-->

26 Mac 2017

Novel Cik Serba Tahu

Drama Adaptasi Novel, Novel Cik Serba Tahu, Karya Novelis Syamnuriezmil, Drama Cik Serba Tahu, Remy Ishak sebagai watak Carl Adham, Sari Yanti sebagai Aerna Isyqee,
Novel Cik Serba Tahu (Drama Adaptasi Novel)

Assalammualaikum..
Rasanya semua pun tahu banyak Novel - Novel Karya Novelis Syamnuriezmil telah diadaptasi menjadi drama bersiri. Terbaru Novelnya yang bertajuk Cik Serba Tahu telah diadaptasikan menjadi drama dan akan disiarkan di Astro Ria bermula 27 Mac ini untuk menggantikan Drama Dia Bidadariku yang telah tamat episodnya. Watak Aerna Isyqee akan dilakonkan oleh Sari Yanti manakala watak Carl Adham akan dilakonkan oleh Remy Ishak. Selain itu Zarul Umbrella turut berlakon dalam drama ini sebagai Encik Bun (Bunyamin) dan Iedil Putra sebagai Encik Ben (Benjamin). Awalnya Mira Filzah yang akan melakonkan watak Aerna tu, tapi akhirnya diganti dengan Sari Yanti. Siapa yang dah baca Novel Cik Serba Tahu ini, pastilah dah tahu jalan ceritanya kan, apa pun jom tengok sinopsis Novel ini dibawah ye.

Sinopsis Novel Cik Serba Tahu

“Kalau nak, semua boleh buat.”
“Memanglah, selagi belum dapat. Cuba kalau dah dapat?”

“Abang bukan orang macam tu la. Kalau belum dapat, berusaha bagi dapat. Bila dah dapat, genggam sampai rapat!”
Bermacam-macam usaha yang Carl Adham buat untuk memikat hati Aerna, namun untuk menerima lelaki itu memang agak payah. Mana tidaknya, mereka baru saja bertemu. Tiba-tiba lelaki itu ajak dia tunang kemudian bernikah? Gila ke apa???!“Saya nak awak tahu juga, walaupun ada rumah atas kayangan, walaupun tidur beralaskan duit ringgit, walaupun ada roket sampai ke bulan... awak masih belum boleh curi hati saya, Encik Carl! Saya bukan perempuan yang boleh dijual beli dengan kekayaan!”
Drama Adaptasi Novel, Drama Cik Serba Tahu, Novel Cik Serba Tahu, Karya Novelis Syamnuriezmil, Watak Carl Adham, Watak Aerna, Senarai Pelakon Drama Cik Serba Tahu, Pelakon Utama Cik Serba Tahu, Remy Ishak, Sari Yanti, Zarul Umbrella, Iedil Putra,
Semua orang di ofis gelarkan Aerna sebagai Cik Serba Tahu sebab semuanya dia boleh tahu. Sebab benda yang diagak selalunya betul dan banyak rahsia yang dia tahu terutama rahsia Encik Ben dan Encik Bun. Dan disebabkan serba tahunya itu, bapaknya bimbang jika anaknya itu terlupa tentang diri sendiri. Bapak Aerna nekad untuk cepat-cepat mengahwinkan anaknya dengan sesiapa saja yang gentleman asalkan Aerna membuka hati untuk menerima cinta. Adakah dengan mudah Aerna dapat menerima pilihan bapaknya? Adakah Aerna akan bersedia membuka pintu hatinya seperti yang dipinta oleh bapaknya?
“Dari mula jumpa sampai sekarang, Aerna Isyqee jodoh abang. Kahwin dengan abang? Jemputan ini tamat dalam masa 15 saat...”
“Nak!”
“16 saat dah... Dah lewat!”
“Abang! Na cakap nak la...”

Read More »

Sinopsis Telemovie Jalan Balik Surau (Cerekarama TV3)

Sinopsis Telemovie Jalan Balik Surau (Cerekarama TV3), Pelakon Utama Jalan Balik Surau, Hafidz Roshdi, Saharul Ridzwan, Indah Emeerlda, Syamim Razi, Syamsul Ghau Ghau, Riz Amin,
Sinopsis Telemovie Jalan Balik Surau (Cerekarama TV3)

Assalammualaikum..
Telemovie Jalan Balik Surau akan disiarkan di Slot Cerekarama TV3 pada 25 Mac ini, telemovie ini disiarkan sempena DFKL 2017 dan dilakonkan oleh Hafidz Roshdi, Saharul Ridzwan, Indah Emeerlda, Syamim Razi, Syamsul Ghau Ghau, Riz Amin dan ramai lagi. Telemovie Jalan Balik Surau ini diarahkan oleh Azman Yahya (Jinggo) dan diterbitkan oleh JS Pictures Sdn Bhd. Macam best je telemovie ini kan, apa pun jom tengok sinopsis ringkas telemovie ini dibawah ye.

