-->

30 Nov 2015

Acong Terselamat Dari Tersingkir Di Konsert Ke-7 Gegar Vaganza 2015

Assalammualaikum
Minggu Ketujuh Gegar Vaganza 2015 merupakan minggu Suku Akhir dan menyaksikan Acong Sweetchild diumukan sebagai peserta yang tersingkir untuk minggu ini. Walaubagaimanapun, akhirnya Dato Seri Vida (Qu Puteh) menggunakan kuasa Immunitinya dan menyelamatkan Acong Sweetchild dari tersingkir di Konsert ke-7 ini. Ini bermakna Acong akan meneruskan perjuangannya ke minggu Separuh Akhir dan turut merebut tempat ke Final. Farahdhiya berada di kedudukan pertama pada minggu ini diikuti Nassier Wahab, Haiza, Siti Nordiana, Ezad Lazim dan Azian Mazuan. Minggu depan akan lebih mencabar lagi apabila para peserta akan menyanyikan lagu2 popular yang bernada tinggi dan menguji kekuatan vokal masing2. Sape yang akan ke Final Gegar Vaganza 2015 ni nanti yer? Berikut adalah antara lagu yang peserta akan nyanyikan di Konsert Semi Final nanti.

Senarai Lagu Konsert Separuh Akhir Gegar Vaganza 2015

1. Farahdhiya - Kau Kunci Hatiku Dalam Hatimu (Ramlah Ram)
2. Nassier Wahab - Biar Putih Tulang (Dinamik)
3. Haiza - Flora Cinta (Min Malik)
4. Siti Nordiana - Mengapa (Nicky Astria)
5. Ezad Lazim - Tiada Lagi Kidungmu (Lefthanded)
6. Azian Mazuan - Sedalam Mana Cintamu (Safura)
7. Acong Sweetchild - ?? (akan dikemaskini kelak)

P/s- Al-Fatihah buat Pak Yus / Yus Jambu yang telah meninggal dunia, terkejut dengar berita ni, Takziah buat keluarga beliau. 

Read More »

29 Nov 2015

Masa Dulu - Dulu Tanpa Gadget

Hehehe betul2 aku setuju especially gambar yang atas sekali tu..masa dulu2 tu kaset kosong berlambak kat rumah sekarang tak main laa guna kaset maset bagai dah hihi. Gambar yang kedua pun betul gak, memang buku biodata tu selalu bagi kengkawan tulis tapi bagi kat perempuan jer, yang lelaki tak payah hahaha.

Read More »

28 Nov 2015

Sinopsis Telemovie Awaklah Imam Saya (Astro)

Assalammualaikum..
Telemovie terbaru di Astro yang bertajuk Awaklah Imam Saya akan ditayangkan pada 28 November 2015, jam 9 malam di Astro Ria dan A.Ria HD. Telemovie Awaklah Imam Saya ni bergenre komedi dan diarahkan oleh Jamal Khan serta dilakonkan oleh Fattah Amin, Shuib Sepahtu, Izreen Azminda, Faye Kusyairi, Reza Hasbi dan ramai lagi. Cite ini merupakan terbitan Zeel Production Sdn Bhd. Kalau tengok dari iklan cite ni kat TV memang nampak best n lawak. Apapun jom layan Sinopsis Telemovie ni kat bawah k..
'
Sinopsis Telemovie Awaklah Imam Saya

Dua gadis jelita di sebuah kampung mencari calon suami yang mampu membimbing dan menjadi imam mereka selepas berkahwin. Pelbagai usaha dilakukan oleh para jejaka-jejaka yang ingin memenangi hati mereka. Jika sebelum ini jejaka tersebut kurang alim tetapi disebabkan ingin memikat hati dua gadis jelita tersebut mereka sanggup berubah menjadi alim demi mereka. Apa yang bakal berlaku seterusnya? 

Read More »

Random Giveaway RM100 Follower HASRULHASSAN.COM

http://www.hasrulhassan.com/2015/11/hasrulhassan-random-giveaway-rm100.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+hasrulhassan+%28HasrulHassan.com%E2%84%A2%29
Jom Join Ramai2
Due Date- 30 November 2015
Nak Join boleh klik banner k..
Sebab saya follow blog HasrulHassan.com ini adalah kerana di dalam blog itu banyak memberikan info2 berguna kepada blogger lain. Sejujurnya banyak ilmu yang saya dapat dengan mengikuti blog HasrulHassan.com ini.

