-->

28 Feb 2018

Tokyo Ghoul - Japanese Movie Review

Tokyo Ghoul, Tokyo Guru, Japanese Movie, Filem Jepun, Review Filem Jepun, 2017, Review By Miss Banu, Based On Comic, Genre, Aksi, Sains FIksyen, Pelakon Filem Tokyo Ghoul, Tokyo Ghoul Cast, Masataka Kubota, Fumika Shimizu, Nobuyuki Suzuki, Yo Oizumi, Yu Aoi, Hiyori Sakurada, Kai Ogasawara, Kunio Murai, Shoko Aida, Shunya Shiraishi, Tokyo Ghoul Poster, Suspen, Monster, My Feeling, My Opinion,
Review Filem Jepun - Tokyo Ghoul

Kali ini aku nak buat Review Filem Jepun pula yang bertajuk Tokyo Ghoul / Tokyo Guru yang release pada 29 Julai 2017 yang lalu. Filem Tokyo Ghoul ini merupakan adaptasi daripada komik popular dan bergenrekan aksi, fantasy, sains fiksyen serta diarahkan oleh Kentaro Hagiwara. Antara Pelakon Filem Tokyo Ghoul ini adalah Masataka Kubota, Fumika Shimizu, Nobuyuki Suzuki, Yo Oizumi, Yu Aoi, Hiyori Sakurada, Kai Ogasawara, Kunio Murai, Shoko Aida, Shunya Shiraishi dan ramai lagi. Kemungkinan besar filem ini akan ada sambungannya sebab komiknya pun ada banyak siri kan hehe. Aku pernah menonton lakonan hero filem ini iaitu Masataka Kubota dalam filem Jepun yang lain iaitu filem Prophecy (2015), tapi dia hanya pelakon pembantu dalam filem tersebut. Berdasarkan komen yang aku baca, ramai yang berpuas hati dengan movie Tokyo Ghoul ini sebab jalan ceritanya mengikul cerita asal seperti dalam komik, tidak ada banyak perubahan, malah CGI dalam movie ini pun nampak menarik gitu. Apa pun agak kesian dengan watak Ken Kaneki yang dilakonkan oleh Masataka Kubota ini sebab Ken awalnya merupakan seorang budak baik yang pendiam dan tidak ramai kawan tapi hidupnya berubah dengan mendadaknya apabila dia menjadi separuh Ghoul dan separuh manusia.
Tokyo Ghoul, Tokyo Guru, Japanese Movie, Filem Jepun, Review Filem Jepun, 2017, Review By Miss Banu, Based On Comic, Genre, Aksi, Sains FIksyen, Pelakon Filem Tokyo Ghoul, Tokyo Ghoul Cast, Masataka Kubota, Fumika Shimizu, Nobuyuki Suzuki, Yo Oizumi, Yu Aoi, Hiyori Sakurada, Kai Ogasawara, Kunio Murai, Shoko Aida, Shunya Shiraishi, Tokyo Ghoul Poster, Suspen, Monster, My Feeling, My Opinion,
Ghoul adalah sejenis raksasa yang rupa bentuknya seperti manusia biasa tapi ada kuasa luar biasa, malah mereka juga mempunyai sayap dan ekor yang akan kelihatan jika mereka berlawan, memburu dan membunuh. Makanan Ghoul ini adalah daging manusia semata - mata, jadi mereka memang memakan manusia tapi mereka tidak dapat menikmati makanan lain seperti yang dimakan oleh manusia biasa. Namun mereka boleh minum kopi sahaja hehehe. Scene ketika Ghoul bertukar rupa dan keluar segala sayap dan ekor tu agak mengerikan juga, geli pun ada juga sebab diorang makan daging manusia kan, plus mata diorang juga akan bertukar jadi merah gitu. Namun masih terdapat Ghoul yang baik dan juga Ghoul yang jahat, Ghoul yang baik tidak akan membunuh manusia tapi mereka hanya akan makan manusia yang sudah mati saja, terutamanya manusia yang mati sebab bunuh diri. Lebih menarik apabila semua Ghoul ini akan berhimpun dan melepak di sebuah Cafe milik Kuzen Yoshimura ini. Perwatakkan dan personaliti Ghoul ini seperti manusia juga, cuma yang berbeza adalah mereka mereka mempunyai kuasa luar biasa dan makan daging manusia.
Tokyo Ghoul, Tokyo Guru, Japanese Movie, Filem Jepun, Review Filem Jepun, 2017, Review By Miss Banu, Based On Comic, Genre, Aksi, Sains FIksyen, Pelakon Filem Tokyo Ghoul, Tokyo Ghoul Cast, Masataka Kubota, Fumika Shimizu, Nobuyuki Suzuki, Yo Oizumi, Yu Aoi, Hiyori Sakurada, Kai Ogasawara, Kunio Murai, Shoko Aida, Shunya Shiraishi, Tokyo Ghoul Poster, Suspen, Monster, My Feeling, My Opinion,
Disebabkan ada ramai Ghoul jahat yang memburu manusia membuatkan ada satu skuad polis khas yang dibentuk untuk memburu semua Ghoul yang berada di Jepun itu. Skuad tersebut memang mahir untuk memburu dan membunuh Ghoul. Tapi yang kelakarnya skuad untuk memburu Ghoul ini tak ramai mana, tak silap aku hanya 3 orang saja, tu pun hanya 2 orang saja yang paling mahir hehe. Hanya mereka bertiga saja yang akan keluar memburu Ghoul, manakala polis lain berada di dalam pejabat utama. Memang banyak scene lawan - lawan antara Ghoul dengan Polis pemburu Ghoul ini, tapi aku agak pelik jugalah kenapa pihak polis tak bersatu dan tangkap Ghoul tu ramai - ramai. Sama juga dengan Ghoul tu sendiri asyik berlawan seorang diri, kenapa tak bawa geng yang lain kan? hahaha. Selain itu, agak kagum juga dengan watak Ken Kaneki ini yang berusaha untuk kekal jadi baik walaupun dia kini adalah separuh Ghoul. Malah dia juga cuba untuk tidak membunuh mana - mana manusia lain termasuklah polis yang memburunya. Scene - scene suspen dalam filem ini memang gempak, begitu juga dengan lagu latarnya yang sangat sesuai dengan filem ini. Apa pun jom tengok sinopsis filem ini di bawah ye..
Tokyo Ghoul, Tokyo Guru, Japanese Movie, Filem Jepun, Review Filem Jepun, 2017, Review By Miss Banu, Based On Comic, Genre, Aksi, Sains FIksyen, Pelakon Filem Tokyo Ghoul, Tokyo Ghoul Cast, Masataka Kubota, Fumika Shimizu, Nobuyuki Suzuki, Yo Oizumi, Yu Aoi, Hiyori Sakurada, Kai Ogasawara, Kunio Murai, Shoko Aida, Shunya Shiraishi, Tokyo Ghoul Poster, Suspen, Monster, My Feeling, My Opinion,
Sinopsis Tokyo Ghoul (Japanese Movie)

