-->

30 Jun 2018

Sinopsis Drama Sejuta Rasa Buat Adelia (Astro)

Sejuta Rasa Buat Adelia, Drama Sejuta Rasa Buat Adelia, Drama Adaptasi Novel, Novel Ulam Kasih Sambal Cinta, 2018, Astro Ria, MIG, Sejuta Rasa Buat Adelia Cast, Pelakon Drama Sejuta Rasa Buat Adelia, Aliff Aziz, Daiyan Trisha, Adam Lee, Elvina Mohamad, Fikhree Bakar, Jasper Supayah, Shukri Tahir, Vicha Saywho, Shah Kimin, Esma Dainal, Sabrina Ali, Zalif Sidek, Ikmal Amry, Sheila Mambo, Kartina Aziz, Poster, Slot MegaDrama,
Sinopsis Drama Sejuta Rasa Buat Adelia (Astro)

Drama Sejuta Rasa Buat Adelia sudah mula disiarkan di Astro Ria / Astro Ria HD sejak 25 Jun yang lalu bagi menggantikan drama Rahsia Hati Perempuan yang telah tamat episodnya. Antara Pelakon Drama Sejuta Rahsia Buat Adelia ini adalah Aliff Aziz, Daiyan Trisha, Adam Lee, Elvina Mohamad, Fikhree Bakar, Jasper Supayah, Shukri Tahir, Vicha Saywho, Shah Kimin, Esma Dainal, Sabrina Ali, Zalif Sidek, Ikmal Amry, Sheila Mambo, Kartina Aziz dan ramai lagi. Drama 20 episod ini adalah adaptasi daripada Novel Ulam Kasih Sambal Cinta karya novelis Norzailina NordinDrama Sejuta Rasa Buat Adelia yang bergenre romantik komedi ini diarahkan oleh Eyra Rahman dan diterbitkan oleh Mig Beats Sdn. Bhd. Baru saja drama lakonan Aliff Aziz habis disiarkan di slot Akasia TV3, sekarang ni drama terbaru Aliff Aziz di Astro Rialah pula, murah rezeki betul Aliff Aziz ni kan hehe. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah okey.
Sejuta Rasa Buat Adelia, Drama Sejuta Rasa Buat Adelia, Drama Adaptasi Novel, Novel Ulam Kasih Sambal Cinta, 2018, Astro Ria, MIG, Sejuta Rasa Buat Adelia Cast, Pelakon Drama Sejuta Rasa Buat Adelia, Aliff Aziz, Daiyan Trisha, Adam Lee, Elvina Mohamad, Fikhree Bakar, Jasper Supayah, Shukri Tahir, Vicha Saywho, Shah Kimin, Esma Dainal, Sabrina Ali, Zalif Sidek, Ikmal Amry, Sheila Mambo, Kartina Aziz, Poster, Slot MegaDrama,
Sinopsis Drama Sejuta Rasa Buat Adelia (Astro)

Kerjaya Adelia Naurah (Daiyan Trisha) sebagai seorang chef di Malay Kitchen, Hotel Green Cove tercalar apabila puding karamel yang dimasaknya diperli oleh Chef Syed Idlan (Aliff Aziz), jejaka dari dapur pastri yang baru berpindah ke hotel itu. Pantang berlanggar senduk, mereka berdua pasti bertekak. Sengketa mereka berlarutan, seiring dengan ketukan asing di tangkai hati. Adelia resah kerana dia sudah jatuh cinta dengan lelaki ego itu! Syed Idlan pula menggaru kepala kerana niat untuk mengacau gadis itu sudah bertukar niat mengurat! Habis! Tiba-tiba, muncul seorang chef pastri yang jelita dan selama ini menjadi pujaan Adelia dalam bidang masakan, Chef Joanna (Elvina Mohamad). Tatkala Adelia dan Syed Idlan berperang dengan perasaan kasih sayang, Joanna menyelit untuk memisahkan mereka. Menggelegak hati Adelia apabila dia diberikan kata dua oleh Joanna! Amboi... perempuan separa mat salih ni memang nak kena! Sedang Adelia melayan perasaan kecewa, Hafidz (Adam Lee) datang meleraikan kekusutannya. Lelaki itu mahu membantunya mengecapi dunia glamour kulinari yang selama ini diidamkannya! Adelia tahu dia perlu pilih. Antara kerjaya dan cinta, yang mana satu patut didahulukannya?
Sejuta Rasa Buat Adelia, Drama Sejuta Rasa Buat Adelia, Drama Adaptasi Novel, Novel Ulam Kasih Sambal Cinta, 2018, Astro Ria, MIG, Sejuta Rasa Buat Adelia Cast, Pelakon Drama Sejuta Rasa Buat Adelia, Aliff Aziz, Daiyan Trisha, Adam Lee, Elvina Mohamad, Fikhree Bakar, Jasper Supayah, Shukri Tahir, Vicha Saywho, Shah Kimin, Esma Dainal, Sabrina Ali, Zalif Sidek, Ikmal Amry, Sheila Mambo, Kartina Aziz, Poster, Slot MegaDrama,
Lagu Tema / OST Sejuta Rasa Buat Adelia
➔ Jatuh Bangun nyanyian Haqiem Rusli feat Aman Ra
➔ Haram nyanyian Hael Hussaini feat Dayang Nurfaizah
➔ Kau Tahu nyanyian Daiyan Trisya

Baca Online Novel Ulam Kasih Sambal Cinta Bab 1 Hingga Bab 20
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,
Read More »

29 Jun 2018

Shopping Di Lazada

Lazada Malaysia, Membeli - Belah Di Lazada, Shopping Di Lazada, Voucher, Barang, Cat Cage, Botol Air, Digital Thermometer,
Shopping Di Lazada

Baru - baru ini ada shopping di Lazada menggunakan voucher hasil dari menang Lazada Birthday Festival Blogger Contest hari tu. Setakat ni dah guna dua Voucher yang bernilai RM30 Setiap satu untuk membeli barang - barang di atas. Barang pertama yang aku beli adalah cat cage (NaVa 49CM Pet Cat Dog Double Door Indoor Foldable Cage with Large Plastic Base Plate (PINK). Awalnya aku ingatkan cat cage tersebut kecil saja sebab harganya murah tapi bila dah dapat memang puas hati, besar juga, cantik dan warna pink gitu. Barang kedua yang aku beli adalah botol air (LAVA Plastic Water Bottle Tumbler With Straw 2L TB419) Botol air yang aku beli tu warna biru, besar juga, nasib baik tak beli yang warna purple tu sebab besar sangat hehe. Last sekali aku beli Digital Thermometer (FITCHAMP: Accurate Mini Digital Thermometer For Body Temperature). Sekarang ni masih ada lagi 2 voucher yang belum digunakan lagi sebab aku masih tercari - cari barang apa yang nak beli lagi.

