-->

19 Nov 2018

Noryn Aziz Juara Gegar Vaganza 2018

Gegar Vaganza, 2018, Musim Kelima, GV5, Gegar Vaganza Musim Ke - 5, Gegar Vaganza 2018, Konsert Akhir Gegar Vaganza 2018, Final GV5, Keputusan Pemenang Gegar Vaganza 2018, Finalis Gegar Vaganza 2018, Billy Zulkarnain, Zamani, Noryn Aziz, Maya, Amelina, Dia Fadila, Noryn Aziz Juara Gegar Vaganza Musim Ke - 5, Battle Round, Berduet,

Penyanyi Noryn Aziz membuat kejutan apabila diumumkan sebagai juara pertandingan Gegar Vaganza musim kelima (GV5) yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini malam Ahad. Noryn yang menyanyikan lagu Laskar Cinta nyanyian asal Dewa 19 duet bersama artis jemputan Awi Rafael dan Where Is The Love (Black Eyes Peas) gandingan bersama Dia Fadila telah menewaskan lima peserta lain yang terdiri daripada Amelina, Zamani, Maya Ruslee, Dia Fadilla dan Billy Zulkarnain. Kemenangan itu melayakkan Noryn menerima hadiah kemenangan berupa wang tunai RM100,000, penginapan di Royal Chulan Hotel & Resort berserta sebuah trofi. Sementara itu, Dia Fadila memenangi tempat kedua menerima hadiah wang tunai berjumlah RM50,000, penginapan di Royal Chulan Hotel & Resort berserta sebuah trofi.


Penyanyi Zamani pula berada di tangga ketiga dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM30,000, penginapan di Royal Chulan Hotel & Resort berserta sebuah trofi. Tempat keempat pula menjadi milik Amelina dengan hadiah wang tunai RM20,000 berserta trofi manakala tempat kelima dan keenam pula menjadi milik Maya Ruslee dan Billy Zulkarnain. Mereka masing-masing membawa pulang wang tunai RM15,000 dan RM10,000 berserta trofi. Bintang Cuckoo paling gempak menjadi milik Zamani. Dalam pentas final, peserta perlu menyelesaikan dua tugasan iaitu nyanyian duet bersama artis jemputan dan pusingan battle. Kesemua persembahan dinilai oleh juri tetap Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim, manakala juri jemputan Datuk DJ Dave dan Joe Flizzow. - Sumber Mstar
Gegar Vaganza, 2018, Musim Kelima, GV5, Gegar Vaganza Musim Ke - 5, Gegar Vaganza 2018, Konsert Akhir Gegar Vaganza 2018, Final GV5, Keputusan Pemenang Gegar Vaganza 2018, Finalis Gegar Vaganza 2018, Billy Zulkarnain, Zamani, Noryn Aziz, Maya, Amelina, Dia Fadila, Noryn Aziz Juara Gegar Vaganza Musim Ke - 5, Battle Round, Berduet,
Ramai yang dah boleh jangka yang Noryn Aziz boleh menang, cuma aku tak berapa suka bila finalis berduet di Konsert Akhir Gegar Vaganza ni, sebab artis jemputan tu dah nampak macam backup vokal saja berbanding berduet hehe. Pusingan battle memang aku nantikan dan battle antara Noryn Aziz dan Dia Fadila memang best, begitu juga dengan battle Zamani vs Billy Zulkarnain tu. Manakala battle Amelina dan Maya tu biasa - biasa saja bagi aku. Lagi pun tumpuan lebih pada Zamani sebab ramai yang nak tengok dia rap kan haha.

Keputusan Pemenang Gegar Vaganza Musim Ke - 5 (2018)

Juara - Noryn Aziz
Naib Juara - Dia Fadila
Tempat Ketiga - Zamani
Tempat Keempat - Amelina
Tempat Kelima - Maya
Tempat Keenam - Billy Zulkarnain
Tahniah pada semua pemenang Gegar Vaganza Musim Ke - 5 ini.
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,

4 ulasan:

  1. Alhamdulillah..tahniah kepada semua..

    BalasPadam
  2. sepatutnya finalis menyanyi solo je. rasa x kick bila berduet. rakan duet mrka spt tempelan sahaja.

    BalasPadam
  3. Da agak da Noryn Aziz menang. Cuma tak sangka Dia Fadila no 2, ingat Amelina sebab juri suka sangat kak long ni hihi. Abang Zamani plak Qiya memang da agak dapat no 3. Tahniah kepada semua pemenang GV5!

    BalasPadam
  4. ya ya Noryn memang layak menang, sebab beliau tersangat awesome. heee.. shu suka noryn nyanyi.

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017