-->

31 Okt 2018

Segmen Bloglist Akhir Tahun November Hingga Disember 2018 ciklapunyabelog

Segmen Bloglist Akhir Tahun November Hingga Disember 2018 ciklapunyabelog, blogger segmen, blog, 2018,

Jom Join Ramai - Ramai..
Due Date - 31 Oktober 2018, jam 8 malam..
kalau nak join boleh klik Banner di atas ye..
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,
Read More »

Segmen Bloglist + Blogwalking by Ombak Bergigi

Segmen Bloglist + Blogwalking by Ombak Bergigi, blogger segmen, blog,

Jom join ramai - ramai..
Due Date- 3 November 2018
Nak join boleh Klik Banner di atas okey.

My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,
Read More »

30 Okt 2018

Review Drama Korea - Misty

Misty, Drama Korea, Korean Drama, Drama Korea Misty, Korean Drama Misty, Sinopsis Penuh Drama Korea Misty, Korean Drama Review Misty, 2018, JTBC, Poster, Misty Cast, Pelakon Drama Korea Misty, Kim Nam Joo, Ji Jin Hee, Jeon Hye Jin, Go Joon, Jin Ki Joo, Ahn Nae Sang, Lee Kyoung Young, In Tae Kyung, Watak Dalam Drama Korea Misty, Go Hye Ran, Kang Tae Wook, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Ending Korean Drama Misty,

Dah agak lama tak buat review drama Korea di blog ini, memang agak ketinggalan sikit hehe, apa pun hari ini aku nak buat review drama Korea yang bertajuk Misty. Korean Drama Misty ini mempunyai 16 episod dan release pada 2 Februari 2018 dan tamat pada 24 March yang lalu serta drama ini disiarkan di channel JTBC. Antara pelakon drama Korea Misty ini adalah Kim Nam Joo, Ji Jin Hee, Jeon Hye Jin, Go Joon, Jin Ki Joo, Ahn Nae Sang, Lee Kyoung Young, In Tae Kyung dan ramai lagi. Selain itu drama ini disiarkan bagi menggantikan drama Untouchable yang telah tamat episodnya dan kemudian akan digantikan dengan drama Something In The Rain. Lebih menarik bila heroin drama ini iaitu Kim Nam Joo turut menang anugerah "Best Actress" menerusi drama Misty ini di 2018 (54th) BaekSang Arts Awards mengalahkan pelakon - pelakon hebat yang lain. Antara sebab aku tertarik untuk menonton drama ini adalah kerana jalan ceritanya yang memang best dan suspen, lebih best bila ada plot twist di penghujung cerita. Selain itu aku sangat suka dengan watak Kim Nam Joo sebagai Go Hye Ran, watak Go Hye Ran itu digambarkan sebagai seorang wanita yang kuat, berani, bijak dan tahu apa yang dia nak. 
Misty, Drama Korea, Korean Drama, Drama Korea Misty, Korean Drama Misty, Sinopsis Penuh Drama Korea Misty, Korean Drama Review Misty, 2018, JTBC, Poster, Misty Cast, Pelakon Drama Korea Misty, Kim Nam Joo, Ji Jin Hee, Jeon Hye Jin, Go Joon, Jin Ki Joo, Ahn Nae Sang, Lee Kyoung Young, In Tae Kyung, Watak Dalam Drama Korea Misty, Go Hye Ran, Kang Tae Wook, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Ending Korean Drama Misty,
Aku suka dengan personaliti Go Hye Ran itu walaupun dia sangat obses dengan kerjayanya itu, lagi pun aku dah malas nak tengok watak - watak heroin yang lemah - lembut dan lembik. Semua pelakon drama ini berjaya berjaya bawa watak masing - masing dengan cemerlang, especially Kim Nam Joo, jadi memang patutlah dia menang pelakon wanita terbaik tu kan. Korang memang rugi kalau tak layan drama ini sebab memang suspen bila Go Hye Ran tiba - tiba boleh jadi suspek pembunuhan pula. Gandingan Kim Nam Joo dan Ji Jin Hee juga nampak sepadan dan serasi, ikutkan aku tidak begitu minat dengan Ji Jin Hee ini, tapi dalam drama ini aku suka pula dengan wataknya itu iaitu sebagai Kang Tae Wook yang merupakan suami pada Go Hye Ran dan juga merupakan anak orang kaya yang dulunya pendakwaraya dan kini menjadi peguambela pula. Kang Tae Wook memang memang dingin pada Go Hye Ran dan makan hati dengan sikap isterinya yang lebih pentingkan kerjayanya sebagai pembaca berita berbanding keluarga sehingga sanggup menggugurkan kandungannya. Sejak dari itu hubungan mereka memang ibarat retak menunggu belah. Tapi bila Go Hye Ran jadi suspek pembunuhan, Kang Tae Wook ni lah yang sanggup menjadi peguambelanya dan membuatkan hubungan mereka berdua menjadi semakin baik. 
Misty, Drama Korea, Korean Drama, Drama Korea Misty, Korean Drama Misty, Sinopsis Penuh Drama Korea Misty, Korean Drama Review Misty, 2018, JTBC, Poster, Misty Cast, Pelakon Drama Korea Misty, Kim Nam Joo, Ji Jin Hee, Jeon Hye Jin, Go Joon, Jin Ki Joo, Ahn Nae Sang, Lee Kyoung Young, In Tae Kyung, Watak Dalam Drama Korea Misty, Go Hye Ran, Kang Tae Wook, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Ending Korean Drama Misty,
Apa pun bila tengok drama Misty ini, korang pasti akan tertanya - tanya siapa pembunuh sebenar, sebab semua orang pun ada motif untuk membunuh dan boleh menjadi suspek. Tapi agak annoying dengan sikap pegawai polis dalam drama ini sebab dia sangat obses nak menangkap Go Hye Ran, sampai geram pula aku jadinya hehehe. Begitu juga dengan perangai Seo Eun Joo yang awalnya baik tapi tiba - tiba berubah jadi jahat sekejap pada Go Hye Ran kerana menyangka Go Hye Ran yang membunuh suaminya, sedangkan dia tahu yang suaminya itu memang playboy besar dan sudah beberapa kali ada skandal dengan perempuan lain. Selain itu aku juga suka melihat persaingan sengit antara Go Hye Ran dan Han Ji Won (lakonan Jin Ki Joo) dalam merebut jawatan sebagai pembaca berita utama di sebuah stesen TV terkenal. Go Hye Ran ingin terus mengekalkan jawatannya sebagai pembaca berita utama, tapi berdepan dengan tekanan bila pihak atasannya ingin menggantikannya dengan Han Ji Won yang lebih cantik dan lebih muda darinya. Persaingan diorang memang sengit giler sebab dua - dua tak nak mengalah sampai sanggup guna taktik kotor untuk jatuhkan reputasi masing - masing. Tapi korang jangan terkejut bila diorang juga boleh bekerjasama dengan baik bila Go Hye Ran mula berlembut dengan Han Ji Won dan Han Ji Won pula sanggup membantu Go Hye Ran.
Misty, Drama Korea, Korean Drama, Drama Korea Misty, Korean Drama Misty, Sinopsis Penuh Drama Korea Misty, Korean Drama Review Misty, 2018, JTBC, Poster, Misty Cast, Pelakon Drama Korea Misty, Kim Nam Joo, Ji Jin Hee, Jeon Hye Jin, Go Joon, Jin Ki Joo, Ahn Nae Sang, Lee Kyoung Young, In Tae Kyung, Watak Dalam Drama Korea Misty, Go Hye Ran, Kang Tae Wook, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Ending Korean Drama Misty,
Lagu tema / OST Misty ini juga best - best belaka, manakala Ending drama Korea Misty ini agak tergantung dan open ending gitu. Korang kena buat kesimpulan sendiri apa yang berlaku sebenarnya di penghujung cerita. Ikutkan kesian jugalah pada Go Hye Ran itu, bila semua dah selesai, benda lain pula yang terjadi. Pada yang suka menonton drama yang penuh misteri dan suspen serta ada plot twist gitu, bolehlah menonton drama ini nanti okey. Bagi aku drama ni memang best dan aku bagi 9.5/10 bintang untuk drama ini. Bagi yang nak baca sinopsis penuh drama Korea Misty ini, boleh klik link di bawah ye. Selamat membaca..
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,
Read More »