Mengisahkan Ken Kaneki yang merupakan seorang pelajar universiti, dia seorang yang pendiam, nerd dan tidak mempunyai ramai kawan. Satu - satunya kawan yang dia ada adalah Hideyoshi Naga Chika. Ken Kaneki telah jatuh hati dengan Rize Kamishiro dan sering memandangnya dari jauh, kawan Ken iaitu Hideyoshi sentiasa menggalakkan Ken untuk pergi bercakap dengan Rize dan akhirnya Ken berjaya mengajak Rize Kamishiro untuk keluar dating. Ken sangat gembira dapat keluar dengan Rize dan kelihatan Rize juga turut menyukainya. Walaubagaimanapun segalanya berubah apabila Rize mula menjadi ganas dan mencederakannya, malah Rize juga cuba untuk membunuhnya serta memakannya. Ken begitu takut dan cedera parah, namun nasib Ken baik apabila Rize mati dihempap oleh objek besar. Ketika di hospital, doktor telah membuat keputusan untuk menyelamatkan Ken dengan memasukkan organ Rize dalam badan Ken Kaneki. Hal tersebut telah menjadikan Ken Kaneki menjadi separuh manusia dan separuh Goul kerana Rize adalah Ghoul.
Tokyo Ghoul, Tokyo Guru, Japanese Movie, Filem Jepun, Review Filem Jepun, 2017, Review By Miss Banu, Based On Comic, Genre, Aksi, Sains FIksyen, Pelakon Filem Tokyo Ghoul, Tokyo Ghoul Cast, Masataka Kubota, Fumika Shimizu, Nobuyuki Suzuki, Yo Oizumi, Yu Aoi, Hiyori Sakurada, Kai Ogasawara, Kunio Murai, Shoko Aida, Shunya Shiraishi, Tokyo Ghoul Poster, Suspen, Monster, My Feeling, My Opinion,
Setelah sembuh, Ken mula sedar yang ada benda yang tak kena dengannya, dia dah tak dapat nak makan seperti biasa dan menyebabkan dirinya terlalu lapar. Ken juga merasakan dirinya nak makan daging manusia. Disebabkan terlalu lapar, Ken berjalan - jalan di suatu lorong dan melihat sekumpulan Ghoul tengah memakan daging manusia, hal tersebut membuatkan Ken melarikan diri. Tak lama kemudian kawan Ken mengajaknya untuk pergi berjumpa dengan seorang senior mereka yang bernama Nishiki Nishio. Ken amat terkejut berjumpa dengan Nishiki Nishio itu kerana dia tahu Nishiki itu adalah Ghoul yang dijumpainya ketika berjalan di lorong itu. Nishiki juga tidak sangka Ken berkawan baik dengan manusia, Nishiki kemudiannya mencederakan kawan Ken dan mengajak Ken untuk berkongsi memakan Hideyoshi yang merupakan satu - satunya kawan baik Ken. Ken Kaneki mula marah melihat kawannya dicederakan oleh Nishiki dan mula berubah sepenuhnya menjadi Ghoul dan membunuh Nishiki.
Tokyo Ghoul, Tokyo Guru, Japanese Movie, Filem Jepun, Review Filem Jepun, 2017, Review By Miss Banu, Based On Comic, Genre, Aksi, Sains FIksyen, Pelakon Filem Tokyo Ghoul, Tokyo Ghoul Cast, Masataka Kubota, Fumika Shimizu, Nobuyuki Suzuki, Yo Oizumi, Yu Aoi, Hiyori Sakurada, Kai Ogasawara, Kunio Murai, Shoko Aida, Shunya Shiraishi, Tokyo Ghoul Poster, Suspen, Monster, My Feeling, My Opinion,
Ken yang berubah menjadi Ghoul mula keliru dengan dirinya dan berasa amat lapar dan hampir pula memakan kawannya sendiri. Tapi nasib Toka Kirishima dan rakannya datang tepat pada masanya dan menghalang Ken. Toka membawa kawan Ken ke hospital manakala Ken dibawa ke satu tempat untuk berjumpa dengan Kuzen Yoshimura. Di tempat itu, Ken mula diajar mengenai Ghoul dan apa yang perlu dilakukan oleh Ghoul untuk terus hidup. Ken terpaksa membiasakan diri dengan kehidupan barunya itu dan turut berdepan dengan ancaman polis pemburu Ghoul itu. Apa yang bakal berlaku seterusnya? Ending Movie Tokyo Ghoul ini agak tergantung sebab maybe akan ada sambungannya nanti. Bagi aku movie ini memang boleh layannn dan aku bagi 7 Bintang dari 10 Bintang untuk Tokyo Ghoul ini. 
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story, 2018,
Read More »