Read More »

27 Nov 2015

Sinopsis Filem Sinaran Lakonan Lisa Surihani

Assalammualaikum..
Filem Sinaran akan mula ditayangkan di pawagam bermula 26 November 2015 ini dan ianya merupakan usahasama dan juga gabungan pelakon 3 buah negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Singapura. Filem Sinaran berkonsepkan Muzikal dan dibintangi oleh Lisa Surihani, Evan Sanders, Izara Aishah, Syarif Sleeq, Nadiah M.Din dan ramai lagi. Selain itu Penyanyi Sheila Majid turut membuat penampilan khas dalam filem ini. Osman Ali merupakan pengarah untuk filem Sinaran ini, n kalau tengok dari trailer cite ni kelihatan Lisa Surihani sangat cantik gitu dalam filem Sinaran ini. Apapun jom layann Sinopsis cite ni kat bawah k..

Sinopsis Filem Sinaran

Mengisahkan tentang pelajar baru kolej bernama Shila yang belajar mengenai cabaran dalam menjalani kehidupan dan dalam perhubungan cinta. Shila (Lisa Suriani) dipaksa oleh rakannya Tina (Izara Aishah) untuk menyertai kelas tarian di kolejnya. Tina kecewa apabila Andre (Evan Sanders) mahu Shila menjadi pemimpin dalam persembahan mereka. Shila dengan berat hatinya bersetuju. Andre dan Shila mula jatuh cinta. Andre tidak mempedulikan kawan baiknya, Dafi yang mempunyai masalah dengan ah long. Tina dan Dafi bersepakat. Tina mengambil alih pasukan persembahan dan menang pertandingan. Tina semakin popular dan persahabatan dengan Shila semakin pudar. Cinta dan persahabatan menjadi pertaruhan manakala pertandingan akhir tarian pula semakin hampir. Apa yang bakal berlaku seterusnya?.

Read More »

26 Nov 2015

Senarai Lagu-Lagu Konsert Gegar Vaganza 2015 Minggu Ketujuh

Assalammualaikum..
Gegar Vaganza sudah pun masuk minggu ketujuh, entah siapa yang akan tersingkir pada minggu ini mengikut jejak langkah Nizam yang telah tersingkir pada minggu ke-6. Tema untuk minggu ketujuh ini adalah Rock Dangdut yang mana setengah peserta akan mendapat lagu Rock dan setengah lagi dapat lagu Dangdut. Mungkin ramai yang tak tahu yang pemilihan lagu ini dipilih sendiri oleh peserta yer bukan Astro yang bagi macam AF tu. Minggu ketujuh dan peserta pun tinggal 7 orang, apapun jom tengok senrai lagu yang peserta akan nyanyikan nanti dibawah ni k.

Senarai Lagu Konsert Ke-7 Gegar Vaganza 2015

Acong Sweetchild - Hilang Naluri (Once)
Ezad Lazim - Nakal (Gigi)
Nassier Wahab - Camelia
Faradhiya - Enter Sandman (Metalicca)
Siti Nordiana - Secangkir Madu Merah (Amelina)
Haiza - Kopi Dangdut
Azian Mazwan Sapuan - Ini Rindu 

Read More »

25 Nov 2015

Biodata / Profil Puteri Balqis

Assalammualaikum..
Puteri Balqis antara pelakon kanak-kanak yang berbakat besar, kecil2 lagi dah berjaya menang anugerah serta lakonannya juga sangat terbaik. Apapun jom berkenalan dengan adik Balqis ni, meh tengok Biodata / Profil Balqis kat bawah ni k..

Biodata / Profil Puteri Balqis

Nama Penuh : Puteri Balqish Azizi
Nama Komersial : Aqish
Umur: 8 Tahun (2015)
Tarikh Lahir : 12 April 2007
Adik Beradik ; Anak tunggal
Kerjaya : Pelakon dan model komersial kanak-kanak
Iklan : Nestle, Susu Everyday, Courts Mammoth, Maxis Merdekaraya dll.
Filem : Satu Lawan Satu
Drama : Dee, Dia Suamiku, Gemilang, Pelarian, Bicara Hati, Takdir Qismah, Cinta Itu Milikku, Hanya Dengan Bismillah, Akulah Balqis.. dll..
Telemovie: Balqis, Qish Qish Qish Balqish, Zuriat Yang Tercalar, Anak Lorong, Mr Labuci, Aku Bukan Mashitah, Poskad Dari Switzerland dll..(Telefilem Saloma Astro)
Pencapaian : Artis Harapan Pantene (Anugerah Skrin 2012), Pelakon Wanita Terbaik Drama Anugerah Skrin Ke-18, Pelakon Wanita Terbaik Drama di Anugerah Televisyen Asia 2014.

