-->

11 Okt 2017

Review Drama Korea - Lookout

Drama Korea, Korean Drama, Lookout, The Guardians, Drama Korea Lookout, Korean Style, Artis Korea, Pelakon Korea, Genre, Aksi, Jenayah, Korean Drama Review, Review By Miss Banu, OST Lookout, Ending, Pelakon Drama Korea Lookout, Lee Si Young, Kim Young Kwang, Kim Tae Hoon, Kim Seul Gi, Key (Shinee), Choi Moo Sung, Kim Sang Ho, Kim Su Young, Jung Suk Yong, Shin Dong Wook, Jeon Mi Sun, Park Solomon, Lee Ji Won, Polis, Detektif, Peguam, Pendakwaraya, Prosecutor, Rasuah,
Lookout - Korean Drama Review

Assalammualaikum,
Seperti biasa aku nak buat Review Drama Korea yang bertajuk Lookout / The Guardians, drama ini sepatutnya 16 episod saja, kalau digabungkan kesemuanya. Tapi bila dah dipendekkan setiap episod menjadi setengah jam saja, maka drama ini mempunyai 32 episod kesemuanya. Pelakon Drama Korea Lookout ini terdiri daripada Lee Si Young, Kim Young Kwang, Kim Tae Hoon, Kim Seul Gi, Key (Shinee), Choi Moo Sung, Kim Sang Ho, Kim Su Young, Jung Suk Yong, Shin Dong Wook, Jeon Mi Sun, Park Solomon, Lee Ji Won dan ramai lagi. Drama ini mula disiarkan pada 22 Mei 2017 yang lalu dan tamat pada 11 Julai 2017. Selain itu, drama Lookout ini disiarkan bagi menggantikan drama Rebel : Thief Who Stole The People yang telah tamat episodnya. Kemudian drama ini akan digantikan dengan drama The King Loves. Secara keseluruhannya aku suka dengan drama ini sebab penuh dengan suspen dan juga aksi, semua pelakon dalam drama ini memang terbaik dan berjaya membawa watak masing - masing dengan baik sekali. Tapi aku agak sukar nak terima pelakon Choi Moo Sung membawakan watak jahat dalam drama ini, sebab aku dah terbiasa melihat dia melakonkan watak baik yang adorable seperti dalam drama Uncontrollably Fond itu.
Drama Korea, Korean Drama, Lookout, The Guardians, Drama Korea Lookout, Korean Style, Artis Korea, Pelakon Korea, Genre, Aksi, Jenayah, Korean Drama Review, Review By Miss Banu, OST Lookout, Ending, Pelakon Drama Korea Lookout, Lee Si Young, Kim Young Kwang, Kim Tae Hoon, Kim Seul Gi, Key (Shinee), Choi Moo Sung, Kim Sang Ho, Kim Su Young, Jung Suk Yong, Shin Dong Wook, Jeon Mi Sun, Park Solomon, Lee Ji Won, Polis, Detektif, Peguam, Pendakwaraya, Prosecutor, Rasuah,
Apa pun watak yang paling jahat dan paling menyakitkan hati sekali adalah watak remaja yang bernama Yoon Shi Wan yang dilakonkan oleh Park Solomon. Serius memang rasa geram sangat dengan watak Yoon Shi Wan ini, psiko gila - gila, dia ini masih budak sekolah, tapi dah berani bunuh orang dan langsung rasa tak menyesal pula tu. Apa pun pelakon Park Solomon itu memang terbaiklah sebab berjaya buat penonton rasa benci dan geram sangat dengan wataknya yang psiko itu. Patutnya Soo Ji tu dah tembak Yoon Shi Wan tu awal - awal lagi, iaitu ketika dia datang cari Yoon Shi Wan di sekolah tu. Selain itu aku suka dengan watak Jang Do Han yang dilakonkan oleh Kim Young Kwang sebagai prosecutor yang ceria, happy go lucky, suka bergurau dan kelihatan suka membodek orang atasan di luarannya, tapi siapa sangka dia adalah ketua kepada satu kumpulan yang memerangi jenayah dengan cara mereka sendiri. Awalnya Jang Do Han merahsiakan identitinya sebagai ketua dari ahli kumpulannya, namun bila ahli kumpulannya dapat meneka identiti sebenarnya, maka terpaksalah dia mendedahkan identitinya pada ahli kumpulannya itu. Matlamat kumpulan mereka adalah ingin membalas dendam pada ketua pendakwaraya yang bernama Yoon Seung Ro yang jahat dan sentiasa menyalahgunakan kuasanya untuk kepentingan diri sendiri.
Drama Korea, Korean Drama, Lookout, The Guardians, Drama Korea Lookout, Korean Style, Artis Korea, Pelakon Korea, Genre, Aksi, Jenayah, Korean Drama Review, Review By Miss Banu, OST Lookout, Ending, Pelakon Drama Korea Lookout, Lee Si Young, Kim Young Kwang, Kim Tae Hoon, Kim Seul Gi, Key (Shinee), Choi Moo Sung, Kim Sang Ho, Kim Su Young, Jung Suk Yong, Shin Dong Wook, Jeon Mi Sun, Park Solomon, Lee Ji Won, Polis, Detektif, Peguam, Pendakwaraya, Prosecutor, Rasuah,