Ingatkan nak beli juga Maggi Hot Mealz tapi tak boleh beli guna Voucher mahu pun bayar guna cara C.O.D (Cash On Delivery) la pulak, dekat kedai sini payah nak jumpa Maggi Hot Mealz tu hehe..
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,
Read More »

28 Jun 2018

Baca Online Novel Jangan Padam Rindu

Jangan Padam Rindu, Novel Jangan Padam Rindu, Novel Online, Baca Online Novel Jangan Padam Rindu, Novelis Rina Farizq, Drama Adaptasi Novel, RTM, 2018, TV OKEY, Drama Jangan Padam Rindu, Sinopsis Jangan Padam Rindu, Jangan Padam Rindu Cast, Pelakon Drama Jangan Padam Rindu, Emma Maembong, Keith Foo, Arash Mohd, Cover Novel,
Baca Online Novel Jangan Padam Rindu (Drama Adaptasi Novel)

Novel Jangan Padam Rindu karya Rina Farizq telah pun diadaptasikan menjadi drama bersiri 20 episod yang tajuknya juga sama. Drama Jangan Padam Rindu ini akan disiarkan di TV OKEY (RTM) dan pelakon utama drama Jangan Padam Rindu ini adalah Emma Maembong yang akan memegang watak sebagai Ellina manakala Keith Foo akan melakonkan watak sebagai Fauzan, Aras Mohd pula akan melakonkan watak sebagai Tuan Haji Mizan dan ramai pelakon lain turut terlibat dalam drama Jangan Padam Rindu ini. Jadi sambil - sambil tengok drama ini di TV, korang juga boleh baca Novel Jangan Padam Rindu ini secara online juga. Caranya cuma klik saja link di bawah ini okey. Selamat membaca..
Jangan Padam Rindu, Novel Jangan Padam Rindu, Novel Online, Baca Online Novel Jangan Padam Rindu, Novelis Rina Farizq, Drama Adaptasi Novel, RTM, 2018, TV OKEY, Drama Jangan Padam Rindu, Sinopsis Jangan Padam Rindu, Jangan Padam Rindu Cast, Pelakon Drama Jangan Padam Rindu, Emma Maembong, Keith Foo, Arash Mohd, Poster,
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,
Read More »

27 Jun 2018

Sinopsis Drama Filipina A Woman Scorned (Telenovela TV3)

A Woman Scorned, Ika-6 na Utos, Telenovela, TV3, Drama Filipina, Sinopsis Drama Filipina, Sinopsis Drama Filipina A Woman Scorned, Phillipine Drama A Woman Scorned, A Woman Scorned Cast, Pelakon, Sunshine Dizon, Gabby Conceprion, Ryza Cenon, Mike Tan, Rich Asuncion, Daria Ramirez, Carmen Soriano, Mel Martinez, Marco Alcaraz, Arianne Bautista, 2018, Watak Dalam Drama Filipina A Woman Scorned, Emma, Rome, Georgia, Angelo, Flora, Poster,
Sinopsis Drama Filipina A Woman Scorned - Telenovela TV3

Drama bersiri Filipina A Woman Scorned / Ika-6 na Utos adalah drama Filipina terbaru yang disiarkan di slot Telenovela TV3 bermula 5 Jun yang lalu. Drama A Woman Scorned ini juga baru saja habis disiarkan di Filipina pada Mac 2018 yang lalu, sekarang ni dah disiarkan di Malaysia pula, cepat betul kan hehe. Antara pelakon drama Filipina A Woman Scorned ini adalah Sunshine Dizon (Emma), Gabby Conceprion (Rome), Ryza Cenon (Georgia), Mike Tan (Angelo), Rich Asuncion (Flora), Daria Ramirez (Lourdes), Carmen Soriano (Margarita), Mel Martinez (Zeny), Marco Alcaraz (Capten Chandler), Arianne Bautista (Anselma) dan ramai lagi. Manakala pengarah drama ini adalah Laurice Guillen, selain itu drama ini juga memang mendapat rating yang tinggi ketika disiarkan di Filipina, malah para pelakon drama ini juga turut menang anugerah gitu. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye
A Woman Scorned, Ika-6 na Utos, Telenovela, TV3, Drama Filipina, Sinopsis Drama Filipina, Sinopsis Drama Filipina A Woman Scorned, Phillipine Drama A Woman Scorned, A Woman Scorned Cast, Pelakon, Sunshine Dizon, Gabby Conceprion, Ryza Cenon, Mike Tan, Rich Asuncion, Daria Ramirez, Carmen Soriano, Mel Martinez, Marco Alcaraz, Arianne Bautista, 2018, Watak Dalam Drama Filipina A Woman Scorned, Emma, Rome, Georgia, Angelo, Flora, Poster,
Sinopsis Drama Filipina A Woman Scorned (Ika-6 na Utos)

Mengisahkan Emma seorang suri rumah dan juga isteri yang bertanggungjawab tetapi tidak pandai bergaya. Berbeza dengan suaminya, Rome yang berkerjaya dan mementingkan penampilan. Kadang kala Rome rasa cemburu melihat isteri kawan-kawannya yang sering menemani suami mereka dan pandai bergaya. Satu hari, Rome terserempak dengan Georgia, kawan Emma yang baru pulang dari luar negara. Georgia seorang wanita yang cantik dan berkerjaya. Dia cuba mengoda Rome dan Rome tergoda dengan kecantikan Georgia. Rome dan Georgia jatuh cinta dan menjalinkan hubungan sulit. 
A Woman Scorned, Ika-6 na Utos, Telenovela, TV3, Drama Filipina, Sinopsis Drama Filipina, Sinopsis Drama Filipina A Woman Scorned, Phillipine Drama A Woman Scorned, A Woman Scorned Cast, Pelakon, Sunshine Dizon, Gabby Conceprion, Ryza Cenon, Mike Tan, Rich Asuncion, Daria Ramirez, Carmen Soriano, Mel Martinez, Marco Alcaraz, Arianne Bautista, 2018, Watak Dalam Drama Filipina A Woman Scorned, Emma, Rome, Georgia, Angelo, Flora, Poster,
Hubungan Rome dan Emma mula retak. Rome telah menceraikan Emma dan berkahwin dengan Georgia. Rome juga membawa Austin dan berpindah ke luar negara. Selepas beberapa tahun, Rome, Georgia dan Austin pulang. Emma yang tahu mereka bertiga akan kembali merancang untuk menyatukan semula keluarganya. Emma juga telah berubah menjadi seorang wanita yang cantik dan berkerjaya. Rome dan Emma terserempak. Rome terpesona dengan kecantikan Emma. Rome mula menyesal dan merancang untuk kembali kepada Emma, namun Georgia cuba menghalang. Apa yang bakal berlaku seterusnya?.
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,
Read More »

