-->

20 Mei 2018

Sinopsis Drama Bila Aidil Ada Fitri (Astro Oasis)

Bila Aidil Ada Fitri, Drama Bila Aidil Ada Fitri, Sinopsis Bila Aidil Ada Fitri, Drama Melayu, Drama Adaptasi Novel, Novel Raya = Aidil + Fitri, Karya Novelis Yumi Hyra, Astro Oasis, 2018, Drama Bulan Ramadan, Romantik Komedi, Pelakon Drama Bila Aidil Ada Fitri, Ungku Ismail Aziz, Siti Saleha, Fikhree Bakar, Aida Khalida, Zaki Azeman, Hairie Othman, Talha Harith, Kuza, Hilal Azman, Arahan Osman Ali, OST Drama Bila Aidil Ada Fitri,
Sinopsis Drama Bila Aidil Ada Fitri (Astro Oasis)

Drama Bila Aidil Ada Fitri telah mula bersiaran di Astro Oasis sejak 14 Mei yang lalu dan akan disiarkan sepanjang bulan Ramadan ini, setiap Isnin hingga Rabu, jam 9 malam. Antara Pelakon Drama Bila Aidil Ada Fitri ini adalah Ungku Ismail Aziz, Siti Saleha, Fikhree Bakar, Aida Khalida, Zaki Azeman, Hairie Othman, Talha Harith, Kuza, Hilal Azman dan ramai lagi. Selain itu drama ini juga adalah adaptasi daripada novel Raya = Aidil + Fitri karya Yumi HyraDrama Bila Aidil Ada Fitri ini mempunyai 15 episod, bergenre romantik komedi dan diarahkan oleh Osman Ali serta diterbitkan oleh Nuansa Sdn Bhd. Aku memang tengok drama ini dan memang syok layan drama ini sebab sweet, lawak dan islamik juga. Ulangan drama ini adalah pada pukul 3.30 pagi di Astro Oasis, pada yang suka bersahur sambil tengok TV bolehlah tengok drama ini nanti. Jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye, selamat membaca okey.
Bila Aidil Ada Fitri, Drama Bila Aidil Ada Fitri, Sinopsis Bila Aidil Ada Fitri, Drama Melayu, Drama Adaptasi Novel, Novel Raya = Aidil + Fitri, Karya Novelis Yumi Hyra, Astro Oasis, 2018, Drama Bulan Ramadan, Romantik Komedi, Pelakon Drama Bila Aidil Ada Fitri, Ungku Ismail Aziz, Siti Saleha, Fikhree Bakar, Aida Khalida, Zaki Azeman, Hairie Othman, Talha Harith, Kuza, Hilal Azman, Arahan Osman Ali, OST Drama Bila Aidil Ada Fitri,
Sinopsis Drama Bila Aidil Ada Fitri (Drama Adaptasi Novel)

Mengisahkan Fitri Syafia (Siti Saleha) yang berdedikasi dan gembira dengan kerjayanya sebagai Personal Shopper yang berjaya. Suatu hari Fitri Syafia telah menyelamatkan Datin Mariam (Aida Khalida) daripada diragut oleh peragut dan Datin Mariam berasa sangat terhutang budi dengan Fitri dan menawarkan pekerjaan pada Fitri iaitu menjadi personal shopper untuk anak lelakinya yang bernama Aidil (Ungku Ismail) serta turut menjadi personal asssistant pada Datin Mariam. Fitri dikehendaki untuk membeli barang - barang dapur buat anak lelaki Datin Mariam sepanjang bulan Ramadan ini, Fitri juga harus menghantar barang - barang dapur tersebut ke rumah Aidil dan menyimpan barang2 tersebut di tempat yang sesuai. Ketika pertama kali datang ke rumah Aidil, Fitri terkejut apabila mendapati ada seorang lelaki yang baru lepas mandi berada di rumah tersebut. Fitri yang panik terus memegang pisau dan menghalau lelaki tersebut keluar dari rumah tersebut. Lelaki tersebut adalah Aidil, anak datin Mariam, Aidil yang tidak mengenali Fitri berasa terkejut dengan tindakan Fitri yang mengacukan pisau padanya serta menghalaunya keluar dari rumahnya sendiri. Datin Mariam datang tepat pada masanya dan hanya ketawa melihat telatah mereka berdua serta bertindak menyelesaikan salah faham antara Aidil dan Fitri.
Bila Aidil Ada Fitri, Drama Bila Aidil Ada Fitri, Sinopsis Bila Aidil Ada Fitri, Drama Melayu, Drama Adaptasi Novel, Novel Raya = Aidil + Fitri, Karya Novelis Yumi Hyra, Astro Oasis, 2018, Drama Bulan Ramadan, Romantik Komedi, Pelakon Drama Bila Aidil Ada Fitri, Ungku Ismail Aziz, Siti Saleha, Fikhree Bakar, Aida Khalida, Zaki Azeman, Hairie Othman, Talha Harith, Kuza, Hilal Azman, Arahan Osman Ali, OST Drama Bila Aidil Ada Fitri,
Aidil dan Fitri awalnya saling membenci antara satu sama lain, namun Datin Mariam kerap mengajak Fitri untung datang ke rumahnya atas alasan kerja untuk merapatkan hubungan Aidil dan Fitri. Kelihatan datin Mariam menginginkan Fitri Syafia menjadi menantunya. Sepupu Aidil iaitu Amar (Fikhree Bakar) turut menunjukkan minat pada Fitri dan sengaja berbaik - baik dengan Fitri untuk membuat Aidil cemburu. Selepas Fitri meminta maaf pada Aidil, kelihatan Aidil mula jatuh hati pada Fitri, begitu juga dengan Fitri, mereka berdua sering bergaduh tetapi dalam hati mereka saling menyukai. Apa yang bakal berlaku seterusnya? Adakah Amar akan merebut hati Fitri juga kerana dia suka bersaing dengan Aidil? Tiba-tiba ada lelaki lain yang lebih cepat menghantar rombongan meminang Fitri pada 1 Syawal. Masihkah ada peluang untuk Aidil dan Fitri bersatu seperti Hari Raya Aidilfitri?

Lagu Tema / OST Bila Aidil Ada Fitri
➔ So Fine nyanyian Mark Adam

My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,

4 ulasan:

  1. Balik kena carii la. Nak tengok jugakk

    BalasPadam
  2. Tau je Ungku Ismail jdi hero trus tngk... Best dia brlakon.. Nmpk natural je... Cite ni pon best kut.. Slalu cite english je ada personal shopper..

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017