Antara scene yang aku suka mestilah bila mereka semua bergabung dan bersatu untuk menjatuhkan Yoon Seung Ro itu. Tapi ada juga beberapa scene yang buat aku geram dengan watak - watak dalam drama ini antaranya adalah ketika Yoon Shi Wan berjaya mengurung Jin Se Won yang merupakan rakan sekelasnya dan juga anak perempuan tunggal kepada ketua detektif yang bernama Lee Soon Ae. Aku paling tak leh blah sekali bila Lee Soon Ae yang merupakan seorang ketua detektif boleh buat kerja gila dengan mengikut segala apa yang disuruh oleh Yoon Shi Wan itu. Disebabkan hal ini, Lee Soon Ae itu hampir - hampir nak membunuh kawan baiknya sendiri iaitu Soo Ji demi menyelamatkan anaknya. Di akhir sekali satu nyawa terkorban akibat tindakan bodoh Lee Soon Ae itu. Plus anak Lee Soon Ae itu pun benggong juga bila boleh termakan kata - kata manis Yoon Shi Wan yang gila itu, sedangkan dia tahu yang Yoon Shi Wan itu boleh membunuh. Lagu Tema / OST Lookout ini juga sangat best, rancak dan sangat sesuai dengan scene - scene aksi dalam drama ini, siap ada rapping semua. OST drama ini memang best, manakala ending drama Lookout ini agak sedih dan menghampakan penonton kerana watak hero drama ini akan mati. Sedangkan boleh je kalau diorang buat endingnya jadi happy ending kan, dan watak heronya selamat dan sihat.
Drama Korea, Korean Drama, Lookout, The Guardians, Drama Korea Lookout, Korean Style, Artis Korea, Pelakon Korea, Genre, Aksi, Jenayah, Korean Drama Review, Review By Miss Banu, OST Lookout, Ending, Pelakon Drama Korea Lookout, Lee Si Young, Kim Young Kwang, Kim Tae Hoon, Kim Seul Gi, Key (Shinee), Choi Moo Sung, Kim Sang Ho, Kim Su Young, Jung Suk Yong, Shin Dong Wook, Jeon Mi Sun, Park Solomon, Lee Ji Won, Polis, Detektif, Peguam, Pendakwaraya, Prosecutor, Rasuah,
Disebabkan aku tengah rajin ni, aku sertakan sekali Sinopsis Drama Lookout ini dibawah ye. Selamat membaca ye.
Mengisahkan Jo Soo Ji yang merupakan seorang detektif yang berdedikasi, dia ini ibu tunggal dan mempunyai seorang anak perempuan yang masih kecil. Hidup Jo Soo Ji mula berubah apabila anak perempuannya itu terjatuh dari bangunan tinggi lalu koma. Atas bantuan seseorang, Jo Soo Ji mula mengetahui yang anak perempuannya itu ditolak oleh seseorang dan Yoon Shi Wan adalah suspek utama dalam kes anaknya itu. Disebabkan ayah Yoon Shi Wan adalah ketua pendakwaraya yang terkenal dan berkuasa, membolehkan Yoon Shi Wan terlepas dengan mudah dari dihukum. Hal ini membuatkan Jo Soo Ji merasakan dunianya hancur kerana keadilan tidak berpihak padanya, malah anaknya juga mati tidak lama kemudian. Soo Ji akhirnya mengambil tindakan sendiri dan pergi ke sekolah Yoon Shi Wan untuk menembaknya. Walaubagaimanapun Yoon Shi Wan terselamat kerana anggota polis yang lain sempat menghalang Jo Soo Ji. Akhirnya So Ji diberkas, namun ketika dalam perjalanan ke balai polis, kereta polis yang dinaiki Jo Soo Ji kemalangan dan akhirnya Jo Soo Ji diselamatkan oleh Kyung Soo dan Seo Bo Mi yang merupakan ahli sebuah kumpulan.
Drama Korea, Korean Drama, Lookout, The Guardians, Drama Korea Lookout, Korean Style, Artis Korea, Pelakon Korea, Genre, Aksi, Jenayah, Korean Drama Review, Review By Miss Banu, OST Lookout, Ending, Pelakon Drama Korea Lookout, Lee Si Young, Kim Young Kwang, Kim Tae Hoon, Kim Seul Gi, Key (Shinee), Choi Moo Sung, Kim Sang Ho, Kim Su Young, Jung Suk Yong, Shin Dong Wook, Jeon Mi Sun, Park Solomon, Lee Ji Won, Polis, Detektif, Peguam, Pendakwaraya, Prosecutor, Rasuah,
Jo Soo Ji kemudiannya menjadi buruan polis dan dirinya bersembunyi dan menunggu waktu untuk membalas dendam pada Yoon Seung Ro dan Yoon Shi Wan itu. Dalam masa yang sama, Jo Soo Ji turut bekerjasama dan menjadi ahli kumpulan berkenaan. Manakala Yoon Shi Wan pula berasa tercabar, seronok dan teruja melihat gelagat Jo Soo Ji yang begitu menginginkan dia dihukum. Yoon Shi Wan juga turut merancang untuk mengenakan Jo Soo Ji, apa yang bakal berlaku seterusnya?. Apa pun aku bagi 8 Bintang dari 10 Bintang untuk drama ini.
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,

1 ulasan:

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017