Dah lama x menulis kt blog ni..rindu plak..hehe..
Hari ni aku terasa nak berceloteh ttg politik sikit..panassss!! gitu..haha..tapi kt sini aku x sebelah mana2 pihak..just cuba berpendirian neutral..
Kalau kita baca akhbar mesti semua tahu di Universiti2 di seluruh Negara telah diadakan pilihanraya kampus..kat sini aku lebih berfokus scenario di universiti aku dulu iaitu UM laa..pada pandangan aku,setiap kali ada pilihanraya je,mesti kecohnye kt sini..ada je benda terjadi..macam2 hal..skrg ni yg terbaru..ramai mahasiswa x puas hati dgn keputusan p/raya kt UM dan membantah secara besar-besaran dan beramai-ramai menyuarakan bantahan di DTC..emm aku akui kt Uni aku banyak yg fanatik skit ngan politk ni..bila ada p/raya je mesti kecoh..mcm2 cite negatif akan terdengar bila menjelang p/raya..
Bagi aku..aku x ambil pusing sgt laa..yg penting kita tahu apa yg kita nak..n setiap undi adalah rahsia..setiap org ada kebebasan memilih..jadi biarkan semua org dgn pilihan masing2..Cuma bagi aku jgnla terlampau fanatik sgt..kadang2 menakutkan gak,budak2 universiti leh tiba2 jadi aggresif hanya sbb p/raya..x kira lelaki or perempuan..
Bagi aku tidak dpt dinafikan politik tu penting kerana dr politik la seseorg boleh mendapat kuasa untuk mentadbir,mengarah,mengawasi dsbnya
Dengan kuasa yg ada..membolehkan kita mengalas 1 amanah..namun terpulang pada diri individu itu utk telus dlm melaksanakan kewajipannya atau tidak..
Time aku belajar dulu,waktu kempen merayu undi di kalangn pelajar la..yg paling aku rimas..nak berjalan pun x leh..asyik kena sekat je..pastu akan kena dengar la manifesto or janji2 manis para2 calon..mula2 tu mmg la best gak..tp lama2 rimas jdnyer..yg paling x best nye bila ada calon dh menang n dh pegang jawatan kekwat la plak..selalu ponteng kuliah,berlagak dlm tutorial..kerja group x nk beri komitmen atas alasan sbuk ni antara cite2 negatif yg aku dgr la..n aku pernh alami gak la bile prnh satu group dgn org cmni.komitmen hampeh yg amat..,kerja x uat..n buat hal sndiri je..bile time presentation datang dgn x prepare mende..dtg bawa diri jer..tu pn dtg lmbt grrrr…last2 just baca je handout yg kteorg uat..aadaa ke patut..!!!
Yg paling aku x leh lupa..time aku n housemate aku naik bus rapid KL utk ke Kuliah pada awal pagi..benda ni berlaku lepas dr stesen Universiti,org x la ramai sgt dlm bus tu..tiba2 calon2 p/raya yg berkenaan pergi dekat pemandu bus..n minta kebenaran utk guna Mic or pembesar suara yg ada dkt driver bus tu..so driver bus tu mula2 cm trkejut gak last2 die angguk je beri kebenaran..lgipun nasib la pkcik driver bus tu sporting lau x dh lama kena marah dh aku rasa sbb time tu rasanya pemandu bus yg baru..kalau kena kt pkck2 yg selalu bwa bus rapid msti kena mrhnye sbb ada sstghnya yg moody memanjang..haha..apa lgi bile dh dapat mic/pmbsr suara,diorang mula la berkempen dgn jayanya tnpa ada rasa segan or malu2..bagi aku diorang ni mmg berani la..aku pn x trfikir ada yg snggup or brani nk berkempen dlm bus mcm tu..masa dgr diorang berkempen..terkejut gak sbb x sangka diorang seberani gitu..n nak gelak pun ada gak..hehe..
Kite tngglkn cite psl p/raya kt UM,kite masuk pd kisah kawan2 aku lak mengenai peel dan pndngn politik mereka berdasarkn pemerhatian aku..la.
Pada pemerhatian aku la..bila tgh bersembang tu..n tiba2 topik ttg politik muncul boleh menyebabkan kita bertegang urat gak la..maklum la semua nya berasal dr negeri lain2..jd byk la yg berbeza dr segi bahasa dan lain2..aku pulak jenis yg malas nk bertekak pasal politik ni..jd lebih baik aku mendiamkan diri dan mendengar jela..sbb aku yakin kalau aku menjawab..mmg knform leh gaduh2 manja gak or terasa hati ke apa ke.
Antara kawan2 aku di UM..ramai yg fanatik gak dgn politik cuma antara kita perasan dan x perasan je..
