-->

31 Mei 2018

Sinopsis Drama Filipina Rhodora X (Astro Bella)

RHODORA X, Drama Filipina, Philippines Drama, Tagaloy, Pinoy Drama, Drama Filipina Rhodora X, Sinopsis Drama Filipina, Sinopsis Rhodora X, Astro Bella, 2014, 2018, Pelakon Drama Filipina Rhodora X, Jennylyn Mercado, Mark Herras, Yasmien Kurdi, Mark Anthony Fernandez, Glydel Mercado, Gardo Versoza, Frank Magalona, Irma Adlawan, Lollie Mara, Watak Dalam Drama, Rhodora, Angela, Joaquin, Nico, Jenna, Roxanne, Sinopsis Penuh Rhodora X, Split Personality, Dissociative Identity Disorder (DID), Thriller, Suspen, Revenge, Dendam, Poster,
Sinopsis Drama Filipina Rhodora X (Astro Bella)

Dah lama tak tengok drama Filipina ni, last drama Filipina yang aku tengok adalah drama Carmela lakonan Marian Rivera tu. Baru - baru ni, boleh terjebak pula tengok drama Filipina yang bertajuk Rhodora X yang disiarkan di Astro Bella. Awalnya tertengok satu episod saja, pastu terus suka dan sekarang ni memang aku menonton drama Rhodora X ini episod demi episod dan jalan ceritanya makin lama makin best pula tu. Antara pelakon drama Rhodora X ini adalah Jennylyn Mercado, Mark Herras, Yasmien Kurdi, Mark Anthony Fernandez, Glydel Mercado, Gardo Versoza, Frank Magalona, Irma Adlawan, Lollie Mara dan ramai lagi. Antara sebab aku tertarik dengan drama Rhodora X ini sebab ianya berkisarkan tentang kekeluargaan, kasih sayang, persaingan serta dendam antara adik dan kakak serta turut memfokuskan tentang split personality atau Dissociative Identity Disorder (DID) yang dialami oleh watak utama dalam drama ini. Selalunya drama yang berkisarkan tentang split personality ini memang seronok untuk ditonton. Contohnya seperti drama Korea Hyde Jekyll, Me dan juga Kill Me Heal Me, serta english movie yang bertajuk Split dan banyak lagi.

Drama Rhodora X ini mempunyai 88 episod dan setiap episod hanya lebih kurang setengah jam saja, tapi dekat Astro Bella maybe tayang 2 episod sekaligus kot untuk cukupkan satu jam, manakala pengarah drama ini adalah Albert Langitan. Drama ini disiarkan di Filipina pada tahun 2014 yang lalu. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye. Selamat membaca..
Sinopsis Rhodora X (Philippines Drama)

Mengisahkan tentang sebuah keluarga bahagia Lourdes (lakonan Glydel Mercado) dan Derrick Ferrer (lakonan Gardo Versoza) yang mempunyai 2 anak perempuan yang bernama Angela (lakonan Yasmien Kurdi) dan Rhodora (lakonan Jennylyn Mercado). Rhodora kemudiannya telah diculik dan di dera, hidupnya terseksa dan menderita setelah diculik. Disebabkan trauma dia akhirnya mengalami Dissociative Identity Disorder (DID) / Split Personality dan menyebabkan ada personaliti lain dalam diri Rhodora iaitu Roxanne yang sangat jahat dan licik berbeza dengan diri Rhodora yang sebenar yang sangat baik hati dan naif. Setelah Rhodora besar dia akhirnya bertemu semula dengan keluarga kandungnya dan kembali hidup bersama dengan mereka. Lourdes dan Derrick berasa gembira dapat berjumpa dengan anak bongsu mereka semula. Manakala kakak Rhodora pula iaitu Angela juga sangat gembira dan teruja apabila adiknya kembali semula ke pangkuan keluarga. Hubungan Rhodora dan Angela juga sangat baik, cuma nenek mereka saja yang sangsi dengan Rhodora dan tidak mahu mengaku Rhodora adalah cucunya.
Disebabkan sikap neneknya yang sentiasa memarahi Rhodora menyebabkan dirinya tertekan dan penyakit Rhodora kembali, personalitinya yang lain iaitu Roxanne kerap muncul. Namun setelah ujian DNA dibuat, segala persoalan terjawab dan nenek mereka terpaksa menerima kebenaran itu. Roxanne sentiasa keluar malam untuk berhibur di kelab malam, namun seluruh keluarga Rhodora tidak mengetahui mengenai penyakit Rhodora ini mahu pun mengetahui tentang kewujudan Roxanne. Angela pula mempunyai kekasih yang bernama Joaquin Vasquez (Mark Herras) yang berasal dari keluarga kaya raya. Namun nenek Joaquin tidak menyukai Angela namun akhirnya mengalah dan membenarkan Joaquin dan Angela berkahwin. Dalam masa yang sama sikap Joaquin yang baik dan gentleman itu membuatkan Rhodora jatuh hati pada Joaquin, namun dia hanya memendam perasaannya kerana tidak mahu menggangu hubungan kakaknya dengan Joaquin. Roxanne yang mengetahui perasaan Rhodora yang sebenar, cuba menggagalkan perkahwinan Angela dan Joaquin. Roxanne juga amat membenci Angela kerana Angelalah yang telah menyebabkan Rhodora diculik ketika mereka masih kanak - kanak.
Dalam masa yang sama, majikan Angela yang bernama Nico Ledesma turut mencintai Angela tapi dia hanya bertepuk sebelah tangan kerana Angela hanya mencintai Joaquin. Roxanne telah berjaya menggagalkan perkahwinan Angela dengan Joaquin serta berjaya membuatkan Joaquin marah serta salah faham mengenai hubungan Angela dan Nico dan mebuatkan Joaquin menuduh Angela curang padanya. Keadaan makin rumit apabila Roxanne telah membunuh Tricia yang merupakan pembantu Joaquin yang juga ada hati pada Joaquin. Namun Angela yang kebetulan berada di tempat kejadian disalahkan dan dituduh sebagai pembunuh Tricia serta dipenjarakan. Roxanne gembira bila Angela dipenjarakan dan kini cuba mendekati Joaquin, malah personaliti Roxanne kini lebih dominan dan mengawal Rhodora, malah Roxanne juga berpura - pura menjadi Rhodora supaya ibu bapanya tidak syak apa - apa. Akhirnya Roxanne terlanjur dengan Joaquin dan kemudian mengandung, manakala Joaquin pula tiba - tiba ke luar negara untuk menenangkan fikirannya dan langsung tidak mengetahui yang Rhodora / Roxanne telah hamil anaknya.
Bapa Rhodora dapat mengagak yang Rhodora ada kena mengena dengan kes Angela namun tidak dapat melakukan apa - apa kerana Rhodora juga telah mengandung. Ibu bapa Rhodora juga memutuskan untuk membesarkan anak Rhodora itu dan menghalang Rhodora dari memberitahu Joaquin mengenai anaknya itu. Rhodora kemudian melahirkan anak perempuan yang dinamakan Jenna. Angela pula tidak mengetahui siapa bapa kandung anak saudaranya itu dan gembira dengan kelahiran Jenna, walaupun dirinya telah keguguran di penjara. Keadaan makin rumit apabila Angela secara tidak sengaja dapat melarikan diri dari penjara. Apa yang bakal berlaku seterusnya?.
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,
Read More »