28 Okt 2018

Sinopsis Drama Mencari Qiblat (Zehra TV3)

Mencari Qiblat, Drama Mencari Qiblat, Slot Zehra, TV3, Drama Melayu, Drama Bersiri, 2018, Cast, Pelakon Drama Mencari Qiblat, Aeril Zafrel, Elisya Sandha, Azhan Rani, Noorkhiriah, Fezrul Khan, Reen Rahim, Shahzril Ahmad, Sinopsis Drama Mencari Qiblat,
Sinopsis Drama Mencari Qiblat Slot Zehra TV3 

Drama Mencari Qiblat adalah drama terbaru di slot Zehra TV3 bagi menggantikan Drama Ammar & Opie yang telah tamat episodnya. Drama Mencari Qiblat sudah mula bersiaran di TV3 bermula 25 Oktober yang lalu, setiap Rabu hingga Jumaat, jam 9 malam. Ada ramai pelakon best dalam drama ini, antara pelakon drama Mencari Qiblat ini adalah Aeril Zafrel, Elisya Sandha, Azhan Rani, Noorkhiriah, Fezrul Khan, Reen Rahim, Shahzril Ahmad dan ramai lagi. Drama 13 episod ini mengetengahkan penceritaan berbeza dalam setiap episod dan diarahkan oleh Rashid Sibir serta diterbitkan oleh Rashbirmedia Sdn Bhd. Apa pun jom tengok sinopsis drama Mencari Qiblat ini di bawah ye..


Sinopsis Drama Mencari Qiblat Lakonan Aeril Zafrel

Mengisahkan Adam (Aeril Zafrel), anak tunggal dalam keluarganya dan sudah biasa hidup dengan penuh kemewahan. Oleh kerana Adam lalai serta alpa dengan kemewahan hidupnya di dunia, dia sentiasa berfoya-foya dan kerap melanggar segala hukum-hakam kehidupan sebagai seorang umat Islam sehingga hilang pedoman hidupnya. Kemalangan jalanraya telah meragut nyawa ibu dan ayah Adam. Kematian mereka ini akhrinya telah memberi kesedaran kepada Adam yang bahawa duniawi ini hanyalah sementara dan selama ini, dia sedang hidup dalam kegelapan. Sejak itu, Adam cuba kembali ke pangkal jalan, dan memahami erti sebenar kehidupan ini. Mampukah Adam mencari qiblat hidupnya?
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,
Read More »

26 Okt 2018

Segment Bloglist by Farah Farhana

Segment Bloglist by Farah Farhana, Blogger Segmen, Bloglist, Blog,

Jom Join Ramai - Ramai..
Due Date - 1 November 2018
Nak join boleh klik Banner di atas ye..
selamat bersegmen..

My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,
Read More »

18 Okt 2018

Sinopsis Drama Mawar Murni (TV3)

Mawar Murni, Drama Mawar Murni, Slot Samarinda, TV3, Drama Melayu, Drama Bersiri, 2018, Cast, Poster, Pelakon Drama Mawar Murni, Saharul Ridzwan, Mimi Lana, Fasha Sandha, Amar Asyraf, Ridzuan Hashim, Wan Nor Azlin, Watie Sadali, Kazar, Adam Shah, Carolina Binur, Izzy Reef, Wanna Ali, Watak Pelakon, OST Mawar Murni, Ending,
Sinopsis Drama Mawar Murni Slot Samarinda TV3

Drama Mawar Murni adalah drama terbaru di slot Samarinda yang disiarkan bagi menggantikan drama Bahagia Bukan Bidaan yang telah tamat episodnya. Drama Mawar Murni ini sudah bersiaran di TV3 bermula 8 Oktober yang lalu, setiap Isnin hingga Rabu, jam 10 malam dan mempunyai 15 episod. Antara pelakon drama Mawar Murni ini adalah Saharul Ridzwan, Mimi Lana, Fasha Sandha, Amar Asyraf, Ridzuan Hashim, Wan Nor Azlin, Watie Sadali, Kazar, Adam Shah, Carolina Binur, Izzy Reef, Wanna Ali dan ramai lagi. Selain itu drama ini diarahkan oleh Hashim Rejab dan diterbitkan oleh Sha's Media Sdn Bhd. Memang nampak menarik drama ni kan, plus ada ramai pelakon best yang berlakon dalam drama Mawar Murni ini. Apa pun jom tengok watak pelakon serta sinopsis drama ini di bawah ye..

