Circle : Two World Connected - Korean Drama Review
Dah banyak Drama Korea yang aku dah tertinggal hehe, tak pasti bila nak sambung menonton lagi, apa pun hari ini nak buat review Drama Korea yang bertajuk Circle. Macam biasa dalam review ini pastinya akan terdapat spoiler jadi berhati - hatilah ketika membacanya bagi yang tak sukakan spoiler hahaha. Drama ini mempunyai 12 episod saja dan dilakonkan oleh Yeo Jin Goo, Kong Seung Yeon, Kim Kang Woo, Lee Gi Kwang, An Woo Yeon, Seo Hyun Chul, Han Sang Jin, Min Sung Wook, Jung In Sun dan ramai lagi. Drama Circle ini telah release pada 22 Mei 2017 yang lalu dan tamat pada 27 Jun 2017 dan drama ini disiarkan bagi menggantikan Drama The Liar and His Lover yang telah tamat episodnya. Kemudian drama ini pula akan digantikan dengan Drama Bride Of The Habaek. Selain itu drama ini bergenre Sains Fiksyen dan juga misteri, kalau korang baca komen penonton atau pun review - review mengenai drama Circle ini pastinya semuanya positif dan best. Awalnya aku pun tak begitu pasti nak menonton drama ini atau pun tidak kerana ianya berkisarkan tentang Sains Fiksyen, Teknologi dan juga Alien, tapi bila baca komen dan respon penonton terhadap drama ini sangat baik, maka aku decide untuk terus menonton drama ini. Memang berbaloi menonton drama Circle ini kerana ianya sangat best, menarik dan juga suspen habis. Malah barisan pelakon drama ini juga hebat - hebat belaka.
Bila tengok muka heroin drama ini iaitu Kong Seung Yeon memang sangat familiar bagi aku, bila ingat balik, rupanya dia juga ada berlakon dalam drama My Shy Boss / My Introvert Boss juga. Berbalik pada drama ini, memang tak puas menonton drama Circle ini sebab ianya hanya ada 12 episod saja dan jalan ceritanya bergerak laju dan mendebarkan sehingga membuatkan penonton tak sabar nak tunggu episod seterusnya. Drama ini berjaya menimbulkan rasa ingin tahu apa yang akan berlaku seterusnya. Setiap episod akan terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Part 1: Beta Project yang akan menceritakan semua kejadian yang berlaku bermula pada tahun 2007 hingga tahun 2017. Seterusnya adalah Part 2: Brave New World yang menceritakan tentang kejadian yang berlaku pada tahun 2037 dan juga sedikit pada tahun 2022. Walaubagaimanapun kalau nak dibandingkan kedua - dua bahagian ini, aku lebih memilih Part 1 kerana situasi dan kejadian yang berlaku pada tahun - tahun tersebut lebih suspen habis. Manakala Part 2 pula ada banyak hal yang belum terjawab, tapi Part 2 mula jadi lebih menarik bila diorang dah jumpa Kim Woo Jin itu. Tahun 2037 Korea Selatan digambarkan terbahagi kepada 2 bahagian juga iaitu Normal Earth teruk, dimana ianya tercemar dengan pencemaran udara yang teruk serta banyak jenayah.
Seterusnya adalah Smart Earth yang digambarkan sebagai moden, berteknologi tinggi, selamat, aman dan bebas dari sebarang jenayah kerana penduduk disitu dikawal dengan cip yang digelar sebagai stable care system yang ditanam / diletakkan di bawah telinga penduduk disana bagi mengawal emosi negatif manusia. Konflik di Smart Earth bermula apabila pihak polis di Normal Earth mendapat aduan tentang satu kejadian pembunuhan yang berlaku disana, seterusnya membuka peluang pada seorang polis yang bernama Kim Joon Hyuk / Kim Beom Gyun yang merupakan abang kepada Kim Woo Jin untuk masuk ke dalam Smart Earth sekaligus menyiasat tentang misteri kehilangan adiknya yang ada kaitan dengan Smart Earth ini. Teknologi yang ada di Smart Earth ini sebenarnya berasal dari Alien yang dijumpai oleh Woo Jin, Beom Gyun serta ayah mereka pada tahun 2007. Alien yang dinamakan Byul itu kemudiannya tinggal dengan mereka, sebelum Kim Kyu Cheol yang merupakan ayah pada Woo Jin dan Beom Gyun menjumpai teknologi yang ada pada Byul ini. Walaubagaimanapun Byul dan Kim Kyu Cheol tiba - tiba hilang dan tinggallah 2 beradik itu bersendirian. Selepas itu Beom Gyun kelihatan sangat obses untuk mencari alien / Byul itu berbanding Woo Jin yang dah move on serta meneruskan kehidupannya seperti orang normal yang lain.
Aku awalnya pun konfius bila Alien / Byul yang dimaksudkan itu mempunyai wajah yang serupa dengan Han Jung Yeon, aku pun turut suspen dan berteka teki adakah Han Jung Yeon ini sebenarnya Alien tapi dari segi perwatakkannya serta percakapannya nampak normal dan biasa saja seperti manusia. Hal ini membuatkan aku pun jadi konfius, sekejap aku percaya dia Alien sekejap aku tak percaya pula hahaha. Selain itu aku awalnya juga konfius dengan Proffesor Park Dong Gun ini, sama ada dia baik atau pun jahat orangnya, ternyata dia memang jahat orangnya, tapi berlakon baik di depan Woo Jin dan juga orang lain. Pada tahun 2017 Teknologi yang dibawa Byul menjadi rebutan, dimana teknologi tersebut adalah rakaman memori manusia dalam bentuk seperti video yang boleh di delete, di block dan di unblock mahu pun di download. Teknologi ini jugalah yang digunakan untuk membentuk Smart Earth dan juga mengawal memori serta emosi penduduknya. Han Jung Yeon ketika ini menjadi pakar hacking dan menjadi dalang kepada keadaan huru hara yang berlaku di Smart Earth. Apa pun ketika ini, aku berteka teki dan tertunggu - tunggu pula kemunculan Kim Woo Jin di Smart Earth. Bila Kim Woo Jin dah muncul, semua orang jadi terkejut sebab dia awet muda gitu hahaha, muka langsung tak berubah seperti tahun 2017, sedangkan disitu dah tahun 2037.
Tak sangka pula ada rahsianya kenapa Kim Woo Jin tetap awet muda dan sama macam dulu hahaha. Hal ini membuatkan abangnya sukar untuk menerima hakikat sebenarnya. Aku rasa Han Jung Yeon / Byul itu patut ada kuasa khas yang boleh melindungi dirinya sendiri dari manusia jahat. Tambahan lagi dia adalah Alien, jadi memang patut dia ada kuasa tertentu bukan setakat teknologi baru je. Disebabkan dia tak ada kuasa lain selain teknologi itu membuatkan dia sering berada dalam bahaya. Selain itu, Lagu Tema / OST Circle memang best terutamanya untuk muzik latarnya especially untuk scene - scene suspen gitu. Manakala Ending Drama Circle ini memang happy endinglah juga, bila semua persoalan dah terjawab dan orang jahat juga dah dapat balasan. Tapi ending last sekali agak tergantung juga bila ada Alien lain pula yang datang ke bumi hahaha, ni kalau ada Circle Season 2 mesti lagi best, walaubagaimanapun ending drama Circle ini berakhir dengan open ending. Apa pun aku bagi 9.8 Bintang dari 10 Bintang untuk drama Korea Circle ini.
Jom Baca ni jugak ➔ Tips Berjimat & Simpan Duit Hingga RM1,000 Sebulan!!
Read More »