Sinopsis Telemovie Jalan Balik Surau (Cerekarama TV3)

Ezad dan Yana berasa kecewa apabila mereka tidak jadi bercuti kerana ibu bapa mereka sibuk dan akhirnya ibu bapa mereka membawa mereka balik kampung dan meminta datuk mereka untuk menjaga mereka selama seminggu. Ezad dan Yana tidak begitu suka tinggal di kampung tambahan lagi suasana di kampung berkenaan juga agak menakutkan. Ketika berada di kampung, Ezad dan Yana mendapati terdapat sesuatu di sebalik surau Kampung Kemenyan. Apa yang bakal berlaku seterusnya?. 
Read More »

25 Mac 2017

Sinopsis Telemovie Jula Juli Bintang Cinta

Sinopsis Telemovie Jula Juli Bintang Cinta, Senarai Pelakon Telemovie Jula Juli Bintang Cinta Arahan Osman Ali
Sinopsis Telemovie Jula Juli Bintang Cinta Lakonan Mira Filzah & Zizan

Assalammualaikum
Telefilem Jula Juli Bintang Cinta akan disiarkan pada 25 Mac ini di Astro Citra / Mustika HD. Telemovie arahan Osman Ali ini dilakonkan oleh Zizan Razak, Mira Filzah, Amerul Affendi, Adriana Adnan dan ramai lagi. Telemovie Jula Juli Bintang Cinta ini diterbitkan oleh Nuansa Sdn Bhd. Kalau Osman Ali yang mengarah mestilah best kan, ini ditambah lagi dengan barisan pelakonnya yang popular dan best. Apa pun jom tengok Sinopsis telemovie ini dibawah ye dan Selamat Menonton
Pelakon Utama Telemovie Jula Juli Bintang Cinta, Zizan Razak, Mira Filzah, Amerul Affendi, Adriana Adnan,
Sinopsis Telemovie Jula Juli Bintang Cinta

Kisah dua gadis, Jula dan Juli pekerja kilang yang baru lepas dibuang kerja. Mereka telah memenangi percutian menginap di hotel mewah di Langkawi hasil daripada peraduan selfie. Disana mereka mula bergaya seperti anak orang kaya dan mengenali Dani dan Idzham. Akhirnya Jula dan Juli berpakat untuk memikat Dani dan Idzham kerana menyangka mereka juga kaya dan berpangkat besar. Pelbagai perkara yang dilakukan Jula dan Juli untuk menarik perhatian Dani dan Idzham. Akhirnya Juli mengetahui kerja sebenar Idzham yang merupakan seorang driver dan Juli kemudiannya bertindak untuk memutuskan hubungan mereka. Ketika hendak pulang, Juli telah didapati mengambil barang - barang hotel tanpa izin lalu Jula mencadangkan agar mereka diambil bekerja disitu bagi membayar kos barang - barang yang telah diambil oleh Juli. Apa yang bakal berlaku seterusnya bila Juli ingin kembali pada Idzham? dan bagaimana pula hubungan Jula dengan Dani?.
Read More »

24 Mac 2017

Review Filem Aku Haus Darahmu

Review & Sinopsis Filem Aku Haus Darahmu, Senarai Pelakon Filem Aku Haus Darahmu, Nad Zainal, Deanna Yusoff, Farhanna Qismina, Zoey Rahman, Amalia Syakirah,
Review & Sinopsis Filem Aku Haus Darahmu

Assalammualaikum..
Filem Aku Haus Darahmu telah pun ditayangkan di pawagam pada 2 Februari 2017 yang lalu dan filem ini dilakonkan oleh Nad Zainal, Deanna Yusoff, Farhanna Qismina, Zoey Rahman. Amalia Syakirah dan lain - lain lagi. Filem Aku Haus Darahmu ini diarahkan oleh Aidilfitri Mohamed Yunus, diterbitkan oleh Tsar Asia Sdn Bhd dan berdurasi 103 minit. Kalau tengok dari tajuk dan poster filem ini, pasti korang dah tahu yang filem ini bergenre seram dan misteri, aku dah tengok filem ini dan aku suka jalan ceritanya yang menarik dan unik kerana menjadikan tarian sebagai antara fokus penting dalam filem ini. Pelakon utamanya seperti Nad Zainal dan Deanna Yusoff perlu belajar dan menguasai seni tarian terlebih dahulu sebelum shooting filem ini. Tarian yang dipersembahkan dalam filem ini memang best dan memukau sesuai dengan mood seram yang ditampilkan, Kalau nak ukur tahap keseraman filem ini rasanya mungkin dalam tahap biasa - biasa je kot sebab bagi aku filem ini seronok ditonton tapi tidaklah terlalu seram cuma mungkin dari segi pergerakan tarian yang unik dan pelik menimbulkan sedikit rasa suspen.
Watak Lia, Ezza, Arin yang dilakonkan oleh Nad Zainal. Farhanna Qismina dan Zoey Rahman dalam Filem Seram Aku Haus Darahmu,
Filem ini mengambil latar masa sekitar tahun 1980 an, ini dapat dilihat dari segi pakaian pelakon - pelakon utamanya yang agak colourful sekali dengan walkman, kereta serta rumah kampung dan pakaian serta gaya dan cara pertuturan watak Deanna Yusof yang ala - ala zaman dulu - dulu. Karakter Lia yang dilakonkan oleh Nad Zainal tak nampak macam ahli antropologi yang bersungguh - sungguh untuk membuat kajian tapi nampak macam student yang buat kajian sambil bercuti dan makan angin hehe. Filem seram selalunya tak dapat lari dari scene - scene clisye seperti mimpi hantulah, jumpa hantu dalam tandas, makan ulat dan cacing dan sebagainya. Walaubagaimanapun aku suka dengan lokasi shooting filem ini yang nampak cantik terutamanya ketika mereka dalam perjalanan untuk ke hujung kampung bagi menyaksikan tarian pelik tersebut, suasana rumah yang mereka duduk tu juga nampak unik dan antik gitu. Selain itu aku suka dengan lakonan Deanna Yusoff sebagai Cik Cempaka yang nampak ramah tapi misteri begitu juga dengan pembantu Cik Cempaka iaitu Cik Kenanga yang nampak mencurigakan, pelik dan menakutkan yang mana watak Cik Kenanga ini dilakonkan oleh pendatang baru iaitu Amalia Syakirah.
Pelakon Utama Filem Aku Haus Darahmu, Watak Cik Cempaka, Cik Kenanga, Ezza, Arin, Pelakon, Zoey Rahman, Amalia Syakirah, Deanna Yusoff, Farhanna Qismina, Nad Zainal,
Walaubagaimanapun aku tak begitu suka dengan ending filem ini yang berakhir dengan mimpi dan kemudian perkara yang dimimpikan Lia itu berulang di alam realiti dan membuat Lia menjerit dan kemudiannya tamat. Ending filem ini lebih kurang sama dengan filem seram Mistik yang berakhir dengan mimpi tu. Diorang siap dah bunuh sana bunuh sini, last - last mimpi hahahaha. Ending filem ini patutnya lebih realistik, tak puas hati pula dengan endingnya walaupun jalan cerita dah okey. Selain itu watak Lia yang amat degil tu juga agak annoying sebab dia tetap nak tinggal di rumah Cik Cempaka tu walaupun kawan - kawannya dah berusaha untuk ajak Lia balik sebab mereka yakin yang rumah tersebut berhantu. Tapi Lia tetap berdegil untuk stay dekat situ. Apa pun kawan - kawan Lia ini baiklah juga sebab diorang tetap berusaha untuk yakinkan Lia untuk pergi dari situ, kalau orang lain dah lama kot cabut dari situ kan hehe. Apa pun jom tengok sinopsis filem ini dibawah ye.