Watak Pelakon Dalam Drama Mawar Murni

Mimi Lana sebagai Mawar

Fasha Sandha sebagai Murni

Saharul Ridzwan sebagai Harris

Amar Asyraf sebagai Qalif
Ridzuan Hashim sebagai Aziz
Wan Nor Azlin sebagai Ramona
Watie Sadali sebagai Mahani
Wanna Ali sebagai Keisha
Kazar Saisi sebagai Halim
Adam Shah sebagai Eddy

Mawar Murni, Drama Mawar Murni, Slot Samarinda, TV3, Drama Melayu, Drama Bersiri, 2018, Cast, Poster, Pelakon Drama Mawar Murni, Saharul Ridzwan, Mimi Lana, Fasha Sandha, Amar Asyraf, Ridzuan Hashim, Wan Nor Azlin, Watie Sadali, Kazar, Adam Shah, Carolina Binur, Izzy Reef, Wanna Ali, Watak Pelakon, OST Mawar Murni, Ending,

Mengisahkan Aziz, seorang ahli perniagaan yang berjaya namun menghadapi konflik dalam kehidupannya. Aziz mempunyai dua orang isteri, iaitu Ramona dan Mahani.Aziz mempunyai dua orang anak dengan Ramona, iaitu, Qalif dan KeisyaMurni merasakan dirinya dipergunakan oleh Ramona, dan merasakan dirinya seperti orang suruhan yang disuruh membuat pelbagai kerja. Murni sebenarnya sudah berkahwin dengan Aziz secara rahsia. Namun, sepanjang perkahwinan mereka Murni terpaksa ‘berlakon’ dengan Aziz yang kononnya mereka tidak mempunyai apa-apa hubungan. Ramona dan Mahani, pula langsung tidak mengetahui yang sebenarnya Aziz mempunyai isteri yang ketiga. Murni yang seolah - olah sudah lama mengenali Mawar mula menolong Mawar dan sekaligus membuatkan Mawar terhutang budi pada Murni dan Mawar berjanji akan mengikut cakap Murni dan bekerja sebagai setiausaha Aziz, Kemuncaknya, Aziz ditemui meninggal dunia di rumah banglo istirehatnya dan kematiannya misteri kerana hasil pemeriksaan dia dipercayai diracun oleh seseorang. Semua orang makin terkejut bila mendapat tahu Mawar dijadikan pemangku syarikat selepas kematian Aziz. Apa yang berlaku sebenarnya? Apa hubungan sebenar Mawar dan Murni ini?.

Lagu Tema / OST Mawar Murni
➔ Kepuraanmu nyanyian Luqman Faiz
➔ Pencinta Setia nyanyian Azmira Ariff
➔ Cinta Abadi nyanyian XPDC

Jom baca ini juga ➔ Biodata Terkini Mimi Lana
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,
Read More »

14 Okt 2018

Filem Bollywood & Drama Korea Bulan September 2018


Sepanjang bulan September 2018 yang lalu, aku sempat menonton 2 drama Korea dan juga 2 filem hindustan hehehe. 2 Drama Korea tersebut mempunyai genre yang berbeza tapi best, begitu juga dengan filem Bollywood itu. Walaubagaimanapun 2 filem Bollywood tu aku hanya menonton di tv saja, manakala drama Korea tersebut aku tonton secara online saja. So jom tengok tajuk drama dan filem tersebut serta para pelakonnya juga di bawah ini okey.

1) Sketch 
Pelakon: Rain, Lee Sun Bin, Lee Dong Gun, Lee Seung Joo, Jung Jin Young dan ramai lagi
Sketch, 2018, Korean Drama, Drama Korea Sketch, Drama Korea Bulan September 2018, Sinopsis Drama Korea Sketch, Sketch Poster, Sketch Cast, Pelakon Drama Korea Sketch, Rain, Lee Sun Bin, Lee Dong Gun, Lee Seung Joo, Jung Jin Young, Polis, Jenayah, Fantasi, Suspen, Plot Twist,
Tarikan utama drama ini adalah jalan cerita yang unik, suspen dan plot twist yang menarik serta para pelakonnya yang best dan popular gitu. Pendek katanya drama Korea Sketch ini best dan drama ini menepati citarasa aku gitu. Mengisahkan Yoon Shi Hyun yang ada kebolehan luar biasa untuk melihat masa depan 3 hari lebih awal sebelum kejadian sebenar dan kemudian dia akan melukis semua yang dia nampak diatas sebuah buku lukisan. Kemudian dia dan kumpulannya akan meneliti lukisan tersebut dan mereka cuba menghalang sebarang jenayah dari berlaku. Ketika cuba menghalang jenayah dari berlaku, dia bertemu dengan Kang Dong Soo yang merupakan tunang kepada mangsa jenayah tersebut. Nantikan review penuh drama ini..

2) Parting Left / Goodbye to Goodbye
Pelakon: Chae Shi Ra, Jo Bo Ah, Jun, Lee Sung Jae, Jung Hye Young, Jung Woong In dan ramai lagi.
Korean Drama, Goodbye To Goodbye, Parting Left, Drama Korea Goodbye To Goodbye, Drama Korea Bulan September 2018, Poster, Sinopsis Drama Korea Goodbye To Goodbye, Cast, Pelakon Drama Korea Goodbye To Goodbye, Chae Shi Ra, Jo Bo Ah, Jun, Lee Sung Jae, Jung Hye Young, Jung Woong In,
Tarikan utama drama ini adalah jalan ceritanya yang dekat dengan kehidupan realiti masa kini dan memberikan inspirasi dan semangat pada wanita khususnya untuk bangkit kembali. Mengisahkan kehidupan 2 wanita iaitu Seo Young Hee yang melupakan semua bakat dan kerjayanya demi menjadi surirumah dan hidup demi suami dan anaknya. Walaubagaimanapun semuanya musnah bila suaminya ada affair dengan perempuan lain, hal ini diburukkan lagi dengan anak lelakinya juga membenci dirinya disebabkan sikap obsesnya pada anaknya itu. Seo Young Hee kemudian memutuskan untuk mengurung dirinya dan tinggal seorang diri dirumahnya itu, Manakala Jung Hyo pula seorang gadis muda yang cantik yang mempunyai masa depan yang cerah. Namun semuanya berubah bila Jung Hyo mengandung anak luar nikah dan memutuskan untuk melahirkan anak tersebut, walaupun orang sekelilingnya tidak bersetuju dengan keputusannya itu. Jung Hyo kemudian ditakdirkan bertemu dengan Seo Young Hee yang juga merupakan mak pada boyfriendnya itu dan mereka berdua tinggal bersama.

