-->

30 Sep 2013

Memberi Salam


Read More »

Simple Segmen By Miss BaNu

Assalammualaikum..
Hari ni rasa macam nak buat segmen yang simple2 gitu..hope korang sudi join sekali yer..

Cara2 Nak Join
1- Follow Blog ini Jika Sudi & kalau rajin tu bolehlah klik2 lah iklan nuffnang yang ada kat blog ni hehe.
2-Tak perlu buat entry just komen jer di entry ini dengan menjawab soalan ini!
Apa Yang Korang Suka di Blog ini?kalau rajin boleh gak bagi kritikan/teguran untuk blog ini. =) kemudian tinggalkan URL blog korang di ruangan komen ini jugak yer..
3-Tarikh Tamat Segmen ini - 5 Oktober 2013
Aku akan update Senarai Peserta dari masa ke semasa..

Hadiah
-Topup RM5 untuk Seorang peserta bertuah (Maxis, Digi & Celcom Sahaja) kalau ramai yang join, hadiah topup tu akan bertambah hehe..
-Pemenang akan ditentukan menerusi Cabutan Bertuah yer..


Read More »

29 Sep 2013

Running Man Fan Meeting- Lee Kwang Soo In Singapore

Assalammualaikum..
Rasanya semua dah tahu Running Man Fan Meeting patutnya diadakan di Malaysia awal bulan ini dah dibatalkan. Dengar cite ditunda ke bulan Disember plak, tak tahu betul ke tidak. Tapi kalau ada pun kat Malaysia, aku x kisah sebab bukannya aku pergi pun hehe. Aku sebenarnya terjumpa satu artikel ni, masa Lee Kwang Soo datang ke Singapore baru2 ini, siap menyanyi bagai dah macam konsert dah. Tapi die datang sorang jer. Ahli lain datang asing2. Kalau x silap Ji Hyo pun datang asing2 untuk fan meeting tu. Manakala Jong Kook, Suk Jin, HaHa & Gary datang n buat konsert sekali pada tarikh lain. Apapun jom baca artikel dibawah ni, seronok lak baca ni hehe

Read More »

28 Sep 2013

Senarai Lagu-lagu di Konsert Minggu Ke-3 AF2013

Assalammualaikum..
Diam tak diam, AF2013 telah pun masuk minggu ke-3 dan Konsert Di Minggu ketiga akan berlangsung pada Ahad ini, bukan lagi pada hari sabtu. Kini tinggal 10 peserta saja lagi, setelah Sani & Darren tersingkir. Agaknya sape yg bakal tersingkir di minggu ke-3 ni??. Minggu ketiga ini merupakan minggu terakhir inspirer Faizal Tahir membimbing para pelajar kerana masuk minggu ke-4, tugas Faizal Tahir akan diambil alih oleh Melly Goeslow pula. Dari konsert Prelude sampaila minggu ke 2 kot kalau x silaplah, para pelajar AF diberikan kebebasan memilih lagu sendiri namun pada minggu ini, Faizal Tahir yang bertindak memilih lagu untuk semua pelajar AF2013. Jadi ada pelajar yg suka dengan lagu diorang, ada gak yang x berapa suka dengan lagu yang diberikan kepada mereka.

Apapun Jom tengok Senarai lagu2 yang diberikan kepada Pelajar AF Di minggu ke-3 ni.

1-Lagu Pelitaku, nyanyian asal oleh Zureda akan dinyanyikan oleh Indah.
2-Lagu Khayalan, nyanyian asal oleh Ruffedge akan dinyanyikan oleh Azhael.
3-Lagu Belaian Jiwa, nyanyian asal oleh Innuendo akan dinyanyikan oleh Suhada.
4-Lagu Noktah Cinta, nyanyian asal oleh Hafiz akan dinyanyikan oleh Iman.
5-Lagu Srikandi Cintaku, nyanyian asal oleh Bloodshed akan dinyanyikan oleh NoNa.
6-Lagu Gerimis Mengundang, nyanyian asal oleh Slam akan dinyanyikan oleh Faizul.
7-Lagu Sebelah Jiwaku, nyanyian asal oleh Jaclyn Victor akan dinyanyikan oleh Irmisa.
8-Lagu Berlari, nyanyian asal oleh Tomok akan dinyanyikan oleh Nabila.
9-Lagu Getaran Jiwa, nyanyian asal oleh Tan Sri P.Ramlee akan dinyanyikan oleh Amira.
10-Lagu Tunggu Sekejap, nyanyian asal oleh Tan Sri P.Ramlee akan dinyanyikan oleh Aisyah.

