Prison Playbook / Wise Prison Life - Korean Drama Review
Hari ini aku nak buat Review Drama Korea Favorite aku yang bertajuk Prison Playbook / Wise Prison Life, yang release pada 22 November 2017 dan tamat episodnya pada 18 Januari 2018. Drama Prison Playbook ini disiarkan di channel TVN dan mempunyai 16 episod serta disiarkan bagi menggantikan drama Avengers Social Club dan kemudian akan digantikan dengan drama Mother. Antara Pelakon Drama Prison Playbook ini adalah Park Hae Soo, Jung Kyung Ho, Krystal, Lee Kyu Hyung, Choi Moo Sung, Jung Woong In, Jung Hae In, Kim Sung Cheol, Park Ho San, Jung Min Sung, Ahn Chang Hwan, Joo Suk Tae, Kang Ki Doong dan ramai lagi. Pengarah drama Korea ini juga adalah orang yang sama mengarah drama - drama popular Reply Series iaitu Reply 1997, Reply 1994 dan Reply 1988. Awalnya aku menonton drama ini sebab ada Jung Kyung Ho tapi tak sangka semua pelakon dalam drama ini memang best giler dan terbaik. Drama ini memang dapat 10/10 Bintang / markah penuh dari aku okey sebab jalan ceritanya memang awsome, lawak habis dan dalam masa yang sama ada suspen dan juga sedih. Siapa yang belum tengok lagi drama ini memang harus tengok okey sebab memang tak menyesal layan drama Prison Playbook ini. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah okey.
Sinopsis Prison Playbook (Korean Drama)
Mengisahkan Kim Je Hyuk (lakonan Park Hae Soo) yang merupakan seorang pemain Baseball yang terkenal dan popular yang masuk penjara atas cubaan membunuh seorang lelaki yang cuba menggangu dan pecah masuk rumah adik perempuannya yang bernama Kim Je Hee. Niat Kim Je Hyuk hanya ingin menyelamatkan adiknya namun berakhir dengan tragedi, apabila dia dimasukkan ke dalam penjara. Karier Kim Je Hyuk hampir musnah disebabkan hal tersebut, walaubagaimanapun kelihatan orang ramai dan peminat masih menyokongnya. Kim Je Hyuk terpaksa menyesuaikan diri di penjara tersebut dan dirinya berada dalam keadaan tertekan kerana semua orang mengenalinya. Mujurlah ada seorang kawan baik Kim Je Hyuk iaitu Lee Joon Ho (lakonan Jung Kyung Ho) bekerja sebagai pegawai penjara disitu dan sentiasa melindungi Kim Je Hyuk di penjara tersebut dari sebarang ancaman. Walaubagaimanapun ada sesuatu terjadi yang menyebabkan seorang dari cellmatenya bergaduh dan berdendam dengan Kim Je Hyuk dan akhirnya menyebabkan bahu Kim Je Hyuk cedera akibat ditikam oleh Crony.
Hal tersebut memberi tamparan hebat padanya kerana dia sukar untuk bermain baseball lagi dengan bahunya yang tercedera dan kemungkinan besar kariernya juga bakal musnah kerana tak dapat bermain sebaik dulu. Kim Je Hyuk kemudiannya dipindahkan ke penjara lain dan kali ini cellmatenya baik - baik belaka. Namun ada banyak dugaan lain yang lebih besar, yang perlu Kim Je Hyuk tempuh yang kadangkala menguji kesabarannya. Keadaan makin parah apabila Crony kembali memburu Kim Je Hyuk dan sentiasa mencari jalan untuk membunuh Kim Je Hyuk dengan pelbagai cara dan memaksa Kim Je Hyuk mengambil tindakan drastik yang mengejutkan semua orang. Selain itu Kim Je Hyuk turut mendapat musuh baru yang bernama Yeom Sang Tae. Apa yang bakal berlaku seterusnya? dapatkah Kim Je Hyuk bertahan di penjara tersebut?.
Ulasan Korean Drama Prison Playbook
Walaupun drama ini memfokuskan tentang watak Kim Je Hyuk namun watak - watak lain di sekeliling Kim Je Hyuk itu juga sangat menarik dan best. Contohnya seperti watak - watak dalam sel penjara yang sama dengan Kim Je Hyuk iaitu Yoo Jeong Woo / Captain Yoo (lakonan Jung Hae In), Han Yang / Looney (lakonan Lee Kyu Hyung) , Kim Min Chul (lakonan Choi Moo Sung), Kim Young Cheol / Jail Bird (lakonan Kim Sung Cheol), Dong Ho/ Crony (lakonan Ahn Chang Hwan) dan lain - lain lagi, lebih menarik bila banduan tu semua ada nickname masing - masing hehe. Antara watak yang menjadi kesukaan penonton mestilah watak Yoo Han Yang atau nama glamournya Looney yang dilakonkan oleh Lee Kyu Hyung. Watak Han Yang ini sangat kelakar okey, sebab dia suka cari pasal dengan banduan lain untuk dapat perhatian diorang, memang watak dia selalu kena pukul sebab berani cari pasal dan bergaduh haha, plus cara diorang bergaduh pun lawak giler, dah macam budak - budak gitu, cuma dengan Kim Je Hyuk saja, dia tak cari pasal, sebab Kim Je Hyuk sporting dan sentiasa baik dengannya. Aku tak sangka Lee Kyu Hyung ini boleh membawakan watak komedi dengan amat baik sekali, sebab aku dah pernah tengok dia melakonkan watak serius dan juga watak jahat iaitu sebagai seorang peguam dan juga pembunuh bersiri dalam drama Secret Forest.
