21 Jun 2016

Episod Akhir The Borrowed Wife (Telenovela TV3)

Episod Akhir Drama Filipina The Borrowed Wife

Assalammualaikum..
Drama Filipina The Borrowed Wife yang disiarkan di Tv3, telah pun tamat episodnya pada 20Jun yang lalu. Di episod akhir drama The Borrowed Wife ni menceritakan tentang Maricar / Sophia yang dapat melepaskan diri daripada Earl dan kembali hidup bersama dengan suaminya Rico, anaknya Joanna dan juga kakaknya. Manakala Earl pula telah mengalami kemalangan dan mati, Tessa pula sudah insaf dan menjalani hidupnya sendiri. Namun ketika Maricar bahagia dengan hidupnya bersama keluarganya yang tercinta, Earl tiba2 kembali, rupa-rupanya die tak mati, kemalangan itu semua sudah dirancang oleh Earl untuk mengelirukan polis. Ketika Maricar menjalani pembedahan di hospital bagi mendapatkan wajah asalnya semula, Earl datang ke hospital dan menculiknya. Earl kemudiannya membawa Maricar ke rumah kawan Tessa. Manakala Tessa dan juga kawannya diikat, namun kawan Tessa dapat melepaskan diri lalu pergi mendapatkan bantuan.
Rico akhirnya mengetahui lokasi Maricar lalu bergegas ke sana bersama dengan polis. Rancangan Earl yang merancang untuk membawa Maricar ke luar negara tidak berjaya kerana polis sudah pun mengepung rumahnya. Earl kemudian mengacu pistol di kepala Maricar, namun polis berjaya menembak Earl yang ketika itu agak leka bercakap dengan Maricar. Selepas ditembak, Earl cuba melarikan diri namun gagal dan akhirnya Earl membunuh dirinya sendiri lalu jatuh ke dalam kolam renang. Selepas kematian Earl, Maricar dapat kembali hidup dengan tenangnya malah die juga sudah menukar kembali wajahnya ke asal dan hidup bahagia. Selepas ini drama filipina yang bertajuk All For Love (Kailangan Ko'y Ikaw) akan menggantikan drama The Borrowed Wife di Slot Telenovela Tv3.

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

1 ulasan:

Related Posts with Thumbnails