Banyak lagu2 lama kan hehe..semalam sempat gak tengok TGI AF2013, ada tetamu jemputan Elfira Loy, diorang bersembang pasal AF & sape yg paling diminati dlm AF musim 1 pastu Zizan jawab saya minat Johan Raja Lawak hehe. Sweet, walaupun kat mana pun berada, Zizan tetap ingat Johan. 
Read More »

27 Sep 2013

Review Super Spontan 2013 Minggu Ke-4

Assalammualaikum..
Diam tak diam dah selesai pun minggu ke-4 Super Spontan 2013. Minggu ke-4 ini menyaksikan Almy Nadia tersingkir setelah diundi keluar oleh rakan2 pasukannya dari Semut Sentap, selepas tewas di Minggu ke-3. Semut Sentap menang kembali dalam minggu ke-4 ini dan menyebabkan Team Ketam Konfius terpaksa menyingkirkan sorang dari ahlinya. Siapa yang tersingkir bakal terjawab di minggu ke-5 nanti. Aku harap Munir atau Suhaimi yang tersingkir nanti sebab diorang tak berapa nak lawak pun.
Mereka memulakan permainan dengan Game baru yang diberi nama "Emosi Tidak Stabil", Kedua-dua team bermain dengan baik, Team S.S diwakili Johan, Rahim & Tauke yg terlebih dahulu memulakan permainan diikuti dgn Team K.K. Rasanya untuk Game ini, team Ketam Konfius lebih menyerlah. Best juga game Emosi Tidak Stabil ni sebab agak kelakar juga bila diorang masukkan emosi setiap kali pegang benda2 tu hehehe.
Seterusnya diorang bermain Game "Dialog Dalam Tin". Game ini memerlukan hanya 2 pemain untuk setiap kumpulan. Team S.S menghantar Noorkhiriah & Jepp untuk bermain game ini. Dah beberapa kali juga Jepp dgn Noorkhiriah main game ni sama2. Patutnya diorang tukar orang bagi Jepp dgn orang lain pula. Sebab kalau asyik diorang berdua jer main game ni, boring gak.
Kemudian diorang main game "Kesan Bunyi" yang mana 4 pemain akan main game ni, 2 orang dari team lawan akan buat bunyi-bunyian manakala 2 org yg lain akan berlakon. Bagi aku game Kesan Bunyi ni bukanlah game favourite aku, sebab kadang2 game ni boring juga.
Seterusnya diorang main game "Keluar Masuk". Game ni mmg best n sangat kelakar. Team K.K agak huru hara sikit sebab diorang asyik pekena Yus jer sbb asyik2 Yus keluar pastu masuk n keluar balik berulang kali sampai last2 terus die terbaring hehe..Team Semut Sentap bermain game ni dengan sangat bagus, Jepp, Johan, Ajak & Tauke main game ni dgn terbaik sekali, diorang keluar dan masuk dengan sangat teratur, alasan yg diberikan untuk keluar dan masuk juga sangat kelakar, part paling kelakar bila JoHaN cakap "Tayar Habis Minyak!" hahaha yg tu mmg lawak. terbaik laa diorang main game ni..
Game terakhir yang diorang main adalah "Dikir Spontan". Aku suka gak game Dikir Spontan ni. Semua pemain akan bermain dalam game Dikir Spontan ni. Team Ketam Konfius bermain agak baik dalam game ini, Bila diorang mengambil giliran untuk berdikir, maknanya semua pun tukang karut. Diorang cedok2 gak dikir2 dari program Karoot Komedia tu hehe tapi memang kelakar gak.
Untuk team Semut Sentap, aku memang mengharapkan agar Johan atau Jepp yang jadi tukang karutnyer. Awalnya Johan dah berdiri dah pastu Rahim pun berdiri gak. Bila Johan tengok Rahim macam teringin sangat nak jadi tukang karut tu, maka die pun terus duduk. Bila Johan dah duduk tu, aku tau dah game ni konform jadi x best punya. Rahim jadi tukang karut tak best langsung. Entah apa yang die cakap n die macam nak cepat2 habis. Nasib ada Jepp yang tetiba merapu menyanyi lagu lain kat situ hehehe. Ni mesti sebab die tgk Rahim ntah apa2 maka die pun masuk line untuk buat lawak. Yang x boleh blah bila Jepp berdikir n cakap "Minggu depan singkir dia" haha maksudnya die ajak kawan2 lain untuk undi Rahim kalau pasukan diorang kalah, terus Rahim jadi cuak & takut dah masa ni.
Akhirnya Team Semut Sentap menang dengan peratusan undian sebanyak 54% berbanding team Ketam Konfius yang hanya mendapat 47%. Rahim memang nampak lega sangat bila Team die menang, sebab kalau kalah mmg nampak sangat die boleh tersingkir hehe. Apapun malam ni kita boleh tahu sape yang tersingkir dari Team Ketam Konfius.
StayTune k. Agaknya Team mana yang akan menang di minggu ke-5 ni..Ada gak khabar angin yg mengatakan Zizan mungkin akan jadi tetamu jemputan untuk Final Super Spontan 2013, tapi tak tahu betul ke tak, sebab pada hari yang sama dgn SS2013 ni, Zizan terlibat dgn program yg berkaitan dgn AF2013. So camne die nak datang kan?? huhuhu tapi sape tahu die boleh datang kan, jadi bolehlaa tengok Sweet Moment JOZAN di Super Spontan lagi lalalala.
Read More »

