31 Jan 2010

PO-LI-TIK....KITA...





Dah lama x menulis kt blog ni..rindu plak..hehe..

Hari ni aku terasa nak berceloteh ttg politik sikit..panassss!! gitu..haha..tapi kt sini aku x sebelah mana2 pihak..just cuba berpendirian neutral..

Kalau kita baca akhbar mesti semua tahu di Universiti2 di seluruh Negara telah diadakan pilihanraya kampus..kat sini aku lebih berfokus scenario di universiti aku dulu iaitu UM laa..pada pandangan aku,setiap kali ada pilihanraya je,mesti kecohnye kt sini..ada je benda terjadi..macam2 hal..skrg ni yg terbaru..ramai mahasiswa x puas hati dgn keputusan p/raya kt UM dan membantah secara besar-besaran dan beramai-ramai menyuarakan bantahan di DTC..emm aku akui kt Uni aku banyak yg fanatik skit ngan politk ni..bila ada p/raya je mesti kecoh..mcm2 cite negatif akan terdengar bila menjelang p/raya..

Bagi aku..aku x ambil pusing sgt laa..yg penting kita tahu apa yg kita nak..n setiap undi adalah rahsia..setiap org ada kebebasan memilih..jadi biarkan semua org dgn pilihan masing2..Cuma bagi aku jgnla terlampau fanatik sgt..kadang2 menakutkan gak,budak2 universiti leh tiba2 jadi aggresif hanya sbb p/raya..x kira lelaki or perempuan..
Bagi aku tidak dpt dinafikan politik tu penting kerana dr politik la seseorg boleh mendapat kuasa untuk mentadbir,mengarah,mengawasi dsbnya
Dengan kuasa yg ada..membolehkan kita mengalas 1 amanah..namun terpulang pada diri individu itu utk telus dlm melaksanakan kewajipannya atau tidak..

Time aku belajar dulu,waktu kempen merayu undi di kalangn pelajar la..yg paling aku rimas..nak berjalan pun x leh..asyik kena sekat je..pastu akan kena dengar la manifesto or janji2 manis para2 calon..mula2 tu mmg la best gak..tp lama2 rimas jdnyer..yg paling x best nye bila ada calon dh menang n dh pegang jawatan kekwat la plak..selalu ponteng kuliah,berlagak dlm tutorial..kerja group x nk beri komitmen atas alasan sbuk ni antara cite2 negatif yg aku dgr la..n aku pernh alami gak la bile prnh satu group dgn org cmni.komitmen hampeh yg amat..,kerja x uat..n buat hal sndiri je..bile time presentation datang dgn x prepare mende..dtg bawa diri jer..tu pn dtg lmbt grrrr…last2 just baca je handout yg kteorg uat..aadaa ke patut..!!!

Yg paling aku x leh lupa..time aku n housemate aku naik bus rapid KL utk ke Kuliah pada awal pagi..benda ni berlaku lepas dr stesen Universiti,org x la ramai sgt dlm bus tu..tiba2 calon2 p/raya yg berkenaan pergi dekat pemandu bus..n minta kebenaran utk guna Mic or pembesar suara yg ada dkt driver bus tu..so driver bus tu mula2 cm trkejut gak last2 die angguk je beri kebenaran..lgipun nasib la pkcik driver bus tu sporting lau x dh lama kena marah dh aku rasa sbb time tu rasanya pemandu bus yg baru..kalau kena kt pkck2 yg selalu bwa bus rapid msti kena mrhnye sbb ada sstghnya yg moody memanjang..haha..apa lgi bile dh dapat mic/pmbsr suara,diorang mula la berkempen dgn jayanya tnpa ada rasa segan or malu2..bagi aku diorang ni mmg berani la..aku pn x trfikir ada yg snggup or brani nk berkempen dlm bus mcm tu..masa dgr diorang berkempen..terkejut gak sbb x sangka diorang seberani gitu..n nak gelak pun ada gak..hehe..

Kite tngglkn cite psl p/raya kt UM,kite masuk pd kisah kawan2 aku lak mengenai peel dan pndngn politik mereka berdasarkn pemerhatian aku..la.
Pada pemerhatian aku la..bila tgh bersembang tu..n tiba2 topik ttg politik muncul boleh menyebabkan kita bertegang urat gak la..maklum la semua nya berasal dr negeri lain2..jd byk la yg berbeza dr segi bahasa dan lain2..aku pulak jenis yg malas nk bertekak pasal politik ni..jd lebih baik aku mendiamkan diri dan mendengar jela..sbb aku yakin kalau aku menjawab..mmg knform leh gaduh2 manja gak or terasa hati ke apa ke.
Antara kawan2 aku di UM..ramai yg fanatik gak dgn politik cuma antara kita perasan dan x perasan je..

Kadang2 tgk diorang ni pasif, lemah lembut je pun tp sesekali bercakap ttg politik uiiii berapi-rapi gak hujah yg kuar..hehe..bagi aku la..aku senang mengunakan pendekatan diam dan dengar..setuju or x setuju dgn pandangan diorang biasanya biarlah aku saja yg tahu..melihat cara aku yg sebegitu,kawan2 aku mula berteka-teki ttg pemikiran aku ke arah mana..namun aku lebih gemar berahsia.malass la nk bising2 or fanatik2 sgt..sbb pasal politik je kawan2 pun leh gaduh..lgipun member2 aku sesetghnya agak fanatik kalau bercakap pasal parti2 politik ni..kadang2 sampai memburukkan semua parti politik yg tidak disokong..bagi aku kalau x suka or x sokong x elok la memburukkan satu sama lain..masing2 pun orang Melayu..jadi x elok la bergaduh2..kalau suka sokong je..kalau x suka diam2 jela..x pyh ngumpat2 kerana apa pn kuasa mengundi ada pada kita..jadi tjukkan sokongan kita melalui undi kita..betul x!!!!????

Tu cite kawan2 aku di UM..kite cite lak perihal kawan2 aku di Penang..yg kebanyakannya member sekolah aku dulu la..kwn aku kt sini beza sikit dr kt UM. Kebanyakannya lebih kurang cam aku..la..tp ada gak sesetengahnya yg x peduli langsung hal ehwal politik Negara..bagi aku kalau langsung x ambil peduli pun susah juga..sekurang-kurangnya kena ada kesedaran jugak la..baru la ok kan..tp kalau tgk member2 baik aku..xde yang fanatik sgt la..x nmpk menonjol..mungkin diorang lebih selesa diam2 ubi gitu..hehe..
Semua lebih terkawal la..