27 Feb 2018

15 Kelebihan Memelihara Kucing Di Rumah


15 Kelebihan Memelihara Kucing Di Rumah, Cats, My Cats, Kucing Kesayangan,
15 Kelebihan Memelihara Kucing Di Rumah

Siapa suka kucing dan memelihara Kucing di rumah?? yeay kita geng hehehe, seronok melayan kerenah kucing ni, macam - macam perangai ada. Tapi bila diorang sakit, kitalah yang paling risau dan susah hati kan. Semoga kucing kita semua berada dalam keadaan sihat sentiasa dan ceria selalu, amin..
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story, 2018,
Read More »

26 Feb 2018

Review Drama Korea - Witch's Court

Witch's Court, Witch At Court, Korean Drama, Drama Korea, Review By Miss Banu, Korean Drama Review, Review Drama Korea, 2017, Mahkamah, Peguam, Pendakwaraya, Kes Jenayah, Witch's Court Cast, Pelakon Drama Korea Witch's Court, Jung Ryeo Won, Yoon Hyun Min, Jun Kwang Ryul, Kim Yeo Jin, Heo Sung Tae, Kim Min Seo, Lee Il Hwa, Kim Kwon, Channel KBS, Poster Witch At Court,
Witch's Court - Korean Drama Review

Seperti biasa, hari ini aku nak buat Review Drama Korea Witch's Court / Witch At Court, drama 16 episod ini mula disiarkan pada 9 Oktober 2017 dan tamat pada 28 November 2017 yang lalu. Antara Pelakon Drama Korea Witch's Court ini adalah Jung Ryeo Won, Yoon Hyun Min, Jun Kwang Ryul, Kim Yeo Jin, Heo Sung Tae, Kim Min Seo, Lee Il Hwa, Kim Kwon dan ramai lagi. Korean Drama Witch At Court ini disiarkan bagi menggantikan drama Girls Generation 1979 dan kemudian akan digantikan pula dengan drama Jugglers. Pengarah Drama ini pernah mengarah drama popular seperti Mary Stayed Out All Night lakonan Jang Geun Suk dan Moon Geun Young manakala penulis skrip drama ini adalah penulis yang sama yang menulis skrip untuk drama - drama seperti Babyfaced Beauty, The Time We Were Not In Love dan lain - lain lagi. Sejujurnya aku bukanlah peminat hero dan heroin drama Witch's Court ini, aku ingat lagi betapa aku tak suka Jung Ryeo Won ini ketika dia berlakon dalam drama Bubblegum itu, sampai aku berhenti menonton drama tersebut, walaupun dalam drama tersebut ada my favorite hero iaitu Lee Dong Wook hehehe. Begitu juga dengan Yoon Hyun Min ini, sebab aku sangat tak suka dengan wataknya dalam drama My Daughter Geum Sa Wol. Namun start dari drama Tunnel aku dah mula suka dengan lakonan Yoon Hyun Min ini.
Witch's Court, Witch At Court, Korean Drama, Drama Korea, Review By Miss Banu, Korean Drama Review, Review Drama Korea, 2017, Mahkamah, Peguam, Pendakwaraya, Kes Jenayah, Witch's Court Cast, Pelakon Drama Korea Witch's Court, Jung Ryeo Won, Yoon Hyun Min, Jun Kwang Ryul, Kim Yeo Jin, Heo Sung Tae, Kim Min Seo, Lee Il Hwa, Kim Kwon, Channel KBS, Poster Witch At Court,
Paling mengejutkan bila aku mula menonton drama ini, aku jadi suka pula dengan Jung Ryeon Won dan Yoon Hyun Min dalam drama ini. Lakonan diorang memang best dan watak mereka memang sangat perfect dan sesuai betul dengan diorang. Bagi yang pernah dan suka menonton english drama Law & Order : Special Victims Unit, korang pasti akan turut suka dengan drama ini sebab kes - kes yang mereka siasat juga adalah berkaitan Sex Crimes seperti gangguan seksual, jenayah rogol, pembunuhan dan sebagainya. Selain itu drama ini penuh suspen plus ada banyak scene - scene perbicaraan kes di mahkamah yang menarik. Ini ditambah lagi dengan karakter watak Ma Yi Deum lakonan Jung Ryeo Won yang bijaksana, licik, kelakar, confident dan sanggup lakukan apa saja untuk menang di mahkamah itu juga sangat menarik untuk di tonton. Malah watak hero dan heroin drama ini sangat seimbang dan saling melengkapi gitu, contohnya Ma Yi Deum ini sangat overconfident, terlebih berani, kasar, sedikit sombong dan garang berbeza dengan watak heronya iaitu Yeo Jin Wook lakonan Yoon Hyun Min yang lebih tenang, mudah berbincang, rasional, gentleman dan jujur, jadi bila diorang berdua bergabung, memang meletoplah kan hahaha, sebab walaupun mereka berbeza personaliti dan pandangan tapi mereka tetap kelihatan serasi dan sepadan gitu.

