-->

11 Nov 2020

Segmen Bloglist Pertama Blog HayatiSukiDotCom

Segmen Bloglist Pertama Blog HayatiSukiDotCom, Blogger Segmen, Bloglist Blog,

Jom Join Ramai - Ramai..
Due Date- 20 November 2020
Nak Join boleh klik Banner diatas ye..
Syarat penyertaan pun simple je..
Blog yang bertuah akan dipilih untuk dimasukkan ke dalam bloglist Sisyat. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 21 November 2020.

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Movie Review - Thozha
Read More »

6 Nov 2020

Movie Review : Thozha

Thozha, Movie Review, Tamil Movie, Tamil Movie Review, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Poster Filem Thozha, Pelakon - Pelakon Filem Tamil Thozha, Karthi, Tamannaah,

Lama tak buat review kat sini, rindu nak taip panjang berjela hahaha, so hari ni nak buat review movie Thozha. Thoza ni adalah filem Tamil yang release pada tahun 2016. Selain Tamil, filem ini turut release dalam bahasa Telegu dengan tajuknya ditukar pada Oopiri. Antara pelakon filem Thozha ini adalah Karthi, Tamannaah, Nagarjuna, Prasad, Jayasudha, Vivek dan ramai lagi. Selain itu filem ini diarahkan oleh Vimsi Paidipally dan dihasilkan dalam dwibahasa dan difilemkan secara serentak dalam Telegu dan Tamil dengan sedikit perbezaan dalam watak sampingan bagi kedua - dua versi. Filem Thozha ini adalah remake of Olivier Nakache & Eric Toledano's French Comedy Drama The Intouchables (2011). Filem ini memang dapat banyak review positif daripada penonton, jalan ceritanya best, lawak, sweet dan memberi pengajaran gitu. Antara yang menarik dalam filem Thozha ini adalah bromance antara watak Seenu lakonan Karthi dan Vikram lakonan Nagarjuna. Scene - scene percintaan tak banyak sangat dalam movie Thozha ni sebab lebih memfokuskan tentang kisah persahabatan antara Seenu dan Vikram. Heroin filem Thozha ni iaitu Tamannaah memang sentiasa cantik dalam movie ni, tambah - tambah dia pegang watak sebagai wanita berkerjaya yang merupakan setiausaha Vikram.

Scene - scene lawak dalam movie Thozha ni memang best gak, especially scene Seenu yang cuba melukis tu dan Vikram pula boleh pi jual lukisan Seenu pada peguamnya sebab peguamnya tu obses sangat dengan seni, so peguam dia ingat lukisan tu dari pelukis terkenal dan sanggup membelinya, tapi peguam tu tak tahu yang tu cuma lukisan huru hara karya Seenu hahaha. Apa pun aku tak begitu suka dengan keputusan drastik Vikram yang melepaskan Seenu tu. Patutnya Seenu boleh je stay dan terus bekerja disitu tanpa perlu mengabaikan keluarganya. Dia yang buat keputusan tu, dia jugaklah yang kemurungan lepas tu. Bagi aku ending movie Thozha ni agak happy ending juga tapi stil tergantung sebab tak tahu kesudahannya. Apa pun memang syok layan movie Thozha ni, aku suka dengan lakonan Karthi sebagai Seenu tu, wataknya yang happy go lucky dan slumber tu memang menjadi dan sesuai dengannya. Filem Thozha ini mengisahkan tentang Vikram yang merupakan orang kaya dan usahawan berjaya yang terkenal. Hidupnya mula berubah bila dia mengalami kemalangan selepas melakukan aktiviti Paragliding di Paris yang membuatkan dia lumpuh seluruh badan dan perlu berkerusi roda.
Thozha, Movie Review, Tamil Movie, Tamil Movie Review, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Poster Filem Thozha, Pelakon - Pelakon Filem Tamil Thozha, Karthi, Tamannaah,
5 tahun kemudian hidup Vikram masih sama dan hanya bertemankan para pekerjanya saja. Tak lama kemudian Vikram dan setiausahanya Keerthi mengadakan interview untuk mencari penjaga baru pada Vikram. Ramai calon yang datang interview namun sorang pun tidak disukai Vikram sehinggalah Seenu datang untuk interview. Seenu merupakan seorang bekas banduan yang mendapat parol dan sedang mencari kerja. Seenu tertarik untuk bekerja dengan Vikram kerana Keerthi, Seenu dah jatuh cinta pandang pertama pada Keerthi dan berusaha ingin mengorat Keerthi. Vikram berasa Seenu seorang yang jujur dan tidak berpura - pura, lalu mengambilnya bekerja. Seenu juga pada awalnya tidak begitu mempedulikan Vikram kerana dia hanya inginkan Keerthi namun Keerthi tidak suka padanya. Seenu awalnya berasa sukar untuk menguruskan Vikram yang lumpuh seluruh badan itu. Namun lama - kelamaan Seenu mula belajar untuk menguruskan Vikram dan keperluan Vikram dengan baik. Malah hubungannya dengan Vikram kini seperti adik - beradik. Seenu makin terharu bila Vikram menolongnya menyelesaikan masalah keluarganya. Seenu juga berusaha untuk menggembirakan Vikram, sikap ceria dan gila - gila Seenu membuatkan Vikram terhibur dan semakin happy.

Seenu juga cuba mencarikan jodoh buat Vikram, namun Vikram membuat keputusan untuk melepaskan Seenu supaya Seenu boleh berbakti pada keluarganya dulu. Seenu menerima dengan hati terbuka atas keputusan Vikram. Seenu mula mencari pekerjaan baru dan bekerja keras untuk menyara ibu dan keluarganya. Tak lama kemudian Vikram mula kemurungan dan sakit, apa yang berlaku seterusnya?. Okey tu serba sedikit sinopsis filem Thozha ni. Jadi keseluruhannya aku bagi 9/10 bintang untuk Tamil Movie Thozha ni. 