Namun dalam ramai2 tu..ada la sorang member aku ni amat fanatik glerrr..die menyokong 1 parti ni..mula2 aku x tahu die mcm gitu..entah mcmmana dalam beberapa perjumpaan kami dlm 4org mber ketika tu,tiba2 terbuka la cite politik..tiba2 kawan aku begitu bersemangat bercerita,mengutuk habis-habisan parti politik lain.aku mmg tahu perangai kawan aku yg sorang ni..kalau jumpe die jgnla berbincang or buka cerita ttg topik politik,kalau x jenuh nak dengar n rasa sakit hati dgr pun ade gak..ikutkan malas nk bergaduh jd aku pun diam jela..bukan pe x nak memanjangkan cerita dan bergaduh…kawan2 lain yg kuar sekali dgn kami agak terkejut juga dgn sikap die.Member aku sorang lg pun x puas hati gak dgr hujahan die..so die pun mula la membankang sikit2 hujah die ni..suasana tegang gak la.last2 kami yg lain mendengar jela apa yg kwn aku ckp..manakala kawan aku sorang lagi nmpk mengantuk dan malas cmpurtgn lalu hnya mndgr dan berdiam sambil cuba bersmbang berdua je dgn aku ttg topik lain hehehe..namun dalam perjumpaan yg seterusnya..kali ni hnya kami bertiga di tempat makan ketika tu..entah mcmmana terbuka cite plak ttg politik ni..apa lagi kawan aku yg fanatik ni pun berhabis-habisan bercerita ttg keburukan parti lain sambil mendakwa die tahu semua cite yg benar dan sebagainya.kawan aku yg sorang lagi x puas hati dgn kenyataannya dan cuba menyangkal dakwaannya..namun akhirnya die mengalah krn malas nak bertekak..aku pn terasa hati gak dgn die ni krn die manyindir aku dgn kwn aku sorang lg..ikutkan nak je aku bersoal jwb dgnnya..tpi takut x pasal2 bergaduh lak n kt situ pn tmpt awam..x elok la nk bincang benda2 ni sume..akhirnya aku pn mengalah dn cuba buka topik lain.

Hehe..tu antara serba sedikit cite aku dan kawan2 aku..bagi aku kita ada kebebasan dan hak utk menentukan dan memilih..jdi gunakan hak itu..tepuk dada tnyalah selera…
Apa pun pesan aku..suka atau tidak..x perlu la mengutuk kerana masing2 satu agama,satu bangsa dan satu Negara..pada asasnya kita semua sama..berpegangla pada asasnya..insyaallah kita akan dapat bersatu..tolak ego kita..satukan matlamat kita..bertolak ansur mana yg patut..selesaikan mana yg belum selesai..cari pnyelesaian bersama..dan insyallah jalan utk bersatu pasti ada…

(sambil menyanyi-nyanyi kecil lagu situasi-dr bunkface)

20 Jan 2010

BAHAGia MunGKiN BUKAN UNTUK DiA??



Semua yang berlaku padanya bukanlah sesuatu masalah yg terlalu besar..
Namun mungkin akan menjadi masalah yg serius pada masa akan datang..

Emm sedikit hibaa…sambil ditemani lagu (dibuai rindu semalam dr screen)
Tapi xde kaitan pun lagu tu
hehe..

Semua orang menghadapi masalah..besar atau kecil bergantung pada keupayaan diri menanganinya..
Namun masalah yg aku hadapi bagi aku tetap suatu yg besar huhu.rasanya x semua dapat menanganinya jika berada dlm situasi aku..huhuhu..

Arghh hidup oh hdup..bagaimanakah nanti..bahagiakah menanti??

Itulah persoalan besar..aku berteka teki..supaya tiada siapa yg mampu memahami apa yang aku rasa saat ini..

Ingin saja aku berkongsi semuanya meluahkan segalanya disini..tapi aku x mampu kerana aku bukan jenis orang yang sebegitu..

Aku seorang perahsia..dalam dunianya sendiri..baginya tiada siapa yg mampu memahaminya walaupun dirinya ingin dimengerti..

Masalah ini bukanlah pasal cinta or kerjaya tapi melibatkan lain yang akhirnya akan bersangkut paut jugak..

Lagu puisi hamba dari ella menjengah di telinga aku di saat ini…

Kadang2 aku ingin menjadi orang lain..kerana pada pandangan aku orang lain lebih sempurna dari aku..huhu

Rendah diri kah aku??tapi kenapa??..adakah sebab fizikal aku yg besarr??
Emm mungkin juga..tipula kalau aku x kata x kisah kan..aku x nak jd hipokrit..tapi tu bukan sebab utama kerana aku boleh terima diri aku seadanya.
.terpulang pada orang lain leh accept me as I am or not..ada aku kisah hahaha..

Bagi aku pasal berat badan bukanlah masalah besar bagi aku..coz kalau nak kurus diet je la..apa yg susah..bak kata org dimana ada kemahuan disitu ada jalan..Cuma aku je yg malaz diet2 ni huhu.

.tapi seriously x senang la utk menjadi org yg berbadan besar kena byk brsabar gakla dgn kutukan or sindiran org..huhu..rasa rendah diri tu x pyh ckp la..of course la ada walaupun x byk sgt tp ttp ada..

However..ini adalah SahBanu Osman okey..!!
Don’t play2 with me..!! hehe

Cewahhh tjuk garang la plak..

Aku akui aku ada masalah panas baran sikit..huhuhu..buruk bebenor laa lau cepat marah ni hehe..sensitip+sesentap..istighfar2x…supaya aku lebih bersabar hadapi semuanya..
Aku x kan biar org yg senang2 nak memperlekehkan aku or berani nak kutuk2 aku..try la lau berani..aku x kisah lelaki or perempuan..kalau xde adab sopan bile brckp dgn aku mmg korang silap besar la…aku x nafikan mungkin sbb sikap aku ni ada gak laki yg takut ngan aku hahaha!..well x kenal maka x cinta ;)

Takut lak aku baca statement aku tuh huhuhu..
Aku senang je..lau org baek ngan aku..insyaallah aku pun akan amat baik ngan lembut ngan org tu..tp lau sebaliknya sendiri mau ingatla..

