-->

20 Nov 2015

Sinopsis Drama Abang Sado Jemur Kain Slot Iris TV3

Assalammualaikum..
Drama Abang Sado Jemur Kain adalah drama terbaru untuk Slot Iris Tv3, ianya telah mula disiarkan mulai 16 November yang lalu dan mempunyai 20 episod. Drama Abang Sado Jemur Kain ni dilakonkan oleh Shah Jaszle, Janna Nick, Lan Siro, Cat Farish, Idris Khan, Ammar Alfian, Afzan Rahman dan ramai lagi. Sape layannn drama ni?? Sementara nak tunggu drama Akulah Balqis tu bolehla layan drama ni sekejap sebab setengah jam jer bila masuk iklan semua tak sampai pun setengah jam hehehe. Apapun jom layann sinopsis drama Abang Sado Jemur Kain kat bawah ni k..

Sinopsis Drama Abang Sado Jemur Kain

Mengisahkan Marzuki (Shah Jaszle), Budin dan Riduan (Cat Farish dan Lan Siro) yang telah membuka tempat penjagaan haiwan. Satu hari, kedai haiwan Marzuki didatangi seorang wanita Cina yang kelihatan sedih mengadu kucingnya mati dan meminta bantuan Marzuki untuk menguburkan kucingnya. Marzuki bersimpati lalu membantu wanita itu. Pada sebelah malam ketika dalam perjalan ke rumah, Marzuki bertembung dengan sekumpulan pemuda yang sedang membelasah seorang lelaki. Marzuki mengenali lelaki yang dibelasah itu sebagai Idrus lalu membantu menyelamatkanya. Menurut Idrus, budak-budak itu yang memukulnya itu adalah samseng jalanan yang mencuba untuk merompaknya.


Setibanya dirumahnya, Marzuki disambut oleh isteri tercinta bernama Elyana (Janna Nick) dan anak lelakinya Amir. Marzuki berasa amat bertuah kerana mempunyai keluarga yang bahagia. Ibu mertuanya, Mariam (Kartina Aziz) juga turut menjaga kebajikan anak menantunya dengan menyediakan makan malam. Ketika mereka sedang berehat bersama keluarga, Marzuki dikejutkan dengan satu panggilan. Ianya adalah daripada kawannya Dino, yang sedang dalam bahaya. Marzuki bergegas keluar dari rumah untuk membantu kawannya dan ini membuatkan hati ibu mertuanya tidak keruan. Sebaik sahaja Marzuki hendak keluar rumah, Mariam berasa curiga terus bertanya kepada menantunya. Mariam tahu tentang kisah silam Marzuki yang merupakan bekas samseng. Marzuki berkeras menyangkal tuduhan Mariam.

Apabila berjumpa Dino, dia menceritakan kepada Marzuki yang dia telah diancam oleh sekumpulan samseng kerana tersalah mengurat wanita yang merupakan isteri kedua seorang ketua kumpulan samseng. Dino kecewa apabila Marzuki tidak dapat membantunya kerana dia telah bersara daripada menjadi samseng. Bagaimana Dino ingin menyelamatkan diri sendiri? Adakah Dino berjaya memujuk Marzuki untuk menyelamatkannya daripada kumpulan samseng yang mengejarnya itu?

3 ulasan:

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017