Gambar Puteri Balqis

Read More »

24 Nov 2015

She Was Pretty - Sesi Review Drama Korea


Assalammualaikum..
Rasanya ramai yang layannn drama Korea She Was Pretty ni kan? drama ni kira popular gitu sebab dibarisi pelakon yang best seperti Hwang Jung Eum, Park Seo Joon, Go Joon Hee, Choi Siwon (Super Junior) dan ramai lagi. Drama She Was Pretty ni mempunyai 16 episod dan menemukan semula Hwang Jung Eum dan Park Seo Joon yang sebelum ini berlakon dalam drama popular Kill Me Heal Me. Kalau Dalam drama Kill Me Heal Me diorang jadi adik beradik dan kisah cinta diorang tak kesampaian tapi dalam drama ni memang diorang bercinta lah kan hehe. Apapun awalnya aku mengharap juga agar Jisung buat special appearance dalam drama She Was Pretty ni sebab kan sweet bila diorang semua ni reunion balik lepas drama KMHM tu kan tapi malangnya takde pula. Dalam cite ni watak H.Jung Eum sebagai Kim Hye Jin digambarkan sebagai kelam kabut, messy, comot tapi mempunyai hati baik. Paling tak leh blah dengan rambut Kim Hye Jin yang agak kerinting pastu sedikit kembang tapi bagi aku still okey juga berbanding rambut watak Hwang Jung Eum dalam Drama Full House Take Two sebelum ini yang lagi teruk hihi.
Aku suka dengan watak Siwon sebagai Shin Hyuk @ Ten yang kelakar, giler2 dan suka sangat mengacau dan mengusik Hye Jin tu. Shin Hyuk juga suka panggil Hye Jin dengan nama Jackson. scene2 yang membabitkan watak Hye Jin dan Shin Hyuk kebanyakkannya memang kelakar cuma agak sedih sikit laa part2 Shin Hyuk bersedih bila cintanya ditolak oleh Hye Jin. Sebenarnya aku suka dua-dua hero drama ni susah nak pilih yang mana paling sesuai untuk Hye Jin tapi akhirnya hati Hye Jin memang milik Sung Joon dari dulu lagi. Apapun drama ni berjaya buat aku gelak untuk scene2 kelakar dan juga sedikit sedih buat watak Shin Hyuk dan juga gembira tengok Hye Jin dan Sung Joon gembira bersama selamanya. Kiranya drama ni memang happy ending laa gitu. Drama ni juga membuatkan kita berteka teki tentang siapakah sebenarnya Shin Hyuk ni, awalnya aku menyangka die ni anak saudara kepada pemilik syarikat tu dan bakal mewarisinya nanti. Rupanya tekaan aku salah sebab die sebenarnya adalah Ten.
Scene Shin Hyuk mendedahkan identiti sebenarnya demi menyelamatkan syarikat dan pekerja lain sebelum menghilangkan dirinya tu agak sedih gak. Patutnya untuk episod akhir diorang patut menemukan watak Shin Hyuk dan Hye Jin tu baru lebih best sebab diorang kekal sebagai kawan. Ada juga scene Bromance antara Shin Hyuk dan watak Park Seo Joon sebagai Sung Joon tu juga kelakar dan menarik hehehe. Lagu tema / OST drama She Was Pretty ni boleh tahan gak, cuma takdelah sampai berjaya buat kan aku gi download lagu tu semua. Selain itu aku suka tengok hubungan persahabatan yang akrab dan rapat giler antara Hye Jin dengan sahabat baiknya Min Ha Ri. Diorang ni kenal sejak kecil lagi dan berkawan baik. Sampai aku rasa bestnyer kalau ada kawan baik macam diorang ni hehehe. Walaupun akan ada konflik dalam hubungan diorang ni sebab M.Ha Ri juga cintakan Sung Joon tapi akhirnya semuanya akan pulih dan diorang tetap sahabat selamanya.
Aku juga suka tengok kerenah dan ragam pekerja2 Majalah The Most tu, masing2 ada perangai tersendiri. Part2 awal masa Sung Joon suka marah2 Hye Jin tu agak sedih gak sebab kesian Hye Jin kena marah dengan teruk. Suka tengok part Hye Jin dah bergaya tu, rambut pun dah lurus gitu kiranya dah jadi cantik hehe. Last episod drama ni memang sweet jer laa tengok H.Jin dan Sung Joon yang bahagia tu, diorang berkahwin pastu dapat anak perempuan comel yang ikut macam Hye Jin gak berambut kerinting pastu mempunyai pipi yang kemerah-merahan hehe. Apapun drama ni berjaya buat aku enjoy menontonnya dan aku bagi 8.5 bintang untuk drama ni. Apapun Jom layann sinopsis cite ni kat bawah k.
Sinopsis She Was Pretty

