awal tu. Walaubagaimanapun, memang rasa geram betul tengok lelaki jahat yang bernama Nick tu, yang merupakan orang yang bertanggungjawab mengurung Joy dan Jack. Jalan cerita mula jadi menarik apabila Joy mula mencari jalan untuk membebaskan dirinya dengan Jack, dia mula mengajar Jack untuk berpura - pura mati supaya dapat keluar dari bilik tersebut, seterusnya meminta pertolongan.
Filem Room Menang Banyak Anugerah Lakonan Brie Larson dan Jacob Tremblay sebagai watak Ibu dan Anak
Walaupun pada awalnya Jack tidak begitu faham dan tidak suka dengan gelagat ibunya yang memaksa dirinya untuk berpura - pura mati, tapi akhirnya dia ikutkan saja arahan ibunya itu. Boleh tahan bijak jugalah Jack ini, sebab dia ingat dan lakukan segalanya seperti yang dirancangkan oleh ibunya. Agak suspen jugalah masa Jack dah ditangkap oleh Nick itu, namun dilepaskan kembali disebabkan ada orang yang curiga tentang Nick, ini ditambah lagi dengan Jack yang menjerit meminta tolong tu. Kemudian Jalan cerita filem ini memfokuskan pula kehidupan Joy dan Jack selepas kembali ke pangkuan keluarganya. Ingatkan Joy dan Jack akan bahagia lepas keluar dari situ tetapi ada konflik baru pula. Joy mendapati ayah dan ibunya dah becerai dan ibunya pula ada boyfriend baru manakala Jack pula menghadapi kesukaran nak menyesuaikan diri dengan dunia luar. Walaupun boring di permulaan cerita ianya mula menarik di pertengahan cerita, boleh tahan jugalah filem Room ini dan aku bagi 7 Bintang dari 10 Bintang,
Filem Seram / Thriller Dont Breathe Lakonan Jane Levy, Stephen Lang, Dylan Minnette, best horror movie.
Filem Dont Breathe (2016)

Filem Don Breathe pula dilakonkan oleh Jane Levy, Stephen Lang, Dylan Minnette, Daniel Zovatto dan ramai lagi. Mengisahkan 3 orang remaja iaitu Rocky, Alex dan Money yang cuba pecah masuk sebuah rumah yang didiami oleh seorang bekas Tentera yang buta. Siapa sangka benda yang mereka rasakan paling mudah akan menjadi sukar buat mereka, Lelaki buta tersebut bukan sembarangan orang, dia mempunyai kemahiran dan juga kuat dan mereka kini tidak dapat keluar dari rumah lelaki buta itu dengan mudah. Jalan cerita filem ini memang best, awalnya agak menyampah juga dengan sikap Money dan Rocky yang hendak sangat duit lelaki buta itu hingga membahayakan nyawa sendiri. Manakala Alex pula dah dapat menyelamatkan diri dari awal lagi tapi dia boleh pula berpatah balik dan masuk ke rumah tersebut semula. Walaupun filem Dont Breathe ini filem seram, tapi tiada hantu dalam filem ini sebab watak - watak dalam filem ini semuanya manusia. Filem ini juga mnarik kerana ada banyak adegan suspen dan twist yang tidak disangka penonton. 
Filem Seram, Horror Movie, Sinopsis Dont Breathe, Mengisahkan Rocky Alex and Money yang pecah masuk sebuah rumah yang didiami oleh seorang lelaki buta
Di penghujung cerita, Rocky dah dapat keluar dari rumah tersebut namun dikejar oleh seekor anjing ganas yang dibela oleh lelaki buta itu. Dia sepatutnya sudah dapat melepaskan dirinya namun disebabkan dia keluar dari kereta untuk mengambil beg yang berisi wang rompakan itu yang sebelum ini tercampak keluar dari kereta menyebabkan Rocky ditangkap semula oleh lelaki buta itu. Memang suspen, aku memang rekomen korang semua untuk tengok Movie Dont Breathe ini, ending filem Dont Breathe ini juga best. Kalau diorang buat sequel untuk filem ini lagilah best kan. Apa pun aku bagi 8.6 Bintang dari 10 bintang untuk Movie Dont Breathe ini.
Read More »

25 Feb 2017

Jep Sepahtu & Sari Yanti Selamat Bernikah

Jep Sepahtu dan Sari Yanti Sah Bergelar Suami Isteri Dengan Sekali Lafaz
Jep Sepahtu dan Sari Yanti Sah Bergelar Suami Isteri

Assalammualaikum..
Masa tengok Facebook sebentar tadi baru dapat tahu yang Jep Sepahtu dan Sari Yanti dah selamat bernikah. Tak sangka pula, sebab perkahwinan mereka berdua ini tidak dihebohkan tup tup sudah bernikah. Apapun tahniah buat Jep dan juga Sari Yanti, akhirnya kahwin juga Jep dengan pilihan hatinya yang sememangnya cantik dan comel iaitu Sari Yanti. Jep dan Sari Yanti selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz beserta mas kahwin bernilai RM 1000 bersama tujuh dulang hantaran berbalas 9. 
Majlis Akad Nikah Jep dan Sari Yanti #JepSari
Mohd Nadzri Bin Zainal Abidin atau popular dengan gelaran Jep Sepahtu kini sah bergelar suami kepada Sari Yanti Mohamad Nazari pada jam 11.50 pagi di majlis pernikahan mereka yang diadakan di  Mercu Mustapha Kamal, Petaling Jaya dan majlis akad nikah ini disempurnakan oleh jurunikah iaitu Ustaz Nazmi. Ramai sanak saudara dari kedua belah pihak serta rakan-rakan artis kedua pengantin seperti Nazim Othman, Indan Ladyana, Mark Adam, Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah, Dato' Hattan, Alif Satar dan ramai lagi turut hadir memeriahkan lagi suasana perkahwinan mereka.
Pernikahan Sari Yanti dengan Jep Sepahtu
Manakala, pengapit Jep pula terdiri daripada Tauke Jambu, Mark Adam, Rahim Sepahtu, Pak Ya, Shuib, Ropi Cecupak dan juga Ebby Yus.  Manakala, Elfira Loy pula turut mengiringi Sari Yanti sebagai pengapit bagi pengantin perempuan. 
Jep Sepahtu dan Sari Yanti Selamat Diijabkabulkan pada 25 Feb, Jep dan Sari Yanti Selamat Bernikah
Gambar - gambar Majlis Pernikahan Jep Sepahtu dan Sari Yanti ini credit to FB Sinar FM.
Read More »