30 Mei 2018

Hadiah SPM Result Giveaway Dah Sampai - English Novel

Hadiah SPM Result Giveaway By Abam Kie Dah Sampai, Menang, Pemenang, Bertuah, Lucky, Novel, English Novel, Menang English Novel, English Novel A Matter Of Honour By Jeffrey Archer, Menang Giveaway 2018, Rezeki, Buku, Blog Miss Banu Story,
Hadiah SPM Result Giveaway Dah Sampai - English Novel A Matter Of Honour By Jeffrey Archer

Alhamdulilah Hadiah SPM Result Giveaway Dah Sampai pada 14 Mei 2018 yang lalu, aku adalah salah seorang pemenang SPM Result Giveaway yang dianjurkan oleh Abam Kie. Tak sangka bertuah dan menang sebuah novel, english novel gitu yang bertajuk A Matter Of Honour By Jeffrey Archer yang di sponsor oleh blogger Henrietta Jose. Aku memang suka baca novel tapi sebelum ini aku tak pernah ada koleksi novel yang berbahasa Inggeris, jadi lepas ni boleh tukar selera, baca english novel pula. Apa pun terima kasih pada Abam Kie kerana menganjurkan giveaway yang awsome serta Henrietta Jose yang mensponsorkan hadiah yang best hehe. Alhamdulilah..
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,
Read More »

29 Mei 2018

Sinopsis Drama Halalkan Hati Yang Ku Curi (Akasia TV3)

Drama Halalkan Hati Yang Ku Curi, Novel Halalkan Hati Yang Kucuri, Novelia Mia Kiff, Drama Melayu, Drama Bersiri, Drama Adaptasi Novel, Novel Online, 2018, Slot Akasia, TV3, Drama Bulan Ramadan, Cinta, Poster, OST Halalkan Hati Yang Ku Curi, Pelakon Drama Halalkan Hati Yang Ku Curi, Aliff Aziz, Farah Nabilah, Shah Iskandar, Mimi Lana, Normah Damanhuri, Jasmin Hamid, Azri Iskandar, Afique Hussain, Alex Afian, Anne Abdullah, Zulkifli Ismail, Zarina Zainuddin, Emelie Hanif, Zalfa Zin, Azhan Rani,
Sinopsis Drama Halalkan Hati Yang Ku Curi - Slot Akasia TV3

Drama Halalkan Hati Yang Kucuri adalah drama terbaru di slot Akasia TV3 yang disiarkan bagi menggantikan drama Cinta Fatamorgana yang telah tamat episodnya. Drama ini sudah mula bersiaran sejak 23 Mei yang lalu dan merupakan adaptasi daripada Novel Halalkan Hati Yang Kucuri karya Mia Kiff. Antara Pelakon Drama Halalkan Hati Yang Ku Curi ini adalah Aliff Aziz, Farah Nabilah, Shah Iskandar, Mimi Lana, Normah Damanhuri, Jasmin Hamid, Azri Iskandar, Afique Hussain, Alex Afian, Anne Abdullah, Zulkifli Ismail, Zarina Zainuddin, Emelie Hanif, Zalfa Zin, Azhan Rani dan ramai lagi. Selain itu drama 27 episod ini diarahkan oleh Hashim Rejab dan diterbitkan oleh Country & Universal Sdn Bhd. Kalau tengok dari sinopsis drama Halalkan Hati Yang Kucuri ini memang nampak menarik jalan ceritanya, ada pengajaran gitu, apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye.
Drama Halalkan Hati Yang Ku Curi, Novel Halalkan Hati Yang Kucuri, Novelia Mia Kiff, Drama Melayu, Drama Bersiri, Drama Adaptasi Novel, Novel Online, 2018, Slot Akasia, TV3, Drama Bulan Ramadan, Cinta, Poster, OST Halalkan Hati Yang Ku Curi, Pelakon Drama Halalkan Hati Yang Ku Curi, Aliff Aziz, Farah Nabilah, Shah Iskandar, Mimi Lana, Normah Damanhuri, Jasmin Hamid, Azri Iskandar, Afique Hussain, Alex Afian, Anne Abdullah, Zulkifli Ismail, Zarina Zainuddin, Emelie Hanif, Zalfa Zin, Azhan Rani,
Sinopsis Halalkan Hati Yang Ku Curi - Akasia TV3

Mengisahkan tentang pasangan muda suami isteri, Faiq (lakonan Aliff Aziz) dan Delisha (lakonan Farah Nabilah) yang satu kepala sukakan kebebasan, kemewahan, dan berseronok tanpa batas. Segala nasihat yang diberi bagai mencurah air ke daun keladi. Merajuk ditegur keluarga, natijahnya mereka lari meninggalkan rumah. Setelah sebulan, mereka pulang tetapi terkejut apabila keluarga mereka menghilang secara tiba-tiba! Banglo dijual dan syarikat keluarga bertukar hak milik kepada orang lain. Puas mereka mencari penyebabnya, namun tiada apa yang diperoleh. Keluarga tak ditemui, duit pula kian habis. Akhirnya, hendak atau tidak mereka terpaksa memulakan kehidupan dari bawah kerana tiada apa lagi yang mampu digadai. Kini mereka faham, keluarga mereka bankrup kerana sikap boros mereka. Mereka terpaksa hidup bergelandangan dan dianggap pengemis. Mereka belajar erti susah, dan berdikari. Tanpa disangka, Delisha hamil. Keharmornian rumah tangga mereka diganggu oleh Zainal (lakonan Shah Iskandar), bekas kekasih Delisha yang muncul semula.