3) Te3n
Pelakon: Amitabh Bachchan, Nawazuddin Siddiqui, Vidya Balan, Sabyasachi Chakrabarty dan ramai lagi. 
Te3n, Hindi Movie Te3n, Bollywood Movie, Filem Bollywood Bulan September 2018, Poster Te3n, TE3N Cast, Remake Korean Movie Montage, Sinopsis Filem Hindustan Te3n, Pelakon Filem TE3N, Amitabh Bachchan, Nawazuddin Siddiqui, Vidya Balan, Sabyasachi Chakrabarty,
Filem Bollywood TE3N ini adalah remake dari filem Korea tahun 2013 yang bertajuk Montage, cuma dalam versi filem Bollywood ini diorang ada tukar sikit - sikit, tapi masih menarik dan best. Serta ada plot twist di penghujung cerita.

4) Bareilly Ki Barfi
Pelakon: Ayushmann Khurrana, Kriti Sanon, Rajkummar Rao, Pankaj Tripathi, Seema Pahwa, Swati Semwal dan ramai lagi.
Filem Hindustan, Hindi Movie Bareilly Ki Barfi, Bollywood Movie, Filem Bollywood Bulan September 2018, Awards For Rajkummar Rao, Sinopsis Bareilly Ki Barfi, Poster, Bareilly Ki Barfi Cast, Pelakon Filem Bollywood Bareilly Ki Barfi, Ayushmann Khurrana, Kriti Sanon, Rajkummar Rao, Pankaj Tripathi, Seema Pahwa, Swati Semwal,
Aku suka menonton filem - filem lakonan Rajkummar Rao ini sebab semuanya best -best belaka. Walaupun dalam filem ini dia hanya pelakon pembantu, tapi wataknya sangat menyerlah, siap menang banyak anugerah lagi menerusi lakonannya sebagai Pritam Vidrohi dalam filem Bareilly Ki Barfi ini. Tak leh blah tengok watak nerd dan lurus bendulnya itu dalam filem ini, selain itu aku juga suka dengan lakonan Kriti Sanon dalam filem ini berbanding dalam filem Dilwale dulu tu sebab nampak lebih tegas, kasar dan gila - gila. 

P/s - Dah habis menonton drama Korea Lovely Horribly, sekarang dalam proses menghabiskan tontonan drama Korea Familiar Wife, Mr. Sunshine, The Ghost Detective dan kemudian akan sambung dengan Voice 2.
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,
Read More »

13 Okt 2018

GIVEAWAY PLANNER 2019 by SHFYQHAZHR.COM

 GIVEAWAY PLANNER 2019 by SHFYQHAZHR.COM, Blogger Giveaway, Blog, Hadiah, Planner 2019, Peserta,

Jom Join Ramai - Ramai..
Due Date- 31 Oktober 2018
Nak join boleh Klik Banner di atas ye..
Hadiah giveaway ini adalah planner gitu..
Wish me luck okey hehe..
- Blog Sha dah okey, nampak bersih dan kemas, suka tengok header blog, comel gitu
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,
Read More »

11 Okt 2018

Sinopsis Drama Cik Reen Encik Ngok Ngek (Astro Ria)

Drama Cik Reen Encik Ngok Ngek, Novel Cik Reen Encik Ngok Ngek, Novel Online, Drama Melayu, Drama Adaptasi Novel, Drama Bersiri 20 Episod, Slot MegaDrama, Astro Ria, Poster, Baca Online Novel Cik Reen Encik Ngok Ngek Bab 1 Hingga Bab 11, Sinopsis Drama Cik Reen Encik Ngok Ngek, OST Cik Reen Encik Ngok Ngek, Kisah Kahwin Paksa, 2018, Cast, Pelakon Drama Cik Reen Encik Ngok Ngek, Farah Nabilah, Fikry Ibrahim, Scha Elinnea, Farhan Asri, Haneesya Hanee, Iswan Ismail, Badrul Muhayat, Farisha Irwayu, Rania Humaira, Nik Adam Mika, Raja Azmi, Nabila Razali, Watak Pelakon Dalam Drama Cik Reen Encik Ngok Ngek,
Sinopsis Drama Cik Reen Encik Ngok Ngek (Astro Ria)