26 Sep 2013

Segmen Miss BaNu- Jom Join Ramai2

Assalammualaikum
Den ada buat Segmen, yg bertajuk Simple Segmen By Miss BaNu.. so digalakkan semua untuk join my simple segmen ni k..
Tarikh tamat my segmen adalah pada 30 September ini..
*Segmen ini akan terbatal dengan sendirinya kalau kurang dari 25 orang yg join hehe & akan digantikan dgn segmen yg lain..
*Segmen ini ada hadiah, tapi hadiah biase jer x gempaq pun hehe

Selamat Menjoinkan diri..
Terima Kasih Pada Yang Dah Join..
Read More »

25 Sep 2013

JTF, ZTF & JOZAN FC

Assalammualaikum..
Hari ni nak promote everything yg berkaitan dgn JOZAN hehe. Lagipun sebelum ni dah berjanji nak tolong promote..maka janji harus ditepati hihi. Untuk lebih adil maka aku akan promote kesemuanya yang berkaitan dgn Johan, Zizan & JoZan. Start with JOZAN..
Blog-> JOZAN FC
Twitter JoHaN-> @JohERAJohERA..
Twitter Ozlyn-> @ozlynn_johan..
info/link ttg Johan Twitter Family (JTF) Boleh tengok dlm gambar dibawah ini.
Instagram Baru Zizan-> http://instagram.com/zizan869razak
Twitter Zizan-> @zizanrajalawak..
Info/link2 lain tentang Zizan's Twitter Family (ZTF) Boleh tengok dalam gambar dibawah ni..
Suka dengan JOZAN ni, walaupun diorang ada peminat dan group masing2 tapi JOZAN sgt sweet dan sentiasa support antara satu sama lain..misalnya baru2 ni Zizan buat kejutan dengan follow twitter JTF so sweet..walaupun sekarang ni diorang buzy dgn urusan kerja masing2, akan datang pasti ada program yg akan gabungkan JoZan kembali cuma cepat atau lambat jer. Lagipun ramai yg komplen rindu nak tengok JOZAN kan..
Rasanya last JoZan jumpa masa Zizan datang kat radio Era dulu untuk promosi AF2013 tu kot..apapun Good Luck to Zizan &Johan. Follow2 laa link2 diatas ni..jangan bimbang semua link2 yg diberikan diatas adalah account original Johan, Zizan & group diorang, bukan fake okey. Follow jer tanpa ragu & was was hehe.

Credit to owner2 gambar2 diatas yer..
Read More »