Sinopsis Filem Aku Haus Darahmu

Lia (Nad Zainal) seorang ahli antropologi dalam bidang seni tarian bersama dua rakannya, Ezza (Farhanna Qismina) dan Arin (Zoey Rahman) mengunjungi sebuah perkampungan di pedalaman untuk membuat kajian mengenai sejenis tarian yang hampir pupus. Mereka memilih untuk menginap di homestay milik Cik Cempaka (Deanna Yusoff) yang selama ini hanya tinggal berdua bersama Cik Kenanga (Amalia Syakirah). Seperti yang dijanjikan, mereka bertiga dibawa ke suatu tempat yang jauh dan asing dari perkampungan itu untuk melihat tarian tersebut yang dimana hanya boleh ditonton pabila matahari sudah terbenam. Mereka bertiga sangat teruja dengan setiap lenggang-lenggok serta perincian tarian tersebut yang dikatakan turun-temurun dari keluarga Cik Cempaka Sulastri.
Lia (Nad Zainal) seorang ahli antropologi dalam bidang seni tarian bersama dua rakannya, Ezza (Farhanna Qismina) dan Arin (Zoey Rahman) mengunjungi sebuah perkampungan di pedalaman untuk membuat kajian mengenai sejenis tarian yang hampir pupus
Menurut Cik Cempaka, tarian ini sangat istimewa kerana hanya yang terpilih sahaja yang layak mewarisinya iaitu Cik Cempaka sendiri. Tambahan lagi tarian yang 'mengasyikkan' ini memang bisa 'menghantui' seseorang yang melihatnya jika tidak kuat dan yang sebenarnya, pada malam pertama itu Lia sudah pun dikuasai oleh 'tenaga' yang lahir dari tarian tersebut. Tingkah-laku Lia semakin berubah. Ezza dan Arin yang sedar akan perubahan itu segera mengajak Lia untuk pulang kembali ke bandar kerana dalam masa yang sama, Ezza dan Arin sering diganggu oleh pelbagai peristiwa seram. 
Tarian Dalam Filem Aku Haus Darahmu yang ditarikan oleh Nad Zainal, Deanna Yusoff, babak kemuncak filem aku haus darahmu, filem seram 2017, tarian unik dalam filem Aku Haus Darahmu,
Namun, Lia yang tidak lansung diganggu apa-apa menafikan hal itu dan berkeras mahu terus tinggal dan melengkapakan hasil kajiannya. Keesokan harinya, Lia terus menemubual Cik Cempaka tentang asal-usul tarian ini. Cik Cempaka tanpa ragu-ragu mengiyakan yang dakwaan tarian ini mempunyai unsur-unsur Ilmu Hitam adalah benar dan dimana darah si dara dan si teruna diperlukan dalam upacara tarian! Dalam masa yang sama, Ezza dan Arin telah menjumpai satu 'rahsia' dan berkeras untuk pulang dan meninggalkan sahaja Lia sementara mendapatkan bantuan. Dapatkah Lia, Ezza dan Arin meninggalkan rumah tersebut? Siapakah Cik Cempaka sebenarnya?
Deanna Yusoff dan Amalia Syakirah Sebagai Cik Cempaka dan Cik Kenanga dalam Filem Seram Aku Haus Darahmu,
Secara keseluruhannya, jalan cerita filem Aku Haus Darahmu ini memang menarik, best dan unik cuma endingnya yang kurang best. Walaubagaimanapun filem ini tetap menghiburkan dan aku bagi 8.2 Bintang dari 10 Bintang untuk filem ini.
Read More »

23 Mac 2017

Sebab Tak Nak Bertentang Mata?

Sebab Tak Nak Bertentang Mata?.
Macam tak setuju pula dengan kata - kata dalam gambar diatas hehehe sebab ada sesetengah orang yang memang jenis pemalu kan, so orang yang pemalu ini memang akan mengelak dari bertentang mata or mungkin tengok tempat lain atau pun menunduk sedikit ketika bercakap dengan orang lain. Itu kalau pemalulah kan, tapi ada juga yang tak boleh bertentang mata kalau dia ada menyembunyikan sesuatu mahu pun ada buat salah. Ada juga yang tak nak bertentang mata sebab takut jatuh cinta hahaha.
Read More »

22 Mac 2017

Sinopsis Filem Pak Pong

Sinopsis Filem Pak Pong, Review Filem Pak Pong, Pak Pong Review, Pelakon Utama Pak Pong Terdiri Daripada Hairul Azreen, Siti Saleha, Eizlan Yusof, Badrol, Fauzi Nawawi,
Sinopsis Filem Pak Pong Lakonan Hairul Azreen & Siti Saleha.