Drama Cik Reen Encik Ngok Ngek adalah drama terbaru di slot MegaDrama Astro Ria yang disiarkan bagi menggantikan drama Alamatnya Cinta yang telah tamat episodnya. Drama 20 episod ini sudah pun disiarkan bermula 1 Oktober yang lalu dan merupakan adaptasi daripada Novel The Misadventures Of Cik Reen & En. Ngok Ngek karya novelis Maya Adira. Antara pelakon drama Cik Reen Encik Ngok Ngek ini adalah Farah Nabilah, Fikry Ibrahim, Scha Elinnea, Farhan Asri, Haneesya Hanee, Iswan Ismail, Badrul Muhayat, Farisha Irwayu, Rania Humaira, Nik Adam Mika, Raja Azmi, Nabila Razali dan ramai lagi. Selain itu Drama Cik Reen Encik Ngok Ngek ini diarahkan oleh Hadith Omar dan diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading Sdn Bhd. Aku ada tengok gak drama ini walaupun agak clisye dengan kisah kahwin paksa tu, tapi scene - scene kelakar dalam drama ini lawak dan boleh tahan juga hahaha, malah OST drama ini pun best dan rancak gitu. Apa pun jom tengok watak - watak pelakon serta sinopsis drama ini di bawah ye..
Drama Cik Reen Encik Ngok Ngek, Novel Cik Reen Encik Ngok Ngek, Novel Online, Drama Melayu, Drama Adaptasi Novel, Drama Bersiri 20 Episod, Slot MegaDrama, Astro Ria, Poster, Sinopsis Drama Cik Reen Encik Ngok Ngek, OST Cik Reen Encik Ngok Ngek, Kisah Kahwin Paksa, 2018, Cast, Pelakon Drama Cik Reen Encik Ngok Ngek, Farah Nabilah, Fikry Ibrahim, Scha Elinnea, Farhan Asri, Haneesya Hanee, Iswan Ismail, Badrul Muhayat, Farisha Irwayu, Rania Humaira, Nik Adam Mika, Raja Azmi, Nabila Razali, Watak Pelakon Dalam Drama Cik Reen Encik Ngok Ngek,
Watak Pelakon Dalam Drama Cik Reen Encik Ngok Ngek

Farah Nabilah sebagai Azreen
Fikry Ibrahim sebagai Harris Zakuan

Haneesya Hanee sebagai Zaza

Iswan Ismail sebagai Iman

Scha Elinnea sebagai Izyan

Farhan Asri sebagai Iqram

Dini Schatzmann sebagai Naqib

Nabila Razali sebagai Siti


Drama Cik Reen Encik Ngok Ngek, Novel Cik Reen Encik Ngok Ngek, Novel Online, Drama Melayu, Drama Adaptasi Novel, Drama Bersiri 20 Episod, Slot MegaDrama, Astro Ria, Poster, Baca Online Novel Cik Reen Encik Ngok Ngek Bab 1 Hingga Bab 11, Sinopsis Drama Cik Reen Encik Ngok Ngek, OST Cik Reen Encik Ngok Ngek, Kisah Kahwin Paksa, 2018, Cast, Pelakon Drama Cik Reen Encik Ngok Ngek, Farah Nabilah, Fikry Ibrahim, Scha Elinnea, Farhan Asri, Haneesya Hanee, Iswan Ismail, Badrul Muhayat, Farisha Irwayu, Rania Humaira, Nik Adam Mika, Raja Azmi, Nabila Razali, Watak Pelakon Dalam Drama Cik Reen Encik Ngok Ngek, Blog Miss Banu Story,


Beberapa hari sebelum majlis pernikahan, Izyan dan Iqram menghilang. Bagi menutup malu, keluarga mereka mencadangkan Azreen (kakak Izyan) dan Harris (abang Iqram) untuk berkahwin bagi menggantikan adik - adik mereka itu di majlis tersebut. Selepas berkahwin, mereka membuat keputusan untuk mencari Izyan dan Iqran. Kedua mereka berhasrat untuk berpisah sekiranya berjaya membawa Izyan dan Iqram pulang. Bagi Azreen cinta tidak boleh dipaksa dan mengetahui Harris pula sudah ada teman hati yang didambakan iaitu Zaza. Sepanjang pengembaran mereka, Azreen mula jatuh hati. Walaupun mulut kata benci, dia tidak mampu menolak untuk mencintai suaminya itu. Pelbagai dugaan yang terpaksa di tempuhi oleh Azreen dan Harris ketika mencari adik - adik mereka itu iaitu Izyan dan Iqram. Ketika perjalanan mereka hampir tamat dan semua masalah mereka hampir selesai, Harris mula binggung dengan perasaannya sendiri. Dia tidak tahu mahu memilih Zaza atau pun Azreen kerana kini Azreen sudah mula berada di hatinya. Apa yang bakal berlaku seterusnya?. 

Lagu Tema / OST Cik Reen Encik Ngok Ngek
⏩ Satu Peluang nyanyian Andi Bernadee
⏩ Ada Dalam Tiada nyanyian Nora Ariffin

Jom baca ni juga ➔ Episod Akhir Drama Alamatnya Cinta
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,
Read More »

10 Okt 2018

GPC Kawaii Octopus Giveaway

GPC Kawaii Octopus Giveaway, Blogger Giveaway, Blog, Hadiah, 2018,

Jom Join Ramai - Ramai..
Due Date - 14 Oktober 2018
Nak join boleh klik Banner di atas ye..
Syarat Penyertaan pun simple dan mudah gitu, hadiah pun comel..
Wish me luck okey hehe..

My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,
Read More »

9 Okt 2018

Sinopsis Drama Lelaki Kiriman Tuhan (Astro)

Drama Lelaki Kiriman Tuhan, Drama Adaptasi Novel, Novel Lelaki Kiriman Tuhan, Novel Online, Novelis Umie Nadzimah, Sinopsis Lelaki Kiriman Tuhan, 2018, Poster Drama, OST Lelaki Kiriman Tuhan, Slot Raihana, Astro Oasis, Watak Pelakon Dalam Drama Lelaki Kiriman Tuhan, Cast, Pelakon Drama Lelaki Kiriman Tuhan, Remy Ishak, Mira Filzah, Kartina Aziz, Isyariana, Harris Anuar, Uyaina Arshad, Talha Harith, Mak Jah, PU Azman, Rozita Che Wan, Jasmin Hamid, Jesse Lim, Hairi Safwan, PU Riz, Maria Farida, Jason Chong, Drama 18 Episod,
Sinopsis Drama Lelaki Kiriman Tuhan (Slot Raihana Astro Oasis)

