-->

21 Feb 2018

Sinopsis Drama Melankolia (Slot Samarinda TV3)

Melankolia, Drama Melankolia, Slot Samarinda, TV3, Drama Melayu, Drama Bersiri, Pelakon Drama Melankolia, Nonny Nadirah, Aliff Aziz, Dato Seri Eizlan Yusof, Amir Nafis, Neera Azizi, Liza Abdullah, Datin Fadilah Mansor, Zaibo, Hefny Sahad, Shasha Raman, Fazlina Haji Ahmad Daud, Doria Rachel, Shahz Jaszle, Daaim Jailan,
Sinopsis Drama Melankolia Slot Samarinda TV3

Drama Melankolia sudah mula disiarkan di Slot Samarinda TV3 bermula 13 Februari yang lalu, setiap Isnin hingga Rabu, jam 10 malam. Antara Pelakon Drama Melankolia ini adalah Nonny Nadirah, Aliff Aziz, Dato Seri Eizlan Yusof, Amir Nafis, Neera Azizi, Liza Abdullah, Datin Fadilah Mansor, Zaibo, Hefny Sahad, Shasha Raman, Fazlina Haji Ahmad Daud, Doria Rachel, Shahz Jaszle, Daaim Jailani dan ramai lagi. Selain itu Drama Melankolia ini mempunyai 19 episod dan diarahkan oleh Shuhaimi Zulkefli serta diterbitkan oleh Orangetree Production Sdn Bhd. Apa pun memang nampak menarik juga jala cerita drama ini. Jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye. Selamat membaca okey..

Sinopsis Drama Melankolia Slot Samarinda TV3

Mengisahkan Suhana (lakonan Nonny Nadirah), seorang gadis naif bekerja sebagai ejen hartanah yang begitu optimistik tentang kehidupan. Walau tertekan dengan ibu yang seringkali mendesaknya untuk berkahwin dengan lelaki berstatus dan kaya, namun Suhana masih hidup dalam dunia angannya. Tuan Hamid (lakonan Dato Eizlan Yusof) pula ialah seorang lelaki pendiam. Dia merupakan seorang yang mempunyai latar belakang yang dirahsiakan dan mempunyai seorang ‘bodyguard’ bernama Zain (lakonan Aliff Aziz). Tuan Hamid ialah seorang ‘perfectionist’ dan mengharapkan kejayaan dalam setiap aspek. Tuan Hamid jatuh hati kepada Suhana, namun Suhana pula menyukai Zain. Apabila Suhana begitu pasti dia akan berkahwin dengan Zain, Zain pula sedar Tuan Hamid begitu menginginkan Suhana. Bagaimanakah pengakhiran kisah cinta tiga segi ini?

Lagu Tema / OST Melankolia
➔ Amarah Cinta nyanyian Aliff Aziz
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story, 2018,

17 ulasan:

  1. macam best je crita dia nih.. nak tgk la nnt... alif aziz ni, skg ni glemer betul ya..

    BalasPadam
  2. Wahh cerita baru ehh. Tak pernah tgok lagi. Kul 10 wajib masuk bilik lepastu tidur. Hahaa

    BalasPadam
  3. Tak sempat nak folo cerita ni lagi, pelakon feveret tu

    BalasPadam
  4. Start tgok episod 1 smpai sekrang. Belum miss lagi. Jalan cerita best.. Lakonan aliff aziz sbgai zain mmg nmpk stylo.. mmg mnjadi watak dia sbgai bodyguard.. Pepun.. Mmg best cita dia .Lagu dia pun best. Amarah cinta by aliff aziz .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa sbb ek si suhana tu jd jahat mcm tu? Bab dia jdi jht x dpt tgk episod tu

      Padam
  5. Yang lagu sedang aku baca kata kata cinta untuk sang kekasih Yang Ku rindui Tu tajuk lagu die ape

    BalasPadam
  6. Kronologi kisah hidup zain sedih sgt..

    BalasPadam
  7. AKHIRNYA SUHANA MENJADI GILA ATAS PERANCANGAN YG BEGITU LICIK DRP MEREKA SEMUA.DIHARAP ADIK SUHANA DAN ARIF AKAN MEMBALAS DENDAM KE ATAS DERITA SUHANA....

    BalasPadam
  8. tak puashati dgn akhir drama ni.. knp suhana seorg yg jd mangsa sdgkn dia mgsa keadaan?

    BalasPadam
  9. sebenarnya yg jahat adalah tuan hamid zain dan nadia...kesian suhana

    BalasPadam
  10. Ending yg unexpected..kesian suhana jd mangsa..kena ada smbungan lg patutnya..

    BalasPadam
  11. Sape boleh bagi jalan cite full, tengok celup celup

    BalasPadam
  12. Macam tak puas hati tengok ending nya, harap ada lagi sambungannya,, kasihan Suhana jadi mangsa keadaan

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017