-->

19 Jul 2021

Review Drama Korea The Tale Of Nokdu

Drama Korea The Tale Of Nokdu, Korean Drama The Tale Of Nokdu, Info dan Sinopsis Drama Korea The Tale Of Nokdu, Poster Drama Korea The Tale Of Nokdu, Pelakon - Pelakon Drama Korea The Tale Of Nokdu, Drama Baru Jang Dong Yoon, Drama Baru Kim So Hyun,

Actually drama ini dah lama dah disiarkan iaitu pada September 2019 tapi sekarang ada masa nak buat review drama ni. Antara pelakon drama Korea The Tale Of  Nokdu ini adalah Jang Dong Yoon, Kim So Hyun, Kang Tae Oh, Jung Joon Ho, Kim Tae Woo, Yun Yoo Sun, Jo Soo Hyang, Park Da Yeon dan ramai lagi. Korean Drama The Tale Of  Nokdu ini mempunyai 32 episod, disiarkan di channel KBS dan tamat episodnya pada 25 November 2019. Drama ini based on webcomic dan bergenre Romantik Komedi dan juga historical. Apa pun di permulaan cerita drama ini memang lawak okey sebab hero drama ini iaitu Jang Dong Yoon yang melakonkan watak Jeon Nok Du akan menyamar jadi perempuan okey. Muka Jang Dong Yoon ni bila make up jadi perempuan ni memang comel habis,cun dan nampak suci murni saja hehehe. Selain itu aku juga suka dengan barisan pelakon drama ini, semuanya best - best belaka. 
Drama Korea The Tale Of Nokdu, Korean Drama The Tale Of Nokdu, Info dan Sinopsis Drama Korea The Tale Of Nokdu, Poster Drama Korea The Tale Of Nokdu, Pelakon - Pelakon Drama Korea The Tale Of Nokdu, Drama Baru Jang Dong Yoon, Drama Baru Kim So Hyun,
Walaubagaimanapun di pertengahan cerita, drama ini mula berubah menjadi serius, dimana pelbagai konflik mula timbul, serta rahsia demi rahsia mula terbongkar. Ini kali kedua pelakon Kim So Hyun dan Jo Soo Hyang berlakon sekali selepas drama School 2015. Kalau dalam drama School 2015 tu, Jo Soo Hyang jadi watak jahat tapi dalam drama ini aku suka dengan wataknya yang serius dan boleh berlawan. Antara watak yang buat aku terkejut sekali mestilah watak Cha Yool Moo lakonan Kang Tae Oh. Awalnya watak Cha Yool Moo ni nampak sweet sangat, soft spoken dan caring gitu, tapi tak sangka wataknya akan berubah seratus peratus bila dia tiba - tiba jadi jahat dan nak jadi raja. Ni first time aku tengok Kang Tae Oh jadi jahat, menjadi juga lakonan dia ni. Aku dah biasa tengok dia bawa watak baik saja sebelum ini contohnya macam dalam drama You Are Too Much. So bila tengok dia bawa watak jahat macam ni memang wow gitu. 
Drama Korea The Tale Of Nokdu, Sinopsis Penuh Drama Korea The Tale Of Nokdu, Korean Drama The Tale Of Nokdu, Info dan Sinopsis Drama Korea The Tale Of Nokdu, Poster Drama Korea The Tale Of Nokdu, Pelakon - Pelakon Drama Korea The Tale Of Nokdu, Drama Baru Jang Dong Yoon, Drama Baru Kim So Hyun,
Syok tengok scene - scene lawak dalam drama ini, terutamanya di permulaan cerita. Antara scene yang menarik ketika Nok Du dah masuk kawasan perkampungan tu dan terpaksa menyamar jadi perempuan kerana kat situ lelaki memang tak dibenarkan masuk. Scene Nokdu dengan Cha Yool Moo lakonan Kang Tae Oh tu pun menarik, terutamanya ketika Cha Yool Moo tak tahu yang Nokdu tu sebenarnya lelaki. Boleh pula Nokdu berpura - pura yang dia suka kat Cha Yool Moo untuk mengelakkan Cha Yool Moo jadi rapat dengan Dong Joo lakonan Kim So Hyun. Kalau tengok Behind The Scene drama ini juga kelakar, nampak pelakon - pelakon dalam drama ni semuanya sporting, profesional dan giler - giler hehe. Kemuncak drama ni bila perebutan takhta berlaku dan identiti sebenar Nokdu mula terbongkar. Bila dah sampai kemuncak cerita pastinya jalan cerita dah jadi makin suspen gitu dan banyak juga scene lawan - lawan dalam drama ini.