24 Feb 2017

Legend Of The Blue Sea - Korean Drama Review

Review Drama Korea - Legend Of The Blue Sea Lakonan Lee Min Ho dan Jun Ji Hyun (Gianna Jun)
Review Drama Korea - Legend Of The Blue Sea

Assalammualaikum..
Rasanya ramai yang dah tengok Drama Korea Legend Of The Blue Sea yang baru saja habis disiarkan pada 25 Januari yang lalu. Drama 20 episod ini dilakonkan oleh Jun Ji Hyun, Lee Min Ho, Lee Hee Joon, Shin Won Ho, Sung Dong Il, Shin Hye Sun, Lee Ji Hoon,Na Young Hee, Moon Soo Ri, Hwang Shin Hye dan ramai lagi. Drama ini disiarkan bagi menggantikan Drama Jealousy Incarnate yang telah tamat episodnya dan akan digantikan pula dengan Drama Saimdang, Light's Diary. Pengarah drama ini pernah mengarah drama - drama popular yang lain seperti City Hunter, The Master's Sun, Doctor Stranger dan banyak lagi manakala penulis skrip drama ini pula pernah menulis skrip drama - drama hebat seperti My Love From The Star, The Producer dan lain - lain lagi. Selain itu, terdapat banyak artis / pelakon yang buat special appearance dalam drama ini seperti Krystal, Jin Young (Got 7), Cha Tae Hyun, Jo Jung Suk dan Kim Seul Gi. Memang excited juga bila dapat tahu Lee Min Ho dan Jun Ji Hyun yang jadi hero dan heroin drama ini malah pengarah dan penulis skrip drama ini juga sudah pernah bekerjasama dengan mereka dalam drama lakonan mereka yang terdahulu. Gandingan Lee Min Hoo dan Jun Ji Hyun juga nampak serasi dan comel, scene - scene lawak dalam drama ini memang terbaik sebab memang kelakar dan mencuit hati.
Lee Min Ho dan Jun Ji Hyun hero dan heroin drama korea legend of the blue sea
Pelakon Lee Ji Hoon yang membawakan watak Heo Chi Hyun iaitu adik tiri Heo Joon Jae yang dilakonkan oleh Lee Min Ho itu sangat familiar bagi aku. Fikir punya fikir baru teringat yang dia turut berlakon dalam Drama Mirror Of The Witch dan melakonkan watak Raja yang jahat dalam drama tersebut. Aku suka dengan jalan cerita drama ini sebab unik pastu siap ada flashback zaman dulu - dulu diikuti dengan zaman moden. Kebanyakan pelakon dalam drama ini juga memegang dua watak iaitu satu watak pada zaman dahulu dan juga watak pada zaman moden, kiranya macam konsep kelahiran semulalah kan. Nampak mencabar jugalah watak Jun Ji Hyun ini terutamanya bila dia menjadi Ikan Duyung itu, Selain itu scene - scene kelakar untuk watak Sim Chung ini juga memang sentiasa best. Banyak juga scene - scene suspen dalam drama ini, Memang puas hati tengok scene ketika mak tiri Heo Joon Jae iaitu Kang Soo Hee tu kantoi dan kena tangkap dengan polis. Awalnya aku kesian juga dengan Heo Chi Hyun itu, sebab dia nampak macam baik juga sebelum akhirnya berubah sikap dan memilih untuk melindungi ibunya yang jahat itu. Bapa Heo Joon Jae tu pun satu hal, lebih percayakan isterinya yang jahat itu daripada anak sendiri.
Kisah Duyung bercinta dengan manusia, the legend of the blue sea lakonan lee min ho dan jun ji hyun
Tak silap aku, Heo Joon Jae ini mempunyai kemahiran untuk mempengaruhi psikologi orang lain, dalam erti kata lain mempunyai kemahiran untuk pukau orang lain dengan hanya menggunakan pemetik api dia tu. Tapi kenapa dia tak gunakan kemahiran dia itu pada mak dan adik tirinya itu, jadi tak timbullah masalah kan. Selain itu aku juga suka tengok gelagat Cha Si Ah yang terlebih perasan kononnya Tae Oh suka padanya, tapi mujurlah di hujung - hujung episod Tae Oh benar - benar suka pada dia. Aku juga sukakan twist untuk watak Jo Nam Doo itu, awalnya aku ingatkan Jo Nam Doo ini juga jahat, kononnya ibarat musuh dalam selimut yang pentingkan duit semata - mata berbanding persahabatannya dengan Sim Chung dan Heo Joon Jae. Reaksinya ketika dia tahu yang Sim Chung sebenarnya Duyung itu juga memang menakutkan sebab nampak betul dia nak jual Sim Chung tu. Tapi nasiblah ada twist yang mana Jo Nam Doo tak sejahat yang disangka, walaupun dia ini mata duitan tapi dirinya masih mempunyai prinsip yang dipegangnya selama ini. Jo Nam Do ini memainkan peranan besar yang membolehkan Kang Soo He, Heo Chi Hyun dan Ma Dae Hyung ditangkap polis.
Jun Ji Hyun & Lee Min Hoo As Sim Chung and Heo Joon Jae in korean drama Legend Of The Blue Sea
Lagu tema / OST Legend Of The Blue Sea ini boleh tahan juga, manakala ending drama ini mestilah happy ending. Segala persoalan, masalah dan konflik semuanya sudah berakhir di episod 19. Manakala untuk episod 20, jalan cerita lebih fokus kepada kisah cinta Heo Joon Jae dan Sim Chung serta adakah mereka akan dapat bersama kerana Sim Chung terpaksa pulang ke tempat asalnya untuk mengubati dirinya yang lemah dan sakit. Tapi aku tidak begitu setuju dengan tindakan Sim Chung yang memadam semua ingatan dan memori tentang dirinya dari semua yang rapat dengannya termasuk Heo Joon Jae. Ini bermakna kesemua mereka akan lupa dan tak ingat lagi tentang dirinya. Walaubagaimanapun, nasib baik Heo Joon Jae sedaya upaya untuk terus mengingati Sim Chung denagn menulis kisah mereka di dalam diari. Sekiranya dia terlupa, dia akan cepat - cepat membaca diari tersebut. Dengan cara ini Heo Joon Jae akan terus mengingati dan mencintai Sim Chung. Tak silap aku, lepas 3 tahun Sim Chung kembali semula dan pergi mencari Heo Joon Jae. Sempat jugalah Heo Joon Jae berpura - pura lupa pada Sim Chung ini sebelum akhirnya mereka reunion semula. Aku memang enjoy layan drama ini, apa pun aku bagi 8 Bintang dari 10 Bintang untuk Drama The Legend Of The Blue Sea.
Read More »

