-->

16 Nov 2018

Sinopsis Drama Split TV Series (Astro Citra)

Split TV Series, Drama Melayu, Drama Adaptasi Novel, Drama Split TV Series, 2018, Astro Citra, Sinopsis Split TV Series, Novel Split, Karya Novelis Nurul Ain Syuhada, Novel Online Split, Pelakon Drama Split TV Series, Shukri Yahya, Sara Ali, Juliana Evans, Fadzil Zahari, Shah Iskandar, Dato Rahim Razali, Elly Arifin, Farisya Irwayu, Split Personality,
Sinopsis Drama Split TV Series (Astro Citra)

Drama Split TV Series adalah drama terbaru di Astro Citra yang disiarkan setiap Selasa hingga Khamis, jam 11 malam bagi menggantikan drama Mandatori yang telah tamat episodnya. Antara pelakon drama Split TV Series ini adalah Shukri Yahya, Sara Ali, Juliana Evans, Fadzil Zahari, Shah Iskandar, Dato Rahim Razali, Elly Arifin, Farisya Irwayu dan ramai lagi. Drama Split TV Series ini adalah adaptasi daripada Novel Split karya novelis Nurul Ain Syuhada. Selain itu drama 20 episod ini sudah mula bersiaran sejak 1 November 2018 yang lalu serta diarahkan oleh Jamal Khan dan diterbitkan oleh MIG Production Sdn Bhd. Shukri Yahaya akan memegang 7 watak yang mempunyai split personality iaitu Mikael, Hafez, Adam, Pakcik Sufian, Dhia, Kid dan Jeff.

Dah macam drama Korea Kill Me Heal Me gitu sebab dalam drama tu pun Ji Sung bawa 7 watak gitu hehe, tapi jalan cerita bezalah kan. Suka tengok watak Pakcik Sufian dan Dhia sebab lawak sikit hehe. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye.


Mengisahkan Maryam (Sara Ali) yang jatuh cinta dengan Mikael tanpa menyedari Mikael (Shukri Yahaya) sebenarnya mempunyai personaliti berganda. Maryam, gadis yang umurnya kian lanjut usia dan belum terbuka pintu hatinya buat sang arjuna setelah pernah dikecewakan oleh kekasihnya yang bernama Aryan (Shah Iskandar). Sehinggalah dirinya mula didatangi seseorang yang baik bicaranya, murah dengan senyumannya. Tanpa diduga, mereka berdua menetap di bawah satu kondo yang sama.
Hari demi hari pun berganti sehinggalah karakter yang berbeza dalam tubuh yang sama buat pertama kali muncul di hadapan Maryam. Jejaka penuh misteri itu kadang-kadang boleh berubah menjadi seorang pemarah, kasar, jahat dan semua sikap mazmumahlah senang cakap!

Persoalan mula bermain di minda Maryam. Siapa Mikael? Dan siapa pula Hafez? Belum lagi reda hal Mikael dan Hafez, muncul pula karakter kanak-kanak bernama Adam yang mencari ibunya! Bertambah kalut Maryam jadinya! Siapa pula Adam?. Maryam bertambah serabut bila Aryan tiba - tiba muncul dan menagih cintanya semula. Ini ditambah lagi bila ibu bapanya juga turut memaksanya untuk berkahwin saja dengan Aryan itu. Namun Aryan menyimpan satu rahsia dari Maryam dimana dia sudah pun berkahwin dan isterinya sekarang sedang sarat mengandung. Hafez dan Mikael mengetahui rahsia Aryan itu tapi Mikael menghalang Hafez dari memberitahu Maryam kerana tak mahu melihat Maryam sedih. Personaliti lain dari diri Mikael turut mula keluar seperti Pakcik Sufian yang sibuk mencari isterinya dan juga Dhia. Apa yang berlaku seterusnya? Mampukah Maryam menerima diri Mikael seadanya.

Lagu Tema / OST Split TV Series
➔ Angin Kencang nyanyian Noh Salleh
➔ Sakit nyanyian IamNeeta

Baca Ini juga ➔ Baca Online Novel Split Bab 1 Hingga Bab 30
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,

2 ulasan:

  1. Ada novel online ke... boleh la baca nanti

    BalasPadam
  2. tak sempat. kalau ada novel, shu baca novel nanti. hehe

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017