Witch's Court, Witch At Court, Korean Drama, Drama Korea, Review By Miss Banu, Korean Drama Review, Review Drama Korea, 2017, Mahkamah, Peguam, Pendakwaraya, Kes Jenayah, Witch's Court Cast, Pelakon Drama Korea Witch's Court, Jung Ryeo Won, Yoon Hyun Min, Jun Kwang Ryul, Kim Yeo Jin, Heo Sung Tae, Kim Min Seo, Lee Il Hwa, Kim Kwon, Channel KBS, Poster Witch At Court,
Walaupun drama ini agak berat dengan pelbagai kes - kes jenayah yang serius, tapi masih ada scene - scene kelakar dalam drama ini. Kisah percintaan pun turut diselitkan dalam drama ini, yang menyaksikan Ma Yi Deum dan Yeo Jin Wook yang saling menyukai antara satu sama lain, tapi masing - masing jual mahal tau hahaha. Walaubagaimanapun kisah percintaan mereka tidak begitu menonjol sebab drama ini lebih memfokuskan tentang kes - kes jenayah yang perlu diorang selesaikan. Antara scene yang aku suka ketika Ma Yi Deum di awalnya kelihatan sangat overconfident untuk menang setiap kes yang dia kendalikan, malah dia juga langsung tidak mempedulikan perasaan mangsa dan sanggup memalukan mangsa jika perlu, asalkan di akhirnya dia menang kes yang dia kendalikan itu. Sehinggalah pada suatu hari ada penjenayah yang berdendam dengan Ma Yi Deum ini dan akhirnya pecah masuk rumah Ma Yi Deum ini dan memasang video kamera yang tersembunyi dan merakamkan segala perlakuan Ma Yi Deum termasuklah ketika dia sedang mandi. Hal tersebut memberi impak yang besar pada Ma Yi Deum kerana dia kini adalah mangsa dan akhirnya memahami perasaan mangsa yang dia malukan sebelum ini. 
Witch's Court, Witch At Court, Korean Drama, Drama Korea, Review By Miss Banu, Korean Drama Review, Review Drama Korea, 2017, Mahkamah, Peguam, Pendakwaraya, Kes Jenayah, Witch's Court Cast, Pelakon Drama Korea Witch's Court, Jung Ryeo Won, Yoon Hyun Min, Jun Kwang Ryul, Kim Yeo Jin, Heo Sung Tae, Kim Min Seo, Lee Il Hwa, Kim Kwon, Channel KBS, Poster Witch At Court,
Hal tersebut memberi pengajaran yang besar buat dirinya. Walaubagaimanapun ada lagi kes - kes lain yang lebih bahaya yang perlu Ma Yi Deum selesaikan antaranya adalah kes yang berkaitan ibunya sendiri. Malah Ma Yi Deum juga terpaksa berdepan dengan musuhnya yang merupakan seorang ahli politik yang terkenal, kejam dan sangat berkuasa iaitu Cho Gap Soo. Konflik dalam drama ini bermula apabila Ma Yi Deum mula sedar siapakah Cho Gap Soo yang sebenarnya dan bermulalah permusuhan antara mereka. Lagu Tema / OST Witch At Court ini juga agak best manakala ending drama ini adalah happy ending gitu. Bagi aku drama ini memang sangat best dan harus tonton bagi penggemar Drama Korea yang lain. Aku sertakan sekali sinopsis drama ini di bawah ye. Aku bagi markah penuh untuk drama ini iaitu 10 / 10 Bintang hehehe.
Witch's Court, Witch At Court, Korean Drama, Drama Korea, Review By Miss Banu, Korean Drama Review, Review Drama Korea, 2017, Mahkamah, Peguam, Pendakwaraya, Kes Jenayah, Witch's Court Cast, Pelakon Drama Korea Witch's Court, Jung Ryeo Won, Yoon Hyun Min, Jun Kwang Ryul, Kim Yeo Jin, Heo Sung Tae, Kim Min Seo, Lee Il Hwa, Kim Kwon, Channel KBS, Poster Witch At Court,
Sinopsis Drama Korea Witch's Court

Mengisahkan Ma Yi Deum yang sudah bekerja sebagai pendakwaraya selama 7 tahun, Ma Yi Deum sanggup melakukan apa saja asalkan dia menang di mahkamah, malah dia juga gemar menyelesaikan kes - kes yang berprofil tinggi yang mendapat perhatian media. Namun disebabkan satu hal, Ma Yi Deum telah dipindahkan ke satu unit khas yang diketuai oleh Min Ji Sook yang hanya menguruskan kes - kes yang berkaitan sex crimes saja. Ma Yi Deum berat hati dan tidak suka dipindahkan ke unit tersebut. Ini ditambah lagi apabila dia perlu bekerjasama dengan pendakwaraya baru yang bernama Yeo Jin Wook, yang dalam masa yang sama adalah jirannya dan juga owner pada rumah sewa yang dia duduki sekarang. Ma Yi Deum sering memandang rendah pada kemampuan Yeo Jin Wook dan masih dengan perangai lamanya yang sanggup melakukan apa saja untuk menang. Setelah dia dan Yeo Jin Wook berjaya menyelesaikan beberapa kes, Ma Yi Deum mula selesa di unit tersebut. Siapa sangka di sebalik keceriaan dan ketegasan Ma Yi Deum, dia sangat merindui ibunya yang telah lama hilang sejak dia masih kecil dan membuatkan Ma Yi Deum tidak pernah berputus asa untuk mencari ibunya itu.
Witch's Court, Witch At Court, Korean Drama, Drama Korea, Review By Miss Banu, Korean Drama Review, Review Drama Korea, 2017, Mahkamah, Peguam, Pendakwaraya, Kes Jenayah, Witch's Court Cast, Pelakon Drama Korea Witch's Court, Jung Ryeo Won, Yoon Hyun Min, Jun Kwang Ryul, Kim Yeo Jin, Heo Sung Tae, Kim Min Seo, Lee Il Hwa, Kim Kwon, Channel KBS, Poster Witch At Court,
Lama - kelamaan Ma Yi Deum dapat tahu yang ibunya adalah saksi penting pada satu kes, namun ibunya tiba - tiba menghilangkan diri dan dipercayai telah diculik oleh suspek dalam kes tersebut dan kes tersebut dikendalikan oleh ketuanya iaitu Min Ji Sook. Malah Min Ji Sook juga agak terkejut bila mengetahui yang Ma Yi Deum adalah anak pada Kwak Young Sil yang merupakan saksi penting dalam kes yang dia kendalikan itu. Kemudian Min Ji Sook mula berkongsi kisah sebenar mengenai ibu Ma Yi Deum itu dan membuatkan Ma Yi Deum berazam untuk membalas dendam. Apa yang bakal berlaku seterusnya?.
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story, 2018,
Read More »

25 Feb 2018

4 Thing You Can't Get Back

4 Thing You Can't Get Back, Kata - Kata Hikmat, Best Quote,

4 Thing You Can't Get Back

The Stone After It's Thrown
The Word After It's Said
The Occasion After It's Missed
The Time After It's Gone