Read More »

4 Nov 2020

Drama Hati Yang Tersakiti Episod 1 Hingga Episod 15 (Akhir)

Drama Hati Yang Tersakiti, Drama TV3, Sinopsis Drama Hati Yang Tersakiti, Poster Drama Hati Yang Tersakiti, Pelakon - Pelakon Drama Hati Yang Tersakiti, Remy Ishak, Nad Zainal, Mimi Lana,
Drama Hati Yang Tersakiti Episod 1 Hingga Episod 15 (Akhir) Lakonan Remy Ishak, Nad Zainal dan Mimi Lana

Drama Hati Yang Tersakiti Lakonan Remy Ishak, Nad Zainal dan Mimi Lana tengah hangat bersiaran di slot Samarinda TV3. Drama yang berkisarkan tentang kecurangan sememangnya seronok untuk ditonton sambil - sambil tu ambil pengajaran juga dari drama ini. Drama Hati Yang Tersakiti ini mempunyai 15 episod sahaja yang mengisahkan tentang Haris lakonan Remy Ishak dan Mona lakonan Nad Zainal yang sentiasa bahagia walaupun mereka belum dikurniakan anak. Konflik mula berlaku bila Mona bertemu semula dengan kawan lamanya bernama Farah Azira yang merupakan seorang model. Farah baru saja bercerai dan tiada tempat tinggal. Mona yang kasihankan Farah mempelawanya untuk tinggal bersamanya. Pergaduhan kecil diantara Mona dan Haris digunakan Farah sebaik mungkin untuk rapat dan menggoda Haris. Haris tergoda dan seterusnya curang, hidup Mona berubah, bahagia yang dirasanya dulu mula menjadi derita bila Farah merampas suaminya. Apa yang berlaku seterusnya? Okey tu serba sedikit sinopsis drama Hati Yang Tersakiti ini ye..
Drama Hati Yang Tersakiti, Drama TV3, Sinopsis Drama Hati Yang Tersakiti, Poster Drama Hati Yang Tersakiti, Pelakon - Pelakon Drama Hati Yang Tersakiti, Remy Ishak, Nad Zainal, Mimi Lana,
Pada yang terlepas menonton drama ini di TV3, korang boleh tengok drama ini di aplikasi Tonton mahupun di aplikasi Viu
Drama Hati Yang Tersakiti Episod 1 hingga Episod 15 (Episod Akhir) boleh ditonton pada aplikasi viu di link ini : 
https://www.viu.com/ott/my/en/all/video-malay-drama-tv_shows-hati_yang_tersakiti_episode_1-1165797160?containerId=playlist-26269956

Read More »

3 Nov 2020

Episod Akhir Drama Ryan Aralyn (Akasia TV3)

Episod Akhir Drama Ryan Aralyn, Drama Ryan Aralyn, Poster Drama Ryan Aralyn, Sinopsis Drama Ryan Aralyn, Drama Slot Akasia TV3 2020, Drama Baru Zul Ariffin, Drama Baru Raysha Rizrose, Drama Baru Shah Iskandar,

Diam tak diam dah episod akhir drama Ryan Aralyn ni lakonan Zul Ariffin, Raysha Rizrose, Shah Iskandar, Raja Azura, Arash Mohd, Aishah Atan, Fify Azmi, Kodi Rasheed, Sharifah Husna dan ramai lagi. Lepas 2 watak jahat dalam drama ni mati dan kena tangkap iaitu Hanis dan Alif, kini cuma tinggal Zarul lakonan Shah Iskandar sajalah yang tak habis - habis obses dengan Ara lakonan Raysha Rizrose. Episod akhir drama Ryan Aralyn ni pastilah memfokuskan tentang masalah Ara dan suaminya Ryan lakonan Zul Ariffin. Sama ada diorang akhirnya bercerai atau pun berbaik balik dan happy ending. Rasanya ramai yang geram dengan Ara yang ego dan keras hati yang masih memilih ingin bercerai walaupun dalam hatinya, dia masih sayang pada suaminya Ryan. 

Dengan bekas tunangnya Zarul boleh pula dia senang maafkan, siap boleh borak bagai, dengan suami sendiri lain pulak jadinya. Manakala Ryan pula serahkan bulat - bulat pada Ara untuk buat keputusan dan dia terima saja keputusan Ara. Nampak kat sini mak bapa Ara dan kak Ruby yang banyak jadi orang tengah untuk menasihati kedua - duanya supaya berbaik semula. Ryan pun patut try yakinkan Ara lagi yang dia sangat cintakan Ara, ni macam mengelak nak jumpa. Kat sini dua - dua ada salah tapi aku rasa salah Ara lagi besarlah hahaha, geram pun ya juga dengan si Ara ni. So dalam episod akhir nanti maybe happy endinglah kot hahaha, jarang drama slot Akasia sad ending, betul tak? hehehe. Selepas ini drama Cinta Sekali Lagi lakonan Saharul Ridzwan, Nelydia Senrose, Hannah Delisha dan Raja Afiq akan menggantikan drama Ryan Aralyn ini.

Update- Drama ni happy ending okey, Ara dan Ryan last sekali dah berbaik semula, tu pun puas Ryan pujuk Ara giler2 haha 

Jom Baca Ini jugak ðŸ‘‰ðŸ‘‰ Review Drama Korea Hotel Del Luna (TV3)
Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017