26 Jun 2018

Sinopsis Drama Cik Sempurna (TV3)

Cik Sempurna, Drama Cik Sempurna, Slot Dahlia, TV3, Sinopsis Drama Cik Sempurna, Poster, Cik Sempurna Cast, Pelakon Drama Cik Sempurna, Azrel Ismail, Emma Maembong, Zoey Rahman, Dayang Areeda, Aman Graseka, Farisya Irwayu, Aishah Atan, Nor Albaniah, 2018,
Sinopsis Drama Cik Sempurna Slot Dahlia TV3

Drama Cik Sempurna sudah mula disiarkan di slot Dahlia TV3 bermula 16 Jun yang lalu dan mempunyai 21 episod. Antara pelakon drama Cik Sempuna ini adalah Azrel Ismail, Emma Maembong, Zoey Rahman, Dayang Areeda, Aman Graseka, Farisya Irwayu, Aishah Atan, Nor Albaniah dan ramai lagi. Drama ini disiarkan setiap Sabtu dan Ahad, jam 6.58 petang dan diarahkan oleh Khalid Nadzri serta diterbitkan oleh A. Aida Sdn Bhd. Apa pun nampak menarik juga jalan cerita drama ini, para pelakon pun best - best belaka. Jadi jom tengok sinopsis drama Cik Sempurna ini di bawah ye...
Cik Sempurna, Drama Cik Sempurna, Slot Dahlia, TV3, Sinopsis Drama Cik Sempurna, Poster, Cik Sempurna Cast, Pelakon Drama Cik Sempurna, Azrel Ismail, Emma Maembong, Zoey Rahman, Dayang Areeda, Aman Graseka, Farisya Irwayu, Aishah Atan, Nor Albaniah, 2018,
Sinopsis Drama Cik Sempurna Slot Dahlia TV3

Mengisahkan Noreen (Emma Maembong) yang sangat pembersih dan cerewet. Masalahnya, Noreen selalu mengamuk kerana dia tinggal dengan adiknya, Munirah (Dayang Areeda) yang pemalas dan pengotor. Namun, dalam bab penampilan, Munirah yang ceria sentiasa mahu nampak cantik dan bergaya. Dia sentiasa menebalkan telinga apabila kakaknya membebel. Di pejabat juga semua kakitangan meluat dengan sikap Noreen yang terlalu terperinci itu. Apa yang melucukan, mereka bertemu jodoh dengan pasangan yang kontras dengan mereka iaitu Hadi (Azrel Ismail) dan Zharif (Zoey Rahman). Apa yang berlaku seterusnya?.

Lalu banyak dipaparkan pengajaran dan kesabaran mendepani serta menerima pasangan suami isteri selepas kahwin.
Lagu Tema / OST Cik Sempurna
➔ Terima Kasih nyanyian iamNEETA
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,
Read More »

25 Jun 2018

Ronaldmohoni.com Hari Raya Aidilfitri 2018 Giveaway

Ronaldmohoni.com Hari Raya Aidilfitri 2018 Giveaway, Blogger Giveaway, 2018, Peserta, Hadiah,

Jom Join Ramai - Ramai..
Due Date- 16/7/2018
Nak join boleh klik Banner di atas ye..
Untung - untung bolehlah dapat duit raya kan hehe
Wish me luck okey..

My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,
Read More »

23 Jun 2018

COMEBACK GIVEAWAY by BYZURA HALIFAH

COMEBACK GIVEAWAY by BYZURA HALIFAH, Blogger Giveaway, 2018, Hadiah, Pemenang, Peserta,

Jom Join Ramai - Ramai..
Due Date - 7 Julai 2018
Nak join boleh klik Banner di atas yer..
Wish me luck okey hehe..
Saya Tag
1..2..3..
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,
Read More »

22 Jun 2018

Review Drama Korea - Money Flower

Money Flower, Drama Korea, Korean Drama, Korean Drama Money Flower, 2018, Artis Korea, Drama Korea Best, Sinopsis Money Flower, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Korean Style, My Favorite, Suspen, Plot Twist, Drama Korea Money Flower, Pelakon, Money Flower Cast, Jang Hyuk, Park Se Young, Jang Seung Jo, Lee Mi Sok, Lee Soon Jae, Han So Hee, Sun Woo Jae, Im Do Gyoo, Park Ji Il, Park Jung Hak, Poster,
Money Flower - Korean Drama Review

