-->

26 Feb 2018

Review Drama Korea - Witch's Court

Witch's Court, Witch At Court, Korean Drama, Drama Korea, Review By Miss Banu, Korean Drama Review, Review Drama Korea, 2017, Mahkamah, Peguam, Pendakwaraya, Kes Jenayah, Witch's Court Cast, Pelakon Drama Korea Witch's Court, Jung Ryeo Won, Yoon Hyun Min, Jun Kwang Ryul, Kim Yeo Jin, Heo Sung Tae, Kim Min Seo, Lee Il Hwa, Kim Kwon, Channel KBS, Poster Witch At Court,
Witch's Court - Korean Drama Review

Seperti biasa, hari ini aku nak buat Review Drama Korea Witch's Court / Witch At Court, drama 16 episod ini mula disiarkan pada 9 Oktober 2017 dan tamat pada 28 November 2017 yang lalu. Antara Pelakon Drama Korea Witch's Court ini adalah Jung Ryeo Won, Yoon Hyun Min, Jun Kwang Ryul, Kim Yeo Jin, Heo Sung Tae, Kim Min Seo, Lee Il Hwa, Kim Kwon dan ramai lagi. Korean Drama Witch At Court ini disiarkan bagi menggantikan drama Girls Generation 1979 dan kemudian akan digantikan pula dengan drama Jugglers. Pengarah Drama ini pernah mengarah drama popular seperti Mary Stayed Out All Night lakonan Jang Geun Suk dan Moon Geun Young manakala penulis skrip drama ini adalah penulis yang sama yang menulis skrip untuk drama - drama seperti Babyfaced Beauty, The Time We Were Not In Love dan lain - lain lagi. Sejujurnya aku bukanlah peminat hero dan heroin drama Witch's Court ini, aku ingat lagi betapa aku tak suka Jung Ryeo Won ini ketika dia berlakon dalam drama Bubblegum itu, sampai aku berhenti menonton drama tersebut, walaupun dalam drama tersebut ada my favorite hero iaitu Lee Dong Wook hehehe. Begitu juga dengan Yoon Hyun Min ini, sebab aku sangat tak suka dengan wataknya dalam drama My Daughter Geum Sa Wol. Namun start dari drama Tunnel aku dah mula suka dengan lakonan Yoon Hyun Min ini.
Witch's Court, Witch At Court, Korean Drama, Drama Korea, Review By Miss Banu, Korean Drama Review, Review Drama Korea, 2017, Mahkamah, Peguam, Pendakwaraya, Kes Jenayah, Witch's Court Cast, Pelakon Drama Korea Witch's Court, Jung Ryeo Won, Yoon Hyun Min, Jun Kwang Ryul, Kim Yeo Jin, Heo Sung Tae, Kim Min Seo, Lee Il Hwa, Kim Kwon, Channel KBS, Poster Witch At Court,
Paling mengejutkan bila aku mula menonton drama ini, aku jadi suka pula dengan Jung Ryeon Won dan Yoon Hyun Min dalam drama ini. Lakonan diorang memang best dan watak mereka memang sangat perfect dan sesuai betul dengan diorang. Bagi yang pernah dan suka menonton english drama Law & Order : Special Victims Unit, korang pasti akan turut suka dengan drama ini sebab kes - kes yang mereka siasat juga adalah berkaitan Sex Crimes seperti gangguan seksual, jenayah rogol, pembunuhan dan sebagainya. Selain itu drama ini penuh suspen plus ada banyak scene - scene perbicaraan kes di mahkamah yang menarik. Ini ditambah lagi dengan karakter watak Ma Yi Deum lakonan Jung Ryeo Won yang bijaksana, licik, kelakar, confident dan sanggup lakukan apa saja untuk menang di mahkamah itu juga sangat menarik untuk di tonton. Malah watak hero dan heroin drama ini sangat seimbang dan saling melengkapi gitu, contohnya Ma Yi Deum ini sangat overconfident, terlebih berani, kasar, sedikit sombong dan garang berbeza dengan watak heronya iaitu Yeo Jin Wook lakonan Yoon Hyun Min yang lebih tenang, mudah berbincang, rasional, gentleman dan jujur, jadi bila diorang berdua bergabung, memang meletoplah kan hahaha, sebab walaupun mereka berbeza personaliti dan pandangan tapi mereka tetap kelihatan serasi dan sepadan gitu.