Entahlah..(kadang ku kuat setegar karang..kadang ku rapuh,lemah,liar,meranaaa-lirik lagu aku wanita biasa dri Kris Dayanti)

Kenapa sentimental lak ni huhu..entahla..aku takut mengahadapi masa depan..
Bila aku hilang segalanya..bila aku seorang diri..(bergenang air mata)
Disaat kedua ibu bapa aku tiada……terutama ibuku….
Apa yg bakal terjadi padaku..
Aku x kuat utk itu..sungguh!! aku x kuat utk hadapi saat itu..huhu


aku kalau bercerita ttg ibu bapa aku..memang aku emosional giler2 nyer..
tapi dah la..malas nk sedih2 ni..cukupla sikit2 layan perasaan nih ..

berbalik pada masalah aku..huhu..memang teruk..emmmm……..

x tahu nak guna ayat or perkataan apa utk mengambarkannya..
hanya aku yang tahu…
jiwa kacau..
emosi pun kdg2 x stabil..
kenapala jadi kat aku…why,why n why me…mungkin ujian untukku..tabahkan lah hatiku ini ya ALLAH…………………

moga cepat hilang la masalah aku..

doakan aku ye!!!!!!!!!!!!!!! Huhuhuhuhuhuhuh……………..

diakhiri dgn Wassalam (kini lagu Ku PinjAM satu Bintang bermain di telinga aku skrg nyanyian Alyah n Riz)diikuti lagu DengarkanLah-Amy Mastura n Glen..


p/s=hormat pada orang yang menghormati kita..

10 Jan 2010

KeTiDakADiLaNkaH ini..??kiSah WarGa PEnAnG..


Bendera PuLau PiNang

Selepas tamat belajar pastilah ramai yang akan mencari pekerjaan..x kurang juga yang menyambung pelajaran ke tahap yang lebih tinggi lagi..
Namun pada masa sekarang bukan senang nak mencari kerja..maka dengan itu ramai la graduan yang masih menganggur..hal ini turut berlaku pada aku dan juga sebahagian besar pada kawan-kawan aku..
Pada awal bulan November 09.aku dan 3 lagi member aku iaitu 2 berkelulusan tahap STPM dan dua lagi termasuk aku berkelulusan Degree..pergi mencuba nasib memohon utk guru GSTT (Guru sandaran tidak terlatih) saja nak mencuba nasib..aku teringin juga nak merasa pengalaman menjadi seorang guru kalau ada rezeki..x kisahla walaupun sekejap..lagipun berdasarkan kursus yg aku ambik di Universiti amat sesuai utk menjadi seorang guru..walaupun ramai yg ckp menjadi seorang guru kerjanya banyak..bukan setakat mengajar tapi kena buat macam2..
Contohnya dari urusan pentadbiran,sukan,kokokurikulum,sambutan sesuatu majlis dan sebagainya..Namun belum cuba belum tahu kan..

Kawan-kawan aku yang tinggal di Kedah,Kelantan,KL agak senang dan ramai juga yg berkesempatan menjadi guru ganti..namun rezeki tidak berpihak pada aku dan rakan aku kerana sampai kini masih belum dipanggil..kenapa la di Penang susah sgt nak dipilih..banyak juga khabar2 angin yang aku dengar bhwa orang yg bertanggungjwb yg memilih calon2 guru gstt lebih gemar memilih calon dari negeri lain terutamanya dari pantai timur..berbanding org Penang sendiri..sedangkan kami lebih berhak..huhu..aku bukan nak bersikap kenegerian just hanya inginkan keadilan je..tapi ni just khabar angin la x tau la betul ke x..wallah hu alam..Cuma diharapkan hal ini tidak benar la..sebab yg ruginya anak Melayu juga bukan orang lain gak..namun mungkin gak belum rezeki kami lagi kot..aku paling suka kalau dapat mengajar subjek sejarah la hehe..aku nak tanamkan semangat patriotisme dan cintakan ilmu sejarah dalam diri para pelajar..cewaaah angan2 tinggi la plak hehe..

Ada juga yg menyuruh kami selalu call utk bertanyakan status permohonan kami bgi menunjukkan yg kami semua amat berminat dlm kerjaya perguruan ni..tp bile call pun diorang x Tanya nama or ambik nama pun so cmne la nak membuktikan kami ni smemangnya berminat..adoiiyaii paling tidak pun ayat ni akan kuar “adik nanti bile ada kosong kami akan panggil” ni antara ayat popular laa haha..well tp mungkin gak persaingan byk jd jwatan yg ada mmg penuh..aku x kisah la kalau org penang sndiri yg diberi peluang dan banyak mengisi jwtn menjadi guru tu..tu x pela gak..tapi kalau sebaliknya cmne??sape nk jawaab???apa gunanya jdi rakyat Pulau Pinang tp diabaikan dari aspek pengambilan calon utk sesuatu jawatan..hal ini turut berlaku dalam MPPP..aku x tau betul ke x..tp ramai yg berkata begitu..akhirnya org melayu Penang juga yg rugi..entahlaaa..

Well awal Januari yg lalu..kami bertiga..telah pergi sekali lagi ke tempat berkenaan.
Kami ke kaunter..tp layanan hampeh tul..mana slogan “budi bahasa budaya kita” tu..kawan aku sorang lagi naik angin dgn jwpn petugas kaunter berkenaan..nasibla salah seorang pegawai yg bertugas disitu adalah bekas Guru BM kami ketika form6..setelah mendapat num telefon cikgu kami ni…kami pun call tp x diangkat..akhirnya kami sms jer la..pastu dibalas..kami akhirnya dapat berjumpa dgnnya..serta brsembang-sembang dgnnya..seronok juga dapat la serba sedikit tips2 temuduga..namun jgn salah sangka lak..niat kami hanya ingin berjumpa dgn bekas guru kami jer..lagipun die xde kuasa utk memilih kami kerana kuasa memilih bukan diputuskan oleh beliau..x kisah la tu janji dapat jumpe..n kedatangan kami x la rasa sia2 apabila mendapat serba sedikit info,nasihat dan tips..berbaloi la juga datang..jadi x tau la dapat ke x..bergantung pada rezeki…tp susah juga kalau jd guru gstt kerana bila tamat tempoh kontrak..kite kena uat permohonan semula..hbis kontrak buat lg prmohonan…pendek katanya kena mengulangi proses yg sama berulang kali..sebab guru gstt ni bukan sesuatu yg tetap..tu yg x bestmyerrr..tapi gaji die mantap gak la..Cuma sayang ianya bukan sesuatu yg tetap tetapi bersifat sementara je huhu..tp xpela janji dpt gak pengalaman..tp mampukah aku nak handle budak2 sekolah ni?? Terutamanya budak sekolah menengah??tmbh2 kalau dpt yg nakal2 tu??haha beta pun x tau nak jawab sebab x de pengalaman..entahlaaa..mungkin sakit jiwa la gamaknyer beta nanti hikhikhikhik..