Macam biasa, hari ini aku akan buat review Drama Korea Money Flower yang release pada 11 November 2017 dan tamat pada 3 Februari 2018 yang lalu. Drama Korea MoneyFlower ini mempunyai 24 episod dan disiarkan bagi menggantikan drama Bad Thief, Good Thief yang telah tamat episodnya dan kemudian akan digantikan dengan drama baru yang bertajuk My Husband Oh Jak Doo. Antara Pelakon Drama Money Flower ini adalah Jang Hyuk, Park Se Young, Jang Seung Jo, Lee Mi Sok, Lee Soon Jae, Han So Hee, Sun Woo Jae, Im Do Gyoo, Park Ji Il, Park Jung Hak dan ramai lagi. Pelakon Han Chae Ah telah ditawarkan untuk menjadi heroin drama ini tapi dia menolak dan akhirnya watak Na Mo Hyun itu menjadi milik Park Se Young. Ini merupakan kali kedua Jang Hyuk dan Park Se Young bergandingan dalam drama yang sama selepas drama Beautiful Mind (2016). Selain itu drama Money Flower ini juga turut menang beberapa anugerah dalam 2017 MBC Drama Awards yang menyaksikan Jang Hyuk, Lee Mi Sook dan Jang Seung Jo yang merupakan pelakon utama drama ini sama – sama menang anugerah.
Money Flower, Drama Korea, Korean Drama, Korean Drama Money Flower, 2018, Artis Korea, Drama Korea Best, Sinopsis Money Flower, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Korean Style, My Favorite, Suspen, Plot Twist, Drama Korea Money Flower, Pelakon, Money Flower Cast, Jang Hyuk, Park Se Young, Jang Seung Jo, Lee Mi Sok, Lee Soon Jae, Han So Hee, Sun Woo Jae, Im Do Gyoo, Park Ji Il, Park Jung Hak, Poster,
Park Se Young membawakan watak baik dalam drama ini, lakonannya memang menyakinkan sebab memang nampak watak Na Mo Hyun tu perfect dan baik hati gitu. Aku dah pernah tengok Park Se Young ni bawa watak jahat giler dalam drama My Daughter Geum Sa Wol. Lakonan Jang Hyuk memang cemerlang dalam drama ini iaitu sebagai Kang Pil Joo yang merupakan seorang peguam yang berkarisma, licik, bijak dan penuh dendam serta menyimpan satu rahsia besar dalam hidupnya. Lagi pun drama - drama lakonan Jang Hyuk memang selalunya best -best kan, antara sebab utama aku memilih untuk menonton drama ini adalah kerana ramai yang memuji - muji lakonan Jang Hyuk dalam drama Money Flower ini. Watak Kang Pil Joo lakonan Jang Hyuk mengalami pelbagai emosi tapi tak dapat nak menunjukkan semua emosinya dan harus pendam segalanya demi dendamnya. Mukanya juga hanya mempunyai 1 reaksi saja, tak kisahlah sama ada dia tengah happy, sedih, takut, marah, muka dia memang macam tu jela, tanpa menunjukkan sebarang reaksi. 
Money Flower, Drama Korea, Korean Drama, Korean Drama Money Flower, 2018, Artis Korea, Drama Korea Best, Sinopsis Money Flower, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Korean Style, My Favorite, Suspen, Plot Twist, Drama Korea Money Flower, Pelakon, Money Flower Cast, Jang Hyuk, Park Se Young, Jang Seung Jo, Lee Mi Sok, Lee Soon Jae, Han So Hee, Sun Woo Jae, Im Do Gyoo, Park Ji Il, Park Jung Hak, Poster,
Kiranya Jang Hyuk kena tunjukkan perasaan wataknya melalui pandangan matanya sahaja. Ini bermakna susah untuk orang lain meneka apa yang dirasakan mahu pun difikirkan oleh Kang Pil Joo. Selain itu ramai juga yang memberikan komen positif mengenai drama ini dan sebab itulah aku decide menonton Korean Drama Money Flower iniTiada aksi bromance yang sweet dalam drama ini okey, walaupun watak Kang Pil Joo dan Jang Boo Cheon (lakonan Jang Seung Joo) agak rapat, tapi masing - masing tidak ikhlas dan mempunyai niat lain untuk mempergunakan antara satu sama lain demi kepentingan masing - masing.  Kang Pil Joo ingin menggunakan Jang Boo Cheon untuk membalas dendam, manakala Jang Boo Cheon pula ingin menggunakan Kang Pil Joo dan seterusnya dapat menjadi satu – satunya pewaris empayar perniagaan keluarganya. Selain itu terdapat juga kisah cinta tiga segi antara Kang Pil Joo, Na Mo Hyun dan juga Jang Boo Cheon. Kang Pil Joo sangat mencintai Na Mo Hyun namun terpaksa mengorbankan cintanya pada Na Mo Hyun dan membiarkan Jang Boo Cheon berkahwin dengan Na Mo Hyun demi dendamnya. 
Money Flower, Drama Korea, Korean Drama, Korean Drama Money Flower, 2018, Artis Korea, Drama Korea Best, Sinopsis Money Flower, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Korean Style, My Favorite, Suspen, Plot Twist, Drama Korea Money Flower, Pelakon, Money Flower Cast, Jang Hyuk, Park Se Young, Jang Seung Jo, Lee Mi Sok, Lee Soon Jae, Han So Hee, Sun Woo Jae, Im Do Gyoo, Park Ji Il, Park Jung Hak, Poster,
Malah Kang Pil Joo juga adalah perancang utama yang membuat plan untuk Na Mo Hyun jatuh cinta pada Jang Boo Cheon sekaligus bersetuju untuk berkahwin. Kang Pil Joo sangat berdendam dengan mak Jang Boo Cheon iaitu Jung Mal Ran (lakonan Lee Mi Sook) kerana Jung Mal Ran menjadi penyebab kemusnahan keluarga Kang Pil Joo. Namun Kang Pil Joo mengetepikan perasaan marahnya itu dan berpura - pura menjadi orang suruhan Jung Mal Ran yang setia. Cuma aku keliru sikit scene yang seolah - olah Kang Pil Joo ini ada affair dengan Jung Mal Ran itu, hahaha betul ke diorang ada affair atau pun sebaliknya. Apa pun Jung Mal Ran sememangnya sangat bergantung dengan Kang Pil Joo terutamanya jika dirinya dan anaknya dilanda masalah, Kang Pil Joo inilah yang akan bertindak sebagai penyelesai masalah. Malah Jung Mal Ran juga sangat mempercayai Kang Pil Joo dan tidak pernah terfikir yang Kang Pil Joo menyimpan dendam terhadapnya selama 20 tahun dan terus menunggu hari yang sesuai untuk dendamnya terlaksana.
Money Flower, Drama Korea, Korean Drama, Korean Drama Money Flower, 2018, Artis Korea, Drama Korea Best, Sinopsis Money Flower, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Korean Style, My Favorite, Suspen, Plot Twist, Drama Korea Money Flower, Pelakon, Money Flower Cast, Jang Hyuk, Park Se Young, Jang Seung Jo, Lee Mi Sok, Lee Soon Jae, Han So Hee, Sun Woo Jae, Im Do Gyoo, Park Ji Il, Park Jung Hak, Poster,
Selain itu drama ini juga turut memfokuskan tentang ketamakan manusia yang tidak berpenghujung dan akhirnya diri sendiri yang rugi. Antara scene yang aku suka dalam drama ini adalah ketika Kang Pil Joo menyuruh Jang Boo Cheon dan juga sepupu J.Boo Cheon iaitu Jang Yeo Cheon (lakonan Im Do Gyoo) untuk berlawan dan bertumbuk sesama mereka, siapa yang menang akan dapat Kang Pil Joo untuk dijadikan orang penting mereka. Diorang pula memang betul – betul ikut arahan Kang Pil Joo dan berlawan hahaha dan akhirnya Jang Boo Cheon yang menang. Ada banyak scene – scene suspen dan mendebarkan dalam drama ini, plot twist pun ada juga. Ikutkan agak annoying juga dengan Jang Boo Cheon ini, dahlah dapat isteri yang baik dan cantik tapi dia masih ada affair dengan girlfriend lamanya itu iaitu Yoon Seo Won (lakonan Han So Hee), siap diorang ada anak lagi, kesian dengan Na Mo Hyun tu. Plus Han So Hee tu pun jenis tak sedar diri juga pun sebab berani nak tuntut hak anak dia dekat keluarga Jang Boo Cheon. Tapi tindakan dia tu memang memakan dirilah sebab Jung Mal Ran, mak Boo Cheon memang tak kan biarkan.
Money Flower, Drama Korea, Korean Drama, Korean Drama Money Flower, 2018, Artis Korea, Drama Korea Best, Sinopsis Money Flower, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Korean Style, My Favorite, Suspen, Plot Twist, Drama Korea Money Flower, Pelakon, Money Flower Cast, Jang Hyuk, Park Se Young, Jang Seung Jo, Lee Mi Sok, Lee Soon Jae, Han So Hee, Sun Woo Jae, Im Do Gyoo, Park Ji Il, Park Jung Hak, Poster,
Selain itu scene ketika Jang Boo Cheon dah tahu identiti sebenar Kang Pil Joo itu pun menarik juga, sebab macam suspen gitu. Ianya bertambah menarik apabila Kang Pil Joo juga dah tahu yang Boo Cheon dah tahu perkara sebenar mengenai dirinya tapi diorang berdua berpura - pura macam tak ada apa - apa berlaku. Tapi setiap kali watak mereka bertemu memang nampak suspen dan mendebarkan, plus memang sukar nak mengagak apa yang akan jadi seterusnya. Ending drama Money Flower ini bagi aku agak sad ending jugalah tapi dalam masa yang sama stil okey jugalah tak adalah sedih sangat kan. Pendek katanya memang syok layan drama ini dan aku bagi 8.5/10 untuk drama Money Flower ini.
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,
Read More »