24 Sep 2013

Episod Akhir Cinta Jannah

Assalammualaikum..
Hari ni berakhirnya drama Cinta Jannah (24 episod) lakonan hebat Aeril Zaefril & Nelydia Senrose..Masa cite ni baru start dulu, aku tengok sinopsis cite ni macam x best, sebab aku rasa jalan cite drama ni biasa jer iaitu pasal orang kampung, orang bandar, soal darjat dsbnya. Tapi bila dah start tengok drama Cinta Jannah ni rasa best laa pulak hahaha. Tambahan lagi pelakon utamanya memang terbaik, gandingan diorang cam sesuai gitu. Lagipun Aeril Zaefril agak jarang berlakon dalam drama sebab die selalu berlakon dalam filem kan. So sesekali tengok die dlm drama mmg best. Kalau sebelum ni, Nelydia selalu dpt watak anak manja orang kaya atau watak remaja gitu, so kali ni berbeza bila die dpt watak gadis kampung yang baik.
Tak sangka Izaryl tu akan kahwin gak dgn damia nasib baik die dah cerai Damia tu hehe..rasanya pelakon2 dalam Cinta Jannah ni berjaya membawa watak masing2 dgn baik sekali. Yang pentingnya ending cite ni haruslah happy ending yg mana Jannah, Izaryl dan baby diorang hidup bahagia hehe..
Selain itu, Cinta Jannah juga trending di Twitter. Itu menunjukkan betapa ramainya yang suka menonton drama Cinta Jannah ni. Petang tadi Nelydia dan Aeril ada muncul di WHI Tv3 kemudian mereka sempat bersesi live chat dgn para peminat serta penggemar drama Cinta Jannah.

Sepadan gak diorang ni kan hehehe  ^_^
Ending Cite Jannah ni okey sebab mmg happy ending cuma skip panjang sgt sampai 9 tahun kemudian, mak aiii lamanyer n teringin nak tau apa jadi dengan keluarga Jannah kan selepas 9 tahun tu??..tergantung tang situ lak..& mcm x logik gak bila mak bapak Damia buang Damia sampai 9 tahun gitu dah laa die anak tunggal kn hehe apapun Jannah n Izaryl kembali bersama..
Read More »

23 Sep 2013

Diet Nabi Muhammad S.A.W

Read More »

Miracle In Cell No. 7

Assalammualaikum..
Hari ni nak share pasal Filem ni yang bertajuk Miracle In Cell No.7. Kalau perasan kat Astro dulu ada promo iklan cite ni. Filem ni memang Box Office di Korea n jalan ceritanya memang terbaik n touching jer. Awalnya memang dah lama nak tengok cite ni tapi malas nak mencari videonyer kat internet. Sampailaa ada yang rekemen suh tgk citer ni barulah aku try search kat youtube n ada plak tu.jadi terus tengok laa hehe. Seriously memang best citer ni. Kesian dengan ayah budak tu x pasal2 kena hukum. Budak kecik yang berlakon dlm cite ni mmg sangat adorable n bijak. 
Bila budak kecik tu besar, wataknya akan diambil alih oleh Park Shin Hye yang akhirnya jadi Peguam. Cite ni ada banyak gak babak yang sedih n ada gak kelakarnya. Seronok tengok diorang kidnap budak tu bawa masuk dalam penjara untuk bagi budak tu jumpa ayahnya hehe. Jom tengok cite ni ramai2 aku sertakan sinopsis n video filem ni kat bawah nanti.
SiNopSis
A father (Ryoo Seung-Ryong), who is mentally handicapped, but loves his daughter very much, is falsely accused of a crime and sent to prison. Later, his daughter Ye-Seung (Park Shin-Hye, who is a law school student, works to prove his innocence.
Back in 1997, Yong-Goo lives happily with his daughter Ye-Seung (Kal So-Won), even though he has the intelligence of a child. They stop by a shop everyday to look at a yellow Sailor Moon backpack that he hopes to buy his daughter. One day, they notice that the last yellow Sailor Moon backpack is being sold. Yong-Goo goes inside the store to plead his case, but the father buying the backpack ends up slapping Yong-Goo.
The following day, the girl who bought the yellow Sailor Moon backpack sees Yong-Goo working in the grocery store parking lot. She tells him that she knows another store that sells the same yellow backback. Yong-Goo follows the girl to a traditional outdoor market. A short while later, the girl is laying on the ground unconscious and Yong-Goo is trying to perform CPR. A woman walks by and calls the police.
Yong-Goo is accused of kidnap and murder. The father of the dead girl is also the chief of the National Police Agency. Yong-Goo is given the death penalty and incarcerated. In prison, Yong-Goo shares a jail cell with five other inmates. One day, Yong-Goo saves the life of his cellmate So Yang-Ho (Oh Dal-Su) from a rival prison gang leader. So Yang-Ho then offers to help Yong-Goo in any way he can to return the favor. Yong-Goo tells So Yang-Ho that he wants to see his daughter Ye-Seung. The five inmates then plan to make a miracle happen.
Selamat Menonton yer..