Filem Pak Pong arahan Fauzi Nawawi ini sudah ditayangkan di pawagam pada 23 Februari 2017 yang lalu. Filem Pak Pong ini dilakonkan oleh Hairul Azreen, Badrolshah, Siti Saleha, Fauzi Nawawi, Marsha, Izreen Azminda, Dato' Eizlan Yusof, Kaza, Rahim Sepahtu, Syawal, Joey Daud, Saiful Apek, Amber Chia, Jasmin Hamid dan ramai lagi. Filem Pak Pong ini bergenre Fantasi / Drama serta diterbitkan oleh 9 Country Creativity Sdn Bhd dan berdurasi selama 110 minit. Dari review - review yang aku baca pasal filem ini, ramai yang memuji yang jalan ceritanya unik dan lain dari yang lain, walaubagaimanapun ramai yang keliru dengan jalan ceritanya yang tergantung dan mencetuskan pelbagai persoalan di minda penonton. Walaubagaimanapun ramai pelakon best yang berlakon dalam filem ini. Selain itu filem Pak Pong ini juga dah shooting sekitar tahun 2011 tapi baru sekarang ditayangkan di pawagam. Mesti korang tertanya - tanya apa maksud Pak Pong tu? Pak Pong bermaksud Ilmu Pengasih kalau aku tak silaplah hehehe. Apa pun jom tengok sinopsis filem ini dibawah ye..

Sinopsis Filem Pak Pong
Kisahnya bermula bila si Muda cuba untuk memenuhi kehendak isterinya yang tengah sarat mengandung dan mengidam untuk makan ayam hutan . Usaha usaha nak tangkap ayam hutan ni bukannya senang, dan membuatkan si Muda ni confuse dan buntu memikirkan acaner nak tangkap ayam hutan ni demi nak memuaskan hati isteri dia yang tercinta tu . Lalu Muda pun menceritakan masalah dia kepada abang nya , Kadek . Kadek tu pulak boleh pulak pergi suggest kan kepada Muda supaya pergi berjumpa dengan Tok Bintara untuk mendapatkan ilmu pengasih . Baru lah senang nak tangkap ayam hutan tuu . Pun begitu, masa dah berjumpa dengan tok tu, Kadek mengambil kesempatan untuk belajar raja segala ilmu pengasih iaitu Pak Pong. Ha, yang Muda belajar tadi tu level amatur jee. Yang Kadek belajar ni baru betul level dewa dewa. Maka kemudiannya, bermulalah konflik antara Muda dan Kadek ni . Dan kemudiannya ada terselit pulak cerita pasal Muda ni tak semena mena termasuk dalam dunia bunian, dan tak semena mena juga terpaksa bertempur dengan Gragos , yang asyik duk kacau ketenteraman penduduk kampung bunian tu. Apa yang bakal berlaku seterusnya?.
Sinopsis diatas ini credit to Blog Farah Dafri.. 
Read More »

21 Mac 2017

Lazada Birthday Blogger Contest

Lazada Birthday Blogger Contest, Birthday Lazada Ke - 5 Tahun, Happy Birthday Lazada
Lazada Birthday Blogger Contest Menawarkan Hadiah Lumayan

Assalammualaikum..
Ramai betul blogger yang join Lazada Birthday Blogger Contest ini, majoriti blogger memang up entry pasal ini, jadi aku pun tak nak ketinggalan unutk join Lazada Birthday Blogger Contest yang Awsome ini. Lagi ramai blogger yang join contest ini maka lagi banyaklah hadiah yang boleh dimenangi, so bagi yang belum join apa tunggu lagi, jom join ramai - ramai ye, just klik je gambar diatas itu. Selain itu korang jangan lupa untuk shopping sakan di LAZADA pada 22 - 24 March ini kerana ada Lazada Birthday Sale sempena ulangtahun Lazada yang ke -5 gitu, ada special diskaun sehingga 90% tau. Jadi memang harus shoppinglah nanti kan, apa pun untuk join Lazada Birthday Blogger Contest ini kenalah jawab soalan - soalan dibawah ini dulu, so inilah jawapan aku, jom baca sampai habis ye..

a) Apa yang saya suka tentang Lazada Malaysia?
Lazada menyediakan pelbagai pilihan barangan yang menarik dari barangan dapur sampailah ke gadget terkini, buku dan bermacam - macam lagi sesuai dengan peringkat umur, jantina dan keperluan. Selain itu Lazada juga kerap membuat sale secara besar - besaran dengan potongan harga / diskaun yang menarik dan membuatkan barang - barang yang dijual menjadi murah giler2. Di samping cara pembayaran yang mudah membuatkan saya suka shopping di Lazada.

b) Tiga produk pilihan utama dari Lazada Malaysia (Produk Kegemaran)

Pilihan 1 - Wireless Bluetooth Headphone
Wireless Bluetooth Headphone From Lazada, My Wish, Music, Songs, Lazada Birthday Blogger Contest
Disebabkan aku ni suka mendengar muzik / lagu - lagu, jadi aku memang teringin ingin memiliki Headphone yang best seperti dalam gambar diatas tu, Aku juga suka mendengar lagu / muzik ketika sedang mengadap blog mahupun tengah menaip entry, rasa best je boleh buat dua benda dalam satu masa hehehe.

