26 Dis 2012

FiNaL SeaSoN (5) N FiNaL EpiSode MeRLiN PeNuH TraGis DaN SeDiH


Assalammualaikum..
Akhirnya Drama Siri MerLin menamatkan episodnya untuk musim ke-5 pada 24 Disember 2012 yg lalu dan cite Merlin ini juga tidak akan disambung ke musim ke-6..so Musim ke 5 adalah yang terakhir..uwaaaa sedih plak kan Merlin dah xde pasni..Setelah 5 Musim bersiaran yakni selama 5 tahun akhirnya ianya berpenghujung yang mana episod akhir Merlin mmg sangat menyedihkan bagi semua penggemar cite Merlin ni..ohhh tidak...kerana di episod akhir Arthur akhirnya Mati setelah ditusuk pedang (yg ada Nafas Naga) oleh Mordred..Namun Mordred juga mati apabila Arthur juga sempat menikam Mordred kembali sebelum jatuh pengsan. Walaubagaimanapun Arthur tidak mati serta merta..Dia masih bernafas sebelum Merlin membawanya masuk ke dalam hutan.
Ketika didalam hutan Arthur kesakitan namun masih mampu bercakap-cakap dengan MerLin..dan situasi yang paling ditunggu-tunggu oleh semua penggemar Merlin pun tiba juga, dimana MerLin akhirnya berterus terang pada Arthur yang dia adalah ahli sihir dan mempunyai kuasa magik..Arthur awalnya tidak mempercayai kata-kata Merlin dan menganggap Merlin bergurau..akhirnya Merlin menunjukkan kuasa magiknya pada Arthur..Arthur kemudian terkejut lalu berasa amat kecewa dan tertipu. Die mengatakan bahawa selama ini die merasakan die amat mengenali Merlin rupanya dia salah. Arthur terus tidak mahu brcakap langsung dengan Merlin selepas itu. Keesokan harinya Gaius sampai di tempat mereka..lalu melihat luka Arthur dan mengatakan kuasa Magik Merlin juga tidak mampu menyelamatkan Arthur..dan Arthur hanya mempu bertahan hidup dalam dua hari saja..
Arthur ketika ini masih takut2 ragu2 serta merajuk dengan Merlin..dia hanya berpura-pura tidur bila Merlin ada disitu..setelah Merlin pergi dan Gaius datang kpdnya terus die memberitahu Gaius yang Merlin tuh ahli Sihir..tapi riak wajah Gaius x terkejut pun..lalu Arthur sedar yg Gaius pun lama tahu pasal Merlin ada magik..akhirnya Gaius cuba menasihati Arthur dan memberitahunya betapa pentingnya Merlin disisinya serta betapa sayangnya Merlin kpd dirinya..akhirnya Arthur akur dan mengikut nasihat Gaius..
Merlin masih tidak berputus asa dan cuba mencari jalan untuk mengubati Arthur..Akhirnya Gaius mengatakan hanya ada satu jalan iaitu dengan membawa Arthur ke satu tempat..Kemudian akhirnya Arthur dan Merlin berangkat menuju ke tempat tersebut manakala Gaius pulang ke Istana..sedih gak masa ni bila Gaius nak berpisah dengan Merlin dan Arthur die mcam dah leh tau yg die x kan jumpa Arthur dah pasni..sedihnnyaaaa...diorang berpeluk semua..dan meneruskan perjalanan masing..Malam menjelma Arthur dan Merlin berehat dibawah pokok manakala Merlin cuba menghidupkan api dengan guna kayu ke batu akhirnya Arthur suruh MerLin guna kuasa magik die utk hidupkan api..dan Merlin pun buatlah..pastu diorang bersembang-sembanglah sedih gak masa ni..Bila Arthur mcm x sangka yang selama ni die boleh x sedar yg Merlin ada kuasa Magik..Merlin hanya mampu ckp sorry..die hanya guna magik die untuk Arthur saje bukan untuk tujuan lain..