Selamat Berhujung Minggu buat semua..
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story, 2018,
Read More »

24 Feb 2018

Sinopsis Drama Papa Nak Menantu (TV3)

Drama Papa Nak Menantu, Novel Papa Nak Menantu, Drama Adaptasi Novel, Novelis Hasrudi Jawawi, Romantik Komedi, Slot Dahlia, TV3, Cinta, Jodoh, Papa Nak Menantu Cast, Senarai, Pelakon Drama Papa Nak Menantu, aja Iliyes, Hafidz Roshdi, Aman Graseka, Aedy Ashraf, Afiq Anuar, Rais Hazlin, Haliza Misbun, Hanis Nabila, Rais Hazlin, Cik Manggis, Sheila Mambo, Che Puteh, Fendi Sman, Iqa Roslan, Asyraf Dasley, Lawak, Komedi, Poster Drama Papa Nak Menantu, 2018,
Sinopsis Drama Papa Nak Menantu Slot Dahlia TV3

Drama Papa Nak Menantu sudah mula disiarkan di Slot Dahlia, TV3 sejak 4 Februari lalu setiap Jumaat hingga Ahad, jam 6.58 petang. Drama ini juga merupakan adaptasi daripada Novel Papa Nak Menantu karya novelis Hasrudi Jawawi dan mempunyai 20 episod. Antara Pelakon Drama Papa Nak Menantu ini adalah Jaja Iliyes, Hafidz Roshdi, Aman Graseka, Aedy Ashraf, Afiq Anuar, Rais Hazlin, Haliza Misbun, Hanis Nabila, Rais Hazlin, Cik Manggis, Sheila Mambo, Che Puteh, Fendi Sman, Iqa Roslan, Asyraf Dasley dan ramai lagi serta bergenre romantik komedi. Manakala pengarah drama ini adalah Murali Abdullah dan Chad Abd Rahman serta diterbitkan oleh Zeel Production Sdn Bhd. Rasanya ini kali kedua aku tengok Jaja Iliyes dan Aman Graseka memegang watak anak dan bapa selepas Drama 7 Hari Mencintaiku. Lawak jugak drama ni, apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah okey.
Drama Papa Nak Menantu, Novel Papa Nak Menantu, Drama Adaptasi Novel, Novelis Hasrudi Jawawi, Romantik Komedi, Slot Dahlia, TV3, Cinta, Jodoh, Papa Nak Menantu Cast, Senarai, Pelakon Drama Papa Nak Menantu, aja Iliyes, Hafidz Roshdi, Aman Graseka, Aedy Ashraf, Afiq Anuar, Rais Hazlin, Haliza Misbun, Hanis Nabila, Rais Hazlin, Cik Manggis, Sheila Mambo, Che Puteh, Fendi Sman, Iqa Roslan, Asyraf Dasley, Lawak, Komedi, Poster Drama Papa Nak Menantu, 2018,
Sinopsis Drama Papa Nak Menantu Slot Dahlia TV3

Mengisahkan Pak Saad (lakonan Aman Graseka) yang mahukan anak tunggalnya, Syahirah (lakonan Jaja Iliyes) mencarikannya menantu sebelum dia sebelum dia berusia 50 tahun dek kerana sikap anaknya itu seorang yang kasar, pemalas, keras kepala dan sukar untuk dikawal. Dalam masa yng sama, Pak Saad mengugut Syahirah jika hasratnya tidak ditunaikan maka anaknya itu akan dikahwinkan dengan Pak Mat Tempe yang sudah berusia 55 tahun itu. Teryata ugutan itu menakutkan Syahirah. Bermula saat itu, dia tertungkus lumus mencari calon suami seperti yang dipinta oleh ayahnya. Pencariannya itu turut dibantu oleh rakan baiknya Syakir dan Nabila. Namun dalam pencarian tersebut, pelbagai perkara yang berlaku sehingga dia bertemu dengan Azrin Aidil (lakonan Hafidz Roshdi) seorang jurulatih di gim yang akhirnya membuat dia benar-benar jatuh cinta.Apa yang bakal berlaku seterusnya?.

Lagu Tema / OST Papa Nak Menantu
➔ Jatuh nyanyian Sissy Iman

Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story, 2018,
Read More »

23 Feb 2018

Baca Online Novel Mr London Ms Langkawi

Novel Mr London Ms Langkawi, Baca Online Novel Mr London Ms Langkawi, Drama Mr London Ms Langkawi, Drama Adaptasi Novel, Astro Warna, Pelakon Drama Mr London Ms Langkawi, Zul Ariffin, Izara Aishah, Amar Baharin, Zahirah Macwilson, Yaya Zahir, 2018, Watak, Aidid, Liyana, Ijam, Dira,
Baca Online Novel Mr London Ms Langkawi (Drama Adaptasi Novel)

Novel Mr London Ms Langkawi karya Novelis Herna Diana telah pun diadaptasikan menjadi Drama Bersiri yang tengah disiarkan di Astro Warna bermula 14 Februari yang lalu. Ada ramai pelakon best yang berlakon dalam Drama Mr London Ms Langkawi ini, antaranya adalah Zul Ariffin yang akan memegang watak sebagai Aidid Mukhlis, Izara Aishah sebagai watak Liyana, Amar Baharin sebagai Ijam, Zahirah Macwilson sebagai Milah, Yaya Zahir sebagai Adira dan ramai lagi. Drama ini bergenre romantik komedi, patutlah disiarkan di Asro Warna kan, apa pun selalunya drama - drama lakonan Zul Ariffin mestinya best kan. Jadi sambil - sambil tengok drama ini dekat TV, jom baca juga Novelnya secara online, caranya korang hanya perlu Klik link di bawah ini ye. Selamat Membaca okey.
Novel Mr London Ms Langkawi, Baca Online Novel Mr London Ms Langkawi, Drama Mr London Ms Langkawi, Drama Adaptasi Novel, Astro Warna, Pelakon Drama Mr London Ms Langkawi, Zul Ariffin, Izara Aishah, Amar Baharin, Zahirah Macwilson, Yaya Zahir, 2018, Watak, Aidid, Liyana, Ijam, Dira,
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story, 2018, Miss SyahBaNu,
Read More »