Bila tengok drama ini memang geram juga dengan keputusan dan tindakan Raja Gwanghae yang tak sedar kesilapannya dan terus buat kesilapan demi kesilapan. Ending drama Korea The Tale Of Nokdu ni memang happy endinglah kan. Walaupun banyak cabaran yang perlu ditempuhi oleh Nokdu dan Dong Joo untuk hidup bersama. Sejujurnya Korean Drama The Tale Of Nokdu ni memang menghiburkan, jadi aku bagi 8/10 bintang untuk drama ini, so jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye..
Drama Korea The Tale Of Nokdu, Sinopsis Penuh Drama Korea The Tale Of Nokdu, Korean Drama The Tale Of Nokdu, Info dan Sinopsis Drama Korea The Tale Of Nokdu, Poster Drama Korea The Tale Of Nokdu, Pelakon - Pelakon Drama Korea The Tale Of Nokdu, Drama Baru Jang Dong Yoon, Drama Baru Kim So Hyun, The Tale Of Nokdu Cast,
Sinopsis Drama Korea The Tale Of Nokdu 

Mengisahkan Jeon Nok Du yang tinggal bersama keluarga angkatnya di sebuah pulau. Nok Du seorang yang bijak dan mahir berlawan. Suatu hari ayahnya dan abangnya diserang dan diculik oleh sekumpulan penjahat wanita. Nok Du kemudian dapat mengejar salah seorang penjahat wanita tersebut sehingga ke bandar. Ketika di bandar dia bertemu dengan Dong Joo yang ingin membunuh raja, namun Nok Du berjaya menyelamatkan Dong Joo dari sebarang masalah. Nok Du kemudian mendapat tahu yang penjahat wanita tersebut pergi ke Widow Village. Untuk mengetahui kebenaran, Nok Du mencari jalan dan menyamar menjadi perempuan dan masuk ke Widow Village dan disitu dia bertemu semula dengan Dong Joo. Awalnya Dong Joo tidak mengetahui yang Nok Du adalah lelaki, namun setelah rahsia Nok Du terbongkar, Nok Du terpaksa berpakat dengan Dong Joo untuk Dong Joo menyimpan rahsianya supaya memudahkan dia untuk menyiasat.

Dong Joo dan Nokdu akhirnya jatuh cinta, namun penyiasatan Nokdu membawa lebih banyak masalah, bila dia pula diburu setelah identitinya terbongkar. Cha Yool Moo yang awalnya kelihatan baik, sopan dan disayangi ramai mula menunjukkan dirinya yang sebenar, dimana dia menginginkan takhta kerajaan dan berkomplot dengan orang tertentu untuk merampas takhta. Namun dalam masa yang sama Cha Yool Moo ikhlas mencintai Dong Joo namun cintanya tak berbalas menyebabkan dia makin ingin membunuh Nokdu. Apa yang bakal berlaku seterusnya?..

Update 28/8/2022 !!

Korean Drama The Tale Of Nokdu ini kini tengah hangat bersiaran di Awesome TV saluran 112 MYTV setiap Isnin hingga Khamis, jam 7 malam.


Jom Baca Ini Juga 👉👉 Review Drama Korea Voice 4


Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017