Pkir2 balik nak kena bayar hutang ptptn lagi..kena ada duit wooo..huhuhu..apapun kite doakan yang terbaikla utk semuanya..
Tu antara cerita terbaru..ni satu lg cerita yg agak x la baru sgt haha tp berjaya gak membuatkan aku bengang sekejap haha..aku ritu dh berjaya dipanggil utk diinterview oleh 1 institusi ni la.utk menjadi guru gak..kami kena uat Micro-teaching la plak..ni first interview aku la..dah la tempat interview tu kat ceruk rantau..membazir duit teksi sapu jerr..aku sampai awal..tp disebabkan kena ikut senarai nama trus aku jd second last..punya lama menunggu..dgn lapar, gemuruh sume ada..patutnya sape yg datang dulu la dipanggil tu baru adil..ni ada yg dtg lmbt yg amat!! tp dpt lak giliran awal..bukan ke datang lambat tu boleh dikatakan x berdisiplin..faktor kelewatan patut diambil kira..kerana nak jd seorang guru kenala tjuk contoh yg terbayeeekkkk..huh!

Dah la ni first time interview aku..persediaan mmg x ckup..bole plak aku x uat rancangan pengajaran haha..pi cmtu je..mana la aku nak tau ingtkan rncngan pngajaran tu benda ape ntah so aku pun releks jer la hehe xde sape yg gtau aku or yang boleh aku rujuk..jd bile pi sana panic la gak..tp bedal la..punya lama menunggu..kata waktu diberi utk calon 15 minit jer..ni ada je yg masuk sampai setengah jam..aturan ape cmtu..kalau dh tetap 15 minit tu dah la..ni x,ade yg dapat masa sekejap ada plak yg dapat masa lama..x adil laa.yg jenuh nak menunggu tu sape..aku gak…ada gak budak2 yg dh kuar dr bilik interview tu konfident je rasanya..happy jer..nmpk cm berlagak dapat pun ada gak..ek eleh last2 aku dpt tau x kena panggil gak utk second interview..

Bara tul aku nak menunggu..bila tiba giliran aku…aku pun prgila kan.ramai yg pesan kena konfiden gilerr..berlagak cm cikgu..Masuk2 bilik tu aku tengok penemuduga tengah kusyuk makan tengahari dalam bilik tu..adoiiyaii diorang leh sedap2 lak dok makan..aku ni stgh mati dok menunggu+lapar+nak ke tandas+nak balik semua pun ada diorang x tau pn..Kalau nk makan pun makan la dulu jgn la panggil calon masuk lagi..rehat la dlm 10 minit ker..ni x terus panggil aku..bile aku bentang mcm x tumpu perhatian pun ada gak..depa khusyuk dok mkn..dh la aku gelabah giler..maklumlah first time la katakan..aku pun membentang..tergagap,x ingat nk ckp pe..apa yg aku hafal trus lupa..blank gler..last2 tgk slide jela dan baca dr situ..sume pun ada..Ni ditambah lgi dengan soalan2 tahap bangang yg dituju pada aku membuatkan aku terus Down..semangat hilang melayang..
Aku menjawab soalan pun mula merapu..suara aku pun mcm nyaring nk marah pun ada..tp sbnrnya aku x marah pun time tu sebaliknya rasa kecewaa...pastu bile dh ckup 15 minit trus die suh berhenti..huhu x adil tul..sedangkan bukan byk slide lg yg tggl..mmg tahap keyakinan time tu dh hilang dh..soalan terakhir yg die tnya kt aku adalah ni : “ada apa2 nak tanya x” ingatkan aku nk gak tnya apa kelemahan aku kt diorang tp x nak la nanti depa kutuk aku kaw2 lak..lgi keciwa aku nanti..jd aku geleng kepala jer pastu blah..masa kuar bilik tu aku dh down gler..tp control gak la sbb nak kena isi borang lg n terpksa jumpe calon utk sesi petang yg dtg lak..jd uat muka slumber n muke x bersalah lah bile jmpe diorang hahaha…senyum2 gitu haha..hipokrit lak jdinyer haha..

Pastu kuar dri bilik tu muka aku kembali masam+geram+x puas hati+kecewa ..aku menuju ke arah mak aku yg setia menunggu aku dr pagi hingga la selesai semua..tp aku x tjukla rasa kecewa aku tu..aku uat biasa jer..pastu kami menaiki teksi sapu utk pulang ke rumah..pakcik teksi sapu tu pun turut menunggu aku dr pagi..bile die dah tggu duit teksi pun meningkat la..sbb die menunggu..dekat RM60 gak la kena bayar utk pergi dan balik..huhu..cian gak kat mak aku sbb susah pyh tggu aku..tp aku gagal dlm interview tu..masuk2 keta aku mmg kecewa sgt2..asyik terbayang peristiwa diinterview tu je..aku amat keciwa tp xdela sampai menangis..apa hal nk nangis utk benda ni..membazir air mata aku jer..Cuma just rasa kecewa jela..aku kecewa ngan diri aku,kecewa ngan penemuduga..kecewa ngan ketidakadilan yg berlaku..dalam prjalanan pulang mak aku sampai tertidur dalam keta…

Masa dh balik tu mak aku ada cite kat aku bahawa ada org tnya kt mak aku “xde orang dalam ke”baru senang sikit nk dpt” org yg bertanya ni pun rasanya bekerja kat situ gak..x adil laa kalau nk guna org dalam..baik x yah buat temuduga kalau cmtu..sesungguhnya ketidakadilan berada dimana2 jer..jadi bile dah balik umah aku dah tau mmg jgn harap la nk dpt interview yg kedua nya..mimpi di siang hari la jwbnyer..byk gak member2 sms aku tnya..mklum depa confident leh dapat kot..so bile tau result dh kuar aku cool jer sbb mmg tau x dpt..kwn2 ku yg lain dh gelabah nk tau result..tp ramai yg x dpt dr dpt la…tp ape pn aku tau komunikasi aku mmg kureng la.aku x pandai nk bercakap or menerangkan sesuatu secara spontan tanpa dirancang terlebih dahulu..aku ni jenis yg kena merancang..apa yg nak dibuat kena dirancang terlebih dahulu..kalau nk spontan2 ni,beramah mesra,berpura-pura,berlakon sume ni aku mmg x terror la..aku ni boleh diklasifikasikan sebagai pendiam+garang hahaha..yeker?kombinasi yg pelik..kalau nak suh aku beramah mesra,nk bersembang mcm makcik2,mmg aku x reti..