22 Feb 2018

Bad Thief Good Thief - Korean Drama Review

Bad Thief Good Thief, Drama Korea, Korean Drama, Review Drama Korea, Korean Drama Review, Drama Korea Bad Thief Good Thief, Suspen, Review By Miss Banu, Bad Thief Good Thief Cast, Pelakon Drama Korea Bad Thief Good Thief, Ji Hyun Woo, Seohyun, Kim Ji Hoon, Lim Ju Eun, Ahn Kil Kang, Shin Eun Jung, Choi Jong Hwan, Choi Soo Rin, Seo Yi Sook, Han Jae Suk, Han Jung Soo, Lee Jung Eun, My Favorite, My Opinion, My Feeling, Bad Thief Good Thief Poster, 2017,
Review Drama Korea - Bad Thief Good Thief

Okey hari ini aku nak buat Review Drama Korea yang bertajuk Bad Thief, Good Thief yang mula disiarkan pada 13 Mei 2017 dan tamat pada 5 November 2017 yang lalu. Antara Pelakon Drama Bad Thief Good Thief ini adalah Ji Hyun Woo, Seohyun, Kim Ji Hoon, Lim Ju Eun, Ahn Kil Kang, Shin Eun Jung, Choi Jong Hwan, Choi Soo Rin, Seo Yi Sook, Han Jae Suk, Han Jung Soo, Lee Jung Eun dan ramai lagi. Drama ini disiarkan bagi menggantikan Drama Father I'll Take Care Of You dan kemudian akan digantikan dengan Drama Money Flower lakonan Jang Hyuk. Manakala penulis skrip untuk drama ini adalah orang yang sama menulis untuk drama - drama popular seperti May Queen, Golden Rainbow, Glamorous Temptation dan lain - lain lagi. Jadi disebabkan aku dah pernah menonton drama Glamorous Temptation sebelum ini, jadi aku dah dapat mengagak plot drama Bad Thief, Good Thief ini pastinya best dan complicated gitu, maklumlah drama ini mempunyai 50 episod okey hehe. Antara tarikan utama drama ini pastinya para pelakonnya kan, aku suka dengan semua barisan pelakon drama ini, malah pelakon kanak - kanak dalam drama ini juga memang terbaik lakonan diorang. Aku dengar pihak produksi drama ini terpaksa mencari pelakon kanak - kanak yang sesuai dengan watak dalam drama ini selama berbulan - bulan lamanya.
Bad Thief Good Thief, Drama Korea, Korean Drama, Review Drama Korea, Korean Drama Review, Drama Korea Bad Thief Good Thief, Suspen, Review By Miss Banu, Bad Thief Good Thief Cast, Pelakon Drama Korea Bad Thief Good Thief, Ji Hyun Woo, Seohyun, Kim Ji Hoon, Lim Ju Eun, Ahn Kil Kang, Shin Eun Jung, Choi Jong Hwan, Choi Soo Rin, Seo Yi Sook, Han Jae Suk, Han Jung Soo, Lee Jung Eun, My Favorite, My Opinion, My Feeling, Bad Thief Good Thief Poster, 2017,
Ini disebabkan pelakon kanak - kanak memainkan peranan penting dalam drama ini sebab jalan cerita drama ini bermula ketika 4 watak utama drama ini masih kanak - kanak lagi. Aku suka dengan drama ini sebab jalan ceritanya bermula dari sejak diorang kecil hinggalah ke peringkat remaja dan akhirnya dewasa, ini membolehkan penonton dapat memahami dan mengikuti perkembangan watak dengan lebih mendalam lagi. Bila drama ini mempunyai 50 episod, jadi macam - macam perkara akan berlaku pada setiap watak, banyak plot twist gitu, penuh suspen dan berjaya buatkan penonton tertunggu - tunggu setiap episod. Tak silap aku ini kali pertama Seohyun membawakan watak utama dalam drama, walaubagaimanapun aku kadang kala agak annoying pula dengan wataknya sebagai Kang So Joo itu sebab dia ini suka bertindak terburu - buru, tegas dan garang tak bertempat. Tarikan paling utama dalam drama ini adalah bromance antara Ji Hyun Woo yang melakonkan watak sebagai Jang Dol Mok dan juga Kim Ji Hoon yang melakonkan watak sebagai Han Joon Hee / Jang Min Jae. Diorang melakonkan watak adik - beradik yang terpisah tapi bertemu semula ketika dewasa, tapi mereka bukanlah adik - beradik kandung tapi hubungan diorang sangat sweet okey. Memang terserlah kasih sayang antara adik - beradik antara mereka berdua.
Bad Thief Good Thief, Drama Korea, Korean Drama, Review Drama Korea, Korean Drama Review, Drama Korea Bad Thief Good Thief, Suspen, Review By Miss Banu, Bad Thief Good Thief Cast, Pelakon Drama Korea Bad Thief Good Thief, Ji Hyun Woo, Seohyun, Kim Ji Hoon, Lim Ju Eun, Ahn Kil Kang, Shin Eun Jung, Choi Jong Hwan, Choi Soo Rin, Seo Yi Sook, Han Jae Suk, Han Jung Soo, Lee Jung Eun, My Favorite, My Opinion, My Feeling, Bad Thief Good Thief Poster, 2017,