Biarpun hubungan diuji, namun Faiq dan Delisha tabah melaluinya. Faiq bekerja sebagai pengawal keselamatan di tempat baru dan ditawarkan jawatan Pengurus Pemasaran setelah Faiq berusaha dan memberi pelbagai idea yang bernas kepada syarikat yang kian merudum itu. Delisha pula, dipelawa menjadi pereka fesyen di syarikat tersebut. Akhirnya syarikat tersebut kian maju. Apa yang berlaku seterusnya? dapatkah Faiq dan Delisha bertemu keluarga mereka semula?

Lagu Tema / OST Halalkan Hati Yang Ku Curi
➔ Semakin nyanyian Siti Sarah

Jom Baca ini juga ➔ Baca Online Novel Halalkan Hati Yang Kucuri Bab 1 Hingga Bab 15
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,
Read More »

27 Mei 2018

Sinopsis Telemovie Hari Terakhir Seorang Pengurus (Astro Citra)

Telemovie Hari Terakhir Seorang Pengurus, Sinopsis Telemovie Hari Terakhir Seorang Pengurus, Telefilem, Astro Citra, Mustika HD, 2018, Pelakon, Remy Ishak, Susan Lankester, Amerul Affendi, Nadiya Nisaa, Mustaqim Mohamed, Junji Delfino, Bulan Terry, Sherie Merlis, Lawak, Komedi, Unik,
Sinopsis Telemovie Hari Terakhir Seorang Pengurus (Astro Citra)

Telemovie Hari Terakhir Seorang Pengurus telah pun disiarkan di Astro Citra dan Mustika HD pada 26 Mei yang lalu. Antara Pelakon Telemovie Hari Terakhir Seorang Pengurus ini adalah Remy Ishak, Susan Lankester, Amerul Affendi, Nadiya Nisaa, Mustaqim Mohamed, Junji Delfino, Bulan Terry, Sherie Merlis dan ramai lagi. Selain itu telemovie Hari Terakhir Seorang Pengurus ini diarahkan oleh Syed Fariz dan diterbitkan oleh Anomalous Films & Suar Channel. Jalan cerita telemovie ini agak unik dan kelakar dan berkisarkan tentang ragam pekerja serta satu insiden yang berlaku di satu pejabat yang melibatkan pekerja dan juga majikan. Apa pun jom tengok sinopsis telemovie ini di bawah ye.

Sinopsis Telemovie Hari Terakhir Seorang Pengurus

Mengisahkan Nasir (Remy Ishak) yang merupakan seorang pengurus di sebuah syarikat, namun dia berasa tertekan dengan sikap majikannya yang tidak mengambil berat pasal kebajikan pekerja dan selalu mungkir janji. Hal tersebut telah membuat Nasir mengambil tindakan drastik dengan cuba untuk terjun ke bawah dari tingkap bangunan syarikat tersebut dan membunuh diri. Walaubagaimanapun itu hanya niat Nasir tapi Nasir belum melakukannya, Nasir hanya berdiri disitu dan berasa gayat untuk pandang ke bawah, tetapi Nasir nekad untuk terus berdiri di situ dan mengugut untuk terjun ke bawah. Selepas itu semua pekerja lain mula membuat tekaan dan spekulasi masing - masing mengenai sebab Nasir bertindak demikian. Manakala Nasir pula tidak mahu memberitahu sebab dia bertindak sedemikian, pelbagai hal lucu yang berlaku bila pekerja lain mula sibuk memikirkan tentang Nasir. Majikan mereka menyuruh pekerjanya untuk menghubungi isteri Nasir dan yakin Nasir bertindak demikian kerana menghadapi masalah dengan isterinya. Namun isteri Nasir menafikan dan menyatakan hubungannya dengan Nasir baik - baik sahaja. 

Majikan Nasir mula panik bila isu Nasir ini tidak dapat diselesaikan secepat mungkin, ini kerana ada event besar yang akan dianjurkan oleh syarikat mereka dalam beberapa jam lagi. Tak lama kemudian, seorang bomba yang berdedikasi bernama Khir sampai di syarikat berkenaan dan cuba memujuk Nasir untuk membatalkan hasratnya untuk terjun. Awalnya Nasir enggan bekerjasama, namun setelah Khir menceritakan segala masalahnya dan membuatkan Nasir bersimpati dan berasa bersalah padanya, barulah Nasir menceritakan sebab dia bertindak demikian. Segala yang berlaku adalah disebabkan sikap majikannya yang telah mungkir janji dengan Nasir. Apa yang berlaku seterusnya? dapatkah isu Nasir ini diselesaikan? bagaimana pula dengan masalah Nasir dengan majikannya itu?
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,
Read More »

26 Mei 2018

Sinopsis Drama Isteri Untuk Diiktiraf (TV1)

Isteri Untuk Diiktiraf, Drama Isteri Untuk Diiktiraf, Slot Widuri, TV1, RTM, Drama Bulan Ramadan, Drama Melayu, Drama Best, Drama Adaptasi Novel, Novel Isteri Untuk Diiktiraf, Karya Nurfaza Alisya, 2018, Kahwin Paksa, Novel Online, Sinopsis Isteri Untuk Diiktiraf, OST Isteri Untuk Diiktiraf, Lagu Kuasa Cinta, Penyanyi Ezad Lazim, Pelakon Drama Isteri Untuk Diiktiraf, Redza Rosli, Elvina Mohamad, Janna Nick, Dayana Roza, Sheila Rusly, Arash Mohd, Sweet Qismina, Shah Jaszle, Roslan Saleh, Ariff Aziz, Azar Azmi, Tengku Zara, Sharifah Shahora, Watak, Safiyya, Tengku Wildan, Bella, Ana Julia, Poster Drama,
Sinopsis Drama Isteri Untuk Diiktiraf Slot Widuri TV1 (RTM)