23 Feb 2017

Keistimewaan Duit Syiling 50 Sen

Keistimewaan dan Memori Duit Syiling 50 Sen Masa Belajar Di Universiti Malaya dulu (UM)
Keistimewaan dan Memori Duit Syiling 50 Sen

Assalammualaikum..
Siapa kat sini gemar mengumpul wang lama / duit syiling lama? sekarang jarang juga nak jumpa duit syiling 50 sen yang jenis besar tu, kebanyakannya duit syiling 50 sen sekarang berbentuk kecil seperti syiling 20 sen je. Masa sekolah dulu, pernah juga cuba kumpul duit syiling lama - lama mengikut tahun tapi hobi tersebut sekejap sajalah hehe lepas itu semua duit yang aku kumpul tu aku gunalah plak hehe. Rasanya aku pernah jumpa duit syiling 50 sen yang bercirikan seperti di dalam gambar di atas itu, apa pun teringat juga kenangan dan memori masa belajar dulu di UM, Aku memang rajin kumpul syiling 50 sen banyak - banyak untuk aku guna masa nak basuh baju guna mesin basuh. Mesin basuh itu cuma terima duit syiling 50 sen saja, maka terpaksalah kumpul 50 sen hingga cukup RM3, lepas itu baru guna mesin tersebut. Maklumlah masa belajar dulu, sibuk, letih dan sampai tiada masa nak basuh baju yang berlambak tu, maka terpaksa guna mesin basuh. Tapi kadang - kadang mesin basuh itu pun buat hal juga, sebab bila dah masukkan duit semua, boleh pula dia tak nak berfungsi, tak ke satu hal nak angkut baju naik ke atas semula dan basuh pakai tangan je hehe. Setiap kali mesin basuh tu buat hal, memang stresslah jawabnya hehe.
Read More »

22 Feb 2017

Romantic Doctor, Teacher Kim - Korean Drama Review

Review Drama Korea Romantic Doctor Teacher Kim By Miss Banu
Review Drama Korea - Romantic Doctor Teacher Kim