Drama Lelaki Kiriman Tuhan adalah drama terbaru di slot Raihana Astro Oasis / Maya HD dan telah mula disiarkan sejak 1 Oktober 2018 yang lalu, setiap hari Isnin, jam 9 malam. Drama Lelaki Kiriman Tuhan ini disiarkan bagi menggantikan drama Pencuri Cinta Kelas Satu yang telah tamat episodnya dan drama ini juga merupakan adaptasi daripada Novel Lelaki Kiriman Tuhan karya novelis Umie Nadzimah. Antara pelakon drama Lelaki Kiriman Tuhan ini adalah Remy Ishak, Mira Filzah, Kartina Aziz, Isyariana, Harris Anuar, Uyaina Arshad, Talha Harith, Mak Jah, PU Azman, Rozita Che Wan, Jasmin Hamid, Jesse Lim, Hairi Safwan, PU Riz, Maria Farida, Jason Chong dan ramai lagi. Selain itu drama bersiri 18 episod ini diarahkan oleh Rashid Sibir dan diterbitkan oleh Zeel Production Sdn Bhd. Memang nampak menarik drama ini, plus jalan ceritanya pun memang best, pastu pelakonnya pun terbaik gitu hehe. Apa pun jom tengok watak pelakon dan sinopsis drama ini di bawah ye..
Drama Lelaki Kiriman Tuhan, Drama Adaptasi Novel, Novel Lelaki Kiriman Tuhan, Novel Online, Novelis Umie Nadzimah, Sinopsis Lelaki Kiriman Tuhan, 2018, Poster Drama, OST Lelaki Kiriman Tuhan, Slot Raihana, Astro Oasis, Watak Pelakon Dalam Drama Lelaki Kiriman Tuhan, Cast, Pelakon Drama Lelaki Kiriman Tuhan, Remy Ishak, Mira Filzah, Kartina Aziz, Isyariana, Harris Anuar, Uyaina Arshad, Talha Harith, Mak Jah, PU Azman, Rozita Che Wan, Jasmin Hamid, Jesse Lim, Hairi Safwan, PU Riz, Maria Farida, Jason Chong, Drama 18 Episod,
Watak Pelakon Dalam Drama Lelaki Kiriman Tuhan

Remy Ishak sebagai Iqbal Raid
Mira Filzah sebagai Naira

Kartina Aziz sebagai Umi

Harris Anuar sebagai Faris

Isyariana sebagai Zeenat

Uyaina Arshad sebagai Maryam
Jesse Lim sebagai Ah Seng
PU Azman sebagai Cik Muiz
Rozita Che Wan sebagai Kak Bed
Jasmin Hamid sebagai Datin Maria

Drama Lelaki Kiriman Tuhan, Drama Adaptasi Novel, Novel Lelaki Kiriman Tuhan, Novel Online, Novelis Umie Nadzimah, Sinopsis Lelaki Kiriman Tuhan, 2018, Poster Drama, OST Lelaki Kiriman Tuhan, Slot Raihana, Astro Oasis, Watak Pelakon Dalam Drama Lelaki Kiriman Tuhan, Cast, Pelakon Drama Lelaki Kiriman Tuhan, Remy Ishak, Mira Filzah, Kartina Aziz, Isyariana, Harris Anuar, Uyaina Arshad, Talha Harith, Mak Jah, PU Azman, Rozita Che Wan, Jasmin Hamid, Jesse Lim, Hairi Safwan, PU Riz, Maria Farida, Jason Chong, Drama 18 Episod,

Naira, si gadis garang dan selalu berwajah masam. Dia tidak percaya pada lelaki yang cuba mendekatinya. Semua tak ikhlas dan suka ambil kesempatan. Lelaki yang mengaku mencintainya separuh mati pun akan pergi bila tahu dia banyak tanggung beban hutang keluarga. Nampak sangat tak bersungguh menyayangi dia, tak mahu susah bersama. Tiba-tiba muncul lelaki berperangai hantu ganggu hidup Naira. Iqbal Raid namanya. Raid seronok untuk tawan hati Naira yang muka macam jeruk, ego dan sombong itu. Macam-macam cara Raid cuba untuk berbaik-baik dengan Naira. Raid selalu ada bila Naira susah dan bermasalah. Dia sanggup buat apa saja, berkorban segalanya untuk Naira dan tidak lari seperti lelaki lain. Lama-lama Raid yang miring dan hantu itulah yang Naira rindu. Tidak mahu bercinta sebelum nikah, Naira setuju kahwin segera walau dibantah oleh abang kandung sendiri, Mirza. Musim bulan madu berlalu dengan indah, baru terbongkar satu per satu rahsia Raid yang penuh misteri. Ketika itu, bolehkah Naira menerima Raid seadanya? Apakah kesudahan rumahtangga mereka? Terus bahagia atau sebaliknya? Siapakah Iqbal Raid sebenarnya? Manusia biasa, hantu atau manusia sebaik malaikat?

Lagu Tema / OST Lelaki Kiriman Tuhan
⏩ Kisah Ku Inginkan nyanyian Dato Siti Nurhaliza dan Judika

My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,
Read More »

8 Okt 2018

Giveaway Tudung Bawal by Cik Puan Rrai

Giveaway Tudung Bawal by Cik Puan Rrai, Blogger Giveaway, Blog, Hadiah, Peserta, Pemenang, Tudung,

Jom Join Ramai - Ramai..
Due Date - 18 Oktober 2018
Nak join boleh klik Banner di atas ye..
wish me luck okey hehehe
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,
Read More »

7 Okt 2018

Baca Online Novel Lelaki Kiriman Tuhan

Novel Lelaki Kiriman Tuhan, Novel Online, Baca Online Novel, Drama Lelaki Kiriman Tuhan, Astro Oasis, Novelis Umie Nadzimah, 2018, Baca Online Novel Lelaki Kiriman Tuhan Bab 1 Hingga Bab 15, Cast, Watak, Pelakon Drama Lelaki Kiriman Tuhan, Remy Ishak, Mira Filzah, Kartina Aziz, Harris Anuar, Isyariana, Uyaina Arshad, Jesse Lim, Cover Novel,
Baca Online Novel Lelaki Kiriman Tuhan

Novel Lelaki Kiriman Tuhan karya novelis Umie Nadziman telah pun diadaptasikan menjadi drama bersiri 18 episod yang disiarkan di Astro Oasis. Teraju utama drama adaptasi novel Lelaki Kiriman Tuhan ini adalah Remy Ishak dan Mira Filzah. Remy Ishak akan melakonkan watak sebagai Iqbal Raid manakala Mira Filzah akan memegang watak sebagai Naira. Manakala pelakon lain drama Lelaki Kiriman Tuhan ini adalah Kartina Aziz, Harris Anuar, Isyariana, Uyaina Arshad, Jesse Lim, Jasmin Hamid dan ramai lagi. Kalau tengok dari sinopsis novel Lelaki Kiriman Tuhan ini memang nampak menarik jalan ceritanya. Jadi sambil - sambil tengok drama tersebut di TV, korang juga boleh baca Novel Lelaki Kiriman Tuhan secara online saja, dengan cara, klik saja link di bawah ini okey. Selamat membaca ye..