Aku gerenti siapa yang tengok drama Prison Playbook ini pasti suka dan terhibur dengan watak Han Yang atau Looney ini. Aku juga sangat sukakan scene Han Yang bergaduh sakan dengan Yoo Jeong Woo itu, bromance diorang memang terbaik hahaha. Watak Yoo Jeong Woo yang awalnya kelihatan seperti misteri dan jahat rupa - rupanya sangat baik okey, dan dia sentiasa bergaduh dengan Han Yang kerana Han Yang suka cari pasal dengannya, tambah - tambah diorang sebaya, jadi bila tiba part gaduh tu memang lawak gila sebab nampak diorang macam budak tadika dah hehe. Selain itu scene ketika Han Yang memberikan nasihat terbaiknya pada Yoo Jeong Woo tentang abang Y. Jeong Woo itu memang touching betul. Drama ini juga turut menceritakan kisah hidup banduan yang berada di sel penjara yang sama dengan Kim Je Hyuk. Setiap dari mereka ada kisah yang tersendiri dan bagaimana mereka boleh masuk dalam penjara tersebut. Ada yang masuk dalam penjara itu sebab kena aniaya dan sebagainya. Selain itu scene ketika Lee Joon Ho yang merupakan kawan baik Kim Je Hyuk dan pegawai penjara serta rakan penjara Kim Je Hyuk yang baik iaitu Kim Young Cheol atau nicknamenya jail bird yang sanggup menukar tempat untuk masuk penjara dan bertugas di penjara yang sama dengan Kim Je Hyuk tu pun touching betul.
Diorang melakukan apa saja, asalkan dapat dekat dengan Kim Je Hyuk supaya dapat protect Kim Je Hyuk dari bahaya. Ada banyak scene yang lawak dan menarik dalam drama ini yang kalau cerita pun sampai esok pun tak habis hehehe. Scene ketika Crony bertukar dari jahat kepada baik tu pun sangat kelakar okey hahaha, awalnya punyalah jahat si Crony ini, tapi boleh pula jadi baik dan patuh saja lepas tu. Pendek katanya memang sangat berbaloi menonton drama Prison Playbook ini, sebab penonton akan rasa dekat dengan semua watak dalam drama ini kerana setiap watak diceritakan dengan penuh details sekali. Aku rasa macam nak ulang tengok drama ini sekali lagi sebab macam tak puas pula tengok sekali saja. Selain dari kisah banduan, drama ini juga turut memaparkan kisah pegawai penjara yang mempunyai hubungan baik dengan para banduan ini. Antara pegawai penjara yang baik dan popular dalam drama ini mestilah Officer Paeng (lakonan Jung Woong In) yang sentiasa mengambil berat dan menjaga banduan - banduan ini semua, walaupun personalitinya agak kasar tapi hatinya baik gitu. Walaubagaimanapun aku agak tak puas hati pula dengan ending untuk watak Kang Chul Doo atau nicknamenya Kaist yang tak dapat berjumpa dan mengucapkan selamat tinggal buat kali terakhir pada rakan - rakannya di sel penjara tersebut.
Ending untuk watak Han Yang itu juga agak mengejutkan juga, sebab tak sangka kan lagi pun dia dah berazam ingin berubah, tapi akhirnya dia tak dapat nak menghilangkan tabiat lamanya itu. Apa pun 2 pelakon dari drama ini akan buat kemunculan khas dalam drama Mother yang menggantikan drama Prison Playbook ini. Lagu tema / OST Prison Playbook ini juga best tapi aku paling suka muzik latar drama ini yang membuatkan sesuatu scene itu bertambah lawak. Ending Korean Drama Prison Playbook ini happy ending tapi aku lebih suka kalau ending drama ini berakhir dengan reunion mereka semua, kiranya macam diorang semua berjumpa semula di suatu tempat ke apa ke kan, pergi makan ramai - ramai ke, tapi ianya tak berlaku dalam drama ini. Apa pun aku suka tengok hubungan baik Kim Je Hyuk dengan semua orang dalam penjara itu, warden penjara pun baik dengan dia tau. Malah karakter Kim Je Hyuk ini juga kelakar sebab dia ini naif, innocent, jujur, baik hati dan kadang - kadang macam bodoh - bodoh sikit tapi sekali dia dah marah memang habislah hahaha. Terdapat juga kisah cinta dalam drama ini, tapi bagi aku ianya macam tak penting lansung, kalau tak ada pun tak apa.
Apa pun i like this drama very much okey, memang terbaik. 10/10 bintang. Maaf kalau review drama ini terlalu panjang, aku memang suka buat review panjang berjela especially untuk drama - drama yang aku suka hehehe.