Pilihan 2 - Sharp 40 Full HD LED TV
Sharp 40 Full HD LED TV, My Wish, New TV, TV Baru, TV From Lazada, Lazada Birthday Blogger Contest,
Aku juga teringin nak memiliki TV baru yang Full HD LED TV tu, sebab TV kat rumah aku sekarang ni memang fesyen / jenis lamanyer, memang takde HD bagai tu, kiranya macam TV biasa yang gemuk tu hehehe, jadi teringinlah juga nak memiliki TV jenis baru tu kan.

Pilihan 3 - 3 Level Cat Cage Wrought Iron
3 Level Cat Cage Wrought Iron From Lazada, Sangkar Kucing Tiga Tingkat, My Wish, My Cat, Lazada Birthday Blogger Contest,
Bagi pencinta kucing seperti aku ni, cat cage memang diperlukan, dekat rumah ni aku ada cat cage tapi agak kecil, jadi untuk keselesaan kucing kesayangan aku tu, mestilah aku nak ada cat cage yang besar pastu ada tiga tingkat pula tu, makin seronoklah kucing - kucing aku bermain - main dalam Cage diorang tu nanti kan.

C) Macam mana nak tingkatkan perkhidmatan Lazada?

Sepanjang saya menggunakan perkhidmatan Lazada, semuanya okey, barang - barang pun sampai pada waktu yang ditetapkan, tapi satu jerla kalau kita nak buat pembayaran secara cash on delivery, tidak begitu banyak pilihan barangan yang ada, hanya barang - barang tertentu saja yang boleh dibeli secara cash on delivery, hal ini mungkin menyukarkan pada mereka yang gemar membeli barang secara COD. Saya harap pihak Lazada boleh memperbanyakkan lagi pilihan barangan yang boleh dibeli secara Cash On Delivery, lebih baik kalau semua barang - barang yang dijual di Lazada boleh dibeli secara COD. Saya juga berharap agar lebih banyak kerjasama yang boleh dilakukan antara pihak Lazada dan juga Blogger.

D) Ucapan Hari Lahir Untuk Lazada Malaysia 
Selamat Ulang Tahun Ke-5 Buat Lazada Malaysia, moga terus suksess, berjaya dan terus menyediakan perkhidmatan beli - belah online yang terbaik di Malaysia ini. Happy 5th Birthday Lazada..
Birthday Wish To Lazada Malaysia, Happy 5th Birthday Lazada, Selamat Ulang Tahun Ke - 5 Lazada,
Read More »

Uyul Rosli 1st Giveaway

Uyul Rosli 1st Giveaway dengan hadiah menarik

Jom Join Ramai - Ramai Uyul Rosli 1st Giveaway ini
Due Date - 24 March 2017 (Jumaat)
Nak Join boleh Klik Banner diatas ye..
Good Luck untuk semua..

Read More »

20 Mac 2017

9 Tips Untuk Move On Setelah Putus Cinta

9 Tips Untuk Move On Setelah Putus Cinta, Tips Untuk Move On Lebih Cepat, Tips Putus Cinta,
9 Tips Untuk Move On Setelah Putus Cinta

Assalammualaikum..
Hari ini nak kongsi tentang 9 Tips untuk "Move On" setelah putus cinta, aku bukannya pakar sebab tips - tips ini semua aku ambil dan aku olah sikit - sikit dari satu website ni, credit to https://siraplimau.com manakala untuk gambar - gambar dalam entry ini aku search googlelah dan aku gunakan gambar - gambar Shin Min Ah yang comel tu hehe. Siapa yang pernah putus cinta kat sini? apa yang korang buat untuk move on dan teruskan hidup korang serta melupakan bekas kekasih korang tu? Bagi sesiapa yang putus cinta tu, bolehlah mencuba dan guna 9 tips untuk move on setelah putus cinta di bawah ini ye..
Gambar Pelakon Korea Shin Min Ah yang Cute dan Comel, Drama Korea Tomorrow With You, Oh My Venus,
9 Tips Untuk Move On Setelah Putus Cinta

1 ➤ Beri Masa Pada Diri 
- Lelaki atau perempuan sama - sama akan terkesan dengan perpisahan dan cinta yang tak kesampaian. Jadi harus beri masa pada diri untuk merawat luka di hati kerana dengan masa, luka yang dirasai akan sedikit demi sedikit sembuh.
Shin Min Ah In Magazine, Pelakon Shin Min Ah Dalam Majalah,
2 ➤ Sibukkan Diri
- Padatkan jadual dan sibukkan diri anda dengan pelbagai aktiviti supaya anda kurang mengingati kenangan dan memori lama bersama dengan bekas kekasih. Kalau asyik termenung dan bersendirian akan membuatkan anda lebih sukar untuk move on, jadi sibukkan diri.

3 ➤ Simpan atau Buang Barang Kenangan Jauh - Jauh
-  Hal ini kerana untuk mengelakkan korang dari terus mengingati bekas kekasih selepas melihat barangan atau hadiah yang korang dapat dari si dia masa bercinta dulu. Masukkan semua barang barang tersebut dalam satu kotak dan letakkan jauh dari pandangan, atau pun buang saja supaya korang tidak lagi melihat barangan tersebut dan terkenangkan kisah lalu.