Arthur semakin lemah manakala Morgana pula tahu yg Arthur masih hidup dan cuba mencari Arthur dan Merlin didalam hutan..dan akhirnya die berjumpa dengan mereka..die terus menggunakan kuasa magiknya kpd Melin lalu Merlin pun terpelanting jauh(haha ayat aku mmg lawak)Morgana terus menghampiri Arthur dengan gembiranya kerana dia x sabar2 mahu membunuh Arthur yg telah sedia lemah itu..Akhir saat2 yg ditunggu tiba apabila Merlin datang dari belakang dan terus menikam dengan Pedang yang sama yg menikam Arthur kpd Morgana..Merlin menikam Morgana dari arah belakang..akhirnya puas hati aku bila Morgana akhirnya mati ditangan Merlin..huhuhu Arthur hanya melihat Morgana mati didepan matanya..
Setelah Morgana dah mati Merlin dan Arthur cuba meneruskan perjalanan dengan berjalan kaki kerana kuda yang mereka naiki sebelum ini telah lari disebabkan kedatangan Morgana. Namun keadaan Arthur semakin parah dan tidak mampu meneruskan perjalanannya lagi sebaliknya die hanya menyuruh Merlin berhenti dari melakukan apa2 pun krn semuanya telah terlambat..Arthur hanya menyuruh Merlin memeluknya erat2 (masa ni mmg sedih giler huhu)Merlin masa ni dah nak menangis dah..Arthur masa ni sempat berkata-kata pada Merlin..dan ayat terakhir yg Arthur cakap pada Merlin sebelum die menutup mata adalah "Thank You Merlin" dannnnnn...Arthur pun menutup matanya..sangat sedih masa ni Merlin mmg dah menangis, menjerit..dan akhirnya Merlin memanggil naganya untuk membawa mereka ke tempat tersebut walaupun die sedar semua dah terlambat.. 
(masa ni Arthur dah mati huhu)
(Merlin masih x dpt terima hakikat Arthur dah mati)
Setelah sampai ke tempat berkenaan..Merlin masih x berputus asa..die terus mengusung mayat Arthur tu..sebelum Naga berkenaan menegur Merlin dengan menyuruh Merlin untuk menerima hakikat kerana tidak ada apa2 yg boleh dilakukan lagi..Naga tersebut menyuruh Merlin menerima takdir yg tertulis untuknya dan Arthur..dan akhirnya Merlin merelakan pemergian Arthur dan melaksanakan sendiri upacara pengebumian Arthur..huhuhu sedih ooo...tapi aku x rasa Merlin kembali ke istana selepas itu..die merantau  dan menunggu kelahiran semula Arthur..dan masa ni Merlin dah jadi tua..huhuhu...
inilah ending drama siri org putih yg paling sedih yg pernah aku tengok huhuhu kalau korang nak tengok final episod cite Merlin ni bolehlah tengok kat Youtube or search kt google mesti keluarnyer..x pun tunggu tv3 tayangkan nanti maybe dalam bbrp minggu lagi..
i will miss you Merlin =(


♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

39 ulasan:

PaPa Blogger berkata...

tengok kat mana?? nak tengok gak.. minggu ni sejam je dia tayangkan.. selalunya 2 jam.. betul je dah nak hbs???

Ayu sukatiakula berkata...

baru baca review orang pun da sedey ni.. kalu tgk depan mata, confirm meleleh2 air mata ni

Nurmujahidah Ismail berkata...

my mum is totally into this story,, me too,, alaa,, kenapa nak kena ada sad ending lak nye,, benci betul laaaaa

sHaRiNa eLyaNa berkata...

makin best lah cerita ni..sha suka tggkkkk lov merlin hee

Si Matatajam berkata...

Banu tengok kat mana ni..yang akak layan kat tv3 belum finale lagi

BaNu Syah berkata...

saya tengok episod akhir cerita Merlin ni di YOUTUBE pada 25 Disember hari tu..

dya bunga berkata...

dya tak tgk lg episod ni..

Natasha berkata...

x tgok episod tu.. bace kt blog ni pon da banjir air mate lg la nk tgok.. xnak xnak!!!!

are_lin@yu berkata...

terlepas sudah..huhu

Aziela berkata...