Assalammualaikum..
Tibalah giliran Drama Korea yang bertajuk Romantic Doctor Teacher Kim untuk direviewkan, drama ini mula disiarkan pada 7 November 2016 dan berakhir pada 17 Januari 2017 dan mempunyai 20 episod kesemuanya serta mempunyai 1 special episode dan menjadikannya 21 episod. Drama ini dilakonkan oleh Han Suk Kyu, Yoo Yeon Seok, Seo Hyun Jin, Jin Kyung, Lim Won Hee, Choi Jin Ho, Yang Se Jong, Jang Hyuk Jin, Byeon Woo Min, Joo Hyun dan ramai lagi. Selain itu, drama ini disiarkan untuk menggantikan Drama Moon Lovers : Scarlet Heart Ryeo dan kemudiannya akan digantikan dengan drama Innocent Defendant lakonan Ji Sung. Pengarah drama ini pernah mengarah drama - drama popular seperti Incarnation Of Money, You're All Surrounded, Mrs Cop dan banyak lagi manakala penulis skrip drama ini pernah menulis skrip drama - drama best seperti Hotelier, King Of Baking Kim Tak Goo, Glory Jane, Gu Family Book, What Happens To My Family dan banyak lagi. Pelakon utama Drama Romantic Doctor Teacher Kim iaitu Han Suk Kyu dan Yoo Yeon Seok sudah pernah bergandingan sekali dalam Filem The Royal Tailor. Kemudian mereka reunion pula dalam drama ini. Bagi heroin drama ini pula, yang sebelum ini sukses dengan drama Another Oh Hae Young, iaitu Seo Hyun Jin turut melakonkan watak sebagai doktor dalam drama ini.
Pelakon Utama dalam Korean Drama Romantic Doctor Teacher Kim, Han Suk Kyu, Yoo Yeon Seok, Seo Hyun Jin, Jin Kyung, Lim Won Hee, Choi Jin Ho, Yang Se Jong.
Pelakon Kim Hye Soo turut membuat kemunculan khas untuk episod 21 drama ini, dia menjadi Ex Girlfriend Master Kim yang datang mencari master Kim untuk meminta pertolongan. Kalau korang masih ingat, Kim Hye Soo ini adalah heroin untuk Drama Signal. Aku sebenarnya tidak suka dengan drama - drama yang bergenre medical ataupun perubatan, mahupun doktor. Disebabkan drama ini mendapat rating yang tinggi serta ramai yang memuji drama ini maka aku pun cuba jugalah layan drama ini. Ternyata drama ini juga seronok untuk ditonton walaupun berkisarkan tentang doktor tapi banyak pengajaran yang terselit dalam drama ini, sebab itulah drama ini ditambah satu episod lagi kerana menjadi kesukaan penonton. Last drama yang bergenrekan medical yang aku tengok adalah drama Good Doctor lakonan Joo Won itu, selepas drama itu, aku memang dah tak tengok drama - drama yang bergenrekan sebegini sampailah aku jumpa drama ini baru aku tengok semula. Selain berkisarkan tentang kisah doktor dan pesakit, drama ini turut menyelitkan scene - scene percintaan antara Doktor Kang Dong Joo yang dilakonkan oleh Yoo Yeon Seok dan Doktor Yoon Seo Jung yang dilakonkan oleh Seo Hyun Jin. Selain scene - scene serius dan suspen yang banyak berlaku dalam drama ini, scene - scene lawak pun turut ada dalam drama ini.
Yoo Yeon Seok sebagai watak Kang Dong Joo dan Seo Hyun Jin sebagai watak Yoon Seo Jung dalam Drama Korea Romantic Doctor Teacher Kim
Antaranya yang aku ingat apabila Kang Dong Joo dan Yoon Seo Jung cuba menyembunyikan percintaan mereka dari diketahui oleh doktor dan staf hospital yang lain. Satu lagi scene kelakar bila Yoon Seo Jung excited nak tahu tentang gosip cinta antara sorang lagi doktor perempuan dengan doktor Do In Bum, tapi last - last dia dapat tahu yang doktor perempuan tu sebenarnya sukakan boyfriend Yoon Seo Jung iaitu Kang Dong Joo hehe, terkejut sekejap Yoon Seo Jung tu, sebab tak menyangka yang Boyfriendnya itu ada peminat pula. Scene - scene suspen memang banyaklah dalam drama ini antaranya ketika Doktor Kang Dong Joo sedang bertugas dan dia telah suspek yang pesakitnya menghidap sejenis penyakit yang virusnya boleh merebak kepada orang lain dengan mudah. Kemudian berlakulah kekecohan dalam Hospital Doldam itu kerana sebahagian besar hospital, doktor, pesakit dan nurse terpaksa di kuarantin. Manakala doktor lain tak dapat nak membantu kerana takut dan juga tidak mempunyai pakaian khas. Seterusnya adalah ketika Master Kim dan pasukan pilihannya tengah membedah CEO Shin di hospital tersebut, pelbagai tekanan yang terpaksa dihadapi oleh Master Kim angkara Do Yoon Wan yang sentiasa mencari peluang untuk mengenakan dan memalukan Master Kim. 
Pelakon - Pelakon yang memegang watak Doktor dalam Drama Korea Romantic Doctor Teacher Kim
Dalam drama ini juga, korang akan berjumpa dengan beberapa watak yang sangat annoying contohnya seperti Doo Yoon Wan yang merupakan ayah kepada Do In Bum dan juga ayah angkat pada Yoon Seo Jung. Kiranya Doo Yoon Wan ni memang jahat orangnya, dia pernah memfitnah Master Kim sehingga Master Kim terpaksa berhenti berkhidmat sebagai doktor di sebuah hospital. Bila dia dapat tahu Master Kim berkhidmat di Doldam Hospital, dia letakkan spy yang terpilih untuk memantau aktiviti Master Kim dan juga kakitangan lain di hospital Doldam. Malah anaknya Do In Bum turut dijadikan spy sehingga membuatkan Do In Bum tersepit di tengah - tengah. Memang menjadilah watak Doo Yoon Wan yang dilakonkan oleh Choi Jin Ho ini sebab penonton akan rasa menyampah betul dengan wataknya itu. Kalau korang perasan Choi Jin Ho ini juga turut berlakon dalam drama Oh My Venus dan wataknya dalam drama tersebut memang baik dan kelakar. Kiranya dia ni pelakon serba bolehlah kan, sebab boleh bawa pelbagai watak. Watak annoying yang seterusnya adalah Song Hyun Chul, dia ini dikategorikan sebagai seorang doktor yang berpangkat besar yang gemar mengampu dan membodek orang atasannya seperti Doo Yoo Wan.
Best Scene In Korean Drama Romantic Doctor Teacher Kim Lakonan Han Suk Kyu, Seo Hyun Jin, Yoo Yeon Seok,
Do In Bum dan Kang Dong Joo juga sangat annoying pada awalnya, malah mereka berdua juga turut membenci antara satu sama lain dan pernah bergaduh serta bertumbuk akibat tidak puas hati antara satu sama lain. Do In Bum juga menghadapi kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran,  doktor dan staf lain di hospital Doldam itu. Manakala Kang Dong Joo pula tidak suka untuk berkhidmat di hospital itu kerana hospital itu kecil dan terpencil, malah dirinya juga tak sabar - sabar untuk keluar dari hospital tersebut sehinggalah dia mengetahui perkara sebenar tentang Master Kim yang menjadi penyebab dirinya menjadi seorang doktor. Apabila dia mula mengenali dan menyaksikan kehebatan Master Kim ketika melakukan pembedahan, dirinya mula kagum dan berazam untuk menjadi seperti Master Kim. Walaubagaimanapun Doktor Do In Bum dan Kang Dong Joo akan berubah sikap dan menjadi doktor yang terbaik di hospital tersebut. Malah hubungan persahabatan diorang juga makin baik dan sentiasa bertolak ansur antara satu sama lain. Ending drama ini mestilah happy ending dan tak sangka juga di episod 21 pun masih ada konflik yang berlaku dalam drama ini antara adalah ketika beberapa doktor rasa cuak dan takut untuk membuat pembedahan ke atas pesakit yang menghidap AIDS. 