Drama Isteri Untuk Diiktiraf sudah mula disiarkan pada 16 Mei yang lalu, iaitu pada setiap hari, sepanjang bulan Ramadan ini di slot Widuri, jam 7 malam di TV1 (RTM). Antara Pelakon Drama Isteri Untuk Diiktiraf ini adalah Redza Rosli, Elvina Mohamad, Janna Nick, Dayana Roza, Sheila Rusly, Arash Mohd, Sweet Qismina, Shah Jaszle, Roslan Saleh, Ariff Aziz, Azar Azmi, Tengku Zara, Sharifah Shahora dan ramai lagi. Drama 30 episod ini adalah adaptasi daripada Novel Isteri Untuk Diiktiraf hasil karya Nurfaza Alisya. Selain itu drama ini diarahkan oleh Azman Yahya (Jinggo) dan diterbitkan oleh JS Pictures Sdn Bhd. Kalau tahun lalu (2017) drama Seharum Mawar disiarkan sepanjang bulan Ramadan di TV1 dan turut mendapat sambutan penonton. Kali ini giliran Drama Isteri Untuk Diiktiraf pula yang mana kedua - dua drama tersebut diterbitkan oleh JS Pictures. Ulangan drama Isteri Untuk Diiktiraf ini adalah pada pukul 5 pagi di TV1, manakala bagi yang ketinggalan menonton drama ini, bolehlah menonton menerusi portal myklik.rtm.gov.my atau melalui aplikasi RTM Mobile. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye, selamat membaca.
Isteri Untuk Diiktiraf, Drama Isteri Untuk Diiktiraf, Slot Widuri, TV1, RTM, Drama Bulan Ramadan, Drama Melayu, Drama Best, Drama Adaptasi Novel, Novel Isteri Untuk Diiktiraf, Karya Nurfaza Alisya, 2018, Kahwin Paksa, Novel Online, Sinopsis Isteri Untuk Diiktiraf, OST Isteri Untuk Diiktiraf, Lagu Kuasa Cinta, Penyanyi Ezad Lazim, Pelakon Drama Isteri Untuk Diiktiraf, Redza Rosli, Elvina Mohamad, Janna Nick, Dayana Roza, Sheila Rusly, Arash Mohd, Sweet Qismina, Shah Jaszle, Roslan Saleh, Ariff Aziz, Azar Azmi, Tengku Zara, Sharifah Shahora, Watak, Safiyya, Tengku Wildan, Bella, Ana Julia,
Sinopsis Drama Isteri Untuk Diiktiraf - TV1 (RTM)

Mengisahkan Safiyya (lakonan Elvina Mohamad) menjadi yatim piatu apabila ibu-bapanya terlibat dengan kemalangan jalan raya. Semenjak itu dia dibesarkan oleh datuknya di kampung. Masa berlalu Safiyya telah menamatkan pelajarannya di universiti dan gigih mencari pekerjaan. Dengan bantuan kawannya Yati, Safiyya mendapat beberapa pekerjaan. Tetapi tidak bertahan kerana sering berhenti kerana gangguan di tempat kerja. Kali terakhir Safiyya bekerja di hotel tapi pada hari pertama bekerja dia telah cuba diperkosa Tengku Wildan (lakonan Redza Rosli) anak Tengku Hairie (Arash Mohd) tuan punya hotel. Akibatnya Safiyya melarikan diri dan mengambil keputusan tinggal di kampung sahaja. Tengku Hairie datang ke kampung dan menemui Datuk Safiyya atas urusan jual beli tanah. Terpesona dengan kejelitaan dan kebolehan Safiyya, Tan Sri Tengku Hairie mengatakan hasratnya untuk meminang Safiyya dan dikahwinkan dangan anaknya Tengku Wildan. Isterinya Raja Mona (lakonan Sheila Rusly) dan Tengku Wildan menentang cadangan ini tetapi bapanya tetap dengan keputusannya. Safiyya juga menentang keras apabila diberitahu datuknya mengenai cadangan Tengku Hairie. Datuk Safiyya jatuh sakit dan dalam keadaan serba salah Safiyya menurut kemahuan datuknya untuk berkahwin.


Isteri Untuk Diiktiraf, Drama Isteri Untuk Diiktiraf, Slot Widuri, TV1, RTM, Drama Bulan Ramadan, Drama Melayu, Drama Best, Drama Adaptasi Novel, Novel Isteri Untuk Diiktiraf, Karya Nurfaza Alisya, 2018, Kahwin Paksa, Novel Online, Sinopsis Isteri Untuk Diiktiraf, OST Isteri Untuk Diiktiraf, Lagu Kuasa Cinta, Penyanyi Ezad Lazim, Pelakon Drama Isteri Untuk Diiktiraf, Redza Rosli, Elvina Mohamad, Janna Nick, Dayana Roza, Sheila Rusly, Arash Mohd, Sweet Qismina, Shah Jaszle, Roslan Saleh, Ariff Aziz, Azar Azmi, Tengku Zara, Sharifah Shahora, Watak, Safiyya, Tengku Wildan, Bella, Ana Julia,

Raja Mona berjanji Tengku Wildan tetap akan menjadi milik Bella (lakonan Dayana Roza) walaupun telah berkahwin. Tengku Wildan pula hanya menganggap Bella teman dari kecil dan tidak berhasrat mengahwininya. Hari pertunangan tiba tetapi Safiyya masih meragui keputusannya terutama dia masih belum pernah berjumpa dengan bakal suaminya. Dia terkejut apabila melihat bakal suaminya adalah lelaki yang pernah cuba mengambil kesempatan ke atas dirinya dahulu. Kerana tidak mahu menyusahkan datuknya Safiyya meminta majlis perkahwinannya di adakan secara kecil-kecilan sahaja. Tengku Wildan hanya berpura - berpura melayan Safiyya dengan baik bila berada di depan keluarganya saja, namun sebenarnya Tengku Wildan melayan Safiyya seperti orang gajinya saja. Tengku Wildan bertambah geram bila Safiyya juga berani melawan kata - katanya namun dalam masa yang sama masih mengikut segala arahan Tengku Wildan. Selain itu, Tengku Wildan cuba memikat seorang wanita cantik bernama Ana Julia (lakonan Janna Nick) namun pada awalnya Ana Julia tidak melayan Tengku Wildan sehinggalah dia mengetahui status sebenar Tengku Wildan yang merupakan anak orang kaya, barulah Ana Julia cuba berusaha untuk menjadi isteri Tengku Wildan. 