20 Jun 2018

Sinopsis Drama Suri Ram Lakonan Reen Rahim

SuriRam, Suri Ram, Drama Suri Ram, Drama Melayu, Drama Bersiri, Sinopsis Drama Suri Ram, Slot Meremang, Astro Prima, Astro Maya HD, 2018, Suri Ram Cast, Pelakon Drama Suri Ram, Reen Rahim, Bell Ngasri, Sahronizam Noor, Hantu, Genre, Seram, Mistik, Misteri,
Sinopsis Drama Suri Ram Lakonan Reen Rahim

Drama Suri Ram adalah drama bersiri yang disiarkah di Astro Prima dan Maya HD pada setiap hari Rabu, jam 11 malam. Antara pelakon drama Suri Ram ini adalah Reen Rahim, Bell Ngasri, Sahronizam Noor dan ramai lagi. Selain itu drama Suri Ram ini bergenre seram dan misteri, setiap episod ada kisahnya yang tersendiri. Aku juga sempat tengok beberapa episod drama ini iaitu episod yang ada hantu Penanggal tu, episod yang ada Pocong dan lain - lain lagi. Apa pun jom tengok sinopsis ringkas drama ini di bawah ye.
SuriRam, Suri Ram, Drama Suri Ram, Drama Melayu, Drama Bersiri, Sinopsis Drama Suri Ram, Slot Meremang, Astro Prima, Astro Maya HD, 2018, Suri Ram Cast, Pelakon Drama Suri Ram, Reen Rahim, Bell Ngasri, Sahronizam Noor, Hantu, Genre, Seram, Mistik, Misteri,
Sinopsis Drama Suri Ram (Astro Prima / Maya HD)

Mengisahkan tentang kehidupan seorang wanita yatim piatu bernama Suri yang dilahirkan dengan kelebihan untuk melihat makhluk-makhluk halus. Dia juga mewarisi ilmu perbidanan dan perubatan tradisional yang menjadikan dia tempat untuk penduduk kampung meminta tolong jika terjadi perkara-perkara yang aneh, pelik dan menakutkan. Selain itu Suri juga gemar bersendirian dan kurang peramah dengan orang lain, namun tidak pernah menolak untuk membantu orang kampung. Suri akan sedaya upaya menyelesaikan segala masalah yang dihadapi oleh penduduk kampung.

Lagu Tema / OST Suri Ram

➔ Misteri nyanyian Ernie Zakri

My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,
Read More »

18 Jun 2018

Telemovie Raya Bini Aku Dari Neraka (Lakonan Aiman Hakim & Sharifah Sakinah)

Telemovie Bini Aku Dari..., Telemovie Bini Aku Dari Neraka, SinopsisTelemovie Bini Aku Dari Neraka, Astro Warna, Telemovie Raya, Telefilem, Watak, Rudi, Lidya, Mamat, Pelakon, Aiman Hakim, Sharifah Sakinah, Ungku Hariz, Fiza Thomas, Sharifah Shahora, 2018, Telemovie Raya 2018,
Sinopsis Telemovie Bini Aku Dari...(Telemovie Raya) - Astro Warna

Telemovie Bini Aku Dari... atau pun Telemovie Bini Aku Dari Neraka telah pun disiarkan di Astro Warna pada hari raya kedua yang lalu. Telemovie ini adalah sambungan kepada drama bersiri Girlfriend Aku Dari Neraka lakonan Aiman Hakim dan Sharifah Sakinah. Telemovie ini masih mengekalkan sebahagian besar pelakon asal versi drama dan pelakon - pelakon telemovie Bini Aku Dari Neraka ini adalah Aiman Hakim, Sharifah Sakinah, Ungku Hariz, Fiza Thomas (Afi AF), Sharifah Shahora dan ramai lagi. Telemovie Bini Aku Dari..ini akan memfokuskan tentang kehidupan Rudi dan Lidya sebagai suami isteri pula. Lawak juga telemovie ini cuma bagi aku versi drama lebih kelakar lagi hehe. Apa pun jom tengok sinopsis telemovie Bini Aku Dari Neraka di bawah ini ye.
Sinopsis Telemovie Bini Aku Dari...(Telemovie Raya) - Astro Warna