A romantic comedy about two past acquaintances who meet again after they've gone through a reversal of fortunes and appearances, set in the backdrop of a fashion magazine's publishing office. Kim Hye-jin was a very pretty girl from a rich family. After her family's publishing company went bankrupt, she experienced hardships then lost her beauty too. Ji Sung-joon was an unattractive boy with low self-esteem, but grows up as a handsome and successful editor.
The two decided to meet again as adults, but Sung-joon was unable to recognize Hye-jin. Ashamed to meet her first love and ruin his perception of her, Hye-jin asks her attractive best friend, Ha-ri, to appear in her place. Things, however, soon get complicated as Hye-jin was assigned to work at The Most magazine publishing office where Sung-joon is the deputy chief editor. He openly mistreats and belittles her for her clumsy nature, not knowing that she was his real childhood friend. Ha-ri also continues to meet Sung-joon, and soon develops feelings for him. On the other hand, Hye-jin finds a good friend in her workplace, Shin-hyuk, who slowly falls in love with her.

Read More »

23 Nov 2015

Nizam Laksamana Tersingkir Di Minggu Ke-6 Gegar Vaganza Musim Kedua

Assalammualaikum
Nampaknya nasib tak menyebelahi Nizam Laksama kerana tersingkir di minggu ke-6 Gegar Vaganza musim kedua. Nizam yang menyanyikan lagu Rindu Serindu Rindunya (Spoon) tidak berjaya untuk melangkah ke minggu ke-7. Selain Nizam, Azian Mazuan Sapuan juga berada dalam kedudukan bottom two. Juri Undangan pada minggu ke-6 ini adalah Pak Ngah manakala tema untuk minggu ketujuh Gegar Vaganza adalah Rock Dangdut. Khabarnya juga Nizam tidak begitu sihat masa menyanyikan lagu Rindu Serindu Rindunya itu begitu juga dengan Ezad Lazim yang juga kurang sihat. Kini hanya tinggal 7 peserta yang akan meneruskan perjuangan di minggu seterusnya iaitu Siti Nordiana, Ezad Lazim, Acong Sweetchild, Haiza, Faradhiya, Nassier Wahab dan Azian Mazwan.

Read More »

22 Nov 2015

Senarai 30 Lagu Yang Layak Ke Separuh Akhir Muzik - Muzik 30 (TV3)

Assalammualaikum..
Bermula 22 November ini berlangsunglah peringkat Separuh Akhir Muzik-Muzik 30 di Tv3, 30 Lagu telah terpilih untuk ke Separuh Akhir ini, yang mana Separuh Akhir yang pertama pada 22 Nov ini diikuti pada 29 November dan juga pada 6 Disember. Dari 30 lagu ini hanya 12 yang akan dipilih untuk ke Anugerah Juara Lagu 30 (AJL30) yang akan berlangsung pada Januari 2016. Semi Final Muzik-Muzik ini akan dihoskan oleh Fara Fauzana dan AG Hot FM. Jom kita tengok Senarai Lagu2 yang layak beraksi di pentas Semi Final Muzik- Muzik 30 ini (SFMM30).
Senarai 30 Lagu Yang Layak Ke Separuh Akhir Muzik - Muzik 30 (TV3)

1. Kaka - Itu bukan hal aku


2. Ayda Jebat - Siapa diriku


3. Lah Ahmad - Kau tercipta

4. Stacy - Not for sale

5. Firman - Di pintumu

6. Black - Mana mungkin

7. Forteen - Linangan terakhir

8. Ronnie - Dikoyak waktu

9. Aziz Harun - Senyum

10. Amir Jahari - Selalu ada

11. Nanasheme - Hantu atau buaya

12. Faizal Tahir - Assalamualaikum 

13. Tasha Manshahar - Terima kasih

14. Noh Salleh - Angin kencang

15. Mawi - Alnuraa yang 5 yang 6

16. Hafiz dan Adira - untuk cinta

17. Yuna - Lautan

18. Dayang Nurfaizah - Takkan pernah menyerah

19. Aizat - Langit tetap biru

20. Akim & The Majistret - Potret

21. Alyah - Syurga

22. Azmil - Nyawaku

23. Bunkface - Malam ini kita punya

24. Caliph Buskers - Hanya namamu

25. Drama Band - Biarkanlah

26. Elizabeth Tan - Knock knock

27. Hazama - Sampai mati

28. Kanda - Cinta yang sempurna

29. Sakura Band - Melepaskanmu

30. Sofazr, Asfan, RJ - Peristiwa


Read More »

Giveaway Bawal Crepe From Muja & Huda


Jom Join Ramai2
Due Date- 5 Disember 2015
Nak Join boleh klik Banner yer..

Read More »

Sinopsis Telemovie Wan Embong Cerekarama TV3

Assalammualaikum..
Tengok dari Iklan dan Sinopsis Telemovie Wan Embong ni memang nampak macam best, pastu dibarisi pelakon2 hebat dan popular gitu jadi haruslah tengok hehehe. Cite ni akan disiarkan pada 21 November ini dan merupakan terbitan Zeel Production. Telemovie Wan Embong ini dilakonkan oleh Faizal Hussein, Neelofa, Johan Asaari, Izreen Azminda, Vanida Imran, Dato Rahim Razali dan diarahkan oleh Amie Maziah. Apapun jom layan sinopsis cite ni kat bawah k.