Isteri Untuk Diiktiraf, Drama Isteri Untuk Diiktiraf, Slot Widuri, TV1, RTM, Drama Bulan Ramadan, Drama Melayu, Drama Best, Drama Adaptasi Novel, Novel Isteri Untuk Diiktiraf, Karya Nurfaza Alisya, 2018, Kahwin Paksa, Novel Online, Sinopsis Isteri Untuk Diiktiraf, OST Isteri Untuk Diiktiraf, Lagu Kuasa Cinta, Penyanyi Ezad Lazim, Pelakon Drama Isteri Untuk Diiktiraf, Redza Rosli, Elvina Mohamad, Janna Nick, Dayana Roza, Sheila Rusly, Arash Mohd, Sweet Qismina, Shah Jaszle, Roslan Saleh, Ariff Aziz, Azar Azmi, Tengku Zara, Sharifah Shahora, Watak, Safiyya, Tengku Wildan, Bella, Ana Julia,
Selain itu Bella menemui Raja Mona dan mengatakan hasratnya yang masih mahu menjadi isteri Tengku Wildan walaupun dia tahu Tengku Wildan telah berkahwin. Raja Mona menyakinkan Bella dan ibu Bella yang perkahwinan anaknya dengan Safiyya tak akan bertahan lama dan berjanji akan mengahwinkan Bella dengan Tengku Wildan nanti. Keadaan makin rumit apabila sedikit demi sedikit Tengku Wildan mula jatuh hati pada isterinya itu dan mula cemburu melihat ada lelaki lain yang cuba mendekati isterinya ituPerkahwinan tanpa rela ini mengundang pelbagai masalah dan dugaan termasuklah daripada Raja Mona dan Bella yang sentiasa mahu menyingkirkan Safiyya daripada hidup Tengku Wildan.  Kegembiraan Safiyya dan Tengku Wildan hanya sementara apabila dalam perjalanan pulang dari kampung Tengku Wildan diberitahu video dia bersama Ana Julia di bilik resort menjadi viral. Di rumah, Tengku Hairie menerima satu bungkusan berisi DVD dan kandungannya Video Tengku Wildan bersama Ana Julia. Kekecohan berlaku dalam keluarga Tengku Hairie. Safiyya sekali lagi meninggalkan rumah. Apa yang bakal berlaku seterusnya? dapatkah Tengku Wildan dan Safiyya hidup bahagia tanpa diganggu oleh orang lain? 

Lagu Tema / OST Isteri Untuk Diiktiraf
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,
Read More »

25 Mei 2018

Balik Kampung Giveaway by Her Little Guilty Pleasures

Balik Kampung Giveaway by Her Little Guilty Pleasures, Blogger Giveaway, Peserta, Pemenang, Hadiah, 2018, Blog,

Jom Join Ramai - Ramai...
Due Date - 30 Jun 2018
Banyak masa lagi yang korang boleh join giveaway ini..
Syarat penyertaan pun simple saja..
Wish me luck okey hehe..
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,
Read More »

21 Mei 2018

Sinopsis Drama Klik! Pengantin Musim Salju

Klik! Pengantin Musim Salju, Drama Adaptasi Novel, Drama Melayu, Astro, Drama Klik! Pengantin Musim Salju, Novel Klik! Pengantin Musim Salju, Novelis Suri Ryana, Novel Online, Astro Ria, 2018, Poster, Sinopsis Klik! Pengantin Musim Salju, Drama Bulan Ramadan, Pelakon Drama Klik! Pengantin Musim Salju, Alif Satar, Siti Nordiana, Adam Lee, Atikah Suhaime, Norlia Ghani, Nina Juren, Cik Manggis, Dafi, Ardell Aryana, Lan Solo, Aleza Shadan, Jasmine Ashraff, Farouk Hussain,
Sinopsis Drama Klik! Pengantin Musim Salju (Drama Adaptasi Novel)

Drama Klik! Pengantin Musim Salju telah pun mula disiarkan di Astro Ria sejak 14 Mei yang lalu, setiap Isnin hingga Khamis, jam 7 malam. Antara Pelakon Drama Klik! Pengantin Musim Salju ini adalah Alif Satar, Siti Nordiana, Adam Lee, Atikah Suhaime, Norlia Ghani, Nina Juren, Cik Manggis, Dafi, Ardell Aryana, Lan Solo, Aleza Shadan, Jasmine Ashraff, Farouk Hussain dan ramai lagi. Drama ini adalah adaptasi dari Novel Klik! Pengantin Musim Salju hasil karya novelis terkenal Suri Ryana. Selain itu drama 20 episod ini diarahkan oleh Hadith Omar dan diterbitkan oleh Filmscape Sdn Bhd. Drama Klik! Pengantin Musim Salju ini juga telah berjaya menggandingkan semula Alif Satar dan Siti Nordiana selepas kejayaan Drama Dia Semanis Honey. Lebih best bila diorang shooting dekat Jepun tu dan kualiti gambar pun cantik sangat. Manakala OST drama ini juga dinyanyikan sendiri oleh Alif Satar dan Siti Nordiana. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini dibawah ye..

Sinopsis Drama Klik! Pengantin Musim Salju

Demi kesihatan neneknya, Adam Putra (lakonan Alif Satar) mengajak Kay / Kaseh Lateefa (lakonan Siti Nordiana), gadis brutal yang langsung tak feminin untuk berlakon sebagai pengantin olok-oloknya kerana tunangnya iaitu Karlisha Zandra (lakonan Atikah Suhaime) membatalkan perkahwinan mereka pada saat akhir. Kay yang tidak mahu disatukan dengan Irham (lakonan Lan Solo), mamat sewel yang menyakitkan hatinya itu bersetuju berlakon sebagai pengantin olok-olok Adam Putra dan mengikut lelaki itu ke Jepun untuk bertemu dengan nenek Adam Putra. Musim dingin dan salju tebal di Jepun menjadi saksi cinta mereka bersemi. 
Klik! Pengantin Musim Salju, Drama Adaptasi Novel, Drama Melayu, Astro, Drama Klik! Pengantin Musim Salju, Novel Klik! Pengantin Musim Salju, Novelis Suri Ryana, Novel Online, Astro Ria, 2018, Poster, Sinopsis Klik! Pengantin Musim Salju, Drama Bulan Ramadan, Pelakon Drama Klik! Pengantin Musim Salju, Alif Satar, Siti Nordiana, Adam Lee, Atikah Suhaime, Norlia Ghani, Nina Juren, Cik Manggis, Dafi, Ardell Aryana, Lan Solo, Aleza Shadan, Jasmine Ashraff, Farouk Hussain,
Dalam mengharungi hari-hari sebagai pasangan pengantin olok-olok, mereka terjebak dalam gelora cinta yang hangat membara hingga akhirnya mereka betul-betul jadi pengantin.
Asyiknya mereka menyulam cinta setelah berkahwin di bumi Jepun sehinggakan mereka tidak menyangka ada badai yang sedang menanti setelah mereka pulang ke Malaysia. Cinta mereka diuji dengan kehadiran Hud Mikael (lakonan Adam Lee), sepupu Adam Putra yang pernah sukakan Kay dan juga bekas tunang Adam Putra iaitu Karlisha Zandra.