Ketika penggambaran di hospital, pelakon Yoo Yeon Seok (Kang Dong Joo) terserempak dengan pelakon Lee Dong Wook dan beberapa pelakon lain dan krew untuk drama Goblin yang juga turut membuat pengambaran di hospital yang sama hehe. Lagu tema / OST drama ini biasa - biasa saja dan secara keseluruhannya Drama Romantic Doctor Teacher Kim memang best untuk ditonton dan aku bagi 7.8 Bintang dari 10 Bintang untuk drama ini. 
Read More »

20 Feb 2017

Review & Sinopsis La La Land (English Movie)

Filem La La Land (2017) Lakonan Ryan Gosling & Emma Stone
Sinopsis Filem La La Land Lakonan Emma Stone & Ryan Gosling

Assalammualaikum..
Baru lagi tengok Filem La La Land ini yang dilakonkan oleh Ryan Gosling, Emma Stone, John Legend dan ramai lagi. Di USA filem ini release pada bulan Disember manakala di Malaysia pula ianya release pada bulan Januari. Aku tertarik nak tengok filem La La Land ini disebabkan filem ini menang banyak anugerah serta mendapat banyak pujian dari penonton yang menontonnya.Aku juga suka dengan lakonan hero dan heroin filem ini iaitu Emma Stone dan Ryan Gosling, tak silap aku, ini merupakan filem ketiga mereka bergandingan sekali. Jalan cerita filem La La Land ini simple dan nice ini ditambah lagi dengan muzik, lagu -lagu serta babak menari yang best serta sinematografinya yang indah. Walaubagaimanapun filem bergenre sebegini mungkin bukan favorite aku, tambahan lagi latar masanya bukan pada zaman moden ini tapi mungkin tahun 70 an, 80 an, aku tak pasti pula tahun berapa tapi berjaya jugalah buat aku mengantuk sekejap hehehe. Sorry kalau aku tersalah bagi fakta tentang tahun tu, sebab kadang kala aku tak begitu fokus semasa menonton filem ini. Tapi aku suka ending filem La La Land ini sebab ianya realistik, pengajarannya bagi aku, tak semua yang kita nak akan tercapai, dalam mengejar sesuatu yang kita inginkan akan ada yang perlu dikorbankan untuk mencapai sesuatu impian itu.
Box Office Film La La Land, Ryan Gosling and Emma Stone Hero and heroin La La land
Watak Mia dan Sebastian berjaya dalam karier masing - masing namun tak dapat nak menyelamatkan cinta mereka. Memang ada banyak lagu dalam Movie La La Land ini, dan ada beberapa lagu yang aku suka, tapi aku tak ingat pula tajuk lagunya. Apapun jom lihat sinopsis filem ini di bawah ya.

Sinopsis Filem La La Land

Mengisahkan Mia yang bercita - cita ingin menjadi seorang pelakon terkenal tapi sentiasa gagal dalam uji bakat yang dihadirinya manakala Sebastian pula adalah seorang pemain piano jazz yang tidak mempunyai kerja tetap. Mereka bertemu beberapa kali, bermula di atas jalan raya, di sebuah restoran dan juga di sebuah parti. Selepas parti berkenaan Mia dan Sebastian mula rapat dan mula berkongsi cerita mengenai impian masing - masing, mereka kemudiannya bercinta. Suatu hari rakan Sebastian iaitu Keith telah mengajak Sebastian untuk menjadi pemain keyboard dalam kumpulan muzik mereka. Namun pada awalnya Sebastian kurang berminat tapi selepas mendengar perbualan Mia dan ibunya di telefon, Sebastian bersetuju untuk menyertai kumpulan tersebut dan dirinya mulai sibuk dengan rakaman album serta siri jelajah konsert, photoshoot dan sebagainya. Selepas konsert pertama kumpulan itu, Mia dan Sebastian bergaduh. Hal ini diburukkan lagi apabila Sebastian gagal menghadirkan diri untuk menyaksikan persembahan solo Mia kerana terlibat dengan sesi fotografi, Mia berasa sangat kecewa dengan sambutan penonton yang kurang menggalakkan serta komen - komen negatif yang dilemparkan padanya membuatkan Mia berputus asa dan ingin pulang ke rumah ibu bapanya.
Hero and Heroin of La La Land Movie, musical film, sweet, best ending,
Suatu hari Sebastian menerima satu panggilan telefon dari casting director yang menginginkan Mia datang untuk ujibakat Filem. Sebastian kemudiannya pergi berjumpa Mia dan memujuknya untuk pergi ujibakat tersebut dan akhirnya Mia mengikut kata Sebastian dan pergi ke ujibakat berkenaan. 5 tahun kemudian, Mia berjaya menjadi pelakon terkenal dan telah berkahwin dengan lelaki lain dan mempunyai seorang anak perempuan, Mia hidup bahagia. Suatu hari Mia dan suaminya telah pergi ke Bar Jazz, walaubagaimanapun Mia tidak tahu yang Bar tersebut dimiliki oleh Sebastian. Mia akhirnya menyedari yang Sebastian juga telah mencapai impiannya. Sebastian kemudiannya menyedari kehadiran Mia dan nampak sedikit terganggu, akhirnya Sebastian memainkan lagu tema cinta mereka menerusi pianonya dan kedua - dua mereka mula berangan, tentang apa yang akan terjadi jika kisah cinta mereka berdua berjaya. Filem ini berakhir dengan Mia dan suaminya memutuskan untuk pulang dan ketika berjalan keluar Mia sempat menoleh untuk melihat Sebastian buat kali terakhir, Mia dan Sebastian kemudiannya saling berbalas senyuman.
Read More »

19 Feb 2017

Review Filem Bollywood - Wazir

Bollywood Movie Wazir Lakonan Amitabh Bachchan, Farhan Akhtar, Aditi Rao Hydari
Review Bollywood Movie - Wazir

Sudah lama aku nak buat Review Filem Wazir ini, baru sekarang sempat nak buat Review filem ini, Filem Wazir ini bergenre crime thriller, release pada 8 Januari 2016 dan Box Office di India. Dilakonkan oleh Amitabh Bachchan, Farhan Akhtar, Aditi Rao Hydari, Manav Kaul dan ramai lagi. Manakala John Abraham serta Neil Nitin Mukesh menjadi cameo dalam filem ini dan diarahkan oleh Bejoy Nambiar dan diterbitkan oleh Vidhu Vinod Chopra. Hero filem ini iaitu Farhan Akhtar juga merupakan seorang produser, penyanyi dan pengarah filem. Aku suka jalan cerita filem Wazir ini, sebab ianya sangat unit dan terdapat plot twist di penghujung cerita manakala endingnya juga menarik kerana tidak dapat dijangka oleh penonton. Permainan Chess menjadi latar belakang filem ini kerana setiap pergerakan watak dan jalan cerita dikaitkan dengan permainan Chess membuatkan filem ini sangat unik. Mengikut trivia yang aku baca, sepatutnya Filem ini hendak dijadikan Filem Hollywood dan dilakonkan oleh pelakon - pelakon Hollywood juga, namun atas sebab - sebab tertentu produser filem ini terpaksa menukar dari Hollywood ke Bollywood. 