Mengisahkan tentang Rudi dan Lidya yang telah berkahwin, namun Lidya masih sengaja mengekalkan personaliti bimbonya bagi mengelakkan Rudi bosan dengannya. Kawan baik Rudi iaitu Mamat juga dah menjadi seorang bapa dan sibuk menguruskan anaknya. Rudi masih belum bersedia untuk menjadi seorang bapa dan lebih suka untuk hidup berdua saja dengan Lidya buat masa terdekat. Berbeza dengan Lidya yang menginginkan anak dan akhirnya Lidya mengandung, namun berita Lidya mengandung tidak menggembirakan Rudi sebaliknya membuatkan Rudi menjadi panik. Rudi juga telah dinaikkan pangkat dan telah dipindahkan ke pejabat lain, Rudy juga mendapat seorang pembantu wanita yang sangat cantik bernama Dayang bagi membantu kerja - kerja Rudi. Rudi telah jatuh hati pada Dayang dan selalu mengorat Dayang di tempat kerja. Manakala Lidya pula cuba berubah ke arah yang lebih baik sempena bulan Ramadan dengan kerap mendengar ceramah agama. Walaubagaimanapun Lidya telah masuk ke website ajaran sesat yang mengajar hukum hakam yang tidak betul dan Lidya terpengaruh dan mengamalkannya sehingga membuatkan hidup Rudi kucar - kacir. Apa yang berlaku seterusnya?..
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,
Read More »

17 Jun 2018

Kuih Raya 2018

Kuih Raya, Biskut Raya, Kuih Raya 2018, Hari Raya, Aidilfitri, Blog Miss Banu Story,
Kuih Raya 2018

Antara koleksi kuih raya untuk tahun 2018 ini hehehe, yang pasti semuanya sedap - sedap belaka. Semua kuih raya ini kuih tunjuk - tunjuk aje, maknanya semuanya beli hehe. Apa pun Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua pembaca, pengunjung Blog Miss Banu Story ini, Maaf Zahir Batin.

My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,
Read More »

16 Jun 2018

Segmen Special Bloglist 7 Juta by sayidahnapisahdotcom

Segmen Special Bloglist 7 Juta by sayidahnapisahdotcom, Blogger Segmen, Segmen Bloglist, 2018,

Jom Join Ramai -Ramai..
Due Date- 5 Julai 2018
Nak join boleh klik Banner di atas ye..
Tak ada apa nak komen sangat sebab blog Sayidah Napisah ini dah okey dah, apa yang best dekat blog tu adalah banyak info - info berguna yang dikongsikan di situ, selain itu blog pun nampak nice and simple gitu..

My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,
Read More »

15 Jun 2018

Sinopsis Telefilem Taubatku (Cerekarama TV3)

Taubatku, Telemovie, Telefilem, Telemovie Taubatku, Telemovie Raya, TV3, Kisah Sedih, Telemovie Malam Raya, 2018, Pelakon Telemovie Taubatku, Syafiq Kyle, Azar Azmi, Syed Ali Murtadh, Idris Khan, Fauziah Nawi, Rusdi Ramli, Sinopsis Telemovie Taubatku,
Sinopsis Telefilem Taubatku Lakonan Syafiq Kyle & Azar Azmi (Cerekarama TV3)

Telemovie Taubatku telah pun disiarkan pada malam raya yang lalu iaitu 14 Jun 2018 di TV3. Antara Pelakon Telemovie Taubatku ini adalah Syafiq Kyle, Azar Azmi, Syed Ali Murtadh, Idris Khan, Fauziah Nawi, Rusdi Ramli dan ramai lagi. Telefilem Taubatku ini diarahkan oleh Heykal Hanifah dan diterbitkan oleh Luqsar Kreatif Sdn Bhd. Telefilem Taubatku ini akan diulang siar di slot Cerekarama TV3 pada 28 Disember 2019 ini, jam 9 malam. Sedih juga jalan cerita telemovie taubatku ini, apa pun jom tengok sinopsis telemovie ini di bawah ye.

Sinopsis Telemovie Taubatku

Mengisahkan Maisarah (lakonan Azar Azmi) yang putus tunang dan kemudian dia terpaksa menerima lamaran Ismail (Syafiq Kyle) kerana di desak oleh ayahnya. Selepas berkahwin dengan Ismail, Maisarah terpaksa hidup susah, kerana Ismail hanya seorang peniaga Sate saja, namun Ismail seorang suami yang penyabar dan perkahwinan mereka terus bertahan walaupun tidak dikurniakan anak. Ismail mencadangkan supaya mereka mengambil anak angkat saja, namun Maisarah tidak bersetuju. Tak lama kemudian mereka terjumpa bayi yang dibuang dekat satu tempat dan akhirnya mereka berdua mengambil bayi itu menjadi anak angkat mereka yang dinamakan Iskandar. Ismail mendidik Iskandar dengan ilmu agama yang cukup sejak kecil, walaubagaimanapun tak lama kemudian, Iskandar telah mengalami kemalangan lalu lumpuh. Ismail juga tidak mengizinkan Maisarah untuk pergi bekerja supaya Maisarah boleh menjaga Iskandar. 

Walaubagaimanapun Maisarah makin tidak tahan dengan hidupnya yang susah dan terpaksa pula menjaga anak yang lumpuh pula. Keadaan makin rumit apabila bekas tunang Maisarah iaitu Safuan (Idris Khan) kembali menagih cinta Maisarah. Maisarah akhirnya meninggalkan suaminya dan juga anaknya itu dan mengikut Safuan. Sejak ditinggalkan isteri, Ismail perlu melakukan semua kerja seorang diri termasuk menguruskan anaknya yang lumpuh. Sikap Ismail juga semakin berubah dari seorang penyabar menjadi panas baran dan sering memarahi anaknya Iskandar dengan teruk. Perniagaan sate Ismail semakin laris dan menyebabkan Ismail menjadi sibuk dan menyebabkan anaknya terabai. Keadaan mula okey bila Ismail meminta bantuan jirannya untuk menjaga anaknya buat seketika namun keadaan mula menjadi teruk kembali apabila jirannya perlu pergi ke tempat lain. Manakala Maisarah pula telah ditipu oleh Safuan dan akhirnya melarikan diri dari Safuan dan pulang ke rumah Ismail. Apa yang berlaku seterusnya?.