Cmne lak nk perbaiki komunikasi aku yer..susah gak..kt rumah aku nk beramah mesra ngan sape je..aku anak tunggal..selalunya aku buat kerja aku sendiri jer..x ganggu sape pn..x kan nk suh aku berlakon jd guru kucing lak hahaha..kucing kt umah aku pun degil2..selalunya aku kena jerit2 baru depa nk dgr cakap hehe..nk harap rakan2 pun payah..ramai dok jauh..kalau yg dekat pun busy memanjang..so apa kes..haha..sbb tu aku boleh dikatakan pendiam gak dgn org yg aku x kenal or x biasa..tp kalau dh kenal mmg bising gak aku ni..hehe

Tu la antara kisah aku/pengalaman aku utk kali ni..lain kali cite lain lak hehe..


p/s: PerCaYa PaDa diRi..then U can Do iT…




ramai kata muka aku cam anak mami..ye ker??kalau org kt sebelah aku dlm gmbr ni btul la tu..tp kalau aku cam musykill skit..ada rupe cmtu ke??
sorang lagi dlm kategori anak mami hehe..aku lak dlm kategori mana??haha
p/s dgn diorang ni la aku gi sama2 pi hantar borang pemohonan utk guru gstt..muka kteorg ada potensi jdi cikgu x?hahaha kwang3x..tp gmbr diatas tu diambil time kteorg pi lepak2 dan gi tgk wayang heee..

9 Jan 2010

SEMPoooiiiii jerrr

MENANTI - MILA

Kesunyian hati ini sendiri ku menanti
Sesuatu yang tak pasti darimu….darimu..ooohhhh

Ku tahu dirimu tak bisa ku miliki
Meskipun ku tak kan henti mengharap
Kan hadirmu..oooohh

c/o Menanti, terus menanti dirimu,
Dan tak ingin ku berpaling
Meski hanya mimpi..
Menanti, ku menanti cintamu..
Kan kembali padaku
Mungkinkah semua ini terjadi…

Sejak pertama melihatmu,
Berdua dengan kasihmu..hancur luluh sudah..
Harapan hati ini..
Ku tahu dirimu tak bisa ku miliki
Meskipun ku tak kan henti mengharap
Kan hadirmu..oooohh
Ulang c/o

Biarkan ku nikmati bayangmu2x..
Biarlah hanya malam temaniku.

AnAK GEMBALA

Oooo..akulah anak gembala..
Merentas segenap desa..
Ke gunung, padang dan lurah
Dari pagi hingga senja
Berbekalkan tongkat rotan, rotan jati dari hutan..

Oooo.. akulah anak gembala
Merentas sungai dan rimba
Beginilah tiap masa,tapi hatiku gembira
Bertemankan kambing tua
Lembu jantan dan betina..

Ibu sangat sayang kepadaku..
Membekalkan pengat dan susu..
Untuk mengalas perutku…
Ayah..memberi seruling tua
Untuk menghiburkan hati
Bila terasa sunyi..

Oooo tiada siapa yang tahu
Nun jauh tinggi di gunung
Buah hatiku menunggu
Gembala seperti aku
Dia suka kepadaku
Aku suka kepadanya….


SEDAR –SHIMA

Pergilah jauh andai itu yang kau mahu
Tidak ku halang jika benar pilihanmu
Tak guna dirajuk,di benak perasaan
Kelak padahnya menyeksakan

Tidakkan teguh pertalian yang dibina
Andai jiwamu masih lagi nun disana
Tak putus mengenang pada dia yang hilang
Dimana tempat ku sebenar

Aku sedar kewujudanku padamu
Tiada lebih dari itu
Hanya sekadar penampan ruang luka
Disaat dikau tak punya siapa

Kini masa terbukti..
Kejujuran dihati..
Pergi jangan dipandang
Mungkinkah disana kau temu jalannya..


CINTA TERGADAI –ALIF SATAR

Jika cinta ini tak berbalas tak membekas dihatimu
Aku pun mengerti…
hatimu telah kau berikan kepadanya
Bukan sakit bukan dendam
Tulus cinta ku ingin kau bahagia.

Cukuplah aku mencintaimu.
Sampai disini tergadai lagi
Biar ku tempuh hidupku tanpamu
Dengan jalanku sendiri..

Ku tak kan sanggup terluka
Ku takkan rasa terhina
Tulusku cinta ku ingin kau bahagia………..


BASIKAL TUA – SUDIRMAN

Riang hatiku badan bertuah..
Punya teman yg comel dan manja..
Berjanji akan selalu bersama
Menemaniku sepanjang masa

Aku hidup serba sederhana
Tiada harta tiada rupa
Hanya yang ada budi bahasa..
Harta sekadar basikal tua

Orang biasa…basikal tua….2x

Walau kemana ia meminta
Ku bawa dengan hati yang bangga
Senang melihat dia ketawa
Duduk dipalang basikal tua..

Biarpun aku hidup begini
Berbasikal pada tiap hari
Namun hatiku riang selalu
Tiada hutang datang menganggu

Angan2 ku disuatu masa
Basikalkan ku tukar kereta
Tapi kekasihku tak setuju
Mungkinkah dia rasa cemburu

Orang biasa..basikal tua…2x

TAHAJJUD CINTA –SITI NURHALIZA

*Kau datang ketika duka dan bintang bercahaya
Tunjukku ke jalan syurga..2x
Ku haus ditengah laut
Lemas mencari tempat berpaut
Kirimkan aku kekuatan
Tetap pedoman di kesesatan

Ku sunyi dalam gembira
Perit pedih tanggung derita
Sumgguh aku bukan wali
Yang suci dari hina dan benci..

Ulg *

Terlalu lama aku mencuba
Terlalu banyak cinta yg ku damba
Tiada yang sempurna hanyala fana
Tuhan ampuni hambamu.

Ulg *

Ku rebah di dada malam
Memecah dendam yg lama diam
Ku tanggalkan baju dunia
Dakapku dengan selimut syurga
Ya tuhanku hanya padamu
Tempat mengadu segala rindu
Limpahi ku rahmat kasihmu
Dalam tahajjud cinta bersujud..


Ni antara lagu dan lirik lagu yg aku suka..hehe mesti ada yg tnya lirik tu ada kaitan ke dgn aku ke hehehe..no komen haha lalalaa..pikiaq la sendiri..

3 Jan 2010

PENciNtaaa NoVEL..