Sinopsis Telemovie Wan Embong (Cerekarama TV3)
Mengisahkan tentang Wan Embong (lakonan Neelofa) yang terpaksa berkahwin dengan Omar (lakonan Faizal Hussein), sebagai isteri ketigaWalaupun tidak bersetuju, namun Wan Embong terpaksa redha dengan perkahwinan ini demi melangsaikan hutang sewa rumah ayahnya, Manap (Dato’ Rahim Razali). Kehadiran Wan Embong kurang disenangi oleh madu pertamanya Seri (Vanidah Imran). Walau bagaimanapun, madu keduanya iaitu Cempaka (Izreen Azminda) gembira menerimanya sebagai madu ketiga. Seri sering bersikap dingin dengan Wan Embong, apatah lagi apabila melihat Cempaka semakin rapat dengan madu mereka itu. Cempaka sering membawa Wan Embong berjalan-jalan sekitar kampung untuk menenangkan hatinya. 
Suatu hari ketika bersiar-siar, Wan Embong bertemu dengan seorang jejaka tampan bernama Ali. Wan Embong semakin rapat dengan Ali dan Cempaka pula menyokong hubungan mereka berduaHubungan Wan Embong dan Ali semakin intim dan Cempaka pula sering menemani mereka dan merahsiakan pertemuan pasangan ini daripada orang lain terutamanya Seri. Namun, setelah sekian lama, akhirnya Omar menghidu hubungan sulit isteri ketiganya ituTanpa soal selidik, Omar telah memukul kedua-dua mereka dengan teruk sekali. Siapakah dalang yang telah memberitahu Omar tentang perkara ini? Siapakah musuh sebenar Wan Embong? Adakah ianya Seri ataupun Cempaka? Bagaimana pula nasib yang menimpa Wan Embong dan Ali?
Read More »

21 Nov 2015

Senarai Lagu Konsert Ke-6 Gegar Vaganza 2015

Assalammualaikum
Dah masuk minggu ke-6 dah Gegar Vaganza musim kedua ni. Setakat ni dah ada 4 peserta tersingkir bermula dengan Ezlynn, Zul Handyblack, Sheeda dan Amir Ukay's. Dengar cerita kemungkinan besar akan ada undi masuk peserta yg tersingkir ni tapi entahlah kan. Tema untuk minggu ke-6 Gegar Vaganza ni adalah Kenangan Terindah, yang mana peserta akan menyanyikan lagu2 dari penyanyi yang telah meninggal dunia. Senarai lagu yang bakal peserta Gegar Vaganza nyanyikan tu boleh tengok gambar diatas yer.

Read More »

20 Nov 2015

Juara Parodi 2015

Assalammualaikum..
Juara Parodi ni kira rancangan baru yang unik sebab menggabungkan penyanyi dan pelawak dalam satu kumpulan dan berentap di Pentas Juara Parodi untuk merebut hadiah RM300,000 gitu. Juara Parodi ni dah masuk minggu ketiga, minggu pertama dan kedua dikira sebagai konsert pengenalan gitu. Minggu ketiga ini barulah bermula pertandingan sebenar yang mana peserta diperlukan untuk melakar lirik-lirik kreatif secara bersahaja dengan berlatarbelakangkan lagu asal yang ditukar genre muziknya dan dipersembahkan secara langsung menerusi tema istimewa yang diberikan pada setiap minggu. Najip Ali dan Dina Nadzir menjadi pengacara / hos Juara Parodi ni. Kan best kalau Jozan jadi Hos Juara Parodi ni mesti kecohnyer haahaha. Aku suka dengar suara Dina menyanyi, bile die jadi pengacara nampak okeylaa gak. Manakala Najip Ali ni aku suka tengok die jadi Juri MLM dulu sebab cara die kritik peserta best. 
Namun bila die jadi hos Juara Parodi ni agak kurang best sikit n kurang lawak maybe akan best di minggu2 akan datang. Antara peserta yang join program Juara Parodi ini adalah Shuib Sepahtu, Mark Adam, Ajak Shiro, Hattan, Mawi, Zero, Jambu, Misha Omar, Tomok, Rahim R2, Sam Bunkface, Joey, Syuk, Achey, Black, Abam, Fad Bocey, Waris, Zulin Aziz, Sherry Alhadad, Zahid, Firman, Azlee Senario, Lan Pet Pet. Awalnya ingatkan ada Awie dan Shahrol Shiro, tup2 Ajak Shiro jer ada manakala Awie takde n Hattan pula muncul hehehe. Manakala Zainal Abidin dan Afdlin Shauki jadi juri tetap program Juara Parodi ni. Kebanyakkan pelawak yang join program ni memang boleh menyanyi dan sedap gak suara diorang. Uniknya rancangan ini apabila tiada penyingkiran yang akan dibuat kerana sistem carta digunakan. Apapun layannn Juara Parodi setiap Jumaat, 10 malam di Astro Warna dan Astro Mustika HD.