Jom Baca Ini juga ➔ Biodata Terkini Azar Azmi
 ➔ Telefilem Kisah Seram Hostel Lakonan Janna Nick dan Yuna Rahim
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,
Read More »

Sinopsis Drama Andainya Takdir 2 (TV3)

Drama Andainya Takdir 2, Sinopsis Drama Andainya Takdir 2, TV3, 2018, Drama Popular, Drama Hari Raya, Trending, Drama Melayu, Drama Best, Cinta, Andainya Takdir 2 Cast, Pelakon Drama Andainya Takdir 2, Shukri Yahaya, Nina Iskandar, Puteri Balqis, Mas Khan, Syazuwan Hassan, Faradhiya, Neera Azizi, Sheila Mambo, Idris Mat Diah, Rosnah Mat Haris, Erry Putra, Adiba Yunus, Jasmine Ashraff, Nafiez Zaidi, Putra Amaris, Annie Arifin, Dian P Ramlee, Watak, Airil, Fatihah, Aleeya, Poster, OST Andainya Takdir 2,
Sinopsis Drama Andainya Takdir 2 (TV3)

Drama Andainya Takdir 2 sudah mula disiarkan di TV3 bermula 13 Jun yang lalu dan mempunyai 20 episod. Drama Andainya Takdir 2 ini adalah kesinambungan drama Andainya Takdir yang pernah disiarkan di TV3 pada tahun lalu. Drama ini masih mengekalkan semua pelakon utama drama ini dan disiarkan setiap Rabu hingga Jumaat, jam 9 malam. Antara pelakon Drama Andainya Takdir 2 ini adalah Shukri Yahaya, Nina Iskandar, Puteri Balqis, Mas Khan, Syazuwan Hassan, Faradhiya, Neera Azizi, Sheila Mambo, Idris Mat Diah, Rosnah Mat Haris, Erry Putra, Adiba Yunus, Jasmine Ashraff, Nafiez Zaidi, Putra Amaris, Annie Arifin, Dian P Ramlee dan ramai lagi. Selain itu drama Andainya Takdir 2 ini diarahkan oleh Eoon Shuhaini dan diterbitkan oleh A.Aida Production Sdn Bhd. Drama ini memfokuskan apa yang terjadi selepas Airil dan Fatihah bercerai, adakah mereka akan rujuk semula atau sebaliknya. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye..
Drama Andainya Takdir 2, Sinopsis Drama Andainya Takdir 2, TV3, 2018, Drama Popular, Drama Hari Raya, Trending, Drama Melayu, Drama Best, Cinta, Andainya Takdir 2 Cast, Pelakon Drama Andainya Takdir 2, Shukri Yahaya, Nina Iskandar, Puteri Balqis, Mas Khan, Syazuwan Hassan, Faradhiya, Neera Azizi, Sheila Mambo, Idris Mat Diah, Rosnah Mat Haris, Erry Putra, Adiba Yunus, Jasmine Ashraff, Nafiez Zaidi, Putra Amaris, Annie Arifin, Dian P Ramlee, Watak, Airil, Fatihah, Aleeya, Poster, OST Andainya Takdir 2,
Sinopsis Drama Andainya Takdir 2

Airil (Shukri Yahaya) yang sudah bercerai dengan Fatihah (Nina Iskandar) berusaha untuk menyatukan semula keluarga mereka termasuk menjalani rawatan dengan doktor psikatri. Airil masih tidak berputus asa memujuk Fatihah untuk rujuk semula walaupun setelah tiga bulan bercerai. Dia merasakan hidupnya tidak sempurna tanpa Fatihah dan Aleeya (Puteri Balqis) di sisi. Tapi Fatihah masih trauma dan makin membenci Airil bila Airil masih masuk campur urusan hidupnya hingga Fatihah berpindah ke Terengganu bersama Aleya. Bila berjauhan barulah Fatihah terasa sukarnya hidup tanpa Airil dan terpaksa berdikari. Apatah lagi Aleeya kini sudah pandai memberontak dek sebab merindukan Airil dan tertekan kerana Fatihah lebih banyak meluangkan masa di tempat kerja baharu daripada anak sendiri. Pelbagai ujian melanda termasuklah desakan cinta dari Nizam (Mas Khan), bosnya, masalah Aleya terpengaruh dengan budak nakal dan cinta baru dari Hafiz (Syazuwan Hassan). Airil berusaha membantu Fatihah dalam diam dan cari kerja di Terengganu dengan terpaksa menggunakan Sofea (Neera Azizi) yang mencintainya. Hinggalah Fatihah sakit berpunca dari pukulan Airil dulu, Fatihah makin membenci Airil. Namun pengorbanan Airil akhirnya disedari Fatihah.
Drama Andainya Takdir 2, Sinopsis Drama Andainya Takdir 2, TV3, 2018, Drama Popular, Drama Hari Raya, Trending, Drama Melayu, Drama Best, Cinta, Andainya Takdir 2 Cast, Pelakon Drama Andainya Takdir 2, Shukri Yahaya, Nina Iskandar, Puteri Balqis, Mas Khan, Syazuwan Hassan, Faradhiya, Neera Azizi, Sheila Mambo, Idris Mat Diah, Rosnah Mat Haris, Erry Putra, Adiba Yunus, Jasmine Ashraff, Nafiez Zaidi, Putra Amaris, Annie Arifin, Dian P Ramlee, Watak, Airil, Fatihah, Aleeya, Poster, OST Andainya Takdir 2,
Lagu Tema / OST Andainya Takdir 2
Permata Cinta nyanyian Aiman Tino
Dimana Kan Ku Cari Ganti nyanyian Liza Hanim
➔ Setia Menunggumu nyanyian Sabhi Saddi
 Yang Terindah nyanyian Escape Plan
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,
Read More »

13 Jun 2018

Filem & Drama Korea Bulan Mei 2018

Filem & Drama Korea Bulan Mei 2018

Dalam bulan Mei 2018 yang lalu, aku sempat menonton 2 filem Korea serta 3 drama Korea yang semuanya ada tarikan masing – masing. 2 Korean Movie itu aku menonton di TV2 manakala drama yang lain aku tengok online sajalah. Apa pun  jom tengok senarai filem dan drama – drama Korea tersebut di bawah ini, okey.