4 ➤ Luaskan Kenalan Baru
- Cuba untuk mencari kawan - kawan baru dan meluangkan masa bersama mereka. Berkawan biar beribu gitu hehehe.
Shin Min Ah In Korean Drama Oh My Venus, So Ji Sub dan ramai lagi Drama Korea, Pelakon Hebat,
5 ➤ Dekatkan Hubungan Dengan Orang Sekeliling
-  Ambil peluang ini untuk merapatkan semula hubungan dengan keluarga, kawan - kawan lama atau saudara - mara yang jarang berjumpa. Hargai mereka yang selama ini sentiasa berada di sekeliling anda.
6 ➤ Asah Bakat Atau Hobi Anda
- Cuba cari Hobi baru atau kembali meneruskan minat yang sudah lama ditinggalkan kerana sibuk bercinta. Travel, melukis, membaca buku, menyanyi atau lakukan apa saja yang anda minat sebagai terapi untuk diri sendiri.

7 ➤ Minta Bantuan atau Sokongan
-  Sokongan daripada mereka yang rapat seperti ibu bapa, kawan - kawan baik boleh membantu anda untuk melupakan bekas kekasih sekaligus merawat luka dihati. Kadang - kadang bila meluahkan apa yang dirasa boleh menenangkan hati dan minda.
Cute Face Of Shin Min Ah (Pelakon Korea), Korean Artist, Actress, Pelakon, Cute, Comel,
8 ➤ Elak Simpan Marah Atau Dendam
- Biasanya apabila ada perasaan negatif ini, memang sukar untuk anda move on. Jadi, redhalah dengan apa yang terjadi dan anda akan lebih tenang dan mudah melupakan si dia. Sesungguhnya perancangan Tuhan lebih itu lebih hebat dari perancangan kita.
Shin Min Ah and Handphone, Mobile Phone, Cell Phone,
9 ➤ Jangan Hubungi Bekas Kekasih
- Menghubungi si dia meskipun sudah tidak bercinta menyebabkan anda tidak akan move on apatah lagi untuk melupakannya. Sebaiknya, elak berkomunikasi dengan apa cara jua pun

Read More »

19 Mac 2017

Sinopsis Telemovie Si Kijang Merah (Cerekarama TV3)

Sinopsis Telemovie Si Kijang Merah (Cerekarama TV3)

Assalammualaikum..
Telemovie Si Kijang Merah akan disiarkan di Slot Cerekarama TV3 pada 18 Mac ini dan dilakonkan oleh Harris Alif, Ahmad Ezzrin Loy, Firdaus Ghufran, Alis Mariya, Izzy Reef, Luqman, Raja Atiqullah, Mustapha kamal, Laila Nasir, Zamarul Hisham dan ramai lagi. Telemovie ini disiarkan sempena DFKL 2017 dan merupakan arahan Nizam Zakaria serta diterbitkan oleh OrangeTree Production Sdn Bhd. Cerekarama kali ini memang unik sikit jalan ceritanya sebab berkisarkan tentang bola gitu. Apa pun jom tengok sinopsis ringkas telemovie Si Kijang Merah dibawah ini ye..

Sinopsis Telemovie Si Kijang Merah (Cerekarama TV3)

Demi impiannya untuk melihat pasukan bola sepak Kelantan di perlawanan akhir Piala FA, Amar berusaha mencari wang tambahan dan matlamatnya semakin hampir tetapi malang pula menimpanya. Apa yang bakal berlaku seterusnya?, dapatkah Amar mencapai impiannya itu?.


Read More »

18 Mac 2017

Sinopsis Telemovie Hisyam dan 3 Hantutiyers

Sinopsis Telemovie Hisyam dan 3 Hantutiyers, Senarai Pelakon Telemovie Hisyam & 3 Hantutiyers, Fatiya Latiff, Luqman Hafisz, Namron, Altimet, Mark Adam, Zain Hamid,
Sinopsis Telemovie Hisyam dan 3 Hantutiyers ( Astro Citra & Mustika HD)

Assalammualaikum..
Telemovie Hisyam dan 3 Hantutiyers ini adalah Telemovie ketiga yang disiarkan di bulan Mac ini, di Astro Citra dan Astro Mustika HD, bermula dengan Telemovie Cupid, Kekasih Elektrik dan kini telemovie Hisyam & 3 Hantutiyers. Telemovie ini akan disiarkan pada 18 Mac ini dan dilakonkan oleh Fatiya Latiff, Luqman Hafidz, Namron, Altimet, Mark Adam, Zain Hamid dan ramai lagi. Juliana Evans turut membuat penampilan khas dalam telemovie Hisyam dan 3 Hantutiyers. Selain itu, telemovie ini diarahkan oleh Syed Fariz dan diterbitkan oleh Anomalous@Suar Channel. Tajuk telemovie ini juga dah unik, jadi jalan ceritanya pun pasti unik dan menarik juga kan, apa pun jom tengok sinopsis ringkas telemovie ini dibawah ye..

Sinopsis Telemovie Hisyam dan 3 Hantutiyers

Mengisahkan Tiga hantu cuba untuk membantu seorang lelaki bernama Hisyam yang dipercayai telah mati serta amnesia selepas terlibat dalam sebuah kemalangan. Mereka semua cuba untuk mencari mayat Hisyam dan mereka juga dibantu oleh seorang bomoh bernama Pak Tam. Apa yang bakal berlaku seterusnya?..