Gambar diatas tu adalah sebahagian daripada koleksi novel yg aku ada..gmbr tu dh lama ambik..skrg ni lg byk..nk susun pun susah..hehe
Aku suka membaca novel..tp aku lagi suka baca buku2 sejarah hehe..buku2 cerita lain dan mcam2 lg..bak kata iklan tu “bangsa membaca bangsa berjaya” chaiyok2..
Namun demikian harga sebuah novel bukan la murah ye..1 novel pun dekat2 RM 20..huhu..kadang2 tu bolehla beli..tp x leh selalu..pokai laa den..
so kalau dh bowink tu n xde duit nk beli novel bru baca balik la novel2 lama yg ada yg mana aku dh x ingt jalan cite dh..so baca la balik..pastu simpan.hehe

aku lak jenis yg suka baca buku yg masih elok kualiti buku trbabit iaitu buku tu x rosak,x koyak,masih cantik n nmpk cm baru jer..walaupn dh bertahun dok tersimpan..pendek kata aku ni jenis yg ‘menjaga’novel aku..kebanyakan novel yg dh lama aku beli masih elok keadaannya..kdg2 nmpk cm bru..tp ada gak yg terlerai muka surat tu..hehe..tp sikit je la..
yela harga sebuah novel bukannyer murah..so kena jaga betul2 la..kalau cmpur semua harga novel yg aku pernah beli mahu cecah ribu rngt pe..huhu..mak aku selalu gak bising bile tgk aku beli novel..die ckp mbazir jer hehehe
tp nasib aku beli kdg2 jer..

mesti ada yg kata baik pinjam novel kawan..lg bgus..kan..nk uat cmne member2 aku kt penang ni bukannya kaki novel..aku sorang je pun..diorang jenis yg x suke membeli novel mungkin jenis suka membaca jer..so x leh nk uat pe..nk tukar2 novel pun xde sape..alih2 beli sndiri,baca sndiri,simpan sndiri..sng cite hehe..Cuma kdg2 tu ada la mber yg nk pnjm novel aku..aku bagi jela..tp kdg2 je bru die pnjm..x selalu pn.
Berbeza dgn member2 dan housemate aku masa kt UM dulu..hampir kebanyakan dr diorang mmg hantu novel..seronok gak..bole tukar2 novel baca..ada geng kaki novel..so bile dah balik penang ..emm xde org utk berkongsi minat tu..mungkin sbb kebanyakan mber2 di png dh kerja..ada yg dh khwin jd busy dgn khdpn masing2..so bile balik penang lonely la plak..haha..nk kuar dgn member yg dh kerja kt sini pun punya la seksa..nk kena hntr sms berkali-kali pun blum tntu nk reply..susah tul nk uat appointment..
Well what to say..Lu Pikirlah Sendiri..huhuhu


pesanan:hargailah apa yg kita ada skrg..

1 Jan 2010

ALL the Time In UM..


bergambar ramai2 di dewan kuliah A..


Trip to Apm...letih jalan..posing kt tngga Apm jap hehe..



with Ain di bilik die..masa kt KK-4 dulu..hehehe..


Hehehe..saje je nk imbas sejarah aku masa kt UM dulu..
Masa masuk UM ni adalah pengalaman pertama aku duduk jauh dr keluarga,kena brdikari sume..and aku berjaya handle sume ni..mungkin pd awalnya aku susah nk sesuaikan diri dgn makanan dan persekitaran..tp akhirnya xde masalah.
Aku akui hidup aku di Kolej KK-4 agak boring..aku jenis yg memerap dlm bilik..jarang kuar melepak kt bilik org lain..Cuma kdg2 tu adala..tp jarang la.n aku juga jarang kuar gi jalan2..yela aku x biasa dgn jalan2 kt KL ni kang sesat lak hehe..member 1 kos aku pun mmg jenis yg jarang kuar gak..tpi xde la teruk cm aku hehe..


Aku mmg jnis cmni..kalau xde hal..aku lepak kt bilik je dan uat hal aku sndri..boleh dikatakan aku x kisah pun sorang2 dlm bilik..lau bowink layan tenet,dgr lgu dsbnya..Cuma lau xde tenet jela boleh giler dibuatnyer hehe..
Masa kt KK4 ni ain yg dok bilik hujung yg sama kos ngan aku antara pelawat setia bilik aku hehe..kalau die bowink gerenti die mai lepak kt bilik aku..kdg2 kteorg mkn sama kt blik aku..rindu plak saat2 melepak sama2 tu..

Mungkin setengah org x boleh kalau duduk sorang2 dn uat kerja sndiri msti rasa boring..bgi aku releks jr..aku dh biasa hehe..roomate aku time di KK4 ni kire okey..xde masalah ngan diorang..senang ngan diorang..diorng ni sempoi jer..x byk ragam jd x rasa tension la duduk dlm bilik sama2..masing2 tolak ansur..kalau nk bukak lampu utk study tgh mlm pun diorng ok jer..bole tolak ansur..mknanya xde masalah la ngan diorng..x de gaduh2 n sbgnya..so aku kire bertuah gak la dpt diorng jd roommate aku..sbb diorng baik dn btolak ansur..byk gak kenangan manis dn klakar ngan diorang..rindu plak aku kt katil aku yg empuk tu dan suasana bilik dn tingkap c106 tu hehe.. ;)

Tp cmne pun kiteorg just skdr roommate jela..kteorg x brp rapat sgt smpai leh kongsi hal2 pribadi ni..lgipun aku low profile.rasanya x pernah kiteorg kuar sekali gi jalan2 sama2 luar daripada kolej.paling kurang pun just jalan sekali pi dwn makan jela hehe..kdg2 jeles la gak tgk dalila n roommate die rapat gler..smpai x leh berenggang hehe..tp x kisah la selagi xde masalah yg timbul kire okla tu..n diorang pun baik2 orgnyer..masa aku sakit dulu diorng gak yg tolong..(insyaallah aku x lupa kenangan bersama)

Setelah hampir setahun di KK-4,kena la cari umah sewa..x dpt dok kolej..cuak gak mula2 nk duduk luar ni.yela mana nk nek bus lg..lau dok kolej sng je jalan kaki je gi fak..akhirnya umah sewa telah dpt dicari..hnya perlu mcri mber2 je..5 org sudah dpt..kbnyakan mber2 1 kos ngan aku (minor dan major)..2 org lagi budak fak lain..
Bila di tahun ke-2..hari pertama di umh sewa..sesi mencari bilik..malangnya aku dtg agak lewat..jadi 2 bilik yg besar tu telah diambil oleh housemate aku..huhu akhirnya aku dpt bilik yg paling kecik di hujung skali..mmg kurang selesa utk dihuni oleh 2 org..kalau kt umh lain bilik yg hjg tu diorng uat stor je x pun jdikan tmpt sidai baju..barang aku banyak tp bilik kecik..jd barang selebihnye aku letak kt hall jer la..