Pelakon utama filem Wazir ini iaitu Amitabh Bachchan dan Farhan Akhtar telah pernah berkerjasama sebelum ini, dimana Amitabh Bachan pernah berlakon dalam filem Lakshya (2004) yang diarahkan oleh Farhan Akhtar sendiri. Watak Amitabh Bachchan juga mencabar dalam filem ini apabila dia melakonkan watak sebagai seorang guru permainan Chess yang cacat kerana kehilangan kedua - dua kakinya akibat kemalangan. Manakala Farhan Akhtar pula terpaksa melakukan latihan berat dan menambah berat badannya untuk melakonkan watak sebagai Daanish Ali yang merupakan seorang Pegawai Skuad Anti Pengganas. Manakala Heroin filem ini iaitu Aditi Rao Hydari dipilih setelah penerbit filem ini melihat tariannya di suatu majlis, tambahan lagi Aditi Rao Hydari ini memang seorang penari pun dan aku juga suka tengok Aditi Rao ini berlakon, lagipun dia ni memang cantik orangnya. Apa pun jom lihat sinopsis filem Wazir ini dibawah ye.
Amitabh Bachchan as a Pandit and Farhan Akhtar as a Daanish Ali in Bollywood Movie 2016 - Wazir
Sinopsis Filem Bollywood - Wazir

Mengisahkan kehidupan Daanish Ali dan Ruhana yang bahagia bersama anak perempuan mereka Noorie. Suatu hari, ketika sedang memandu, Daanish telah ternampak 2 orang pengganas yang dikehendaki lalu mengekori pengganas tersebut, Kemudian berlaku adegan tembak - menembak antara mereka dan mengakibatkan anak perempuan Daanish terbunuh. Isteri Daanish iaitu Ruhana menyalahkan Daanish atas kematian anak mereka lalu meninggalkan Daanish seorang diri. Daanish yang berasa sangat bersalah hampir - hampir hendak membunuh diri ketika melawat kubur Noorie, namun Daanish diganggu oleh bunyi hon sebuah van yang misteri. Kemudian Daanish terjumpa dengan wallet seorang lelaki yang dipercayai pemandu van misteri itu lalu Daanish memutuskan untuk pergi ke rumah lelaki berkenaan untuk memulangkan walletnya yang tercicir itu. Di situ dia bertemu dengan Pandit Omkar Nath Dar yang merupakan Pakar dan Guru permainan Chess yang cacat, berkerusi roda yang mendakwa dirinya juga adalah Guru Chess kepada anak Daanish yang telah mati itu, iaitu Noorie.

Pandit kemudiannya mula mengajar Daanish tentang permainan chess dan mula bercerita tentang anak perempuannya Nina, yang telah mati, yang juga merupakan seorang Guru Chess dan pernah mengajar permainan Chess pada Ruhi, yang merupakan anak Menteri Kebajikan iaitu Yazaad Qureshi. Kematian Nina penuh misteri apabila dikatakan dirinya jatuh tangga lalu mati di rumah Menteri tersebut. Pandit merasakan kematian Nina sememangnya disengajakan dan dirinya yakin bahawa anaknya Nina dibunuh oleh Menteri Yazaad Qureshi. Setelah mendengar cerita Pandit itu, Daanish mula menyiasat lebih dalam tentang kematian Nina dan juga perkaitannya dengan Yazaad Qureshi. Kemudian Pandit telah diserang dengan teruk oleh seorang pembunuh upahan yang bernama Wazir yang dihantar oleh Yazaad Qureshi untuk memberi amaran pada Pandit dan Daanish agar menghentikan segala penyiasatan berhubung kes Nina. Pandit kemudiannya ke Kashmir untuk mengekori Yazaad Qureshi manakala Wazir pula telah menelefon Daanish, mengugut untuk membunuh Pandit. Daanish kemudiannya mengejar Pandit namun Pandit akhirnya terbunuh apabila kereta Pandit diletupkan oleh Wazir.
Review Filem Bollywood Wazir By Miss Banu
Daanish kini telah kehilangan seorang kawan baik dan dia berasa amat marah pada Wazir dan Yazaad Qureshi dan ingin membalas dendam pada mereka. Daanish juga terhutang budi pada Pandit kerana telah menasihati dan menyedarkan isteri Daanish iaitu Ruhana supaya berbaik semula dengan Daanish. Setelah dendam terlaksana, Daanish mula menyedari tentang hal sebenar setelah menyaksikan satu pementasan teater yang diarahkan oleh Pandit. Di sinilah berlakunya sesuatu yang tak dijangka oleh penonton dan Daanish akhirnya mengetahui segala kebenaran yang terlindung selama ini. Begitulah sinopsis filem Wazir ini, rasa seronok juga bile tengok filem yang bergenre begini, Lagu Tema OST Wazir biasa - biasa saja, Jadi secara keseluruhannya, filem Wazir memang seronok ditonton, walaupun endingnya memang sesuatu sikit hehehe, apa pun aku bagi 7.6 Bintang dari 10 Bintang untuk filem Wazir ini.
Read More »

18 Feb 2017

10 Filem Melayu Yang Berdasarkan Kisah Benar

gambar Senarai 10 Filem Melayu Berdasarkan Kisah Benar By Miss BaNu
10 Filem Melayu Yang Berdasarkan Kisah Benar