Read More »

Danial Peserta Solo MLM2017 Tersingkir

Danial Juara Lawak Solo, Tersingkir Di Minggu Kelima Maharaja Lawak Mega 2017
Danial Tersingkir Di Minggu Ke-5 Maharaja Lawak Mega 2017

Assalammualaikum..
Nampaknya setelah beberapa kali berada dalam kedudukan Bottom Three, Danial yang merupakan Juara Lawak Solo tersingkir di minggu ke-5 MLM2017. Tema minggu kelima Maharaja Lawak Mega 2017 ini adalah Pekerjaan Luar Biasa dan di akhir rancangan ini diumumkan yang Danial, Kumpulan Nice dan Peserta Solo dari Indonesia iaitu Dzawin berada di kedudukan Bottom Three. Aku rasa idea Danial dah okey tapi dia macam selalu mengulang untuk mengajuk / meniru suara Chef Wan, Dato Yusof Haslam, Syamsul Yusof tu yang buatkan penonton sedikit bosan sebab nampak sama saja tiap - tiap minggu walaupun nampak dia berusaha keras. Manakala Tauke pula dipilih sebagai Gempak Man Of The Match untuk minggu kelima MLM2017. Untuk minggu ini, aku tak pasti pula aku suka lawak group mana, sebab nampak semuanya okey je hehe. Apa pun memang saingan sentiasa sengit di Maharaja Lawak Mega 2017 ini. Patutlah pelawak - pelawak otai dan popular macam malas nak join MLM ini sebab saingan sengit sangat dan malas nak fikir pasal idea dan stress selalu hahaha.
Read More »

Review Drama Korea - Missing Nine

Review Drama Korea - Missing Nine, Korean Drama Review Missing Nine / Missing 9
Korean Drama Review - Missing Nine