mula2 penin gak nk sesuaikan diri ngan ruang yg sempit tu..susah gak la..x bole nk meniarap or baring sesuka hati sbb susah lak roommate aku nak lalu nk kuar masuk..sbb aku dok dkt ngan pintu..manakala roommate aku lak dok dkt ngan tingkap..jd agak susah la utk aku pergi ke tingkap or utk sidai kain or bju ditingkap sbb susah nk melngkah dan sbgnya. Akhirnya aku biarkan jela roommate aku guna tingkap tu sepenuhnya manakala aku lak banyak guna dinding bilik..sngkut mcm2..mmg sempit..tp kiteorg tolak ansur..jd xde masalah la..roomate aku pun baik, jenis memahami, bertolak ansur..jd semuanya brjln lncr smpai ke akhir..

walaubagaimanapn bilik tu ada gak kelebihan walaupn kecik..firstnya bilik tu x gelap,cahaya matahari masuk,jimat letrik waktu pgi dn ptg hehe..kedua bilik tu kecik tp kipas anginnya paling kuat berbanding bilik2 lain hehe..sejuk je..hehe..ketiga bilik tu senang nk belajar sbb dikongsi dua org je..jd x bising sgt,kerenah x byk.study pun ilmu sng masuk otak,kirenya bilik tu tenang utk study. Keempat bilik tu dekat ngan toilet.jd x pyh nk berebut toilet sbb bilik aku paling dekat hehe..jd aku sng masuk dulu hehe..maka akhirnya jdila bilikku syurgaku hehe..

Disebabkan bilik kteorg sempit maka housemate aku yg lg 5 org tu jaranglah dtg bertandang kcualila lau ada hal..maklumlah sempit..kalau stkt sorang tu bolehla..cthnya kdg2 ada 1 org ni akan lepak kt bilik aku jap utk tgk vcd bile bowink..tp kalau rmai2 nk tgk vcd kena tgk kt bilik diorng la x pun kt hall.hubungan aku ngan roommate n housemate aku xde masalah semua ok jer..Cuma bila dalam bilik aku selesa tutup pintu..bukan pe malu..ruang pn sempit..n diorng mmg akan lalu kt depan bilik aku utk ke sinki or toilet..jd aku selesa tutup pintu..roomate aku pun jenis yg selesa berada di dlm bilik sendiri..Cuma kdg2 die study kt hall..manakala housemate aku yg dok kt bilik besar tu mmg x tutup pintu dh kecuali time tdo..so kdg2 budak2 yg dok kat bilik besar tu selalu la lepak sekali lau boring2..manakala aku malas lak nk gi menyibuk..tmbh2 kat umah kteorg tu xde tv or internet…jadi korang bayangkanlah tahap kebosanan kami semua..

Selalunya aktiviti utama dgr radio,bersembang,buat kerja dan study..namun biasalah salah faham dan perasan x puas hati tu x dpt dielakkan la..tmbh2 duduk ramai2..namun apa masalahnya x pyh la nk cite..benda dh berlalu..semua dh settle..
Tetapi yg x bestnya kt umh sewa tu adalah tuan umah..byk masalah la..byaran air dn elaktrik penyewa terdahulu tertunggak sampai kena potong..akhirnya kami yg jd mangsa..pernah seminggu xde letrik,Air pun pernah xde sampai 3 hari…rasa geramm jer ngan tuan umah..nsib la kteorg ni bukan yg jenis pns baran..asyik sabar jela jwbnyer huhuhu…aku yg paling x suka nk buat adalah memasak huhu..kalau suh makan je aku nak la hehehe..makanan wajib yg perlu ada kt bilik aku adalah Maggi TomYam dan Coffee Mix..nyum nyum nyum..pekena panas2 nyer..sodapppp..buka paket..masuk serbuk tuang air panas jer..tula makanan tersimple dn paling sng nk buat ditmbh sedap juga utk tekak aku hehehe..

Kalau bulan puasa best juga..Cuma waktu sahur x semua nk bangun..tp waktu berbuka puasa sume akan berbuka dan makan sama2..meriah gak la..kalau bukan bulan puasa..kteorg makan ikut sape yg lapar dulu mkn dulu la..yg x lapar lg mkn kemudian..mcm tu la hehe..ni antara cerita gaya hidup aku dan member2 semasa di Kolej dan di Umah sewa semasa masih lagi bergelar Mahasiswa UM..hehe..ikutkan pjg lg nk cite n detail..tp disebabkan x nk la timbulkan sebarang kontroversi cukuplah cerita tu dibuka sampai sini jer hehehe..

Manakala pada waktu kuliah lak..aku sering berada ngan nor,nurul,dalila dan rina..kami berlima..antara yg aku x leh lupa adalah time aku ngan nurul nk ponteng kelas Gender hikhikhik..nakal skit kteorg ni..hehe..actually kelas gender selalu start waktu petang..dn petang2 ni biasala mood xde semangat pn hlg ingt nk balik jer..tmbh2 nk tggu bus waktu petang ni seksaaaa weiii..n pensyarah gender lak ada 2 org..diorng masuk gilir2..1 lg agak garang manakala 1 lg sporting..so aku dn Nrul uat pakatan..kteorg x tahu pensyarah mana yg akan masuk kelas hari ni..jd kteorg mengendap dr jauh tgk pensyrh mana yg masuk..kemudian nmpk pensyarh yg sporting yg msuk ..apalagi kteorg pun nk cbut ngan sng hatinye la hehe..dlm dok berjalan nk menuju ke stesen bus ternampak plak budak laki yg ambik 1 kelas yg sama ngan kteorg tgh nk menuju kearah kelas..kteorg yg terperasan akan die terlebih dahulu dgn serta merta U-Turn kearah bertentangan dan pusing balik sebelum melencong kearah Bank hehe..rasanya die x perasan kteorg pun sbb die selumber je masuk kelas..hehe pkir2 balik kelakar la plak.siap nk smbnyi2..ish2x..bile line dh clear kteorg pn menuju ke fakulti kejuruteraan utk tggu bus..semasa on the way kesana..nrul berasa bersalah ponteng kelas..mulut die x hbis2 sebut jahatnye kite ni..tp yg klakarnya kaki die laju je melangkah ke stesen bus utk pulang hikhikhik..x lama tu bus mai..aku pn nek dgn sng hati krn org x rmai hehe mnakala nrl pulang ke kolej die..pasal kehadiran kelas tu kteorg ada member tlg tndatgn kan hehehe..so selaamat laa..haha..Ni antara benda nakal yg aku buat la..tp ponteng kelas tu amalan biasa la kt mana2 fak pun..Cuma jgn jdi ikutan la..rugi la x dpt ilmu..