Witch's Court, Witch At Court, Korean Drama, Drama Korea, Review By Miss Banu, Korean Drama Review, Review Drama Korea, 2017, Mahkamah, Peguam, Pendakwaraya, Kes Jenayah, Witch's Court Cast, Pelakon Drama Korea Witch's Court, Jung Ryeo Won, Yoon Hyun Min, Jun Kwang Ryul, Kim Yeo Jin, Heo Sung Tae, Kim Min Seo, Lee Il Hwa, Kim Kwon, Channel KBS, Poster Witch At Court,
Walaupun drama ini agak berat dengan pelbagai kes - kes jenayah yang serius, tapi masih ada scene - scene kelakar dalam drama ini. Kisah percintaan pun turut diselitkan dalam drama ini, yang menyaksikan Ma Yi Deum dan Yeo Jin Wook yang saling menyukai antara satu sama lain, tapi masing - masing jual mahal tau hahaha. Walaubagaimanapun kisah percintaan mereka tidak begitu menonjol sebab drama ini lebih memfokuskan tentang kes - kes jenayah yang perlu diorang selesaikan. Antara scene yang aku suka ketika Ma Yi Deum di awalnya kelihatan sangat overconfident untuk menang setiap kes yang dia kendalikan, malah dia juga langsung tidak mempedulikan perasaan mangsa dan sanggup memalukan mangsa jika perlu, asalkan di akhirnya dia menang kes yang dia kendalikan itu. Sehinggalah pada suatu hari ada penjenayah yang berdendam dengan Ma Yi Deum ini dan akhirnya pecah masuk rumah Ma Yi Deum ini dan memasang video kamera yang tersembunyi dan merakamkan segala perlakuan Ma Yi Deum termasuklah ketika dia sedang mandi. Hal tersebut memberi impak yang besar pada Ma Yi Deum kerana dia kini adalah mangsa dan akhirnya memahami perasaan mangsa yang dia malukan sebelum ini. 
Witch's Court, Witch At Court, Korean Drama, Drama Korea, Review By Miss Banu, Korean Drama Review, Review Drama Korea, 2017, Mahkamah, Peguam, Pendakwaraya, Kes Jenayah, Witch's Court Cast, Pelakon Drama Korea Witch's Court, Jung Ryeo Won, Yoon Hyun Min, Jun Kwang Ryul, Kim Yeo Jin, Heo Sung Tae, Kim Min Seo, Lee Il Hwa, Kim Kwon, Channel KBS, Poster Witch At Court,
Hal tersebut memberi pengajaran yang besar buat dirinya. Walaubagaimanapun ada lagi kes - kes lain yang lebih bahaya yang perlu Ma Yi Deum selesaikan antaranya adalah kes yang berkaitan ibunya sendiri. Malah Ma Yi Deum juga terpaksa berdepan dengan musuhnya yang merupakan seorang ahli politik yang terkenal, kejam dan sangat berkuasa iaitu Cho Gap Soo. Konflik dalam drama ini bermula apabila Ma Yi Deum mula sedar siapakah Cho Gap Soo yang sebenarnya dan bermulalah permusuhan antara mereka. Lagu Tema / OST Witch At Court ini juga agak best manakala ending drama ini adalah happy ending gitu. Bagi aku drama ini memang sangat best dan harus tonton bagi penggemar Drama Korea yang lain. Aku sertakan sekali sinopsis drama ini di bawah ye. Aku bagi markah penuh untuk drama ini iaitu 10 / 10 Bintang hehehe.
Witch's Court, Witch At Court, Korean Drama, Drama Korea, Review By Miss Banu, Korean Drama Review, Review Drama Korea, 2017, Mahkamah, Peguam, Pendakwaraya, Kes Jenayah, Witch's Court Cast, Pelakon Drama Korea Witch's Court, Jung Ryeo Won, Yoon Hyun Min, Jun Kwang Ryul, Kim Yeo Jin, Heo Sung Tae, Kim Min Seo, Lee Il Hwa, Kim Kwon, Channel KBS, Poster Witch At Court,
Sinopsis Drama Korea Witch's Court