My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,
Read More »

5 Okt 2018

Baca Online Novel Cik Reen Encik Ngok Ngek

Novel Online Cik Reen Encik Ngok Ngek, Baca Online Novel, Novel Online, Drama Adaptasi Novel, Slot MegaDrama, Astro Ria, Novelis Maya Adira, 2018, Novel The Misadventures Of Cik Reen & Encik Ngok Ngek, Drama Cik Reen Encik Ngok Ngek, Cast, Pelakon Utama Drama Cik Reen Encik Ngok Ngek, Farah Nabilah, Fikry Ibrahim, Baca Online Novel Cik Reen Encik Ngok Ngek Bab 1 Hingga Bab 10,
Baca Online Novel Cik Reen Encik Ngok Ngek

Akhirnya tibalah giliran Novel The Misadventures Of Cik Reen & Encik Ngok Ngek karya novelis Maya Adira untuk diadaptasikan menjadi drama bersiri 20 episod. Versi dramanya bertajuk Cik Reen Encik Ngok Ngek yang dilakonkan oleh Farah Nabilah sebagai watak Azreen dan juga Fikry Ibrahim sebagai watak Harris Zakuan dan lain - lain lagi. Drama Cik Reen Encik Ngok Ngek ini bergenre romantik komedi dan banyak juga scene - scene kelakar dalam drama tersebut.
Novel Online Cik Reen Encik Ngok Ngek, Baca Online Novel, Novel Online, Drama Adaptasi Novel, Slot MegaDrama, Astro Ria, Novelis Maya Adira, 2018, Novel The Misadventures Of Cik Reen & Encik Ngok Ngek, Drama Cik Reen Encik Ngok Ngek, Cast, Pelakon Utama Drama Cik Reen Encik Ngok Ngek, Farah Nabilah, Fikry Ibrahim, Baca Online Novel Cik Reen Encik Ngok Ngek Bab 1 Hingga Bab 10,
Watak Pelakon Dalam Drama Cik Reen Encik Ngok Ngek
Farah Nabilah sebagai Azreen

Fikry Ibrahim sebagai Harris Zakuan

Haneesya Hanee sebagai Zaza

Iswan Ismail sebagai Iman

Scha Elinnea sebagai Izyan

Farhan Asri sebagai Iqram

Dini Schatzmann sebagai Naqib
Nabila Razali sebagai Siti
Badrul Muhayat sebagai Che Azhan
Farisha Irwayu sebagai Che Embun
Rania Humaira sebagai Anum
Nik Adam Mika sebagai Qalish
Novel Online Cik Reen Encik Ngok Ngek, Baca Online Novel, Novel Online, Drama Adaptasi Novel, Slot MegaDrama, Astro Ria, Novelis Maya Adira, 2018, Novel The Misadventures Of Cik Reen & Encik Ngok Ngek, Drama Cik Reen Encik Ngok Ngek, Cast, Pelakon Utama Drama Cik Reen Encik Ngok Ngek, Farah Nabilah, Fikry Ibrahim, Baca Online Novel Cik Reen Encik Ngok Ngek Bab 1 Hingga Bab 10,
Jadi sambil - sambil korang tengok drama ini di Astro Ria, korang juga boleh baca Novel The Misadventures Of Cik Reen & Encik Ngok Ngek ini secara online, dengan cara klik saja link - link di bawah ini okey, selamat membaca..



My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,
Read More »

3 Okt 2018

Review Children Of A Lesser God - Korean Drama

K - Drama Children Of A Lesser God, Korean Drama, Drama Korea, Artis Korea, Korean Style, 2018, Korean Drama Children Of A Lesser God, 2018, Poster, Cast, Pelakon Drama Korea Children Of A Lesser God, Kang Ji Hwan, Kim Ok Vin, Sim Hee Seop, Lee Elijah, Jang Gwang, Ahn Kil Kang, Lee Jae Yong, Kim Dong Young, Drama Korea Best, Suspen, Misteri, Ending Drama Korea Children Of A Lesser God, Sinopsis Drama Korea Children Of a Lesser God, Polis, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story,
Review Drama Korea - Children Of A Lesser God