Lagu Tema / OST Klik! Pengantin Musim Salju 
➔ Sebenarnya nyanyian Alif Satar & Siti Nordiana 

My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,
Read More »

20 Mei 2018

Sinopsis Drama Bila Aidil Ada Fitri (Astro Oasis)

Bila Aidil Ada Fitri, Drama Bila Aidil Ada Fitri, Sinopsis Bila Aidil Ada Fitri, Drama Melayu, Drama Adaptasi Novel, Novel Raya = Aidil + Fitri, Karya Novelis Yumi Hyra, Astro Oasis, 2018, Drama Bulan Ramadan, Romantik Komedi, Pelakon Drama Bila Aidil Ada Fitri, Ungku Ismail Aziz, Siti Saleha, Fikhree Bakar, Aida Khalida, Zaki Azeman, Hairie Othman, Talha Harith, Kuza, Hilal Azman, Arahan Osman Ali, OST Drama Bila Aidil Ada Fitri,
Sinopsis Drama Bila Aidil Ada Fitri (Astro Oasis)

Drama Bila Aidil Ada Fitri telah mula bersiaran di Astro Oasis sejak 14 Mei yang lalu dan akan disiarkan sepanjang bulan Ramadan ini, setiap Isnin hingga Rabu, jam 9 malam. Antara Pelakon Drama Bila Aidil Ada Fitri ini adalah Ungku Ismail Aziz, Siti Saleha, Fikhree Bakar, Aida Khalida, Zaki Azeman, Hairie Othman, Talha Harith, Kuza, Hilal Azman dan ramai lagi. Selain itu drama ini juga adalah adaptasi daripada novel Raya = Aidil + Fitri karya Yumi HyraDrama Bila Aidil Ada Fitri ini mempunyai 15 episod, bergenre romantik komedi dan diarahkan oleh Osman Ali serta diterbitkan oleh Nuansa Sdn Bhd. Aku memang tengok drama ini dan memang syok layan drama ini sebab sweet, lawak dan islamik juga. Ulangan drama ini adalah pada pukul 3.30 pagi di Astro Oasis, pada yang suka bersahur sambil tengok TV bolehlah tengok drama ini nanti. Jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye, selamat membaca okey.
Bila Aidil Ada Fitri, Drama Bila Aidil Ada Fitri, Sinopsis Bila Aidil Ada Fitri, Drama Melayu, Drama Adaptasi Novel, Novel Raya = Aidil + Fitri, Karya Novelis Yumi Hyra, Astro Oasis, 2018, Drama Bulan Ramadan, Romantik Komedi, Pelakon Drama Bila Aidil Ada Fitri, Ungku Ismail Aziz, Siti Saleha, Fikhree Bakar, Aida Khalida, Zaki Azeman, Hairie Othman, Talha Harith, Kuza, Hilal Azman, Arahan Osman Ali, OST Drama Bila Aidil Ada Fitri,
Sinopsis Drama Bila Aidil Ada Fitri (Drama Adaptasi Novel)

Mengisahkan Fitri Syafia (Siti Saleha) yang berdedikasi dan gembira dengan kerjayanya sebagai Personal Shopper yang berjaya. Suatu hari Fitri Syafia telah menyelamatkan Datin Mariam (Aida Khalida) daripada diragut oleh peragut dan Datin Mariam berasa sangat terhutang budi dengan Fitri dan menawarkan pekerjaan pada Fitri iaitu menjadi personal shopper untuk anak lelakinya yang bernama Aidil (Ungku Ismail) serta turut menjadi personal asssistant pada Datin Mariam. Fitri dikehendaki untuk membeli barang - barang dapur buat anak lelaki Datin Mariam sepanjang bulan Ramadan ini, Fitri juga harus menghantar barang - barang dapur tersebut ke rumah Aidil dan menyimpan barang2 tersebut di tempat yang sesuai. Ketika pertama kali datang ke rumah Aidil, Fitri terkejut apabila mendapati ada seorang lelaki yang baru lepas mandi berada di rumah tersebut. Fitri yang panik terus memegang pisau dan menghalau lelaki tersebut keluar dari rumah tersebut. Lelaki tersebut adalah Aidil, anak datin Mariam, Aidil yang tidak mengenali Fitri berasa terkejut dengan tindakan Fitri yang mengacukan pisau padanya serta menghalaunya keluar dari rumahnya sendiri. Datin Mariam datang tepat pada masanya dan hanya ketawa melihat telatah mereka berdua serta bertindak menyelesaikan salah faham antara Aidil dan Fitri.
Bila Aidil Ada Fitri, Drama Bila Aidil Ada Fitri, Sinopsis Bila Aidil Ada Fitri, Drama Melayu, Drama Adaptasi Novel, Novel Raya = Aidil + Fitri, Karya Novelis Yumi Hyra, Astro Oasis, 2018, Drama Bulan Ramadan, Romantik Komedi, Pelakon Drama Bila Aidil Ada Fitri, Ungku Ismail Aziz, Siti Saleha, Fikhree Bakar, Aida Khalida, Zaki Azeman, Hairie Othman, Talha Harith, Kuza, Hilal Azman, Arahan Osman Ali, OST Drama Bila Aidil Ada Fitri,
Aidil dan Fitri awalnya saling membenci antara satu sama lain, namun Datin Mariam kerap mengajak Fitri untung datang ke rumahnya atas alasan kerja untuk merapatkan hubungan Aidil dan Fitri. Kelihatan datin Mariam menginginkan Fitri Syafia menjadi menantunya. Sepupu Aidil iaitu Amar (Fikhree Bakar) turut menunjukkan minat pada Fitri dan sengaja berbaik - baik dengan Fitri untuk membuat Aidil cemburu. Selepas Fitri meminta maaf pada Aidil, kelihatan Aidil mula jatuh hati pada Fitri, begitu juga dengan Fitri, mereka berdua sering bergaduh tetapi dalam hati mereka saling menyukai. Apa yang bakal berlaku seterusnya? Adakah Amar akan merebut hati Fitri juga kerana dia suka bersaing dengan Aidil? Tiba-tiba ada lelaki lain yang lebih cepat menghantar rombongan meminang Fitri pada 1 Syawal. Masihkah ada peluang untuk Aidil dan Fitri bersatu seperti Hari Raya Aidilfitri?