Seriously bromance antara diorang memang terbaik, scene masa Jang Dol Mok dapat tahu yang orang di depan matanya selama ini adalah abang yang selama ini dia cari tu, memang touching dan sedih. Plus diorang sanggup berkorban demi melindungi antara satu sama lain tu pun sweet habis. Aku tidak begitu suka dengan kisah cinta dalam drama ini sebab aku lebih suka tengok hubungan kekeluargaan mereka saja. Pelakon Kim Ji Hoon berjaya membawakan wataknya sebagai seorang pendakwa raya yang sangat tegas, sentiasa serius dan always lonely sebab dia telah meninggalkan keluarganya ketika remaja dan decide untuk hidup sendirian dan ubah nasibnya sendiri kerana malu dengan ayahnya serta menyalahkan adiknya itu sebagai punca ibunya mati. Bila tengok watak Kim Ji Hoon yang sangat serius dalam drama ini mengingatkan aku pada personaliti Kim Ji Hoon itu sendiri yang memang betul - betul berbeza dengan wataknya dalam drama ini, sebab Kim Ji Hoon ini jenis gila - gila dan lawak sikit. Nampak handsome dan bijak gitu bila dia bawa watak tersebut, manakala Ji Hyun Woo memang tiada masalah nak membawakan watak yang happy go lucky dan bijaksana dalam drama ini. Lim Ju Eun pula membawakan watak sebagai Yoon Hwa Young yang sentiasa kelihatan sangat cantik dalam drama ini, tapi wataknya watak jahat okey, pandai menipu, pandai berlakon baik dan bijak memanipulasi keadaan dan juga orang untuk berpihak padanya.
Bad Thief Good Thief, Drama Korea, Korean Drama, Review Drama Korea, Korean Drama Review, Drama Korea Bad Thief Good Thief, Suspen, Review By Miss Banu, Bad Thief Good Thief Cast, Pelakon Drama Korea Bad Thief Good Thief, Ji Hyun Woo, Seohyun, Kim Ji Hoon, Lim Ju Eun, Ahn Kil Kang, Shin Eun Jung, Choi Jong Hwan, Choi Soo Rin, Seo Yi Sook, Han Jae Suk, Han Jung Soo, Lee Jung Eun, My Favorite, My Opinion, My Feeling, Bad Thief Good Thief Poster, 2017,
Antara fokus utama drama ini adalah hubungan kekeluargaan dalam sebuah keluarga ini dapat dilihat dalam keluarga besar Jang Dol Mok yang sangat akrab dan rapat. Berbeza dengan hubungan kekeluargaan keluarga Yoon Hwa Young yang berpecah - belah, masing - masing mementingkan diri, berebutkan harta, saling mengkhianati dan sebagainya. Selain itu drama ini turut memfokuskan tentang perebutan harta antara Hong Shin He dan Hong Shin Ae sehingga sanggup melakukan apa saja, tu belum masuk lagi pergaduhan dan perebutan kuasa antara Yoon Joong Tae dan juga Hong Shin He yang merupakan ayah dan mak Yoon Hwa Young. Perebutan kuasa antara mereka membuatkan Hwa Young tersepit di tengah - tengah, patutlah Hwa Young berperangai teruk, sebab mak ayahnya pun lebih kurang sama saja perangainya. Selain itu drama ini turut memfokuskan tentang perebutan peta harta karun yang tersimpan di suatu tempat sejak zaman penjajahan Jepun lagi serta pembalasan dendam dan banyak lagi. Walaupun episod drama ini agak panjang, tapi korang gerenti tak menyesal tengok drama ini sebab ada banyak plot twist, suspen dan mendebarkan gitu. Scene - scene lawak dalam drama ini pun not bad juga yang kebanyakkannya datang dari watak Hong Shin Ae yang gila - gila itu yang dilakonkan oleh Seo Yi Sook.
Bad Thief Good Thief, Drama Korea, Korean Drama, Review Drama Korea, Korean Drama Review, Drama Korea Bad Thief Good Thief, Suspen, Review By Miss Banu, Bad Thief Good Thief Cast, Pelakon Drama Korea Bad Thief Good Thief, Ji Hyun Woo, Seohyun, Kim Ji Hoon, Lim Ju Eun, Ahn Kil Kang, Shin Eun Jung, Choi Jong Hwan, Choi Soo Rin, Seo Yi Sook, Han Jae Suk, Han Jung Soo, Lee Jung Eun, My Favorite, My Opinion, My Feeling, Bad Thief Good Thief Poster, 2017,
Aku ingat lagi betapa geramnya aku dengan watak yang dibawa oleh Seo Yi Sook ini dalam drama Rebel : Thief Who Stole The People. Versatile sungguh lakonan dia, sekejap boleh jadi jahat dan kejam gila, sekejap lagi boleh jadi watak yang annoying tapi tetap kelakar menerusi drama ini. Watak yang paling buat aku stress adalah watak Jang Pan Soo lakonan Ahn Kil Kang. Disebabkan dia suka berahsia dan tak nak berterus - terang dari awal telah membuatkan semua jadi rumit, seterusnya menyebabkan salah faham, permusuhan dan sebagainya. Entry ini dah panjang, jadi nanti - nanti kalau aku rajin aku selitkan sekali link untuk korang baca Sinopsis Penuh Drama Korea Bad Thief, Good Thief ini okey. Lagu tema / OST drama ini juga sedap di dengar manakala Ending Drama Korea Bad Thief, Good Thief ini memang happy ending, jadi secara keseluruhannya memang enjoy dan best menonton drama yang penuh suspen ini, jadi aku bagi 9 Bintang dari 10 bintang (9/10) untuk drama ini.
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story, 2018,
Read More »

21 Feb 2018

Sinopsis Drama Melankolia (Slot Samarinda TV3)

Melankolia, Drama Melankolia, Slot Samarinda, TV3, Drama Melayu, Drama Bersiri, Pelakon Drama Melankolia, Nonny Nadirah, Aliff Aziz, Dato Seri Eizlan Yusof, Amir Nafis, Neera Azizi, Liza Abdullah, Datin Fadilah Mansor, Zaibo, Hefny Sahad, Shasha Raman, Fazlina Haji Ahmad Daud, Doria Rachel, Shahz Jaszle, Daaim Jailan,
Sinopsis Drama Melankolia Slot Samarinda TV3