Assalammualaikum..
Hari itu tertengok rancangan Carta 10 di Astro Prima yang menceritakan tentang 10 Filem Melayu yang berdasarkan kisah benar. Memang menarik jugalah senarai 10 filem yang masuk carta tu, kesemua filem tersebut memang diilhamkan dari kisah benar mahu pun kisah sejarah dari tahun 1950- an hinggalah tahun 2016. Walaubagaimanapun bila filem diilhamkan dari kisah benar pastilah ada beberapa hal yang ditokok tambah untuk membuatkan filem tersebut jadi lebih menarik. Jadi kalau nak tahu filem apa yang berdasarkan kisah benar tu, korang kena baca sampai habislah ye.
Malay Movie Zaiton Ceritaku 2012 lakonan Nadia Aqilah
10 ➔ Zaiton Ceritaku (2012)
➧ Merupakan filem yang menceritakan tentang kisah hidup, Penyanyi Popular sekitar tahun 1980-an iaitu Zaiton Sameon yang dilakonkan oleh Nadia Aqilah. Pada tahun 1990, Zaiton Sameon menghadapi saat paling sukar dalam hidupnya. Aku memang dah tengok filem ini, memang sedih jalan ceritanya, walaubagaimanapun filem ini gagal di pawagam, aku ada baca satu Review yang best pasal filem Zaiton Ceritaku ni, kalau korang nak baca juga boleh klik sini ➤ Baca Review Filem Zaiton Ceritaku
Maria Menado dalam filem Tun Fatimah 1969, Tun Fatimah kahwin dengan Sultan Mahmud Zaman Melaka
9 ➔ Tun Fatimah (1969)
➧ Filem Tun Fatimah ini filem lama, filem hitam putih gitu yang release tahun 1969. Dilakonkan oleh Maria Menado, Nordin Ahmad, Yusof Latiff, Rose Yatimah, Ahmad Nisfu dan ramai lagi. Aku rasa macam pernah tengok filem ini masa aku kecil, tapi aku tak berapa ingat sangat, lagipun dekat TV banyak filem P. Ramlee yang disiarkan, apa pun aku memang suka filem P.Ramlee okey, tapi sekali sekala elok juga diorang tayangkan filem - filem lama yang diangkat dari kisah benar. Mengisahkan tentang Tun Fatimah yang merupakan anak kepada bendahara Tun Mutahir, dia kemudiannya berkahwin dengan Tun Ali sebelum seluruh ahli keluarganya dibunuh angkara fitnah para pembesar Melaka. Tun Fatimah kemudiannya berkahwin dengan Sultan Mahmud dan beliau dikatakan handal bersilat dan bermain senjata. Kisah selanjutnya korang kenalah tengok filem ini nanti hehe.
Poster Filem Mahsuri 1959 Lakonan Kasma Booty, S Romai Noor, Lagenda Mahsuri Pulau Langkawi, sumpahan mahsuri, 7 keturunan,
8 ➔ Mahsuri (1959)
Filem Mahsuri diterbitkan pada tahun 1959 dan dilakonkan oleh Kasma Booty, S. Romai Noor, Nordin Ahmad dan ramai lagi. Filem ini berdasarkan kepada kisah lagenda Mahsuri di Pulau Langkawi, Kedah. Skrip filem Mahsuri telah ditulis oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj dan telah dibeli oleh Cathay Keris dengan harga RM10,000. Hamzah Hussin menjadi penulis lakon layar filem itu. Filem Mahsuri diarahkan oleh B. N. Rao.
Filem Redha 2016, Anak Autism,
7 ➔ Redha (2016)
➧ Filem Redha ini dilakonkan oleh Namron, June Lojong, Harith Haziq, Izzy Reef, Nadiya Nisaa, Remy Ishak dan ramai lagi. Mengisahkan Alina dan Razlan yang bergelut untuk membesarkan anak lelaki mereka Danial yang mengidap Autism. Selain itu filem Redha ini juga berjaya menang beberapa Anugerah di dalam dan di luar negara.
Filem Sarjan Hassan Lakonan P Ramlee, Saadiah, Jins Shamsuddin, askar melayu lawan tentera jepun,
6 ➔ Sarjan Hassan (1958)
➧ Rasanya ramai yang pernah menonton filem Sarjan Hassan lakonan P. Ramlee, Saadiah, Jins Shamsuddin, Salleh Kamil dan ramai lagi. Walaubagaimanapun sinopsis dan jalan cerita filem Sarjan Hassan mungkin agak berbeza dari kisah sebenar Sarjan Hassan. Mungkin korang boleh baca entry ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang kisah Sarjan Hassan ⏩ Siapa Sarjan Hassan Sebenarnya?
Filem Hang Tuah Lakonan P.Ramlee, kisah hang tuah, hang jebat, hang kasturi, hang lekir, hang lekiu, tun teja, sultan mahmud, melaka, Tuah bunuh Jebat,
5 ➔ Hang Tuah (1956)
➧ Filem Hang Tuah diangkat dari kisah sejarah dan diterbitkan pada tahun 1956 yang mengisahkan tentang Hang Tuah dan saudara - saudaranya yang lain iaitu Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir, Hang Lekiu. Rasanya semua pun pasti pernah menonton filem Hang Tuah ini, P. Ramlee pun nampak muda lagi dalam filem ini hehe. Filem Hang Tuah ini dilakonkan oleh P. Ramlee, Ahmad Mahmud, Saadiah, Nordin Ahmad, S. Shamsuddin, Aziz Sattar, Haji Mahdi, Zaiton dan ramai lagi. Apapun aku suka dengan dialog last sekali dalam filem ini yang berbunyi lebih kurang macam ni "Siapakah yang benar?, Jebatkah benar? atau akukah benar?". Mendalam maksudnya, apapun memang rasa best dan juga sedih tengok filem ini.
Filem Ola Bola, Kegemilangan Sukan Bola Sepak Malaysia Bila Layak Ke Olimpik Moscow 1980
4 ➔ Ola Bola (2016)
➧ Filem Ola Bola diilhamkan dari kisah benar tentang kegemilangan pasukan Bola Sepak Kebangsaan Malaysia sewaktu layak dan berjaya memasuki Sukan Olimpik Moscow 1980. Walaupun pada akhirnya pasukan bola sepak Malaysia tidak dapat menyertainya kerana kerajaan Malaysia telah memboikot Sukan Olimpik Moscow kerana membantah serangan ke atas bumi Afghanistan. Kalau korang nak baca lebih lanjut tentang kisah ini korang boleh ke entry ini ⏩ Cerita Malaysia Ke Olimpik 1980 (Moscow, Rusia). Antara pelakon yang membintangi filem ini terdiri daripada JC Chee, Luqman Hafidz, Bront Palarae, Saran Kumar Manokaran dan ramai lagi.
Rusdi Ramli & Zizan Nin sebagai Tun Razak dan Tun Dr Ismail Dalam Filem Tanda Putera semasa dan selepas peristiwa 13 Mei 1969
3 ➔ Tanda Putera (2013)
➧ Filem Tanda Putera dilakonkan oleh Rusdi Ramli, Zizan Nin, Faezah Elai, Linda Hashim dan ramai lagi. Filem ini mengisahkan tentang hubungan persahabatan yang akrab antara Tun Abdul Razak (Perdana Menteri Malaysia Ke-2) dan juga Timbalannya iaitu Tun Dr. Ismail yang terpaksa berahsia dan mengetepikan masalah kesihatan yang dihadapi masing - masing bagi memulihkan keadaan negara ekoran tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969. Filem Tanda Putera turut menang beberapa Anugerah utama dalam Anugerah Skrin 2014 dan juga Festival Filem Malaysia Ke - 26. Filem ini memang best, sedih jalan ceritanya. Aku memang suka filem - filem sejarah dan berdasarkan kisah benar ni.
Filem Leftenen Adnan Lakonan Hairie Othman, Umie Aida, Faizal Hussein, Rusdi Ramli, kisah perjuangan askar menentang tentera Jepun
2 ➔ Leftenen Adnan (2000)
➧ Filem Leftenen Adnan merupakan sebuah filem Patriotik yang mengisahkan perjuangan Leftenen Adnan dalam menentang Tentera Jepun semasa Perang Dunia Ke - 2. Filem ini diarahkan oleh Aziz M. Osman dan dilakonkan oleh Hairie Othman, Umie Aida, Farid Amirul, Faizal Hussein, Rusdi Ramli dan ramai lagi. Tragis juga kisah Leftenen Adnan ketika menentang Jepun ni, untuk maklumat lebih lengkap korang boleh klik sini untuk baca lebih lanjut tentang kisah sebenar Leftenen Adnan (Adnan bin Saidi) ⏩ https://ms.wikipedia.org/wiki/Adnan_bin_Saidi
Filem Bukit Kepong (1981) Lakonan Jins Shamsuddin, kisah pasal polis lawan komunis pada 1950, balai polis bukit kepong dibakar oleh komunis,
1 ➔ Bukit Kepong (1981)
➧ Filem ini berdasarkan kisah sebenar serangan Komunis di Bukit Kepong pada tahun 1950. Kemuncak pertempuran berlaku pada 23 Februari 1950 di Balai Polis Bukit Kepong. Filem ini diterbitkan, diarahkan serta dilakonkan sendiri oleh Jins Shamsuddin, A. Rahim, Hussein Abu Hassan, Yusof Haslam dan ramai lagi. Filem ini berdasarkan fakta dan gambaran sebenar yang diperoleh daripada PDRM serta berdasarkan temubual pengarah filem ini dengan pihak yang terlibat. Maknanya tiada unsur - unsur tokok tambah yang dibuat sebaliknya semua adalah fakta. Aku pernah tengok filem ini masa aku kecil tapi sekarang ni memang dah lama tak tengok filem Bukit Kepong ini. Kalau korang nak baca lebih lanjut dan lebih mendalam lagi tentang peristiwa Bukit Kepong ini, korang boleh klik di sini ⏩ https://ms.wikipedia.org/wiki/Peristiwa_Bukit_Kepong