Kadang2 tgk diorang ni pasif, lemah lembut je pun tp sesekali bercakap ttg politik uiiii berapi-rapi gak hujah yg kuar..hehe..bagi aku la..aku senang mengunakan pendekatan diam dan dengar..setuju or x setuju dgn pandangan diorang biasanya biarlah aku saja yg tahu..melihat cara aku yg sebegitu,kawan2 aku mula berteka-teki ttg pemikiran aku ke arah mana..namun aku lebih gemar berahsia.malass la nk bising2 or fanatik2 sgt..sbb pasal politik je kawan2 pun leh gaduh..lgipun member2 aku sesetghnya agak fanatik kalau bercakap pasal parti2 politik ni..kadang2 sampai memburukkan semua parti politik yg tidak disokong..bagi aku kalau x suka or x sokong x elok la memburukkan satu sama lain..masing2 pun orang Melayu..jadi x elok la bergaduh2..kalau suka sokong je..kalau x suka diam2 jela..x pyh ngumpat2 kerana apa pn kuasa mengundi ada pada kita..jadi tjukkan sokongan kita melalui undi kita..betul x!!!!????
Tu cite kawan2 aku di UM..kite cite lak perihal kawan2 aku di Penang..yg kebanyakannya member sekolah aku dulu la..kwn aku kt sini beza sikit dr kt UM. Kebanyakannya lebih kurang cam aku..la..tp ada gak sesetengahnya yg x peduli langsung hal ehwal politik Negara..bagi aku kalau langsung x ambil peduli pun susah juga..sekurang-kurangnya kena ada kesedaran jugak la..baru la ok kan..tp kalau tgk member2 baik aku..xde yang fanatik sgt la..x nmpk menonjol..mungkin diorang lebih selesa diam2 ubi gitu..hehe..
Semua lebih terkawal la..
Namun dalam ramai2 tu..ada la sorang member aku ni amat fanatik glerrr..die menyokong 1 parti ni..mula2 aku x tahu die mcm gitu..entah mcmmana dalam beberapa perjumpaan kami dlm 4org mber ketika tu,tiba2 terbuka la cite politik..tiba2 kawan aku begitu bersemangat bercerita,mengutuk habis-habisan parti politik lain.aku mmg tahu perangai kawan aku yg sorang ni..kalau jumpe die jgnla berbincang or buka cerita ttg topik politik,kalau x jenuh nak dengar n rasa sakit hati dgr pun ade gak..ikutkan malas nk bergaduh jd aku pun diam jela..bukan pe x nak memanjangkan cerita dan bergaduh…kawan2 lain yg kuar sekali dgn kami agak terkejut juga dgn sikap die.Member aku sorang lg pun x puas hati gak dgr hujahan die..so die pun mula la membankang sikit2 hujah die ni..suasana tegang gak la.last2 kami yg lain mendengar jela apa yg kwn aku ckp..manakala kawan aku sorang lagi nmpk mengantuk dan malas cmpurtgn lalu hnya mndgr dan berdiam sambil cuba bersmbang berdua je dgn aku ttg topik lain hehehe..namun dalam perjumpaan yg seterusnya..kali ni hnya kami bertiga di tempat makan ketika tu..entah mcmmana terbuka cite plak ttg politik ni..apa lagi kawan aku yg fanatik ni pun berhabis-habisan bercerita ttg keburukan parti lain sambil mendakwa die tahu semua cite yg benar dan sebagainya.kawan aku yg sorang lagi x puas hati dgn kenyataannya dan cuba menyangkal dakwaannya..namun akhirnya die mengalah krn malas nak bertekak..aku pn terasa hati gak dgn die ni krn die manyindir aku dgn kwn aku sorang lg..ikutkan nak je aku bersoal jwb dgnnya..tpi takut x pasal2 bergaduh lak n kt situ pn tmpt awam..x elok la nk bincang benda2 ni sume..akhirnya aku pn mengalah dn cuba buka topik lain.
Hehe..tu antara serba sedikit cite aku dan kawan2 aku..bagi aku kita ada kebebasan dan hak utk menentukan dan memilih..jdi gunakan hak itu..tepuk dada tnyalah selera…
Apa pun pesan aku..suka atau tidak..x perlu la mengutuk kerana masing2 satu agama,satu bangsa dan satu Negara..pada asasnya kita semua sama..berpegangla pada asasnya..insyaallah kita akan dapat bersatu..tolak ego kita..satukan matlamat kita..bertolak ansur mana yg patut..selesaikan mana yg belum selesai..cari pnyelesaian bersama..dan insyallah jalan utk bersatu pasti ada…
(sambil menyanyi-nyanyi kecil lagu situasi-dr bunkface)