Hari ini aku nak buat review drama Korea Children Of A Lesser God yang mula disiarkan di channel OCN pada 3 Mac 2018 dan tamat episodnya pada 22 April yang lalu. Antara pelakon drama Korea Children Of A Lesser God ini adalah Kang Ji Hwan, Kim Ok Vin, Sim Hee Seop, Lee Elijah, Jang Gwang, Ahn Kil Kang, Lee Jae Yong, Kim Dong Young dan ramai lagi. Korean Drama 16 episod ini disiarkan bagi menggantikan drama Bad Guys : Vile City dan kemudian akan digantikan dengan drama Mistress. Manakala pengarah drama ini pernah mengarah drama - drama popular seperti Tazza, Midas, The Heirs dan lain - lain lagi. Walaupun tajuk drama ini tak begitu menarik tapi aku tertarik nak tengok drama Children Of A Lesser God ini kerana jalan ceritanya yang unik dan suspen, dimana ianya menggabungkan semua konsep dalam 3 drama Korea yang lain iaitu drama Save Me, Black dan While You Were Sleeping ke dalam drama ini. Selain itu aku juga suka gandingan Kang Ji Hwan dan Kim Ok Vin sebagai hero dan heroin drama Children Of a Lesser God ini. Kang Ji Hwan memang bijak memilih drama - drama yang best untuk dilakonkannya, manakala Kim Ok Vin pula menyerlah dalam filem The Villainess sebelum ini. '
Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, K - Drama Children Of A Lesser God, Korean Drama, Drama Korea, Artis Korea, Korean Style, 2018, Korean Drama Children Of A Lesser God, 2018, Poster, Cast, Pelakon Drama Korea Children Of A Lesser God, Kang Ji Hwan, Kim Ok Vin, Sim Hee Seop, Lee Elijah, Jang Gwang, Ahn Kil Kang, Lee Jae Yong, Kim Dong Young, Drama Korea Best, Suspen, Misteri, Ending Drama Korea Children Of A Lesser God, Sinopsis Drama Korea Children Of a Lesser God, Polis,
Kim Ok Vin melakonkan watak sebagai Kim Dan / Byul dalam drama ini, malah dia juga berambut pendek dan buatkan dirinya bertambah cute gitu. Tapi ikutkan aku lebih sukakan dia berambut panjang sebab nampak dia lebih cantik. Kim Dan merupakan seorang polis tapi mempunyai kisah silam yang menakutkan, dimana ketika kecil dia menjadi saksi pembunuhan beramai - ramai di sebuah gereja. Kejadian tersebut turut mengorbankan seluruh keluarganya juga. Malah Kim Dan juga mempunyai kelebihan untuk meramal apa yang akan berlaku dan boleh mengetahui jenayah yang bakal berlaku serta melihat saat - saat terakhir sebelum mangsa mati dan sebagainya. Hal ini memudahkan tugasnya sebagai polis untuk menghalang jenayah dari berlaku namun berdepan masalah untuk menerangkan kelebihannya dan kemampuan luar biasanya pada orang lain, kerana tak ada siapa yang akan mempercayainya. Manakala Kang Ji Hwan pula memegang watak sebagai Cheon Jae In yang juga seorang polis dan merupakan ketua pada Kim Dan. Cheon Jae In sangat obses dengan fakta dan juga sains, dia langsung tidak mempercayai pada hantu atau pun pada kemampuan luar biasa Kim Dan itu.
K - Drama Children Of A Lesser God, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Korean Drama, Drama Korea, Artis Korea, Korean Style, 2018, Korean Drama Children Of A Lesser God, 2018, Poster, Cast, Pelakon Drama Korea Children Of A Lesser God, Kang Ji Hwan, Kim Ok Vin, Sim Hee Seop, Lee Elijah, Jang Gwang, Ahn Kil Kang, Lee Jae Yong, Kim Dong Young, Drama Korea Best, Suspen, Misteri, Ending Drama Korea Children Of A Lesser God, Sinopsis Drama Korea Children Of a Lesser God, Polis,
Tapi setelah adik perempuannya dibunuh oleh pembunuh bersiri yang telah diberitahu Kim Dan padanya membuatkan Cheon Jae In meletakkan jawatannya dan menjadi gelandangan beberapa tahun semata- mata untuk mencari pembunuh berkenaan. Part dia jadi gelandangan tu agak lawak jugalah sebab dia berkawan baik dengan semua gelandangan lain siap jadi ketua gelandangan lagi tu haha. Setelah dia melihat sendiri kemampuan luar biasa Kim Dan, akhirnya Cheon Jae In terpaksa mempercayai Kim Dan walaupun ianya tidak masuk akal. Mereka bersama - sama menyiasat kes kematian adik Cheon Jae In dan mengetahui yang kes tersebut saling bersangkut paut dengan sejarah silam Kim Dan ketika kanak - kanak dan ramai orang berpengaruh turut terlibat dan menyukarkan penyiasatan. Bila tengok drama ini memang korang akan tersuka dengan watak Joo Ha Min / Popeye lakonan Sim Hee Seop yang adorable tapi dalam masa yang sama sangat menyedihkan. Jo Ha Min adalah kawan Kim Dan ketika kanak - kanak tapi Kim Dan tidak mengingatinya kerana mereka sudah terpisah lama. Tapi nampaklah yang Joo Ha Min atau nickname popularnya Popeye sangat mengambil berat dan sayang pada Kim Dan. Namun dia terlibat dengan orang - orang jahat dan menyukarkan dia untuk berbaik dengan Kim Dan.
K - Drama Children Of A Lesser God, Korean Drama,  Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Drama Korea, Artis Korea, Korean Style, 2018, Korean Drama Children Of A Lesser God, 2018, Poster, Cast, Pelakon Drama Korea Children Of A Lesser God, Kang Ji Hwan, Kim Ok Vin, Sim Hee Seop, Lee Elijah, Jang Gwang, Ahn Kil Kang, Lee Jae Yong, Kim Dong Young, Drama Korea Best, Suspen, Misteri, Ending Drama Korea Children Of A Lesser God, Sinopsis Drama Korea Children Of a Lesser God, Polis,
Apa pun lakonan Sim Hee Seop memang terbaik, first time aku tengok dia berlakon adalah menerusi drama Rebel : The Thief Who Stole The People. Wataknya dalam drama tersebut juga sangat best okey. Aku suka dengan jalan cerita drama Korea Children Of A Lesser God ini yang menyelitkan elemen misteri, suspen, jenayah, ajaran sesat, hantu dan fantasi dalam drama ini. Aku suka dengan hubung kait setiap watak yang saling berkaitan antara satu sama lain, selain itu pelakon cantik Lee Elijah membawakan watak sebagai Baek Ah Hyun yang merupakan anak orang kaya tapi jahat dan selfish gitu. Banyak scene - scene lawak datang dari watak Cheon Jae In yang kadang kala agak gila - gila. Lagu tema / OST Children Of a Lesser God not bad juga, semua lagu latar juga sesuai dengan jalan cerita. Masa aku menonton drama ini secara online, aku nak tergelak dengan english subtitlenya yang berterabur dan huru hara tapi masih boleh faham jalan cerita drama ini, Tapi aku dah tonton lama dah drama ini, maybe sekarang subtitlenya dah okey kot. Manakala ending drama Korea Children Of A Lesser God ini stil happy ending gitu, ikutkan awalnya aku risau juga kalau Joo Ha Min tu mati tapi nasiblah tak hehehe. Ending drama ini tidak tergantung dan best bila tengok diorang bertiga dalam keadaan yang berbeza dan tak sama macam dulu. 

Selain itu drama ini juga tidak memfokuskan kisah cinta, kalau ada pun sikit saja tapi stil lawak dan sweet. Apa pun aku bagi 8/10 untuk Korean Drama ini.
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,
Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017