Read More »

Sinopsis Drama Abang Sado Jemur Kain Slot Iris TV3

Assalammualaikum..
Drama Abang Sado Jemur Kain adalah drama terbaru untuk Slot Iris Tv3, ianya telah mula disiarkan mulai 16 November yang lalu dan mempunyai 20 episod. Drama Abang Sado Jemur Kain ni dilakonkan oleh Shah Jaszle, Janna Nick, Lan Siro, Cat Farish, Idris Khan, Ammar Alfian, Afzan Rahman dan ramai lagi. Sape layannn drama ni?? Sementara nak tunggu drama Akulah Balqis tu bolehla layan drama ni sekejap sebab setengah jam jer bila masuk iklan semua tak sampai pun setengah jam hehehe. Apapun jom layann sinopsis drama Abang Sado Jemur Kain kat bawah ni k..

Sinopsis Drama Abang Sado Jemur Kain

Mengisahkan Marzuki (Shah Jaszle), Budin dan Riduan (Cat Farish dan Lan Siro) yang telah membuka tempat penjagaan haiwan. Satu hari, kedai haiwan Marzuki didatangi seorang wanita Cina yang kelihatan sedih mengadu kucingnya mati dan meminta bantuan Marzuki untuk menguburkan kucingnya. Marzuki bersimpati lalu membantu wanita itu. Pada sebelah malam ketika dalam perjalan ke rumah, Marzuki bertembung dengan sekumpulan pemuda yang sedang membelasah seorang lelaki. Marzuki mengenali lelaki yang dibelasah itu sebagai Idrus lalu membantu menyelamatkanya. Menurut Idrus, budak-budak itu yang memukulnya itu adalah samseng jalanan yang mencuba untuk merompaknya.


Setibanya dirumahnya, Marzuki disambut oleh isteri tercinta bernama Elyana (Janna Nick) dan anak lelakinya Amir. Marzuki berasa amat bertuah kerana mempunyai keluarga yang bahagia. Ibu mertuanya, Mariam (Kartina Aziz) juga turut menjaga kebajikan anak menantunya dengan menyediakan makan malam. Ketika mereka sedang berehat bersama keluarga, Marzuki dikejutkan dengan satu panggilan. Ianya adalah daripada kawannya Dino, yang sedang dalam bahaya. Marzuki bergegas keluar dari rumah untuk membantu kawannya dan ini membuatkan hati ibu mertuanya tidak keruan. Sebaik sahaja Marzuki hendak keluar rumah, Mariam berasa curiga terus bertanya kepada menantunya. Mariam tahu tentang kisah silam Marzuki yang merupakan bekas samseng. Marzuki berkeras menyangkal tuduhan Mariam.

Apabila berjumpa Dino, dia menceritakan kepada Marzuki yang dia telah diancam oleh sekumpulan samseng kerana tersalah mengurat wanita yang merupakan isteri kedua seorang ketua kumpulan samseng. Dino kecewa apabila Marzuki tidak dapat membantunya kerana dia telah bersara daripada menjadi samseng. Bagaimana Dino ingin menyelamatkan diri sendiri? Adakah Dino berjaya memujuk Marzuki untuk menyelamatkannya daripada kumpulan samseng yang mengejarnya itu?

Read More »

