-->

27 Mei 2018

Sinopsis Telemovie Hari Terakhir Seorang Pengurus (Astro Citra)

Telemovie Hari Terakhir Seorang Pengurus, Sinopsis Telemovie Hari Terakhir Seorang Pengurus, Telefilem, Astro Citra, Mustika HD, 2018, Pelakon, Remy Ishak, Susan Lankester, Amerul Affendi, Nadiya Nisaa, Mustaqim Mohamed, Junji Delfino, Bulan Terry, Sherie Merlis, Lawak, Komedi, Unik,
Sinopsis Telemovie Hari Terakhir Seorang Pengurus (Astro Citra)

Telemovie Hari Terakhir Seorang Pengurus telah pun disiarkan di Astro Citra dan Mustika HD pada 26 Mei yang lalu. Antara Pelakon Telemovie Hari Terakhir Seorang Pengurus ini adalah Remy Ishak, Susan Lankester, Amerul Affendi, Nadiya Nisaa, Mustaqim Mohamed, Junji Delfino, Bulan Terry, Sherie Merlis dan ramai lagi. Selain itu telemovie Hari Terakhir Seorang Pengurus ini diarahkan oleh Syed Fariz dan diterbitkan oleh Anomalous Films & Suar Channel. Jalan cerita telemovie ini agak unik dan kelakar dan berkisarkan tentang ragam pekerja serta satu insiden yang berlaku di satu pejabat yang melibatkan pekerja dan juga majikan. Apa pun jom tengok sinopsis telemovie ini di bawah ye.

Sinopsis Telemovie Hari Terakhir Seorang Pengurus

Mengisahkan Nasir (Remy Ishak) yang merupakan seorang pengurus di sebuah syarikat, namun dia berasa tertekan dengan sikap majikannya yang tidak mengambil berat pasal kebajikan pekerja dan selalu mungkir janji. Hal tersebut telah membuat Nasir mengambil tindakan drastik dengan cuba untuk terjun ke bawah dari tingkap bangunan syarikat tersebut dan membunuh diri. Walaubagaimanapun itu hanya niat Nasir tapi Nasir belum melakukannya, Nasir hanya berdiri disitu dan berasa gayat untuk pandang ke bawah, tetapi Nasir nekad untuk terus berdiri di situ dan mengugut untuk terjun ke bawah. Selepas itu semua pekerja lain mula membuat tekaan dan spekulasi masing - masing mengenai sebab Nasir bertindak demikian. Manakala Nasir pula tidak mahu memberitahu sebab dia bertindak sedemikian, pelbagai hal lucu yang berlaku bila pekerja lain mula sibuk memikirkan tentang Nasir. Majikan mereka menyuruh pekerjanya untuk menghubungi isteri Nasir dan yakin Nasir bertindak demikian kerana menghadapi masalah dengan isterinya. Namun isteri Nasir menafikan dan menyatakan hubungannya dengan Nasir baik - baik sahaja. 

Majikan Nasir mula panik bila isu Nasir ini tidak dapat diselesaikan secepat mungkin, ini kerana ada event besar yang akan dianjurkan oleh syarikat mereka dalam beberapa jam lagi. Tak lama kemudian, seorang bomba yang berdedikasi bernama Khir sampai di syarikat berkenaan dan cuba memujuk Nasir untuk membatalkan hasratnya untuk terjun. Awalnya Nasir enggan bekerjasama, namun setelah Khir menceritakan segala masalahnya dan membuatkan Nasir bersimpati dan berasa bersalah padanya, barulah Nasir menceritakan sebab dia bertindak demikian. Segala yang berlaku adalah disebabkan sikap majikannya yang telah mungkir janji dengan Nasir. Apa yang berlaku seterusnya? dapatkah isu Nasir ini diselesaikan? bagaimana pula dengan masalah Nasir dengan majikannya itu?
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,

2 ulasan:

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017