Veteran (Movie) - 2015
Filem & Drama Korea Bulan Mei 2018, Korean Movie, Filem Korea, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, My Favorite, Korean Movie List, 2015, Poster, Veteran, Korean Movie Veteran, Pelakon Filem Veteran, Hwang Jung Min, Yoo Ah In, Yu Hae Jin, Oh Dal Su, Jeong Man Sik, Oh Dae Hwan, Jung Woong In,
Pelakon: Hwang Jung Min, Yoo Ah In, Yu Hae Jin, Oh Dal Su, Jeong Man Sik, Oh Dae Hwan, Jung Woong In dan ramai lagi.
Korean Movie Veteran ini memang best, aku ada tengok movie ini masa ianya disiarkan di TV2 pada awal bulan Mei yang lalu. Yoo Ah In jadi watak jahat dalam filem ini, karakter wataknya hampir sama seperti watak Namgoong Min dalam drama Remember : War Of The Son. Apa pun memang enjoy layan movie ini. Ending filem Veteran ini memang grand dan terbaik.

Welcome To Waikiki / Eulachacha Waikiki (2018)
Filem & Drama Korea Bulan Mei 2018, Welcome To Waikiki, Eulachacha Waikiki, Korean Drama, Drama Korea, My Favorite, Komedi, Lawak, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Korean Drama Eulachacha Waikiki, Pelakon, Kim Jung Hyun, Lee Yi Kyung, Son Seung Won, Jung In Sun, Go Won Hee, Lee Joo Woo, JTBC,
Pelakon: Kim Jung Hyun, Lee Yi Kyung, Son Seung Won, Jung In Sun, Go Won Hee, Lee Joo Woo dan ramai lagi.
Drama Korea Welcome To Waikiki / Eulachacha Waikiki ini sememangnya popular sehingga disambung dan ditambah episodnya dari 16 episod ke 20 episod. Peringkat awal, drama ini okey saja, lawak sikit – sikit. Tapi bila masuk di pertengahan jalan cerita, drama ini dah jadi makin best dan makin lawak, sampai aku pun boleh ketawa dan gelak giler2 hahaha. Episod 15 antara episod yang paling kelakar dan berjaya buat aku gelak tak berhenti hihi. ➔ Baca Review Drama Korea Eulachacha Waikiki

C’est Si Bon (Movie) – 2015
Filem & Drama Korea Bulan Mei 2018, Korean Movie, Filem Korea, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, My Favorite, Korean Movie List, 2015, Poster, Korean Movie C’est Si Bon, Pelakon, Jung Woo, Han Hyo Joo, Jin Goo, Kang Ha Neul, Jo Bok Rae, Kim In Kwon, Kwon Hae Hyu,
Pelakon: Jung Woo, Han Hyo Joo, Jin Goo, Kang Ha Neul, Jo Bok Rae, Kim In Kwon, Kwon Hae Hyu dan ramai lagi..
Filem C’est Si Bon ini boleh dikatakan sebagai sebuah  filem muzikal gitu, banyak nyanyian dan lagu – lagu yang sedap dapat didengar dalam filem ini dan jalan cerita pun berkisarkan tentang penyanyi dan pemuzik. Aku suka tengok Han Hyo Joo dalam filem ini sebab dia nampak sangat cantik gitu. Walaubagaimanapun aku agak kurang suka dengan filem yang bergenre sebegini.

Children Of A Lesser God (2018)
Filem & Drama Korea Bulan Mei 2018, Children Of A Lesser God, 2018, Korean Drama, Drama Korea, My Favorite, My Feeling, My Opinion, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Detektif, Polis, Jenayah, Thriller, Pelakon Drama Korea Children Of A Lesser God, Kang Ji Hwan, Kim Ok Bin, Sim Hee Seop, Lee Elijah, Jang Gwang, Ahn Kil Kang, Poster,
Pelakon: Kang Ji Hwan, Kim Ok Bin, Sim Hee Seop, Lee Elijah, Jang Gwang, Ahn Kil Kang dan ramai lagi.
Aku memang sentiasa menonton drama – drama lakonan Kang Ji Hwan ini sebab kebanyakkan drama lakonannya selalunya best – best, ada  plot twist dan suspen gitu. Contohnya seperti drama Incarnation Of Money, Big Man dan juga Monster. Plus heroin drama ini pula adalah Kim Ok Bin gitu, memang drama yang harus tontonlah kan. Aku makin suka dengan lakonan Kim Ok Bin ini selepas menonton filemnya yang bertajuk The Villainess itu. Jalan cerita drama ini juga suspen dan best walaupun ada sedikit gangguan dari English subtitle yang berterabur di kebanyakan laman web yang lain namun masih dapat difahami jalan ceritanya. Boleh dikatakan jalan cerita drama ini gabungan kepada 3 drama lain seperti drama Save Me, Black dan While You Were Sleeping hehe. ➔ Baca Review Drama Korea Children Of A Lesser God

My Mister (2018)
Filem & Drama Korea Bulan Mei 2018, Korean Drama, Drama Korea, Korean Drama My Mister, 2018, TVN, My Favorite, Korean Drama List, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Pelakon Drama Korea My Mister, Lee Sun Kyun, IU, Lee Ji Ah, Chang Ki Yong, Kim Young Min, Park Ho San, Song Sae Byeok, Poster,
Pelakon: Lee Sun Kyun, IU, Lee Ji Ah, Chang Ki Yong, Kim Young Min, Park Ho San, Song Sae Byeok dan ramai lagi.
Drama My Mister antara drama yang menarik untuk ditonton, awalnya expectation aku terhadap drama ini biasa – biasa saja, tapi bila dah start menonton drama ini, memang ada something yang akan menarik minat korang untuk terus menonton dan ingin tahu apa kesudahan jalan ceritanya. Lakonan para pelakon juga best – best belaka, especially Lee Sun Kyun dan IU, chemistry watak diorang sangat kuat dan sweet dalam cara mereka sendiri.
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,
Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017