Ada gak kes tragis yg brlaku kt aku ngan housemate aku merangkap cousemate aku ni..masa ni kteorg ambik subjek luar fakulti kt Apm(Akademi Pengajian Melayu)..n waktu ni kteorg ondway nk balik ke fakulti sastera sbb kteorg ada tutorial pkul 5 nti..masa ondway dr Apm..hujan lebat..basah sume ada..kami berjalan dlm kump seramai 5org..kasut licin jd aku pn trpksa jln slow ler..tiba2 2 org kwn aku yg kongsi payung sekali ni nk memintas aku..x kisahla tu.tp yg x bestnyer..die terpijak sekali kasut aku smpai tali putus weii..dahla masa tutorial pasni aku nak kena uat presentation..kasut lak leh putus..yg paling buat aku bengang die dh terpijak kasut aku smpai putus..die ckp sorry pastu boleh blah cmtu jerr..die trus jalan tnggalkan aku kt belakang terpinga-pinga just like that..kurang2 jalan la sama2 ngan aku ke,apa ke..ni slumber blah cmtu..terus diorng jalan laju kedepan..mmg baran aku x dpt dibendung la..marah tul aku tgk die tgglkan aku cmtu je..terus aku menjerit nama kawan aku kuat2 dan kata kasut aku putus..mmg kuat la aku jerit..sampai kawan aku yg jauh didepan sampai berhenti toleh ke blkng tgk apa yg jd..dlm 2 kali gak la aku jerit nama kwn aku..nasib xde org kt jalan tu sbb hujan tggl aku dn kawan aku je la yg tau..masing2 terkejut dgn tindakan luar sedar aku hehe..aku pn x sangka power gak suara aku ni hihihi..mklumla dh geram..kawan aku yg bersalah tu dh rasa serba salah..die pun toleh belakang dn mcm nk nangis dh..tp die x berhenti n terus berjln laju2..namun die mmg terkejut dgn jeritan aku pd die..dan rasa bersalah dn nk nangiss..n aku rasa die mang akan ingat kot peristiwa ni spnjng hdup die..hehe

Actually aku x berniat nk jerit kat die..tp entahla time tu rasa mmg marah jd utk kuarkan rasa marah teramat sgt tu aku trpksa la buat mcm tu..huhu…dengan kasut aku yg terputus terus aku berjalan juga dan berada paling belakang skali…manakala yg lain terus melangkah laju..mood aku dh rosak truk..x tau nk bentang cmne dh nti..masuk bilik tutor aku mendiamkan diri krn amat mrh..kawan aku yg lain turut berdiam diri..akhirnya dgn perasaan bercampu baur, aku dan sorang lg rakan pun membuat presentation..emm mmg teruk gak presentation kteorg..soalan x dpt dijawab..merapu la,gugup sume ada..malang tul la hri ni..setelah selesai presentation kena jalan gi fak kejuruteraan lak utk tggu bus..kena jalan jauh lagi huhuhu..tabahkan hati jalan la jugak..msa pjalanan sempat gak aku luahkan ketidakpuasan hati trhdp 1 org lg mber yg ada disitu..masa ni aku hnya ingin cpt2 balik dan tenangkan pkiran jer..bus smpai n aku kena brdiri dlm bus tu..tp xpela jnji cpt smpai umh..tp nk djadikan cerita lak bus x masuk lak kt jalan yg selalu die guna tu sbb jalan tu ditutup kerana ada sambutan apa ntah.jd aku dan 2 lg housemate aku terpaksa berjalan kaki jauh lak tu utk ke flat kteorg..bygkanlah cmne la perasan aku..dh la kasut putus,jalan jauh lgi..kwn aku yg bersalah tu diam seribu bahasa dan trus berjalan di hdpn aku dgn sorang lg kwn aku..aku berjalan di blkng diorng dgn perasaan marah,sedih,penat,sakit hati..aku juga hnya mndiamkn diri,mlaz nk bergaduh ditgh2 jalan ni..

Bile sampai umh aku terus masuk bilik dn hempas kan pintu huhu..manakala kawan aku tu lau x silap mber yg lain gtau die menangis..entahla..tp akhirnya malam tu juga aku gi tegur die dulu dn minta maaf..die pn agak terkejut dgn tindakan aku yg drastic tu..die x sangka masalah kteorg leh settle secepat tu hehe..akhirnya aku dgn die pun sembang2 dan baik balik..akhirnya settle..haha..kelakar gak kalau pkir2 balik..lgipun aku xleh marah die lama2..die tu budak baik hehe..lgipun die byk tlg aku..so maaf-memaafkan la..ni antara peristiwa yg agak manis dan segar diingatan dan kelakar kalau dikenangkan kembali hehe.. pendek kata2 kawan2 x mau lawan haa..hehe
Aku cerita benda ni sume bukan nak mengungkit ye..or nk bagitau keburukan sape2..entry ni just utk imbasan kenangan aku semasa masih bergelar Mahasiswa UM..so sape2 yg baca ni..jgn ambil hati ye..takde kaitan dgn sape2..ni just luahan hati aku..so buang yg keruh ambil yg jernih..i luv my fren heeee..



ni masa bru bis last exam in um..posing2 jap.



huahaua dpt sijil la..bergmbr di jabatan sejarah..byk kenangan kt sini


masa terima sijil dr profesor Abdullah zakaria Ghazali..atau nama glamor prof (pak Lah)


ni plak time jamuan perpisahan pljr2 tahun akhir major sej..huhuhu


varsiti kesayanganku..sgguh byk jasamu..lalala


bersantai or lepak beramai-ramai di KLcc..
bukan sng nk kmpul rmai2 sekali-time ni masa nk gi tonton wayang..


with cousemate ku..dalila,rina,me and nor..tkng tngkp gmbr ni plak nurul hehe

winduuuu nyerrrr..kt KK-4


hehehehe..tmpt bermastautin spnjg bljr di UM..













Kisah 31 Disember 09


emm ni entry pertama aku tahun 2010 ni...

hri ni mood aku x ok la..aku pn x tau knp....

sepatutnya 31 dis 09 bermkna semlm..aku sepatutnya akan ke pesta pulau pinang..
hri ni yakni 31 dis adalah hri terakhir pesta tu..
kwsn perumahan aku sewa bus pi balik kire ok la..x yah risau psal bus sume dh..
nmun last2 minit aku cancelkn..huhu
tiba2 rasa malas..mood xde..setengah dri hati aku teringin nk pi..stengh lg mlz
sesangat..
bile dh cancel menyesal la plak..
nk giiii..huhuhu
rasa cm x sihat pn ada gak..
x tau la ri ni rasa sedih laaa...huhu
aku rasa byk kekurangan dr segala aspek..
patutnya tahun bru kena semangat..
ni terbalik lakkkk
huhuhuhu
aku perlukan motivasi..
wah mnyesal tmbh mlz tmbh sewel..huh...