-->

28 Jun 2017

7 Konsep Tudung Islamik

7 Konsep Tudung Islamik

Assalammualaikum..
Dekat pasaran sekarang, ada pelbagai jenis tudung, dan terdapat pelbagai fesyen dan style pemakaian tudung sekarang ni. Hayati gambar diatas dan fikirkan adakah 7 konsep tudung islamik tersebut diguna pakai oleh kita atau tidak. Moga entry ini bermanfaat buat kita semua.
Miss Banu Signature, Tandatangan, Miss Banu, Blogger, Blog Miss Banu Story,
Read More »

27 Jun 2017

Plastik Dan Hipokrit

Manusia Jenis Plastik Dan Hipokrit

Assalammualaikum..
comel kartun kat atas ni kan hehe, apa pun memang ada je jenis lelaki macam kat atas ni, benci sebelum dapat hahaha, dah dapat memang lain ceritalah kan. Manusia memang macam - macam perangai kan. Dah hari raya ketiga hari ni dan aku dapat satu lagi kad raya hehehe nanti aku update entry pasal tu. 
Miss Banu Signature, Tandatangan, Miss Banu, Blogger, Blog Miss Banu Story,
Read More »

26 Jun 2017

Sampul Dan Kad Raya 2017

sampul raya, kad raya, 2017, raya, aidilfitri, ramadan, blogger, blog, miss banu, blog miss banu story, myself, my feeling,
Sampul Raya Dan Kad Raya 2017

Assalammualaikum..
Alhamdulilah, tiap - tiap tahun aku masih menerima Kad Raya walaupun jumlahnya tidaklah sebanyak mana, tapi okeylaa dari takde kan hehe. Teringat masa zaman sekolah, masa kat universiti dulu, memang seronok menghantar dan membalas kad raya, rasa tak lengkap raya kalau tak dapat kad raya ni hehe. Apa pun memang rasa seronok bila dapat kad raya betul tak. Teringat masa tahun 2012 yang mana aku dan geng blogger yang lain saling menghantar dan membalas kad raya, tahun 2012 memang pecah rekod apabila jumlah kad raya yang aku terima dan aku balas paling banyak, hehe sebab masa tu group blogger GSF masih aktif, sekarang ni semua pun hilang entah ke mana hehe. Kad Raya ntuk tahun 2017 ni sampai serentak gitu, dan aku rasa lepas Raya ni mungkin aku akan dapat lagi satu kad raya kot. Apa pun terima kasih pada semua blogger yang rajin dan sudi menghantar kad raya pada aku. Tahun ini juga aku turut menerima sampul raya eksklusif dari Blogger Papaglamz.
sampul raya, kad raya, 2017, raya, aidilfitri, ramadan, blogger, blog, miss banu, blog miss banu story, myself, my feeling,
Kad raya ini datangnya dari Blogger Shida

sampul raya, kad raya, 2017, raya, aidilfitri, ramadan, blogger, blog, miss banu, blog miss banu story, myself, my feeling,
Manakala Kad Raya ini pula datangnya dari Blogger Shahida

sampul raya, kad raya, 2017, raya, aidilfitri, ramadan, blogger, blog, miss banu, blog miss banu story, myself, my feeling,
Ini pula Sampul Raya dari Papaglamz.com
Miss Banu Signature, Tandatangan, Miss Banu, Blogger, Blog Miss Banu Story,
Read More »

Segmen Sesuci Lebaran 2017 By Hani Rahman

Segmen, Raya, Blog, Blogger,


Jom Join Ramai - Ramai..
Due Date - 9 Julai 2017
Nak Join boleh Klik Banner diatas ye..
Selamat Hari Raya Buat Semua :)

Miss Banu Signature, Tandatangan, Miss Banu, Blogger, Blog Miss Banu Story,
Read More »