Mengisahkan Ma Yi Deum yang sudah bekerja sebagai pendakwaraya selama 7 tahun, Ma Yi Deum sanggup melakukan apa saja asalkan dia menang di mahkamah, malah dia juga gemar menyelesaikan kes - kes yang berprofil tinggi yang mendapat perhatian media. Namun disebabkan satu hal, Ma Yi Deum telah dipindahkan ke satu unit khas yang diketuai oleh Min Ji Sook yang hanya menguruskan kes - kes yang berkaitan sex crimes saja. Ma Yi Deum berat hati dan tidak suka dipindahkan ke unit tersebut. Ini ditambah lagi apabila dia perlu bekerjasama dengan pendakwaraya baru yang bernama Yeo Jin Wook, yang dalam masa yang sama adalah jirannya dan juga owner pada rumah sewa yang dia duduki sekarang. Ma Yi Deum sering memandang rendah pada kemampuan Yeo Jin Wook dan masih dengan perangai lamanya yang sanggup melakukan apa saja untuk menang. Setelah dia dan Yeo Jin Wook berjaya menyelesaikan beberapa kes, Ma Yi Deum mula selesa di unit tersebut. Siapa sangka di sebalik keceriaan dan ketegasan Ma Yi Deum, dia sangat merindui ibunya yang telah lama hilang sejak dia masih kecil dan membuatkan Ma Yi Deum tidak pernah berputus asa untuk mencari ibunya itu.
Witch's Court, Witch At Court, Korean Drama, Drama Korea, Review By Miss Banu, Korean Drama Review, Review Drama Korea, 2017, Mahkamah, Peguam, Pendakwaraya, Kes Jenayah, Witch's Court Cast, Pelakon Drama Korea Witch's Court, Jung Ryeo Won, Yoon Hyun Min, Jun Kwang Ryul, Kim Yeo Jin, Heo Sung Tae, Kim Min Seo, Lee Il Hwa, Kim Kwon, Channel KBS, Poster Witch At Court,
Lama - kelamaan Ma Yi Deum dapat tahu yang ibunya adalah saksi penting pada satu kes, namun ibunya tiba - tiba menghilangkan diri dan dipercayai telah diculik oleh suspek dalam kes tersebut dan kes tersebut dikendalikan oleh ketuanya iaitu Min Ji Sook. Malah Min Ji Sook juga agak terkejut bila mengetahui yang Ma Yi Deum adalah anak pada Kwak Young Sil yang merupakan saksi penting dalam kes yang dia kendalikan itu. Kemudian Min Ji Sook mula berkongsi kisah sebenar mengenai ibu Ma Yi Deum itu dan membuatkan Ma Yi Deum berazam untuk membalas dendam. Apa yang bakal berlaku seterusnya?.
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story, 2018,

5 ulasan:

  1. nice review ! akan tengok bila tiba masa T_T realiti student omgg

    BalasPadam
  2. wah.. witch tu macam ada sihir rupanya.. macam gimik.. tapi korea kalau buat cerita bab mahkamah ni menjadi..

    BalasPadam
  3. makin banyak drama watak prosecutor sekarang ni

    BalasPadam
  4. terlepas pulak nak tengok nie...

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017