Review Blog Pemenang Bertuah - http://izyanyancinnamon.blogspot.my


Assalammualaikum..
Seperti yang dijanjikan sebelum ini, aku nak buat review blog bertuah yang merupakan pemenang kepada satu contest yang aku jadi sponsor. Blog yang bertuah tersebut adalah milik Izyan --> http://izyanyancinnamon.blogspot.my Jadi sebelum itu jom kita berkenalan dengan pemilik blog ini yang bernama Izyan, berusia 20 tahun dan merupakan anak jati Perlis gitu, wahh orang Utara gak, kite geng laa hehe sebab sy pun asal utara juga, anak jati Penang. Berbalik pada Izyan ni, die start berblogging pada bulan Jun 2011, lama jugak tuh kan dan setakat ni Izyan sudah ada 506 post di blog nya itu. Suke dengan header blog Izyan ni nampak comel dengan ada kucing gitu hehehe, design / background blog Izyan ni nampak nice and simple, semuanya tersusun. Bila belek2 di sidebar blog Izyan ni nampak kemas dan x banyak widget jadi loading blognya juga agak laju.
Di halaman utama Blog Izyan ni ada memaparkan 8 Post dan setiap postnya mempunyai butang atau label "Read More' yang memudahkan pembaca memilih untuk membaca mana2 entry yang disukai. Aku pun dah lama nak letak label Read More tu dalam entry2 aku tapi rasa malas pulak nak godek2 blog sendiri hehehe. Izyan ni rajin join Giveaway dan Segmen2 yang dianjurkan oleh blogger lain disamping itu die juga gemar berkongsi resepi di blognya antara resepi yang menarik perhatian aku seperti resepi Ayam Tandori, Nasi Goreng Sardin Cili Tumbuk, Bubur ala2 MCD, Nasi Daging dan sebagainya. Selain resepi, Izyan juga ada berkongsi mengenai tips2 menarik di blognya antara yang best ialah Tips guna Tomato untuk jinakkan kucing garang, aku memang ada bela kucing so tips ni memang berguna gitu, selain itu ada gak tips untuk menjadi cantik, tips jaga mata dan sebagainya.

Izyan juga ada berkongsi mengenai percutiannya di Lumut Perak, nampak mcm best jer bercuti kat sana tu, Apapun memang rugi tak singgah blog Izyan ni sebab macam2 ada gitu. Diharapkan Izyan berpuas hati dengan review saya yang tak seberapa ni maklumlah x berapa pandai nak review2 blog ni. Kalau ada salah ker apa ker sorry k ;) so korang semua jom singgah blog Izyan k --> http://izyanyancinnamon.blogspot.my
Read More »

19 Nov 2015

Lagu Dalam Filem Dilwale (2015) Lakonan Shah Rukh Khan Dan Kajol

Assalammualaikum..
Nampaknya setelah Trailer Filem Dilwale ditonton ramai peminat dan mendapat jutaan view, kini tibalah giliran satu lagu dari filem Dilwale ini yang bertajuk Gerua telah pun release di Youtube. Lagu Gerua ni menampilkan Shah Rukh Khan dan Kajol. Sedap gak lagu ni tapi aku lebih suka pada muziknya jer berbanding nyanyian. Muzik masa permulaan lagu tu sangat sedap hehehe. Pemandangan dalam lagu ni sangat indah dan cantik gitu, kat mana ler agaknya diorang shooting kan, sebab tempatnya sangat cantik memang woww gitu. Apapun meh layannn video lagu yang ada SRK n Kajol kat bawah ni k lalalala Selamat Menonton.
Jom Baca ni jugak k --> 6 Adegan Dalam Filem Yang Tak Masuk Akal Tapi Lawak..
Read More »

Pemenang Contest Saya Nak Hadiah By Ombak Bergigi - Sponsor By Me

Assalammualaikum..
Tahniah buat pemenang Contest Saya Nak Hadiah yang telah disponsor oleh saya.  Firstly Sorry sgt2 pada korang2 yang whatsapp saya dan saya x respon sebab whatsapp saya ada problem. Sorry gak sebab saya lambat buat entry mengenai pemenang bloglist dan review tu disebabkan minggu lalu, Streamyx saya problem, baru minggu ni okey balik..so senarai kat bawah adalah mereka2 yang berjaya masuk bloglist blog saya dan juga satu blog bertuah yang bakal direview oleh saya Tahniah yer.
5 Pemenang Bloglist - (Done!-boleh lihat dalam List 2 di sidebar blog ni yer)


Review 1 Blog Pemenang Bertuah (nantikan entry Review dari saya)

Read More »

Sinopsis Drama Akulah Balqis Slot Akasia TV3

Assalammualaikum..
Drama Akulah Balqis adalah drama terbaru di Slot Akasia Tv3 menggantikan drama Hello Mr Perfect yang telah tamat episodnya. Drama Akulah Balqis ni akan mula disiarkan mulai 18 November ini dan dilakonkan oleh Puteri Balqis, Aeril Zafrel, Nabila Huda, Nazim Othman, Nadia Bran, Nabilah Dally serta ramai lagi. Drama ini mempunyai 24 episod dan diarahkan oleh Pali Yahya manakala skrip Akulah Balqis nukilan Erma Fatima. Kalau tengok dari Sinopsis cite ni memang nampak best jadi haruslah tonton nanti kan. Apapun jom layan Sinopsis cite ni kat bawah k..