25 Jun 2017

Ending Drama Seharum Mawar

Ending Drama Seharum Mawar 

Assalammualaikum..
Drama 30 episod Seharum Mawar yang disiarkan sepanjang bulan Ramadan ini di Slot Widuri TV1, sememangnya menghiburkan, memberi pengajaran serta menjadi kesukaan penonton. Episod akhir Drama Seharum Mawar telah menjawab segala persoalan dan turut mengejutkan penonton di bahagian ending drama ini. Episod akhir drama ini bermula dengan Shirin yang ditangkap polis dan kini berada di hospital atas kesalahan bersubahat dalam kes langgar lari Farhan. Puan Afifah juga turut menyesal atas perbuatannya pada Mawar dan mula berubah dan turut berbaik - baik dengan suaminya. Mawar pula berada di kampung dan hubungannya dengan Mak Long nya juga dah baik dan semakin rapat. Mawar juga tidak mahu lagi bekerja di rumah puan Afifah. Bapa saudara Mawar terserempak dengan Armin yang turut berada di kampung tersebut dan membawanya untuk berjumpa dengan Mawar yang juga merupakan tuan tanah yang dicarinya selama ini. Armin berasa gembira dapat bertemu dengan Mawar semula dan berusaha memujuk Mawar untuk kembali, malah dirinya turut melamar Mawar.

Ketika Mawar dan Armin sampai di rumah Puan Afifah dan Tuan Jamal, kelihatan Farhan dan lain - lain agak sedih pasal Bella. Kemudian Armin pula membuat satu pengakuan yang mengejutkan, dimana dirinya sebenarnya melamar Mawar untuk Farhan. Mawar pula kelihatan keliru dan aku rasakan ending drama Seharum Mawar agak kelam kabut dan tak begitu jelas pasal Bella tu sebab Armin dah buat kejutan. Kalau ikut logik, slumber je Armin ni melamar Mawar tanpa beritahu dengan jelas tentang niatnya yang melamar Mawar untuk Farhan dan bukan untuk dirinya. Kesian dengan Mawar sebab dia ingatkan Armin yang lamar dia, tiba - tiba lamaran itu untuk Farhan pula. Mawar patut lari balik kampung semula sebab memang nampak diorang buat dia macam bola, kejap Farhan, pastu Syakir, kemudian Armin, pastu Farhan balik. Masa part ending tu pun, Farhan tak beri reaksi pun lepas Armin umum pasal Mawar tu sebab dia masih bersedih pasal Bella tu. Dari komen - komen yang aku baca di Twitter pun, ramai yang kecewa apabila endingnya Mawar bukan dengan Armin tapi Farhan.

Lebih bagus kalau ada Drama Seharum Mawar 2 ke kan, sebab aku nak tahu juga apa reaksi dan jawapan Mawar apabila Armin melamar dia untuk Farhan sebab aku rasa Mawar memang sukakan Armin. Apa pun Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua pembaca Blog Miss Banu Story ini.
Miss Banu Signature, Tandatangan, Miss Banu, Blogger, Blog Miss Banu Story,
Read More »

24 Jun 2017

Resepi Biskut Raya - Biskut Kelapa

resepi, kuih raya, biskut raya, biskut, bahan - bahan, cara penyediaan, memasak, membuat kuih raya, Biskut Kelapa, ramadan, puasa, raya, Aidilfitri,
Resepi Biskut Raya - Biskut Kelapa

Assalammualaikum..
Kejap je masa berlalu, esok dah nak raya, pastinya hari ini semua pun sibuk mengemas rumah, memasak dan sebagainya. Jadi dikesempatan ini, aku nak ucapkan selamat hari raya Aidilfitri buat semua pengunjung dan pembaca Blog Miss Banu Story ini. Dalam entry ini aku nak kongsi resepi biskut raya iaitu Biskut Kelapa, gambar diatas dan resepi ini credit pada owner resepi ini iaitu Dari Daput CT.