Read More »

Review Super Spontan 2013 Minggu Ke-3


Assalammualaikum..
Minggu ke-3 Super Spontan 2013 telah pun berlalu, yang menyaksikan Team Ketam Konfius membuat kejutan dengan menang buat kali pertamanya setelah kalah 2 kali berturut-turut. Mereka berjaya menewaskan team Semut Sentap sekaligus menyelamatkan Along daripada tersingkir. Di awal rancangan Haniff & Ray mengumumkan yg Eko (Saywho) dari Team Semut Sentap terpaksa menarik diri dari Super Spontan 2013 atas masalah kesihatan. Format penyingkiran untuk musim ini memang berbeza dari musim sudah. Dah minggu ketiga tapi xde yang tersingkir lagi hehe ntah2 sampai ke akhir xde yg terkeluar pe, sebab boleh diselamatkan atau diserap masuk haha.
Permainan dimulakan dengan game Terteruk Di Dunia dan Di Ladang. Untuk game ni, dua2 team main sekali dan secara bergilir-gilir.  Game kedua, diorang main Sketsa Berabjad. Dua2 Team bermain dengan baik untuk game ni..lawak gak.  Seterusnya diorang main game baru yang dinamakan Maju Mundur. Aku rasa game Maju Mundur ni tak best n agak membosankan sebab peserta asyik mengulang jer ayat dan perbuatan diorang so benda tu buat game jadi boring.  Permainan keempat yang diorang main adalah jurujual langsung. Game ni memang agak susah gak sebab menguji kreativiti peserta serta memerlukan peserta berfikir dengan pantas. 
Ada beberapa peserta yang jadi blur kat situ hehe dan mengharap kan masa berlalu pantas. Tak kurang juga ada peserta yang terlebih bercakap dan terkejut masa habis cepat hehe..Aku x leh blah tengok Johan main game ni siap lepas rambut gitu dan ala2 sopan gitu cakap diri die nama liza haha terbaik2.  Tak silap aku yang main game ni adalah Nabil, Shuib dan Yus kot serta Ajak, Noorkhiriah dan Johan.
Permainan terakhir yang diorang main untuk minggu ketiga ni adalah Jamuan Cik Kiah. Bagi aku game ni sangat best n kelakar. Game ini dimulakan dengan team Ketam Konfius dulu yang mana Along yang jadi Cik Kiahnya dan meneka watak2 yg kawan2 die bawa. Shuib jadi kucing yang ketakutan, manakala Yus jadi Doraemon yang buluh terbangnya hilang kot kalau tak silaplah. Rasanya Yus macam keberatan nk bawa watak doraemon tu, mungkin die x biasa tengok cite doraemon ni dulu2 kot sampai die nak tukar dgn Shuib last2 Nabil cakap kat Yus yang Doraemon tu pun kucing gak hehehe.
Aku paling suka tengok nabil bawak watak ibu tiri Snow White yang  hilang buah epal kot. Nak tergelak tengok nabil cakap "cermin cermin sape paling cantiik kat sini" pantas die fikir n kaitkan ibu tiri snow white dengan cermin tu..terbaik. Along dapat teka watak2 diorang cuma x lengkap je, tapi die langsung x dapat teka watak doraemon yg yus bawa tu. Patutnya Yus nyanyi je lagu doraemon konform semua tahu dah tu Doraemon hehe.
Manakala untuk team Semut Sentap, Rahim yang jadi Cik Kiahnyer dan Almy Nadia bawa watak Pontianak Harum Sundal Malam yang tak boleh terbang, Tauke jadi James Bond yang hilang pistol manakala Johan jadi Orang Minyak yang kehabisan minyak. Tauke dengan Johan memang sangat lawak. Tauke dengan lagu James Bond nyer, Johan dgn gaya orang minyaknyer hehe. Rasanya Rahim macam sukar nak teka watak Johan, dah lama2 baru die dapat tangkap apa watak yang Johan bawak. 
Almy Nadia macam xde idea, die hanya menyanyi 2 ayat jer dengan lirik Seharum Bungaaaa..pastu die x ingat lirik dah haha. Pastu die mengilai sikit. Nasib Rahim dapat teka dengan betul hehe & akhirnya Team Semut Sentap kalah n tak tahu sape yang dipilih oleh ahli2 team S.Sentap untuk disingkirkan dan mungkin juga diserap masuk ke team Ketam Konfius.
Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017