Drama Melankolia sudah mula disiarkan di Slot Samarinda TV3 bermula 13 Februari yang lalu, setiap Isnin hingga Rabu, jam 10 malam. Antara Pelakon Drama Melankolia ini adalah Nonny Nadirah, Aliff Aziz, Dato Seri Eizlan Yusof, Amir Nafis, Neera Azizi, Liza Abdullah, Datin Fadilah Mansor, Zaibo, Hefny Sahad, Shasha Raman, Fazlina Haji Ahmad Daud, Doria Rachel, Shahz Jaszle, Daaim Jailani dan ramai lagi. Selain itu Drama Melankolia ini mempunyai 19 episod dan diarahkan oleh Shuhaimi Zulkefli serta diterbitkan oleh Orangetree Production Sdn Bhd. Apa pun memang nampak menarik juga jala cerita drama ini. Jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye. Selamat membaca okey..

Sinopsis Drama Melankolia Slot Samarinda TV3

Mengisahkan Suhana (lakonan Nonny Nadirah), seorang gadis naif bekerja sebagai ejen hartanah yang begitu optimistik tentang kehidupan. Walau tertekan dengan ibu yang seringkali mendesaknya untuk berkahwin dengan lelaki berstatus dan kaya, namun Suhana masih hidup dalam dunia angannya. Tuan Hamid (lakonan Dato Eizlan Yusof) pula ialah seorang lelaki pendiam. Dia merupakan seorang yang mempunyai latar belakang yang dirahsiakan dan mempunyai seorang ‘bodyguard’ bernama Zain (lakonan Aliff Aziz). Tuan Hamid ialah seorang ‘perfectionist’ dan mengharapkan kejayaan dalam setiap aspek. Tuan Hamid jatuh hati kepada Suhana, namun Suhana pula menyukai Zain. Apabila Suhana begitu pasti dia akan berkahwin dengan Zain, Zain pula sedar Tuan Hamid begitu menginginkan Suhana. Bagaimanakah pengakhiran kisah cinta tiga segi ini?

Lagu Tema / OST Melankolia
➔ Amarah Cinta nyanyian Aliff Aziz
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story, 2018,
Read More »

20 Feb 2018

Giveaway : Travel Totebag by Ana Suhana

Giveaway : Travel Totebag by Ana Suhana, Giveaway Blogger, Blog, Hadiah, Senarai, Peserta, Pemenang,

Jom Join Ramai - Ramai..
Due Date - 28 Februari 2018
Nak join boleh Klik Banner di atas ye..
Good Luck..
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story, 2018,
Read More »

19 Feb 2018

Baca Online Novel Papa Nak Menantu

Baca Novel Online Papa Nak Menantu, Drama Adaptasi Novel, Novel Papa Nak Menantu, Novelis Hasrudi Jawawi, Drama Papa Nak Menantu, Slot Dahlia, TV3, Watak, Pak Saad, Syahirah, Azrin Aidil, Pelakon Drama Papa Nak Menantu, Aman Graseka, Jaja Iliyes, Hafidz Roshdi, Jodoh, Cinta, Kahwin, Sweet, Lawak, Romantik Komedi,
Baca Online Novel Papa Nak Menantu (Drama Adaptasi Novel) 

Novel Papa Nak Menantu karya novelis Hasrudi Jawawi telah diadaptasikan menjadi Drama Bersiri 20 episod yang telah pun bersiaran di Slot Dahlia, TV3. Drama Papa Nak Menantu ini di barisi pelakon best iaitu Aman Graseka akan memegang watak sebagai Pak Saad, manakala Hafidz Roshdi pula akan memegang watak sebagai Azrin Aidil, Jaja Iliyes sebagai Syahirah dan ramai lagi. Memang nampak menarik drama adaptasi novel Papa Nak Menantu ini, jadi sambil - sambil tengok versi dramanya kat TV3, jom baca Novel Papa Nak Menantu ini secara online, caranya korang hanya perlu klik link di bawah ini okey. Selamat Membaca ye.

Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story, 2018,
Read More »

18 Feb 2018

WOW !!! Surprise Giveaway Contest

WOW !!! Surprise Giveaway Contest
WOW !!! Surprise Giveaway Contest, Blogger Giveaway, Hadiah Misteri, Pemenang, Peserta,

SYARAT UNTUK MENYERTAI

1. Buat entry yang bertajuk - " WOW !!! Surprise Giveaway Contest "

2. Follow blog POK UCU ( HELMI ) dan KAY MIEY 2428

3. WAJIB FOLLOW SEMUA BLOG SPONSOR ( klik icon untuk follow, akan di check ) :

4. FOLLOW INSTAGRAM SPONSOR ( jika ada akaun IG ) :

5. ADD FRIENDS FB DAN LIKE FB PAGE SPONSOR

ADD FRIENDS FB

LIKE FB PAGE

6. FOLLOW TWITTER SPONSOR ( jika ada akaun twit ) :

7. Jangan lupa SUBSCRIBE YOU TUBE CHANNEL



Sponsor YOU TUBE CHANNEL
Marsitah ( Ietamatsaad ) - https://www.youtube.com/user/marsitah1
Sheila Adziz - https://www.youtube.com/channel/UCTNQCQbUSuO_fxvrVFPFgQg?view_as=subscriber
Sharifah Raidah - https://m.youtube.com/channel/UCWJKqdiCqcsCsc2QZMknhuw

8. Publish entry dan tinggalkan URL ENTRY serta EMAIL pada ruangan komen di bawah.

9. Bagi yang tidak ada akaun Instagram, harus Share entry contest ini ke wall facebook sendiri berserta dengan hashtag 
#pokucudotcom

CONTEST AKAN TAMAT PADA : 20 FEBRUARI 2018











Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017