Resepi Biskut Kelapa

Bahan-bahan :
.
200 gm Tepung Jagung Brown & Polson
115 gram Tepung Gandum
1/2 sudu teh penuh Baking Powder
1/2 cawan Kelapa Kering - dikisar halus
.1 biji Telur gred A
100 gram Gula Aising
1/2 camca teh Esen Vanilla 
140 gm Mentega - atau secukupnya 
.Hiasan :
.Ceri merah - potong kecil 
Kelapa kering secukupnya untuk salut biskut
.
Cara Penyediaan
.
1. Satukan tepung jagung, tepung gandum, baking powder yang diayak dalam mangkuk dan masukkan kelapa kering yang dikisar halus. Gaul rata dan ketepikan.
.2. Putar telur dan gula aising hingga berkrim. Masukkan esen vanilla, putar lagi rata. Perlahankan kelajuan dan masukkan adunan tepung bercampur kelapa kering kisar tadi sedikit demi sedikit hingga habis. Adunan akan menjadi teksture seakan serbuk roti.
.3. Dengan kelajuan perlahan sudukan mentega sedikit demi sedikit ke dalam adunan sehingga mendapat doh yang lembut dan lembap, kemungkinan besar mentega tidak akan habis digunakan. Matikan mixer, gaul rata adunan dengan spatula dan tutup doh dengan tuala dapur bersih yang telah dilembapkan.
.4. Ambil adunan tadi anggaran 1 camca teh, bulat-bulatkan. Kemudian letak 1 bahagian ceri yang telah didadu, golekkan dalam kelapa kering hingga bersalut. Susun dalam dulang pembakar dan tekan sedikit sahaja, jangan kuat-kuat nanti leper. Buat hingga siap.
.5. Bakar pada suhu 170C selama 20 minit hingga masak dan bahagian bawah biskut nampak perang keemasan. Sejukkan atas rak dawai sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

Miss Banu Signature, Tandatangan, Miss Banu, Blogger, Blog Miss Banu Story,
Read More »

23 Jun 2017

Ending Drama Andainya Takdir

Ending, Episod Akhir, Drama, Drama Melayu, Andainya Takdir, Slot Samarinda, TV3, Marah, Benci, Geram, Suami Kaki Pukul, Cemburu Buta, Watak, Aril, Fatihah, Pelakon, TV3, Shukri Yahya, Nina Iskandar, Puteri Balqis, Sheila Mambo,
Ending Drama Andainya Takdir (Slot Samarinda TV3)

Assalammualaikum..
Akhirnya tamat sudah Drama Andainya Takdir yang berjaya menimbulkan emosi marah dan geram penonton pada watak - watak utama dalam drama ini. Aku sendiri pun, bila tengok drama Andainya Takdir ni pun rasa marah dan geram betul pada Aril, pada mak Aril, pada adik Aril dan juga pada Fatihah juga hahaha, pendek kata semuanya berjaya buat aku geram hehehe. Stress dengan Fatihah ni sebab penyabar betul, keluarga Fatihah pun sama, asyik suruh jangan bercerai je, sedangkan kalau lama lagi, memang mati Fatihah tu dipukul Aril. Puas hati tengok Aril kena pukul haha part tak leh blah bila dia datang minta maaf dan merayu -rayu pada Fatihah, siap menyanyi lagu P. Ramlee pulak tu iaitu lagu Dimana kan ku cari ganti. 
Ending, Episod Akhir, Drama, Drama Melayu, Andainya Takdir, Slot Samarinda, TV3, Marah, Benci, Geram, Suami Kaki Pukul, Cemburu Buta, Watak, Aril, Fatihah, Pelakon, TV3, Shukri Yahya, Nina Iskandar, Puteri Balqis, Sheila Mambo,
Nasiblah masa episod akhir Drama Andainya Takdir ni, Aril akhirnya ditangkap polis dan dipenjarakan. Kemudian bapa Aril menasihati Aril supaya menceraikan Fatihah jika benar dia sayangkan isterinya itu. Akhirnya berpisah juga Aril dan Fatihah, lepas bercerai tu, nampaklah Aril masih menunggu Fatihah dan berharap mereka akan bersatu kembali begitu juga dengan Fatihah. Apa pun memang ramai yang emosi menonton drama ini dan lakonan para pelakon juga hebat - hebat belaka sehingga berjaya memberi pengajaran dan juga kesan pada penonton. Lepas ini tunggu ending Drama Seharum Mawar pula hehehe.
Miss Banu Signature, Tandatangan, Miss Banu, Blogger, Blog Miss Banu Story
Read More »

Sem Break Bloglist by Farhanah Afiqah

segmen, bloglist, blogger, blog,

Jom Join Ramai - Ramai..
Due Date- 30 June 2017
Nak Join boleh Klik Banner ye
Blog ini dah wujud sejak tahun 2009 lagi, kira dah lama jugaklah, banyak review dalam blog ini contoh review drama dan filem Melayu, English, Bollywood mahu pun Korea. Welcome to my blog dan selamat membaca :)

Miss Banu Signature, Tandatangan, Miss Banu, Blogger, Blog Miss Banu Story
Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017