Lagu Tema / OST Bila Aidil Ada Fitri
➔ So Fine nyanyian Mark Adam

My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,
Read More »

18 Mei 2018

Sinopsis Drama Rahsia Hati Perempuan (Astro Ria)

Drama Rahsia Hati Perempuan, MegaDrama, Astro Ria, Sinopsis Rahsia Hati Perempuan, 2018, Drama Ramadan, Pengarah Michael Ang, Pelakon Drama Rahsia Hati Prempuan, Hisyam Hamid, Mira Filzah, Fikry Ibrahim, Uqasha Senrose, Eina Azman, Mak Wan, Fauziah Ahmad Daud, Lydiawati, Amir Nafis, Neera Azizi, Ziha Salleh, Nadya Syahera, Drama Bersiri, Drama Melayu, 2018,
Sinopsis Drama Rahsia Hati Perempuan slot MegaDrama Astro Ria

Drama Rahsia Hati Perempuan adalah drama terbaru di slot MegaDrama Astro Ria yang disiarkan bagi menggantikan drama Mr Grey yang telah tamat episodnya. Drama Rahsia Hati Perempuan ini mempunyai 24 episod dan akan bersiaran sepanjang bulan Ramadan ini. Antara Pelakon Drama Rahsia Hati Perempuan ini adalah Hisyam Hamid, Mira Filzah, Fikry Ibrahim, Uqasha Senrose, Eina Azman, Mak Wan, Fauziah Ahmad Daud, Lydiawati, Amir Nafis, Neera Azizi, Ziha Salleh, Nadya Syahera dan ramai lagi. Drama ini sudah mula disiarkan sejak 14 Mei yang lalu setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam. Manakala pengarah drama ini adalah Michael Ang dan diterbitkan oleh Hyperpictures Sdn Bhd. Dari pembacaan aku, ada yang kata drama ini diinspirasikan dari filem Bollywood Mujhse Dosti Karoge, so tak tahulah betul ke tidak tapi yang pastinya jalan cerita drama ini tak sama pun dengan filem tu pun, kalau ada pun maybe sikit - sikit jela kot. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye. Selamat membaca..
Drama Rahsia Hati Perempuan, MegaDrama, Astro Ria, Sinopsis Rahsia Hati Perempuan, 2018, Drama Ramadan, Pengarah Michael Ang, Pelakon Drama Rahsia Hati Prempuan, Hisyam Hamid, Mira Filzah, Fikry Ibrahim, Uqasha Senrose, Eina Azman, Mak Wan, Fauziah Ahmad Daud, Lydiawati, Amir Nafis, Neera Azizi, Ziha Salleh, Nadya Syahera, Drama Bersiri, Drama Melayu, 2018,
Sinopsis Drama Rahsia Hati Perempuan (Astro Ria)

Mengisahkan tentang cinta dan persahabatan. kekasih dan pengorbanan. Ilaina (lakonan Mira Filzah), Zayn (lakonan Hisyam Hamid) dan Mikael (lakonan Fikry Ibrahim) bersahabat dari kecil dan terpisah bila Ilaina berpindah ke luar negara. Suatu hari Zayn dan Mikael pergi ke Australia untuk mengubati kekecewaan akibat perkahwinan yang tak jadi. Ilaina dan Arissa (lakonan Uqasha Senrose) telah menyelamatkan Mikael dan Zan yang sesat di kawasan perkhemahan. Ilaina bertemu semula dengan Zayn dan Mikael tetapi Ilaina tidak memberitahu mereka adalah kawan baik dari kecil. Setelah mengetahui yang Ilaina adalah kawan baik mereka dari kecil, Mikael dan Zayn telah dijemput ke rumah Ilaina. Ibu Ilaina, Puan Suraya (lakonan Fauziah Dato Ahmad Daud) tidak senang dengan kehadiran Zayn dan Mikael. Ilaina mengajak Arissa untuk pulang ke Malaysia walaupun di larang keras oleh Puan Suraya. Sekembalinya ke tanah air, Zayn ternampak bekas tunangnya dengan lelaki lain.

Lagu Tema / OST Rahsia Hati Perempuan

➔ Rahsia Hati nyanyian Khai Bahar dan Fatin Husna
➔ Haram nyanyian Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,
Read More »

17 Mei 2018

Sinopsis Drama Nur (Samarinda TV3)

Nur, Drama Nur, Slot Samarinda, TV3, OST Drama Nur, Islamik, Drama Bulan Ramadan, Sinopsis Drama Nur, 2018, Pelakon Drama Nur, Syafiq Kyle, Amyra Rosli, Riena Diana, Dato Jalaludin Hassan, Fatimah Abu Bakar, Noorkhiriah, Azhan Rani, Raja Muhd Atiqullah, Zaidi Omar, Laila Nasir, Elmy Moin, Kuna Muzani, Mathni Razak, Poster,
Sinopsis Drama Nur Slot Samarinda TV3 Lakonan Syafiq Kyle dan Amyra Rosli

Drama Nur adalah drama terbaru di slot Samarinda TV3 yang mula disiarkan sejak 14 Mei yang lalu, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam. Drama Nur ini akan bersiaran sepanjang bulan Ramadan ini dan mempunyai 19 episod. Antara pelakon drama Nur ini adalah Syafiq Kyle, Amyra Rosli, Riena Diana, Dato Jalaludin Hassan, Fatimah Abu Bakar, Noorkhiriah, Azhan Rani, Raja Muhd Atiqullah, Zaidi Omar, Laila Nasir, Elmy Moin, Kuna Muzani, Mathni Razak dan ramai lagi. Selain itu drama ini diarahkan oleh Shahrulezad Mohameddin dan diterbitkan oleh Radius One Sdn Bhd. Jalan cerita drama Nur ini menarik juga, islamik gitu dan ada pengajaran, memang sesuai sangat disiarkan dalam bulan Ramadan ini, plus para pelakonnya juga best. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye.
Nur, Drama Nur, Slot Samarinda, TV3, OST Drama Nur, Islamik, Drama Bulan Ramadan, Sinopsis Drama Nur, 2018, Pelakon Drama Nur, Syafiq Kyle, Amyra Rosli, Riena Diana, Dato Jalaludin Hassan, Fatimah Abu Bakar, Noorkhiriah, Azhan Rani, Raja Muhd Atiqullah, Zaidi Omar, Laila Nasir, Elmy Moin, Kuna Muzani, Mathni Razak,
Sinopsis Drama Nur (Samarinda TV3)

Mengisahkan Adam, seorang ustaz muda yang terkenal kerana ilmunya, rupa parasnya yang kacak dan merupakan anak lelaki kepada penceramah bebas yang cukup terkenal, iaitu Datuk Ayah Haji Mukhsin. Banyak tawaran pekerjaan Adam terima sekembalinya ke Malaysia. Adam bakal ditunangkan dengan Qhadeeja, seorang doktor muda, juga anak kepada seorang usahawan terkenal yang cukup rapat dengan Datuk Ayah Haji Mukhsin. Adam terpaksa bersetuju bertunang dengan Qhadeeja kerana tidak mahu menyusahkan dan menghampakan keluarganya itu. Adam sering mendapat soalan daripada pengirim misteri ketika memberi kuliah di masjid. Rupanya soalan itu datang daripada Nur, seorang pelacur yang mempunyai minat untuk mendalami agama Islam. Lama-kelamaan, mereka jatuh cinta kerana agama dan Allah SWT. Namun hubungan mereka mendapat tentangan hebat daripada keluarga dan masyarakat. Apa yang bakal berlaku seterusnya?, Apakah Nur mempunyai sinar harapan untuk hidup bersama Adam?