Sedihnyaaaa....akak pun memang peminat tegar Merlin.

Ayuni berkata...

sye dh bnyk dh tinggal merlin nie, nk sambung baliklh tgk dh bc sinopsis kat cni...

Mrs Velentine berkata...

kawan MV ada download so akan tgk nnt

Cik Nur berkata...

untuk season ni nur tak tgk pun..
tapi nur sukalah tgk Arthur...
comel kot..hahaha

merlin pun cute..hihi

Puteri Hanisah berkata...

nak tengok lah nnti

I love Sleep berkata...

xbest la ending dia.. de 2 perkara yg macam x logik.. arthur dn merlin ambil masa 2 hari utk smpai ke tasik tu, sedangkan morgana yg dari tmpat yg jauh boleh tiba dalam masa beberapa jam je.. then, nape la merlin x suruh naga tu tros antar ke tasik.. da mati baru sibuk panggil.. dan waktu morgana mati pun x dramatik.. morgana terus mati bila kena pedang tu sedangkan arthur still have time..

Deqla manjew berkata...

wahh panjangnye entri..hihi..mmg details ni dear.. deqla x penah tgk pun.. hihi

M'Rie R'Nie berkata...

Kat TV3 belum habis lagi. Maybe next year kot baru habis yang TV3 punya.

Aety Hassan berkata...

baru baca review kat sini dah bertakung air mata.. klau tengok ni confirm pecah empangan kaca nih.. huhuhuhhhhuuaaaa

Chic Na berkata...

serius benci morgana. haha.. tak bestnya arthur mati. kesian gwen & merlin. nak tgk jgk la. tak tgk lagi.

syamsyam berkata...

:'( wahh.. sedih la.. ok, tak sabar nak tgk kt tv nanti walaupun lepas ni syam akan tgk kt youtube jugak :P

miz ruha berkata...

argh.... sedihnya... huhu...
tengok kat tv3 aje...

Bahrain Ramlan berkata...

aku pun boleh touching dengan last episode nie..
peminat setia dari season 1 sampai 5..walaupun tak puas hati ngan endingnya, aku redha je macam merlin redha ngan kematian arthur..
kalo ada movie ni best gak nie..
tergiang2x sampai skrang..

♕tashyra berkata...

wuu,sedeh lahh.

Siti Rohaida Yusof berkata...

sayangnye xdpt nak tengok smapi last episode..

lelamaisara berkata...

banyak terlepas le cite ni...

deq's qienz berkata...

tgkk dahh syiokkk..merlin

kinara kinatara berkata...

cerita nie memang best:)

Misz Mieza berkata...

Huhu.. Termiss tengok.. T_T

N.Aima K berkata...

seumur hidup tak pernah lagi tengok Merlin T__T

Che Rosliza Che Mat berkata...

akak pun suka cerita nie...daripada musim pertama akak tengok...dah nak habis dah huhuhu sedihnya....

Che Rosliza Che Mat berkata...

akak nak copylah...nak buat kenangan...

Nur Faiza berkata...

minat juga cerita merlin, dah tengok episod last season 5 dekat youtube, sad endinglah pulak. betsnya citer merlin...

Sally Samsaiman berkata...

kenapa tak kasi jer Arthur hidup...huwaaaaaa....

Aina Mansor berkata...

Huhu sedihnyaaaaa :( Aina dah la minat cerita ni, ingatkan happy ending :(

Tanpa Nama berkata...

cite nie memang bes kotd..n ending dye memang sedey..aq x penah miss cite nih...

eima berkata...

aku lagi sedey wei bila tgk mlm tadi ..mmg aku kecewa sgt ......

Shazrizal Shahmy berkata...

Mohon Copy yerr sinopsis d atas...terima kasehh

Norsyahizzat berkata...

=)assalamualaikum..sy ade menjual produk2 kecantikan dari Thailand...add la kitew ye..thanks
www.beautymiracle87.blogspot.com

chela berkata...

Season 6 akan ada. Dah tengok trailer Season 6 Merlin. Tajuk dia kalau tak silap Draw The Sword For Fall.

Related Posts with Thumbnails