Sinopsis Drama Akulah Balqis


Mengisahkan mengenai kanak-kanak bernama Balqis (Puteri Balqis), yang meneruskan kehidupan tanpa bimbingan kedua orang tua yang lalai dengan tanggungjawab untuk membesarkannya. Gadis seusianya mungkin sedang bermain-main dengan riang tanpa perlu mereka risau memikirkan bagaimana mereka perlu merancang perjalanan untuk meneruskan hidup. Berlainan dengan Balqis, dia perlu mengorbankan zaman kanak-kanaknya untuk mencorak kehidupannya sendiri, terumbang ambing tanpa bimbingan ibu bapa. Kedua ibu bapanya, Yamin (Aeril Zafril) dan Seri (Nabila Huda) sangat sibuk mencari pekerjaan selepas syarikat tempat bekerja Yamin jatuh muflis. Seri juga mula bekerja untuk membantu Yamin dan mengabaikan Balqis. Balqis juga terpaksa berhenti sekolah kerana tiada siapa yang boleh menghantarnya ke sekolah. Kerana tertekan dengan desakan hidup, Yamin mula terbabit dengan dadah selepas mereka tinggal di rumah kawan baiknya, Zali (Kamal Kamarudin), seorang pemuzik di kelab malam. Kerana ketagihan dadah, wang yang diperoleh Yamin dengan bekerja sambilan sering tidak mencukupi. Ketagihan Yamin akhirnya turut mempengaruhi Seri yang kemudiannya menyebabkan mereka dimasukkan ke dalam Pusat Pemulihan Dadah menyebabkan Balkis hilang tempat bergantung. 

Zali pula tidak sanggup untuk menjaga Balqis dan mahu menghantar Balqis ke rumah kebajikan masyarakat. Balqis melarikan diri dan hidupnya semakin melarat apabila terpaksa merempat di jalanan. Muncul pula Milda (Nadia Brian), seorang model terkenal yang sering kali bermimpi mengenai Balqis tanpa dia sendiri mengenali anak kecil itu. Suatu hari, mimpi Milda menjadi nyata apabila dia telah melanggar Balqis sama seperti di dalam mimpinya. Kerana itu juga, Balqis dibawa pulang oleh Adi (Nazim Othman), suami kepada Milda yang kasihan dengan nasib Balqis. Pada awalnya, Milda tidak menyenangi kehadiran Balqis dalam keluarga mereka. Berbeza dengan Adi yang menjaga Balqis seperti anaknya sendiri. Adi merasa senang dengan kehadiran Balqis dan mereka menjadi semakin akrab. Adi memang menginginkan zuriat sendiri tetapi tidak bagi Milda. Setiap kali Milda dan Adi bertengkar, pasti Balqis akan mencari jalan supaya Adi dan Milda berbaik. Kerana itu juga, hati Milda semakin lembut dengan kebaikan Balqis dan mula menerima Balqis. 

Tiba-tiba suatu hari Yamin dan Seri muncul di depan pintu rumah Adi. Milda dan Adi tidak sanggup menyerahkan semula Balqis kepada ibu bapa kandungnya itu. Adi dan Milda takut kehilangan Balqis dan membuat keputusan untuk melarikan Balqis daripada ditemui oleh ibu bapa kandungnya itu. Bagaimanakah kesudahan hidup Balqis? Berjayakah Yamin dan Seri menemui Balqis dan menebus kesalahan kerana membiarkan satu-satunya zuriat mereka hidup merana? 

Lagu Tema / OST Akulah Balqis
--> Semua Tentang Kita nyanyian Asfan Shah

Read More »

18 Nov 2015

Trailer Dilwale - Filem Terbaru Shah Rukh Khan & Kajol

Assalammualaikum..
Filem Dilwale menemukan semula 2 bintang Bollywood kesukaan ramai iaitu Shah Rukh Khan dan Kajol. Filem Dilwale ini akan mula ditayangkan mulai 18 Disember ini dan diarahkan oleh Rohit Shetty. Disamping SRK dan Kajol terdapat juga pelakon baru yang berbakat besar seperti Varun Dhawan, Kriti Sanon berlakon dalam filem Dilwale ini. Baru 24 jam Trailer Filem Dilwale diupload ker Youtube ianya telah mencecah jutaan view dan sehingga kini ianya telah mencecah 12 juta lebih view. Hebat penangan gandingan Shah Rukh Khan n Kajol ni yang membuatkan peminat tak sabar nak tengok diorang berlakon bersama kembali.
Selain itu kelihatan Kajol nampak sangat cantik dan muda dalam filem Dilwale ni. Dalam filem ni juga ada scene tembak menembak gitu, dari trailer ni mungkin kita dapat meneka serba sedikit sinopsis filem ini namun setakat teka jerlaa hahaha. Hlive juga ada siarkan trailer cite ni hari tu, Apapun selamat menonton Trailer Filem terbaru SRK dan Kajol kat bawah ni yer..
Jom Baca ni jugak k --> 5 Sebab Kenapa 'Single' Lebih Best Dari 'Couple'..
Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017