Lagu Tema / OST Drama Nur
➔ Tak Pernah Hilang Nyanyian Amylea dan Kaer
➔ Gantikan Diriku - Idayu

My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,
Read More »

16 Mei 2018

Baca Online Novel Raya = Aidil + Fitri (Drama Adaptasi Novel)

Baca Online Novel Raya = Aidil + Fitri Bab 1 Hingga Bab 7, Novel Online, Novelis Yumi Hyra, Mini Novel, Drama Adaptasi Novel, Drama Melayu, Astro Oasis, 2018, Watak Dalam Novel, Aidil Harith, Fitri Syafia, Amar, Qarizh, Datin Mariam, Drama Bila Aidil Ada Fitri, Pelakon Drama Bila Aidil Ada Fitri, Ungku Ismail Aziz, Siti Saleha, Fikhree Bakar, Talha Harith, Zaki Azeman, Aida Khalida, Hilal Azman, Hairie Othman, Kuza, Zul Helmi, Putri Qaseh, Halim Radzi, Feiyna Tajudin, Zalfa Zin, Sweet, Komedi, Cover Novel,
Baca Online Novel Raya = Aidil + Fitri (Drama Bila Aidil Ada Fitri)

Mini Novel Raya = Aidil + Fitri karya novelis Yumi Hyra telah pun diadaptasikan menjadi drama bersiri 15 episod yang bertajuk Bila Aidil Ada Fitri, yang kini tengah disiarkan di Astro Oasis sempena bulan Ramadan ini. Jalan cerita novel Raya = Aidil + Fitri ini memang sweet dan kelakar bila diadaptasikan menjadi drama, mestilah jadi lagi best sebab para pelakonnya pun memang terbaik. Watak Aidil Harith akan dilakonkan oleh Ungku Ismail manakala watak Fitri Syafia akan dilakonkan oleh Siti Saleha, bila gabung kedua - dua nama watak tersebut memang jadi AidilFitrilah jawabnye kan hehehe. Selain itu pelakon Fikhree Bakar akan melakonkan watak sebagai Amar, Talha Harith sebagai Qarizh, Zaki Azeman sebagai Fikri Imtiaz Firdaus, Aida Khalida sebagai Datin Mariam dan ramai lagi. Sinopsis Novel Bila Aidil Ada Fitri ini korang boleh baca dekat gambar di atas ini ye, sila klik gambar untuk besarkannya. Jadi sambil - sambil menonton versi dramanya iaitu drama Bila Aidil Ada Fitri di Astro Oasis itu, korang juga boleh baca Novel ini secara online saja, dengan hanya perlu klik link di bawah ini ye. Selamat membaca okey..
Baca Online Novel Raya = Aidil + Fitri Bab 1 Hingga Bab 7, Novel Online, Novelis Yumi Hyra, Mini Novel, Drama Adaptasi Novel, Drama Melayu, Astro Oasis, 2018, Watak Dalam Novel, Aidil Harith, Fitri Syafia, Amar, Qarizh, Datin Mariam, Drama Bila Aidil Ada Fitri, Pelakon Drama Bila Aidil Ada Fitri, Ungku Ismail Aziz, Siti Saleha, Fikhree Bakar, Talha Harith, Zaki Azeman, Aida Khalida, Hilal Azman, Hairie Othman, Kuza, Zul Helmi, Putri Qaseh, Halim Radzi, Feiyna Tajudin, Zalfa Zin, Sweet, Komedi, Cover Novel, Poster Drama Bila Aidil Ada Fitri,
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, , Miss_Syahbanu,
Read More »

15 Mei 2018

Novel Klik! Pengantin Musim Salju (Baca Online)

Novel Klik! Pengantin Musim Salju, Drama Klik! Pengantin Musim Salju, Novel Online, Baca Online Novel Klik! Pengantin Musim Salju Bab 1 Hingga Bab 30, Drama Adaptasi Novel,  Novelis, Suri Ryana, Watak, Kaseh Lateefa, Kay, Adam Putra, Hud Mikael, Karlisha Zandra, Irham, Pelakon Drama Klik! Pengantin Musim Salju, Alif Satar, Siti Nordiana, Adam Lee, Atikah Suhaime, Dafi, Cik Manggis, Norlia Ghani, Drama 20 Episod, Astro Ria, 2018, Cover Depan Novel,
Baca Online Novel Klik! Pengantin Musim Salju

Kali ini giliran Novel Klik! Pengantin Musim Salju karya novelis terkenal iaitu Suri Ryana yang akan diadaptasikan menjadi drama bersiri 20 episod. Drama Klik! Pengantin Musim Salju akan disiarkan sepanjang bulan Ramadan ini di Astro Ria dan menyaksikan Siti Nordiana dan Alif Satar bergandingan kembali. Watak Kaseh Lateefa atau Kay akan dilakonkan oleh Siti Nordiana, manakala watak Adam Putra akan dilakonkan oleh Alif Satar, Watak Hud Mikael pula akan dilakonkan oleh Adam Lee, Atikah Suhaime sebagai Karlisha ZandraLan Solo sebagai Irham dan ramai lagi. Jadi sambil - sambil layan Drama Klik! Pengantin Musim Salju dekat TV tu, korang juga boleh baca Novel Klik Pengantin Musim Salju ini secara online, dengan cara klik link di bawah ini okey. Selamat membaca ye..
Novel Klik! Pengantin Musim Salju, Drama Klik! Pengantin Musim Salju, Novel Online, Baca Online Novel Klik! Pengantin Musim Salju Bab 1 Hingga Bab 30, Drama Adaptasi Novel,  Novelis, Suri Ryana, Watak, Kaseh Lateefa, Kay, Adam Putra, Hud Mikael, Karlisha Zandra, Irham, Pelakon Drama Klik! Pengantin Musim Salju, Alif Satar, Siti Nordiana, Adam Lee, Atikah Suhaime, Dafi, Cik Manggis, Norlia Ghani, Drama 20 Episod, Astro Ria, 2018,
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,
Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017