Begitulah senarainya, mungkin ada lagi filem lain yang juga berdasarkan kisah benar yang tak termasuk dalam senarai diatas, Ada tak yang pernah menonton kesemua filem diatas ini?
Read More »

17 Feb 2017

Sinopsis Drama Nahu Rindu (Zehra TV3)

Sinopsis Drama Nahu Rindu Slot Zehra TV3

Assalammualaikum..
Drama Nahu Rindu akan mula bersiaran di Slot Zehra Tv3 pada 16 Februari ini menggantikan Drama Jejak Karmila yang telah tamat episodnya. Drama ini dilakonkan oleh Aeril Zafrel, Ummi Nazeera, Syazwan Zulkifly, Shuhanty, Shazuwan Hassan, Zulin Aziz, Putra Amaris, Marisa Yasmin, Fauziah Nawi, Zulkifli Ismail, Amirul Faqeem dan ramai lagi. Drama 13 episod ini diarahkan oleh Eoon Shuhaini dan diterbitkan oleh Country & Universal Sdn Bhd serta Electrovation Sdn Bhd. Nampaknya Aeril Zafrel dan Ummi Nazeera bergandingan sekali lagi selepas sukses dengan Drama sebelum ini iaitu Patahnya Sebelah Sayap. Nampak macam menarik je drama ni kan, apa pun jom tengok sinopsis drama ini kat bawah ye.
Sinopsis Drama Nahu Rindu Slot Zehra TV3

Segalanya berubah apabila Kasyaf meninggal dunia ketika dalam perjalanan untuk ke perkahwinannya bersama Nazira. Ibu Kasyaf yang cacat penglihatan tidak tahu bahawa Kasyaf telah pun meninggal dunia. Berita kematian Kasyaf dirahsiakan oleh suaminya sendiri kerana tidak mahu kesihatan isterinya terjejas. Nazira yang masih tidak dapat melupakan Kasyaf pergi bercuti di sebuah chalet dengan kawan rapatnya Dina. Suatu hari, Nazira bertembung dengan Fateh yang seiras Kasyaf. Dia mula jatuh hati tetapi Fateh telah pun berumah tangga. Apa yang bakal berlaku seterusnya?.
LAGU TEMA / OST NAHU RINDU
Tajuk Lagu : Mencintai Kamu
Artis : Aepul Roza (Drama Band)
Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017