Assalammualaikum..
Hari ini seperti biasa aku nak buat Review Drama Korea yang aku dan habis tonton baru - baru ini iaitu Drama Korea Missing Nine / Missing 9. Drama 16 episod ini baru saja habis disiarkan pada 9 Mac yang lalu dan dilakonkan oleh Jung Kyung Ho, Baek Jin Hee, Oh Jung Se, Choi Tae Joon, Lee Sun Bin, Chanyeol (EXO), Kim Sang Ho, Tae Hang Ho, Ryu Won, Yang Dong Geun, Song Ok Suk, Min Sung Wook, Kim Pub Lae dan ramai lagi. Drama Missing Nine ini disiarkan bagi menggantikan Drama Weightlifting Fairy Kim Bok Joo yang telah tamat episodnya dan selepas itu ianya akan digantikan dengan Drama baru yang bertajuk Self Radiation Office. Awalnya watak hero untuk drama ini ditawarkan kepada pelakon Kang Ha Neul namun tak jadi dan akhirnya menjadi milik Jung Kyung Ho manakala heroin untuk drama ini ditawarkan kepada beberapa pelakon antaranya Kwon Yuri (Girl's Generation), Hyeri (Girl's Day) dan Jung Yu Mi namun mereka semua menolak dan akhirnya watak Ra Bong Hee menjadi milik pelakon Baek Jin Hee. Pada pendapat aku memang Baek Jin Hee sangat sesuai membawa watak ini, lagi pun dalam drama sebelum ini juga dia ada membawa watak yang sangat baik iaitu dalam drama My Daughter Geum Sa Wol manakala Jung Kyung Ho juga memang sesuai dengan watak Seo Joon Oh. Tak sangka juga gandingan mereka berdua dalam drama ini sangat serasi pula, seriously sangat cute, sweet dan adorable hehehe.
Senarai Pelakon Drama Korea Missing Nine, Watak - Watak Utama Dalam Drama Missing 9, Para Pelakon Dalam Korean Drama Missing Nine ini adalah Jung Kyung Ho, Baek Jin Hee, Oh Jung Se, Choi Tae Joon, Lee Sun Bin, Chanyeol (EXO), Kim Sang Ho, Tae Hang Ho, Ryu Won, Yang Dong Geun, Song Ok Suk, Min Sung Wook, Kim Pub Lae
Awalnya aku tak begitu suka dengan Jung Kyu Ho ini, tapi lepas drama ini, aku makin suka pula dengan dia ini hehe. Aku suka betul tengok watak Seo Joon Oh dengan Ra Bong Hee ini sebab comel sangat diorang ni, pastu saling menjaga antara satu sama lain dan juga sanggup berkorban gitu. Ini juga kali pertama aku melihat Choi Tae Joon membawa watak jahat dalam drama iaitu sebagai Choi Tae Ho, sebelum ini Choi Tae Joon selalu juga membawa watak baik dalam drama contohnya drama All About My Mom dan Flower In Prison. Walaubagaimanapun aku dah biasa tengok pelakon Kim Pub Lae ini berlakon watak jahat dalam drama Glamorous Temptation dan diikuti pula dengan Drama ini sebagai Jang Do Pal. Selain keserasian antara Seo Joon Oh dan Ra Bong Hee itu, aku juga suka tengok kehidupan mereka ketika berada di pulau terpencil itu, masing - masing saling tolong menolong tapi itulah Choi Tae Ho ini memang pembawa masalah, kerja dia cuma nak bunuh orang je. Seo Joon Oh pula tak sampai hati nak bunuh Choi Tae Ho itu dan sebaliknya cuba beri peluang pada Tae Ho untuk berubah. Selain Choi Tae Ho, gelagat Yoon So Hee juga sangat annoying begitu juga dengan gelagat Tae Ho Hang yang terlampau penakut dan sangat takutkan Choi Tae Ho lalu bersubahat dengan Tae Ho dengan berdiam diri dan tidak mendedahkan perbuatan Tae Ho membunuh So Hee pada orang lain.
Karakter dan Watak - Watak Penting Dalam Drama Korea Missing Nine / Missing 9
Ramai juga tidak puas hati apabila watak Chanyeol EXO iaitu sebagai Lee Yeol dalam drama Missing 9 ini tidak begitu banyak. Lepas dia kena belasah dengan Tae Ho dan kemudian Tae Ho mencampak Yeol ke laut untuk menghanyutkannya kerana Tae Ho menyangka Yeol sudah mati tapi memang mati betullah wataknya itu sebab memang sampai ke akhir Yeol tidak muncul. Aku ingatkan mungkin ada twist dalam drama ini dan kita semua dapat lihat Yeol masih hidup dan buat kejutan untuk semua tapi sampai ke ending drama ini pun Yeol langsung takde dan macam Missing Yeol pula bukan Missing Nine dah hehe. Walaubagaimanapun drama ini ada banyak scene - scene suspen yang seronok untuk ditonton dan aku juga suka twist yang ada dalam drama ini contohnya bila Seo Joon Oh itu tidak mati tapi sebaliknya. Selain itu scene ketika mereka semua berpakat menipu Choi Tae Oh itu juga menarik dan kreatif. Manakala scene - scene kelakar juga best, rasanya banyak scene - scene kelakar yang membabitkan watak Seo Joon Oh. Aku juga sentiasa tertunggu - tunggu drama ini disiarkan setiap minggu, jalan ceritanya yang misteri dan suspen buatkan penonton jadi tak sabar nak tengok episod yang seterusnya. Disebabkan terlalu fokus dengan jalan ceritanya, aku sampai tak perasan dengan lagu - lagu OST Missing Nine ini. Walaubagaimanapun aku suka satu lagu dalam drama ini iaitu lagu yang bertajuk Kiss or Kill nyanyian Gain (Brown Eyed Girls).
Jung Kyung Ho dan Baek Jin Hee adalah Hero dan Heroin Drama Korea Missing Nine, Jung Kyung Ho sebagai Watak Seo Joon Oh manakala Baek Jin Hee sebagai watak Ra Bong Hee
Lagu Kiss or Kill itu akan muncul di hujung - hujung episod ketika dekat - dekat nak masuk episod akhir. Lagu tu unik habis dan sesuai betul dengan jalan cerita drama ini yang unik dan suspen gitu. Aku siap download lagu tu hehehe, dari awal aku tertunggu - tunggu juga macam manalah ending drama ini nanti kan dan ternyata ending drama ini agak mengecewakan. Jalan cerita Missing Nine ini dah okey cuma endingnya pula mengarut dan tak logik. Choi Tae Ho yang awalnya digambarkan sanggup melakukan apa saja asalkan dirinya suksess boleh pula jadi lemah dengan beberapa ayat yang disebut oleh Seo Joon Oh, tak logik di sini, apabila cepat betul dia insaf hehe dan lawaknya dia insaf secara mengejut pula tu, dalam tengah nak bunuh Jang Do Pal tu, boleh pula Choi Tae Ho berubah jadi baik dan serah diri semua. Part dia nak bunuh Jang Do Pal di tengah - tengah jalan tu juga tak masul akal sebab masa itu boleh pula takde satu kenderaan yang lalu di kawasan tu sedangkan tu kat kawasan jalan raya, Rasa macam tak puas pula tengok kes Seo Joon Oh dibicarakan di mahkamah, rasa macam sekejap sangat. Disamping itu, aku juga memang stress tengok gelagat pendakwaraya yang sengaja menuduh dan meletakkan semua kesalahan pada Seo Joon Oh bagi menutup ketidakcekapan mereka dalam penyiasatan kes tersebut. Geram jer tengok gelagat peguam tu semua yang memihak pada Choi Tae Ho.
9 Pelakon Utama Drama Korea Missing 9
Aku rasa lebih menarik kalau diorang fokus perbicaraan di mahkamah berbanding buat ending yang terburu - buru dan tak masuk akal. Dah elok - elok Choi Tae Ho tu berada dalam penjara, boleh pula dia keluar sekejap ditemani dengan polis dan bersuka ria dengan mereka yang lain ketika semua sedang sibuk mengecat rumah. Senang betul dia keluar penjara dengan alasan macam tu, ending Choi Tae Ho join diorang bersuka ria tu memang tak logik langsung hahaha. Ending drama Missing Nine ini memang merapu habis, aku sampai blur sekejap masa tengok ending drama ini hehehe. Aku juga tak puas hati dengan ending untuk watak Seo Joon Oh dengan Ra Bong Hee ini, adakah mereka dah betul - betul bercinta ataupun masih main tarik tali sebab tak nampak pula Seo Joon Oh betul - betul meluahkan perasaannya pada Bong Hee, diorang macam saling memahami tanpa perlu meluahkan perasaan cinta gitu hahaha, aku rasa kalau ending drama ini berakhir dengan perkahwinan Seo Joon Oh dengan Bong Hee pun, mesti lagi best dan sweet betul tak? ataupun berakhir dengan cara lain yang penting penonton dapat tahu apa kesudahan kisah cinta mereka berdua ini. Memang endingnya agak mengecewakan sebab tidak menepati jangkaan penonton.
Jung Kyung Ho dan Baek Jin Hee Hero & Heroin Drama Korea Missing Nine
Episod Pertama drama ini mungkin sedikit bosan, tapi bila masuk episod kedua, drama ini dah makin best. Apa pun drama Missing Nine ini masih menghiburkan dan berbaloi untuk menontonnya cuma endingnya saja yang agak kurang best. Aku bagi 8.5 Bintang dari 10 Bintang untuk Drama Korea Missing 9 ini.
Read More »

17 Mac 2017

Giveaway March by herneenazir.com

GIVEAWAY MARCH HERNEENAZIRDOTCOM

Jom Join Ramai - Ramai.. 
Due Date - 26 Mac 2017
Nak Join boleh Klik Banner ye..
Good Luck Untuk Semua yang menyertai GA ini.

Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017